'Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni' pelbagai perancangan semarak warga KL 2024

 

Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada hari ini bukan sahaja mahu mengingatkan warganya mengenai sejarah 50 tahun lampau apabila Kerajaan Persekutuan mengambil alih kawasan Kuala Lumpur daripada pentadbiran negeri Selangor dengan mewujudkan status pentadbiran khas.



Bagi Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Andre Lai Cheng Heng, tarikh 1 Februari tahun ini seharusnya diperhatikan oleh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai titik penting untuk membawa pembangunan yang lebih cemerlang menuju era Teknologi Maklumat, Revolusi Industri 4.0 dan Kecedasan Buatan di seluruh kawasan wilayah.



"Tema sambutan tahun ini ialah "Wilayah MADANI, Rakyat Harmoni". Tema ini mencerminkan visi dan aspirasi Malaysia Madani untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai model kecemerlangan, inovasi dan keharmonian untuk seluruh negara dan dunia.



"Wilayah Persekutuan telah mencapai banyak kejayaan dan pencapaian dalam pelbagai bidang, seperti ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sukan dan kebajikan sosial," kata Andre Lai dalam kenyataan.



Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_6b932988c38a43a482d0f46fdf830c87~mv2.jpeg/v1/fill/w_660,h_660,al_c,q_85,enc_auto/4449e2_6b932988c38a43a482d0f46fdf830c87~mv2.jpeg



Tambah beliau, istimewa bagi Kuala Lumpur pada tahun 2024 ini akan menjadi tahun penentuan bagi Kuala Lumpur yang telah melancarkan agenda pembaharuan seperti Pelan Struktur Tempatan Kuala Lumpur 2040 dan implementasi ’Social Impact Assesment’, untuk memastikan pembangunan yang lebih mampan dan lestari.



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur katanya, telah memupuk budaya penglibatan sivik, kerjasama, dan keterangkuman melalui platform seperti Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur dan Sistem Pengurusan Aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.



"Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, diberkati dengan agenda pembaharuan oleh pemimpin berkaliber seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman.



"Saya mengenali kedua-dua mereka sebagai pemimpin yang amat rajin dan berdedikasi untuk mendukung aspirasi Malaysia Madani.



"Khususnya Datuk Kamarulzaman, yang menjadi kenalan semenjak beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.



"Semenjak perlantikan sebagai Datuk Bandar, Kuala Lumpur telah ditadbir dengan profesional, cekap dan berinovasi. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah menjadi saksi keberkesanan pentadbiran DBKL," ujarnya.



Kata Andre Lai, menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak inisiatif telah dilancar seperti projek Lestari Niaga dan Residensi Madani demi memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang boleh didiami, mampan dan berdaya saing.



Begitu juga sepanjang bulan Februari ini, terdapat banyak program dirancang untuk sambutan ulang tahun ke 50 penubuhan Wilayah Persekutuan.



"Demi menyantuni masyarakat Cina dalam perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari pula, DBKL akan mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya untuk KL Prosperity Walk pada hari Chap Goh Meh 24 Februari nanti.



"Marilah kita terus berganding bahu untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat kemajuan dan kemakmuran, tempat keharmonian dan kebahagiaan, tempat kebanggaan dan kegemilangan. 2024, akan menjadi tahun penentuan," katanya lagi.

 

UPDATE KES HASUTAN SANUSI, ABAHCOW MAKIN HARI MEROYAN!


Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan menteri besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam. Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berjaya dalam permohonannya untuk memindahkan kes hasutan yang dihadapinya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim Mahkamah Tinggi Aslam Zainuddin pagi tadi membenarkan permohonan untuk memindahkan kes pemimpin PAS itu. Sebelum ini, pihak pendakwaan membantah pemindahan itu, dengan alasan kes berkenaan tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon. sUMBER bERITA 1. https://www.malaysiakini.com/news/694970 2. https://www.malaysiakini.com/news/694966




[kantoi] SANUSI KOYAK HABIS MENIPU DAN PERSOAL PEMBENTUKAN KERAJAAN!


Sedih baca temubual Al Sultan Abdullah. Tak sangka, selama ini yang dikatakan paling BEST menjaga agama dan bangsa, rupanya menjadi pengkhianat dan pembohong yang paling besar! YDPA sendiri mengemukakan cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan kepada Perikatan Nasional. Dengan sombong & takbur mereka menolak titah & buah fikiran Al Sultan Abdullah! Sekarang siapa paling teruk? Siapa yang jadi duri dalam daging? Sejarah Melayu sejak dulu dibuktikan bahawa pengkhianatan ini sering berlaku dari bangsa kita sendiri. Fikirlah guna mata hati jiwamu wahai Melayu! Jadi hari ini terbuktilah kebenaran bahawa sememangnya KERAJAAN PERPADUAN lah yang dititah baginda Tuanku dulu. Yang mana semua pimpinan Perikatan Nasional (PN) termasuklah walaun2 mereka mempertikai bahawa Tuanku Agong tidak pernah menitah penubuhan Kerajaan Perpaduan. Jelas Mahiaddin, Hadi Bawang dan seluruh organisasi PN berbohong dan membelakangkan titah Tuanku Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas pencerahan ini. Daulat Tuanku! Sumber Video FB SUara Keadilan







RENTASAN 1538 | PANAS! AKHIRNYA HAMZAH SAHKAN RAMAI LAGI MP BERSATU BAKA...





MENARIK DALAM RENTASAN 1538
1. KALAU TIDAK ADA PERUNTUKAN, JADI WAKIL RAKYAT UNTUK APA? 2. NASIB KANTONG NEGARA MEREKA PEDULI APA 3. SELAMAT BERTAKHTA, DAULAT TUANKU 4. BERSEDIALAH PEMUNGGAH DANA NEGARA





HUBUNGAN HADI – MUHYIDDIN DINGIN?



DENGAN ANWAR DULU PUN MACAM TU JUGA- DIA NAK

 KUASA TAPI TAK NDAK JADI PEMIMPIN ATAU PM. SEBAB

 DIA TAHU DIA TAK MAMPU PUN PIMPIN NEGARA. DIA

 CUMA MAHU TUMPANG UNTUK KESENANGAN DIA.

 MISALNYA MAKAN GAJI BUTA DAN TAK BUAT KERJA. 



Shahbudin Husin


Hubungan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Hadi Awang, dikatakan dingin, menurut sumber, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kelangsungan Perikatan Nasional (PN) yang digagaskan oleh dua parti itu.

Sumber berkata hubungan dingin itu antara lain, berkait dengan kegagalan PAS menampilkan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri, selepas Muhyiddin tidak meneruskan hasrat berundur pada pemilihan parti tahun ini.

Menurut sumber, pusingan U Muhyiddin dilihat sebagai tekad Ahli Parlimen Pagoh itu untuk kekal menerajui PN dan seterusnya dilantik perdana menteri kali kedua jika gabungan itu memenangi PRU16.

“Dikatakan selepas Muhyiddin (umum) berundur, PAS mahu Dr Sam (Ahmad Samsuri) sebagai calon PM, tetapi terbantut selepas pusingan U Muhyiddin,” kata sumber yang dekat dengan perkara itu kepada FMT.

Pada perhimpunan agung tahunan Bersatu, November lalu, bekas perdana menteri itu mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden parti, tetapi kurang 24 jam, mengubah pendirian selepas diyakinkan isterinya Noorainee Abdul Rahman, untuk “tidak mengecewakan ahli memerlukannya.”

Sumber itu berkata Muhyiddin dan Hadi yang juga timbalan pengerusi PN lama tidak kelihatan bersama di mana-mana majlis, kali terakhir ia berlaku pada perasmian Muktamar PAS ke-69 20 Okt lalu.

Pada PRK Kemaman Disember lalu, Muhyiddin dan Hadi dijadualkan berkongsi pentas pada ceramah kempen kemuncak, namun hanya kelibat Hadi hadir manakala Bersatu diwakili Naib Presiden Radzi Jidin.

“Mereka (Muhyiddin-Hadi) telah lama tidak bertemu,” kata sumber itu.

Menurut satu lagi sumber rapat PN, Hadi juga “sudah lama” tidak lagi hadir ke mesyuarat pimpinan PN, sebaliknya, diwakili Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Walaupun (ketidakhadirin Hadi) tidak mengganggu perjalanan komponen PN, namun ia memberi mesej mengenai hubungan mereka,” kata sumber itu.

Menurut beliau, keadaan itu mirip dengan situasi Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan Umno-PAS, apabila Hadi tidak lagi menghadiri mesyuarat, sebaliknya mewakilkan Tuan Ibrahim susulan hubungan yang semakin renggang antara dua parti itu.

MN ‘mati langkah’ apabila dua parti itu berbalah susulan keengganan Umno menerima penyertaan Bersatu dalam gagasan itu.

“MN mula ‘runtuh’ bila Hadi tidak lagi datang mesyuarat, semua wakil kepada Tuan Ibrahim. Beliau dan (presiden Umno) Zahid (Hamidi) pun dah lama tak jumpa waktu itu (menjelang penubuhan PN),” kata sumber itu.

Menurut beliau, sudah ada tanda-tanda keadaan itu kini berulang dalam konteks hubungan Hadi-Muhyiddin dan masa depan PN sendiri.

Jika PN berkubur seperti MN, sumber itu berkata hala tuju Hadi sememangnya boleh memberi kesan besar kepada politik dan pentadbiran pada masa depan dengan PAS memiliki kerusi Parlimen tertinggi iaitu 43 diikuti DAP dengan 40 kerusi.

“Sekarang tak tahu ke mana Hadi nak bawa (PAS) selepas makin renggang dengan PN.

“Bagi sekutu PMX (Anwar Ibrahim), ini peluang. Sebab itu ada titik lemah (dalam PN),” katanya.

Menurut sumber itu, kalangan dalam PAS juga melihat Bersatu semakin lemah dengan tindakan enam Ahli Parlimennya menyokong Anwar.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Untuk rekod, PAS mempunyai 43 kerusi Parlimen pada PRU15, berbanding 30 oleh Bersatu.

PAS juga mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis yang sekian lama menjadi kubu kuat BN.

Selain PAS dan Bersatu, PN turut dianggotai Gerakan yang gagal menang sebarang kerusi Parlimen pada PRU 15 namun meraih satu kerusi DUN di Kedah pada PRN Ogos lalu.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/01/hubungan-hadi-muhyiddin-di

 


Melayu berpecah belah, hanya model Kerajaan Perpaduan akan berjaya


 

Penyatuan Melayu di bawah satu gabungan politik sebagaimana matlamat perjuangan Perikatan Nasional (PN) tidak realistik bagi politik Malaysia.



Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, selepas 2018 kaum Melayu telah terpecah ke dalam terlalu banyak parti politik dan tidak mungkin formula kerajaan 90% Melayu boleh direalisasikan.



"Kita kena sedar hari ini orang Melayu telah dipecahbelahkan oleh Tun Mahathir. Kita menjadi banyak parti.



"Hari ini kena terima hakikat kerajaan hanya boleh dibentuk dengan sebuah koalisi melibatkan semua kaum



"Tetapi bila Melayu UMNO, Bersatu dan Pas bergabung, mereka hanya membentuk 114 kerusi (kerajaan 2020 - 2022). Selepas PRU ke 15, selepas mencuri 10 orang dari UMNO Muhyiddin hanya mendapat 115 kerusi.



"Mereka tidak boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.



Oleh itu, kata Lokman, model kerajaan BN didominasi Melayu tidak boleh lagi dilaksanakan. Katanya, selama 60 tahun BN berkuasa di Malaysia MIC, MCA dan Gerakan membantu menguasai sokongan kaum Cina dan India.



Sebaliknya kini, hampir 80% kaum India menyokong Pakatan Harapan (PH) dan lebih 90% Cina mengundi gabungan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.



Gabungan yang boleh memerintah dengan baik, katanya, adalah model Kerajaan Perpaduan yang dilaksanakan hari ini.



"Kita wujudkan kerajaan kukuh jika bersama PH. Barulah kita boleh ada kerajaan kuat, diyakini pelabur. Pelabur masuk balik, kukuh nilai ringgit, menambah peluang pekerjaan, kurang kadar penganguran, kurang jenayah.



"Kalau fikir bangsa kita sahaja, tak fikir rakyat keseluruhan saya beritahu, bangsa paling ramai 70% adalah bumiputera. Kalau negara ini lingkup yang paling ramai lingkup ialah bumiputera," katanya.



Mengulas propaganda Pas, kononnya orang Melayu akan lebih mudah membuat keputusan menjauhi UMNO sekiranya parti itu terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga PRU 16, Lokman berkata, Pas tidak akan 'menyibuk' sekiranya kerjasama UMNO - PH menguntungkan mereka.



"Kalau hubungan UMNO dan PH ini menguntungkan Pas mereka tak akan sibuk beritahu kalau kita terus bersama PH orang Melayu lebih mudah buat keputusan.



"Hari ini Pas-PN takut. Mereka lagi takut kalau Najib dibebaskan kerana kalau Datuk Seri Najib bebas, peluang untuk kita lenyapkan terus Bersatu (lebih mudah)



"Bagi Pas mereka tetap akan ada sokongan di beberapa negeri seperti Kelantan, Kedah, Terengganu. Cuma untuk Bersatu yang tidak ada pendirian tetap, kerjasama antara BN dan PH serta kawan kawan lain akan mendatangkan musibah kepada mereka. Sebab itu mereka guna orang khianat UMNO untuk menarik UMNO keluar Kerajaan Perpaduan.



"Mereka takut formula kerjasama BN dan PH ini, orang dapat melihat keistimewaan Melayu terjamin, Islam terjamin, bahasa Melayu terjamin. Jadi apa masalah kerjasama (BN - PN)," katanya lagi.

 

PEMIMPIN UMNO BIDAS MP PKR

 

Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin.

Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, sebagai ahli PKR yang ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan parti sekutu itu.

“Ini masalah Hassan Karim. Dia dan beberapa lagi pemimpin PKR tidak tahu cermin diri sendiri,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hassan berkata Umno perlu rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan, dan selagi ia dipimpin Presiden Zahid Hamidi, orang Melayu sukar menyokong Umno, BN, atau BN-PH.

Puad berkata Hassan sepatutnya mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR, menukar menteri PKR yang tidak mencapai prestasi.

“Apa Rafizi Ramli buat untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar Pangkalan Data Utama. Jangan lupa premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap menteri pendidikan dari PKR. Kenapa Hassan diam,” katanya.

BN dan PH membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan bersama beberapa gabungan politik lain, selepas tiada parti mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas PRU15.

Pada konvensyen kerajaan perpaduan di Ipoh 28 Jan lepas, Zahid menyatakan beliau yakin kerajaan perpaduan akan kekal memerintah sehingga selepas PRU16.

Hassan bagaimanapun berkata Umno perlu rombakan pemimpin kerana jika tidak, “Umno bawah Zahid akan menumpang di dahan PH pimpinan Anwar yang tidak kuat mana pun”.

Puad mengingatkan bahawa Zahid terus menjadi presiden Umno atas kemahuan akar umbi Umno sendiri, sebaliknya menyarankan Hassan melihat isu-isu berbangkit sekitar pengundian dalam talian pada pemilihan PKR.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/31/sekutu-perlu-rombak-pemimpin-puad-kata-wakil-rakyat-pkr-tak-tahu-cermin-diri/

5

Article Rating

 

PN KENA TIBAI. ANWAR KUAT


 

KERAJAAN SENADA DENGAN RAKYAT

 











PMX


Kerajaan senada dengan rakyat memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah.

 

Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini.

 

Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

 

Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Baginda sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.

 

Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua.


#MalaysiaMADANI



LAGI MERASUAH...




Learry Jabul


 Projek bernilai rm2.5 juta untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan... Nilai suapan yang diminta dan diterima ialah sekitar RM92k sebagai habuan.

.. Projek ini khabarnya adalah dari kerajaan persekutuan melalui sebuah kementerian... 

Bila ianya berlaku?? Tahun 2020... Berlaku di negeri mana?? Terengganu daerah paka... Siapa menjadi kerajaan persekutuan ketika itu??

 Sama-sama kita cari siapa yer.... Siapa perdana menteri nya masa itu?? Sama2-sama la kita cari yer...





COIHHH....


 Kes seksual di Kelantan, Terengganu & Kedah meningkat.


Mukhlis Eddie




statistik itu melibatkan kes rogol, sumbang mahram, liwat, cabul serta kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.


p/s Dimana ada lebai Pas khawarij, d situ ada peningkatan jenayah. Hapuskan lebai Pas khawarij demi kesejahteraan rakyat 😋



DENGKI LA TEW..POLIH POLIH...MAI TANGKAP


Diana Aurora


Kena tipu banyak kali mat...hahhahaha...yang si legal tu..mulutt xdak insuran betoi😂 ad pulak dy kata YDPA xleh diharap...haishh...dengki la tu..YDPA syg #PMXterbaik.



 

DENGAR TU...BACA LAIN KALI

 



Mohd Asrie


Awas rakyat2 Msia jangan dengar hasutan pembangkang yang dengki nak tebuk atap tak dapat, pembangkang jadi Kerajaan masa pkp pun lagi teruk, darurat gantung Parlimen kurung rakyat untuk menyamun ber-billion2 Jana wibawa tebatan banjir DLL ??.


Rakyat disuruh keluar kwsp, ramai yang mati, kibar bendera putih, bunuh diri, harga barang2 mahal, anak menteri PN sendiri samun minyak masak subsidi 🤬🇲🇾❤️🇲🇾




ADA SOALAN NAK BAKAR MENTERI. NI PAPAGOMO,PARPU KARI TAK MAU KA PODCAST ? ATAU TAK DA TELOQ ?




Sebelum ini saya telah mulakan slot #TanyaRafizi untuk membuka peluang kepada orang ramai bertanyakan terus kepada saya. Ada yang tanya tentang dasar, program ekonomi dan ada juga soalan panas.


Siri ini kini akan dibawa ke episod podcast Yang Bakar Menteri (YBM) di mana selain daripada tetamu boleh membakar terus saya dengan soalan-soalan mereka, saya juga boleh menjawab terus soalan soalan orang awam. 


Soalan boleh mula ditanyakan menggunakan  #TanyaRafizi dan soalan yang dikumpulkan akan dijawab pada episod yang seterusnya pada Isnin, 5 Februari 2024.



MUHYIDDIN JANGAN LARI ISU SPANCO


 

BAIK HANGPA BLAH CARI KELAB LAIN..TAK DAK DUIT DAH TU NAK BAYAQ....


 

KAH KAH KAH ...WOIII ...AIR KERUH PUN NAK WAT GUANE...KENA HADAP..




 Jaga jaga walaun Kelantan. Dorang datang nak potong air tu. Hahaha... Hutang kena la bayar. Dah guna air tu pandai-pandai la lunaskan bil. Soal air macam air teh tarik tu, nombor 143. Bayar tu nombor 1. Jangan buat Kelantan macam Selangor. Itu negeri liberal. Kelantan negeri diperintah parti Islam tau! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KES MATA LEBAM.

 

Che Ibrahim.


Saja nak panas line geng tebuk atap.... Masih tinggikah angan angan kamu untuk jatuhkan DSAI??



DIA AKAN BERLAINAN DARI ORANG LAIN. ASAL TAK SESUAI DENGAN DIA.




INNALILLAH ..BUAT PEJUANG REFORMASI

 


Rafizi Ramli


Saya terima berita duka tentang pemergian Saudara Ishak bin Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Sahak, dalam satu kemalangan motosikal semalam. 


Allahyarham adalah seorang aktivis reformasi yang bersama-sama saya sejak di awal penubuhan INVOKE. Semasa kempen PRU 2018, beliau merupakan Pengurus Kempen Lapangan INVOKE bagi Negeri Terengganu. Apabila saya menggerakkan Ayuh Malaysia, beliau juga aktivis yang konsisten membantu turun ke lapangan untuk gerak kerja kempen.


Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang soleh.


Takziah kepada keluarga Allahyarham.


Doa saya agar Abg Sahak diberikan kelapangan dan kesenangan di akhirat, seperti mana Allahyarham melapangkan dan menyenangkan rakan-rakan sepanjang beliau hidup.


Saya berdoa agar seluruh keluarga dan kenalan-kenalan Allahyarham tabah dengan ujian ini.


Al-Fatihah.



WOIIII TEAM PALABUT...DAH TUKAR AGONG DAH


LAGI ISU PENCEN.


 

KES DAIM


 

ISU PENCEN