DAPAT TUNAI...WALAUN BUAT BELI ROKOK LE...

Che Ibrahim.


 Sebagai pengguna diesel sebenar, ambo lebih suka beli diesel dengan harga subsidi rm2.10 berbanding dapat tunai rm200 sebulan. 




Di segi kerajaan, dasar subsidi bersasar lebih baik untuk kerajaan kerana lebih tepat sampai ke sasaran berbanding bantuan tunai yang kadangkala tidak digunakan untuk beli diesel pun.





PUTAR LAGI KAH LIM SIAN SEE ?

 


Ahmad Faizudin


Lim Sian See dah block akaun kawan admin sebab persoalkan poster manipulator dia.






Koyak dengan kebenaran?


Nak buat poster politik tak salah. Tapi kenapa perlu auta?


Poster LSS bagi gambaran seolah-olah Khazanah dah tinggal pegang satu syarikat saja. Bila semak laporan rasmi Khazanah, pengumuman Bursa Malaysia dan laporan tahunan syarikat, ceritanya tak macam tu.


Sebab itu min hasilkan infografik baru jawab manipulator LSS menggunakan data yang telah disemak, bukan tangkap muat.


Yang masih ada, tulis masih ada. Yang dah dikurangkan, tulis dah dikurangkan. Yang berubah, cakap berubah.


Tak perlu tambah, tak perlu kurang.


Kita boleh berbeza parti, berbeza pendapat. Tapi fakta tetap fakta. Jangan kerana nak menang hujah, kita sanggup mengelirukan orang.


Semak. Banding. Baru percaya. Itu lebih baik daripada kongsi sesuatu yang sedap dibaca tetapi tidak tepat.


Johor Ke Depan,

Undi Harapan.




DAP JA TAK BOLEH BERSUARA..LAIN OK..KALAU BERSUARA...MCA KAWAN KITE..



 Aku tengok mamat ni cakap takde kena hentam pun. Cuba kalau DAP yang cakap. So basically cuma DAP je la yang tak boleh bersuara.



Fakta tak tepat. Penternakan babi pernah timbulkan masalah kesihatan. 𝗝𝗮𝗽𝗮𝗻𝗲𝘀𝗲 𝗘𝗻𝗰𝗲𝗽𝗵𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶𝘀 (JE) dan swine flu. Google la. Aku tak ingat tahun bila.


Tapi bukan itu pokok bicaranya.


Kenapa dia tak kena hentam sebab cakap macam ni? Sebab cakap dia ni dijangka boleh lemahkan DAP. Akan kendurkan sokongan orang Cina kepada DAP.


Kini nak bentuk persepsi yang DAP tak cukup berani nak bersuara untuk orang Cina. Walaupun dia tahu ucapannya akan jauhkan undi Melayu dan mungkin akan buatkan dia kalah.


Sebab matlamatnya bukan untuk menang tapi untuk buat PH kalah.


So sebenarnya dia buat statement ni bukan sebagai kempen dia. Tapi sebagai usaha untuk membantu BN dalam PRN Johor ni.


Sebab tu ekstremis Melayu tenang je dengarkan dia cakap begini. Sebab dorang bukan kisahkan ladang babi. Dorang cuma kisahkan kuasa.


Untung la BN ada pencacai tang sanggup jadi lilin 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk menangkan BN. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SABAR LAH PUAD...LAMA LAMA..UMNO NI AKAN JADI BATU NISAN JUGA.

 





“Saya tanya mereka berdua, macam mana Alwiyah (Talib) boleh jadi calon mewakili UMNO di DUN Endau.


“Bukankah dia pengkhianat parti? Dia keluar UMNO, masuk Bersatu. Dua penggal jadi ADUN Bersatu. Dia menghentam UMNO dalam dan luar DUN.


“Tiba tiba keluar Bersatu dan masuk balik UMNO sebelum DUN Bubar. Tidak sampai sebulan, jadi calon UMNO sehingga mengorbankan dua calon anak muda berpotensi iaitu Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian,” kata bekas ahli UMNO, Datuk Puad Zarkashi.


#malaysiagazette #PRNJohor #JohorMemilih #PRNJohor2026 #UndiJohor


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




BN DOWNFREAD

 


Dulu tahun 2022 BN janji, anak muda sewa dan dapat rumah. Hari ni 2026, BN downgrade janji hanya nak bantu deposit sewa je..Buat Menifesto macam tak pernah jadi kerajaan. Walhal dah 69 tahun pegang Johor.



MEREKA GUNDAH GULANA.

 

Ahmad Mursi


Kita sangka hati mereka bersatu, tapi hati mereka berpecah belah.. 3x tukar PM, 3x tukar Ketua Pembangkang..




MUNGKIN JODOH OSETAT KALI KE 4



 Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, setelah dapat kaunseling Ustaz, mereka memilih pakaian yang Ustaz belikan tadi khas untuk mereka - Ustaz Mat Idris Al Saguni






SEMOGA SELAMAT SAMOAI DAN TAK DITAHAN JOJ DAN DISITA. HANCUS PAS...TAKDIRRRR.

 



Lori pertama yang akan dihantar ke Johor milik Haji Musran Muhaimin ahli PAS Sabak Bernam, Ya Allah mudahkan urusan Haji ke Johor kerana roadtax dah mati - Ustaz Mat Idris Al Saguni




KISAH SIMPAN GUNDIK

 


Aku ada masa layan jugak drama kat 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸. Drama AI kebanyakannya. Macam-macam cerita ada. Dari fantasi sampai ke 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗖𝗘𝗢.






Tapi antara common theme, si suami ada isteri tapi lebihkan gundik atau 𝙢𝙞𝙨𝙩𝙧𝙚𝙨𝙨nya. Isterinya disuruh buat itu ini, dia sedap layan gundik.


Aku ingat cerita khayalan je. Tapi dunia nyata pun ada rupanya. Contoh paling mudah, tu 𝗣𝗔𝗦 dengan 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂. Sama la macam drama tu.


Yang 𝘀𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵, PAS dengan Bersatu. Tiba-tiba PRN Johor, lebai suruh walaun undi BN kalau PAS tak ada. Bersatu langsung dia tak cerita.


Tapi apa nak terkejut sangat. Parti pelacur, memang macam tu la. Mana ada harga diri. Khianat tu dah jadi sinonim dengan PAS.


Yang kelakar tu, UMNO tetap bodoh nak percayakan PAS. Mabuk kepayang dengan PAS. Kalau kita cuba nasihat, eh dia kata pulak kita 𝗷𝗲𝗹𝗲𝘀...


Dulu masa Bersatu 𝗰𝗲𝗺𝗼𝗹𝗼𝘁 dengan PAS pun kita dah ingatkan yang PAS gerenti akan khianat Bersatu. Tapi masa tu Bersatu kata kita jelas gak.


Ha sekarang? Hahaha... Padan dengan muka. 


Malah masa nak bersenggama dengan Bersatu, PAS masa tu dah sebumbung dengan UMNO. Tapi sebab Bersatu 𝗹𝗼𝗮𝗱𝗲𝗱 masa tu, PAS tinggalkan UMNO.


Sekarang, Bersatu dah tinggal sehelai sepinggang, eh dia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗲𝗻𝗴 balik ke UMNO. Begini punya jijik pun budak Akmal ni 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝘂𝗿.


Jadi walaun di 𝗡41 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 kenalah undi BN yang letakkan calon 𝗖𝗶𝗻𝗮. Walaun kena kalahkan calon Melayu dari PH, 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲.


Sedangkan Dr. Maszlee seorang terpelajar. Ada PhD. Lulusan 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢𝙞𝙘 𝙅𝙪𝙧𝙞𝙨𝙥𝙪𝙙𝙚𝙣𝙘𝙚 dari Universiti al-Bayt Jordan dan PhD Sains Politik dari Durham University di England.


Nampak sangat hipokrasi lebai. Kata nak pastikan Melayu Islam kekal berkuasa tapi suruh walaun undi calon bukan muslim. Kan munafik tu!


Lebai tak kisah pun Islam atau Melayu terancam. Lebai cuma nak kuasa. Kalau demi kuasa kena sujud ke kaki UMNO, itulah yang lebai akan buat.


Yang malang walaun diperbodohkan. Walaun ye la jerit nak Islam, nak masuk syurga. Padahal lebai dok kira berapa banyak dia boleh 𝗺𝗮𝘀𝘆𝘂𝗸.


Walaun dah terang tak cerdik. Yang bukan walaun tu jangan pulak terjangkit kedunguan walaun. Tak usah termakan mainan sentimen kaum dan agama. Sebab lebai tak kisah pun tu semua. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.




AHLI PARLIMEN TEMERLOH MASIH DANGKAL TENTANG IMPORT MINYAK

 

Shahir



𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇: 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐀𝐊𝐔𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐌𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊










Minggu lepas Ahli Parlimen Temerloh bertanya soalan lisan dalam Parlimen kepada Perdana Menteri untuk menyatakan dari negara mana produk petroleum seperti petrol, diesel dan petrokimia diimport oleh Malaysia dan siapakah yang menguruskan import tersebut. 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyatakan bahawa Malaysia mengeluarkan minyak sebanyak 450 ribu tong sehari manakala Malaysia memerlukan 700 ribu tong sehari untuk menampung keperluan dan permintaan bahan api domestik. 


Yang kelakarnya tiba-tiba dalam hantaran dekat Facebook dia, MP Temerloh Salamiah Mohd Nor tulis "𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗰𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝟳𝟬𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘁𝗮 𝟰𝟱𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗸."


Kenapa kelakar?


Kerana fakta bahawa pengeluaran minyak mentah Malaysia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik telah lama diwarwarkan oleh Kerajaan dan juga PETRONAS malah sepanjang 10 tahun lepas sudah dimaklumkan berkali-kali minyak mentah yang negara kita hasilkan tidak cukup untuk apa yang negara kita guna. 


Kerajaan mahupun PETRONAS tidak pernah menafikan hal ini dan fakta bahawa Malaysia adalah pengimport minyak bersih sejak 2014 adalah fakta yang diumumkan Kerajaan dan data yang boleh disemak melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 


Sebagai contoh pada tahun 2010 Malaysia mempunyai lebihan eksport minyak bernilai RM12.96 bilion dan bermula 2014 Malaysia mula mengalami defisit perdagangan minyak bernilai RM4.96 bilion apabila import minyak melebihi eksport.


Kemudian defisit perdagangan minyak ini terus membengkak setiap tahun kepada RM38.8 bilion pada tahun 2024 sebelum turun kepada RM27.32 bilion tahun lepas (2025). 


Sebab itu apabila harga minyak dunia melonjak selepas perang meletus, harga petrol dan diesel tanpa subsidi juga ikut melonjak naik. 


Pokoknya tak perlu tanya dalam Parlimen data ini tersedia dalam laman web DOSM.


Begitu juga rungutan MP Temerloh jawapan yang Kerajaan bagi kepada dia kononnya terlalu umum berkaitan dari negara mana minyak diimport dan jumlah import setiap negara.


Data tersebut boleh dicari dalam Statistik Perlombongan Petroleum dan Gas Asli yang diterbitkan DOSM setiap tiga bulan yang menyenaraikan data-data pengeluaran, eksport, import minyak dan gas secara terperinci. 


Sebagai contoh Malaysia mengimport minyak mentah bernilai RM54.1 bilion antaranya dari Asia Barat iaitu: 


Arab Saudi: RM18.0 bilion

UAE: RM11.1 bilion

Oman: RM4.9 bilion


Dari Afrika: 


Cameroon: RM2.1 bilion

Congo: RM1.3 bilion

Angola: RM895 juta


Dari Amerika: 


USA: RM2.6 bilion

Brazil: RM882 juta

Argentina: RM365 juta


Ini semua data yang hanya dihujung jari boleh diakses sesiapa sahaja yang ada capaian internet. 


Begitu teruk kualiti MP-MP PAS berkaitan hal data. 


Sekurang-kurangnya carilah pegawai penyelidik yang rajin dan cakna berkenaan statistik yang tersedia kepada umum supaya soalan parlimen tidak dibazirkan dengan soalan-soalan seperti ini. 


Lainlah statistik itu memang tidak tersedia kepada umum. 


Yang lebih menggelikan hati sempat pulak cakap "akhirnya Kerajaan mengakui..." sedangkan dah lama Kerajaan akui Malaysia mengimport minyak kerana pengeluaran minyak Malaysia tidak mencukupi.


Yang taknak mengakui minyak mentah Malaysia tidak cukup adalah pemimpin dan ahli politik parti lebai tu sendiri macam Dr Azman Ibrahim yang cakap minyak Malaysia tak lalu Selat Hormuz dan macam Isham Jalil yang merapu-rapu cakap minyak mentah kita cukup. 


Badut dalam sarkis.





Orang bercinta, kurap pun dia kata bunga, kentut pun wangi.... Beruntungnya kamu wahai BN (termasuk MCA dan MIC).

 


BETUL ATAU PALESU?


 


Ustaz menerima salinan kenyataan Media pas pusat ini.


Sebagai ahli dan penyokong, amat penting kita walaq dan istiqomah agar segala arahan kepimpinan kita patuhi.

Jangan pertikaikan keputusan Dewan Ulama PAS Pusat kerana kerana badan Tertinggi dalam membuat keputusan. Takbir!! Ustaz Mat Idris Al Saguni



@syedbadlishah Subscribe Benarkah Cina Johor Dipinggirkan Daripada Menerima Bantuan Kerajaan Negeri?


 

Bekas Adun dedah ‘hipokrasi’ Pas: Mahu Melayu Islam pimpin Johor, tapi suruh undi calon MCA?


 


Seorang bekas pemimpin Pas mempersoalkan pendirian parti itu yang didakwanya bercanggah dengan naratif “kepimpinan Melayu Islam” apabila menggesa penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, menyifatkan keadaan itu sebagai satu bentuk “hipokrasi politik” yang sukar dijelaskan.

Menurutnya, di kerusi DUN Layang-Layang, Pakatan Harapan (PH) melalui PKR mempertaruhkan calon berketurunan India, PN meletakkan calon Melayu daripada Bersatu, manakala BN mempertaruhkan calon daripada MCA.

Namun, katanya, arahan Presiden Pas supaya ahli parti mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN bermakna penyokong Pas di kawasan itu diminta mengundi calon MCA, walaupun calon Melayu daripada Bersatu turut bertanding.

“Suatu ketika, Pas canang soal kuasa politik Melayu Islam, tetapi dalam kes ini Pas minta undi calon Cina.

“Kalau bukan hipokrasi, apa?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut membangkitkan situasi di DUN Puteri Wangsa yang menurutnya lebih bercanggah dengan naratif dibawa Pas.

Di kerusi itu, PH mempertaruhkan calon PKR, Dr Maszlee Malik, yang juga tokoh Melayu Islam, manakala BN meletakkan calon MCA. Pas dan Bersatu pula tidak meletakkan calon.

“Jika pakai logik Presiden Pas, maka orang Pas kena undi calon BN Cina dan mengenepikan calon Melayu Islam PH.

“Sembang mahu Johor dipimpin oleh Melayu Islam, dalam kes ini calon PH Melayu Islam pula yang diketepikan,” katanya.

Bagaimanapun, Zolkharnain menegaskan beliau tidak berniat memainkan sentimen perkauman dan menganggap semua calon yang bertanding adalah rakyat Malaysia yang berhak dipilih berdasarkan keupayaan dan rekod perkhidmatan.

“Bagi aku, semua calon adalah warga Malaysia. Pilihlah berdasarkan rekod dan jangkaan keupayaan berkhidmat. Parti yang diwakili juga perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata, kritikannya ditujukan kepada apa yang disifatkannya sebagai sikap Pas yang terus menggunakan sentimen agama dan kaum untuk kepentingan politik.

Kenyataan itu hadir ketika Pas berdepan kritikan susulan pendirian parti berkenaan yang mengumumkan “perceraian politik” dengan Bersatu, namun masih kekal bersama dalam gabungan PN, selain mengarahkan jentera parti membantu kempen calon Pas dan parti komponen lain, tetapi bukan calon Bersatu dalam PRN Johor kali ini.




@LensaTv3 Subscribe Ustaz PAS : Anwar Perdana Menteri Paling Teruk Dalam Malaysia Ustaz PAS : Anwar Perdana Menteri Paling Teruk Dalam Malaysia


 

@sinarharianofficial 6 tahun berentap untuk dapatkan keadilan,


 

@LensaTv3 Subscribe Dr Samsuri Tidak Mampu Tandingi Anwar Ibrahim Dr Samsuri Tidak Mampu Tandingi Anwar


 

@LenTv9 Subscribe PAS Janji Hapus PTPTN, KP UMNO Kata PH Tidak Tepati Janji ? PAS Janji Hapus PTPTN, KP UMNO Kata PH


 

Malaysia @suararakyatmarhaenchannel Subscribe Created from @suararakyatmarhaenchannel MACAM-MACAM DAH ADA BAWAH PMX PANAS KALI INI! ANWAR NAIK ANGIN DI PELANCARAN JENTERA PH


 

RENCANA | Calon Muda dalam PRN Johor: Manifestasi pembaharuan politik atau sekadar strategi elektoral?


 


Oleh Dr Azrie Azeh

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar medan persaingan antara parti-parti politik untuk membentuk kerajaan negeri. Malah lebih daripada itu, pilihan raya ini turut menjadi pentas yang sangat penting untuk menilai arah perubahan budaya politik Malaysia, khususnya dari sudut proses pembaharuan kepimpinan melalui kemunculan calon-calon muda.

Hakikat bahawa hampir semua gabungan politik utama memberi ruang kepada generasi baharu untuk bertanding memperlihatkan satu perubahan yang signifikan dalam corak pengambilan elit politik negara. Fenomena ini bukan lagi bersifat simbolik, tetapi sebaliknya mencerminkan proses transformasi institusi politik yang sedang berlaku secara beransur-ansur.

Persoalan yang lebih penting dalam situasi ini, bukanlah berapa ramai calon muda yang diletakkan bertanding, tetapi sejauh manakah pencalonan tersebut benar-benar menggambarkan komitmen parti terhadap pembaharuan politik atau sekadar strategi pilihan raya bagi menarik sokongan pengundi muda.

Dalam disiplin sains politik, proses penggantian kepimpinan dikenali sebagai Elite Circulation Theory, iaitu kitaran kemasukan generasi baharu ke dalam struktur kuasa bagi memastikan kelangsungan dan kerelevanan sesebuah organisasi politik.

Ahli sosiologi politik seperti Vilfredo Pareto dan Gaetano Mosca telah memberi penghujahan yang sangat jelas bahawa sesebuah sistem politik yang gagal melakukan pembaharuan elit akan berhadapan risiko kehilangan legitimasi kerana gagal menyesuaikan diri dengan perubahan masyarakat.

Dalam konteks Malaysia, perubahan ini menjadi semakin ketara selepas pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik yang memperluaskan penyertaan golongan muda dalam proses demokrasi. Pertambahan pengundi muda telah mengubah strategi parti politik daripada sekadar menawarkan manifesto kepada usaha membina representasi yang lebih hampir dengan demografi pengundi.

Oleh kerana itu, dengan kemunculan calon muda dalam PRN Johor boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses penyesuaian institusi politik terhadap perubahan struktur masyarakat.

Calon muda tidak lagi menjadi pelengkap senarai

Jika suatu ketika dahulu calon muda sering dilihat sebagai pelengkap bagi menunjukkan imej progresif sesebuah parti, keadaan hari ini memperlihatkan perubahan yang lebih ketara.

Sebahagian calon muda kini diberikan tanggungjawab bertanding di kerusi strategik, sekali gus mencerminkan peningkatan keyakinan parti terhadap kemampuan mereka memikul amanah sebagai pembuat dasar.

Perubahan ini turut  menunjukkan bahawa proses Political Recruitment dalam parti-parti politik semakin memberi perhatian kepada merit, profesionalisme, latar belakang pendidikan serta pengalaman organisasi, dan bukan semata-mata kepada senioriti politik.

Walau bagaimanapun, pencalonan generasi muda tidak seharusnya dilihat sebagai ukuran kejayaan secara automatik. Dalam demokrasi yang matang, usia hanyalah satu daripada pelbagai faktor yang menentukan keberkesanan seseorang wakil rakyat.

Dalam teori Political Representation yang dikemukakan oleh Hanna Pitkin, seseorang wakil rakyat bukan sekadar mewakili kumpulan umur tertentu, sebaliknya bertanggungjawab memperjuangkan kepentingan keseluruhan masyarakat.

Oleh itu, calon muda yang berjaya dipilih perlu membuktikan bahawa mereka memiliki keupayaan memahami isu pembangunan negeri, ekonomi, pelaburan, kebajikan rakyat, pengurusan kerajaan tempatan serta dasar awam yang kompleks. Mereka perlu memahami pentadbiran dan pengurusan negara sebaik mungkin kerana mereka ada pewaris kepada kepimpinan negara.

Realitinya, pengundi masa kini semakin rasional dalam membuat pilihan. Mereka tidak lagi menilai calon berdasarkan faktor usia semata-mata, sebaliknya melihat kepada kompetensi, integriti, kredibiliti dan kemampuan menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam konteks ini, generasi muda berhadapan cabaran yang lebih besar kerana mereka perlu membuktikan bahawa pembaharuan generasi turut disertai pembaharuan dari segi kualiti kepimpinan.

Dinamika Baharu 

Kemunculan calon muda turut membawa perubahan terhadap pendekatan kempen pilihan raya.

Generasi baharu lazimnya lebih dekat dengan penggunaan teknologi digital, media sosial, komunikasi dua hala serta pendekatan politik yang lebih interaktif. Perubahan ini menjadikan kempen politik lebih pantas, terbuka dan berorientasikan penyertaan rakyat. Namun demikian, perkembangan tersebut turut membawa risiko baharu.

Persaingan politik yang semakin bergantung kepada media sosial boleh menyebabkan naratif politik menjadi terlalu bersifat persepsi sehingga isu-isu dasar tenggelam di sebalik perang kandungan digital. Justeru, calon muda perlu memastikan bahawa kelebihan mereka dalam komunikasi digital turut disertai kemampuan mengemukakan penyelesaian dasar yang bernilai kepada rakyat.

Dalam bidang Political Trust, kepercayaan rakyat terhadap pemimpin dibentuk melalui tiga elemen utama, iaitu konsistensi, kompetensi dan integriti. Konsistensi merujuk kepada keupayaan pemimpin mengekalkan prinsip serta memenuhi komitmen yang dijanjikan.

Kompetensi pula berkait rapat dengan kecekapan mentadbir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah rakyat. Integriti pula menjadi asas kepada tadbir urus yang telus, akauntabiliti dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Ketiga-tiga dimensi ini tidak bergantung kepada faktor umur. Seorang calon muda hanya akan memperoleh kepercayaan rakyat sekiranya mampu membuktikan prestasi yang meyakinkan, manakala calon yang lebih berpengalaman juga tidak boleh bergantung kepada rekod lampau semata-mata tanpa menunjukkan kemampuan menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa.

PRN Johor boleh dianggap sebagai makmal politik yang penting dalam menilai keberkesanan proses pembaharuan kepimpinan di Malaysia.

Sekiranya calon-calon muda berjaya membuktikan keupayaan mereka sebagai penggubal dasar, pentadbir yang berkesan dan wakil rakyat yang dekat dengan masyarakat, perkembangan ini berpotensi mempercepat proses peremajaan institusi politik negara.

Sebaliknya, sekiranya pencalonan mereka hanya bersifat kosmetik atau sekadar memenuhi strategi pemasaran politik, kepercayaan rakyat terhadap naratif pembaharuan akan terhakis.

Dalam demokrasi moden, perubahan generasi bukanlah matlamat akhir. Yang lebih utama ialah kemampuan melahirkan kepimpinan yang mempunyai visi, integriti, kecekapan dan kebijaksanaan dalam mentadbir negeri.

Kemunculan calon-calon muda dalam PRN Johor wajar dilihat sebagai manifestasi evolusi sistem politik Malaysia yang semakin terbuka kepada proses peralihan generasi. Namun demikian, kejayaan pembaharuan tersebut tidak boleh diukur berdasarkan faktor usia semata-mata.

Dalam perspektif sains politik, legitimasi kepimpinan akhirnya bergantung kepada kemampuan seseorang wakil rakyat memenuhi amanah yang diberikan oleh rakyat melalui dasar yang berkesan, tadbir urus yang baik dan integriti yang tinggi.

Atas sebab itu, PRN Johor bukan sekadar menguji kekuatan parti-parti politik, malah menjadi ukuran terhadap sejauh mana demokrasi Malaysia berjaya melahirkan generasi pemimpin baharu yang bukan sahaja muda dari segi usia, tetapi juga matang dari segi pemikiran, berwibawa dalam kepimpinan dan mampu membawa negeri ke arah pembangunan yang lebih mampan.





@aafnanomar Subscribe PRN JOHOR: PAS GUNA LOGO SENDIRI?


 

@UTUSANTV Subscribe Johari ingatkan ahli Parlimen tidak ponteng


 

@LenTv9 Subscribe BN Johor Tak Nak Duduk Semeja Dengan DAP BN Johor Tak Nak Duduk Semeja Dengan DAP


 

@LensaTv3 Subscribe Onn Hafiz Sindir PH, Minta Tunai Manifesto Lama Onn Hafiz Sindir PH, Minta Tunai Manifesto


 

@HarapanMalaysia Subscribe Mat Sabu Yakin PH Mampu Tawan Johor ⭐


 

@LensaTv3 Subscribe UMNO Johor Masih Ada 11 Manifesto Belum Dilaksana ? UMNO Johor Masih Ada 11 Manifesto Belum


 

Anwar: Projek baharu dilarang sepanjang kempen, projek lama boleh diteruskan


 


Kerajaan menegaskan larangan mengumumkan projek atau dasar baharu selepas hari penamaan calon masih berkuat kuasa dan terpakai kepada semua pihak, termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peraturan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, sebaik sahaja penamaan calon berlangsung, tiada pihak dibenarkan menggunakan jentera kerajaan untuk mengumumkan projek baharu atau membuat janji projek kepada pengundi.

“Keputusan kita tetap, iaitu sebaik tarikh penamaan calon diumumkan, kempen boleh diteruskan tetapi tidak boleh ada penggunaan ataupun pengumuman projek baharu atau dasar baharu bagi negeri tersebut,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan sama ada larangan itu masih terpakai menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan projek yang telah diluluskan sebelum penamaan calon atau terkandung dalam belanjawan sedia ada boleh diteruskan dan diumumkan.

Beliau berkata perkara itu tidak melanggar peraturan pilihan raya kerana ia bukan melibatkan projek baharu.

Mengulas dakwaan Shahidan mengenai pengumuman projek oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada hari penamaan calon PRN Johor, Anwar berkata beliau telah menyemak perkara itu.

“Saya semak, dia umumkan projek yang telah diluluskan. Jadi, kalau ikut prinsip peraturan pilihan raya itu dibolehkan. Tidak boleh projek baharu,” katanya.

Menurut Anwar, beliau sendiri mengambil pendekatan berhati-hati dan mengelakkan pengumuman sedemikian bagi mengelakkan salah faham, walaupun tindakan mengumumkan projek yang telah diluluskan tidak melanggar undang-undang.

Dalam pada itu, Anwar turut menjawab persoalan Shahidan mengenai aspek etika pengumuman projek menjelang pilihan raya.

Katanya, soal etika mempunyai tafsiran yang pelbagai dan tidak semestinya berkait dengan pengumuman projek yang dibuat sebelum hari penamaan calon.

“Yang melanggar etika itu kalau ada sumpah seranah, hina, mencerca dan menipu. Itu etika yang lebih besar dan perlu kita elakkan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua menteri dan timbalan menteri supaya mematuhi peraturan pilihan raya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir sepanjang tempoh berkempen.

Anwar berkata kerajaan akan terus memastikan semua pihak mematuhi undang-undang pilihan raya demi menjamin proses demokrasi yang bersih dan adil.





DAJJAL


 

Pelbagai bantuan disalur, nelayan di Terengganu terus dibela kerajaan Persekutuan


 


Kepedulian kerajaan terhadap kebajikan golongan nelayan di Terengganu terus disuburkan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), termasuk pembangunan infrastruktur, bantuan peralatan serta sokongan kebajikan menyeluruh kepada komuniti nelayan di negeri itu.

Pengerusi LKIM, Faiz Fadzil berkata, antara usaha terkini ialah siapnya sebuah jeti pendaratan baharu di Merang, Setiu yang dibina dengan kos RM469,400 bagi memperkukuh aktiviti pendaratan ikan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, jeti konkrit berukuran 28 meter kali 6.8 meter itu dijangka memberi manfaat langsung kepada 124 orang nelayan yang mengendalikan 98 buah sampan di Pengkalan Merang, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi perikanan setempat.

“Keberkesanan pengurusan aktiviti perikanan sama ada tangkapan dan pendaratan penting dalam memastikan agenda keterjaminan makanan tercapai. 

“Merang antara kawasan nelayan yang berpotensi dengan kapasiti pendaratan ikan yang diisytiharkan di Setiu adalah 243.69 metrik tan setahun, ia menyumbang kepada keseluruhan jumlah yang direkodkan di Terengganu sebanyak 18,660 metrik tan setahun,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan, Faiz turut menghadiri Program Rahmah Mesra MADANI di Pelabuhan Perikanan LKIM Chendering, Kuala Terengganu bagi menyampaikan Insentif Peralatan Penangkapan Ikan Nelayan (Touchpoint) B40 melibatkan peruntukan RM225,000 untuk nelayan negeri ini.

Bantuan tersebut merangkumi peralatan seperti dawai kawat (bubu), pukat serta echo sounder yang membantu nelayan mengenal pasti lokasi ikan dengan lebih berkesan.

Selain itu, beliau turut menyerahkan sebuah rumah bina baharu di bawah Program Khas Perumahan Nelayan kepada seorang penerima di Kuala Terengganu Selatan dengan kos pembinaan RM84,000 yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh PNK kawasan berkenaan.

Bagi tahun 2026, LKIM meluluskan empat rumah bina baharu dan 29 rumah baik pulih dengan jumlah peruntukan RM915,444.60, sebahagian daripada peruntukan RM10 juta yang disediakan kerajaan MADANI bagi program perumahan nelayan.

Dalam lawatan berasingan, beliau turut menziarahi keluarga seorang balu nelayan yang terlibat dalam insiden lemas di laut, di mana bantuan kebajikan serta faedah perlindungan turut disalurkan melalui Skim Lindung Kendiri PERKESO.

Beliau turut menyeru nelayan di seluruh negara agar terus mencarum bagi memastikan perlindungan kebajikan keluarga sekiranya berlaku musibah, memandangkan sektor perikanan laut terbuka mempunyai risiko keselamatan yang tinggi.

Lawatan kerja beliau ke Kuala Terengganu turut disusuli dengan penyerahan sumbangan RM11,000 kepada seorang nelayan yang terjejas akibat kebakaran rumah di bawah Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

Menurut beliau, segala pelaksanaan ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan MADANI melalui LKIM dalam memastikan kebajikan nelayan di semua negeri, termasuk Terengganu, terus terbela secara menyeluruh tanpa mengira latar politik negeri.

“Kepedulian LKIM dan kerajaan Madani kepada golongan nelayan terus disuburkan. 

“Walaupun berbeza politik di peringkat pentadbiran, LKIM dan kerajaan Madani terus membela kebajikan nelayan dan ini menunjukkan politik matang yang dibawa PH yang tidak mendiskrimasi mana-mana negeri atau golongan,” katanya lagi.




@jasonyew_ Join "Yang melanggar etika itu kalau ada sumpah


 

@LensaTv3 Subscribe PAS Minta Rakyat Undi UMNO Di PRN Johor ? PAS Minta Rakyat Undi UMNO Di PRN Johor ?


 

PMQT: Hampir Semua Negeri Terima Peruntukan Persekutuan Lebih Tinggi Berbanding Hasil Cukai – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026.

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan menyalurkan jumlah peruntukan secara tidak adil dan tidak mencukupi kepada kerajaan negeri, dibidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kebanyakan peruntukan Kerajaan Persekutuan disalurkan pada nilai yang lebih tinggi berbanding purata hasil diraih daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, hanya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan yang nilainya lebih rendah berbanding purata hasil kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026.

“Semua negeri memperoleh peruntukan lebih ketimbang sebelumnya dan purata hasil cukai, melainkan Selangor serta Pulau Pinang.

“Selangor dan Pulau Pinang kerana kebetulan kedudukannya yang strategik, mendapat hasil tinggi tetapi perbelanjaan peruntukan Persekutuan (diterima) lebih kurang (berbanding purata hasil),” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 30 Jun 2026.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai dakwaan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang tidak adil dan tidak mencukupi berbanding hasil dikutip.

Perdana Menteri berkata, nilai peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ditetapkan mengikut tumpuan yang memerlukan perhatian khusus di setiap negeri seperti projek rancangan tebatan banjir (RTB), naik taraf lebuh raya atau jalan dan beberapa lagi.

Beliau turut memaklumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri bertambah berbanding sebelum ini, selain mempertahankan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan keperluan mendesak.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri menerima pertambahan peruntukan seperti Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT), pemberian tahap, geran sama rata yang diumumkan di hadapan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier.

“Saya harap penjelasan ini boleh mengundang pandangan tambahan (dan) cadangan, tetapi tidak benar sama sekali tohmahan negeri tertentu dianaktirikan atau dipinggirkan.

“Jika mahu (buat) perbandingan. Saya tegaskan, Kerajaan MADANI-lah (memberi) peruntukan tertinggi untuk negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan, ketimbang sebelumnya,” katanya.

Memperincikan jumlah peruntukan kepada negeri, Anwar berkata, Kelantan menerima dana bernilai RM8.9 bilion berbanding RM946 juta purata hasil antara 2023 hingga 2025.

Beliau berkata, Kedah pula menerima peruntukan bernilai RM9.5 bilion berbanding RM3.7 bilion hasil purata bagi tempoh sama, manakala sejumlah RM7.8 bilion diberikan kepada Terengganu berbanding RM2.4 bilion purata hasil.

“Peruntukan kepada Perlis pula bernilai RM2.2 bilion berbanding purata hasil RM419 juta, manakala Johor menerima RM16 bilion ketimbang hasil sekitar RM14 bilion.

“Selangor pula menerima peruntukan RM15 bilion, biarpun purata hasil cukai bernilai RM43.6 bilion, manakala Pulau Pinang terima RM7.9 bilion ketimbang purata hasil RM10.7 bilion bagi tempoh sama,” katanya.






PRU Johor: Arahan Pas Undi BN “Tikam Belakang Kawan Sendiri”, Beri Kelebihan Kepada PH

 


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, tindakan itu hanya memperlihatkan perpecahan dalam PN, sekali gus menampakkan sifat 'tikam belakang kawan sendiri'.

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Tindakan Pas mengeluarkan arahan kepada semua ahli dan penyokong parti itu untuk mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor, hanya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, tindakan itu hanya memperlihatkan perpecahan dalam PN, sekali gus menampakkan sifat ‘tikam belakang kawan sendiri’.

“Saya lihat, perkara ini sebenarnya memberi kesan lebih kepada PN, sebab apa yang diumumkan oleh Pas itu adalah tikam belakang kepada kawan mereka sendiri.

Fuziah meminta pengundi di Johor untuk berfikir kerajaan apa yang diinginkan untuk mentadbir negeri itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Johor pada 11 Julai 2026.

“Ini semuanya memberi kelebihan kepada PH, sebabnya saya tengok PN, Pas dengan Bersatu ini berpecah secara dalaman walaupun mereka dalam satu gabungan.

“Saya tengok BN juga berhadapan perkara yang sama (pertelingkahan dalam gabungan)… jadi, semuanya memberi kelebihan kepada PH sebenarnya,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang SDS Food Manufacturing Sdn Bhd di Skudai di sini, hari ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Pas mengeluarkan arahan kepada semua ahli dan penyokong parti itu untuk mengundi calon UMNO-BN bagi kerusi DUN yang tidak ditandingi PN.

Beliau dilaporkan berkata, arahan itu dikeluarkan bagi memastikan sokongan diberikan kepada UMNO-BN di kawasan yang tidak mempunyai calon daripada gabungan berkenaan.

Fuziah berkata, perkara itu secara jelas menunjukkan gerakan usaha kerjasama antara BN dengan Pas.

Beliau sekali gus meminta pengundi di Johor untuk berfikir kerajaan apa yang diinginkan untuk mentadbir negeri itu.

“Untuk pengundi di Johor, kerajaan yang macam mana yang mereka inginkan apabila mereka mengundi nanti.

“Maksudnya, kalau mereka mengundi BN, mereka akan dapat Pas… mereka mengundi Pas, mereka akan dapat BN. Jadi, fikir-fikirkanlah, anda sebagai pengundi yang bijak untuk buat keputusan,” katanya.