BANJIR KILAT JOHOR AMARAN PRU 15 MUSIM TENGKUJUH

 

Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya…


 

Benarkah kerajaan Pas bebas korupsi? Ini cerita sebenarnya… Penyokong Pas sering mendakwa bahawa kerajaan mereka bebas korupsi. Benarkah sedemikian?

Datuk Husam Musa telah di saman oleh Pas Kelantan melalui Syarikat Air Kelantan Sd. Bhd. Di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu (NO. Kes : SAMAN NO: DA-22NCvC-20-04/2018) kerana mededahkan korupsi yang berlaku. Akan tetapi Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak saman berkenaan pada 29/3/2021 dan mengarahkan AKSB membayar kos kepada Husam kerana pendedahan yang dibuat oleh Husam adalah benar.

Apakah yang didedahkan oleh Husam?

a. Bahawa Projek Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Mengujilari, Mentauliahkan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (Reka & Bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II (Pakej 1) Jajahan Machang, Kelantan telah mengandungi unsur-unsur pengurusan yang pecah amanah.

b. Ianya bermula pada 11/1/2015 di mana Jawatankuasa Tender Lembaga Pengarah AKSB (yang dianggotai oleh pimpina Pas Kelantan) kali ke 26 Bil (5/2014) telah melantik CDAH CONSTRUCTION SDN BHD JV JANGKA PRESTASI SDN BHD untuk projek tersebut.

c. Pada 24/3/2015, perlantikan di atas telah diangkat untuk makluman Ahli Lembaga Pengarah AKSB (Majoritinya adalah pimpinan Pas Kelantan) (Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 79 (1/2015)).

d. Pada 22/1/2015, surat perlantikan dikeluarkan kepada CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD di mana pada tarikh tersebut syarikat tersebut masih belum didaftarkan.

e. Pada 9/3/2015, CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD ditubuhkan sedangkan surat perlantikan dari AKSB bertarikh 22/1/2015 dikeluarkan kepada syarikat yang belum diperbadankan.

f. Perjanjian Usahasama (Joint Venture Agreement) telah ditandatangani di antara CDAH CONSTRUCTION SDN BHD dan JANGKA PRESTASI SDN BHD telah diadakan pada 10/3/2015 namun perjanjian tersebut dimatikan stem hanya pada 25/3/2016 iaitu setelah melebihi tempoh setahun perjanjian tersebut dibuat.

g. Ekoran itu, satu surat pandangan bertarikh 18/4/2016 telah dikeluarkan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan berkaitan projek tersebut kepada Pengarah Eksekutif Syarikat AKSB yang mana Penasihat Undang-Undang Negeri menyatakan bahawa dari sudut undang-undang, tender sepatutnya dianugerahkan kepada syarikat yang telah wujud dan memasuki tender. Syarikat yang diberi tender dalam kes tersebut adalah syarikat yang belum wujud, tidak berdaftar dan tidak memasuki tender. Beliau juga turut menyatakan bahawa mengenai perjanjian usahasama yang ditandatangani oleh kedua-dua syarikat adalah sebagai kaedah rektifikasi permasalahan ini dan beliau percaya bahawa perjanjian tersebut hanya boleh diterima sekiranya Letter of Award dikeluarkan kepada syarikat yang telah wujud, berdaftar dan memasuki tender dan syarikat tersebut membuat perjanjian dengan syarikat lain yang ada kuasa kerja-kerja M&E dan perjanjian tersebut tidak boleh memperbetulkan (ractified) kontrak yang diberi kepada syarikat yang tidak wujud tersebut.

h. Sedangkan apa yang berlaku, sememangnya AKSB ada mengeluarkan tender untuk Projek Merekabentuk, Membina, Menyiapkan, Mengujilari, Mentauliahkan Kerja-Kerja Mekanikal dan Elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (Reka & Bina) untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong Fasa II (Pakej 1) Jajahan Machang, Kelantan dan telah mengawardkan tender tersebut kepada CDAH CONSTRUCTION JANGKA PRESTASI JV SDN BHD.

i. Setelah perbicaraan penuh kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mahkamah berpendapat kenyataan Husam yang menyatakan bahawa “Secara tidak langsung, masalah bekalan air adalah kerana kegagalan pengurusan AKSB dan ada unsur-unsur pengurusan yang pecah amanah. Ini perlu kepada kajian ataupun penyiasatan oleh pihak-pihak termasuk oleh suruhanjaya oleh SPAN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain pihak.” adalah suatu kenyataan yang betul dan bukannya kenyataan fitnah. Kesemua yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan bukti dan fakta, bahawa satu salah urus telahpun berlaku.

UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS



Jentera UMNO Terengganu hanya akan berkempen untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan bukan PAS, kata Datuk Nawi Mohamad.

Ketua Bahagian Besut itu berkata UMNO Terengganu kekal dengan pendirian menolak kerjasama bersama PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) dan tidak akan berkempen untuk memenangkan calon PAS.

“Di Terengganu, pendirian kita setakat ini tidak berubah. Kita masih dengan ketetapan yang diputuskan sebelum ini di mana UMNO Terengganu memutuskan untuk bertanding secara solo. Tiada kerjasama dengan PAS.

“Tiada istilah Muafakat Nasional (MN) di Terengganu. Sebelum ini, kita ada MN tetapi selepas PAS berbaik dengan Parti Bersatu, MN di Terengganu telah lama ‘terkubur’,” katanya dipetik portal.

Kenyataan tersebut agak berbeza dengan pendirian beberapa pemimpin PAS yang masih mahu menyambung kerjasama dengan UMNO menerusi persefahaman dalaman MN.

Jelas Nawi, pendirian tidak akan membantu kempen PAS itu diputuskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dipersetujui sebulat suara oleh barisan kepimpinan parti negeri itu.

“Bila berkempen pada PRU nanti kita akan kempen untuk BN sahaja. Tiada lagi kerjasama dalam politik bersama PAS.

“Walaupun begitu, ia bergantung kepada keputusan di peringkat pusat. Kita akan akur sekiranya ada perubahan yang diputuskan dan dipersetujui pucuk pimpinan tertinggi UMNO,” katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, PAS kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun sekali gus tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU-15.

Katanya, PAS tetap menegaskan bahawa musuh sebenar agenda penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya termasuk ‘khemah besar’.

AKU RASA KALAU AWAL AWAL CERITA NI DITAYANGKAN...KELUAR MUKA 2 EKOQ NI ..SAHIH TAUKE ALAMI KEMEROSOTAN JUALAN TIKET.

 




Aku tengok ada yang marah, ada ayang nak boikot bila Adi Putra umum akan bantu jentera Pemuda BN dalam PRU15 nanti.


Jangan marah dan tak payah boikot. Biarkan saja. Itu pilihan dia. Setiap individu ada hak sendiri untuk pilih parti mana mereka nak sokong.


Kita pun ada artis seperti Altimet, Hans Isaac dan Afdlin Shauki. Mungkin ada artis lain yang aku tak perasan. Tapi ada la.


Hormati pilihan masing-masing. Apa yang penting, kita patahkan setiap hujah mereka. Setahu aku tak ramai artis yang mahir isu semasa.


Aku yakin rakyat dah matang. Rasanya orang tak undi parti hanya kerana artis yang dia suka sokong. Lebih utama dapatkan keyakinan rakyat dari pikat artis. Guane boh?


 

Raja Gelap 

PESANAN UNTUK PEMFITNAH USTAZ COUPLE DARI DR MUJAHID YUSOF RAWA- MOHON MAAF ATAU MAKAN SAMAN


 ZACK ROCKSTAR


Saya yang diamanahkan oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa memohon jasa baik Ustaz

 Couple untuk menurunkan video yang menfitnah Dr Mujahid dalam tempoh 24

 jam atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Harap maklum.

Orang nak berpolitik...mereka juga nak berpolitik..tapi penuh fitnah...tu pun

 boleh panggil nama sendiri dengan panggilan ustaz ?...buat rosak nama ustaz

 sahaja,




SAKSI







SAKSI

Dalam setiap kes jenayah, saksi-saksi Pendakwaan (DPP) tersangatlah penting. Kalau saksi-saksi  pun cakap dalam mahkamah berpusing-pusing, koyak pula bila kena soal balas dengan Peguam bela, habislah kes tercampak ke laut dalam jua. Musnahlah segala.

Tak semua apa yang saksi cakap, Mahkamah akan terima. Mahkamah nak terima kena lepas dua benda, satunya keterangan tu kena relevan, maknanya ada kena mengena dengan kes.

Contoh, nak buktikan kes duit masuk dalam akaun PM6, DPP kena panggil pegawai Bank yang berkaitan. Yang kendalikan akaun tu secara sendirian. Kalau salah panggil pegawai Bank lain yang takde kena mengena, dah jadi tak relevan pula.

Keduanya, keterangan tu kena kredibel. Maknanya, Mahkamah boleh percaya. Macam mana nak percaya? Dengan adanya saksi2 lain yang mendokong katanya. Dan adanya bukti tambahan seperti money trail dan dokumen lain.

Contoh, pegawai bank Ambank ni cakap dalam Mahkamah yang pada sekian haribulan, PM6 terima RM90juta dalam akaun.

Untuk Mahkamah percaya apa yang dia cakap, kena ada pegawai penyiasat SPRM sahkan money trail tersebut. Tunjuk segala petunjuk dalam akaun, yang duit tu sah masuk.

Kalau itu yang dibuat oleh Pendakwa, Mahkamah takkan ragu-ragu nak terima. Memang sah la duit masuk sebagaimana yang didakwa.

Satu lagi saksi kena lepas ialah soal balas oleh Peguambela. Kalau jawapannya jitu dan konsisten, takde kona baring atau pusing-pusing, Mahkamah akan puas hati. Apa yang dia cakap tu boleh terima sebagai bukti.

Kalau koyak, dan dolak dalih, tadi cakap lain sekarang lain, Mahkamah akan letak tepi dulu cakapnya, sampai bukti/ saksi lain menunjukkan sebaliknya.

KOYAK ini tidak bermaksud kena ingat semua benda. Banyak nya saksi kadang lupa sesetangah perkara. Itu perkara biasa. Cuma apa yang Mahkamah akan perhatikan, keikhlasan menjawab dan ia konsisten. Takde nampak putar belit. Itu pun dah cukup untuk jadi kredibel.

Makanya, kalau tuan puan jadi saksi kes, minta jangan cuak. Tipsnya, stick to the truth. Kalau tak tahu, kata tak tahu. Kalau tak ingat, kata tak ingat. Jangan try nak putar alam dalam tu. Langsung tak membantu .

~LM~

 

APA PUNYA BODO JAWAPAN




w.faudzin

Bodonya lebai ni. Ingat dengan duit ko boleh dapat segalanya? umno yang

 banyak duit tu pun tumbang...tau tak? jawab la isu, ko tarik saman kat

Sarawak Report dan bayar jutaan ringgit kat peguam Sarawak report tu

sebab apa? Kenapa tak berjihad lawan? Bukankah ko dah kutip derma dari

walaun kononnya untuk  kos lawan Sarawak Report? Mana pergi  duit tu,

 lebai?

TIDUR TAK NYENYAK: PENDAKWARAYA MERAYU KEMBALI PEMBEBASAN AHMAD ZAHID

 



LIAYANA MARZUKI

Pendakwaraya merayu kembali pembebasan kes Zahid Hamidi untuk kes UKSB.

Ada masa 14 hari, 3 hari dah settle masukkan rayuan. Bravo AGC!

Benda yang saya rasa mereka rayu:

1. Kebolehpercayaan 3 saksi Pendakwa.

2. Wang Singapura ada note SD1,000. Sebelum 2014, ada note SD10,000 lagi. Makanya nak masukkan SD200k dalam sampul surat saiz A4. Tersangat la logik.

Makanya, kes ini akan naik ke Mahkamah Rayuan, depan 3 hakim pula.

Kita tengok siapa yang kena.

https://www.bharian.com.my/.../pendakwaan-fail-rayuan...

 

MAMPUKAH BERSATU DAN PAS BERTAHAN?

 


NORMAN RADZUAN


Satu parti musuh berbeza 

MAMPUKAH BERSATU DAN PAS BERTAHAN?

Dahulu mereka bersama mengumpul pemimpin Melayu atas nama Melayu tetapi kini mereka bergaduh sesama Melayu. Maka ramailah orang Melayu tertipu dengan propaganda Melayu.

Bersatu kata musuh utamanya Umno. PAS sanggah bukan UMNO tapi musuh utama mereka PH dan DAP. Pelik duduk daalm parti yang sama tapi musuh berbeza. Ibarat bawa kereta dua stereng.

Benarkah ada mengatakan pertemuan ini (gambar) agak sedikit tegang? Menjelang PRU15 ini giliran Muhyiddin merasai apa yang dirasai Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi.

Kamu Muhyiddin hanya dihormati kerana kuasa dan memberi kuasa (‘rasuah politik’). Kamu membentuk kerajaan dari pengkhianatan. Mana mungkin orang-orang khianat akan setia dengan perjuangan. Mereka hanya akn setia dengan kuasa dan jawatan. Lihat Zuraida dah dekat PRU angkat kaki sebab tahu Bersatu tiada kekuatan.

Hilang kuasa hilanglah kawan-kawan. Kamu jatuh kamu minta Anwar tongkat untuk kamu bangun. Tapi akhirnya kamu khianat. Wahai Muhyidin, orang khianat bukan orang baik untuk dijadikan kawan apatah kesetian.

Kerajaan PH bukan dijatuhkan oleh rakyat tetapi ia dijatuhkan oleh pemimpin yang khianat mandat rakyat.

Eloklah juga jika kalah nanti pemimpin scammer politik ini dihantar ke Myanmar jadi scammer profesional di sana.

 

POLITIK BODO

 


W.FAUDZIN

Ada ke pilihan lain selain dari daftar kat TH untuk pergi haji? Puak lebai nak claim atas ibadat haji pulak....bodo betul politik.




Jangan susahkan penjawat awam demi seorang banduan VIP – Syahredzan

 

Kenyataan media Syahredzan Johan, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, pada 22 September 2022

1.            Selepas drama melibatkan penghinaan dan serangan terhadap penjawat awam di dalam badan kehakiman, Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan kesalahan atas jenayah pecah amanah dan rasuah nampaknya terus menyusahkan penjawat awam. Beberapa dakwaan layanan istimewa untuk bekas Perdana Menteri tersebut kini timbul dan tular, melibatkan penjawat awam yang berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.            Terdapat dakwaan bahawa tekanan diberikan kepada Jabatan Penjara dalam memberikan layanan istimewa kepada Datuk Seri Najib Razak yang melibatkan pengubahsuaian ruang penjara hanya kerana statusnya sebagai VIP. Kakitangan awam di Kementerian Kesihatan pula dibabitkan dalam menguruskan isu kesihatan beliau dan terdapat dakwaan mengenai rancangan untuk meletakkan bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan VIP.

3.            Kerajaan juga perlu menjawab dakwaan campur tangan pihak Kerajaan dalam pengendalian urusan kesihatan yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak. Terdapat dakwaan bahawa arahan terus daripada pihak tertinggi kepada penjawat awam bagi memastikan layanan istimewa dapat diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sepanjang 12 tahun menjalani hukuman penjara.

4.            Menteri Dalam Negeri juga perlu tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan peruntukan RM3.5 juta termasuklah RM50 ribu bagi mengubahsuai bilik penjara untuk Datuk Seri Najib di penjara Kajang. Peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk pembaikan dan ubahsuai penjara dalam Belanjawan 2022 hanya sekadar RM12.4 juta. Maka, sekiranya benar, bagaimana boleh RM3.5 juta digunakan hanya untuk seorang banduan di satu penjara sahaja? Peruntukan sebesar ini sepatutnya digunakan untuk menaik taraf secara keseluruhan penjara-penjara di seluruh Malaysia.

5.            Pihak berkuasa sememangnya patut memastikan mana-mana banduan yang menjalani hukuman mereka di penjara diberikan layanan yang adil dan baik. Tetapi layanan istimewa yang melampaui norma biasa dan tekanan luar biasa yang diberikan kepada penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan banduan hanya demi keselesaan seorang banduan VIP, sekiranya benar, adalah amat tidak wajar.

6.            Jika dakwaan-dakwaan ini tidak dijawab dengan memuaskan, ia akan menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi yang berkaitan serta memberi kesan kepada morale penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab mereka.


KEH..KEH..KEH...


 

DULU CACI-BILA DAH DIPULIHKAN ...NGAKU PARTI DIA YANG BERJAYA.-MEMANG TAK MALU

 

MOHD AFFENDI ABAS


Orang kluar KWSP 10k, simpan Tabung Haji sebab nak gi haji. 2 tahun rakyat Malaysia tak boleh tunai haji dan haji yang lepas pun hanya 14 ribu dapat pergi, memang le deposit tinggi.

Bukan sebab Parti PAS jadi kerajaan. Yang terbukti fitnah Tabung Haji ni ulama parti ana…. Tapi apa pun claim jangan tak claim… Benda mudah tak payah kluar modal….

#PASikSyokSendiri

 




POLITIK HARU BIRU PAS

 



Lebai putar walaun TAKBIR! Spesis bodoh yg x blh dibawa bincang!#achiksally #tiktokpolitik #tiktokguru_malaysia

Korupsi dan kemunafikan dalam politik Melayu

 


Kehilangan etika dan akhlak mahmudah yang merupakan bahagian penting dalam sistem adab Islam dan Melayu mengakibatkan tumbuhnya kanser korupsi dan kemunafikan dalam budaya politik Melayu Muslim hari ini.

Keadaan memalukan ini, ibarat kanser yang berada di peringkat terminal berterusan membinasakan masyarakat dan menggoncangkan kestabilan negara.

Bukan hanya reformasi politik dan perubahan struktur serta undang-undang diperlukan demi mengembalikan negara, etika dan moral rakyatnya ke landasan betul, bahkan jalan keluar kepada krisis ini memerlukan transformasi akhlak dan budi pekerti berasaskan Islam.

Anjuran Sinar Harian


SOALAN MAHFUZ OMAR 3 OKTOBER 2022 AKAN DATANG

 

Tahniah kpd Ahli Parlimen Pokok Sena atas soalan² utk sidang bajet bulan depan..

Nampak gayanya.. Soalan² yg mungkin berakhir dgn tiada jawaban lisan..

#AmanahProgresifPeduli

#AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

Mahfuz Omar

  · 

Soalan saya untuk sidang bajet 2023 yang akan bermula pada 3 okt 2022 sehingga 29 nov 2022

1.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Kewangan menyatakan berapakah Jumlah cabutan khas (Special Draw) untuk tahun 2022 yang di luluskan untuk semua syarikat nombor ramalan

2.Dato' Wira Mahfuz Bin Haji Omar [Pokok Sena] meminta PERDANA MENTERI memberi penjelasan

a)kenapa ada sesetengah Penjawat Awam yang telah bersara wajib 60 tahun seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) MOSTI, MINDEF atau Ketua Perkhidmatan (Datuk Bandar Kuala Lumpur, AKAUNTAN NEGARA, MAMPU, VET, PERTANIAN, CIDB) diberikan peluang untuk berkhidmat secara Kontrak.

b)Adakah Perkhidmatan Awam di Malaysia ini ketandusan calon-calon yang berkalibar.

3.Dato' Wira Mahfuz Bin Haji Omar [Pokok Sena] meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan sekarang untuk menuntut kembali dana berjumlah RM3.6 bilion yang dipinjamkan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada syarikat SRC International yang pada masa ini sedang disita dan dibekukan oleh kerajaan Switzerland sejak 2012.

4.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) Mohon Perdana menteri menyatakan

a)apakah langkah yang di ambil untuk menstabilkan dan melonjakan harga getah yang berada pada paras yang rendah

b)apakah usaha membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang berdepan dengan kejatuhan harga getah dan peningkatan kos sara hidup

5.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Perdana Menteri menyatakan

a) Mengapakah Prosiding Suruhanjaya DiRaja berkaitan isu Tabung Haji dibuat secara tertutup tanpa dihadiri oleh wartawan dan orang ramai.

b)bilakah keputusan siasatan Suruhanjaya DiRaja isu Tabung Haji akan di bentangkan di Parlimen dan di keluarkan pada orang ramai

6.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk meneruskan operasi jawatankuasa siasatan dan tadbir urus perolehan dan kewangan kerajaan (JKSTUPKK) memandangkan jawatankuasa ini sangat produktif mengeluarkan laporan laporan berkaitan kecurangan perolehan kerajaan seperti laporan berkaitan pembinaan kapal LCS,dan bilakah ahli ahli jawatankuasa baharu akan di lantik.

7.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Pendidikan menjelaskan apakah status projek bekalan tenaga solar hibrit bagi 369 sekolah sekolah di pendalaman Sarawak yg bernilai RM1.2 bilion yang telah terkait dalam kes rasuah RM187.5 juta dan suapan RM6.5 juta. Bilakah ia diteruskan dan bila jangkaan siap sepenuhnya.

8.Dato' Wira Mahfuz Omar mohon Menteri Pertahanan menyatakan apakah tindakan lanjutan yang diambil kerajaan terhadap kelemahan dan kecuaian yang berlaku di dalam pelaksanaan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebagaimana yang didedahkan dan ditimbulkan di dalam laporan PAC dan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan.

9.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon menteri Sumber Manusia menyatakan

a)apakah peluang pekerjaan kepada 72 peratus bersamaan 390 ribu lepasan SPM yang memilih untuk tidak melanjut pelajaran selepas tamat SPM seperti mana laporan DOSM.

b)Dengan kemasukan pekerja asing yg baru disamping yang sedia ada, apakah peluang Pekerjaan untuk mereka yg tidak mempunyai kemahiran selain dari SPM.

10.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Pengangkutan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana mana pihak berkaitan salah laku membabitkan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) seperti yang dilaporkan oleh jawatankuasa kira kira kewangan negara (PAC).

Soalan bertulis.

1.Dato'Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Perdana Menteri menyatakan statistik pesalah rasuah mengikut umur,bangsa dan agama yang telah disabit atau masih dalam peringkat rayuan Mahkamah dari tahun 2020 hingga 2022

2.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) mohon Menteri Pengajian tinggi senaraikan jumlah pelajar yang mohon IPTA, berdasarkan jumlah yang layak dan jumlah yang diberi tempat, mengikut kaum bagi tempoh 2018, 2019, 2020 2021, 2022.

3.Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Kewangan senaraikan secara terperinci penerima projek secara direct award dan nilai kontrak bagi tempoh tahun 2020 - 2022.

4.Dato' Wira Mahfuz Omar ,(Pokok Sena) mohon menteri Perdana Menteri menyatakan jumlah gaji dan elaun serta bonus bagi CEO di PNB, TH, KWAP, KWSP, Ltat, Cimb Dan maybank bagi tempoh 2020 Dan 2021.

5. Dato' Wira Mahfuz Omar (Pokok Sena ) Minta menteri sumber manusia beritahu pecahan pekerja sektor informal yang mencarum dalam skim di perkeso sejak tahun 2019 hingga kini Mengikut kaum.

 

Pas lupa nak bercakap soal moral bila terkena atas batang hidung sendiri

 

Sikap berdolak dalih dan munafik Pas terselah dengan isu konsert Riuh Sokmo di Ketereh, Kelantan baru baru ini.

Konsert Riuh Sokmo yang diadakan dari 16 September hingga 18 September telah menerima banyak kecaman dan teguran masyarakat tempatan Kelantan sendiri tetapi dalam 3 hari tersebut tiada sebarang tindakan di ambil oleh kerajaan Pas Kelantan yang selama ini menyekolahkan seluruh dunia tentang isu moral dan sikap liberal dan sebagainya.

Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad dari Pas telah menyatakan isu tersebut di luar bidang kuasa beliau dan terpulang pada kerajaan Pas Kelantan untuk mengambil tindakan jika ada pelanggaran undang-undang oleh konsert tersebut.

Menteri Agama dari Pas ini dan kerajaan Pas Kelantan berselindung di sebalik alasan bidang kuasa dan teknikal undang undang dalam isu di Kelantan, tetapi apabila acara konsert atau hiburan oleh pihak selain dari Pas di adakan, riuh rendah isu moral, liberal dan LGBT di gembar-gemburkan bak kan hendak kiamat dunia ini.

Apabila perlu berdolak dalih kelemahan diri sendiri, Pas munggunakan alasan undang-undang sivil yang dahulu dikecam dikatakan peninggalan penjajah.

Tetapi apabila menyerang pihak lain, Pas berhujah atas isu moral dan undang-undang Islam menunjukkan pendiriannya secara terpilih kepentingan diri yang tidak konsisten.

 

Semasa orang lain diserang Pas bercakap atas isu “moral” tetapi bukan perundangan.

Kenapa dalam isu Konsert Riuh Sokmo Kelantan tiada pimpinan utama Ulama Pas bercakap tentang isu moral Islam seperti mereka biasa sekolahkan dan mengecam pihak lain?

Sekarang mereka berselindung dengan alasan undang-undang dan telah lupa bercakap tentang isu “moral” kali ini apabila kena atas batang hidung sendiri.

Walaupun acara lain tidak melanggar peraturan dan undang-undang tempatan, Pas mengherdik dan mengecam semua pihak tentang isu moral, akhlak dan liberalisma.

Adakah Pas “berpuas hati” konsert Riuh Sokmo Kelantan yang dikecam oleh penduduk tempatan, menepati piawaian KPI moral Islam ala Psd dan tiada unsur liberalisma yang Psd mengecam selama ini?

Atau adakah konsert ini menjadi “suci” kerana berlangsung di bawah negeri Pas Kelantan yang memiliki bandar digelar Serambi Mekah.

 

JAWAPAN PALING TAK BERGUNA DARI SEORANG MENTERI

 







kelantan_kini

Kelantan Kini

 · 1s yang lalu

Walaun galak sangat sokong PAS utk apa? Dah ada kuasa masih teruskan benda2 lara ni nampak sngat PAS cuma nak duk tapak kuasa bukan nak martabatkan islam pun

CLAIM SELESAI TABUNG HAJI


 

INI KISAH AWAL DULU DAN KES DIBEBASKAN KETIKA PN MEMERINTAH



INilah tertuduh yg menjadi jambatan kes 90juta PAS.. Bernasib baik sbb kes beliau digugurkan selepas sahaja PN BN berkuasa...


 

Kenyataan saksi dalam kes seksual Ebit Lew mengejutkan mahkamah


 Saksi pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew, memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya sebagai ‘orang kecil’ dan tertuduh pula sebagai ‘orang besar’.

Mohd Fairuz Abu, seorang pakar motivasi yang menjadi saksi pertama pihak pendakwaan berkata, dia sebelum ini juga menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk yang dilakukan tertuduh.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).

“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Fairuz juga memberitahu mahkamah dia kemudian menasihatkan pengadu membuat laporan polis, namun pengadu takut kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’ dan Ebit Lew sebagai ‘orang besar’.

“Saya katakan kepada ‘pengadu’ (nama tidak didedahkan), jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,” katanya.

Jawapan saksi itu kemudian dibantah peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.

“Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis,” katanya.

Bagaimanapun, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.

Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.

Ebit Lew, 37, atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.