Hassan Karim tegur ucapan pemimpin pasukan Ayuh Malaysia




Gerakan Ayuh Malaysia tidak dinafikan memberi impak yang besar dalam kempen KEADILAN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Namun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terdapat sudut yang perlu ditegur dalam gerak kerja pasukan itu terutama dalam ucapan di makan malam mengumpul dana, sebagaimana berlaku di Johor Jaya yang beliau hadiri baru baru ini.


Menurut Hassan, beliau yang diajak hadir oleh Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Pasir Gudang agak kurang senang terhadap ucapan para pemimpin pasukan Ayuh Malaysia kerana tidak banyak menyebut nama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN sendiri.


"Saya tak ada masalah dengan Rafizi. Ucapannya bagus tetapi saya kurang senang dengan pemimpin pemimpin Nepoleon kecil dalam Ayuh Malaysia antaranya Ahli ahli Parlimen dan ADUN.


"Saya tak senang dengan budaya kultus yang mengagung agungkan Rafizi begitu sekali.


"Mereka yang berucap di atas pentas tak sepatah pun sebut nama Anwar Ibrahim, presiden parti. Nama parti KEADILAN pun macam taboo, langsung tak disebut," katanya dalam komen di media sosial.


Tambah Hassan, pemimpin yang berada di atas pentas Ayuh Malaysia seharusnya sedar jasa Ketua Umum KEADILAN sebelum ini yang sosoknya terpenjara juga pernah terlantar sakit hospital tetapi kekal sebagai de factor leader parti.


Cuma, kata Hassan, mujur Rafizi menyebut beberapa kali nama parti dan Pakatan Harapan.


Bagaimanapun, Hassan menganggap terdapat keperluan gabungan orang lama dan baharu dalam parti. Namun malangnya yang kerap disebut oleh penceramah adalah generasi baharu sahaja.


"Mereka banyak kali sebut kini masa untuk orang muda dan generasi muda. Saya melihat diri sendiri. Mungkin aku sudah tua sekarang.


"Tetapi apabila terpaksa berhadapan dengan polis dalam perjuangkan isu rakyat di Parlimen Pasir Gudang, Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Tebrau ke mana pemimpin-pemimpin Ayuh Malaysia ini," katanya lagi.


Hassan berharap generasi baharu KEADILAN bersama sama generasi lama yang telah berkorban turun ke jalan raya, dibelasah dan dihina demi memenangkan KEADILAN dalam pilihan raya.


Katanya, gabungan lama dan baharu amat penting bagi menghadapi pertempuran terbesar dan paling sengit menentang BN pada PRU 15 akan datang.

 

HILANGNYA SATU INSTITUSI PENULISAN

 



FATHI ARIS OMAR

 

Perginya Ahmad Lutfi Othman bermakna hilangnya satu institusi kepenulisan. Besar jasa dan sumbangannya sejak hujung 1980-an. Beliau mewakili semangat media bebas dan semangat perjuangan politik di kala suara kerdil perlawanan sedang bertarung hebat.

Sepanjang tiga dekad beliau menulis, dan cuba menulis, mengungkap zaman di depannya. Banyak waktunya mampu, ada kalanya tidak. Khususnya di hujung usianya. Sekali gus menamatkan riwayat kepenulisannya.

Maka terlepaslah daripada beban, sewaktu dakwat tidak cukup basah untuk mengarang seluruh dunia politik yang penuh kacau. Sejak zaman siswanya, Ahmad Lutfi menyimpan cita-cita perubahan. Di hujung usianya, perubahan itu datang di luar impiannya.

Salam takziah yang mendalam daripada saya kepada seluruh keluarga beliau, sahabat handai dan pembacanya. Hari malap menanti cahaya baharu, penulis baharu menyambung beban lama.

 

Ahli Parlimen Sg Petani bersama Pengakap dalam misi bantuan banjir Baling


 Misi bantuan banjir Baling bukan sahaja digerakkan oleh jentera KEADILAN dan Pakatan Harapan namun turut juga disertai pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga Timbalan Yang DiPertua 2 Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul, khidmat pengakap amat sinonim dengan membantu rakyat dalam kesusahan. Maka itu seharusnya mereka turun tangan dalam misi pasca banjir tersebut.


"Saya bersama pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah dalam Misi Bantuan Banjir Baling.


"Seramai 100 ahli Pengakap Kelana Negeri Kedah yang terdiri daripada pelbagai peringkat telah bersama-sama menjayakan misi bantuan ini.

Pasukan sukarelawan diberi sedikit jamuan

"Mereka telah diagihkan ke beberapa lokasi sekitar daerah Baling bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah serta pengagihan bantuan," katanya.


Johari yang juga ADUN Gurun berkata kagum melihat semangat anggota pengakap sama ada remaja atau senior yang bertungkus lumus membantu operasi pembersihan banjir berkenaan.


"Saya cukup kagum dengan semangat kesukarelawanan pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah yang bersungguh sungguh membantu mangsa banjir


"Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan Pengakap Kelana Negeri Kedah atas kesudian bersama saya dalam misi bantuan banjir ini," katanya lagi.

MENIPU BANGSA DAN AGAMA DEMI KUASA



MOHD SHAH RIM




Kempen BMF PAS ajak orang Melayu beli barangan milik Bumputra pada 2019, konon nak naikkan bisnes org melayu, tapi sebenarnya mahu melemahkan kerajaan PH agar ekonomi jatuh..

Skrg harga barang semua naik.. mana pegi BMF..?? Ada dengar Menteri PAS sebut BMF lagi..

 

TARAK

 

Bukan itu sahaja, malahan ada kutbah di negeri pantai timur misalnya , disetiap kutbah diingatkan bahawa mengekalkan kerajaan melayu islam dari jatuh ke tangan bangsa asing agar pemerintahan melayu islam dapat membela nasib bangsa Melayu.

 

TARAK

PASAI FILEM PUN NAK GADUH PASAI BANGSA....


 

GAJI PUNAHSIHAT PM-JOM WALAUNCAI LIHAT BENAR BENAR


 

FILEM MAT KILAU UNTUK PROPAGANDA POLITIK ?

 

FAHMI REZA


Siapa penerbit filem Mat Kilau?

Adakah filem Mat Kilau satu alat propaganda politik ISMA, kumpulan politik ekstrim kanan yang memperjuangkan Malaysia sebagai "negara Melayu dan Islam", dan "memastikan kekuasaan politik umat Islam tidak terancam"?

"Jasa orang-orang Melayu kepada Cina tidak boleh dibalas oleh orang-orang Cina sampai bila-bila." - Abdul Rahman Mat Dali