Ringgit hanya lemah berbanding Dollar AS, kukuh berbanding Yen, Pound


 

Serangan pembangkang Perikatan Nasional (PN) ke atas kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia sejak sebulan kebelakangan ini amat mengelirukan rakyat dan mengherotkan persepsi terhadap kekukuhan ekonomi negara.



Menurut Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Nor Adam, serangan tidak bertanggungjawab PN dan mempersendakan Kerajaan Perpaduan kerana kononnya gagal mentadbir negara itu sebenarnya tidak berlandaskan fakta.



Tegas beliau, matawang Ringgit hanya lemah berdepan Dollar Amerika Syarikat (AS) dan fenomena kejatuhan seperti itu turut dialami negara maju yang lain.



"Betul matawang kita jatuh. Kena faham mengapa matawang kita jatuh. Sebab Amerika Syarikat naikkan OPR (dasar semalaman kadar faedah). Orang (AS) yang dulu simpan duit di luar balik bawa duit dia labur ke AS.



"Nak buat apa letak (duit) di luar kalau letak dalam negara kadar faedahnya lebih tinggi.



"Betul nilai ringgit jatuh 7.5% berbanding Dollar ikut data 2 Julai lalu. Tetapi Yen Jepun juga jatuh 19.2%, Pound UK jatuh 14.4%, Euro jatuh 11.7%.



"Yuan China jatuh 8.7%, Peso Filipina 9.3%, Baht Thailand 8.7% dan Korea Won jatuh 13.7%," katanya dalam Majlis Penerangan Isu isu Semasa Anjuran Umno Bahagian Shah Alam, malam tadi.



Oleh itu, Lokman mahu rakyat menilai apakah wajar Kerajaan Perpaduan dipersalahkan dengan hanya berpandukan pengukuhan matawang Dollar AS, sedangkan nilai Ringgit sejak beberapa minggu lalu juga mengukuh berbanding matawang utama dunia.



Katanya, Ringgit telah mengukuh 14.2% berbanding Yen, 8.2% berbanding Pound Sterling, Euro 4.5%, New Zealand Dollar 3.9%, Won 7.2%, Yuan 1.1% dan Baht 1.4%.



Malah, kata Lokman, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya boleh menguntungkan pengeksport Malaysia. Namun hal itu, menurut beliau, perlu diterangkan secara menyeluruh oleh Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri agar rakyat tidak dikelirukan sekali lagi.



"Apa kelebihan bila Ringgit jatuh? Saya beri 2 contoh yang cukup besar. Pertama pengeksport boleh eksport dengan harga lebih murah. Kalau eksport harga sama, maka akan dapat keuntungan berlipat kali ganda.



"Kedua kalau nak pergi bercuti, kita akan pergi Thailand atau Indonesia sebab duit kita besar. Pergi Thailand tidaklah berapa besar tetapi mampu.



"Dunia luar pula, mereka nampak berbelanja di Malaysia rendah maka mereka akan datang ke sini. Mereka akan berbelanja dan menambah pendapatan pengusaha hotel kita, syarikat pelancongan dan segala macam (perkhidmatan)," katanya lagi.

 

MAHATHIR/MUHYIDDIN BERSEKONGKOL HANYA UNTUK JAGA HARTA MEREKA – ANWAR

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendakwa kerjasama antara Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad sudah dijangkakan untuk menjaga kepentingan masing-masing termasuk harta mereka.

Perdana Menteri berkata ia berbeza dengan kerajaan perpaduan pimpinannya yang berusaha dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

“Itu bukan perkara baharu. Kita tahu kelompok itu tetap akan bersekongkol untuk pertahankan cara dan harta mereka.

“Kita bertanggungjawab untuk selamatkan negara dan rakyat,” katanya kepada media selepas merasmikan persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa.

Beliau mengulas pertemuan dua bekas perdana menteri itu dua hari lalu, tiga tahun selepas kedua-duanya “bersengketa” angkara Langkah Sheraton yang menjatuhkan Mahathir dari kedudukannya.

Mahathir dan Muhyiddin bersetuju untuk saling mengukuhkan perpaduan orang Melayu serta meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada PRN 12 Ogos depan.

Sementara itu, Anwar berkata beliau menyambut baik komitmen Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran untuk kekal setia mempertahankan kerajaan perpaduan walaupun parti mereka tidak bertanding pada PRN.

“Kedua-duanya ada menghubungi saya dan menyatakan peringkat ini mereka tak akan menyertai (PRN) dan beri sokongan, saya fikir ini dalam ruang kuasa BN (Barisan Nasional).

“Tetapi saya ucap terima kasih di atas kesetiaan mereka membantu dan masih mempertahankan kerajaan perpaduan,” katanya.

Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memfokuskan kepada proses pengukuhan parti.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com

TEMU ANWAR 8 JULAI UUM

 



Sesi dialog Temu Anwar diteruskan kali ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada hari Sabtu bersamaan 8 Julai 2023.


Saya ingin menjemput anak-anak muda negeri Kedah untuk turut sama dalam sesi ini dan bertanya soalan kepada saya serta memberi pandangan atau teguran membina kepada Kerajaan.


Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.


Kita jumpa Sabtu ini!


#MalaysiaMADANI



KERAJAAN MELAYU ISLAM



Ada yang kata kena tolak Kerajaan Perpaduan sekarang. Kerana kata mereka Kerajaan ini bukan Kerajaan Melayu Islam. 


Pening kita dengar. 


Tak cukup Melayu dan tak cukup Islam ke Kerajaan ini lagi bilamana… 


1. Kesemua 5 Parti Komponen: PH, BN, GPS, GRS dan Warisan: Presidennya semua orang Islam.


2. PM dan TPM2 nya Melayu Islam, majoriti ahli Kabinetnya Melayu Islam. 17 Menteri Melayu Islam berbanding Menteri Cina DAP hanya 3 orang. 


3. DAP hanya ada 40 orang MP berbanding 108 MP yang lain. 


4. Berbanding dulu zaman PH 1.0, ada 42 Ahli Parlimen DAP dan 6 orang Menteri. Masa tu mereka bangga Kerajaan Malaysia Baru berbilang bangsa. La ni nak jadi terpaling Melayu Islam pula 🤦🏻‍♀️


5. 60 tahun Malaysia diperintah oleh Kerajaan Berbilang Bangsa: dari Perikatan ke Barisan Nasional. Sampai boleh dapat 2/3. Sekarang mereka nak gostan ke belakang. Malaysia ini hanya layak diperintah oleh semuanya Melayu Islam ka? 


*********************


TBH, saya ok dengan komposisi kaum dalam Kerajaan Perpaduan. 


Ya, ia Kerajaan berbilang bangsa tapi tetap dipimpin majoritinya Melayu Islam. Sesuai dengan komposisi kaum di Malaysia. Bilamana Melayu penduduk majoriti. 53% kesemuanya. 


Setakat ini isu kaum dan agama cukup minimal. Tiada lagi desakan nak ICERD, atau nak push Malaysia Malaysian. Anthony Loke siap cakap dia akan pertahankan Perlembagaan. Boleh dilihat juga dengan tindakan. 


Yang nak menjatuhkan ini, banyak gila kuasa. Bila takde modal lain, mereka akan tunjuk mereka terpaling Melayu dan terpaling Islam pula. 


Buat lah kerja, semak dan imbang. Bukan semak dan tumbang. 


Lagi 5 tahun cuba lagi, mana tahu rezeki anda menanti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



EKSIBIT




Eksibit 1

Masa tiada kuasa: Malay Dilemma, Melayu terancam, Naik tocang itu “Pendatang”!

Lepas menang: Malaysia berwawasan, Membina Bangsa Malaysia, semua “Kita Boleh” menang! 


Eksibit 2

Masa tiada kuasa: “Apa lagi Cina mahu?”

Lepas menang: Kita semua 1Malaysia… 


Eksibit 3

Masa tiada kuasa: Haramkan Dong Zhong! Melayu dijajah! 

Lepas menang: Siap bagi Dong Zhong berjuta2, bersama2lah kita Keluarga Malaysia… 


Eksibit 4

Masa tiada kuasa: Mana boleh bagi itu UEC! Malaysia nak ditawan oleh Kristian dan Yahudi. 

Lepas menang: dia yang lulus UEC separuh jalan dari dulu lagi, anaknya DJ Kelab Malam guna nama Paderi -“Muslim Priest”. 


***********************


Nampak cara pemimpin kita? Perlu guna sentimen orang Melayu untuk berkuasa. Mereka nak kita pajak otak kepada mereka. 


Lepas dapat kuasa, banyak Melayu Elit ni mudah lupa. Kroni dan tali barut mereka Cha-Ya-Nun-Alif juga. 


Eric Chia, Vincent Tan, Desmond Lim, Francis Yeoh dan Jho Low. Kroni siapa mereka ini? Dapat berbilion kontrak dan duit Kerajaan, siapa yang beri?


Tak kisah la nak kawan ke nak partner. Tapi jangan la menipu bangsa. Nak suruh kita membenci mereka. Hanya sebab berebut kuasa. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


-Gambar Hiasan-



ADA LEBAI NAK BAGI KE HANG SYED SADDIQ.


 

𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗫𝗣 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗺𝗲𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵?



DR SHAHNOR BASRI DR SHAHNOR BASRI July 3, 2023 9:04 pm


Penulis terpanggil untuk menulis mengenai kekalutan Menteri Besar Kedah mengenai projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).


Penulisan ini berasaskan bahawa pengetahuan dan pengalaman akademik penulis yang merupakan mantan Profesor Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia.


Persoalan yang bakal dihujahkan adalah sama ada KXP merupakan satu fasiliti yang harus diberikan keutamaan, aspek ekonomi, sosial, fungsi dan menepati keperluan laluan penerbangan antarabangsa dan domestik yang berdaya maju dan berdaya saing.


Premis awal perbincangan ini adalah pembinaan lapangan terbang bukanlah semudah pembinaan tempat letak kereta. Ia memerluan satu kajian yang lebih menyeluruh, komprehensif dan menimbang faktor keboleharapan (reliability) dan kebolehgunaannya untuk satu tempoh jangka panjang.


Setiap lapangan terbang mempunyai keadaan tempatan yang perlu dipertimbang (local condition), manakala lapangan terbang bertaraf dunia yang terkenal adalah kerana prinsip kegunaan dan praktisnya untuk mencapai kegunaan yang optimal.


Prasyarat bagi menyokong pembinaan KXP tidak boleh terlepas daripada beberapa faktor dan amalan terbaik (best practices). Oleh kerana pembinaan mana-mana lapangan terbang berdaya maju harus dikaitkan dengan kebolehpasarannya sebagai laluan pesawat sama ada untuk kegunaan awam, kargo atau landasan yang berkongsi dengan kemudahan ketenteraan.


KXP hanya akan menjadi projek gajah-putih yang tidak mendokong kemajuan dan ekonomi negara tanpa amalan terbaik dilaksanakan:


1) Persekitaran ekonomi, penguatkuasaan, sokongan politik dan kestabilan. Melihat pentadbiran yang agak caca-marba serta kepimpinan yang tidak mempunyai visi yang jelas dan berdaya maju dari segi implimentasi ekonomi dan tarikan kepada pelaburan yang agak lemah, maka kedudukan KXP tidak akan berdaya saing dan berdaya maju.


Sedangkan Lapangan Terbang Pulau Pinang lebih berdaya maju untuk ditingkatkan memandang negeri tersebut mempunyai sebilangan besar industri yang telah ‘established’ serta pergerakan import-eksport yang telah stabil.


Parameter Kulim ke Lapangan Terbang Pulai Pinang hanyalah 45.2 km, sudah pastilah impak KXP kepada kebolehgunaan dan skala ekonomi lapangan terbang baharu tidaklah menarik pengguna dan pelabur. Melainkan strateginya untuk ‘membunuh’ lapangan terbang Pulau Pinang.


2) Pembinaan lapangan terbang baharu mestilah dengan strategi yang menyeimbangkan antara keutuhan ekonomi dan impak sosial. Impak ini yang akan memberikan dukungan kepada pembangunan komuniti sekitarnya dan alam sekitar.


Dengan keadaan ekonomi dan kebergantungan negeri kepada industri bukan import-eksport, maka keboleh-pasaran KXP kepada perniagaan dan pelaburan masa hadapan menjadi pertimbangan penting dalam peluncuran sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di utara Malaysia.


3) Sesebuah lapangan tarbang bertaraf dunia hendaklah mencapai tahap ekonomi yang mantap (robust) selaras dengan prinsip ketelusan, tiada diskriminasi, keberkesanan kos selaras dengan prinsip yang dinyatakan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO).


Persoalannya sejauh mana pentadbir kerajaan masa kini telus, tiada diskriminasi yang boleh direflaks (reflected) kepada perjalanan lapangan terbang ini kelak. Sedang isu air Kedah-Pulau Pinang pun menggambarkan sikap kepimpinannya. Penulis pasti ICAO mengambil kira semua ini.


4) Oleh kerana penggunaan lapangan terbang adalah oleh syarikat-syarikat penerbangan awam dan komersil, maka satu ‘survey’ yang menyeluruh dan padu menjadi satu kemestian mandatori.


Persoalan yang perlu dilontar di hadapan, adakah syarikat ternama seperti Cathay Pacific, Japan Airlines, China Airlines, Emirates, Qatar Airway akan menjadikan KXP sebagai destinasi hentian atau transit berbanding Pulau Pinang, KLIA, Singapura atau Bangkok?


Begitu juga syarikat kargo tersohor seperti UPS, FedEx, Emirate Sky-Cargo, Cargolux Airlines dan Korean Air Cargo, adakah akan menjadikan KXP sebagai lokasi pendaratan kargo antarabangsa untuk distribusi dalam dan luar negara? Jika ada berapa peratuskah dari skala eknonomi dalam negara?


5) Satu kajian dan konsultasi menyeluruh juga perlu dilakukan antara pembangun lapangan terbang dengan syarikat penerbangan dalam dan luar negara mengenai modal pelaburan infrastruktur. Adakah tercapai menurut keperluan semasa pengguna dan fungsi-fungsi keselamatan yang tersedia.


Ini perlu dibandingkan dengan Lapangan Terbang Changi, Bangkok dan juga KLIA. Jika ia hanyalah sebuah lapangan terbang ’seadanya’ untuk tujuan retorik politik maka ia berkemungkinan menjadi satu lagi projek mega tanpa faedah kepada negara.


6) Ramalan terhadap tahap masa hadapan aktiviti penerbangan (aviation activities) termasuk sasaran penumpang, kapasiti kargo dan pergerakan pesawat untuk tempoh 20 tahun akan datang haruslah dibangunkan dan digunakan sebagai salah satu bentuk asas sebelum keputusan strategik dilakukan.


7) Kegunaan tanah, ruang yang terbaik dan strategik untuk memastikan keselamatan keseluruhan susun-atur (layout) sistem landasan (runaway systems), terminal dan kemudahan sokongan – dan yang lebih penting ruang udara dibsekitar lapangan terbang bebas dari sebarang halangan.


Serta bebas gangguan bunyi persekitaran yang mencemar kehidupan komuniti manusia dan haiwan. Lukisan arkitek yang cantik dan indah sahaja tidak mempunyai makna keutamaan projek ini kepada kemanusian.


8) Rancangan penggunaan tanah juga harus mengesahkan bahawa pembangunan yang sensitif terhadap kebisingan tidak menceroboh kawasan operasi utama.


Sebenarnya banyak lagi hujahan penting sama ada kerajaan hendak mendukung atau menolak projek KXP termasuk “surface access systems”, fasiliti bahan bakar, penyelenggaraan pesawat dan penyediaan makanan, apron (aprons), pusat kawalan udara (air traffic control), terminal penumpang dan sebagainya.


Parameter lapangan terbang sedia ada juga menjadi faktor pertimbangan utama.


Adalah menjadi cabaran bagi mana-mana pembangunan lapangan terbang untuk memenuhi semua cadangan yang digariskan dengan ringkas dalam makalah ini.


Setiap lapangan terbang perlu mengambil kira keadaannya sendiri (fungsinya) dan menentukan amalan terbaik apa yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan fungsi tersebut.


Walaupun begitu, banyak yang dapat dicapai oleh lapangan terbang yang bekerjasama dengan pelanggan utama mereka dalam industri penerbangan ke arah satu set objektif bersama.


Tanpa komunikasi yang mantap dan meluas dengan pemain utama dunia penerbangan (sama ada penumpang atau kargo) serta industri domestik dan antarabangsa, sebuah lagi lapangan terbang mungkin hanyalah satu pembaziran dan beban kepada rakyat.


*Penulis merupakan Profesor dan Timbalan Naib Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) serta Felo Akademi Sains Islam, Jordan.



HA..HA....HA....DIA TAK BERANI JAWAB.


 

ORANG KEDAH NAK UNDI PIKIAQ HABIH HABIH. JANGAN MAIN MAIN...SANUSI TAK BLH BUAT APA...SEMBANG SAJA DIA.


 

AGAK AGAK NAK SALAHKAN POKOK GAMAK NYA


 

ANTHONY LOKE KATA MAHATHIR HASUT ISU PERKAUMAN


 

MUHYIDDIN KATA JANGAN UNDI PN


 

APA PUNYA BAHLOL. MINTA 8 BILLION NAK GUNA KOT KOT ORANG BOLEH BAGI. WOIII.....


 

BETAPA HUSSIN ONN MENYESAL MEMILIH MAHATHIR




 

MAHATHIR NI PATUT TANGKAP JA DIA NI. DULU BANYAK ORANG YANG DIA TANGKAP.


 

KAH KAH..KAH..ATOK ATOK....KO PERINTAH 22 TAHUN ..NAK TANYA SIAPA..?.

 



Mahathir cakap, banyak tanah milik Melayu yang dah dijual kepada orang kaya yang kebanyakannya bukan Melayu. Ok, aku tak bantah kenyataan tu. Tapi soalan aku, siapa yang jual?


Kerajaan Perpaduan ini baru ditubuhkan Selama 7 bulan. Belum sempat jual tanah pun. Tapi Mahathir yang memerintah selama 22 tahun + 22 bulan. Apa Mahathir dah buat selama tu?


Kenapa masa di tampuk pemerintahan, Mahathir tak buat apa-apa pun halang perkara itu terjadi? Tak mustahil juga kalau dia sendiri yang jual tanah tu. Sebab dia paling berkuasa waktu itu.


Sekarang dah tak ada kuasa, baru nak prihatin soal tanah Melayu yang dah terjual. Baru nak cakap soal survival Melayu. Sedangkan Melayu jadi begini hasil kebobrokan dia memerintah!


Negara rosak kerana Mahathir. Melayu merempat, pun sebab Mahathir. Kalau Mahathir ni kisahkan orang Melayu, 22 tahun di memerintah, nasib orang Melayu dah terbela. Guane boh?


 

Raja Gelap



ANAK MUDA KENA BIJAK..YANG TAK BIJAK BIAR KAN. TAK CERDIK NAK BUAT MACAM MANA.


 

DENGAR NI


 

LEBAI PUN NAK TUNJUK HEBAT ATAU HABAT.


 

JOM DENGAR FAKTA DI PENANG. DAP 19 KERUSI. KERUSI MELAYU 16 KERUSI. PERSEPSI NAK PERINTAH PENANG NI LAMA DAH. KALAU UM O DAN PH JOIN. YANG HILANG BARU NI. AKAN DAPAT BALIK


 

CORETAN ISU IMIGRESEN

 

Gino Marvela.


Macam mana nak menulis, maklumat & isu pun tak faham...habih bercelaru semua yg membaca ekoran isu rasuah di imigresen, kaitan menteri pelancongan dan dua wanita dari China.


Tadi kami risik sikit apa yg sebenarnya berlaku. 


Isunya, mmg ada berlaku rasuah di sempadan udara kita. Dua org warga China tu, salah soqang darinya adalah pihak media China dan terkait dgn kerja di kedutaannya. Bising2 di KLIA, minta duit rasuah...seorang darinya (media) telefon pihak kedutaan. 


Menteri Pelancongan Malaysia kerap berhubung dgn kedutaan asing bg mempromosi sektor pelancongan kita ke dunia luar. China adalah salah satu negara inisiatif tarikan pelancong asing ke Malaysia. 


Pihak kedutaan hubungi Tiong King Sing, menteri pelancongan. Di fikiran mereka (kedutaan), setiap menteri adalah sebagai representatif bagi kerajaan pusat. Menteri datang, maka berlakulah riuh rendah yg mana kalian dh ketahui.


Jadi, bila terkait kpd pihak kedutaan & China, Malaysia mmg perlu ambil beberapa langkah ikut perundangan sedia ada. 


Anwar turun ke KLIA lihat apa yg berlaku. Siasatan SPRM itu memanggil menteri & 2 warga China. Mmg berlaku adanya rasuah di persempadanan, kita ambil tindakan...Anwar redakan isu ini antara 2 negara dlm mengelakkan sebarang konflik, dan wanita china tersebut ikut prosedur perundangan sedia ada. 


Ibarat tarik rambut dari tepung. Itulah yg Malaysia buat. Lepas nih, apa urusan seterusnya nak di buat ? 


Kita dh hantar pulang, kes rasuah mmg berlaku dan yg ada hanyalah urusan bidangkuasa SPRM. 


Kami dh banyak kali dedahkan rasuah persempadanan ini sewaktu Najib - Mahathir - Muhyiddin - Mael Sabri. Tapi apa yg depa buat ? Isu seperti pemutihan pendatang asing, JPN & Imigresen banyak kali di dedah. Walau kami sendiri mengetahui maklumat, tp nak bawa pembuktian tu tak cukup. Yg ada amanah, PDRM & SPRM. 


Hari ini kes di KLIA dh terbungkam di depan mata. Baru2 ini Anwar sebut dari banyak scanner, hanya 1 scanner yg berfungsi. PM berucap depan kakitangan kerajaan, imigresen depan mata. Jadi, panaslah pungkok masing2. 


Ok, itu sedikit rentetan isu. Yg jadi masalahnya, ahli politik yg terkait jenayah janawibawa pula dok putar papan politik suruh siasat menteri pelancongan hingga pengikutnya pun termakan hasutan permainan.


Aduhhh...luar biasa politik ya pak. 😆


Dah la ramai yg pening tak faham isu...lagi di pusingnya. Penyokong politik pula, dok kitar & kitar isu sedangkan hal ini telah pun dlm siasatan & pendakwaan di mana seterusnya urusan peguam negara & pendakwaan di mahkamah. 


Ok, cukup dak maklumat ? 😅

Maaf, ada rahsia sensitif yg mmg tak buleh nak habaq. Cukup agar kalian faham rentetan tersebut.



HAIYA...




Teringat dulu ada kenalan aku. Katanya ada bisnes tapi tak pernah nampak dia pergi kerja. Ada saja di rumah setiap masa. Tapi memang 'loaded' la.

Rupanya jual dadah. Bisnes tu cuma camouflage je. Bisnes dia tak buat untung mana pun. Tapi bolehlah nak tutup lobang. Konon dia kaya sebab bisnes tu.

Saja nak cerita. Tiba-tiba teringat kenalan aku tu. Tak tahu di mana dia sekarang. Dah kena tangkap belum. Tapi begitulah. Kadang-kadang perniagaan cuma satu lakonan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PERTENGKARAN ATOK DAN CUCU.- DUA DUA PUN BOLEH MELINGKUP

 


Macam sacrificial anode dalam vessel atau kapal. Anode ni lebih reaktif jadi cepat hancur/karat tapi badan vesse atau kapal tak terjejas. Pakai mantik O&G sesekali.

Tadi baca komen dari rakan dan aku agak setuju dengannya. Mungkin ini sudah dirancang. Untuk kukuhkan kedudukan Saddiq dan Muda, Mahathir berkorban sedikit.

Dia jelmakan diri sebagai rasis kemudian Saddiq akan muncul sebagai hero. Nampak macam gaduh tapi sebenarnya nak memancing undi dari pengundi bukan Melayu.

Mahathir tak rugi apa pun. Matlamat dia pun cuma nak pecahkan undi PH dan runtuhkan kerajaan. Dan nak lakukan itu, Muda perlu kuat dapat sokongan dari bukan Melayu.

Jadi tak mustahil kalau 'pertengkaran' mereka itu cumalah sandiwara untuk mengabui mata pengundi agar angkat Saddiq sebagai hero. Kemungkinan tu ada. Guane boh?

Raja Gelap

 

AZMIN CARI PASAL!! - RAFIZI "TIBAI" KOW-KOW - CERMIN KABUR DAN SAMAR | P...

PAS PARTI AJARAN SESAT?



"Menurut beliau kepimpinan seterusnya amat berbeza dan berbahaya. Ucapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong iaitu Amanat Haji Hadi hingga saat ini tidak ditarik balik, telah membentuk pemikiran anak muda bahawa Islam itu PAS. PAS itu Islam." "Itu sangat bahaya. Saya menganggap mereka khawarij moden. Semua orang tak betul. Muncul kelompok khawarij moden yang sangat bahaya sebab dia tidak mempunyai pemikiran yang melihat negara dalam konteks yang realiti,” kata Mujahid.



PRU15 ANAK MUDA PILIH PN, MENGAPA? APAKAH MEREKA AKAN TERUS DIPERDAYA?

“SELAMA 23 TAHUN JADI PM, MAHATHIR SENDIRI TAK PERNAH PERTIKAI STATUS BERBILANG BANGSA MALAYSIA”

 


Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh.

Timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap Undang-undang dan Reformasi Institusi itu berkata, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 23 tahun tidak pernah mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan kaum dalam tempoh tersebut, malah telah mengiktiraf perkara berkenaan.

“Tambahan pula, sebagai seorang bekas perdana menteri selama lebih dua dekad, sudah tentunya Dr Mahathir Mohamad telah mempunyai akses kepada nasihat guaman melalui peguam negara, dan oleh yang demikian sedar akan kedudukan undang-undang berkenaan perkara ini.

“Sebagai seorang negarawan yang berpengalaman, Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar akan betapa pentingnya frasa ‘unity in diversity should be our strength and not our shame’ (perpaduan dalam kepelbagaian harus menjadi kekuatan kita dan bukan keaiban kita) di Malaysia seperti mana dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali di dalam kes Indira Gandhi dan mengambil iktibar daripada frasa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir terdapat desakan Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam, Ramkarpal berkata kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan tidak pernah dipertikaikan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Malah katanya Mahkamah Persekutuan dalam kes Dhinesh Tanaphll lawan Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors pada 2022 telah menyatakan bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berhubung agama merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata sebarang pindaan sedemikian yang mempunyai kesan mengubah struktur asas perlembagaan negara adalah tidak berperlembagaan.

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan bahawa agama selain agama Islam juga boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermakna, kewujudan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan membuktikan bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama,” katanya.

Selain itu, Ramkarpal berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina; dan Perkara 11 turut memberikan seorang hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya.

“Kesemua peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas, setelah dibaca bersama, mencerminkan pengiktirafan bahawa Malaysia merupakan satu negara yang berbilang kaum, budaya dan agama,” katanya.

Sumber – Bernama, 5 Julai 2023.




HUH.....NANG BUTINANG


 

MENUJU KETIDAKSTABIILAN-TAK DIRRRRR


 

BEBAN SEBAGAI JANTUNG EKONOMI NEGARA




Nak tau kekuatan ekonomi sesebuah negara, kita kene cari di mana jantung ekonomi negara tersebut.

Jantung ekonomi Malaysia ialah Selangor.

Bukan KL.

Bukan Penang.

Jauh sekali Kedah atau Terengganu atau Kelantan atau Perlis.

Sumbangan KDNK Selangor telah meningkat dari 21.9% (2008) kepada 25.5% (2022).

Ertinya pada tahun 2008, daripada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM21.90 datang dari bumi Selangor.

Pada tahun 2022, setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, RM25.50 datang dari bumi Selangor.

Ini suatu kebanggaan, tetapi juga suatu beban kepada pentadbiran dan penduduk Selangor.

Sebagai perbandingan, pada tahun yang sama (2022)....

Kedah: 3.4%

Terengganu: 2.5%

Kelantan: 1.8%

Perlis: 0.5%

Sementara bumi Selangor menyumbang RM25.50 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia, keempat-empat negeri contoh di atas cuma menyumbang RM8.20 kepada setiap RM100 yang dijana di bumi Malaysia.

Sebab itu sesetengah ahli politik dari tempat luar tidak akan faham atau pura-pura tidak faham beban yang ditanggung oleh Selangor. Mereka tidak pernah menggalas beban seberat ini.

Contoh, daripada RM100 yang dijana, hilangnya RM3.40, kesannya tak berapa dirasakan.

Hilangnya RM2.50 atau RM1.80 atau RM0.50... lagilah tidak terasa apa-apa.

Jadi anak-anak dan rakyat Selangor kene jaga Selangor baik-baik.

Saya bukan anak Selangor tetapi saya berterima kasih kepada orang Selangor yang menggalas beban ini.

Saya sedar betapa pentingnya negara ini bergantung pada Selangor.

Kerana hancurnya ekonomi Selangor, hancurlah ekonomi negara.

Hancurnya ekonomi negara, hancurlah ekonomi setiap negeri kat dalam Malaysia ini.

 

Adakah mudah hendak hack sesuatu website?



MMS

Hacking ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang, tapi nak nak ulas dari segi praktikalnya, adakah senang untuk seseorang itu hack server atau website?

Nak hack website pun kena ada cara tengok apa motif hacker tersebut. Kalau contoh serangan siber dari negara luar biasa mereka akan pakai DDOS (Distributed Denial of Service) yang mana mereka banjirkan request sampai server tadi tak mampu ambil request dan terus down. Ada juga guna cara SQL injection atau guna code injection yang mana boleh connect direct dengan SQL database.

Brute force pun terkenal juga, benda ini biasa di buat kalau hacker ada direct access ke internal network dan cuba brute force username and password. Benda-benda ini semua biasanya ada protection dari segi app atau infra sendiri, contoh Amazon WAF boleh mitigate DDOS attack, cloudwatch and inspector boleh monitor log dan buat security assesement.

Walaupun hacker dapat access ke database atau server, 99% of the time mereka tak boleh buat apa-apa, sebab itu biasanya mereka akan ugut leak private data jika tak di bayar dengan bitcoin (matawang yang tak boleh di kesan pihak berkuasa).

https://www.tomshardware.com/news/gigabyte-ransomware-hack

Atau yang famous kes Youtube LTT kena hack guna man in the middle session hijack, yang mana hacker dapat takeover satu browser lepas hantar satu email palsu pasal sponsership. Yang ini di panggil phising atau pun memancing; kira memang targeted hack dari awal lagi dan bukan mudah.

Cuma yang saya nak cerita, no hacking is free, semuanya guna duit, tenaga dan masa.

Lagi senang bayar mat pet pergi rumah seseorang, masuk dalam rumah dia ambil kunci kereta dan bawa lari kereta dari nak hack server. Kalau server itu mudah di hack, tak ada la orang bayar gaji security engineer beribu-ribu, firewall engineer, server engineer, devops engineer semua mahal.

Kalau pun hacker pancing (phishing) dapat username/email address dan password, belum tentu boleh hack server lagi. Server yang internet facing biasanya web server dan tak store data, yang store data dekat backend. Nak access ke server biasa kena vpn, dan kena ada root access. AWS sendiri dalam guide dia tak suggest untuk benarkan root login dari internet. Itu belum masuk bab 2 factor autententication dekat account lagi kalau nak ssh ke server.

Berbalik pada tujuan hacker, jarang hacker bila dapat masuk access akan delete user atau data, sebab kalau modus operandi hacker hendak dapatkan tebusan duit, data adalah leverage dia, mana ada hacker yang akan delete leverage dia sebelum dapat duit. Unless motif hacker tersebut bukan duit tapi suka-suka, agak sukar hendak di percayai.

Jadi adalah mustahil untuk seseorang di hack? Tidak, cumanya macam hendak kena jackpot dalam jackpot dalam jackpot. Malas nak tulis panjang-panjang, nanti geng CEH kata post saya ini merepek pula. Tapi kalau tak tulis, ramai pula yang akan di mislead.

 

PENDIRIAN PMX