TENGAH : CARI DUIT TAK JUMPA, ANAK ANAK MULIIONAIR DAN BILLIONAIR, KIRI SEKALI, BUKA MULUT JA MUHONG, SEBELAH DIA,HADI AWANG...BAPAK TAK CUKUP JOMMLAH DAN MAKAN GAJI BUTA, MB TERNGGANU, HAPA PUN TARAK..TERENGGANU 32-0..BINI DAPAT TANAH MURAH..KANAN SEKALI....ANAK TERLIBAT RASUAH....KES DALAM SIASATAN DAN BAKAL KENA.
Harapandaily
Oleh LIYANA MARZUKI
Mari kita kaji dan hadam Belanjawan 2025 setiap negeri di Malaysia.
Lihat berapa banyak belanja mengurus mereka (OPEX) berbanding dengan belanja pembangunan. (CAPEX). Semak silang pula dengan jumlah populasi.
Dapatlah disimpulkan, negeri SG4 yang kurang maju dan membangun, Belanja Pembangunan mereka hanya satu pertiga dari Belanja Mengurus.
Maknanya kos untuk menguruskan negeri itu tinggi sekali dengan gaji dan elaun pemimpin dan segala macam GLC. Berbanding diperuntukkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.
Kelantan contohnya, negeri termiskin di Semenanjung Malaysia. Bab perks untuk pemimpin taknak kalah ya.
Kelantan satu-satunya negeri yang kesemua Exco nya diberi Mercedes mewah, gaji MB lebih mahal dari negeri lain yang lebih maju. Walhal, isu air 50 tahun tetap begitu juga.
Terengganu pula, nampak ok pada mulanya. Namun, baru-baru ini, isu jalan runtuh kerana hakisan pantai hanya diberi RM120,000.
Itu sahaja yang mereka mampu. Walhal, gaji MB Terengganu antara tertinggi di Malaysia. Kalah Pulau Pinang pula.
Kalau kita kaji sejarah politik dunia. Mana-mana parti yang menggunakan agama, mereka tak tekankan kemajuan dan pembangunan. Mereka mahu kekalkan rakyat dalam kemiskinan, membawa kepada kekufuran.
roh roh roh neh neh neh, memang bodoh langsung tak berjeneh(tak berguna)
Harapandaily
Seorang wakil rakyat Pas ibarat ‘kena sekolah’ dengan orang ramai selepas anggap Perdana Menteri serba tersasar dari isu harga minyak hingga Titah Adendum.
Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mulanya menerusi hantaran di X menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan turut menyenaraikan perkara yang ‘tidak tersasar’.
“PM bukan Menteri Kewangan, tersasar. Turun Harga minyak, tersasar. Tol percuma, tersasar. Titah addendum, jauh tersasar.
“Yang tidak tersasar: DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) kes rasuah, siasatan 3R. Itu kaedah bersasar,” sindir Syahir.
Rata-rata membidas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas itu termasuk mengingatkan bahawa indeks persepsi rasuah jatuh dua tahun berturut-turut ketika Pas berada dalam kerajaan 33 bulan Perikatan Nasional (PN).
Malah, ada yang menyindir Pas apabila Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad pada 22 Januari lalu membayar sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman termasuk faedah kepada tiga pemimpin DAP.
Selain itu, warganet juga tidak lupa dengan penampilan Syahir yang ikonik dengan pantun “Ruh, ruh, ruh; Neh,neh, neh” semasa Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Ogos 2023.
“Tersasar abah kau! Makin meroyan puak-puak Pas-PN ni. Kalau PMX bukan Menteri Kewangan, tak kan tahu penyelewengan dibuat PN masa jadi kerajaan. Harga minyak setakat hari ni masih kekal RM2.05. Tol percuma? Kewangan negara sarat dengan hutang, nak lagi percuma?,” tegas pemilik akaun X, @nizam_musa.
“RM830,000 derma pada DAP tersasar ke, meet target?” tempelak @IvarCripple.
“Cukop jumloh tersasar tak cukop jumloh. Tax tersasar jadi taxi. Mimpi Nabi tersasar mimpi Bala… Tunggang adendum tersasar tunggang penyakau. Tunggang derma jihad tersasar tunggang derma jahat,” kecam @JamTokMan.
“Tersasar ni bila kau tau kau tak pandai debat, tiba-tiba masuk tv kau berdebat bawa slide show dan pantun. Orang Sabah panggil orang macam kau ni ‘sasat’. Contoh ayat, “Jan, kau ikut dia tu, sasat sudah dia tu tau,” sindir @SakhrilMarat.
Sejak dari mula jadi PM.. dengan tegas dan jelas, sudah beribu kali rasanya PMX sebut nak lawan rasuah... nak benteras rasuah sampai ke akar umbi...
Bukti pun dah banyak.. SPRM sampai dah tak kenal hari kerja atau hari cuti.. mereka gempur.
Asal ada laporan.. SPRM akan masuk. Siasat, tangkap dan dakwa pun dah banyak...
Tiba2...
Ada satu kumpulan... pakat ajak berhimpun, buat demo.. atas tema kononnya... 'lawan rasuah'...
Persoalannya?
Ini idea siapa... dan siapa di belakang semua ini..?
Ramai yang tahu jawapannya... cuma, orang malas nak sebut nama jer...
Dari gambar2 semalam pun... nampak terang siapa yang 'turut hadir'..
Tengok pada siapa yang hadir... dapatlah jawapan, siapa sebenarnya di belakang semua tu..
Ssbenarnya... orang tu nak provoke jer.. dengan harapan, kehadiran akan melimpah padang Dataran Merdeka... dan kerajaan akan kerah PDRM untuk halang.. dan mybe ada tangkapan..
Bila itu berlaku... rakyat akan tengok, kerajaan perpaduan ni sekadar sembang jer... malah hipokrit.
Dan kalau berlaku, yang kena tangkap pulak... mamat2 influencer yang ramai follower dari kalangan walaun walauntit... 3 hari 3 malam, penuh dalam TT.. suara2 maki kerajaan.
Sekali tengok terbalik kuang... sudahlah tidak mendapat sambutan... berapa biji sahaja manusia yang hadir... Kerajaan pula bukan sekadar keluar kenyataan, tak ada halangan,... malah, dikerahnya ratusan anggota keselamatan untuk memastikan kelancaran perhimpunan dan menjaga keselamatan peserta himpunan...
Kancing gigi orang tu...
Sebab tu la... bila orang cakap orang yang dibelakang demo tu punya otak geliga... aku cakap "geliga taik minyak apa... dia tu dalam otak dia penuh dengan hasad dengki jer"...
Sebenarnya...masa dia yang berbaki sudah semakin suntuk!
Semua kejahatan yang dia rancang... semakin tak menjadi.
Kalau tengok live Sinar jam 3.30 tadi juz sekelompok nih je yang turun demo. Aku sebagai kaki demo zaman² reformasi dulu bila nak turun demo pasal Rasuah ok je. Aku sokong.
Akan tetapi, tak perlu la nak tuju kepada PMX akan rasuah sebab PMX genuin mmg kaki anti rasuah punya. Dia kena penjara pon sebab dia melawan bos dia madey yang suka rasuah, kaki krony, salahgunakuasa masa tu.
Akirnya PMX dapat kuasa, jawatan tertinggi jadi perdana menteri dia sedaya upaya nak reform system negara 1st adalah tatakelola dan tentunya zero rasuah.
Jadi baru 2 tahun beliau mentadbir jangan aspek dalam tempoh tu negara perfeck pulih 100%. Daki² masih banyak, bagi PMX uruskan le.
Pasal TYT Musa Aman tu bukan PMX lantik pon, nak marah dia knp. Najib nak keluar awal penjara pon bukan urusan PMX, so nak marah, halakan pd objek yg betul ya. Hati² bab tu pasal berkait ngan "setia kpd raja dan negara" .
Tiada negeri pembangkang dianaktiri, Ketua Pemuda Pas mahu nafi?
Harapandaily
Oleh NAJIB BAKAR
Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden boleh pilih ketepikan sebentar kebencian yang ketara, tetapi…
Dalam sukan kita ada terma ‘sportmanship’, tingkah laku gentleman, walaupun berhadapan dengan musuh.
Saya baru ada kesempatan nak jawab sedikit Afnan susulan libat urus RMK-13 di Kedah pada 20 Januari lalu.
Lihat dia kemaskini status dengan banyak gambar, tapi disengaja pilih gambar YB Rafizi yang bukan dalam keadaan shot yang baik.
Mulut YB Rafizi dok muncung, sebab gambar diambil dalam keadaan beliau sedang bercakap.
Bila sengaja dipilih dan post gambar macam tu menyerlahkan kebusukan hati, sakitnya hati mereka kepada Kerajaan Madani.
Gambar watak lain semua dalam keadaan baik.
Afnan Hamimi Taib Azamudden
Nak habaq kat hang Afnan, kami pun ada banyak ja gambar pimpinan politik Kedah dalam keadaan bercakap yang tak proper rupa mukanya, tapi kita gentleman pilih gambar semua elok-elok.
Majlis pun majlis kerajaan, bukan majlis politik. Baik, siap bab itu.
Berterima kasih
Menteri Ekonomi YB Rafizi turun jumpa MB Kedah, YAB Sanusi bersama delegasi Kementerian Ekonomi, dengan satu hasrat, dapatkan input sebanyak mungkin untuk penyediaan dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13).
Apa yang YB Rafizi sebut berkenaan gaya baru, konsep baharu RMK-13, akan ditekankan lebih kepada pembangunan modal insan, bakat baharu, pendidikan, untuk menyediakan tenaga kerja bernilai tinggi.
Beza dengan dokumen sebelum ini yang lebih banyak dijadikan tempat rujukan kontraktor untuk mencari projek pembangunan.
Namun, itu tidak bermakna peruntukan pembangunan untuk infrastruktur akan dihentikan.
Seperti yang hang pun tau Afnan, Pegawai Daerah dan YDP di Kedah ni semua berterima kasih kepada Kementerian Ekonomi, sebab peruntukan memang diturunkan.
Rakyat Kedah tetap dibantu walaupun parti Kerajaan Pusat kalah semasa pilihan raya.
Dalam majlis yang sama, dua orang Pegawai Daerah di Kedah terang-terangan memuji usaha Kerajaan Pusat memberikan peruntukan pembangunan yang banyak sepanjang 2024.
Bila masa Kedah atau negeri pembangkang ni dianaktiri?
Takkan hang nak nafi benda ni?
Hang boleh kata Kedah sekian lama tidak dipedulikan?
Dey, Kedah adalah antara enam negeri yang paling banyak dapat peruntukan, 50% dari jumlah, selain Perlis, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Yang paling penting, projek pembangunan infra di Kedah dan seluruh negara akan tetap berlangsung untuk 2025 dan tahun-tahun mendatang.
Duit kita bukan sebanyak Saudi untuk terus spend berbilion selesaikan dalam masa singkat.
Akan ada keutamaan, projek yang mendesak, di seluruh Malaysia yang perlu diberi tumpuan, tahun demi tahun.
Contohnya, projek tebatan banjir Kelantan, berbilion harganya. Kerajaan Pusat tetap komited untuk teruskan, sebab nak selesai terus masalah banjir rakyat Kelantan.
Atau hang rasa Afnan, elok bilion di Kelantan tu ditarik dan beri kepada Kedah? Nanti hang main isu rakyat Kelantan pulak ditindas. Macam tak kenai ja hampa semua ni.
La ni, infrastruktur di Kedah tidaklah seteruk mana, kalau dibanding dengan contohnya Sabah.
Sabah tu, setengah jam saja memandu dari Kota Kinabalu, dah jumpa lokasi yang infranya teruk. Kedah ni jauh lebih baik.
Janganlah buat muka minta kesian sangat seolah-olah kena tindas, meluat aih tengok.
Tapi ya lah, bila orang takdak idea nak perintah, cuma reti main sentimen, ginilah lagaknya.
Nak buat kerja, tak mampu fikir, tak kompeten.
Salahkan orang tu benda paling mudah buat bila nak tutup kelemahan diri sendiri.
Tindakan kerajaan menggantung perlembagaan NAFAS berkuat kuasa 1 November tahun lepas adalah untuk memastikan badan itu lebih cekap dan bantuan dapat disampaikan epada petani dengan lebih adil dan berkesan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, atas dasar itulah kerajaan mengambil langkah tegas menggantung perlembagaan NAFAS berkuat kuasa 1 November bagi menambah baik tatakelola dan pengurusan.
“Langkah ini bertujuan memastikan NAFAS berfungsi lebih cekap, bebas daripada penyalahgunaan kuasa, serta memastikan bantuan kepada petani disalurkan secara adil dan berkesan,” katanya Ketika berucap di Konvensyen AMANAH 2025 di Klang hari ini.
Katanya, Majlis Penasihat NAFAS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman, mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) akan merangka struktur baharu NAFAS dengan pendekatan tatakelola yang berintegriti.
“Dengan reformasi ini, NAFAS dijangka menjadi institusi yang lebih berkesan dalam mendukung industri pertanian dan menjamin keterjaminan makanan negara,” kata beliau.
Sewaktu menyertai sesi ‘Country Dialogue on Malaysia’ bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, saya maklumkan hadirin bahawa Malaysia perlu berada dalam radar sinergi dan pelaburan mereka untuk manfaat bersama di masa hadapan.
Saya kongsikan polisi kerajaan ketika ini, sangat aktif menyertai arus perubahan dunia dalam bidang semikonduktor, digital, tenaga, hidrogen, dan kecerdasan buatan selain memberi penekanan kepada aspek kesihatan dan pendidikan.
Ini semua bakal membawa pulangan besar kepada Malaysia dan ASEAN secara menyeluruh apabila kelibat pelabur asing mula menjelma lantas memainkan peranan kepada perubahan ekonomi sejagat.
—
While participating in the 'Country Dialogue on Malaysia' session in conjunction with the World Economic Forum (WEF) 2025 Annual Summit, I told the audience that Malaysia, as the ASEAN Chairman, needs to be on its synergy and investment radar for mutual benefit in the future.
I share the government's policy at the moment, very actively participating in the current world change in the field of semiconductors, digital, energy, hydrogen, and artificial intelligence in addition to emphasizing the aspects of health and education.
ISWARDY DIDENDA RM5000, TIDAK DIPENJARA. HAKIM KATA PERLU LIHAT DARI BERAT KES DAN PERBUATAN YANG DILIHAT SEBAGAI KEPENTINGAN AWAM. LIM SIAN SEE DAN FADLI SHARIE TAK PUAS HATI. MASTURA BAYAR LEBIH RM800,000
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun kertas siasatan ke atas mantan hos rancangan Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, kertas siasatan itu dikembalikan semula kepada pihak PDRM bagi menunggu laporan forensik.
“Kertas siasatan dikembalikan semula bagi menunggu laporan forensik yang masih belum siap,” katanya, lapor Sinar Harian.
Khairy telah merekodkan keterangannya dengan Unit Siasatan Jenayah Terkelas di pejabatnya pada 13 Januari.
Dua laporan diterima daripada dua setiausaha politik menteri ke atas Khairy.
Menteri yang dimaksudkan ialah Menteri Wilayah Dr Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Undang-Undang dan Institusi Reformasi Datuk Azalina Othman Said.
Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.
Ia ekoran dakwaan Khairy bahawa Azalina bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan yang membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraannya dengan menjalani tahanan di rumah.
=============================================================================
Seorang bekas wartawan Utusan Malaysia yang dikenali sebagai Norlela malu dengan mentaliti parti politik pembangkang yang begitu anti China sedangkan beliau yang pernah ke China mengakui bahawa ideologi komunisme tidak ditekankan oleh China ke atas mereka.
“Malu jadi Melayu sebab mentaliti. Tak tahu assimilate duduk sekali dari segi politik.
“Too much nowadays because of political Malay. 3R certain people feel like taking freedom,” katanya dalam satu sesi townhall dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mohd Afzanizam berkata kenyataan Trump mengenai tarif China boleh memberi kesan positif kepada pasaran dan mata wang pasaran sedang membangun, termasuk Malaysia.
KUALA LUMPUR, 24 Jan – Ringgit melonjak ke paras tertinggi hampir tiga bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutupan dagangan Jumaat, susulan nada lebih lembut Presiden AS, Donald Trump, terhadap tarif China dan isyaratnya yang mahu kadar faedah lebih rendah.
Pada jam 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3750/3800 berbanding dolar AS, berbanding 4.4420/4465 pada penutupan Khamis. Kali terakhir ringgit mencapai paras tinggi ini adalah pada 5 November 2024, iaitu pada 4.3415/3505.
Kenaikan ringgit pada Jumaat, didorong prospek pendekatan tarif yang lebih lembut terhadap China dan kadar faedah AS yang lebih rendah, susulan kenyataan terbaru Presiden Trump.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kenyataan Trump mengenai tarif China boleh memberi kesan positif kepada pasaran dan mata wang pasaran sedang membangun, termasuk Malaysia.
“Keraguan terhadap pengenaan tarif ke atas China kini kelihatan reda, dengan pendekatan Trump yang lebih pragmatik dan lembut, sekali gus dapat mewujudkan persekitaran perdagangan antarabangsa yang lebih kondusif.
“Dengan perkembangan ini, ringgit boleh menjadi antara penerima manfaat utama. Sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan, situasi ini baik untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memberi prospek positif kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.
Mengenai isyarat Trump untuk kadar faedah lebih rendah, beliau berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Rumah Putih mungkin tidak akan berdepan banyak ketegangan mengenainya, memandangkan kedua-duanya berfokus pada matlamat yang sama.
“Fed telah melonggarkan dasar monetarinya, dan Trump juga mahukan pendekatan dasar monetari yang lebih dovish. Jadi, nampaknya tiada ketegangan besar, yang akan memberi kesan positif kepada dasar monetari AS – ini menunjukkan kadar faedah lebih rendah adalah kemungkinan besar,” tambahnya.
Usaha2 utk menyelamatkan kerusi parlimen Kepala Batas, akhirnya berjaya. Denda lebih RM 800 ribu akhirnya berjaya dilangsaikan di dlm masa yg ditetapkan oleh mahkamah.
Semuanya dari hasil kutipan derma jihad dari ahli dan penyokong parti.
Jelas..
Misi mempertahankan kerusi, lebih utama dari misi melawan fitnah.
Dgn menggunakan segala dalil yg boleh ditunggang, mereka terus menunggang.
Itulah pendirian Parti yg kononnya berjuang Islam!
Moody’s Ratings mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A3 dengan tinjauan Stabil, mencerminkan usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, pengesahan penarafan oleh Moody's merupakan pengiktirafan ke atas usaha Kerajaan MADANI dalam memacu perubahan struktur, berpandukan hala tuju dasar yang jelas.
Kalau Tok Him dapat, tak pelik la Claire dakwa parti tu dapat juga. Tapi aneh juga apabila Pas sanggup bayar kepada Claire rm1. 4 juta sedangkan Claire dituduh telah buat fitnah kepada Pas.
REFORMASI UNDANG-UNDANG LAPUK TERMASUK AKTA PERHIMPUNAN AMAN
1. KANUN menyambut baik pengumuman PMX, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Saifudin Nasution untuk menghormati hak asasi kebebasan berhimpun dan memudahcara perjalanan himpunan awam anti rasuah.
2. Pada tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan terdapat 3000 undang-undang lapuk yang akan dikaji semula. Namun, sehingga kini tidak ada perincian apakah undang-undang lapuk yang di dalam perhatian kerajaan untuk diteliti.
3. KANUN berpandangan terdapat kewajaran untuk Kerajaan mengkaji dan meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 supaya akta itu selaras dengan kebebasan asasi untuk berhimpun di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, adalah tidak demokratik dan tidak munasabah untuk peserta perhimpunan meminta kebenaran bertulis kepada sesuatu pihak sebelum sesuatu perhimpunan diadakan. Sebaliknya Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewartakan pindaan agar mana-mana pemilik premis hanya perlu mengawal selia sesuatu perhimpunan dengan kerjasama pihak berwajib agar sesuatu perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman. Ini dapat memberikan imej yang baik kepada Malaysia di mata dunia seperti diharapkan PMX. Kerajaan juga boleh mewartakan beberapa premis kerajaan seperti stadium untuk dijadikan sebagai tempat berhimpun.
4. Peguam KANUN sendiri mempunyai pengalaman luas mewakili pimpinan dan ahli Pakatan Harapan yang ditangkap kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman dahulu. Maka, atas sebab itu KANUN berpandangan bahawa Akta ini perlu dipinda dan ditambah baik.
5. Apabila negara dilihat lebih demokratik dan tidak dibayangi isu hak asasi, maka pelabur akan lebih yakin dengan melihat Malaysia berdaya saing dan sama-sama memacu ke hadapan seperti negara-negara maju yang lain. Keadaan ini adalah penting untuk menunjukkan perbezaan Malaysia ketimbang dengan pesaing negara Asean yang lain yang mungkin masih dibelenggu oleh kuasa autoktratik kerajaan masing-masing.
6. Sebagai tambahan, undang-undang berkaitan pilihanraya juga masih lapuk dan wajar dipinda. Contohnya, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 masih meletakkan sesuatu kesalahan bagi kempen tanpa permit sedangkan undang-undang berkaitan permit di bawah Akta Polis 1967 sendiri sudah dimansuhkan.
7. Malaysia juga harus berubah memperkenalkan undang-undang kempen dan undi pilihanraya secara online, selari dengan perubahan zaman. Maka Malaysia akan lebih dilihat demokratik dan menarik perhatian para pelabur.
Noorazmir Zakaria
Ketua Kluster Komunikasi KANUN (Biro Undang-Undang)
Alhamdulillah, hari ini menunaikan solat Jumaat di UiTM Dengkil. Setelah hampir dua minggu berkelana membawa misi negara di beberapa negara, kerinduan terubat saat disapa dan disambut anak-anak mahasiswa yang menuntut di sini.
Saya titip pesan bahawa negara mesti dibangunkan dengan keterlibatan semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak mahasiswa yang mesti menjadi jurubicara umat.
PAS sering mendabik dada kononnya membawa obor perjuangan Islam, tetapi apabila berbicara soal rasuah, tiba-tiba mereka menjadi seperti burung unta yang menyorok kepala di bawah pasir. Perhimpunan "Rakyat Benci Rasuah" ini sepatutnya menjadi platform untuk PAS menunjukkan keikhlasan mereka, tetapi persoalannya, bagaimana nak benci rasuah kalau banyak skandal berkait dengan mereka masih dibiarkan sepi?
Dari cerita RM90 juta yang sudah jadi jenaka nasional, ke isu menantu Hadi RM600 ribu, semuanya membuktikan PAS tidak lagi mampu bersembunyi di balik serban dan jubah untuk menutup bau busuk hipokrasi mereka. Mereka melaungkan jihad menentang rasuah, tetapi sanggup berdiam diri atau berdolak-dalik bila pihak sendiri terpalit. Siapa PAS nak ajar rakyat tentang integriti kalau diri sendiri sudah bergelumang dalam lumpur?
Lebih lucu, PAS suka menyalahkan "musuh Islam" atau menuduh ada konspirasi terhadap mereka setiap kali nama mereka disebut dalam isu seperti ini. Kalau benar bersih, kenapa perlu gelabah dan main tuding jari? Adakah Allah tidak cukup sebagai saksi? Atau mungkin mereka sendiri tahu kebenaran itu tidak berpihak kepada mereka?
Esok, kalau mereka hadir dengan banner menentang rasuah, ia tak lebih sekadar wayang politik—topeng mereka semakin koyak, dan rakyat bukan lagi mudah diperbodohkan. Soalan utama yang rakyat akan tanya:
"PAS, kalian ini benar-benar benci rasuah atau hanya benci jika pihak lawan melakukannya?"
Cakap serupa bikinlah, PAS. Jika benar mahu menegakkan agama, mulakan dengan membersihkan rumah sendiri dulu sebelum melaungkan khutbah moral kepada orang lain.