PENDATANG

 













PENDATANG

1. Bila sebut mengenai pendatang, ramai yang tersentap. Ada yang kata benda ni sensitif untuk dirungkap.

2. Pada saya, suatu masyarakat itu akan lebih matang dan berjaya, kalau mereka boleh “address the sacrosanct”. Bukan dengan emosi dan retorik semata2. Tetapi dengan sifat kritis dan terbuka.

3. Apa itu “sacrosanct”? Ia ialah perkara2 yang kita sebut “elephant in the room”. Benda yang punya besar gedabak depan mata, tapi tak ramai yang berani sentuh.

4. Hari ni saya nak address “the elephant in the room”. Isu mengenai pendatang.

5. Pada saya senang. Bila menilai suatu isu, kita selalu kena rujuk sejarah. Akan ada suatu di zaman silam, yang kita boleh belajar.

6. Pendatang ni bukan benda baru. Kalau kita tengok Kesultanan Johor dan Riau, punya jajahan besar. Termasuk Pulau Singapura. Tapi sayang, kerana tipu helah British ia terlepas jua.

7. Berbekalkan duit elaun bulanan kepada Sultan dan Temenggong, Singapura digadai selamanya. Ia bukan macam Hong Kong, China gadai hanya 99 tahun.

8. Singapura terlepas dari tangan Sultan “forever” ya. Puncanya, pergaduhan sesama puak dan mengejar kuasa dan wang ringgit. Sampai hilang tanah jajahan.

Boleh baca posting terdahulu mengenainya:

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/571537464360388/?d=n

https://www.facebook.com/100045124192657/posts/572732477574220/?d=n

9. Apabila tanah itu bukan milik kita, kita sudah hilang kawalan ke atasnya. It’s up to be grabbed. Makanya, pendatang pun nampak peluang yang ada. Mereka pun berhijrah dari negara asal mereka. Makin lama makin banyak hinggalah jadi penduduk majoriti. Punya autonomi sendiri. Mereka pun pandang tuan tanah dengan enteng sekali.

10. Bila ini berlaku pemimpin kita ajar kita marahkan mereka. Buat mereka jadi seteru selamanya. Apa yang patut kita tahu, pendatang being pendatang. Mereka hanya merebut peluang. Yang patut kita tanya, apa punca pendatang ni berhijrah? Siapa yang mendapat keuntungan darinya?

11. Itu cerita 200 tahun dahulu. Namun nampaknya kita tak pernah belajar. Kita tengok pulak episod seterusnya.

12. Fast forward awal tahun 2000, industri kita meletup. Instead of memberi fokus kepada warga tempatan untuk bekerja, kita buka ruang seluas2nya untuk warga asing masuk ke negara.

13. Ya, mereka membantu ekonomi. Tapi dari sudut pandang lain, banyak yang buruk dari yang baik. Satunya mereka sanggup terima gaji seminima mungkin, asal dapat kerja. Tu sebab kilang kita kalau boleh nak pekerja asing. Senang nak kawtim.

13. Implikasinya, kita tengok gaji minima Malaysia adalah antara yang paling rendah dalam rantau Asia Tenggara. Malah lebih teruk dari Indonesia dan Filipina. Lambakan warga asing inilah punca.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/gaji-rendah/

13A. Lepas tu kita salahkan pulak warga tempatan kita malas dan sebagainya. Sebab mereka dah taknak bekerja di industri dan kilang2. Kalau gaji tak boleh nak hidup, takkan la kita nak force juga? Baik diaorg buat grab saja.

14. Keduanya, implikasi kedatangan mereka. Kita tahu dan lihat, ada yang sudah jadi pemastautin di sini dan buat rumah sendiri. Buka bisnes dan sebagainya. Ada yang jenis cerdik, kahwin pulak dengan orang tempatan. Anak mereka dengan cargas dapat status bumpitera. Dengan pelbagai keistimewaan.

15. Rakan senegara kita yang tok nenek mereka datang beratus tahun dulu, sampai la ni kita rujuk mereka “pendatang”. Tapi pendatang yang masuk baru setahun dua, ada yang diangkat sama level dengan kita. Ramai yang sendiri declare Bumiputera hanya kerana seagama. Kadang jem kepala memikirnya.

16. Belum cerita mengenai polisi mengenai Rohingnya. Dulu parti politik mana yang championkan sgt isu ini? Sampai buat himpunan ummah. Panggil mereka saudara kita. Galakkan mereka masuk Malaysia.

17. Sekarang, bila banyak yang buat negara ini, macam mak ayah diaorg yang punya, apa yang parti2 ni buat. Diam seribu bahasa. Disalahkan orang lain pula.

18. Yang paling teruk, buat propaganda untuk kita benci pula pada warga Rohingya. Hari tu punya nak ditatang, lepas tu punya la marah set2 pejuang agama ni dengan mereka.

19. Sound familiar bukan? Bukan ke ini trait propaganda yang sama, apa yang dibuat kepada Singapura. Penjajah dan pendatang yang dijulang dulu, sekarang dibuat seteru utama pula.

20. Apa yang kita belajar dalam ini gambar? Satunya, kita hilang kuasa dan hak bukan kerana orang lain, sendiri bikin jua. Bila bendanya timbul jadi isu, kita senang2 salahkan orang lain. Selagi kita in denial, episod “pendatang” ini akan berterusan. Sejarah ada untuk kita belajar darinya, supaya tak tersemuanya tergadai.

21. Paling utama, sebagai rakyat biasa, we must rise above politics. Jangan cepat termakan propaganda. Baca, baca dan baca. See the bigger picture. Then you can see their true colours.

Selalulah ingat, sebagai pengundi:

Loyalty to country, always!

Loyalty to political parties, never!

Unless they earn it…

Salam hormat,

Liyana Marzuki