BERTOBAT LAHUMLAH SANUSI
MOHD IKMAL
Kelmarin, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan
kononnya beliau bakal tidak dijemput ke event LIMA & event - event rasmi
Kerajaan Pusat.
Dan pada hari semalam, sekali lagi beliau membuat dakwanan yang
lain pula di mana kononnya permohonan beliau untuk menyewa Premis MAEPS untuk
tujuan Iftar telah dibatalkan.
Apa yang mendukacitakan kedua-dua dakwaan ini tidak disertakan
dengan sebarang bukti hitam putih. Dengan kata lain, ia lebih kepada 1 dakwaan
kosong yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.
Sewajarnya, Menteri Besar Kedah membawa segala bukti terhadap
dakwaan - dakwaan yang beliau lemparkan bukannya "panggil wartawan dan
bercakap apa yang dia suka nak cakap."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, terdapat 2 Menteri
Kabinet iaitu Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil
dan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
telah menafikan dakwaan - dakwaan Menteri Besar tersebut.
Besar harapan saya agar Kerajaan dapat menegur dan mengadakan
satu tindakan khas kepada Menteri Besar Kedah yang mempunyai peel suka bergaduh
dengan orang lain.
Moga Menteri Besar Kedah insaf dan lebih cermat dalam kata -
kata beliau selepas ini
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
31 Mac 2023
Kelmarin, Menteri Besar Kedah telah mengeluarkan kenyataan
kononnya beliau bakal tidak dijemput ke event LIMA & event - event rasmi
Kerajaan Pusat.
Dan pada hari semalam, sekali lagi beliau membuat dakwanan yang
lain pula di mana kononnya permohonan beliau untuk menyewa Premis MAEPS untuk
tujuan Iftar telah dibatalkan.
Apa yang mendukacitakan kedua-dua dakwaan ini tidak disertakan
dengan sebarang bukti hitam putih. Dengan kata lain, ia lebih kepada 1 dakwaan
kosong yang bertujuan untuk mendapatkan publisiti murahan.
Sewajarnya, Menteri Besar Kedah membawa segala bukti terhadap
dakwaan - dakwaan yang beliau lemparkan bukannya "panggil wartawan dan
bercakap apa yang dia suka nak cakap."
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, terdapat 2 Menteri
Kabinet iaitu Menteri Komunikasi & Digital Fahmi Fadzil
dan Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
telah menafikan dakwaan - dakwaan Menteri Besar tersebut.
Besar harapan saya agar Kerajaan dapat menegur dan mengadakan
satu tindakan khas kepada Menteri Besar Kedah yang mempunyai peel suka bergaduh
dengan orang lain.
Moga Menteri Besar Kedah insaf dan lebih cermat dalam kata -
kata beliau selepas ini
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
31 Mac 2023
IKUT LOGIK DAP AKAN MENANG LAGI...PKR DAN UMNO JUGA BOLEH HADAP.PN JANGAN TERLALU YAKIN.
Nak lantik KM Pulau Pinang Melayu kalau menang PRN. Baguslah.
Tapi Gerakan sanggup ke? Bukan ke Pulau Pinang dulu diperintah Gerakan? Jangan
lupa Gerakan kena menang kalau nak jatuhkan DAP di Pulau Pinang.
Tak ada masalah lantik Melayu. Bagus juga. Cuma Melayu yang
bagaimana? Jangan lupa yang Jana Wibawa pun bergayut pada nama Melayu juga.
Tak kira apa bangsa pun, yang penting hati mesti mau baik. Bukan
jenis sakau. Kalau Melayu pun tapi hati busuk, seleweng pulak tu, tak guna
juga.
Di sebuah negeri yang miskin, ketuanya bukan saja Melayu bahkan
digelar ulama lagi. Tapi keperluan asas rakyat terabai. Lebih malang, exco
negeri itu bergaya dengan kereta mewah. Hidup rakyat parah.
Bak kata Tuan Ibharim dulu, pilihanraya ni nak pilih wakil
rakyat, bukan imam solat. Jadi sebenarnya tak timbul soal kaum dan agama ni.
Guane boh?
PM 10 BEKERJA KUAT. TU PUN GANG LEBAI DOK FITNAH LAGI.
Dari Arab Saudi ke KL,
kemudian ke Cambodia. Pulang dari Cambodia terus ke parlimen. Kemudian ke China
pula. Itu pun masih kena fitnah. Ada yang setiap hari di Malaysia, tak ke
mana-mana tapi parlimen pun malas nak datang..pemimpin PAS-PN buat kerja malas ada
hati nak rampas kerajaan macam diorang buat dulu..
Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh pihak pembangkang
waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS Anwar setiap
masa.
Jenis celik mata je, terus tanya "PMX buat silap apa hari
ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di kalangan rakyat supaya,
jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat takkan salahkan mereka dan
akan sokong kejahatan mereka.
Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar pun, tak perlu
sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu dijadikan isu
antarabangsa.
Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak dijadikan isu.
Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa pemimpin OIC, hadir
saksikan tandatangan beberapa MoU.
PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak ejek. Sedangkan PM
baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal hadir sidang dipuja
pula.
Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia jawab soalan pun nak
suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan dan menggelikan hati.
Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika ada menteri yang
tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50 orang ahli
kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas dengan
baik, masih nak hukum PM juga?
Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini pernah ada Menteri
Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya dengan meminum air
suam.
Menteri yang sama juga terkeliru antara pandemik Spanish Flu
dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah itu lebih memalukan?
Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi keluar sewaktu
rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi janitor di
Masjidil Haram.
Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan tentang
menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini lantikan
siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.
Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma kerana seorang timbalan
menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin langsung tak layak jadi PM
kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal dalam menjalankan tugas
serta berlagak dungu!
Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang. Usahlah
kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa sekarang
ini.
Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan membela nasib
rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan nama PM. Tapi
tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.
Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet lantikannya gagal teruk
masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun mereka masih lagi gagal.
Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa begini, pasti rakyat
makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka. Sebelum terlambat,
berubahlah. Guane boh?
.
PAS YANG DOK KALUT PASAL MELAKA KENAPA? PAS ADA BERAPA KERUSI ?
PAS ada berapa kerusi di DUN Melaka?
Tiada apa yang kartun. Mantan KM dah jelaskan dia berasa penat
dan letih dengan jawatan tersebut. Itu pilihan dia. Kenapa orang lain
pandai-pandai ubah cerita dia kena paksa?
Tak ada soal tebuk atap sebab tak ada Adun yang lompat parti.
Yang tebuk atap macam Sanusi tu. Itu baru betul jadi MB cara luar tabie. PAS
pergi cari isu lain la. Lemah! Guane boh?
PAS DAKWA ADA KETAKUTAN TERHADAP RUU355- SEBENARNYA MEREKA YANG GAGAL MEMBENTANGKANNYA WALAU PERNAH BERKUASA....SEMBANG....
PAS dakwa ada ketakutan terhadap RUU355. Yang ini aku terpaksa
akui. Tapi ketakutan itu sebenarnya dalam PAS sendiri. Sebab itu selama 33
bulan PAS dalam kerajaan, tak sepatah pun RUU ini disebutkan dalam parlimen.
Idris Ahmad kata, tak sempat nak bentang parlimen dah
dibubarkan. Dah selama 33 bulan tu buat apa? Kalau nak kata tak sedia, tak
logik sebab Haji Hadi dah pernah bentangkan sebelum PRU14, walaupun setakat
baca tajuk.
Sebenarnya dalam PN sendiri pun ramai yang takut dengan RUU355
ni. PAS pun tiada kesungguhan nak bawa. PAS sekadar nak rabunkan mata pentaksub
mereka. Sedangkan ini tak lebih hanya propaganda politik. Guane boh?
.
APA YANG KECOH SANGAT
Syed Saddiq dihalang hadiri sesi dialog berkenaan Intern di
UiTM.
Aku tertarik dengan komennya. Katanya, masa di duduk belah
pembangkang, dia dibenarkan berucap di universiti. Tapi bila duduk di belah
kerajaan, dah jadi tak boleh pula.
Pendapat aku, ada tiga kemungkinan.
Pertama, berlaku deep state. Mungkin larangan itu dibuat oleh
pihak yang menyokong PN dalam UiTM bagi menunjukkan kerajaan perpaduan ini
sebagai jahat.
Kedua, atau mungkin pihak UiTM takut dengan tajuk dialog yang
menyentuh soal intern sebagai hamba abdi (aku tak ingat tajuk penuhnya).
Atau ketiga, kenyataan Saddiq sendiri adalah satu sabotaj
terhadap kerajaan. Dia sengaja keluarkan kenyataan begitu untuk menunjukkan
konon masa PN universiti lebih bebas.
Secara peribadi, aku percaya sebab kedua itu lebih masuk akal.
Tapi tak sekali-kali aku sangkal yang lagi dua itu juga berlaku. Guane boh?
KERETA DINAIKKI PM10 KETIKA BERTEMU PRESIDEN CHINA
Imej dari Oriental Daily menunjukkan kereta yang membawa PMx untuk bertemu President China Xi Jinping. Ia jenis Hongqi L5 dan bullet proof. Kereta ini setaraf Roll Royce.
BILA DATANG BERITA DARI PUAK MUNAFIK PAS....KENA BACA BEBERAPA KALI DAN KAJI LEBIH MENDALAM
Dah makin parah rupanya penyakit mental Sanusi ni. Sebelum ni kata dilarang sertai acara Kerajaan Persekutuan. Bila minta bukti, dia kata pegawai dia dah tengok surat tu. Tapi setakat tengok je la.
Padahal Menteri KKD, Fahmi Fadzil dah kata tidak ada larangan tersebut. Malah Fahmi sendiri jemput semua anggota kerajaan negeri sertai acara yang dianjurkan oleh KKD. Tiada masalah pun.
TPM Zahid pun kata tak ada pekeliling yang larang Sanusi ikut acara kerajaan pusat. Malah Zahid siap minta Sanusi tunjuk surat yang larangan tersebut sekiranya betul wujud.
Malah Menteri Besar Terengganu juga berkata yang dia tidak ada masalah menyertai mana-mana acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Pusat. Dia sendiri tak mengalami larang seperti yang didakwa Sanusi.
Tak habis di situ, Sanusi bikin gempar lagi konon majlis berbuka puasa yang dianjurkannya pula telah dihalang hinggakan dia terpaksa tukar lokasi acara dari MAEPS ke Kuala Lumpur. Tapi betul ke?
Rupanya tempat yang diwar-warkan itu belum rasmi lagi. MAEPS pun belum keluarkan sebut harga lagi. Entah macamana Sanusi dah kata jadi dan boleh pula sebarkan poster tentang acara itu.
Nampak sangat Sanusi bermain sentimen di sini. Dia yang cipta isu, kemudian dia talakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat dengan niat supaya rakyat lihat kerajaan sebagai jahat. Samalah taktik dengan Mahathir dalam kes Proklamasi Melayu yang dia dakwa dihalang.
Tapi begitulah cara PAS. Meskipun tak mampu beri bukti dan ada penafian dari pihak terbabit, mereka masih mainkan isu itu. Tak kisah walaupun itu dah seakan memfitnah asalkan hasrat mereka tercapai.
Ketua Pemuda PAS Kedah tak semena-mena buat kenyataan yang keputusan halang Sanusi hadiri LIMA'23 perlu dikaji semula. Nak kaji apa kalau dia tak dihalang pun. Nampak tak cara dia reka isu?
Mereka akan terus mainkan isu ini agar fitnah jadi sehampir realiti. Kemudian mereka gunakan isu itu sebagai kempen. Begitulah modus operandi mereka yang seperti tak percaya wujudnya Hari Akhirat.
Sebab itu bila datang berita daripada puak ini, kena ambil masa untuk percaya. Mereka tak kira berita sahih atau fitnah. Mereka langgar semua kerana mereka lebih takut kehilangan kuasa dari mendapat dosa. Guane boh?
Raja Gelap
.
JANGAN LAH MEMFITNAH.
Rayuan Najib untuk semakan terhadap rayuannya ditolak oleh mahkamah. Dengan itu Najib kekal di penjara. Mari kita dengar komen puak pemfitnah tegar. Tak nak kata ada campur tangan PM juga ke? Guane boh?
Raja Gelap
.
PESAN MAT SABU PADA SANUSI- IF TAK PASTI ,PLEASE DONT KONGSI-
Mat Sabu
Pelik juga saya bila MB Kedah kata - kelulusan
sewaan dewan telah ditarik balik oleh KPKM sedangkan Pengurusan Dewan MAEPS
belum keluarkan apa-apa surat setuju terima. Sebutharga pun belum keluar.
Lagi satu - macam mana MB boleh sebarkan dulu
poster program sebelum lokasi telah disahkan sudah dapat? Biasanya dah pasti
baru kongsi.
Untuk makluman YAB, program Anak Terengganu
di MAEPS tiada apa-apa masalah dan akan berlangsung seperti dijadualkan.
Oleh kerana YAB dah kata program Anak Kedah
akan dibuat di tempat lain - kami kira tak jadilah noo. ðŸ¤
“If tak pasti, please don’t kongsi.”
KISAH PEMBOHONGAN SANUSI DI KEDAH- KITA BELAT AYAQ KE PENANG- KITA ADA REE 43 BILLION- KITA BAGI KERJA PADA 2500 ORANG AKHIRNYA BUNGKUIH
Ana Tahu
Kita sekat air ke Penang… PENYOKONG
BERSORAK… Penyudahnya air Penang elok je ada, Kedah plak tak dak air…
Kita dapat pelaburan bina kilang buat glove
RM280 juta beri peluang kerja 2,500 orang… PENYOKONG BERSORAK… Penyudahnya
kilang tutup, tinggal hutang kepada kerajaan RM25 juta….
Kita nak buat airport… PENYOKONG BERSORAK…
Penyudahnya pelabur lari, permohonan pun tak setel lagi….
Kita ada REE bernilai RM43 trilion… PENYOKONG
BERSORAK… Penyudahnya REE kena curi di Dun MB sendiri…
Jenis sembang lebih ni susah…. Menang sorak,
negeri boleh tergadai woooo…
SANUSI NI KURANG KASIH SAYANG SEJAK KECIK KOT...TU DIA SUKA MERACAU
Kan dah kata, Sanusi nakkan perhatian
je. Sanusi dakwa keputusan kabinet tak benarkan dia hadir majlis Kerajaan
Persekutuan. Tapi YB Fahmi yang merupakan salah seorang ahli kabinet sendiri
pun tak tahu menahu.
Malah dalam lawatan kerja KKD, menurut YB
Fahmi, semua anggota kerajaan negeri, ahli parlimen dan Adun
dijemput. Jadi dari mana Sanusi dapat berita tu dia tak boleh ikut majlis
kerajaan persekutuan, itu kekal misteri.
Apa jenis MB la mudah percaya khabar angin.
Tapi sebenarnya aku hampa juga. Aku lebih suka kalau memang betul dia dilarang.
Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Guane boh?
Raja Gelap
.
BETAPA STRUGGLENYA PEMBANGKANG
Aku boleh faham struggle yang dihadapi oleh
pihak pembangkang waktu ini. Mereka memang sentiasa cari silap dan kelemahan DS
Anwar setiap masa.
Jenis celik mata je, terus tanya "PMX
buat silap apa hari ini?". Niat mereka cuma untuk timbulkan benci di
kalangan rakyat supaya, jika ditakdirkan mereka berjaya tebuk atap, rakyat
takkan salahkan mereka dan akan sokong kejahatan mereka.
Tapi kalau nak tonjolkan kelemahan DS Anwar
pun, tak perlu sampai besarkan segala isu hinggakan hal yang remeh pun mahu
dijadikan isu antarabangsa.
Pergi Arab Saudi tak jumpa pemimpin sana pun nak
dijadikan isu. Tak masuk Kaabah pun nak bising. Sedangkan DS Anwar jumpa
pemimpin OIC, hadir saksikan tandatangan beberapa MoU.
PM berlari nak masuk sidang dewan pun nak
ejek. Sedangkan PM baru balik dari luar negara di hari sebelumnya. Yang gagal
hadir sidang dipuja pula.
Hingga ada timbalan menteri yang tak sedia
jawab soalan pun nak suruh DS Anwar letak jawatan, aku rasa agak keterlaluan
dan menggelikan hati.
Memang aku akui PM kena bertanggungjawab jika
ada menteri yang tak perform. Sebab PM yang buat semua lantikan. Tapi dari 50
orang ahli kabinet, ada satu yang lemah, sedang yang lain mampu jalankan tugas
dengan baik, masih nak hukum PM juga?
Kalau begitu, aku nak ingatkan. Sebelum ini
pernah ada Menteri Kesihatan yang dakwa virus Covid-19 boleh dibunuh hanya
dengan meminum air suam.
Menteri yang sama juga terkeliru antara
pandemik Spanish Flu dengan ubat peransang nafsu wanita Spanish Fly. Bukankah
itu lebih memalukan?
Kita juga pernah ada menteri yang curi-curi
keluar sewaktu rakyat dikenakan sekatan. Ada menteri yang pergi ke Makkah jadi
janitor di Masjidil Haram.
Ada banyak lagi kes kalau nak disenaraikan
tentang menteri-menteri komedi waktu PN memerintah dulu. Semua menteri ini
lantikan siapa lagi kalau bukan Mahiaddin.
Jika DS Anwar disuruh letak jawatan cuma
kerana seorang timbalan menteri yang kurang pengalaman gagal, maka Mahiddin
langsung tak layak jadi PM kerana berderet menteri yang dia lantik lebih gagal
dalam menjalankan tugas serta berlagak dungu!
Aku harap MP pembangkang cuba berlaku matang.
Usahlah kebudak-budakan sangat. Berhentilah dari cubaan menebuk atap buat masa
sekarang ini.
Cuba bawa isu yang menguntungkan negara dan
membela nasib rakyat. Ini tidak. Setiap hari kerja mereka hanya untuk burukkan
nama PM. Tapi tiada isu cerdik yang mampu mengangkat nasib rakyat.
Kita semua tahu Mahiaddin dan kabinet
lantikannya gagal teruk masa memerintah. Tapi sedihnya jadi pembangkang pun
mereka masih lagi gagal.
Kalau berterusan dengan sifat gila kuasa
begini, pasti rakyat makin lama makin meluat melihatkan perangai mereka.
Sebelum terlambat, berubahlah. Guane boh?
Raja Gelap
.
MMMM- KASIHAN KAMU ZURAIDA-
Zainuddin omar
Beginilah pengakhiran bila khianat pada
perjuangan PKR.
******************
BEKAS Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Zuraida Kamaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini
beliau terpaksa menandatangani beberapa dokumen yang disediakan oleh parti itu
sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Zuraida, 65, berkata dokumen-dokumen itu
diserahkan kepadanya untuk ditandatangani tanpa diberi penerangan berkenaan
terma atau syarat.
“Waktu itu memang saat-saat getir dan saya
tidak mempunyai kesempatan untuk membaca mahupun meneliti dengan baik isi
kandungan dokumen yang saya tandatangani.
“Saya hanya diberitahu saya perlu
menandatangani dokumen-dokumen tertentu untuk membolehkan saya bertanding di
bawah nama PKR membuatkan saya berfikir ia hanyalah dokumen biasa tentang
kebenaran untuk saya bertanding menggunakan nama parti itu dan saya sama sekali
tidak diberikan apa-apa pilihan lain selain daripada menandatangani dokumen
yang disediakan oleh parti.
“Pada ketika itu, saya menandatangani
dokumen-dokumen tersebut di bawah paksaan tanpa diberikan pilihan sebenar
kerana saya ingin terus memberikan perkhidmatan saya kepada rakyat khususnya di
kawasan Parlimen Ampang,” katanya.
Zuraida berkata secara jujurnya beliau tidak
tahu sama ada telah menandatangani bon bernilai RM10 juta yang mengikatnya
kepada parti atau dokumen lain.
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes
saman difailkan PKR terhadapnya yang didakwa melanggar syarat bon berkenaan di
hadapan hakim Akhtar Tahir.
Zuraida selaku defendan dalam kes saman itu
turut menegaskan beliau tidak menandatangani mana-mana dokumen berhubung PRU14
atas pilihan sendiri dan tidak akan memilih untuk menandatangani
dokumen-dokumen itu jika diberi pilihan sebenar.
“Begitu juga dengan calon-calon PKR yang
lain, mereka juga tidak mempunyai pilihan sebenar melainkan untuk
menandatangani dokumen-dokumen yang disediakan oleh parti jika ingin bertanding
semasa PRU14,” katanya dan menambah dokumen berhubung PRU14 disediakan dan
ditetapkan oleh parti secara unilateral (sebelah pihak).
Ahli politik itu berkata adalah tidak masuk
akal untuk PKR membelanjakan RM10 juta untuk beliau sahaja bagi PRU14 selain
mendakwa tuntutan PKR dalam saman itu tidak berasas dan merupakan satu cubaan
jahat untuk parti tersebut mengambil kesempatan bagi mengayakan parti.
“Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang
jumlah (wang) yang dibelanjakan oleh PKR dan saya tidak menerima apa-apa wang
perbelanjaan daripada parti untuk menjalankan kempen semasa PRU14.
“Jika saya ingin mengupas tentang
perbelanjaan yang dibelanjakan menggunakan wang keringat sendiri untuk kempen
pilihan raya sepanjang penglibatan saya di bawah parti itu, saya boleh nyatakan
di sini jumlah tersebut tidak terhitung.
“Namun saya tidak pernah menganggap perkara
itu membebankan kerana saya percaya kepada matlamat parti. Seingat saya,
sepanjang saya bertanding di bawah PKR, saya hanya pernah menerima sekali
sahaja dana daripada Anwar Ibrahim (Presiden PKR) sebanyak RM10,000 untuk
digunakan sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum pada 2008.
“Selepas itu tiada lagi wang yang diterima
daripada PKR dan saya terpaksa menggembleng tenaga dan masa penyokong-penyokong
saya mencari dana untuk berkempen termasuklah untuk PRU14. Ibu pejabat PKR juga
pernah tidak cukup wang untuk bayar gaji kakitangan parti dan pihak pengurusan
pejabat menghubungi saya untuk meminta bantuan sebanyak RM40,000,” katanya.
Mengenai tuntutan berjumlah RM10 juta oleh
PKR, Zuraida berkata tuntutan itu tidak berasas, sangat melampau dan tidak
munasabah.
Pernyataan tuntutan PKR yang difailkan pada
28 September 2020 mendakwa Zuraida menandatangani bon itu yang mengikat dirinya
untuk membayar sejumlah RM10 juta berdasarkan terma dan syarat bon berkenaan.
PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar
parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa
perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiketnya seperti meletak jawatan
dalam parti atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.
Mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk
keputusan.
Pada prosiding yang berlangsung secara dalam
talian, Zuraida diwakili peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid manakala PKR
diwakili peguam Navpreet Singh. – Bernama, 30 Mac, 2023.
Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry
Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry
Baru2 ini tular mengenai video isteri Perdana
Menteri, Wan Azizah menghulurkan tasbih kpd Perdana Menteri ketika beliau
menghantar suaminya berlepas China.
Ya kisah Wan Azizah atau lebih mesra di
panggil Kak Wan sebagai ahli zikir bukan baru kpd mereka yg rapat dgnnya. Ia
bukan pertama kali saya mendengarnya.
Cerita pertama saya dgr dari Ustaz Zamri
Zainal Abidin II ketika beliau bertugas sebagai Pegawai kepada Timbalan Perdana
Menteri ketika itu. Beliau berkata gelang ala mutiara yg dipakai oleh Kak Wan
itu sebenarnya adalah tasbih.
Ke mana sahaja Kak Wan bergerak di dlm
kenderaan beliau akn bertasbih. Malah antara sifat terpuji Kak Wan selalu
bertanya kpd staff2 beliau ketika itu samada mereka sudah solat atau tidak.
Yg paling menyentuh hati ketika pegawai2nya
masih belum bergaji… Kak Wan menghulurkan bantuan dgn duit poketnya sendiri.
Begitulah mulianya hati Kak Wan yg ramai tidak mengetahuinya.
Baru2 ini ibu saya ada bercerita ketika Datin
Saripah bertemu dgnnya. Datin Saripah isteri kpd Menteri Luar, Dr Zambry sgt
menyantuni ibu saya sejak dulu lagi. Jika pulang ke Manjung kadang2 Datin akn
dtg ke rumah atau bersiar siar dgn ibu saya bersama rakan lain.
Datin Saripah memberitahu ibu saya Kak Wan
seorang yg alim. Ceritanya yg selalu ke luar negara bersama Kak Wan… isteri
Perdana Menteri itu ke mana sahaja akn berzikir. Malah ke mana sahaja ke luar
negara Kak Wan tidak ke shopping mall tetapi akn berkunjung ke masjid2.
Bersyukurlah kita bukan sahaja mendapat
Perdana Menteri yg mengangkat agama Islam ini dgn pelbagai2 aktiviti agama
malah juga mendapat isteri yg sgt taat kpd perintah Allah. Pimpinan tauladan
kpd rakyatnya.
MASA KAMUBERKUASA- MASA TAK BERKUASA KITAB KAMU BERUBAH UBAH MACAM KOKKE
ANA TAHU
Masa PN berkuasa, Haram jatuhkan
Kjaan, bila PN tak ada kuasa, Tak Salah Jatuhkan Kjaan..
Kitab PAS sentiasa berubah ubah
..
JHO LOW BERSALAH DI MAHKAMAH KUWAIT
Zainusdin Omar
Sebuah mahkamah di Kuwait
mensabitkan kesalahan ahli perniagaan Low Taek Jho tanpa kehadirannya semalam
atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.
Menurut laporan akhbar Kuwait
Al-Qabas seorang sheikh, bersama rakan kongsinya, dan dua warga asing telah
dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun, manakala seorang peguam dijatuhkan
hukuman tujuh tahun, atas tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana Malaysia
itu.
Mereka juga diarah memulangkan
AS$1 bilion (RM4.4 bilion) selain membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2
bilion).
Akhbar itu tidak menamakan
syeikh tersebut, rakan kongsinya, mahupun peguam berkenaan, tetapi hanya
menyebutnya sebagai "dana Malaysia".
Menurut laporan itu, ini adalah
kes pengubahan wang haram terbesar. Ia juga mengenal pasti warga asing itu
sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis Bachar Kiwan.
Sementara itu laman Sarawak
Report pula berkata dana Malaysia yang dimaksudkan tersebut ialah 1MDB.
Ia juga menamakan syeikh itu
sebagai Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, yang adalah anak kepada bekas
perdana menteri Kuwait. Rakan kongsinya dikenal pasti sebagai sekutu Low, Hamad
Al Wazan, dan peguamnya sebagai Saud Abdelmohsan.
Menurut Al-Qabas, kelima-lima
mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China
bersamaan dengan KD343,700,000 (RM4.95 bilion) dengan mengetahui bahawa ia
adalah hasil haram yang digelapkan daripada dana pelaburan Malaysia.
Akhbar itu juga melaporkan
bahawa kes berkenaan telah ditangguhkan selama dua tahun sebelum dibuka semula
kerana pihak pendakwaan menghadapi halangan mendapatkan maklumat dari luar
negara.
Laporan itu tidak menghuraikan
mengenai kesukaran tersebut atau siapa yang terlibat, tetapi Sarawak Report
berkata ia menunjukkan kurangnya kerjasama daripada Malaysia.
“Sarawak Report dimaklumkan
bahawa Kuwait tidak menerima kerjasama yang berguna daripada kerajaan Malaysia
sepanjang tempoh ini dalam usaha mengembalikan berbilion-bilion negara yang
dicuri.
“Sarawak Report hanya boleh
merumuskan bahawa kegagalan Malaysia untuk bertindak berpunca secara langsung
kepada hasrat (bekas perdana menteri Najib Razak) dan sekutu BN yang menyokong
kerajaan Muhyiddin (Yassin) untuk menutup bukti lebih lanjut tentang rasuah
oleh Najib.
“Kekurangan kerjasama ini
nampaknya berterusan sehingga hari ini, menyebabkan pihak berkuasa Kuwait
meneruskan kes itu tanpa kerjasama Malaysia dan sememangnya tanpa Malaysia
membuat tuntutan sewajarnya terhadap wang berkenaan.
“Sememangnya, laporan media
Kuwait hari ini (Selasa) menjelaskan bahawa perkara ini berlaku, membawa kepada
kegusaran kepada pihak berkuasa Kuwait mengenai 'kegagalan menerima maklumat
daripada pihak antarabangsa' (yang bermaksud kurang kerjasama dari Malaysia),”
katanya.
Pada tahun 2020, The Wall
Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia menemui jejak wang dari
China ke sebuah bank China di Kuwait dan seterusnya ke entiti di Kepulauan
Cayman yang dikawal oleh Low, dan digunakan untuk membayar hampir AS$1 bilion
untuk aset yang dikuasainya di Malaysia untuk membayar hutang-hutang 1MDB.
Urus niaga itu dilakukan dalam
mata wang China, Yuan untuk mengelak pemeriksaan daripada pihak berkuasa AS
yang sedang menyiasat aktivitinya.
Low menafikan salah laku
tersebut, tetapi setakat ini tidak mengulas mengenai laporan WSJ itu.
Tahun lalu, Bachar yang berasal
dari Kuwait memberitahu Malaysiakini bahawa dia ada menawarkan diri untuk
membantu siasatan SPRM.
Low didakwa menggunakan
syarikat Bachar, Al Waseet untuk mengubah wang. Bachar berkata apabila
dia enggan bekerjasama, pegawai Kuwait mendakwa dirinya bersama keluarga dan
rakan kongsinya, sehingga memaksa dia melarikan diri dari negara itu ke
Perancis.
Bachar berkata dia percaya
bahawa dana itu adalah komisen yang diterima Low daripada firma China yang
terlibat dalam projek infrastruktur besar di Malaysia.
PESAN PADA PRESIDENG MU
ANA TAHU
Ya ya… Pesan ke presideng tu, parlimen jangan
ponteng. Tegur dalam tu atas muka Anwar setiap hari selasa…
Luahan Rasa Guru :Siri 210
Anuar Ahmad
"Dr, mohon hide identiti saya...
Saya adalah pemeriksa kertas peperiksaan SPM.
Saya telah memeriksa kertas bertulis SPM bermula tahun 2007 lagi. Hanya
berhenti sekejap² ketika cuti bersalin.
Dulu..kami menyemak kertas jawapan murid
lebih mudah sbb kami menerima script jawapan murid.
Tetapi, kami menyahut perubahan yang
dilakukan. Bila bertukar kaedah penyemakan, kami masih teruskan tugas yang
bukan semua orang nak buat ni. Kami menyemak secara online. Tetapi, tahun²
sebelum ini kami diberikan skema hardcopy.
Malangnya, pada tahun ini, kami tidak
dibekalkan dengan skema secara hardcopy. Sangat sukar untuk kami menjalankan
tugas kami. Sangat sukar kerana kami terpaksa menggunakan segala gajet yang
ada. Kami tidak dibenarkan untuk screenshot jugak utk print sendiri. Semua
perlu dilakukan secara online.
Ada antara pemeriksa berpengalaman sudah
tarik diri.
Mata rosak.. dan kali ni lebih
parah...jawapan pon terpaksa rujuk secara online.
Soalan yg kami tanda adalah soalan struktur
dan essay. Boleh tak tuan bayangkan kesukaran untuk kami jalankan tugas?
Dengan bayaran satu skrip masih tidak
berubah... Data/internet sendiri...mata semakin kabur...semua tu menjadikan
usaha kami sangat tidak berbaloi. Bukan semua guru sanggup untuk menjadi
pemeriksa. Boleh buat survey.
Kami bukan minta lebih cuma permudahkan tugas
kami untuk menyemak. Sangat sukar dan tertekan. Group saya...seorang dah tarik
diri jadi kami dah kurang seorang...
Tolong mudahkan tugas kami pemeriksa kertas
peperiksaan SPM.
Terima kasih Dr"














