PAYAH PAYAH AYAH HADI JA LAH BAGI JADI TPM....DOK SAJA JA JADI DUTA..JADI TPM BOLEH UBAH BANYAK BENDA...5 HARI SELESAI MASAALAH NEGARA...PTPTN PUN HAPUS...TAK GITU ?

 

Rujuk Takiyuddin, dia draf perjanjian jawatan TPM’, Muhyiddin beritahu Hadi




Muhyiddin Yassin berkata Abdul Hadi Awang boleh memeriksa dengan
 Takiyuddin Hassan kerana beliau individu bertanggungjawab
 menggubal draf perjanjian jawatan timbalan perdana menteri.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi Awang merujuk kepada Takiyuddin Hassan berhubung kewujudan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri sebagaimana heboh diperkatakan kini..

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS adalah individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian itu.

Katanya, selain Takiyuddin, saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dan Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa.

“Tandatangan diturunkan oleh perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob), disaksikan oleh Annuar Musa dan saya bagi PN disaksikan oleh Hamzah serta ramai lagi pimpinan parti yang hadir.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi, mungkin tok guru (Hadi) boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri sebenarnya adalah ‘draftman’ kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Semua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri program Kenduri Rakyat PN Perak di Manjoi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menjawab soalan pemberita mengenai keperluan untuk jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan semula ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir dan rakyat dibelenggu kos sara hidup yang tinggi.

Terdahulu, Hadi yang juga presiden PAS berkata tidak wujud perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan antara PN dengan Ismail dan tiada keputusan dicapai.

Perkara mengenai jawatan itu turut dibangkitkan bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang mendakwa perjanjian antara PN dengan Ismail memang wujud.

Marzuki mendakwa, beliau terbabit secara langsung dalam penyediaan perjanjian antara PN dengan Ismail, selain mendedahkan perjanjian itu ditandatangani Muhyiddin dan Ismail pada 17 Ogos 2021 dengan disaksikan seorang menteri daripada Bersatu dan Umno.

Muhyiddin berkata, selain jawatan timbalan perdana menteri, kandungan perjanjian itu antara lain menyentuh bilangan jawatan dalam Jemaah Menteri, khususnya kuota parti.

“Itu sebahagian daripada perjanjian dan sebab itu apabila Zuraida Kamaruddin (menteri perusahaan perladangan dan komoditi) keluar Bersatu, maka wajarlah kuota itu diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu.

“Jadi, kita tidak tuntut lebih. Yang kita kemukakan kepada perdana menteri adalah apa yang termaktub dalam perjanjian,” katanya.

ALAA BANGKHAI- PEDULI LA DENGAN SUMPAH BA"IIAH BAGAI...JANJI PERUT KENYANG DULU.

 


‘Masuk Umno atau tidak, itu nombor 2’, kata Khairuddin




Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali masih
 mengambil sikap ‘kunci mulut’ berhubung percaturan politik termasuk
 perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.

KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Aman Razali masih mengambil sikap “kunci mulut” berhubung percaturan politik beliau termasuk perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Meskipun dilihat “mesra Umno” selepas mengumumkan keluar daripada PAS pada Mac lepas, beliau masih berteka-teki mengenai haluan perjuangan politiknya.

“Masuk Umno atau tidak, itu jatuh nombor dua…yang penting sekarang, fokus saya untuk rakyat di Kuala Nerus.

“Saya sentiasa membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan, macam hari ini saya berterima kasih kepada Umno Terengganu dan Bahagian Kuala Nerus kerana mahu menghulur tangan bersama dalam melaksanakan program untuk rakyat,” katanya kepada pemberita pada Program Korban Perdana #Keluarga Malaysia Kuala Nerus yang turut dihadiri Ketua Umno Terengganu Ahmad Said.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

Ahmad pula berkata, program itu adalah manifestasi konsep penyatuan ummah demi kebaikan rakyat yang melangkau ideologi politik.

“Umno Terengganu berharap lebih banyak program kerjasama sebegini akan dibuat di kawasan lain selepas ini. Kita nak berpolitik masa pilihan raya tak apalah, lepas tu kena utamakan rakyat,” katanya.

Khairuddin menyumbangkan 12 ekor lembu manakala Umno Kuala Nerus menyumbangkan 10 ekor dalam program korban perdana itu.

Siapa Tuntut Jawatan TPM, Tambah Menteri? Asyraf Bidas Wan Fayhsal #MGFlash


Siapa Tuntut Jawatan TPM, Tambah Menteri? Asyraf Bidas Wan Fayhsal #MGFlash Siapa yang menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan mahu menambah jawatan Menteri walaupun Kabinet sudah melebihi 70 orang? Itu soalan yang dilontarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bagi membidas kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menuduh pemimpin UMNO rakus kuasa.




TERKINI! KENYATAAN PADU YB MUJAHID YANG SELALU DI FITNAH!


KENYATAAN TERKINI DARI YB MUJAHID YANG TERBAIK DAN PADU!! LANGKAH SAITAN ADALAH LANGKAH RAKUS KUASA DAN GILAKAN JAWATAN SEMATA-MATA!!

.KAUM INDIA LEBIH TERUK KETIKA INI BERBANDING 2017


RAMALAN DAIM TAK SETAJAM DULU

 

SAMSUDIN NAWAWI




PRU yang sudah2, apabila Daim membuat ramalan dan analisa, kalau tidak 100% tepat pun, 80% betul. Maknanya analisa yang dapat markah A. Kalau bukan A+ pun, A- pun A juga.

Kenyataan Daim ini akan menjadi perbahasan mungkin juga polemik dalam seminggu dua akan datang. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu perkara biasa.

Kita tengok metar macai2 Umno/BN nak ulas apa dulu.

Apa yang saya nak ulas sebagai pembuka gelanggang, Umno ini masa depan jangka pendek nya bergantung kepada 2 institusi.

1. RoS untuk luluskan pindaan perlembagaan adakan pemilihan dalam tempoh 6 bulan selepas PRU. Kalau tak lulus, terpaksa lah hadapi berperang sesama sendiri dahulu sebelum berperang pula dengan orang lain dalam PRU.

2. Mahkamah. Bergantung nasib dengan keputusan yang bakal diberikan kepada bekas Presiden dan current President. Kalau mahkamah kata lepas, ada effect nya. Kalau mahkamah kata ke dalam pun ada effect nya.

Ayuh....sila masuk.

 

BAKAQ KELAMBU

 

NIZAM JENTIK JENTIK



Sedih bila kami dapat tau Crackhouse Comedy Club digantung operasi... Semua ini disebabkan seorang wanita yang membuat aksi provokatif dan menyebarkannya di sosial media... Beberapa soalan yg banyak saya dapat...

1. Saya kenal ke perempuan ni? - Saya tak kenal... Malam Openmic adalah malam sape-sape bole request slot untuk perform... Kami kenal orang yang familiar faces saja iaitu rakan rakan komedi kami... Wanita tersebut baru pertama kali menjejakkan kaki di Crackhouse...

2. Kenapa tak halang persembahan tu sebelum dia bukak baju? - Everybody in shocked of what happen there, Crackhouse tiada bonzer, hanya ada hos, waiter, tukang jaga pintu, tukang jaga sound (selalunya orang yg sama dengan jaga pintu), dan tukang jaga F&B... And everybody in shocked masa tu... Dan tak ganggu semata mata menghormati masa 3 minit yg telah diberi pada dia... Lagipun tindakan banned wanita tersebut telah dibuat immediately after the performance...

3. Kenapa da viral baru sibuk nak buat report polis, padahal video tu da 3 minggu dipost oleh that lady? - Kami pun taktau dia da post sebab tiada antara kami yang ada mutual friend dengan dia, and kami taktau persembahan itu dirakam oleh husband dia... Hal merakam ni kami telah kuatkuasakan kepada tetamu, tidak boleh merakam apa saja persembahan komedian... Komedian saja dibenar merakam, itupun utk record peribadi...

4. Betulke Crackhouse ni tempat komedian hina melayu dan islam? - Tidak, ada je komedian cerita pasal anjing belaan, family, vacation, neighbours, life after wedding, dan macam2 lagi.. semuanya adalah semata mata utk lawak dan hiburan... Saya banyak je clean jokes perform kat sana, youtube ada banyak rujukan dan bole tengok, taip je Nizam Jentik Jentik...

Kami da bertahun jadikan @crackhousekl tempat untuk kami menghiburkan hampir berpuluh ribu penonton dari dulu lagi, dan tempat utk kami asah bakat, dan dari tiada apa2, sehingga berjaya dalam.industri komedi... with familiar faces seperti @thedouglaslim @harithiskander @drjasonleong @fakkahfuzz @mad_sabah @shavshic @kcnazari @hilmyashley @rayzamukmin @faridazmeir @phoonchiho @prakashdanielcomedy @kavinjay dan ramai lagi...

After all, SHE IS NOT A STAND UP COMEDIAN...

 

GILA DULU DAN GILA SEKARANG

 




A.KADIR JASIN


Gila Dulu dan Sekarang

1. Dulu mudah. Orang tidak siuman atau kurang siuman dipanggil orang gila. Ada juga disebut kes mental.

2. Orang gila yang bercakap sendiri, berpakaian koyak-rabak dan berjalan ke hulu hilir tanpa membahayakan orang ramai, dibiarkan begitu saja.

3. Yang gila sekali-sekala, macam gila meroyan, akan dikurung di dalam rumah apabila terjadi kegilaannya. Kalau tidak terkawal juga, akan diikat pada tiang rumah.

4. Yang betul-betul teruk dan membahayakan orang ramai barulah dihantar ke rumah sakit otak atau hospital gila.

5. Saya dah tak ingat bila, tapi lama-kelamaan istilah macam orang gila, rumah sakit otak dan hospital gila tidak dibenarkan lagi.

6. Sebelum istilah dan nama macam itu dihentikan penggunaannya, semua orang tahu ada dua buah hospital sakit mental atau hospital gila di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu di Tanjong Rambut, Perak dan Tampoi, Johor.

7. Tidak tahulah pasal apa penjajah Inggeris mendirikan hospital itu di Perak pada 1910 dan Johor 1915. Boleh jadi kerana pentadbiran kolonial mempunyai kepentingan ekonomi yang besar di kedua-dua buah negeri itu dan mereka mendapati ada banyak orang gila.

8. Sekarang hospital psikiatri Tanjong Rambutan dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta dan hospital psikiatri Tampoi ditukar menjadi Hospital Permai. Terpulanglah kepada masing-masing memberi erti kepada apa yang dimaksudkan dengan bahagia dan permai itu.

9. Banyak laporan mengatakan semakin ramai penduduk Malaysia mengalami masalah psikiatri sehingga membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan orang sekeliling mereka.

10. Tapi saya berpendapat, di Malaysia kita ini, hanya orang gila saja yang mempersendakan agama sendiri, apatah lagi agama orang lain. Tak kiralah di mana dan untuk tujuan apa. Lagilah orang Islam yang mengaku hafal lebih separuh al-Quran lepas itu telanjang separuh.

11. Masalahnya, jika seseorang itu disahkan gila oleh pakar psikiatri, dia tidak boleh dibicarakan oleh mana-mana mahkamah undang-undang atau dikenakan apa-apa tindakan kecuali rawatan psikiatri di rumah sakit otak. Jadi berhati-hatilah kalau nak buat gila. Padahnya buruk.

Wallahuaklam.

Penerangan gambar berbunyi: Hospital Mental Baru Tampoi, Johor. Blok Pentadbiran (1937)

 

MASA ADA KUASA DIA MINTA KUASA. ADA KUASA KENCING SENTIASA


MOHD MUKHLIS


 Masa ada kuasa dia bilang tak ada kuasa nak hapus, bila tak ada kuasa dia minta bagi 5 hari pula untuk tunjuk kuasa.

Lebai kalau dia bercakap 10, 11 jangan percaya. Ini semua tercekik sagonnnnnnnn. Demikianlah..


PROFF AGUS YUSOF : NOTA PERSARAAN: BEBERAPA CATATAN POLITIK



1. Hari ini, 11 Julai, saya secara rasminya bersara. Sebagai mengakhiri khidmat, saya perturunkan catatan saya tentang politik negara. 


*************


2. Tahun 1985 semasa saya baru bertugas, berlaku tragedi Memali. Satu sebab utamanya ialah kesan amanat seorang pemimpin PAS yang diucapkan di Kg Banggol, Peradong pada April 1981. Bahaya amanat ini. Dan amanat ini sampai sekarang belum lagi ditarik balik.


3. Demokrasi Malaysia juga begitu. Selama 37 tahun saya menilainya hanya prosedural, setakat ada pilihan raya secara berkala sahaja. Dari dahulu, ada sahaja akta yang menyekat keberanian rakyat untuk bersuara.


4. Mengkritik dan menegur kerajaan, ISA menanti walaupun ISA sebenarnya bertujuan untuk menangkap dan menahan tanpa bicara mana-mana orang yang memudaratkan keselamatan negara atau mana-mana perkhidmatan perlu di dalamnya atau kedudukan ekonominya.


5. Biarpun begitu tujuan ISA, mengkritik kerajaan dan mempertahankan hak-hak asasi manusia juga dianggap sebagai memudaratkan keselamatan negara. Oleh sebab itulah, ramai yang bertentangan dengan kerajaan di bawah ISA.


6. Setelah ISA dimansuhkan, saya membayangkan rakyat akan mempunyai ruang untuk berhimpun dan bersuara. Ruang itu memang ada sekarang, tetapi tetap dibataskan dengan pelbagai akta dan sekatan baru. Ekspresi demokrasi mandul lagi.


7. Ini yang membimbangkan saya. Saya bimbang sekiranya intelektual tidak berani bersuara lagi dan menjadi bisu untuk menegur kerajaan. Saya sendiri merasakan begitu. 


8. Kawan-kawan dalam politik yang berjawatan, apabila ada sedikit perbezaan pendapat tidak lagi bertegur sapa, dan tidak lagi menjawab pesanan WhatsApp. Saya harap pemimpin kita selepas ini berjiwa besar dan bersedia meraikan perbezaan pendapat, apatah lagi apabila perbezaan itu adalah berkaitan dengan hal-hal pengurusan negara.


****************


9. PRU-15 menghampiri. Semua parti ada masalah masing-masing. Pun begitu, sejujurnya jika diadakan PRU sekarang, BN mempunyai kelebihan kerana kuasa incumbentnya, dan parti oposisi pula dalam keadaan keliru antara perlu khemah besar atau sebaliknya.


10. Saya menolak khemah besar. Parti politik yang kuat di Malaysia cuma UMNO, PAS, PKR dan DAP sahaja. Parti-parti lain kecil, tidak ada akar umbi yang kuat, dan bukan bersifat nation-wide parties.


11. Dalam PRU akan datang, saya berharap hanya dua gabungan parti sahaja bersaing—BN dan PH. Oleh itu, PH hanya perlu ada PKR, DAP, Amanah dan UPKO sahaja. UPKO kerana ia bersama PH sejak tahun 2018 dan tidak melakukan pengkhianatan kepada PH. MUDA juga boleh dipertimbangkan kerana MUDA juga belum ada sejarah mengkhianati PH.


12. Jika PN bertanding sebagai gabungan ketiga, itu lagi menarik. Rakyat akan menilai parti pilihan masing-masing. Sekiranya Bersatu tidak membuat impak dalam PRU-15, maka setakat itu sajalah Bersatu signifikan dalam politik Malaysia.


13. Pejuang, biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa DSAI, dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan, jika menang, bagi saya hanya khayalan sahaja.


**************


14. Saya menaruh harapan besar untuk politik Malaysia berubah setelah PH menang dalam PRU-14. Saya mengharapkan berlaku pendemokrasian politik Malaysia. Malangnya, ia tidak berlaku. Dan lebih malang lagi setelah beberapa polisi kerajaan PH ketika itu melanggar manifesto Buku Harapan dan memijak intelek rakyat, ramai ahli parlimen dan menterinya diam tidak bersuara.


15. Bahaya kuasa ini, ia membuatkan pemimpin yang sebelum ini melaungkan reformasi menjadi kaku dan terkunci mulut. Mujurlah berlaku Langkah Sheraton, setidak-tidaknya pemimpin yang kehilangan kuasa tadi mendapat pengajaran daripadanya, jika mahu sedar.


16. Rakyat lega apabila kerajaan berubah. Harapan rakyat agar kesilapan kerajaan BN dan PH tidak diulangi. Namun, yang berlaku tetap sama. 


17. Selain Covid-19 yang memangsakan kerajaan PN, kerajaan ini juga membonsaikan demokrasi. Tidak mahu mendengar jeritan rakyat, mengamalkan tindakan dua darjat, membentuk kabinet gemuk dan melantik duta khas yang entah apa fungsinya, menutup parlimen, dan lain sebagainya.


18. Kerajaan Keluarga Malaysia juga begitu. Kabinetnya gemuk, ada duta khas yang keberkesanannya tidak jelas, dan pelantikan pelbagai jawatan yang melukakan perbelanjaan negara dalam keadaan rakyat menghadapi kesusahan hidup.


19. Negara sebenarnya bermasalah. Kita menghadapi inflasi. Inflasi adalah keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebaliknya daya beli mata wang turun. Inflasi mencerminkan ketika harga barang dan perkhidmatan naik, mata wang akan kehilangan nilainya kerana hanya mampu membeli lebih sedikit barang berbanding sebelumnya.


20. Bagi mengawal inflasi ini, maka kerajaan menaikkan OPR. Ahli ekonomi bersetuju peningkatan OPR sebagai langkah terbaik untuk ‘menjinakkan’ peningkatan indeks harga pengguna (IHP) dan kemerosotan kadar tukaran ringgit.


21. Namun, menaikkan OPR ini ada kesan negatifnya. Rakyat yang mempunyai pinjaman bank akan terbeban. Rumah dan kereta akan banyak tidak terjual kerana bunga pinjaman yang meningkat.


22. Oleh itu, kerajaan perlu “address supply side issues by allowing goods and services to flow easily to meet demand.” Kerajaan perlu mengumpulkan pakar ekonomi dari universiti, untuk memikirkan langkah mengatasi masalah rakyat ini. 


23. Tolonglah jangan biarkan rakyat menjerit, kelaparan dan sakit. Bagi menjimatkan ketirisan ekonomi, kerajaan perlu menghentikan amalan mencipta kartel, monopoli dan kroni. Berubahlah!


*************


24. Kepimpinan politik menentukan maju atau mundur sesebuah negara. Pada tahun 1994, berlaku genosid di Rwanda yang mengorbankan 500 ribu kaum Tutsi oleh militia Hutu. Apabila Paul Kagame menjadi presiden pada tahun 2000, beliau membangunkan Rwanda sehingga menarik kedatangan pelancong dan menjadikan pelancongan sebagai pendapatan utama Rwanda. 


25. Selain itu, Rwanda sekarang adalah hab tekonologi bagi Afrika. GDP nominalnya juga meningkat laju dari US$127 pada tahun 1994 kepada US$909.9 pada tahun 2022. Begitu juga Indonesia di bawah Jokowi sekarang. Negaranya begitu pesat membangun dan ini adalah disebabkan oleh kepemimpinan negaranya.


26. Malaysia juga perlu mempunyai pemimpin yang hebat jika mahu negara maju. Sekiranya saya ditanya siapa pilihan terbaik untuk mengendalikan negara, jika dari UMNO saya akan menyebutnya YB KJ. Beliau berani, tegas dengan pandangannya, artikulatif, cerdik, dan berwibawa untuk mewakili negara di persada antarabangsa.


27. Jika secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira parti mana yang menang nanti, pilihan pertama saya adalah DSAI. Dalam tulisan sebelum ini, saya telah memberikan empat alasan kenapa saya memilih beliau. 


28. Kali ini, tanpa mengulanginya, saya memilih DSAI kerana beliau berpengalaman, bernyawa dengan denyut nadi rakyat, dan mempunyai jiwa reformasi. Ssaya yakin beliau boleh membawa Malaysia ke arah kecemerlangan dan berintegriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia.


************


29. Saya sedih untuk meninggalkan mahasiswa saya. Merekalah sumber kekuatan dan semangat saya untuk berkarya. Dalam setiap kuliah, saya sering menyampaikan pesan-pesan saya. 


30. Bagi mahasiswa PhD pula, dalam setiap pertemuan, saya yakinkan mereka, saya tidak akan tinggalkan mereka. Mereka bukan setakat harta dan kasih saya, tetapi harta negara. Saya berdoa agar mereka terus maju. 


31. Panjang catatan persaraan saya. Maaf, jika ada yang berbeza pendapat. Salam Aidil Adha.


KISAH SRI LANKA-AMBIL IKTIBAR UNTUK PEMIMPIN.


 

ISU BUKIT INAS : TANYA PIMPINAN PAS- JANGAN PUTAR LAGI


 

PAS TIPU SANA TIPU SINI


 

MAHATHIR BERLAKON LAGI- TULAR VIDEO DIA CUBA NAK BERBAIK DENGAN ANWAR


 

8 BENDA AJAIB DUNIA- KINI MUNCUL 1 DI MALAYSIA


 ISH, ISH.. Macam-macam benda pelik berlaku di MAlAYSIA!


Zunar cartoonist fan club.


*PEMIMPIN PENJAJAH BARU RAKYAT*

 ✨Cerita menteri🇲🇾 buat Rakyat🇲🇾


Julai 2022 Peristiwa Hitam Buat Rakyat 


Seronok jadi orang politik…tipu sana tipu sini jadi kaya

*PEMIMPIN PENJAJAH BARU RAKYAT*


Senangkan nak kaya di sini. Masuk politik tipu org kampung, org susah dan org yg kurang pendidikan… katakan ini demi bangsa mu. Tak perlu stress berniaga utk jadi senang atau jadi kaya. 


Inilah kaya ala Melayu. Ada lesen dipajakkan, ada kontrak di sub kan, jadi pemimpin bolot projek dan akhirnya begitu ramai berebut2 utk menjadi pemimpin politik kerana di negara ini org politik dianggap insan istimewa.


Org lain mencuri RM100 dtg mahkamah digari tetapi pemimpin politik masih diiring seperti VIP. Org miskin curi susu masuk penjara tapi org politik curi beratus juta bebas ke sana sini…Kadang2 tertanya tanya mana nak dapat borang keahlian menjadi VIP politik.


Begitu mudah rakyat diperbodohkan… dulu zaman Najib kutip GST berpuluh billion setahun, yg dipulangkan kembali kpd rakyat melalui BRIM tak sampai RM 7 billion.


Skg Mail pun nak buat perkara sama.. ditarik subsidi berbillion minyak masak dan diberi bantuan hanya RM100 utk golongan B40…


Jadi Menteri di sini paling mudah selesaikan masalah rakyat. Bila harga gula meningkat Menteri saran jgn makan gula sb bahaya, bila harga ayam dan sayur naik, MB suruh rakyat tanam sayur dan ternak binatang, bila rakyat rungut air keroh, TMB kata tak ada org mati mandi air keroh…


Jenis Menteri Malaysia bukan fikir nak selesaikan masalah tapi fikir bagaimana nak beri alasan. Maka bila tiada niat bersungguh utk rakyat alasan2 bodoh pun muncul.


Lepas itu ugut rakyat kalau tak bayar zakat tanpa melalui kerajaan berdosa, Najib pula kata siapa tidak bayar cukai mereka adalah pengkhianat negara tapi diri sendiri berbillion tidak bayar cukai, ada Menteri pula suruh askar tanam sayur bukan fikirkan bagaimana utk meningkatkan elaun anggota tentera atau mengawal inflasi.


Ada tak PM dan Menteri kita ini bagi pandangan kita kena perang habis habisan gejala rasuah yg buat negara rugi berpuluh billion setahun? Ada tak mereka kata kita kecilkan Kementerian utk jimatkan billion wang rakyat? Nahee…


Yg mereka buat lantik org2 politik dgn pelbagai jawatan GLC dgn gaji ratusan ribu. Lantik kroni dgn gaji ratusan ribu sehari. Lantik juga Menteri dgn Pengerusi GLC dan sebagainya. Mereka lakukan utk kepentingan kuasa mereka.


Bila duit sudah tiada bila digunakan utk segala kemewahan, mereka hentikan subsidi, mereka hentikan penetapan harga siling… mereka peduli apa? Duit beratus juta dan berbillion di dlm bank dlm dan luar negara.


Yg merana rakyat dijadikan hamba kerana mereka tahu jiwa rakyat masih ramai berjiwa hamba. Mereka tahu kelemahan rakyat ada 3 perkara bila menjelang PRU nanti. Pertama dirasuahkan dgn ringgit, kedua dimainkan isu bangsa dan ketiga dimainkan isu agama… selesai segala penipuan.


Yg sedih mereka hentikan pemberian subsidi rakyat terpaksa tanggung sendiri. Rakyat kena kerja siang malam cari duit tambahan utk tanggung inflasi. Pemimpin pula terus naikkan gaji hasil duit rakyat dan hasil pembohongan kpd rakyat.


Sudahkah kita merdeka jika masih mudah ditipu dan ditindas? Sudahkah kita merdeka jika kadar kemiskinan masih tinggi? Kita sekarang sebenarnya telah dijajah oleh pemimpin kita sendiri.


Rakyat bekerja kuat gaji sedikit, pemimpin kerja sedikit gajinya besar. Bangkitlah rakyat Malaysia… bukan suruh kamu berperang tetapi kita kena suarakan. Negara kita ini kaya tetapi kenapa tidak berduit tetapi kenapa pemimpin yg kaya raya?


Jika kita tidak bersuara esok atau lain kali kalian akan terus ditindas. Jgn dipenjarakan suara mu kerana itu tandanya kau memperhambakan ketakutan mu. Bersuaralah….


🙄🤔🤐🤐🤐🤷🏻‍♂️🤷🏻‍♂️🤷🏻‍♂️


ISLAM TERANCAM..MENTERI AGAMA MANA PEE..LENA KA APA...WOIII ISLAM TERANCAM...KAH..KAH..KAH..WALAUN TETAP DIAM DAN MENCARI DALILL



KALAU TERJADI DIZAMAN PH..MEMANG TAK TIDOQ MALAM LA WALAUN ULAS SIANG MALAM PAGI PETANG SIAP  KAPIRKAN ORANG..PUNYA CILAKA PUAK PUAK INI MENGELUARKAN HUKUM IKUT SUKA HATI DAN MEMFITNAH.