Panas! Peja akhirnya buka mulut isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar yang dijual semasa jadi MB

 


Panas! Peja akhirnya buka mulut isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar yang dijual semasa jadi MB

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau membidas bekas exco kerajaan negeri itu yang mendakwa kononnya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.


“Apakah exco yang saya pimpin pada ketika itu tak bijak, sehinggakan nak besarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, dalam masa yang sama, tak tahu tentang apa yang terjadi, kepada kononnya nak diadakan lapangan terbang di Seri Iskandar?” soal beliau.“Waktu saya menjadi Menteri Besar, exco saya yang kononnya tak tahu menahu tentang ada tapak lapangan terbang lain, (mendakwa) tak dibincangkan tanah nak dijual dan sebagainya, dia sendiri yang mengumumkan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Beliau ditemui ketika majlis kembara sahur bersama Funriders di Tambun dekat sini awal pagi ini.


Bagaimanapun, beliau memohon agar SPRM menyiasat isu itu sedalam-dalamnya dan mendedahkannya kepada orang ramai.Menurut Ahmad Faizal, beliau sebenarnya tidak berminat untuk memberi sebarang ulasan kepada pihak media kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

Isu penjualan tanah lapangan terbang terbabit timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Nga Kor Ming pada sidang DUN Perak Mac lalu, mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan, penjualan tanah berkenaan dilakukan ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, kepada syarikat swasta, untuk tujuan pembangunan bercampur.

TAKKAN KESAL JA KOT.....MULUT PENUH SAGON DOK DIAM LA

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Takat kesal aje ke? Bakpe tak suruh Mentega letak jawatang? Ah lupa Deris Sagon jadi Mentega, gejala songsang pun tak apa, sembang suruh tunggu 5 hari perubahan sampai sekarang satu apa pun tak jadi, yang pasti kos haji naik, kuota hilang separuh, Un semua mulut penuh Sagon. Bobobobobok.

Demikianlah Lebai Penunggang.
May be an image of 1 person and text that says "Metre Harian Metro 46 mins #putrajaya Video itu secara jelas mempromosi budaya golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). http://w.meto.co.m//yada-esa penyebaran. peny HMETRO.COM.MY Yadim kesal penyebarar video muzik usahawan terkenal Harian Metro Putajaya: Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) kesal atas penyebaran sebuah video muzik sempe..."

AIKK....ADA SEPASANG DOK MELILAU MERATA CERUK...OK JA PUN...

 

Aikkk.....pasangan ini kena tangkap pula. Hari tu ada sepasang suami isteri terkejut besar bila jutaan 'tersesat' masuk akaun peribadi dan sang isteri shopping sakan barang mewah, mcm ok je.

🤦‍♂🤦‍♂🤦‍♂
May be an image of 4 people, people standing and text that says "Bank salah masuk duit RM 200,000, suami isteri ditangkap belanja sakan Tindakan sepasang suami isteri membelanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri 24.5k Shares f"

'Ambil alih setiausaha agung kurangkan beban Rafizi, tinggal pekerjaan di Jakarta' - Saifuddin





Percubaan calon Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli menjawab isu beliau 'bercuti' dengan mengaitkan 'pertolongannya' kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinafikan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.



Terutama, menurut Saifuddin, fakta yang dinyatakan Rafizi bahawa beliau tidak mempunyai pekerjaan selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum 2013 dan diberi laluan oleh Rafizi untuk menjawat setiausaha agung parti tidak tepat sama sekali.



"Saya tewas kerusi Kulim Bandar Baharu pada PRU 13 dan memilih terus kekal di dalam KEADILAN dengan kedudukan sebagai setiausaha agung parti yang saya sandang sejak 2010 menggantikan Datuk Salahuddin Hashim.



"Pada masa yang sama untuk menyara kehidupan saya berulang alik hampir setiap minggu ke Jakarta memenuhi undangan syarahan beberapa pertubuhan masyarakat sivil dan institusi pendidikan. Bayaran upahnya tidaklah besar namun mencukupi membiayai keperluan saya seisi keluarga, seorang isteri dan lima anak. Saya tidak menetap di Jakarta.



"Pada pemilihan parti 2014, Rafizi terpilih Naib Presiden dan ikut dilantik sebagai setiausaha agung manakala saya kekal sebagai anggota Biro Politik. Saya terlibat membantu parti dalam kerja-kerja persediaan pilihan raya, mewakili parti dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan menjelajah seluruh negara memenuhi undangan anggota-anggota parti



"Keadaan ini berterusan sehinggalah pada 2015, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dipenjarakan setelah rayuannya ditolak dalam kes fitnah 2.0 dan pada tahun sama, Pakatan Rakyat terbubar dengan penarikan diri Pas pada muktamar tahunannya yang berlangsung di Kuala Selangor. Saya mula mengurangkan tugasan di Jakarta untuk memberi lebih tumpuan kepada tugasan parti," kata Saifuddin dalam kenyataan hari ini.



Tambah calon Timbalan Presiden KEADILAN itu, pada masa sama dinamik politik berubah dengan tertubuhnya Pakatan Harapan pada 2015 dan kepimpinan Najib Razak mengalami krisis serta Bersatu ditubuhkan, menambah lagi tugas politik beliau.



Malah, katanya, tugas Setiausaha Agung KEADILAN yang ketika itu yang disandang Rafizi juga bertambah berat.



Justeru, tegas Saifuddin, dalam satu perbicangan dengan presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah, beliau bersetuju untuk meringankan beban Rafizi dengan mengambilalih jawatan setiausaha agung parti.



"Rafizi dengan jawatan Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Pandan ketika itu sedang menghadapi beberapa kes mahkamah, termasuklah NFC. Perbincangan kami berdua dengan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail tertumpu bagaimana mengurangkan beban Rafizi yang terpaksa turun naik mahkamah dan pada masa sama tugasan parti agar tidak terjejas.



"Akhirnya Dr Wan Azizah melantik saya semula sebagai Setiausaha Agung pada 26 November 2016," katanya.



Mengenai jawatan Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang yang diungkit Rafizi diwujudkan berdasarkan kertas kerja beliau kepada Lim Guan Eng, Saifuddin tidak ingat sebarang cadangan seumpama itu yang mengaitkan dirinya dihantar Rafizi kepada Guan Eng



"Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan saya kerap mengadakan perbincangan menyentuh isu-isu Melayu dan Islam, khususnya bagaimana membetulkan persepsi salah terhadap Kerajaan Negeri.



"Beliau mempelawa saya untuk berkhidmat di sana dan dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri. Saya kemudian mencadang pelantikan Ustaz Wan Ji Wan Husin sebagai Pegawai Khas di Pejabat Ketua Menteri.



"Kedua-dua kami berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan Exco Agama Datuk Abd Malik Kassim. Siri Kuliah, khutbah dan tazkirah menjadi saluran kami.



"Saya kurang pasti kertas kerja apa yang disebut Rafizi yang memberikan saya jawatan di Pulau Pinang? Paling saya ingat Rafizi tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan Lim Guan Eng, apa lagi untuk mencadangkan perlantikan saya melalui kertas kerja kepada Kerajaan Negeri," katanya.



Bagaimanapun sebagai kesimpulan, kata Saifuddin, beliau tidak pernah menganggur sebagaimana ditohmahkan. Juga tidak pasti apakah maksud Rafizi berkata memberi laluan kepada beliau sebagai setiausaha agung selepas 2 tahun Rafizi memegang jawatan tersebut, melainkan mengambilalihnya atas persetujuan Dr Wan Azizah bagi mengurangkan beban Rafizi.



Namun Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu tidak berniat untuk memperpanjangkan salam faham berkenaan, dan berkata pertandingan merebut jawatan timbalan presiden tidak perlulah sehingga mencarikkan silaturrahmi antara dua sahabat lama yang tulus berjuang.



Perkara yang lebih penting, kata Saifuddin adalah menyatukan kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum dalam beberapa bulan dari sekarang.

 

KEDEKAH..KEDEKAH...KEDEKAH........AMAZING ... IT CAN ONLY HAPPEN IN DARUL BOLEH

AMAZI

CURI KECIL vs CURI BESAR!


 

Zunar Cartoonist Fan Club



Siasatan ke atas hakim perlu dibuat badan kehakiman - Anwar

 



Siasatan ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dikaitkan dakwaan mempunyai wang diragui dalam akaunnya seharusnya dilakukan oleh badan kehakiman dengan menubuhkan tribunal.



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak wajar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia campurtangan dalam hal hal yang membabitkan kehakiman.



"Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.



"Saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan yang menyelia dan mengawal integriti para hakim dan ini ditetapkan untuk memastikan agar wujud pembahagian kuasa yang jelas di dalam sistem yang ada. Justeru campurtangan SPRM melanggar prinsip ini," katanya.



Menurut Anwar lagi, integriti badan kehakiman yang baharu sahaja pulih setelah tercemar teruk sedekad sebelum ini perlu dipertahankan dan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya mempunyai tekad politik dalam mempertahankannya.



"Integriti dan kebebasan badan kehakiman kelihatan beransur pulih akibat dari kecelaruan dan ketempangan berdekad-dekad lamanya tanpa ada usaha serius pemerintah untuk membetulkannya.



"Adalah dikhuatiri hebahan sebegini akan dianggap sebagai tekanan dan campurtangan politik," kata Anwar lagi.



Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebelum ini telah membuat laporan polis ke atas artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ yang didakwa ditulis Raja Petra Kamaruddin.



Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pula dalam kenyataan media berkata tuduhan membabitkan Nazlan adalah palsu, tidak berasas serta berniat jahat.


Anwar tak berpihak individu, kumpulan tertentu, kata Rafizi

 

Rafizi Ramli menolak tanggapan Anwar Ibrahim seperti menyokong pesaingnya, Saifuddin Nasution Ismail dalam perebutan jawatan nombor dua PKR.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yakin Presidennya, Anwar Ibrahim tidak memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan yang bertanding dalam pemilihan parti bulan depan.

Beliau berkata, perkara itu hanya persepsi dan tafsiran pihak tertentu yang melihat kenyataan Anwar seolah-olah menyokong pesaingnya, Saifuddin Nasution Ismail, dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR.

Katanya, kempen pemilihan parti ketika ini banyak tertumpu soal prestasi PKR dalam pilihan raya umum lalu dan Anwar mempunyai tanggungjawab memberikan penjelasan.

“Saya faham kadang-kadang nampak macam dia membela Saifuddin, tapi kalau kita jadi presiden parti pun, kita juga kena menjelaskan kenapa prestasi itu jadi begitu begini, walaupun sebenarnya strategi dan perancangan itu dijalankan kumpulan yang menyokong atau sepatutnya membantu presiden.

“Hanya kerana Saifuddin merupakan pasukan utama melaksanakan strategi parti itu sebelum ini, itu tidak bermakna dia (Anwar) membela Saifuddin,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, semua keadaan itu bergantung kepada tafsiran masing-masing dalam membaca reaksi seseorang, termasuk beberapa tanggapan menganggapnya sebagai seorang yang kasar.

Ditanya sama ada beliau mampu menambah kerusi untuk PKR pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Rafizi berkata, perkara itu bergantung kepada rundingan antara parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

Rafizi bagaimanapun berkata, rundingan kerusi kali ini akan lebih mudah kerana hanya melibatkan parti dalam PH sahaja, tidak seperti PRU14 membabitkan Bersatu.

“Dalam parti, anggota tahu bahawa saya yang merundingkan kerusi seluruh negara pada PRU lepas. Kalau pun saya menang ataupun kalah, parti tetap akan menggunakan kemahiran saya berunding, hasil daripada pengalaman memuktamadkan rundingan kerusi dengan PH.

“Segala rundingan berdasarkan parti mana yang boleh mewakili PH untuk menang. Kita tengok kedudukan, kalau contohnya PKR merupakan parti lebih kuat di bawah, sudah tentu PKR berpeluang mendapat lebih kerusi dan sebaliknya.”


PKR NI PUN SATU HAI JUGA-KEMPEN SAMPAI TUNGGIN TERBALIK. NAK BAGI PELINGKUP PARTI KA APA ? AKAI TAK DAK

 PEMILIHAN PKR: CALON PERLU JAGA TATA TERTIB KEMPEN

PELESU....Hantaran tular berkait bantuan suri rumah palsu, kata JKM

 

Orang ramai dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu, sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab, menurut JKM.

PETALING JAYA: Hantaran “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM memberitahu orang ramai disaran merujuk laman sesawang rasmi JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.

“Sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” katanya menerusi kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) semalam.

PELANCARAN ESOK- TANYA FAHMI..FAHMI KATA PELESU JUGA