Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan, Wanita Direman Tiga Hari

 


Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.

IPOH, 1 Sep – Seorang wanita yang menceroboh pentas utama sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak, ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hingga 3 September ini.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan semalam selepas cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di atas pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri.

Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.

Susulan itu, polis menahan wanita terbabit di tepi pentas dan dibawa keluar dari kawasan acara tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau kes dadah serta rekod rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

 

Beliau menambah, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.


DS ANWAR TEMPELAK POLITIKUS GUNA ISU KAUM BANTAH LANGKAH KERAJAAN!



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa kesal apabila retorik perkauman menurutnya dijadikan senjata untuk mengekang usaha kerajaan dalam meningkatkan kebajikan rakyat. Berucap di Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang hari ini, Anwar mendakwa ada pihak yang sering bersandar kepada sentimen perkauman dalam menyatakan bantahan terhadap langkah dan keputusan kerajaan. “Tiap kali ada pelantikan, tiap kali ada ikhtiar baru (oleh kerajaan), tiap kali ada Rang Undang-Undang (RUU) baru, masalah kaum dibangkitkan. “(Bagaimanapun) saya bersyukur majoriti rakyat masih gunakan hikmah dan kebijaksanaan, lihat fakta dan angka, bukan sentimen buruk yang boleh melemahkan kekuatan negara kita,” katanya.

FITNAH BERANGKAI WALAUN. MEMUDAHKAN PDRM JEJAK.


 Zuwairi Mohd Yusof








PAKAR BANK DUNIA PUJI KEJAYAAN EKONOMI MALAYSA


Zarith Zarith Fir 


1. Thanks PMX! Tak dapat bayangkan kalau orang lain terutamanya dari parti pembangkang memerintah... negeri majoriti Melayu pun gagal jadi leader yang baik, inikan pula nak urus Malaysia yang majmuk.





2. Pakar Bank Dunia, Apurva Sanghi kata Malaysia ada 3 kejayaan ekonomi besar tapi jarang orang sebut.


3. Pertama, berjaya kurangkan kemiskinan dengan drastik sejak merdeka... dulu hampir separuh rakyat miskin, sekarang jauh berkurang tanpa ada setinggan kekal.


4. Kedua, ekonomi Malaysia makin pelbagai... tak bergantung komoditi semata... KDNK per kapita pun lebih tinggi dari Filipina dan Zambia.


5. Ketiga, Malaysia jadi pemain utama industri halal dunia... pensijilan halal kita jadi rujukan antarabangsa.


6. Dia pesan rakyat Malaysia patut bangga dengan pencapaian ni... Singapura pun tak pernah hadap isu kemiskinan skala macam kita.




TUAN TUAN DAN PUAN PUAN....

 Che Ibrahim. 




𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙 𝗦𝗔𝗥𝗔 : 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗙

 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘 𝗢𝗙𝗙 𝗦𝗔𝗥𝗔 : 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡𝗦𝗜𝗙 




1) 𝗔𝗟𝗛𝗔𝗠𝗗𝗨𝗟𝗜𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗶𝗳 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Ini yg Rakyat Indonesia rasa irihati terhadap Rakyat Malaysia dan kagum dgn PM Anwar dan Kerajaan MADANI.


2) Sila baca petikan berita di bawah : 


"𝗠𝗢𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗽𝗮𝘀𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗲𝘀𝗼𝗸 (𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱), 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻.


"𝗕𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝗻𝗶,” 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗠𝗢𝗙.


"𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗺𝗮𝗮𝗳 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗲𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶𝘀𝗶𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿".


3) 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗼𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻. Saya antara yg mengkritik dan menegur utk kebaikan Rakyat dan Kerajaan MADANI sendiri agar semakin disokong Rakyat. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗖𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀-𝗰𝗲𝗽𝗹𝗼𝘀 𝗚𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗕* 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘁𝗼𝗵𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 dan menegur seperti mana kita mengkritik RUU URA demi kebaikan Rakyat.


4) Berita 11.51pm semlm 𝗠𝗼𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘆𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗙 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝘂𝘁𝗸 𝗸𝗲𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟬𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶). Terima kasih Mof dan MyKasih. Hari ni saya puji pihak Kerajaan kerana responsif dgn kritikan Rakyat, Ceplos-ceplos lahanat taknak maki hamun saya ke??


5) Inilah masalah Ceplos-ceplos terutama balaci 𝗗𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗜 𝘆𝗴 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗟 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗞𝗔𝗟 𝘆𝗴 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁. Ramai dah jadi 𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗯𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗮, 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤 bila kritik dan tegur Kerajaan lalu dituduhnya kita sokong PEMBANGANG, KUNUN nak jatuhkan Anwar, KUNUN nak jatuhkan PKH-PH dan KUNUNnya nak jatuhkan Kerajaan MADANI. Walhal kritikan dan teguran kita itu berasas kerana mahu Kerajaan segera perbaiki sistem penyampaian. Kritikan itu berguna buat kerajaan dan Rakyat.


6) Memang boleh jatuh sungguh lah kalau penyokong PH dan Kerajaan pakat berubah jadi 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁, 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗟 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗥𝗜𝗧𝗜𝗦 serta 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗿𝗲𝗯𝗮𝗵. Sebab kita perlu lakukan Check & Balance dalam keadaan PEMBANGANG tak reti nak buat kerja Pembangkang. Dalam sistem Demokrasi ni Pembangkang sepatutnya memainkan peranan membantu Kerajaan mentadbir negara bukan SETIAP HARI berangan nak jatuhkan Kerajaan. Tunggu PRU akan datang la.


Wallahualam. 


-Zus Din 

01 September 2025

#DSRR 

#HIRUK 

#RR_RealReform 


Baca berita : 𝟴𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟱𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 - 𝗠𝗢𝗙


News link : https://www.sinarharian.com.my/article/746016/berita/nasional/850000-penerima-penghargaan-sara-belanja-lebih-rm50-juta-pada-hari-pertama---mof



BANGSA MELAYU ISLAM. JANGAN LUPA APA YANG HADI AWANG PERNAH UVAPKAN.

 Che Ibrahim. 


Bayangkan jika ucapan seperti ini dibuat oleh pimpinan UMNO atau PKR atau Amanah????




Merdeka 68: Bantuan SARA RM100 ‘One-Off’ Terbukti Bantu Ringankan Beban Rakyat

 


Orang ramai mengambil kesempatan membeli barangan keperluan asas di kaunter MyKasih yang menempatkan terminal pengesahan SARA di Kuala Terengganu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Orang ramai mula memanfaatkan pemberian sekali beri (one-off) RM100 di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad yang mula disalurkan hari ini di hampir 4,100 premis di seluruh negara.

Seawal jam 8 pagi lagi, orang ramai mula membuat persediaan menentukan barangan keperluan yang ingin dibeli bagi mempercepatkan proses pengumpulan barangan dan pembayaran di kaunter khas yang disediakan.

Bagi peruncit yang menyertai inisiatif berkenaan, mereka menyediakan ruangan khas bagi menyusun barangan yang layak dibeli bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan dan kaunter bayaran khas yang telah ditetapkan.

Minyak masak paket polibeg 1 kilogram mudah diperolehi di pasaraya yang menjadi antara barangan keperluan asas sebuah keluarga.

Rata-rata pembeli menyifatkan sebanyak 14 barangan asas yang ditawarkan termasuk pelbagai produk seperti barangan keperluan asas dan stok dilihat mencukupi.

Seorang warga emas, Norhayati Mior Ahmad, berkata beliau membeli barangan asas yang dapat meringankan kos barangan dapur seperti beras, gula, tepung dan barangan penjagaan harian seperti ubat gigi dan sabun membasuh baju.

“Pembelian barangan seperti telur, biskut, roti, gula dan beras sedikit sebanyak menampung perbelanjaan bulanan kami sekeluarga,” kata Mohd Rahafaizul Mohd Rashid.

Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menyatakan pemberian RM100 yang diberi kerajaan secara one-off ternyata membantu mengurangkan kos barangan dapur.

Seorang lagi pembeli, Komala Sivachandran, berkata bantuan ini nyata mengurangkan beban keluarga kerana dapat menampung kos keperluan asas sekeluarga.

Sementara Mohamed Nazly Abdullah pula, keluarganya menerima RM500 termasuk untuk tiga anak, sekali gus membolehkan mereka membeli pelbagai barangan.

“Syukur alhamdulillah, terima kasih atas inisiatif ini. Banyak barangan boleh dibeli, dan saya berharap Kerajaan MADANI meneruskan bantuan ini,” katanya.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini dinikmati segenap golongan termasuk masyarakat Orang Asli yang ternyata memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup. Foto MyKasih Foundation

Golongan muda turut memanfaatkan bantuan tersebut untuk barangan harian dan keperluan pembelajaran seperti alat tulis dan penjagaan diri.

“Saya membeli barangan mandian dan ubat-ubatan. Proses pengesahan transaksi sangat mudah, hanya mengambil masa beberapa minit,” kata Muhammad Razman Rudy.

Bantuan berkenaan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu menerusi Penghargaan Khas buat Rakyat Malaysia.




Anwar arrives in Tianjin for SCO Summit, strengthening ties with China



Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Tianjin, China after attending the National Day 2025 celebration at Dataran Putrajaya earlier on Sunday (Aug 31), to kick-start a four-day working visit to China.



PMX sudah sampai masa tukar atau buang Menteri yg cetuskan kemarahan awa...

Polis Siasat Penyebaran Palsu Terkait Bangsa Wanita Di Media Sosial

 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar umum siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan terhadap berita tidak benar berkait kes wanita ditahan kerana menaiki pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 negeri Perak.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Polis memulakan siasatan terpeinci bagi menyangkal berita tidak benar di media sosial berhubung bangsa wanita yang ditahan ketika menaiki pentas diraja menempatkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh pagi tadi.

Susulan penularan berita tidak benar itu, polis melancarkan siasatan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Polis Kontinjen Perak terkesan dengan penularan berita palsu berhubung bangsa wanita terbabit di platform media sosial berkenaan.

“Pihak polis menyangkal berita tersebut sebaliknya tangkapan dibuat ke atas wanita tempatan berusia 41 tahun dan ujian saringan air kencing didapati negatif.

“Jika disabitkan penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya,” menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M Kumar dalam satu kenyataan.

Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025.

Siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, yang jika disabitkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

“Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang tidak benar dan menimbulkan kegentaran awam serta mengganggu keharmonian masyarakat.”

Pagi tadi, polis menahan seorang wanita yang menaiki pentas utama menempatkan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak.

Hantaran palsu di media sosial seorang pemimpin pembangkang yang dipercayai sedang dalam siasatan pihak polis kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam pada 31 Ogos 2025.

Susulan itu, beberapa hantaran dipercayai daripada pemimpin parti pembangkang mula tular di media sosial memberi maklumat tidak tepat berhubung bangsa wanita berkenaan, bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam ketika semakan dibuat.



Merdeka 68: Presiden China Ucap Tahniah Kepada PM Anwar, Rakyat Malaysia

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TIANJIN, 31 Ogos – Presiden China, Xi Jinping, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini.

Berucap pada Majlis Makan Malam Gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang, Jinping turut mengucapkan tahniah kepada Kyrgyzstan sempena sambutan Hari Kemerdekaannya.

“Hari ini menandakan perhimpunan pemimpin-pemimpin negara anggota SCO bersama rakan-rakan lama dan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis makan malam gala dihoskan Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia juga bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Kyrgyzstan dan Hari Kebangsaan Malaysia.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas kepada Presiden Sadyr Japarov, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan rakyat Kyrgyzstan serta Malaysia,” katanya.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjadi tetamu kehormat pada majlis makan malam berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bergambar bersama Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan serta pemimpin dunia pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin dunia yang lain termasuk Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri India, Narendra Modi; dan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Majlis makan malam itu adalah acara pembukaan Sidang Kemuncak SCO 2025 selama dua hari, yang merupakan sidang terbesar sejak penubuhannya.

Esok, Anwar dijadual menyampaikan ucapan pada sidang kemuncak itu. Beliau dijangka mengetengahkan idea untuk membentuk kerjasama serantau yang lebih baik, dengan ASEAN sebagai teras utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis makan malam gala dihoskan Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berada dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Tianjin dan Beijing.

Beliau dijadualkan bertemu Jinping dan Perdana Menteri China, Li Qiang, di Beijing.

Pada Rabu ini, Anwar akan turut menghadiri acara tahunan China, Perbarisan Hari Kemenangan, di Dataran Tiananmen – kali pertama bagi seorang Perdana Menteri Malaysia.



Merdeka: Bebas atau bebal?


 Merdeka: Bebas atau bebal?

OLEH: LIYANA MARZUKI



Sejak zaman raja-raja dahulu,

rakyat dikawal dengan hikayat.

Hikayat itu bukan sekadar cerita penglipur lara,

tetapi alat untuk menanam taat.

Dalam Hikayat Hang Tuah,


yang dijulang ialah kesetiaan buta:

“Bukanlah Melayu kalau derhaka.”

Dijadikan ingatan, walau raja zalim sekalipun,

rakyat mesti tunduk dan raja mesti diangkat.

Dalam Sejarah Melayu,

raja dijulang separa dewa, darahnya sakti,

rakyat hanya jadi watak latar, tak punya suara sendiri.

Inilah propaganda awal

dibungkus dalam dongeng dan hikayat,

supaya rakyat terhibur, tunduk dan taat.

************

Datang penjajah, cara sama digunakan.

Naratif disusun: kita lemah, mereka penyelamat.

Buku teks diajar separuh kebenaran,

sejarah ditulis semula ikut selera mereka.

Orang Melayu dilekatkan imej malas,

orang Cina hanya dianggap pendatang lombong,

orang India dikurung imej kuli estet.

Semua ini bukan kebetulan,

tetapi propaganda pecah dan perintah.

Mereka mahu kita percaya:

kita tidak mampu urus diri tanpa tongkat mereka.

Itulah “hikayat kolonial”.

Kononnya penjajah datang membawa tamadun,

padahal yang dijarah ialah hasil bumi,

mereka yang untung.

***************

Lepas penjajah pergi,

lahir pula pemimpin moden yang memandirkan kita.

Dengan teknik yang sama, hanya wajah berbeza.

Ada yang menjanjikan syurga,

mengugut dengan neraka,

perisai bagi politik agama.

Ada yang melaung “Melayu mudah lupa”,

tapi itu yang dia suka.

Melayu ini boleh diperguna.

Ada pula yang melaung “Reformasi!”,

tapi bila kawan geng sendiri terpalit,

Macam-macam alasan diberi.

Semua ini adalah hikayat moden

skrip lama diulang dengan watak baru,

agar rakyat terhibur dengan drama,

tetapi lupa menuntut dasar yang benar.

**********

Kita merdeka sejak 1957,

kita sangka kita bebas jiwa dan minda.

Tetapi seperti kata Za’ba (1927):

“Kelemahan bangsa bukan kerana takdir,

tetapi tiada latihan berfikir.”

Dan seperti diingatkan Syed Hussein Alatas (1977),

“Penjajahan meninggalkan bebalisme —

budaya malas fikir, ikut sahaja, tidak kritis”

Natijahnya:


Bebalisme ini bukan soal BENAK otak,

tapi MALAS guna akal.

Selepas hampir 100 tahun Pendeta Zaaba ingatkan,

bebal ini sampai sekarang masih terpakai.

**********

Hari ini, 2025

coraknya masih sama.

Rakyat diberi slogan, bukan solusi.

Dihidang drama politik, bukan dasar negara.

Dijamu perbalahan kaum,

supaya lupa soalan pokok:

“Bagaimana kita nak bina negara,

sebagai satu nusa bangsa,

demi anak2 kita?”

Hakikatnya, mereka lagi suka rakyat bersengketa.

**********

Merdeka sebenar bukan sekadar usir penjajah.

Merdeka sebenar ialah bila rakyat tidak lagi rela dijahilkan.

Bila kita celik, berani bertanya dan berani menolak auta.

Dan paling penting tidak taksub mengkhinzir buta.

Kerana sesungguhnya,

bangsa yang rela dibebalkan,

tidak pernah benar-benar merdeka.

**********

Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysia.

Moga kita jadi bangsa yang

bukan sahaja merdeka tubuh,

tetapi merdeka akal dan jiwa… 💕🙏

Merdeka… Merdeka… Merdeka!!!





Seusai sambutan Merdeka, PMX ke China


 

Sejurus selesai menyertai sambutan Hari Kemerdekaan 2025 di Dataran Putrajaya, pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berlepas ke China hari ini bagi menghadiri beberapa acara rasmi atas jemputan Presiden Xi Jinping.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Anwar berlepas dengan pesawat khas jam 11 pagi tadi untuk menghadiri rangka lawatan kerja sehingga 3 September ini, dengan acara utama menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).


“Beliau sudah beberapa kali melawat China, tetapi lawatan kali ini sangat penting kerana kita mahu memperkukuh hubungan dua hala, apatah lagi bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan (Malaysia) dan Hari Nasional (China).

“Saya rasa ini masa yang amat signifikan bagi kedua-dua negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya hari ini.


Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, lawatan itu adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping, yang turut menjemput Malaysia menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan rakyat China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia.

Sebagai Pengerusi ASEAN, penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak itu mencerminkan komitmen negara memperkukuh hubungan ASEAN–SCO, selain mengangkat peranan sebagai pengantara untuk meneroka potensi kerjasama lebih luas.


Selain itu, Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi serta mesyuarat dua hala dengan Premier Li Qiang bagi membincangkan kerjasama bilateral dan bertukar pandangan mengenai isu serantau serta antarabangsa yang berkepentingan bersama.





JANGAN PERCAYA SANGAT MONA DIN INI- DENGAR BOLEH-Pendedahan Eksklusif Kes Zara: Plot Twist Secara Rahsia Dibongkar! #just...



Pakatan Rahsia 'Plot Twist' burukkan Arwah Zara Qairina!. Pendedahan panas oleh Mona Din (30 Ogos 2025) membongkar siri sesi tertutup bersama influencers, TikTokers, dan media di Sabah yang kononnya bertujuan membersihkan nama sekolah dalam kes tragis arwah Zara. Mengapa kempen ini dijalankan secara senyap? Siapa VIP yang terlibat? Dan mengapa hanya dua guru sekolah dibawa berulang kali untuk memberi naratif yang mencurigakan, termasuk dakwaan tidak berasas tentang punca kematian Zara? Dalam video ini, kami terangkan semua persoalan utama: dari kronologi sesi tertutup, pengaruh terhadap influencers Sabah, hingga isu ketelusan siasatan kes Zara yang kini sedang menunggu inkues rasmi.