PAYAH PAYAH AYAH HADI JA LAH BAGI JADI TPM....DOK SAJA JA JADI DUTA..JADI TPM BOLEH UBAH BANYAK BENDA...5 HARI SELESAI MASAALAH NEGARA...PTPTN PUN HAPUS...TAK GITU ?

 

Rujuk Takiyuddin, dia draf perjanjian jawatan TPM’, Muhyiddin beritahu Hadi




Muhyiddin Yassin berkata Abdul Hadi Awang boleh memeriksa dengan
 Takiyuddin Hassan kerana beliau individu bertanggungjawab
 menggubal draf perjanjian jawatan timbalan perdana menteri.

PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meminta Abdul Hadi Awang merujuk kepada Takiyuddin Hassan berhubung kewujudan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri sebagaimana heboh diperkatakan kini..

Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS adalah individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian itu.

Katanya, selain Takiyuddin, saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dan Ketua Umno Ketereh, Annuar Musa.

“Tandatangan diturunkan oleh perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob), disaksikan oleh Annuar Musa dan saya bagi PN disaksikan oleh Hamzah serta ramai lagi pimpinan parti yang hadir.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi, mungkin tok guru (Hadi) boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri sebenarnya adalah ‘draftman’ kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

“Semua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri program Kenduri Rakyat PN Perak di Manjoi.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menjawab soalan pemberita mengenai keperluan untuk jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan semula ketika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin hampir dan rakyat dibelenggu kos sara hidup yang tinggi.

Terdahulu, Hadi yang juga presiden PAS berkata tidak wujud perjanjian pelantikan timbalan perdana menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan antara PN dengan Ismail dan tiada keputusan dicapai.

Perkara mengenai jawatan itu turut dibangkitkan bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang mendakwa perjanjian antara PN dengan Ismail memang wujud.

Marzuki mendakwa, beliau terbabit secara langsung dalam penyediaan perjanjian antara PN dengan Ismail, selain mendedahkan perjanjian itu ditandatangani Muhyiddin dan Ismail pada 17 Ogos 2021 dengan disaksikan seorang menteri daripada Bersatu dan Umno.

Muhyiddin berkata, selain jawatan timbalan perdana menteri, kandungan perjanjian itu antara lain menyentuh bilangan jawatan dalam Jemaah Menteri, khususnya kuota parti.

“Itu sebahagian daripada perjanjian dan sebab itu apabila Zuraida Kamaruddin (menteri perusahaan perladangan dan komoditi) keluar Bersatu, maka wajarlah kuota itu diisi oleh Ahli Parlimen Bersatu.

“Jadi, kita tidak tuntut lebih. Yang kita kemukakan kepada perdana menteri adalah apa yang termaktub dalam perjanjian,” katanya.

No comments: