MOHD FADLI SALLEH
Kertas peperiksaan 15 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah
dibatalkan kerana kesalahan membawa telefon bimbit secara tidak sengaja ke
dalam dewan peperiksaan.
Punca berlaku katanya kerana masa exam tu, Peperiksaan kertas
Sejarah 2 telah bermula lewat di sekolah ini. Ketua Pengawas peperiksaan telah
memulakan sidang peperiksaan dengan kelam kabut.
Pelajar pun kelam kabut masuk dewan. Kata pelajar, Ketua
Pengawas telah gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan
terlarang ke dalam dewan peperiksaan.
Ini menyebabkan 15 pelajar terbawa telefon ke dalam dewan dan
lupa keluarkan. Dah tabiat letak phone dalam poket kan, namun jika ada
peringatan sebelum exam bermula, mesti mereka ingat dan terus keluarkan.
Semasa peperiksaan berlangsung baru Ketua Pengawas telah membuat
pengumuman kepada pelajar yang terbawa phone agar menyerahkan telefon kepada
pengawas dengan janji tidak akan mengambil tindakan terhadap pelajar.
Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon
mereka. Namun janji itu tidak ditepati. Kesemua pelajar yang serah telefon
diambil nombor giliran exam mereka dan kertas sejarah mereka 'DIBATALKAN'.
Kesan kepada pelajar:
1. Keputusan SPM untuk subjek sejarah adalah dibatalkan.
2. Mereka tidak layak mendapat sijil SPM.
3. Perlu menduduki peperiksaan ulangan SPM.
4. Tidak layak memohon UPU dan biasiswa.
5. Tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti.
Rayuan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dibuat bagi
menyemak semula keputusan mereka namun ia telah ditolak sebanyak 2 kali.
Kesemua pelajar terlibat adalah pelajar cemerlang. Ada
diantaranya mendapat 7A+...
Kegagalan Ketua Pengawas mematuhi SOP peperiksaan menyebabkan 15
pelajar cemerlang Sekolah Sultan Alam Shah gagal peroleh sijil SPM.
Beberapa aduan rasmi dan perbincangan telah diadakan namun pihak
LPM berlepas tangan dan kekal dengan keputusan muktamad mereka.
*******
Adoi, kalau benar seperti yang diceritakan di atas, pelajar ini
telah dianiaya. Salah utama dari Ketua Pengawas yang mulakan exam dengan
terburu-buru, tidak ikut SOP exam, menipu pelajar kata tiada tindakan jika
serah phone, rupanya yang teraniaya adalah pelajar tu juga.
Harap ada siasatan lanjutan demi keadilan adik-adik ini.
Kepada parent yang terlibat, saya syorkan bawa kes ke mahkamah.
Ada unsur kecuaian pihak lain hingga masa depan anak-anak kalian tergadai ni.
Naya.
Semoga semuanya selesai dengan baik.