Talak satu atau talak tiga? Pilihan untuk MCA

 

Persoalan timbul sama ada MCA akan bercerai talak tiga atau talak satu dengan kerajaan di peringkat persekutuan.

Ini kerana MCA sebahagian daripada barisan penyokong kerajaan namun seringkali mengkritik dasar-dasar kerajaan.

Semalam mantan naib presidennya, Datuk Ti Lian Ker menggesa partinya agar bercuti dan menjauhkan diri daripada kerajaan Madani.


Beliau turut mengkritik presiden Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilaporkan berkata keputusan berkenaan masa depan parti akan dibuat semasa mesyuarat agung tahunan.

Apa yang kita perlukan ialah keputusan pantas dan tepat, bukan reaksi dan strategi melengahkan masa untuk peluang kerana ini menunjukkan kelemahan kepimpinan.

Mengapa susah sangat? MCA boleh bercuti dan menjauhkan diri daripada kerajaan yang semakin tidak mesra rakyat dan tidak popular.


Daripada mengkritik kerajaan Madani saban hari, kenapa tidak kedua – dua MP MCA bercuti daripada kerajaan dan pada waktu sama kekal dalam BN?” kata Ti dalam satu kenyataan.

MCA sekarang mempunyai dua ahli parlimen – Datuk Seri Ir Wee Ka Siong mewakili Ayer Hitam manakala Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mewakili Tanjung Piai.






MENGAPA DRAF RMK13 PERLU DIROMBAK?, SOAL RAFIZI

 

Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa kerajaan ingin merombak semula dan mengolah draf Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, bulan depan.

Rafizi yang meletak jawatan berkuat kuasa 17 Jun lalu meminta penjelasan sama ada rombakan berkenaan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada agensi dan pakar-pakar.

“Kenapa isu ‘merombak semula draf RMK13’ ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu ‘rombakan semula’ yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan
intipati RMK13 sebelum ini?,” katanya dalam kenyataan.

Rafizi meletak jawatan menteri ekonomi selepas gagal pertahan timbalan presiden PKR kepada Nuru Izzah Anwar ada pemilihan, bulan lalu.

Ahli Parlimen Pandan itu mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berhubung persetujuan Jemaah Menteri bersetuju Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan mengambil alih tugas dan fungsi portfolio ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

“Tugas utama beliau adalah mengolah dan merombak semula intipati naskah RMK13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini, dengan mengambil kira maklumat tambahan dikemukakan kementerian serta pandangan dan ulasan diberikan Jemaah Menteri.”

Rafizi berkata draf asal RMK13 yang dibangunkan sejak September 2024 melalui proses panjang dan teliti kerana menjadi dokumen penting dan menjadi gam mengikat dasar, program serta sasaran dalam tempoh lima tahun.

“Kerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.

“Sebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik,” katanya yang turut menjelaskan pembangunan dokumen itu bermula dari bawah dan dapatan dari semua pemegang taruh,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama proses ‘top down’ iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar.nullnullnull

Rafizi berkata beliau membentangkan cadangan dasar berani dan radikal kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebayak dua kali antara Februari hingga April tahun ini, selain dibentangkan
kepada Jemaah Menteri Khas untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.

Beliau turut mendakwa penyediaan draf RMK13 itu bakal mencatat sejarah kerana lebih pantas iaitu kurang setahun dari persidangan permulaan hingga pembentangan.

“Sebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun. Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar.

“Pandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam,” katanya sambil mendakwa kenyataan untuk merombak semula itu mendatangkan kebimbangan di kalangan penjawat awam dan penganalisis pasaran.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/06/27/kenapa-timbul-isu-rombakan-semula-rmk13-di-saat-akhir-soal-rafizi


Zahid adalah kingmaker PRU16

GEMPAK! ADAKAH MEREKA CUBA MEMADAM SUMBANGAN DS RAFIZI RAMLI?

Fuziah Salleh sape yg hasut Kiambang ??

TARIF ELETRIK NAIK? BENARKAH? ATAU HANYA PEMBANGKANG YANG BODOH?

TARIF LETRIK NAIK ?


Walaun akan pening dengar penerangan Rafizi tentang kos elektrik. Mereka malas nak dengar kerana otak lembab. Bagi mereka, dengar fitnah dan sebar lebih senang.






 

PENURUNAN SOKONGAN KAUM INDIA DAN CINA


 

INI PENJELASAN PM ANWAR


 

HIMPUNAN BENCI RASUAH... BANYAK NAK KENA DAH... TUNGGU LA SIKIT MASA.


 

PPSSSSTTT....RAHSIA BOCOQ

Hamdan taha


 Ketua Amk pkr dah mula bergerak di tambun persiapan untuk bertanding di tambun, pmx akan ke tempat lain


Setpol farhan akan ke indra mahkota pahang calun juga tu... Samsul iskandar hang tuah jaya... Semua dah susun nak jadi menteri...



DUNIA’ ABIM/WADAH BERSEDIH




 Zahid, Zambry dan Wajdi dan lain2 tidak akn tinggalkan Anwar. 

‘DUNIA’ ABIM/WADAH BERSEDIH


Pagi ini saya membawa H.E Dato Man Chinda (gambar disebelah kanan saya dan Pegawai Khasnya) yg merupakan Deputy Ministry of Women’s Affairs bertemu Menteri Pendidikan, Yb Fadhlina Siddiq (kunjungan tidak rasmi).


Katanya teringin sgt berjumpa anak kpd gurunya, Allahyarham Dr Siddiq Fadzil yg byk membantu Islam di Kemboja. Saya cuba aturkan, alhamdulillah tidak sampai 24 jam menerima jawapan positif kunjungan hormat ke pejabat Menteri.


Pertemuan 1/2 jam berlanjutan hampir sejam. Yb Fadhlina memberitahunya jika ada bantuan yg boleh diberikan, Insyallah kementerian boleh membantu.


Baru sahaja keluar dari pejabat mendapat berita seorang ilmuan hebat, Allahyarham Muhammad Nur Manuty baru sahaja meninggal dunia.


Dunia ABIM kehilangan seorang lagi tokoh ilmuan selepas Dr Siddiq Fadhil. Kedua tokoh ini adalah intelektual agama yg sgt2 diperlukan negara dlm menjana Islam yg inklusif.


Apa yg anda lihat di gambar? Para Menteri kita dlm kesedihan. Ia bukan lakonan sebagai mileage politik tetapi ia satu tanda keikhlasan kehilangan sahabat dlm perjuangan.


Jika melibat lebih ke dlm sebenarnya mereka adalah tokoh tokoh ABIM seperti Perdana Menteri sendiri DS Anwar Ibrahim, DS Zahid Hamidi, DS Zambry Kader, DS Asyraf Wajdi, Dato Ismail Yusop, Cikgu Amidi, Zamri Zainal Abidin II , Cikgu Milus Alu, DS Saifuddin Nasution dan ramai lagi.


Sebab itu bila org kata, UMNO akn tinggalkan DS Anwar… saya kata mustahil. Semangat ukhwah mantan2 ABIM ini berbeza dgn org politik di luar sana.


Sebab itu walaupun puluhan tahun berseteru DS Zahid, DS Zambry dan Dato Asyraf Wajdi tidak pernah menghina apatah lagi mengaibkan DS Anwar.


Atas semangat itulah saya yakin mereka akn bersama sama Anwar Ibrahim utk membawa perubahan. ABIM ketengahkan prinsip wasatiyyah iaitu pertengahan dlm mendidik masyarakat. 


Insyallah saya yakin mereka tidak sesekali akn menganiayai sahabat mereka DS Anwar. Roh ABIM itu tetap ada di jiwa masing2.



JANGAN DENGAR CAKAP PEMBANGKANG KALAU NAK LIHAT RESULT YANG BAIK

 


Penghujung 2026 rakyat dapat lihat impak besar ekonomi negara

JANGAN DENGAR CAKAP PEMBANGKANG KALAU NAK LIHAT RESULT YG BAIK






Sebelum penerangan pendek ini utk dibaca… mereka yg atas pagar itu mindset kena positif. Ingat PMX dpt negara ini hutang RM 1.5 trillion. 


Hutang 1MDB sahaja lebih RM 40billion. Pendek kata PMX dpt jadi ketua negara ketika negara kita sdg tenat. PMX hanya ingin perbaiki kerosakan dilakukan pemimpim sebelum ini.


Perlu diingatkan juga apa yang PMX lakukan bukan beliau mahu curi duit rakyat, malah dia melawan rasuah habis habisan. Niatnya satu, bagaimana nak selamatkan negara ini.


Menjelang penghujung 2026 nanti, percayalah anda yg selama hari ini terpengaruh dgn dakyah pembangkang akan akui apa yg dilakukan PMX ini demi kebaikan negara dan rakyat terutama golongan miskin.


Saya beri penerangan pendek dan mudah difahami. Mungkin anda berserabut bila pembangkang mainkan naratif kononnya kerajaan ini kerajaan yg hanya tahu mengenakan cukai kpd rakyat.


Tidak cukai hanya SST sahaja dan ia bukan kpd rakyat keseluruhannya. Adalah sgt lekeh bila kita mudah dibodohkan pembangkang, kononnya jolok mesin ATM kena cukai SST 8%… aduhai please la jadi biar otak kita diperhambakan.


Ingat mereka yg bising hingga anda termakan hasutan mereka ialah mereka yg mula takut apabila LHDN mula ganggu (selama hari ini guna org politik elak bayar cukai), SPRM cari mereka sebab selama hari ini org politik ganggu tugasan SPRM.


Mereka yg kecewa bila kartel sudah terputus dan tak boleh melobi lagi. Mereka yg tidak dapat tender kerajaan, yg tiada jawatan politik dan sebagainya. 


Matematiknya mudah jika benarlah mereka lebih baik dari PMX, tidak lah hutang negara sehingga RM 1.5 trillion. Anda bayangkan jika wang sebanyak itu tidak disalah gunakan….setiap negeri akan ada bandar sehebat Putrajaya, setiap daerah akan ada hospital, gaji doktor kerajaan tentulah lebih RM 5k dan bermacam mcm lagi dpt dinikmati rakyat.


————————————————————————-


Subsidi bersasar petrol & gas, SST, bil TNB… setakat ini yg saya baca sgt positif. Ia bukan setakat kenakan cukai dan bersasar tetapi sasarannya juga siapa yg akn dpt menikmati dari cukai dan subsidi bersasar tersebut.


Konsepnya ala zakat dan atau cara tidak menghalalkan cara seperti Robin Hood. Ambil dari org kaya utk diberikan kpd org miskin. 


Contoh sebelum ini berpuluh billion subsidi petrol dan gas dinikmati org kaya sdgkan hanya sedikit dinikmati org miskin. Satu keluarga org kaya dpt subsidi petrol RM 2k sebulan, sdgkan org miskin hanya dpt RM 100 sebulan.


Begitu juga bil elektrik. Org kaya pakai 5 aircond setiap bilik sampai pagi sdgkan org miskin hanya pakai kipas tapi tarif penggunaan org kaya bayar sama sahaja. Bagi org kaya murah walaupun bil RM 1k.


Daripada TNB tanggung subsidi tersebut kpd org kaya adalah lebih baik diletakkan kpd bajet CSR utk membantu golongan miskin dgn menghulurkan pelbagai bentuk bantuan. Lebih menguntungkan tarif baru ini, org miskin bayar kurang dari sebelumnya.


SST seperti saya katakan ia hanya terkena kpd org2 kaya atau syarikat2 besar. Jika dulu nak beli nasi lemak pun kena GST, skg tidak lagi. Org miskin tidak terbeban dgn GST yg dikenakan kpd pengilang, pemborong dan pembeli.


Kenapa SST dilakukan? Sepertimana GST diberikan kembali kpd rakyat menerusi BRIM… SST juga dikembalikan kpd masyarakat miskin. 


Petani, pesawah, penoreh semua dpt bantuan kerajaan. Malah jutaan kakitangan awam yg rata2 org Melayu dpt nikmat kenaikkan gaji yg sudah lebih 10 tahun kerajaan tidak melakukannya.


Penghujung 2026 rakyat akn dapat lihat impak ekonomi negara hasil penyusunan semula oleh kerajaan. Yakinlah kata2 saya..


Jika 2 tahun kerajaan Perpaduan ini yg diketuai PMX mendapat pujian pakar ekonomi dunia, pemimpin dunia dan media asing mengkagumi ekonomi negara yg semakin pulih, anda tunggu setahun lagi… bukan lagi org asing, org temptan yg akan memuji Malaysia.



JOM BINA JAMBAN ATAIH POKOK


 

KRONI BANYAK NAK KENA TANGKAP... TU DIA MENGGELABAH


 

SEMUA SALAH ANWAR... ISH ISH ISH.....


 

RUPANYA BALACI-KALAU HARTAWAN KAPAL TERBANG DAN HELI MALAYSIA KAWAN DIA... TAK KAN TAK ADA LAIN HARTAWAN MALAYU LAIN...


 

Agenda Politik “Rangkul Semua”?

Mukhlis Eddie







Kritikan terhadap pendekatan "runding bukan hukum" seperti disebut PMX mungkin berkait dengan strategi mengekalkan kestabilan politik dan mendapatkan sokongan kem UMNO. Jika ini benar, ia membuka ruang kepada persepsi kompromi terhadap integriti undang-undang demi kelangsungan kuasa.


Kes Ismail vs Kes Najib


Berbeza dengan Najib yang jelas dibuktikan bersalah dalam kes SRC dan 1MDB dengan dokumentasi & transaksi, siasatan terhadap Ismail Sabri mungkin tidak menemukan elemen niat jenayah (mens rea) atau penglibatan langsung. Namun, dari sudut moral dan integriti, rakyat tetap mempersoalkan:


Kenapa ada wang sebanyak itu yang perlu “dilucutkan” kalau tiada salah laku?


Tanpa ini, persepsi “double standard” akan terus hidup, dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan akan terus terhakis.




LAWATAN PM ANWAR DISAMBUT HEBAT

 









Setibanya kami di Istana Merdeka, saya dan delegasi disambut meriah sempena kunjungan rasmi. 


Usai pemeriksaan barisan kehormat, saya dan Presiden Prabowo Subianto lantas meneruskan acara dan agenda perbincangan yang mencakup pelbagai isu melibatkan persempadanan darat dan maritim hingga ke perkara terkait Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang akan datang. 


Perbincangan kami berjalan dengan baik dalam suasana serumpun yang menyemangati keakbraban kedua-dua negara sahabat.  


Alhamdulillah, isu yang menjadi perbahasan telah diselesaikan dengan baik dan bijaksana. 


🇲🇾🇮🇩

#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja


Foto: Istana Merdeka




LAGI KISAH MB SEMPOI DAN BOLASEPAK

 


Cerita minggu lepas ,dapat perkhabaran sahabat kami Anuar Che Lat( ACL) kena sakit jantung jadi mengambil keputusan nak pergi ziarah . Saya telefon Abg Mat ada mana ? "jom ziarah ACL" , "telepon dia dulu dok rumah mana" !!! Setelah saya jemput Abg Mat , dia habaq dia bukan dok kat rumah , dia dok di padang bola MADA . Mendengar perbualan mereka "hang sakit pun dok di padang bola, hang main bola pun dak , gila bola sungguh ", balas Abg Mat , masa dok bercakap dgn ACL , "depa kata hang kena jantung dah buat spring dak lagi" , jawab ACL "boleh gagah tu yg mai padang Mada ni ", ujar ACL. " La km nak pi kt padang Mada jumpa hang,  hang jangan balik pulak". 








Sampai padang bola MADA nampak 2 pasukan bolasepak sedang dalam latihan . "Ni team mana ? rata- rata ramai pemain yang saya tak kenali " jadi mula la bertanya  . Terjumpa wartawan , fans , pengurusan , jurulatih dan pemain . Saya ambik kesempatan bertanyakan isu yang berlaku dalam bolasepak Kedah yang menyebabkan fans Kedah amat marah. 


Kesimpulan dan pemahaman saya setelah dimaklumkan ada 3 pasukan yang didaftarkan . 


1. Pasukan KDA FC ( pasukan original Kedah ) sedang dalam proses menyertai Liga A1 Semi-Pro bagi musim 2025/26 selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan untuk beraksi dalam Liga Super.


Penyelesaian Isu Tunggakan Gaji: Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar,dan termasuk pemegang saham yang lain YB Radhi Mat Din , Zulkifle Che Harun dll. Proses mengadakan pertemuan dengan pemain dan kejurulatihan bagi mencari solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji secara adil 


Pemilik majoriti KDA FC Tan Sri Mohd Daud Bakar dibiarkan masalah ini ditanggung seorang diri walaupun dijanjikan sebelum ini pengambilalihan KDA FC akan dibantu oleh KFA yang juga pemegang saham dalam KDA FC. 


2. Pasukan Kedah FA - di bawah  penyertaan dalam Liga A1 Semi-Pro anjuran Amateur Football League (AFL) membawa matlamat membina semula asas bola sepak negeri secara mampan.


Pasukan Kedah FA dibawah KFA , Presidennya Menteri Besar Kedah . 


“Langkah ini bertujuan menyediakan lebih banyak ruang dan platform yang stabil kepada pemain-pemain muda, bakat baharu berpotensi atau pemain tempatan sedia ada untuk meningkatkan prestasi,” 


3. Pasukan Imigresen FC  - Layak dan berjaya mendapat lesen untuk bermain Liga Super atas kejayaan mereka sebelum ini. Pasukan Imigresen  FC mungkin mendapatkan khidmat pemain - pemain Kedah yang hebat antaranya Syafiq Ahmad. 


Kenyataan MB Kedah tak membenarkan Stadium Darul Aman dijadikan Home ( Laman Sendiri ) kepada Imigresen FC , rupanya kerana di bawah KDN so di cadangkan kena guna Stadium Batu Kawan , Pulau Pinang oleh MB Kedah . Menteri KDN tu DS Saifudin Nasiotion ( paham- paham ja la) . Tak kan la nak jadikan Imigresen FC di sokong oleh Fans Kedah kot. 


senyum dengan gelagat dan polemik seorang tu bukannya nak mengangkat martabat pasukan pasukan bolasepak Kedah.... sepandai- pandai tupat melompat akhirnya akan jatuh juga.


Nota : kepada Fans Kedah sila betulkan fakta sekiranya pemahaman saya yang salah ni. 


Asmirul Anuar b Aris

#MalaysiaMadani

#KaramahInsaniah

#Rahmah



PENIAGA CEPAT SANGAT NAIKKAN CUKAI


Hamdan Taha


 Pagi ni saya dapat panggilan dari sahabat saya yang pernah berada di MOF dan terlibat dalam urusan GST di zaman dato i najib


Dia jelaskan kepada saya barkaitan cukai di Malaysian ini ialah perniaga yang tidak adil dan ambil kesempatan, cukai sst yang akan di buat oleh kerajaan sekarang akan menimbulkan masalah besar pada rakyat kerana pengalaman mereka semasa GST ialah perniaga cina yang ambil kesempatan dan kerajaan tak mampu nak kawal


Sst 5 persen sehingga 10 persen bukan lah masalah tetapi kenaikan yang di buat oleh perniaga yang masalah pada rakyat, bila umum ada cukai perniaga semua ambil kesempatan naikkan barang selagi boleh, contoh yang di bincang harga Lemon sebelum ini 1 ringgit sebiji, sebulan sebelum 1 julai mereka dah naikkan lebih awal harga tersebut jadi 2 ringgit dan penguatkuasaan atau Data harga Kerajaan langsung tak ada dan tak tahu. Bila 1 julai nanti dia naikkan lagi dari 2 ke 2.50 sesuia dengan cukai yang di kenakan tampa sedar kenaikan barang lemon telah berlaku sehingga 1.50 sebiji sedangkan sepatutnya 6 persen sahaja iaitu seringgit 6 sen...


Apa yang sahabat saya maksudkan ialah kerajaan sepatutnya ada Data Base dan ada Penguatkuasaan yang kuat baru lah kenakan cukai tersebut, tapi kerajaan tak ada Data Base langsung, harga di kelantan berapa, harga di lembah kelang berapa, harga di teluk intan berapa, yang pasti kerajaan nak 5 ke 10 persen contohnya, maka berlaku lah harga tidak sekata di semua tempat, di perak lain harga, di KL lain harga, di pasar raya harga lain di pasar malam lain harga.... Dan alasan perniaga mudah saya....


HARGA MAHAL MAAA KERAJAAN SUDAH KENA KAN CUKAI MA... DUTI IMPORT LAGI... SST LAGI... MANA BOLEH TAHAN MAAAA... ALASAN PERNIAGA CINA MUDAH DAN MEREKA SEBENARNYA SUKA ADA CUKAI NI SEBAB MEREKA AMBIL PELUANG NAIKKAN HARGA YANG KERAJAAN PUN TAK FAHAM DAN TAK BOLEH NAK BUAT APA...


Rakyat tak boleh nak bersuara dan tak boleh nak buat apa apa kerana kerajaan tempat berteduh buat begitu, bagi sahabat saya tadi dia kata sepatutnya sst wajib di tangguh sementara kerana keadaan dunia yang sedang bergolak dan siapkan dulu penguatkuasaan yang kuat dan data base harga barang barang di negara kita... Kita ingat pegawai kementerian perdagangan negeri ada tetapi tak cukup lengkap apa yang mereka ada pun kerana berapa orang sangat lah penguatkuasaan yang ada di kementerian tersebut untuk satu malaysia...




MB KAMI SEMPOI..AYAQ TAK DAK TAK PA..JANJI KARAOKE









Alhamdulillah, malam tadi saya duduk bersama barisan pimpinan negeri dalam Mesyuarat Pakatan Harapan Kedah untuk menyelaras hala tuju politik dan memperkemas kembali gerak kerja gabungan di peringkat negeri.


Kami turut meneliti pelbagai cabaran semasa, khususnya keresahan rakyat Kedah terhadap isu-isu setempat yang makin mendesak. Kami tidak mahu sekadar menjadi pembangkang, sebaliknya, kami mahu tampil sebagai barisan yang mampu membawa solusi dan harapan baharu.


Terima kasih kepada semua pimpinan yang terus memberikan tenaga dan komitmen dalam perjuangan ini. InshaAllah, kita akan terus bekerja keras demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Kedah.


#MalaysiaMadani 

#MADANIBekerja 

#PakatanHarapan

ADA KEBENARANNYA

 


MAKNA KATA WALAUN TERIMA CINA KOMENEH LA YA.... CAKAP TAK PANDANG ORANG.. DIA BUAT BOLEH ORANG BUAT KAPIR.. KIOK .

 Che Ibrahim. 




Tahniah Negeri Kedah... jangan jadikan perbezaan kaum, bahasa dan tulisan dlm masyarakat majmuk seperti Malaysia sebagai modal politik murahan.




NOH.. SEMBANG MAHIADDIN.

 

𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 punya sembang, Hadi pun boleh terbang. Mahiaddin dakwa ada parti yang 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 untuk sertai Bersatu. Wow... Macam hebat. Tapi 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗮 tu?





𝗛𝗔𝗠𝗜𝗠? 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮? 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮? 𝗜𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻? 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴?


Kalau setakat parti-parti yang disebutkan tu, baik tak payah cerita la. Buat malu je. Jumlah pelajar Sekolah Menengah Tamana Daya 2 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 dari ahli parti parti tersebut.


Mungkin Mahiaddin boleh cuba pujuk 𝗠𝗖𝗔 tu bubar dan 𝘫𝘰𝘪𝘯 Bersatu. MCA pun tengah gersang tu sebab dia punya sembang 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶.


Lebai dan walaun bodo boleh la percaya MCA punya gebang. Mungkin kalau ada apek MCA dalam Bersatu baru 𝗸𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 terhadap Mahiaddin pulih.


Mahiaddin nak kata parti lain makin yakin dengan PN macamana sedangkan kedudukan dia sendiri dalam PN 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 oleh PAS. Lebai dungu pun tak yakin dengan dia, ada ke orang lebih dungu dari lebai? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SYED SADDIQ BEBAS BETUL KAH... OWHHH...


 

MOTIVASI


 

LAGU RAKYAT


 

RUU URA... SENYAP DAH


 

LAGU RAKYAT


 

NOHHH... TARIF TNB TURUN


 

LAGU RAKYAT


 

BANK KENA CUKAI?


 

Sukar terima penjelasan menantu Hadi Awang, tetap berbaur perkauman

RMK 13 dah siap nak olah dan gubal semula, aduss libat urus rakyat disam...

LIVE! PODCAST YANG BERHENTI MENTERI, BERSAMA DS RAFIZI RAMLI DAN BRO ISW...

Siapa dia? Dia BUKAN ROH ROH ROH..NEH..NEH NEH.....hanya pandai mengutuk tapi satu HASIL tak buat pun untuk NEGERI sekecil Kelantan.

 🧑‍💼 Siapa dia?


 • Nama penuh: Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan

 • Tarikh lahir: 13 April 1967, Pulau Pinang  

 • Keturunan keluarga korporat: Anak kepada Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, bekas Presiden & CEO PETRONAS  





⸻


🎓 Pendidikan

 • Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan, khususnya Kewangan & Ekonomi) – Universiti Syracuse, New York  

 • Program Eksekutif Stanford, Universiti Stanford

 • Program Kewangan Korporat (Petang), London Business School  


⸻


📈 Kerjaya Korporat

 1. Shell Group – 10 tahun dalam peranan kewangan di Malaysia, Singapura dan UK  

 2. MISC Berhad (2000–2009): Naik pangkat hingga CEO  

 3. AET Tanker Holdings – Presiden & CEO (2005)  

 4. Petronas Dagangan Berhad – MD & CEO (2010–2012)  

 5. Petronas Lubricants International – Group MD & CEO + VP Downstream  

 6. Icon Offshore & Khazanah (TARH) – CEO (2016–2019)  

 7. Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Presiden & CEO (April 2019–Feb 2021)  

 8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) – CEO (Mac 2021–Disember 2023)  


⸻


🏛️ Kerjaya Politik & Kerajaan

 • Menteri Kewangan II – Dilantik pada 12 Disember 2023, mewakili kerajaan sebagai Senator  

 • Menteri Ekonomi (Acting) – Sejak 27 Jun 2025, mengambil alih semula tugas Menteri Ekonomi selepas peletakan jawatan Rafizi Ramli. Tugas utamanya adalah menyemak dan mengemaskini Rancangan Malaysia ke-13 sebelum dibentangkan pada 31 Julai 2025  


⸻


🌐 Peranan Tambahan

 • Pengerusi / Ahli Lembaga: MISC Agencies, MRCB, Sime Darby Plantation & Oils, UK P&I, dan banyak organisasi lain  


⸻


📌 Perwatakan & Fokus

 • Dilihat sebagai teknokrat, bukan politikus, menekankan pendekatan berasaskan data & korporat dalam pentadbiran kerajaan  

 • Komited memacu ekonomi di bawah agenda “MADANI” dan strategik pembangunan negara  


⸻


✅ Kesimpulan


Amir Hamzah Azizan merupakan tokoh korporat cemerlang yang membawakan pengalaman menyeluruh di syarikat multinasional dan kerajaan ke dalam portfolio fiskal negara. Pelantikan beliau di kementerian kewangan II dan tugas ekonomi menunjukkan keterampilan beliau di persimpangan sektor swasta dan kerajaan dalam pengurusan negara.




KALAU YA PUN NAK KUTUK RR.....

 


Najib Bakar


Aku terbaca kritikan Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul mengenai idea-idea YB Rafizi Ramli. Aku tertarik dengan kritikan beliau pada poin 3 tentang Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Innovathon.













*Tulisan ini hanya akan memberi ulasan tentang poin no 3 sahaja. Awas, tulisan panjang. 😅


1. Kritikan tentang IPR (khusus di Sabah) sebagai 80% tidak sustainable. Alasannya limitasi isu-isu demografi dan geografi yang kurang difahami.


2. Kritikan tentang program Innovathon sebagai ada "silap besar", ayat yang digunakan beliau kerana tidak mewujudkan kategori khas inovasi akar umbi.


.


Izinkan aku menjawab kritikan no 2 dahulu, sebab itu lebih straight to the point.


Program Innovathon adalah satu usaha sama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains dan Teknologi.


Idea itu muncul seawal bulan-bulan pertama YB Rafizi dilantik menjadi Menteri. Siarannya adalah dalam tempoh tahun pertama (2023) pemerintahan Kerajaan Madani. 


Takdak nak honeymoon lepas jadi Menteri, terus plan, execute, boom. 


Ya, tentunya ada lompong-lompong yang boleh diperbaiki, tapi nak kata sampai "silap besar" itu bagi aku, agak kasar bunyinya.


Jadi apa objektif Innovathon ni? 


Di waktu stesen televisyen penuh dengan rancangan realiti nyanyian dan komedi, Innovathon diwujudkan untuk menyemai rasa minat dengan inovasi.


Rancangan realiti tentunya membentuk budaya. 


Dulu anak muda gemar menonton Akademi Fantasia dan Raja Lawak, ramai yang tiba-tiba bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan pelawak, walaupun tone deaf dan lawak tak sampai.


Jadi, negara harus wujudkan budaya supaya anak muda ni kembali minat dengan STEM, dan ia perlu datang dari pelbagai sudut.


Salah satunya adalah program Innovathon. Bukan matlamat untuk menang pertandingan semata-mata, tapi untuk menyemai minat dan budaya inovasi.


Jabatan Pendidikan juga boleh menyambut budaya ini dengan mengadakan pertandingan di peringkat seawal sekolah rendah.


Dan sebenarnya Innovathon musim ke 2 ada Anugerah Khas Juri untuk peserta dari peringkat sekolah.


Innovathon akan diteruskan dengan musim ketiga, insya Allah.


.


Okey, kemudian mengenai topik yang popular, IPR. Betul ke 80% tidak sustainable di Sabah?


Disember 2024, aku dan rombongan kementerian melawat tapak IPR, penanaman nenas MD2 di Kg. Gana, daerah Kota Marudu.


Bila berborak dengan penyelaras di situ, depa pun cakap ramai orang Sabah sendiri tak pernah sampai ke Kg. Gana.


Jauh jaraknya ke pedalaman, even dari pekan Kota Marudu. Coverage handphone pun takdak.


Tau tak berapa luas penanaman nenas MD2 tersebut?


500 ekar jumlah keseluruhan.


Waktu kami melawat tu, fasa pertama 200 ekar telah ditanam. Dan kami tiba pada musim menuai.


Seramai 180 orang peserta terlibat pada fasa pertama ni, datang daripada 18 kampung berhampiran.


Semuanya golongan miskin tegar dan B40. Bila kita tanya depa berapa jumlah pendapatan, riak muka depa sangat happy, dalam keadaan sangat bersyukur.


Tak pernah terbayang depa akan dapat sekitar RM2,000 sebulan dengan tinggal di Gana, jumlah tu bagi depa adalah sangat-sangat lumayan.


Bayangkan sebelum tu kerja yang ada cuma masuk hutan, tangkap burung, kutip kayu, dan sebagainya. Pendapatan mereka cuma ratusan ringgit sebulan.


Aku sertakan beberapa gambar semasa kami melawat tapak IPR tersebut.


Di Sabah, jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 770 orang, dan sedang dalam pertimbangan kementerian untuk menempatkan lagi 810 orang.


Kat mana 770 orang tu?


Kota Marudu, Kinabatangan, Matunggong, Kudat, Tambunan, Merotai.


Apa tanamannya?


Ada nenas MD2, cili fertigasi, jagung bijirin, halia.


Semua tanaman dipilih mengikut kesesuaian dari segi geografi, tanah, cuaca, dan pelbagai faktor lain.


Yang lagi 810 peserta sedang dalam pertimbangan itu melibatkan projek jagung bijirin, salad, tomato, cili, halia, nenas MD2, bawang, serta cendawan.


Program design IPR ni merupakan serampang beberapa mata.


- Bantu golongan miskin tegar dan B40 dengan peluang pekerjaan 

- Bantu SSR(Kadar Sara Diri) makanan di Malaysia

- Mewujudkan budaya modern farming dengan lebih meluas.

- Penggunaan tanah milik kerajaan negeri yang terbiar yang tidak mendatangkan apa-apa hasil ekonomi.


Apa yang menarik serta ironinya, Sabah adalah negeri yang paling ramai peserta IPR. 


Jadi, hujah mengatakan IPR Sabah 80% tak sustainable tu mungkin cuma teori di bilik kuliah semata-mata, tidak bersandarkan realiti.


Yang pasti, program design IPR tu sentiasa dikemas kini untuk menjadikan success rate tanaman serta peserta berada di paras optimum.


Model IPR bagi aku berjaya mencapai matlamatnya, dan perlu didokong serta diteruskan oleh mana-mana pimpinan dari mana-mana parti politik yang menjadi Kerajaan di masa hadapan.


Najib Bakar 

27 Jun 2025



KO PANDAI GELAK KE ORANG DAN KRITIK...NEGERI KO PUN TAK SENANG MANA...KIOK


 

NI REAKSI ROH ROH NEH NEH NEH










AHLI UMNO ?

 



KECOH KONONYA KERAJAAN NAIKKN


 

SAMBUTAN TERHADAP PM ANWAR DI INDONESIA


 

WALAU NAMPAK GAGAH.... MENGHENTAM KERAJAAN., TAPI RCI PERLU KENAPA KALAH DAN HILANG XEPOSIT SEMUA KERUSI

 


Sebuah badan atau suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan dengan segera bagi menangani krisis kepercayaan terhadap Pejabat Peguam Negara (AGC).





Ini susulan kenyataan bercanggah di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pendakwaan.


Jurucakap Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid berkata, kenyataan yang dikeluarkan dalam tempoh 24 jam kedua-dua pemimpin itu mengelirukan dan mencerminkan kegagalan memahami kedudukan sebenar institusi pendakwaan.


#AGC #Pejuang 


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com




PM ANWAR TIBA DI JAKARTA.

 









Saya telah tiba di Jakarta, Republik Indonesia bagi bertemu sahabat dan juga Presiden Republik Indonesia Bapak Prabowo Subianto tengah hari tadi. 


Kunjungan ini merupakan susulan kepada kunjungan Presiden Prabowo ke Kuala Lumpur pada bulan Mei lalu sempena acara Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja 

#ASEAN



𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯

 


𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟮𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱


𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯






Saya sedia maklum satu kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tugas untuk  “mengolah dan merombak semula” intipati naskhah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


Ekoran kenyataan itu, saya dihubungi oleh pihak media mengenai pandangan saya kerana ia memberi gambaran draf asal RMK13 yang telah dibangunkan sejak September 2024 akan diubah secara besar-besaran.


Rancangan Lima Tahun Malaysia (kini RMK13) adalah dokumen dasar yang penting dan menjadi gam yang mengikat dasar, program dan sasaran negara bagi tempoh lima tahun. Kerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.


Sebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik. 


Proses penyediaan RMK13 bermula dengan Persidangan Permulaan RMK13 pada 5 September 2024. Seterusnya, proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” (mendapat maklum balas dan dapatan dari semua pemegang taruh) bermula melalui tiga kaedah:


1. IAPG (𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – setiap kementerian dan agensi mempunyai perancang (selalunya dari bahagian dasar) yang mewakili kementerian/agensi dalam merangka dasar dan program yang ingin diketengahkan;


2. TWG (𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – ada kumpulan dalam bidang khusus yang melibatkan pakar-pakar yang membangunkan dasar dan program. Contoh-contoh TWG khusus termasuklah Govtech, Penskalaan Industri Mikro, Kecil Sederhana (PMKS), Reformasi Fiskal, Reformasi Pendidikan, Reformasi Kesihatan, RDICE dan lain-lain;


3. Sesi Libat Urus (SLU) – ada proses khusus di antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan ahli Parlimen (yang berlangsung dari September hingga Disember 2024).


Kesemua maklumat mengenai proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” ini boleh didapati dari laman Kementerian Ekonomi mengenai RMK13 iaitu https://rmk13.ekonomi.gov.my/


Pada masa yang sama, proses “𝘵𝘰𝘱 𝘥𝘰𝘸𝘯” iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal (𝗯𝗼𝗹𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝗿𝗮𝗱𝗶𝗰𝗮𝗹) berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar. Dasar-dasar ini (yang dikategorikan mengikut bidang) dikenal pasti sebagai pemacu utama reformasi struktur bagi bidang-bidang tersebut.


Cadangan dasar yang berani dan radikal tidak semestinya diterima oleh kementerian-kementerian. Sebab itu, saya telah membentangkan beberapa kali kepada Perdana Menteri terlebih dahulu (antara Februari hingga April 2025) dan dibentangkan sebanyak dua kali kepada Jemaah Menteri Khas, untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.


Semua bukti pembentangan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada di laman Facebook Perdana Menteri sendiri, yang sering melaporkan perbincangan mengenai RMK13 dengan Kementerian Ekonomi.


Jadual penyediaan dan pembentangan RMK13 adalah ketat. RMK13 bakal mencatat sejarah sebagai penyediaan RMK yang terpantas iaitu kurang dari setahun (dari persidangan permulaan hingga pembentangan). Sebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun.


Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar. Pandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam.


Proses seterusnya ialah percetakan yang memerlukan di antara dua ke tiga minggu. Jika ada rombakan semula, bab-bab penting (termasuk analisis data, angka dan sebagainya) perlu ditulis semula, dalam keadaan Kementerian Ekonomi hanya ada dua minggu sebelum dokumen itu perlu dihantar untuk percetakan akhir (mengambil kira RMK13 dirancang untuk dibentangkan dalam minggu pertama atau kedua Ogos 2025).


Oleh itu, kenyataan untuk “merombak semula dan mengolah” RMK13 sudah tentu mengundang kebimbangan (di kalangan penjawat awam, penganalisis pasaran yang memantau dasar negara dan rakyat keseluruhannya).


Adakah ini bermakna rombakan semula ini akan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada IAPG, TWG dan pakar-pakar? Kenapa isu “merombak semula draf RMK13” ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu “rombakan semula” yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan intipati RMK13 sebelum ini?


Saya bimbang kerajaan mengambil sikap 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘳𝘺 (bersikap reaktif) hanya kerana ada beberapa ciapan balas kepada YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengenai RMK13 beberapa hari kebelakangan ini.


Ada netizen yang membincangkan mengenai RMK13 dan membalas ulasan beliau yang dilihat cuba memadamkan terus penglibatan saya dalam penyediaan RMK13.


RMK13 adalah dokumen penting untuk negara dan rakyat yang dibangunkan oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Jika tidak berhati-hati, mengheret RMK13 menjadi polemik politik akan melunturkan keyakinan rakyat kepada dokumen akhir RMK13.


Jika ini berlaku, ia satu ketidakadilan besar kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja berbelas jam sehari sejak setahun lepas.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

27 Jun 2025



AIIIKKKKK......TAKUT ?


Megat Roslan

 

Geng lantikan politik serang RR & HIRUK?

Bro, takut hilang jawatan ke tu? 🤣

#RR #RafiziRamli