WARGA PMO KHATAM AL QURAN

 









Dalam kesibukan tugasan harian, saya sempat menyertai Majlis Khatam Al-Quran peringkat Pejabat Perdana Menteri semalam.


Alhamdulillah. Seramai 80 orang warga Pejabat Perdana Menteri yang terlibat telah berkumpul untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara beramai-ramai. 


Majlis diadakan dalam penuh ketenangan dan kemerduan tatkala ayat-ayat al-Quran dibacakan.


Ia juga diserikan dengan kehadiran Mudir Madrasah Nahdhah Hasanah, Melele, Kedah, Syeikh Dr. Mohd Jamel Sadaqi Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi seraya menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘10 Akhir Ramadan, Keistimewaan dan Hikmah Dalam Membentuk Insan Madani’. 


Moga keberkatan bulan mulia ini terus dimanfaatkan dengan memperbanyak bacaan Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat di hari akhirat selain diangkat martabat golongan yang membacanya, InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



BEKAS PM MANA SENYAP SENYAP JUAL PULAU BATU PUTIH. PANGGE NAK SIASAT.. TAK DATANG.. TAK APA NANTI SIASATAN DIJALAN... KITA TANGKAP JA.


 

DENGAR CERITA NAK KEMBALI KEPADA PKR... ISHHHH... JANGAN BAGI LAH...


 

FUHHH UNTUNG OOO.. BULAN LEPAS 2K...BULAN NI 500..CUKUP DAH JOMMLAH TU... JANGAN SAKIT HATI.


 

HANG SEMBANG KEMAIN... PDRM TANGKAP TENGOK.. CAKAP PANDAI SANGAT... BOH LAM LOKAP SEMINGGU.. NAK TENGOK DOK CAKAP BESAQ SANGAT.


 

ZALIM OOOOO.... KESIAN PENIAGA... KATA ISLE....

 


KAH.. KAH.. KAH... PUNYA TAK MALU. DALAM TWEETER BUKAN MAIN GALAK... TAK GUNA SEDUIT AKAI.


 

200 peserta tanaman halia di Sabah dapat tapak, peralatan


 

Oleh: Abdullah Zaid



Seramai 200 peserta Usahawan Halia Madani mendapat manfaat peralatan dan tapak kebun di bawah Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), baru-baru ini.



Presiden pertubuhan itu, Raymond Ahuar berkata, program tersebut adalah kesinambungan Program Paguguyuan XIII selain turut dibantu oleh Institut Pendidikan Guru (IPG), Sabah.



Selain itu, kata Raymond, pihaknya merakamkan penghargaan kepada syarikat swasta dan juga Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar yang membantu mengumpulkan dana sejumlah RM1 juta sebagai modal mengusahakan ladang tersebut.



"Selain itu kami berharap pihak Tekun Nasional dapat merealisasikan hasratnya membantu Usahawan Halia Madani Pedalaman Sabah secepat mungkin sesuai dengan janji Tekun Nasional semasa program Paguguyuan tahun lalu.



"Semoga program ini dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di pedalaman," katanya dalam satu kenyataan.



Selain itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Peto Galim turut menghargai usaha yang digerakkan PKKMM dalam membantu masyarakat pedalaman Sabah menoktahkan kemiskinan tegar.



Beliau yang juga ADUN Inanam bersetuju untuk membantu para usahawan itu dengan mengarahkan Pegawai Jabatan Pertanian Daerah memberi laporan setiap bulan kepada pihaknya bagi urusan penambahbaikkan program.

 

Sekat royalti petroleum: T'ganu perlu rujuk Akta Laut Wilayah - KEADILAN Kemaman


 

Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya Kerajaan Persekutuan menyekat hak royalti petroleum Terengganu seharusnya dirujuk kepada Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, di bawah akta berkenaan Terengganu pada hakikatnya tidak berhak ke atas royalti petroleum. Malah, kata beliau, akta itu tidak pula diubah oleh Pas ketika parti itu memerintah Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.



Oleh itu, daripada terus mentohmah Perdana Menteri dan kerajaan pusat bertindak zalim, kata Ahmad Nadhir, lebih baik kerajaan Pas Terengganu mencabar hak royalti negeri berkenaan di mahkamah.



"KEADILAN Kemaman mencabar kerajaan Pas Terengganu di bawah kepimpinan MB Ahmad Samsuri Mokhtar supaya mencabar keabsahan Akta Laut Wilayah 2012 berhubung hak royalti negeri Terengganu yang didakwa dinafikan kerajaan pusat



"Jika Kerajaan Negeri Terengganu benar-benar mempunyai alasan undang-undang yang kukuh berkenaan isu ini seharusnya pihak mereka memulakan semakan kehakiman dengan segera bagi menentukan keabsahan akta tersebut di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Ahmad Nadhir lagi, sekiranya cabaran tidak dilakukan maka kerajaan Pas Terengganu tidak wajar membuat tuduhan liar kononnya Kerajaan Madani bertindak zalim menafikan hak royalti negeri itu.



"Juga tidak perlu aksi politik murahan mengadakan munajat perdana memohon doa megembalikan hak royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi mewujudkan persepsi kerajaan pusat telah berlaku zalim.



"Ini adalah perbuatan yang hanya akan menyuburkan lagi politik takfiri dan perpecahan dalam kalangan masyarakat Terengganu



"Pas Terengganu yang mencanangkan politik matang dan sejahtera, seharusnya mereka gunalah saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini, termasuk saluran undang-undang dan juga rundingan dengan kerajaan pusat," katanya lagi.



Awal Mac lalu MB Samsuri mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum membayar royalti petroleum 2023 sejumlah RM1 bilion kepada Terengganu.



Dalam jawapan balas PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion untuk pembangunan di Terengganu tahun lalu walaupun dana bersangkutan petroleum seperti wang ihsan dan sebagainya hanya berjumlah RM786 juta. Katanya terdapat juga peruntukan pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat melalui projek Persekutuan.



Untuk rekod, dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ke atas hak royalti berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012 di Dewan Rakyat Februari lalu, setiap negeri hanya mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya, yang tidak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut.



"Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Terengganu dalam jarak 3 batu nautika dari garis air surut.



"Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada negeri Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah negeri Kelantan dan Terengganu," katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.



 

POLIS MASIH SIASAT, JANGAN TERPEDAYA LAPORAN MEDIA ISRAEL – KPN

 



Dakwaan laporan media Israel berhubung seorang lelaki warga negara itu yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Rabu lalu adalah untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, bukanlah satu-satunya fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dakwaan itu bukanlah fakta yang boleh diterima pakai dalam konteks siasatan secara mudah sehinggalah ia dapat dibuktikan.

“Malah, ia mungkin boleh dianggap sebagai alasan propaganda untuk mengalihkan sebab utama suspek berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Razarudin berkata, siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjurus semua sudut dan elemen yang boleh dikaitkan dengan keberadaan suspek di negara ini.

“Kita masih meneliti dan menyiasat motif sebenar suspek masuk ke negara ini serta dia mendapatkan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru dan faktor-faktor lain yang mungkin berkait dengan isu yang berlaku membabitkan Palestin dan Israel.

“Kita juga sedang meneliti pergerakan suspek sebelum dia diberkas, siapa orang hubungannya termasuk melihat latar belakang dirinya dengan bantuan dan maklumat perisikan kita,” katanya.

Razarudin berkata, PDRM pada masa ini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap bukti dan fakta yang ada selain mendapatkan maklumat tambahan yang diperoleh daripada siasatan yang sedang dijalankan.

“Beri kita ruang, melengkapkan siasatan sebelum saya dapat berkongsikan maklumat terbaru kepada umum esok (Isnin),” katanya.

Tambah beliau, PDRM tetap sentiasa siap-siaga dalam mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam termasuk keselamatan orang-orang berkepentingan.

Pada Jumaat, Razarudin dilaporkan berkata, polis merampas enam pistol termasuk SIG Sauer, Smith dan Wesson serta Glock selain 200 butir peluru susulan penahanan suspek warga Israel itu.

Turut dijumpai, dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.

Melalui soal siasat, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.

Pada Sabtu, media melaporkan sepasang suami isteri diberkas polis pada Jumaat dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.

Dua suspek masing-masing berumur 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman di bazar Ramadan di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam.

Polis turut menemukan sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz di kediaman mereka yang terletak di Kuala Selangor.

Polis sebelum ini turut menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang yang dipercayai pemandu kepada lelaki Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

 


UMNO PERLU LEBIH RELEVAN.

 


PDRM harus menangkap dan mereman DR AKMAL SALEH EXCO MELAKA,ADUN MERLIMAU MELAKA,KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA untuk soal siasat.Provokasi melampau dan ajakan boikot dia di sokong penuh seluruh anggota MKT UMNO punca KK SUPER MART jadi mangsa pelampau militan TALIBAN di 3 cawangan setakat ini.Bermula di Bidor,PERAK menghala ke Sungai Isap,Kuantan,PAHANG dan kini KK Mart cawangan Jalan Satok,SARAWAK pula di lempar molotov cocktail.Rakyat kini hidup dalam ketakutan kerana ade pelampau boleh sesuka hati baling bom kerana sesuatu isu.


Dengan ini saya menarik kembali sepenuhnya sokongan yang di berikan kepada BN PRU15,PRN 6 NEGERI yang lepas berkuatkuasa serta merta.BN tidak akan dapat UNDI dan SOKONGAN dari saya PRU16 nanti termasuk PRN 3 negeri yang akan tiba.Anda tidak layak mendapat sokongan kami dan kami tidak berminat dengan pendekatan melampau anda untuk mendapatkan sokongan dan undi rakyat.Harap rakyat menilai perbuatan terkutuk UMNO dan menghukum BN ramai2 di peti undi PRN SABAH,MELAKA dan JOHOR tahun 2025 nanti.Malaysia tidak perlukan pelampau2 UMNO mengetuai negara tercinta ini.


Tengku Zafrul pun letak jawatan yang dia sandang di SELANGOR sebab tindak tanduk BN SELANGOR tidak selari dengan apa yang berlaku di peringkat pusat.Ini membuktikan di pusat sembang MADANI tetapi di bawah ada agenda sendiri masing2 terutama di JOHOR itu sendiri.PH boleh tanding semua DUN di 3 negeri nanti tanpa perlu bekerjasama dengan BN.BN mahu menarik sokongan penyokong2 sendiri,MELAYU yang hilang dengan bermain api perkauman tetapi dia sebenarnya membuatkan penyokong2 PH,atar pagar menyampah untuk undi BN.BN silap besar jika mereka ingat boleh buat kebangkitan dengan cara itu.


#TangkapAkmalSaleh #HeretDakwaAkmalSaleh



Cuba lah buka PADU tu dulu macam mana.




Mohd Fairul Al Qasas


PADU bukan sahaja nak tahu pendapatan awak. Tapi dia nak juga hutang awak. Sebab Kerajaan tahu yang awak marah sangat barang mahal lah apa lah, sebab gaji awak balik rumah dah tinggal sikit. Awak dah tak mampu.


PADU juga nak tahu jarak perjalanan awak pergi kerja, supaya bila nak bagi subsidi petrol nanti logik. Setiap orang tak sama.


PADU juga nak tahu dalam rumah awak ada tak insan yang memerlukan pemerhatian khas atau terlantar. Sebab insan ini perlukan belanja yang banyak.


Jelas tak? Sebab itu data LHDN sahaja tidak mencukupi. 


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



UMNO SELANGOR AKAN TERUS HANYUT, TENGKU ZAFRUL PATUT MULA BERFIKIR CARI KAPAL LAIN



Tanpa angin tanpa ribut, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dengan tak semena-mena mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor.


Dalam satu hantaran di Facebook, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, beliau memilih untuk berundur kerana melihat perancangan kebangkitan parti itu di Selangor sebagai hambar dan tidak sehaluan dengan tema UMNO di peringkat Pusat.


Beliau berkata, Selangor adalah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak dan strategi ampuh sepatutnya dirangka, lebih-lebih lagi selepas keputusan pilihan raya negeri tahun lalu.


“Ia sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.


“Saya melihat sendiri bagaimana Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dan kepimpinan nasional tidak henti-henti merangka jalan kebangkitan parti.


“Namun, sejauh mana hebat perencanaan Pusat, yang melaksana ada di negeri dan ke bawah.


“Saya tak mampu mengulas buat negeri lain, tetapi untuk negeri saya Selangor, pelaksanaan itu hambar malah ada ketika tidak sehaluan dengan tema di pusat,” katanya lagi.


Apa sudah jadi ni?


Bagaimana UMNO Selangor boleh tidak sehaluan dengan UMNO Pusat dalam gerak kerjanya sedangkan UMNO negeri itu diterajui oleh Megat Zulkarnain Omar Din yang merupakan Setiausaha Politik kepada Zahid Hamidi sendiri?


Oleh kerana yang membuat dakwaan itu adalah Bendahari UMNO Selangor sendiri, maka sukar untuk sesiapa pun menolaknya.


Apa yang nyata, selepas menerima keputusan buruk pada PRN lalu di mana UMNO Selangor hanya menang dua daripada 12 kerusi Dun yang ditandinginya, perletakan jawatan Tengku Zafrul ini tentunya merupakan satu lagi tamparan buat parti itu.


Maknanya, harapan UMNO untuk bangkit semula di Selangor sejak hilang kuasa pada 2008 lalu semakin jauh daripada gapaian.


Tak secara langsung, kelemahan dan kehambaran UMNO Selangor yang didedahkan oleh Tengku Zafrul ini sehingga beliau sendiri tidak sanggup lagi memegang jawatan utama di peringkat negeri, kelebihan kini mula terbentang buat PN.


Keputusan yang diambil oleh Tengku Zafrul bersama dakwaannya itu tentunya akan membuatkan rakyat atau pengundi Selangor semakin tidak yakin kepada UMNO.


Dengan PN berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi di Dun Selangor, jauh meninggalkan UMNO yang hanya mampu menang dua kerusi saja, harapan mahu melihat UNNO kembali gah di negeri itu barangkali tinggal impian saja.


UMNO Selangor akan terus dihanyutkan oleh PN untuk beberapa PRU atau PRN akan datang dan kepada Tengku Zafrul, selepas tamat tempoh Senator nanti, eloklah cari kapal lain jika ingin terus berlayar dalam perjuangan politik di negeri itu. – ShahbudinHusin 01/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/01/umno-selangor-akan-terus-hanyut.html



YAAAA... AMPUSALLAM...


Che Ibrahim


Jenis keng besi, padahal dia sendiri pun tak rajin sebut kafir ke orang kafir.... Koho guna panggilan manja/mesra ada la.... Mek, uncle, brother, kawan, tauke, boss.....


Dr Maza


 Jika terdapat  seseorang yang mengaku muslim menyatakan dia mengharamkan perkataan 'kafir' di rumahnya, tertanya kita 'apakah ini bererti dia telah mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah dalam rumahnya? Atau apakah dia menapis ayat-ayat yang sesuai dengan hawa dirinya sahaja dalam rumahnya?! Atau, dia sudah tidak percaya al-Quran dan al-Sunnah berfungsi dalam kehidupannya? Atau dia ingin mengubah ayat-ayat ALLAH dan hadis-hadis Nabi s.a.w dengan satu edisi baharu bikinannya?


Apapun, itu semua merupakan gambaran akidah yang parah yang sedang membarah dalam masyarakat kita. Semoga Allah memelihara diri dan generasi kita daripada keingkaran terhadap kitabNYA dan sunnah RasulNYA.


Tidak memanggil orang kafir sebagai 'kafir' itu soal kaedah interaksi, namun mengharamkan perkataan 'kafir' bererti mengharamkan al-Quran dan al-Sunnah.



KEH.. KEH..


Jamzuri Ardani


 Lebih lajak dari laju ... bila jatuh tertiarap terus.




BANTUAN DARI PM.

 






Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya semalam dalam sesi ziarah ke atas Puan Che Gayah, isteri Allahyarham Hj Fuad Yaacob yang meninggal dunia pada 23 Mac lalu. 


Allahyarham Hj Fuad merupakan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) yang aktif memperjuangkan hak pesawah tanpa mengira latar belakang. 


Semasa hayatnya, Allahyarham lantang dan tegas menyuarakan setiap permasalahan yang dihadapi pesawah.


Saudara Farhan turut menyerahkan sumbangan bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham.


Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.


#MalaysiaMADANI



MESYUARAT MAJLIS EKONOMI WILAYAH TIMUR

 




Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 1 Tahun 2024 seraya dihadiri oleh Menteri Besar - Menteri Besar yang menganggotai Majlis ini.


Sehingga Mac 2024, ECERDC telah merealisasikan pelaburan berjumlah RM41.4 bilion iaitu 84% daripada sasaran RM49 bilion di bawah Pelan Induk ECER 2.0 (EMP 2.0). Pelaburan ini telah mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan dan 23,000 peluang keusahawanan di ECER. 


Dalam tempoh yang sama, ECERDC juga berjaya mencapai RM55.2 bilion pelaburan komited, iaitu 79% daripada sasaran RM70 bilion di bawah EMP 2.0. 


Saya tegaskan bahawa Pihak Berkuasa Koridor Ekonomi mainkan peranan penting dalam fasilitasi pelaburan bersama-sama MIDA. 


Tatakelola perancangan dan keberhasilan projek-projek melalui Pihak Berkuasa Koridor turut perlu diperhalusi dengan terperinci oleh Kementerian-kementerian berkaitan sebelum diluluskan. 


Justeru, mesyuarat kali ini telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) untuk meneliti dan memutuskan semua perkara-perkara operasi serta pelaksanaan bagi pembangunan ECER. 


Penubuhan Jawatankuasa EXCO ini akan membolehkan Majlis ECERDC lebih menumpukan kepada perkara-perkara strategi dan dasar dalam pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.


#MalaysiaMADANI



YAAAAMPUSALAM....

 

Mukhlis Eddie


Baru kluaq IJN...dah kena hadap hat ni 😋😋😋



NAK TADBIR PASUKAN BOLA PUN GAGAL. MACAMANA NAK JAGA NEGERI DAN NEGARA. BOLEH PERCAYA KA PUAK PUAK NI.?


 Satu lagi negeri PAS




ARAU: Menjelang Aidilfitri minggu hadapan, lebih 20 bekas pemain Perlis United FC (PUFC) menuntut kelab berkenaan segera melangsaikan tunggakan dua bulan gaji mereka meskipun saingan Liga M3 sudah enam bulan berakhir.


Kemelut yang berlaku itu menyebabkan ada antara mereka terpaksa melupakan terus karier bola sepak selain ada yang kini terpaksa bekerja sebagai penoreh getah, penghantar kurier, berniaga kecil-kecilan dan tidak kurang yang masih menganggur.


EMAS QM- SCAMMER?



 Ustaz selebriti promote Emas QM konon sebagai patuh shariah ... rupanya scam. 


Ustaz yang sama promote parti politik konon berjuang shariah ... rupanya scam jugak. 


Apasal laa ustaz tu suka sangat promote scammer??? 


Bukan kecik anak punya scammer plak tu 😇😇😇



KEGAGALAN YANG LAMPAU



 

Keluarga Malaysia agak berjaya. Mungkin sebab pemerintahan yang sekejap sangat.


Pembangkang yang bertanggungjawab. Duduk semeja dengan pemerintah.




ISI JUGA PADU RUPANYA


Rafizi Ramli



 Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas 18 tahun telah berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem PADU. 


Secara keseluruhan, sebanyak 58.7% profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, yang berjaya dikemaskini.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk  mengucapkan terima kasih (secara terbuka) kepada semua warga negara yang mendaftar, mengemaskini dan juga mengesahkan data-data mereka.


Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanaan PADU. 


Langkah seterusnya adalah untuk membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri pada bulan ini. Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang. 


Kepada mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran yang sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi. 


Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian, setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar.


Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan PADU.



INTI PATI UCAPAN... WALAUN SUKA REGA MAHAL





 Intipati ucapan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sempena Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri | 1 April 2024


"Harga dan bekalan barangan asas seperti minyak masak, telur, ayam dan beras masih rendah jika dibandingkan dengan 2 tahun lalu"


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan



DULU JANAWIBAWA.....

 

Banyak jugak penjawat awam dapat. Kita yang swasta ni pakat melopong je la…




SEJARAH

 

Rafidah Abdullah




Pada 10 Februari 1946 bersamaan 8 Rabi’ulawal 1365H, orang Melayu di seluruh negara telah diajak untuk berhimpun secara besar-besaran di Batu Pahat bagi melakukan upacara mengangkat sumpah.


Ia merupakan ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh kesemua orang Melayu bagi membentuk dan mengekalkan ketamadunan bangsa. Ikrar ini juga disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ . Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Lalu termaktublah sumpah ini sebagai SUMPAH MELAYU.


Sumpah ini dikarang oleh Dato' Onn Jaafar dan saya amat tertarik dengan ayat yang pertama:


"KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri”.


Sampai hari ini, ramai orang Melayu yang masih gagal.


Dato Onn adalah rakan seperjuangan Arwah Tok saya. Mungkin dari beliau, saya mewarisi semangat juang didalam diri ini.



KAFIR ATAU NON MUSLIM




ISLAH


 Dalam riwayat Imam Tirmidzi, Rasulullah SAW berpesan: "Bertakwalah dimanapun kalian berada, dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, niscaya ia akan menghapus keburukan tersebut. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik ".


Nabi dalam hadis ini tidak menyatakan "bergaullah dengan saudara Muslim". Sebaliknya, beliau menyatakan "Khaliqin-Nas" (bergaullah dengan manusia). Ini bermakna berbuat baik bukan hanya kepada sesama Muslim, tetapi kepada seluruh umat manusia. Siapa pun mereka, selagi mereka manusia, seorang Muslim wajib berbuat baik kepada mereka. 


Walaupun berada di pihak yang benar, Rasulullah SAW tidak pernah menyampaikan dakwahnya dengan menyakiti perasaan orang yang diajak atau dibimbingnya. Ini adalah contoh yang patut dijadikan teladan oleh para pendakwah atau setidaknya penyampai kebenaran. Tiada kata-kata kasar, tiada kemarahan yang melukai. Bahkan, Rasulullah SAW sentiasa menjauhi sindiran, sehingga tiada seorang pun yang tersakiti. Demikianlah agungnya akhlak Rasulullah SAW, semoga kita dapat mengambil ibrah dan hidayah untuk meneladani baginda.



KAFIR UNDI DAN FULUS


Sham Ghaz




HUTAN Kelantan akan musnah 88% hutan simpan kekal di Kelantan akan dimusnahkan oleh lebai kelaroh nak bagi kat “Kapir” ke tu? 


Yang dh bagi lebih 400,000 ekar tak cukup lagi ke? Nak bagi lagi. 


Habis tanah rizab Melayu jadi milik Kapir la di Kelantan ni jasa Kerajaan Pas lepas ni? 


Ni puak Kerajaan Pas Kelantan nak nyah gazet hutan simpan Kekal Kelantan yg kini jadi kawasan sensitif alam sekitar tahap 1 dan tahap 2 kepada kawasan boleh dibuat pembangunan. 


Cuba tgk gambar sebelum dan selepas.


Time nak tunggang sentimen kaum Puak Pas akan main sentimen Kapir, time nak baham komisyen mereka akan panggil BOSSS!


Melayu Kelantan IC 03 merempat tiada rumah berlambak, apatah lagi yang tiada tanah. Anak muda terpaksa berhijrah sebab tiada tanah dan pekerjaan, sebab dikuasai oleh “Kapir” yang pas bagi tanah.


Kerajaan Pas boleh ja bagi pada “Kapir” dengan pajakan sampai 99 tahun. Atas nama pembangunan Ladang hutan, ataupun lombong ataupun pembalakan.


Lepas ni Melayu Kelantan nak duduk mana di Negeri Pas memerintah? 


Dah la negeri paling miskin di Semenanjung.


Nota: ini yang kami bantah pada rancangan struktur Kerajaan Kelantan 2040, jika tiada bantahan mereka akan gondol.



MAKCIK MAKCIK KU GANGSTER....


Jamzuri Ardani


 Pergh ... power makcik-makcik umur 50-an nie ... rompakan bersenjata tuuu 🥹🥹




ANTARA YANG TAK GUNA SEDUIT DALAM KERAJAAN





 Terbaik la Fahmi Fadzil. Portal 𝗽𝗿𝗼 𝗣𝗛 laju kena siasat sebab tajuk mengelirukan. Kalau 𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗛𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻, 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗶 lepas je. Siap kata itu setakat 𝘤𝘭𝘪𝘤𝘬𝘣𝘢𝘪𝘵. Walaupun tajuk tu merugikan kerajaan. Terbaiklah menteri. Macam ni la caranya menang bergaya PRU16 nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

BERBEZA FAHAMAN POLITIK ITU BETUL. TAPI DI SEBALIKNYA TETAP DI MAKI HAMUN.









 Alhamdulillah, hari ini dapat berbuka puasa bersama warga Felda Chuping di Majlis Berbuka Puasa MADANI di pekarangan Masjid Nurul Huda. Turut hadir Menteri Besar Perlis.


Ketika berucap, saya nyatakan keterbukaan untuk terus berbincang dan membantu Kerajaan Perlis meskipun negeri ini dinakhodai pimpinan daripada parti berbeza. Ini kerana utamanya bukan soal sepak terajang politik, tetapi membela nasib rakyat dan mengangkat martabat negeri dan negara.


Atas kekangan hasil yang terhad, Perlis perlu bergantung pada Kerajaan Persekutuan. Saya tiada masalah untuk bekerjasama selagi mana pimpinan negeri ini berpegang teguh pada prinsip menentang rasuah dan amalan menggunakan kuasa untuk mengaut kekayaan diri dan keluarga.


Saya turut singgung soal kos sara hidup rakyat yang meningkat. Sejak awal pentadbiran, Kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif, termasuk membanteras kartel-kartel bagi memastikan harga barangan asas seperti minyak masak, ayam dan telur lebih rendah ketimbang dua tahun lalu.


Terkait soal penyasaran subsidi minyak dan diesel, saya tegaskan bahawa penjimatan daripada inisiatif ini akan disalurkan semula kepada kira-kira 80 peratus rakyat yang berhak mendapat bantuan berbanding membiarkan golongan mahakaya dan hampir empat juta warga asing menghirup subsidi ini. 


Kerajaan MADANI maklum dengan isu-isu mendesak sama ada di peringkat negeri mahupun rakyat. Namun pada masa sama kita juga mewarisi beban hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1.5 trilion yang juga perlu dibereskan.


Kita perlu faham bahawa tidak semua masalah ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun, namun percayalah bahawa saya sedang berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi rakyat.


#MalaysiaMADANI



JANGAN SUKA MENGKAFIRKAN ORANG




 Terima kasih Dr MAZA atas pencerahan. Walaupun artikel ini diterbitkan pada tahun 2016, ia masih relevan menjadi panduan hingga tahun 2024.


Dr Maza pun cakap berhati-hati menghukum dengan tuduhan kufur, laknat dan neraka. Walhal dalam Al Quran pun tertera perkataan kufur, laknat dan neraka.


Kalau ikutkan sesetengah pandangan hari ini, mereka akan menganggap Dr Maza menolak Al Quran dan Sunnah. 


Sedangkan Dr Maza sebenarnya mahu supaya semua pihak tidak sewenangnya mengkafirkan, melaknat atau menerakakan orang lain.


Sekalung Tahniah Dr Maza, pandangan yang mendahului masa.


[Muhammad Syafiq Azmi]