AMANAH RAYU AGONG TOLAK PENGAMPUNAN NAJIB
Parti komponen Pakatan Harapan (PH), Amanah merayu Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam satu kenyataan berkata hanya dengan cara itu rakyat akan yakin kerajaan dan Institusi Raja-raja Melayu menyelamatkan negara dari salah guna kuasa sejak sekian lama.
“Amanah berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
“Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.
Lembaga Pengampunan akan bersidang dan membuat keputusan sama ada memberikan pengampunan kepada Najib atau tidak hari ini.
Khalid berkata, meskipun sifat kesetiaan dan mengenang jasa terhadap pemimpin secara amnya adalah satu sifat positif, namun dalam konteks ini adalah lebih baik Umno bersama PH menunjukkan komitmen terhadap usaha memerangi rasuah yang menjadi paksi masyarakat Madani.
Tindakan Umno, katanya kelihatan sedikit terpesong daripada wawasan masyarakat Madani yang diperjuangkan bersama.
“Lagipun, Najib berdepan dengan banyak lagi kes di mahkamah yang sedang dibicarakan. Apakah selepas diampunkan, beliau akan masuk ke penjara lagi jika didapati bersalah selepas ini? Atau dianggap beliau berada di satu maqam dan kedudukan istimewa yang kebal undang-undang?”
Mengulas mengenai pendirian Amanah yang hanya “berdiam diri” dalam isu ini, Khalid menegaskan parti itu mengakui dan mengiktiraf pengampunan adalah hak mutlak Agong.
“Namun demikian, tiada salahnya untuk Amanah memberi pandangannya terhadap isu ini.
“Adalah diharap pandangan ini apabila disuarakan akan membantu Agong untuk membuat keputusan yang baik dan tepat bagi dirinya, Institusi Raja-raja Melayu dan negara ini secara keseluruhannya”.
Sumber – https://www.malaysianow.com/my/news/2023/04/28/amanah-rayu-agong-tolak-pengampunan-najib
SYABAS PDRM- WALAUN KALAU BODO KENA AJAR DUDUK LAM LOKAP. KATA KELUAR UNIVERSITI
MMMS
Kalau tak bersetuju pun tak perlulah melampau batas. Hujah lawan dengan hujah, jenis baru nak kenal dunia. Harap mereka yang suka incite benda-benda macam ini tolong sediakan peguam ya.
Tak pasal-pasal dapat raya di dalam lokap.
Syabas tindakan pantas PDRM.
.............
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 10.30 malam di pekarangan Balai Polis Binjai di sini, susulan satu laporan polis yang diterima.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lebih kurang 12 tengah hari semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan terkesan dengan satu ciapan yang memaparkan tangkap layar individu mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan ‘boleh pasang nanti bang Non Mai Klate, kasi ajar sikit’ untuk membaling mercun bom.
Katanya, ciapan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter Mat Sekilau/Membalak@apanakdikato.
“Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hasil pemerhatian mendapati sumber asal posting dimuat naik oleh suspek di akaun TikTok @najibnafi99, walau bagaimanapun semakan mendapati video itu sudah dipadam.
“Bertindak atas laporan polis yang diterima, tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, suspek ditahan reman selama tiga hari yang bermula hari ini sehingga 30 April ini untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233.
https://www.buletintv3.my/jenayah/polis-tahan-lelaki-buat-ugutan-terhadap-perdana-menteri/#.ZEtpQ4XiPp8.facebook
NI MB KEDAH MENUNGGANG AIDILFITRI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK LA YA.
Buat rumah terbuka, kemudian kata berdasarkan sambutan, petanda baik untuk PN pada PRN nanti. Jadi rumah terbuka MB ni berkaitan politik la ye?
Macam Taki cakap, ini menunggang aidilfitri untuk kepentingan politik. Maksudnya begitulah kan?
Aku tanya. Bukan tuduh. Sebab pertanyaan aku ni berdasarkan apa yang Sanusi dan pemimpin PN yang lain cakap juga. Guane boh?
Raja Gelap
.
NAK CAKAP ATAU NAK RAYU BILA BILA MASA BOLEHJAGA HATI DAN PERASAAN TU ADAKALANYA PENTING.
Maaf cakap, keluarkan statement begini tindakan yang kurang bijak. Dari keluar kenyataan begini, lebih baik berikan penjelasan kepada rakyat yang pengampunan Najib hak YDP Agong semata-mata. Nak rayu YDP Agong pun, buatlah di belakang tabir. Guane boh?
Raja Gelap
.
ORANG MELAYU KENA BELAJAR BERDIKARI DAN RAJIN MACAM BANGSA LAIN. BAIK DALAM APA BIDANG SEKALI PUN.
Kerajaan beri pancing. Tak beri ikan terus. Lebih utama berikan mereka punca pendapatan yang stabil berbanding berikan tunai. Alhamdulillah. Inisiatif ini mula membuahkan hasil. Guane boh?
Raja Gelap
.
Najib Bakar.
Jualan purata RM300 sehari di bulan puasa untuk waktu sahur sahaja. Bayangkan di bulan biasa dengan 3 waktu, pagi, tengah hari, dan malam!
Insya Allah boleh cecah jualan RM450-550 sehari. Rezeki buat peniaga kecil golongan B40.
Sebelum hari raya tempoh hari, kami ke UiTM Puncak Alam untuk lihat perkembangan mesin vending Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Kami berjaya temuramah En. Hilmi penerima inisiatif merangkap peniaga mesin vending, Dr. Badrul Timbalan Rektor UiTM Kampus Selangor, En Irwan Pengetua Kolej Angsana, dan pelajar UiTM Puncak Alam.
Menarik hasil temubual. Jemput semua kawan-kawan untuk tonton dan share.
Aku simpulkan, semua institut pengajian tinggi harus terlibat dan memasukkan mesin vending ini ke kampus mereka.
Ini dapat memberikan lebih banyak pilihan makanan buat pelajar dengan harga berpatutan dalam lingkungan RM2-RM5.
Semoga inisiatif ini akan menjadi titik mula menamatkan kemiskinan tegar dan mengangkat taraf hidup golongan B40 di Malaysia.
Tahniah YB Rafizi Ramli atas inisiatif baik ini. Semoga dipermudahkan urusan semua di Kementerian Ekonomi untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia. Aminn!
DULU ORANG RAMAI TAU DIA DERHAKA- ORANG LA KATA- LA NI DIA GELOJOH PULAH SAMPAI ATAP TERBANG BAGAI.
Dah gelojoh pulak. Sebelum ni kata rumah terbuka di enam negeri mencemar maruah negeri.
Meh aku beritahu sebenarnya apa yang gelojoh.
Gelojoh tu bila;
1. Sibuk nak tubuh kerajaan walaupun kalah PRU sampai sanggup tebuk atap.
2. Umum nak buat projek besar tapi pelabur pun tarik diri.
3. Umum ada REE bernilai puluhan trillion ringgit tapi kemudian entah apa cerita.
4. Umum dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan walaupun pengiraan undi tak habis lagi.
5. Umum dah cukup sokongan melalui SD sampai tak ingat sekarang sokongan melalui parti.
6. Beritahu media dia dipanggil oleh SPRM sebagai saksi sedangkan penyiasatan masih berjalan. Last last dia pun didakwa juga.
7. Hebohkan orang nak halang projek dia padahal projek dia mula pun tak lagi. Orang ramai tahu pun tidak apa projek nak buat.
8. Umum menang perbicaraan padahal kena bayar ke orang yang dia saman tu RM1.4 juta.
9. Bangga jadi wira Islam padahal RUU355 tu cuma baca tajuk je dalam parlimen. Bahaskan pun tidak.
Ada banyak lagi contoh gelojoh yang sebenar. Tapi cukuplah aku senaraikan sembilan je. Nak tambah kat ruangan komen pun boleh.
Lain kali, sebelum nak kata kat orang tu, bukak diari dulu, tengok apa yang dia sendiri dah buat. Belajar cerminkan diri. Guane boh?
Raja Gelap
.
TAK DAK SAPA HASUT PUN. HANG KATA MACAM MACAM PAS TU TUDUH ORANG LEN.
Sebenarnya nak tutup malu. Dah dia kecam PMX dengan macam-macam tohmahan, tak termasuk fitnah yang kini jadi kes mahkamah, mulut dia yang cabul, sekarang dia tuduh ada little Napoleon pulak.
Mengaku saja la sebenarnya mulut kamu tu yang jahat. Jenis cakap tanpa berfikir. Tak perlu orang lain pun, rakyat yang tengok kelaku Sanusi pun naik jelak dan muak dengan perangai dia.
Mujur DS Anwar bukan jenis cepat melatah. Selama Sanusi meroyan, DS Anwar cool dan tak pernah pun layan. Dah nampak mana pemimpin yang baik dan mana yang kebudak-budakan. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN LANTIK ORANG SUKA PEMBOHONG JADI PEMIMPIN
Siakap senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Lama-lama mencuri.
Sebab tu kita jangan layan sangat.pembohong. Apa lagi nak lantik sebagai pemimpin. Sebab dah biasa bohong lama kelamaan dia mencuri duit rakyat pula nanti. Guane boh?
Raja Gelap
.
HANG TAK IKUT PUN TAK PA. SULTAN AJAK KA ATAU TAK...KALAU TAK BAIK TAK PAYAH.
Masalahnya, Sultan jemput dia iring tak? Hahaha... Protokol memang protokol. Tapi Sanusi kan jenis pertikai apa saja. Patut kalau Sultan tak jemput, tak kira lah protokol ke tak, jangan pergi. Baru nampak tegas dan sempoi. Guane boh?
Raja Gelap
.
WALAUN KOYAK NI. AKHIRNYA YANG HEBOH 50K MAI UMAH MB HANGPA. SULTAN TAK MAI PUN...
Alhamdulillah. Duli Tuanku Sultan Kedah juga sudi untuk menghadiri Majlis rumah Terbuka Aidilfitri Analysis MADANI.
Kehadiran Duli Tuanku membuktikan yang majlis ini bukan bertema politik. Mana mungkin Sultan mahu terlibat dengan politik.
Maka yang lain-lain tu, usah politikkan lagi isu ini. Ia nanti seumpama perlekehkan Duli Tuanku Sultan Kedah. Guane boh?
Raja Gelap
.
TERASA HATI LA HAI.,KESIAN ...
Prof. Agus tak menyindir pun. Prof. Agus berterus terang. Secara jelas Prof. Agus sebut masalah di Kelantan. Macam tu punya jelas pun dia rasa kena sindir je? Memang tebal betul hati lebai.
Respon KP PAS Kelantan ni menunjukkan sikap ego dan bongkak pemimpin PAS. Bila ada kritikan yang begitu, sepatutnya mereka beriltizam untuk perbaiki keadaan. Ini tak. Yang kritik dicemuh.
Sikap ego sebegini satu petanda yang tidak baik bagi rakyat Kelantan. Bermakna apa masalah yang dihadapi ini takkan berakhir. Tiada pemimpin ego yang akan berubah ke arah kebaikan. Guane boh?
Raja Gelap
.
Susah jadi pembangkang sekarang ni. Nak serang kerajaan atas isu apa?
Isu telur, dah selesai. Begitu juga isu bekalan ayam. Isu harga barang keperluan? Masa raya tempohari pun semua barangan keperluan mudah diperolehi dan harga pun terkawal.
Nak serang isu rakyat susah? Banyak inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk keluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Sesuatu yang tak pernah mereka buat masa jadi kerajaan dulu.
Nak serang isu pendakwaan terpilih? Sekarang ni orang kerajaan pun kena siasat. Nak guna isu kaum, nampak bantuan kerajaan terhadap orang Melayu miskin pun sangat banyak.
Nak pakai isu kerabat? Nampaknya Sultan-Sultan pun suka dengan DS Anwar. Tuanku Sultan Johor pun secara terbuka berkata DS Anwar adalah PM yang paling baik dengan Baginda.
Begitu juga terlalu banyak foto-foto kemesraan DS Anwar dengan YDP Agong. Malah mereka masa PN jadi kerajaan dahulu, mereka lebih banyak derhaka kepada titah YDP Agong.
Nak pakai isu agama pula, apa isu nak ditimbulkan? Kediaman rasmi PM pun jadi pusat kegiatan agama sekarang ini. Pernah juga mainkan beberapa isu tapi bila kena saman, semua kalah teruk.
Jadi memang tak ada isu langsung. Macam mana nak jadi pembangkang kalau tak ada isu yang nak dimainkan? Jadi hendak tak hendak, terpaksalah mereka reka isu.
Itu yang kecoh cerita takbir raya PN di TV3 tu. Tak ada isu pun sebenarnya. Tak pernah terjadi selama Malaysia merdeka pembangkang dapat slot untuk bertakbir raya di tv. Mereka pun tahu.
Tapi sengaja mereka bayar TV3 sebab memang nak program itu dibatalkan. Jadi mereka bolehlah guna itu sebagai isu untuk serang kerajaan. Padahal tak ada apa yang pelik pun dengan pembatalan itu.
Begitu juga dengan isu rumah terbuka. Kerajaan nak jamu dan beramah mesra dengan rakyat. Itu pun jadi salah sebab kalau tak kata perkara tu salah apa lagi yang boleh mereka hentam kerajaan.
Paling kecoh pun isu pengeluaran KWSP. Tapi isu tu pun tak bertahan lama. Lepas PM umumkan skim pinjaman dengan mencagarkan simpanan KWSP, dah tak dengar sangat rungutan. Lagipun dan raya ni, semua dah mula kembali normal.
Sebab tu jugalah Sanusi meroyan tak sudah sampai benda belum terjadi pun dia bising. The Greater Kedah tu, kalau manusia, jangankan mengandung, persenyawaan pun tak berlaku lagi, dia dah bising kata orang nak halang.
Sebabnya sama. Sebab mereka dah ketandusan isu dah. Kalau berterusan begini, nama PN akan makin ghuyub di mata rakyat. Sekarang ini pun populariti DS Anwar dah semakin mencanak. Kalau tak buat isu bagi memburukkan kerajaan, apa akan jadi pada PN nanti?
Sebab itu jangan pelik dengan kelakuan mereka ni. Mereka akan terus meroyan dan meroyan. Macam aku terbaca tempohari, nanti DS Anwar nak bantu bangunkan Kelantan pun silap silap mereka akan kata acara Freemason.
Nasib kitalah. Kita harapkan pembangkang yang kuat. Rupanya memang kuat. Tapi kuat meroyan, kuat membohong dan kuat merapu. Nak buat camne chai oi... Guane boh?
Raja Gelap
.
AKIBAT NAK UGUT BILA PM DATANG. DIA PADAM SEMUA POSTING.
Ingat kan berani sangat…. Habis delete segala posting dah… Mesti tengah cuak kot-kot ada orang ketuk pintu tu…
Kampus Bertam. Mungkin kot ada. Tapi yang besar di Penang di Permatang Pauh. Tak sekolah kot hang ni.
TUUUU DIAAAAA.....
Ibrahim Mat Isa.
Time hari raya: Melalak Air.. Air.. Air..
Time pilihanraya: Jadi Pak Pandir
Ayat sama macam tadi
Jangan lagi bagi undi 😁😁
BERCYUKURLAH- TOK GURU KAMI JADI DUTA
Bila PMX tak izinkan keluar duit simpanan KWSP utk kali ke 5, walaun pun terjerit2," Itu duit aku...itu duit aku..kasi la keluar..".
Bila PMX nak jamu rakyat dlm jamuan hari raya, walaun terjerit2 lagi, " Itu duit aku...aku byr cukai...kenapa belanja raya untuk kasi aku makan???" Itu membazir...kasi aku makan kerja menbazir, faham!!"
Bila lebai Hadi makan gaji buta, tak buat kerja duta khas timur tengah dan ponteng parlimen walaupun rakyat yg bayar gaji dia, walaun tunduk sambil berdoa, " Syukur... itu rezeki tuan guru...".
.w.Faudzin.
DIA NI JANGAN PERCAYA SANGAT . ANTARA DIA DENGAN SANUSI SAMA JA. TAPI SANUSI PANDAI LAGI KELENTONG. KEDAH LA MAJU SAMPAI TAK DAK AYAQ.
Zainuddin Omar
"Saya berkesempatan berbuka puasa dengan ayahanda Mahathir yang dikasihi baru-baru ini.
“Kami tidak bercakap politik. Kami hanya bercakap mengenai perhimpunan 'proklamasi Melayu'.
"Dia baik-baik saja, tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda usia.
Kami mendoakan kesihatannya yang baik.
“Setahu saya, Daim tidak begitu sihat. Dia berdiam diri dan tidak menerima sebarang pelawat," kata Ahmad Faizal.
PERNAHKAH KITA DENGAR TENTANG PEMBAZIRAN BILA.....
*Kita tidak pernah dengar perkataan membazir yg keluar daripada mulut pemimpin PN bilamana 33 bulan mereka memerintah :*
📍1. *Melantik 70 menteri di Parlimen*
📍2. *Melantik duta² khas dan penasihat khas bergaji RM99,886.27 sebulan*
📍3. *Renovasi pejabat ratusan ribu ringgit*
📍4. *Tukar perabot pejabat puluh ribu ringgit*
📍5. *Kos penyelenggaraan kereta menteri RM1.6 juta*
📍6. *Menukar kereta rasmi menteri Vellfire 2.5 RM1.4 juta*
📍7. *Renovasi kediaman rasmi Seri Perdana berjumlah lebih RM30 juta*
*Tiba-tiba bila Kerajaan Perpaduan hari ini nak buat rumah terbuka utk bg rakyat makan, depa kata membazir.*📍
*Betapa, hipokritnya.*
😂🤣😅😀
C@P


















