Solidariti ke atas Rafizi, SPRM milikki semua dokumen bila pendakwaan akan dilakukan?


 Siasatan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sehingga telefon bimbit beliau dirampas tidak sepatutnya berakhir di situ.


Menurut mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong, pihak berkuasa seharusnya menyiasat lebih jauh dalam kes terbabit, termasuk ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Latiff Ahmad sebagaimana didedahkan Rafizi penglibatan beliau dalam skandal LCS.


"Kami menyatakan solidariti bersama Rafizi Ramli yang telah disiasat oleh polis


"Siasatan polis adalah berkenaan butiran yang dibongkar oleh Rafizi daripada bahagian yang dipadamkan dalam Laporan Pengauditan Forensik skandal LCS.


"Sepatutnya laporan yang telah dinyahklasifikasikan harus disiarkan secara lengkap tanpa mana-mana maklumat atau bahagian yang dipadamkan.


"Hal yang seharusnya disiasat oleh polis bukannya Rafizi, tetapi mereka yang terlibat melakukan jenayah rasuah," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Menurut kedua dua tokoh Pakatan Harapan itu, Dr Latiff dan Zainab telah dinamakan dalam Laporan Pengauditan Forensik dan mereka seharusnya dipanggil untuk membantu siasatan skandal RM 9 bilion.


Mohamad dan Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) bahawa Jemaah Menteri perlu mengarahkan pengauditan forensik selanjutnya dilaksana oleh BHIC ke atas Projek LCS bagi melengkapkan segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dari tahun 2015 sehingga kini


Begitu juga, memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk New Generation Patrol Vessel (NGPV) oleh BNS, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Berkenaan dengan 6 buah Patrol Vessel (NGPV), Integrated Logistik Support dan Commercial Package Programme oleh TLDM, kata mereka, harus dinyahklasifikasikan sama.


Selain itu, mereka mempersoalkan mengapakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lembab untuk mengesyorkan pendakwaan kepada Peguam Negara terhadap pihak pihak yang terlibat dalam skandal LCS.


"Sejak Laporan PAC berkenaan Projek LCS diumumkan pada 4 Ogos, disusul dengan nyahklasifikasi dua laporan yang berkaitan, SPRM seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.


"Sebenarnya SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. SPRM juga menerima semua laporan JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan Projek LCS," kata mereka lagi.


Mereka juga mendedahkan laporan JKSTUPKK berkenaan Projek LCS dan Projek NGPV yang dibentang kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 juga telah dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta.


Oleh itu tiada sebab mengapa pendakwaan sukar dijalankan. Mohamad dan Chin Tong berharap siasatan ke atas skandal LCS seterusnya dijalankan dengan segera dan secara telus.

KALAU BOLEH BUNUH MEMANG NAK BUNUH DAH...

 





"Lebih baik bunuh saya" Cewah! Kalau membunuh bukan satu kesalahan, rasanya sebelum masuk mahkamah lagi dah lama dah kena bunuh. Sebab betapa rakyat menderita kesan dari ketirisan suaminya dan dia sendiri menguruskan negara.

Rosmah mengungkit sumbangannya walaupun dia kata tak mahu menyebut sumbangannya. Berapa punya belitlah. Tapi apa sumbangan Rosmah? PERMATA? Apa hasil Permata tu? Yang aku tahu program tu menelan bajet yang besar. Kalaupun ada, sumbangan bukan lesen untuk ambil rasuah.

Boleh baca beritanya di: https://bit.ly/3B8jWtr

Tak timbul soal Rosmah tak diberikan keadilan yang sewajarnya. Mahkamah berlangsung sekian lama. Rosmah dan para peguamnya telah diberi peluang buktikan dirinya bersih dari setiap tuduhan. Tapi peluang itu tidak digunakan sepenuhnya.

Audio "can I advice you something" pun Rosmah tak nafikan secara bersungguh. Bukti-bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa pun tidak mampu disangkal. Yang nampak, Rosmah berusaha untuk singkirkan hakim dan tukar peguam pendakwa. Bila gagal dan didapati bersalah, tagih simpati umum, dakwa diri dianiaya.

Aku bukan gembira Rosmah dipenjara. Aku cuma gembira keadilan dapat ditegakkan. Tapi tetap aku bersedih kerana kerosakan telah berlaku. Rosmah masuk penjara pun, hakikatnya hak rakyat telahpun dicabuli. Hakikatnya, rakyat tetap teraniaya.

Sebab itu pentingnya berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jangan ikut sentimen parti, kaum atau agama. Asal parti ni, undi. Asal Melayu, sokong. Asal berkopiah, pilih. Tak boleh begitu. Kena nilai sikap dan sifat peribadi orang yang nak dipilih.

Sebab kalau pemimpin itu rasuah, kalau ditangkap pun, itu lepas hidup rakyat disusahkan. Kerosakan dah pun berlaku. Nak pulih tak semudah macam nak merosakkan. Penjaralah biar sejuta tahun pun, belum tentu negara akan terus pulih.

Itu kalau dapat ditangkap. Kalau yang jenis licik? Ubah laporan audit macam Najib, macamana nak dakwa? Kita nasib baik PH menang dalam PRU14 dulu. Kalau tidak, sampai detik ini masih berbilion lagi duit negara mengalir masuk ke akaun mereka.

Nak kata fitnah, seluruh dunia saksikan bagaimana borosnya mereka suami isteri berpoya-poya. Kalah bilionair macam Mark Zuckerberg dan Bill Gates. Siap dia hadiahkan lukisan mahal kepada pelakon Hollywood lagi. Beli jam, rantai gelang, dompet, beg tangan dan banyak lagi barangan lain yang harga ratusan ribu.

Kalau tak curi, mana dapat duit tu? Gaji PM takkan dapat menampung keborosan yang sebegitu. Bapa Najib pun bukan bilionair yang wariskan harta yang banyak. Kalau bilionair pun boros macam Najib, memang bakal muflislah nampak gayanya.

Aku harap apa yang berlaku ini jadi pengajaran buat rakyat. UMNO dan BN bukan lagi pilihan dalam PRU akan datang. Terlalu banyak kekotoran yang perlu dibersihkan. Tapi buat masa ini, UMNO tak bersedia untuk buat pembersihan lagi. Guane boh?

Raja Gelap

 

HUHUHU SEDIH......


 

HUHHH...KALAU PAS LAWAN DAP YANG ADA 42 KERUSI....DAPAT LAGI 42 DAH....

 

MOHD SHAH RIM


DAP menang 42 kerusi parlimen, jika PAS bertanding lawan DAP, peluang untuk menang amat cerah.. dah dapat 40 kerusi dah..




KAH..KAH..PAS KUTUK BANGSA LAIN KAW KAW...MULUT HADI AWANG HINA BANGSA LAIN...MASA UNDI NAK BANGSA LAIN UNDI PAS..NI NAK NAK BAGI TAU ...PEEEEEDAHHHHH.TU BANGSA ASING AKAN KATA

 

PAS bermimpi raih sokongan pengundi atas pagar, kata penganalisis





Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Muktamar PAS ke-68 berkata, parti itu berjaya menembusi ‘tembok perkauman’.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata, PAS “bermimpi” jika percaya ia mampu memenangi hati pengundi atas pagar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Felo Majlis Profesor, Jeniri Amir berkata, sangat sukar untuk parti Islam itu meraih sokongan pengundi Cina, serta Sabah dan Sarawak, lebih-lebih lagi selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera yang menjadi punca rasuah di negara ini.

“Tidak mungkin PAS boleh menang lebih 18 kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.

“Akan berlaku terlalu banyak pertandingan berbilang penjuru dalam kalangan parti berasaskan Melayu dan selagi PAS tidak bekerjasama dengan Umno, ia tidak boleh memenangi lebih banyak kerusi,” katanya kepada FMT.

Semalam, Hadi dilaporkan berkata, PAS akan cuba memikat pengundi atas pagar dan bukan Islam dalam PRU15. Katanya, parti Islam itu telah menembusi “tembok perkauman” melalui sayap penyokong bukan Islamnya.

Memberi contoh DAP meletakkan calon India di kawasan majoriti Cina, katanya, tiada sebab PAS tidak boleh mendapat sokongan pengundi Cina.

Seorang lagi penganalisis, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Hadi bahawa parti itu berjaya merapatkan jurang antara orang Islam dan bukan Islam.

Katanya, PAS mungkin tidak berjaya meyakinkan pengundi atas pagar.

“Persepsi PAS telah dibina selama beberapa tahun. Memenangi hati pengundi atas pagar beberapa bulan sebelum pilihan raya tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata.”

SAHIH- MALAYSIA PILIH F-50 BLOCK 20 SEBAGAI JET PEJUANG LCA TUDM


Setelah menjadi perdebatan sama ada Malaysia akan mengambil jet pejuang ringan LCA TEJAS dari India atau Gripen dari Sweden , kini  sumber yang dipercayai telah memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.


FA-50
Pesawat FA-50 buatan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI)


(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menjadi pengguna pesawat pejuang ringan FA-50 yang terbaru, mengikuti jejak langkah beberapa negara termasuk di Asia Tenggara yang memilih pesawat pejuang keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) yang telah pun terbukti di medan peperangan sebenar.

Sumber yang dipercayai memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa, TUDM akan memperolehi varian FA-50 Block 20.

“Confirm,TUDM akan memperolehi pesawat generasi terbaru FA-50 Block 20 yang hampir sama dengan pesawat FA-50 Block 20 ditawarkan oleh KAI kepada Poland,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa varian FA-50 Block 20 adalah paling berkeupayaan dan berkemampuan untuk menangani sebarang cabaran.

FA-50

Baru-baru ini, Poland telah bersetuju untuk memperolehi 48 buah pesawat FA-50 Block 20 daripada KAI selain beberapa sistem persenjataan lain termasuk kereta kebal utama dan self-propelled howitzer K-9.

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia dan Poland itu akan dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang terkini.

Beliau bagaimanapun, tidak mendedahkan dengan lebih lanjut jenis radar AESA dan syarikat yang membangunkan radar berteknologi tinggi tersebut.

Namun sebagaimana yang telah pun diketahui sebelum ini, tidak akan ada sebarang komponen yang diperbuat oleh syarikat-syarikat Israel pada pesawat FA-50 Block 20 Malaysia.

Selain itu katanya, pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

FA-50
Pusat pemasangan akhir pesawat FA-50 milik KAI.

 

Pesawat F-16 yang lebih dikenali dengan panggilan “Viper” itu dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Syarikat KAI dan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang rapat hasil kerjasama mereka dalam membangunkan pesawat latihan lanjutan T-50 Golden Eagle, yang merupakan asas kepada pesawat pejuang ringan FA-50.

Pada masa yang sama kata sumber itu kepada Defence Security Asia, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Mengenai bilangan yang akan diperolehi oleh TUDM, beliau tidak mendedahkannya, tetapi sebagaimana laporan media tempatan sebelum ini, sebanyak 18 buah unit akan diperolehi dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 manakala tambahan 18 unit lagi akan diperolehi pada Rancangan Malaysia ke-13.


FA-50
Sniper Advanced Targeting Pod.

 

Sumber itu enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu. (nanti kita korek lagi)

Bagaimanapun, Defence Security Asia sebelum ini telah menjelaskan bahawa pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 akan turut dilengkapi dengan  “Sniper Advanced Targeting Pod,” yang turut dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Selain itu varian pesawat itu juga akan dilengkapi dengan meriam 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

Admin juga berkeyakinan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang akan diperolehi oleh TUDM akan turut dilengkapi dengan kemampuan Beyond Visual Range (BVR) iaitu peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM, sebagaimana yang akan diperolehi oleh Poland.

Varian pesawat FA-50 Block 20 sebelum ini juga dilaporkan akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) iaitu “ Cobham Mission System” yang dibangunkan oleh syarikat Cobham daripada United Kingdom.

FA-50
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

TOK MAT TAK USAH TAMAK, KJ LEBIH MERUPAKAN ASET UMNO BERBANDING DIRINYA

 

Berikutan diminta oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau, Mohamad Hasan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ mengumumkan beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 akan datang nanti.

“Oleh kerana beliau (Mohamad atau Tok Mat) adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya timbalannya, jadi beliau telah minta saya cari tempat lain sebab dia kata dia nak bertanding di Rembau. 

“Saya tidak ada halangan,” kata KJ menjawab pendiriannya berhubung permintaan Tok Mat itu.

Meskipun diminta oleh Tok Mat untuk mencari kawasan lain, tetapi menurut Menteri Kesihatan itu, beliau tidak terfikir untuk berbuat demikian kerana telah berpolitik di Rembau sejak lebih 20 tahun lalu dan menjadi Ahli Parlimen pula selama 15 tahun.

“Senario terburuk ialah saya tidak bertanding,” tambah menantu Tun Abdullah Badawi itu lagi.

Semalam Tok Mat mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Rembau dalam PRU15 akan datang, selain turut kekal mempertahankan kerusi DUN Rembau yang dipegangnya sejak 2004 lalu.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan berkata, sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau perlu bertanding di kerusi Parlimen dalam PRU akan datang ini agar dapat memainkan peranan dalam politik di peringkat kebangsaan.

Dalam erti kata lain, Tok Mat mahu bertanding dua kerusi serentak dalam PRU15 akan datang.

Soalnya, kenapa tamak sangat sampai hendak bertanding dua kerusi sekaligus?

Tak bolehlah pilih satu saja – Parlimen Rembau atau DUN Rantau?

Apa yang nyata, dengan luahan keinginan Tok Mat mahu bertanding dua kerusi itu, malah sudah meminta KJ memberi laluan kepadanya, akhirnya fahamlah kita kenapa beliau selama ini begitu bersungguh-sungguh mahu pemilihan UMNO dilewatkan dan PRU15 mesti diadakan terlebih dahulu.

Sebagai orang yang menyebabkan BN Negeri Sembilan kalah pada PRU14 lalu ketika memegang jawatan Menteri Besar, jika pemilihan UMNO doadakan terlebih dahulu, ditambah dengan kedudukannya tanpa jawatan dalam kerajaan ketika ini, tidak mustahil beliau tidak mampu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang dipegangnya sekarang.

Kalau hilang kedua-dua jawatan itu, maka melepaslah peluang untuk bertanding dalam PRU nanti.

Rupa-rupanya dengan beria-ia mahu PRU15 diadakan terlebih dahulu, Tok Mat bukan sekadar mahu mengekalkan kerusi DUN Rantaunya, malah juga “merampas” kerusi Parlimen Rembau daripada timbalannya sendiri.

Ini dengan sendirinya menunjukkan Tok Mat mempunyai keghairahan yang tak terkawal ingin membolot jawatan dalam kerajaan selepas PRU akan datang – di pusat dipasangnya pukat, di negeri pun nak diletakkan lukah.

Kepada Tok Mat, pepatah ada mengingatkan – orang tamak selalu rugi – jangan nanti jawatan di pusat terlepas kerana BN tidak menang PRU akan datang, jawatan di negeri pun gagal diperolehi lantaran kerajaan negeri sedia ada mampu mengekalkan kuasanya lagi.

Apa yang Tok Mat harus sedar ialah selain beliau boleh dikategori sebagai pemimpin yang gagal kerana BN Negeri Sembilan tidak mampu dipertahankannya pada PRU14 lalu, beliau juga bukanlah pemimpin masa depan kerana faktor usianya serta tidak memiliki sebarang “wow factor” yang memukau.

Dengan itu, meskipun bertanding di kerusi Parlimen dan jika ditakdirkan BN menang sekali pun, haruslah disedarinya bahawa “poster boy” dan calon Perdana Menteri ialah kekal milik Perdana Menteri sedia ada iaitu Ismail Sabri Yaakob.

Bermakna, sementara Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi terkekang kerana 87 kes mahkamah sedang menunggunya, adalah mustahil untuk Tok Mat mengharapkan dirinya dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Untuk menaruh harapan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pula, ia bergantung kepada pertimbangan Ismail Sabri menentukannya.

Adakah Perdana Menteri sedia melantik beliau sebagai timbalannya?

Dalam hal berkaitan, berbanding Tok Mat, KJ lebih merupakan gambaran aset parti masa depan, disukai oleh generasi muda serta terbukti sebagai antara menteri yang berwibawa, tak kira apa juga portfolio diserahkan kepadanya.

Jila KJ akhirnya memilih untuk tidak bertanding disebabkan ketamakan yang tak terbatas oleh Tok Mat ingin membolot semua, risiko yang tak terduga yang mungkin menimpa UMNO ialah kalah lebih teruk berbanding PRU sebelum ini.

Tok Mat jika dibandingkan dengan KJ, beliau sebenarnya tiada apa-apa yang istimewa dimilikinya, kecuali loghat nogorinya saja yang lebih pekat berbanding KJ. – ShahbudinHusin 04/09/2022.



NAK PERCAYA KEPADA PAS ? ‘PH TIDAK LINDUNGI PERASUAH TETAPI PAS SOKONG UMNO PENUH RASUAH’

 

DRAF RUU355 HANYA MODAL PROPAGANDA PAS


JANGAN BERANGAN LA HADI- BARU 2-3 HARI LEPAS KUTUK BANGSA ASING DAN RASUAH. HARI NI CAKAP NDAK SOKONGAN BANGSA ASING...MEMANG DAK LA HADI- BANGSA ASING CERDIK DALAM POLITIK.TAK MACAM PAS...TIPU KUAT.

 

Tak mustahil PAS mampu tarik pengundi bukan Islam, kata Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu menggunakan pendekatan bijaksana untuk menarik pengundi bukan Islam.

ALOR SETAR: PAS menggunakan pendekatan bijaksana untuk menarik pengundi bukan Islam khususnya mereka yang tidak berparti mengundi calon Islam.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, usaha menarik kumpulan itu untuk memilih calon Islam dari PAS bukan sesuatu yang mustahil, mengambil contoh tindakan DAP mencalonkan wakil India bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina.

“Akhir-akhir ini kita dapat menembusi masyarakat, akhirnya kita dapat memecahkan tembok dengan bukan Islam, kita ada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

“Kalau DAP boleh lantik calon India di kawasan Cina, kenapa kita tak boleh tarik orang Cina sokong kita bila PRU (pilihan raya umum), ini kelemahan perlu kita atasi,” katanya dalam ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-68.

Hadi turut menggesa ahli parti itu mengurangkan lawan dan tidak menambah musuh dalam perjuangannya sebaliknya sentiasa mendekati parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari kaum lain melalui DHPP.

“Cari parti, cari NGO termasuk yang bukan Islam, tetapi jangan cari yang berkelahi dengan kita, akhirnya Islam berdaulat, Islam berkuasa,

“PAS ambil pendekatan perpaduan ummah, mengajak parti Islam kurang ekstrem untuk melakukan perubahan,”katanya.


WAN FAUDZIN- TIKTOK-BEZA KES NAJIB DAN GUAN ENG- PAS PENING KEPALA


 

TIKTOK-NEGERI DI BAWAH PAS HANYA AKAN BUBAR SELEPAS BULAN MAC TAHUN HADAPAN


 

TIKTOK-WAN FAUZDIN -PAS BUAT APA HARI INI