Istimewa Johor: 'Mana tempat Umno kuat, kawasan itu terabai' - Omar Mokhtar


Suatu fenomena yang istimewa di Johor - kubu kebal Umno sejak 60 tahun lalu - adalah gaya pentadbiran BN yang mengabaikan rakyat di mana sahaja parti itu kuat dan tidak dicabar.


Salah satu DUN yang berstatus 'kubu kebal' adalah DUN Johor Lama.


Menurut calon KEADILAN DUN Johor Lama, Omar Mokhtar A Manap, oleh kerana berstatus kebal maka kawasan tersebut telah diabaikan oleh Umno sejak merdeka biar pun pernah menjadi pusat pentadbiran negeri Johor suatu ketika dahulu.


"Kita nak menang di Johor Lama. Apa pentingnya Johor Lama? Mana mana tempat yang Umno kuat maka tempat itu akan diabaikan.


"Johor Lama penuh dengan sejarah dan budaya. Inilah pusat pentadbiran Johor satu ketika dahulu tetapi dipandang enteng. Berapa banyak kawasan susah di Johor Lama?


"Saya masuk semua. Saya pergi kampung Makam, Felda Sg Sembilang dan lain lain lihat sendiri kesusahan rakyat. Antara yang sering ditanya saya, kenapa PRN kena buat sekarang?


"Sekarang makcik berniaga susah. Kalau jual mahal orang tak nak beli, jual murah untung kecil. Itu antara aduan yang disampaikan," katanya.


Beliau juga memberi contoh di sebuah kampung yang dikunjunginya, gelanggang futsal tidak dibina, malah gelanggang takraw untuk anak muda pun orang kampung terpaksa mengumpul wang memasang lampu bagi membolehkan aktiviti sukan pada waktu malam.


Oleh itu, Omar menyeru anak muda agar memberi undi kepada KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini.


Katanya, Undi 18 pun dibuat pada PRN kali ini pun atas usaha Pakatan Harapan (PH) yang menandatangani memorandum kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.


Jika hal itu tidak berlaku, maka keputusan Mahkamah Tinggi di Sarawak pasti akan dirayu bagi menangguhkan Undi 18 sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kita nak beritahu kawan kawan Undi 18 asalnya kerajaan nak buat pada September 2020. Hanya kerana PH letak syarat MoU pastikan undi 18 dilaksanakan pada Januari 2022 barulah jadi kenyataan.


"Pimpinan Umno tak kisah pun anda (anak muda 18 tahun). Tahap untuk diangkat sebagai pimpinan mereka pandang enteng," katanya.


Omar turut membidas kerajaan Melayu Islam BN - PN yang hanya memainkan satu isu, kalau PH dibenar jadi kerajaan maka DAP akan kuasai orang Melayu.


Sedangkan katanya, ekonomi Melayu tidak terbela. Malah cabutan judi yang telah diturunkan oleh Menteri Kewangan DAP daripada 22 kali sebulan kepada 8, dipulihkan kembali kepada 22 kali cabutan.


"(Eloklah) mak cik pakcik fikir hujung bulan nak bayar rumah, kereta tak cukup duit (daripada isu Melayu). Fikir macam mana anak nak bagi kat mak bapa tak cukup duit. Tak sedihkah anak anak nak tanggung diri sendiri pun tak cukup, nak beri ibu bapa apatah lagi.


"Tiba tiba dibentangkan retorik bodoh Melayu Islam, begitu sahaja kita telan bulat bulat. Sedangkan banyak lagi isu yang perlu diberi pertimbangan," katanya.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Mersing itu juga membangkitkan isu rumah generasi kedua Felda yang menjadi isu setiap kali pilihan raya.

Katanya, beliau telah pergi bertemu semua pengurus Felda di Johor Lama dan ternyata isu utama adalah ketiadaan bajet untuk membina rumah generasi kedua.


"Saya pergi ke setiap Felda, saya jumpa semua pengurus Felda. Saya tanya apa masalah? Masalahnya lot dah ada, duit nak buat tak ada.


"Duit tak ada tetapi beri pinjaman kepada syarikat judi RM2.5 bilion di Hong Kong boleh pula? Nak tolong orang Felda nak rumah sendiri macam macam alasan.


"Begitu juga masalah air di Felda Lok Heng, kemudian isu banjir di Kampung Mawai. Dia buat tebatan banjir, buat separuh. Akhirnya kalau hujan 3 - 4 jam terus banjir. Termasuk kos sara hidup dan peluang pekerjaan semua ini akan ditangani (kalau KEADILAN diberi mandat," katanya lagi.

PAS DIMANA BILA KONSERT INI DIADAKAN


 

TIK TOK...PPBM,PAS UMNO


 

ANAK PINTAR


 

CERAMAH DSAI DIGANGGU KKM


 

MB TERENGGANU DARI SPESIS PAK LEBAI PUN MENIPU JUGA ?TAK BOLEH PAKAI BETOI PAK LEBAI NI SEMUA...








BERNAMA 


HULU TERENGGANU: Pemandangan udara menunjukkan kesan gelinciran tanah yang menyebabkan tanah runtuh berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir ketika tinjauan fotoBernama pada Ahad lepas di Empangan Jenagor.

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani berkata tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu Terengganu.

Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.

Semasa tanah runtuh itu juga berlakunya fenomena 'kepala air' yang turut menyebabkan banyak pokok-pokok berhampiran, sampah sarap yang lama, juga sisa kayu dahan dan ranting yang mati dihanyutkan ke dalam sungai, menyebabkan seolah-olah berlakunya 'banjir puing' kerana ada video yang tular di media sosial yang memaparkan ratusan kayu hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai.

 

Pembukaan Hutan Cetus 'Banjir Balak' Di Tasik Kenyir - PEKA


Baru-baru ini Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) memuat naik sebuah video berhubung isu banjir dipenuhi timbunan kayu yang berlaku di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Video berkenaan jelas memaparkan kawasan tasik tersebut terjejas teruk. Susulan itu, Sumberkini menghubungi Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil bagi mendapatkan komen beliau.


BUKAN SUSAH BERKEMPEN PADA ORANG MELAYU


 

NORMAN RADZUAN


Populis dan nilai komersial

BUKAN SUSAH BERKEMPEN PADA ORANG  MELAYU

Dahulu filem Yusof Haslam ada pihak mengatakan ia filem sampah… bagi pengkritik filem Yusuf Haslam…. Sutradara seperti Uwei dan Mansur Putih itu adalah sutradara yg patut dihormati dan dihargai karya2 mereka. Pengkritik itu mengkritik berdasar nilai seni.

Akhirnya Datuk Yusuf menjadi jutawan dgn keuntungan berpuluh juta ringgit tapi dua sutradara yg konon kaya dgn nilai seni mereka hanya mampu bercerita tentang apa itu seni.

22 tahun dahulu saya bertemu dgn seorang penerbit filem kontroversi. Pertemuan pertama kami di Manila dan ketika itu saya bertanya kpdnya mengapa memilih pengarah tersebut.

Penerbit filem itu bertanya semula kpd saya…” Siapa pengarah terbaik?” Saya jawab, “ Ramai tapi you mahu org yg macamana.”?

Jawabnya, “ Bagi saya pengarah yg baik ialah seorang pengarah yg dpt bikin filem bajet bawah RM 500 ribu.” Saya bertanya kenapa pernilaian begitu.

“Pengarah yg baik bila dia mampu membikin filem bawah RM500k dia mengurangkan risiko kpd penerbit. Sebab filem itu saya jual pada tauke VCD harga dlm RM 150 - RM 200k, jual dkt RTM atau TV3 RM 100k, Astro RM 100k dan risiko saya hanya sekitar RM 100k sahaja dari jualan tiket di panggung.”

Penerbit ini ahli perniagaan jadi dia tidak peduli kpd nilai seni. Akhirnya dia mendapat sutradara yg mampu bikin 3 filem setahun. Rezekinya filem2 tersebut hampir semuanya mencapai jualan box office hingga dia mendapat keuntungan berpuluh juta.

Saya sgt rapat dgnnya apabila dia mahu saya belajar tentang dunia perniagaan dan dialah yg memberi saya buku Art Of War ketika itu.

Saya selalu ceritakan buku Art Of War itu boleh digunakan dlm 3 in 1. Peperangan, perniagaan dan politik kerana tektikalnya hampir sama.

Dlm satu peperangan antara Parsi dan Mesir… Raja Parsi telah menggunakan helah. Dia telah mengarahkan tenteranya berpakaian ala kucing serta tentera Parsi membawa ribuan kucing berhadapan dgn tentera Mesir.

Kenapa mereka membawa kucing? Rakyat Mesir menganggap satu binatang yg sgt mulia. Byk artefak bertema kucing…dari patung besar hingga perhiasan. Hinggakan selepas kekalahan tersebut cendiakawan Mesir menganggap Parsi sebagai bacul. Tapi Parsi peduli apa dgn anggapan tersebut. Yg penting kemenangan.

Begitulah juga di negara kita… kita anggap UMNO sebagai ‘racist’ kerana sering memainkan isu perkauman. Kita juga menganggap PAS sebagai pedagang agama tapi ada mereka peduli ejekkan tersebut. Sebab UMNO dan PAS tahu dua isu itu paling populis di kalangan org Melayu.

Sebab apa Najib, Zahid, Wajidi, Muhyiddin dan pemimpin PAS berlumba lumba memainkan isu KWSP? Sb mereka tahu ia isu populis org Melayu.

Sdgkan kita masih mengungkit kisah pengkhianatan, korupsi dan isu2 berbentuk akademik seperti bailout, belanjawan defisit dan lain2. Kita berkempen bak seorang Pensyarah sdg mengajar pelajarnya tentang isu pemanasan global.

Dua penerbit filem, tentera Parsi serta UMNO dan PAS bijak dlm menggunakan isu populis atau nilai komersial dlm perniagaan, peperangan dan politik.

Dua penerbit filem itu peduli apa org kata filem mereka sampah asal untung berjuta ringgit. Parsi tidak peduli dikatakan bacul asal mereka menang dlm peperangan. UMNO dikatakan racist peduli apa asal mereka berjaya tawan hati org Melayu.

Tak sukar sebenarnya nak berkempen dgn org Melayu ini. Tahu kelemahan mereka sudah cukup. Main isu bangsa dan agama. Kemudian isu terkini seperti KWSP. Pengakhirnya berikan cash dlm sampul surat. Mudahkan semudah mengira 1,2,3,4,5….

Kita boleh ikut cara mereka tetapi tolak satu sahaja iaitu jgn menghulurkan wang dlm sampul surat… sb itu rasuah. Salah ke PKR dan Amanah jerit kami akn membela nasib org Melayu dan pertahankan agama ini? Salah ke kita perjuangkan isu wang KWSP yg mana ramai org Melayu sgt memerlukannnya?

Kemudian apa yg lagi yg kita tawarkan kpd rakyat? Ramuan2 ini disertakan memainkan isu rasuah…barulah org Melayu tertarik. Baru ada wow factor… tak perlu berbuih mulut ke sana sini berkempen.

Saya tulis ini dgn harapan tempoh yg ada ini bijaklah cara kita berkempen. Parti yg dianggap wadah mesti tawar amat yg pengundi mahukan. Bukan apa yg kita mahukan utk mereka ikut… bab itu bila dah menang kita cerita kemudian.

 

MEMANG HAMBAR..TAPI KALAU DINEGERI SENDIRI PUN DITOLAK...NAK MINTA SEDEKAH DI SEMENANJUNG JUGA KAH...SEMENANJUNG UNTUK SEMENANJUNG ...KEH..KEH

 

PRN Johor: Warisan bertanding kerana prestasi hambar PH dalam 2 PRN





Ketua Wira Warisan, Azis Jamman, berkata penglibatan Warisan bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

JOHOR BAHRU: Keputusan Warisan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi memberikan pilihan kepada rakyat berikutan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka dan Sarawak tahun lalu.

Ketua Wira Warisan, Azis Jamman, berkata keputusan pilihan raya di kedua-dua negeri adalah petunjuk jelas bahawa pengundi tidak lagi menyokong PH.

“Justeru, penglibatan Warisan dalam PRN Johor adalah bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

“Tuduhan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah yang mendakwa Warisan bersekongkol dengan Umno menunjukkan parti itu terdesak akibat kemerosotan sokongan kepada DAP,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jika DAP sememangnya tidak pernah menolak mana-mana parti pembangkang untuk bertanding di Semenanjung kerana ia adalah hak demokrasi setiap parti maka ia tidak sepatutnya mempersoal langkah Warisan bertanding di Johor.

“Kami sudah bosan dengan lakonan PH di Parlimen. Mereka mengeluarkan kata-kata marah dan mengibas tangan mereka di hadapan televisyen namun di sebalik tabir, mereka telah membuat perjanjian untuk berkecuali.

“Jika Umno lahir di Istana Johor, mungkin Johor juga merupakan negeri kelahiran Warisan di Semenanjung.

“Jika sejarah telah membuktikan bahawa rakyat Sabah boleh menerima parti yang lahir dari Semenanjung, dalam kemelut politik yang melanda negara hari ini selain rakyat hilang kepercayaan terhadap ahli politik, Warisan merupakan parti yang boleh menjadi pilihan untuk rakyat Johor atas rekod prestasi Warisan yang terbukti mempunyai prinsip dan mengutamakan mandat rakyat pada pilihan raya umum yang lepas daripada kepentingan peribadi,” katanya.

Azis juga berkata Warisan serius dan ikhlas untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih progresif dan bersatu.

Beliau berkata, Warisan selama ini konsisten dan enggan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan yang akan menjadikan pembangkang tidak berkesan dan tanpa tujuan lagi.

PERASAN KUAT SANGAT KAH DENGAN MODAL MAHATHIR YANG JUGA KHIANAT

 

Untuk jadi kuat, Pejuang perlu menang 30 kerusi di Johor






Tidak timbul soal memecahkan undi pembangkang kerana semua parti dilihat sebagai “kerajaan menunggu” pada PRN kali ini, menurut Shahruddin Md Salleh.

SIMPANG RENGGAM: Pejuang bertanding solo pada PRN Johor kerana berharap memenangi jumlah kerusi secukupnya untuk menjadi parti yang kuat di negeri itu.

Menepis kritikan terhadap langkah yang berpotensi memecahkan undi pembangkang, Ketua Pejuang Johor, Shahruddin Md Salleh, berkata partinya mensasarkan menang sekurang-kurangnya 30 daripada 42 kerusi yang ditandingi.

“Kita rasa dengan jumlah itu kita jadi satu kerajaan yang kuatlah. Tidak ada orang boleh ganggu kita,” katanya kepada FMT.

Pejuang berdepan tiga gabungan besar iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan; selain MUDA, PBM, dan Warisan. Meskipun Johor dianggap sebagai kubu BN, gabungan itu tewas pada PRU14 dan berharap untuk kembali dengan mandat yang lebih kuat.

Pemimpin parti seteru, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengepalai jentera PN pula pernah menjadi menteri besar Johor dan dilihat berpengaruh.

Pejuang bagaimanapun optimis. “Kita rasa bahawa boleh menang di sini,” kata Shahruddin, yang bertanding di DUN Machap.

“Selepas PRN Johor, siapa-siapa nak gabung dengan kita, yang sealiran dengan kita, nak sokong, kita gabung. Tetapi apapun kita tak tergugat.”

Shahruddin berkata tidak timbul soal memecahkan undi pembangkang kerana semua parti dilihat sebagai “kerajaan menunggu” pada PRN kali ini.

“Kita tidak tahu rakyat nak pilih Pejuang, BN atau PH. Sebenarnya, itu terpulang kepada rakyat.”

Pejuang yang dilihat sebagai berasaskan Melayu mengumumkan ia sedia bekerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya ini, demi perpaduan masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya.

Ia diasaskan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas beliau dan beberapa penyokongnya dipecat daripada Bersatu.

Pengaruh Dr M

Shahruddin akui populariti Pejuang sedikit sebanyak kerana Mahathir, mengatakan banyak orang masih ingat jasa pengasasnya kepada negara.

“Kalau sebut Pejuang, ‘Oh, Mahathir’. Kita ingat,” katanya.

Beliau berkata pengaruh Mahathir masih kuat di sebalik tanggapan negatif sesetengah pihak. Beliau berkata dakwaan pengasasnya sudah hilang pengaruh hanya cakap-cakap orang yang tidak menyukainya.

“Bila lihat Mahathir turun, sambutan baik. Yang tak suka, memang kata menurun. Cuba tengok blog Chedet (blog Mahathir), yang teratas sekali. Dalam banyak-banyak orang politik, blog Mahathir paling dapat ‘like’ tinggi,” katanya.

Di samping itu, katanya, masa depan Pejuang cerah kerana banyak ahlinya masih muda.

“Kita punya calon-calon muda diketengahkan dan lebih banyak dari calon parti MUDA sendiri. Jumlah calon muda Pejuang seramai 10 orang berbanding calon parti MUDA hanya enam sahaja,” katanya.

MENANG JOHOR, PH BERGERAK KE PUTRAJAYA


Perbicaraan Roger Ng di Amerika: Jelas penglibatan YB Pekan ‘too real’ bukan ‘fake news’


 By / March 5, 2022

Apa yang jelas dan ketara dalam kes Roger Ng adalah berdasarkan keterangan saksi bintang pendakwa -Tim Leissner- penglibatan YB Pekan dan negara ini dalam kes 1MDB adalah “too real” dan bukannya “fake news”.

Jika anda membaca trankskrip perbicaraan dalam kes tersebut, hakikatnya bukan sekali nama YB Pekan dan penglibatan beliau disebut di dalam mahkamah di Amerika melalui keterangan bersumpah!

Ada yang mungkin bertanya boleh percaya ke keterangan Tim Leissner tu ?

Perbicaraan Roger Ng di Amerika: Jelas penglibatan YB Pekan 'too real' bukan 'fake news'
Tim Leissner dan Roger Ng

Mungkin kita perlu tanya jika Leissner langsung tak boleh dipercayai, pelik juga kan SPRM sanggup soal-siasat mantan CEO Astro hingga 8 jam dan dengar khabar akan dipanggil lagi.

Bukankah fakta mengenai pembelian pengsapuri di London berharga $USD 10 juta muncul dari keterangan Tim Leissner di mahkamah Amerika baru-baru ini? Buat apa siasat 8 jam jika keterangan dia x boleh dipakai ?

Apapun, bukan sahaja nama YB Pekan yang disebut, malahan penglibatan dua ( 2 ) orang setiausaha sulit YB Pekan iaitu Azlin Alias dan Amhari Efendi Nazaruddin pun ada disebut oleh Tim Leissner di mahkamah !

Yang saya ingat dalam pertuduhan JENAYAH yang melibatkan YB Pekan di negara ini ( kes SRC ) , nama Azlin Alias memang ada disebut dalam penghakiman di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan ! Yang Amhari tu maaf, saya tak berapa ingat.

Penglibatan kedua-dua setiausaha sulit YB Pekan itu, menurut keterangan Tim Leissner adalah berkaitan isu penerbitan bon ketiga untuk ” puaka” 1MDB.

Bon ketiga itu adalah bagi projek Catalyze yang bernilai $USD 3 juta ( = RM 12.6 bilion ).

Bagi penerbitan bon ketiga itu , ia memerlukan surat sokongan Kerajaan Malaysia ( masa itu gomen di bawah rejim Umno/BN dan YB Pekan sebagai PM ).

Ia agak berbeza dengan dua bon yang lain yang melibatkan Projek Magnolia dan Projek Maximus yang hanya perlukan jaminan IPIC.

Kata Tim Leissner, Projek Catalyze itu adalah bagi membiayai PRU 13 utk bagi ” sumbangan” kepada pengundi pada PRU itu. Menurut Leissner , itu yang Jho Low bagitahu kat dia.

Apa pun, bon yang ketiga bagi Projek Cataylze itu tidak dapat dijual selepas projek tersebut.

Berapa jumlah ” wang rasuah” yang perlu disogokkan ke atas Ng dan Leissner atas nama “imbuhan” dengan guna wang “puaka” 1MDB itu ?

Jawabnya, bagi penerbitan bon pertama di bawah Projek Magnolia , Ng dan Leissner masing-masing dapat $USD 17.5 juta ( RM 73.4juta ).Bayar pakai wang YB Pekan ke ?

Bagi terbitan bon kedua bagi Projek Maximus , Leissner bagitahu dia dan Ng juga ada terima imbuhan tapi dia tak bagi tahu jumlah yang mereka dapat . Cuma dia bagi tahu projek itu bernilai $USD 1.75 bilion ( RM 7.34 bilion.

Banyak lagi nama dan penglibatan YB Pekan yang disebut dalam keterangan Tim Leissner walaupun YB Pekan dalam ucapan di Parlimem seolah-olah nak tonjolkan kononnya duit Kerajaan wang kita semua ) kononya tidak terlibat.

Tak pe lah dia nak terus berada dalam sindrom penafian ( a denial sindrome ).

Can he deny his guilty conscience ? Can he lie to God ?

Media di negara ini terbitkan berita bahawa menurut Kementerian Kewangan setakat 31/12/2021 hutang ” puaka” 1MDB adalah sebanyak RM 38.81 bilion dan yang telah dibayar setakat ini adalah RM 13.3 bilion.

Wahai YB Pekan, tak rasa bersalah ke jika pun mungkin mu tu dah dicabut rasa malu !

Mu atau parti mu ke yang bayar semua hutang berbilion itu ?

Wahai TS Muhyiddin dan parti ehem yang dalam PN, anda semua tak rasa bersalah ke bentuk Gomen Tebuk Atap dengan sokongan YB Pekan dan parti dia ( Umno ) walaupun konon- konon macam marah sangat kat Umno dan YB Pekan di PRN Johor ?


Zahid tumpang berkat Najib Razak - walau Najib sendiri dibebani dengan masalah peribadi

 


MSO

Zahid tumpang berkat Najib Razak


Kemesraan Najib dan Zahid, 
apa yang mereka ketawakan?
 

MENURUT Zahid Hamidi aura "boos"nya (boosmu) Najib Razak tidak pernah pudar walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri. Katanya walaupun Najib dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM140 juta beliau masih mendapat sokongan kuat.

“Aura bossku tidak pernah pudar. Malah ketika jadi perdana menteri, auranya cukup tinggi.

“Selepas tidak jadi perdana menteri, aura dia tetap terus tinggi,” memetik kata-katanya kepada pemberita di Mersing hari ini.

Zahid merujuk kehebatan Najib itu kepada pencapaian BN dalam pilihan raya kecil yang dilalui oleh parti itu semasa menjadi pembangkang ketika PH menjadi kerajaan, dimana BN menang 7 kali pilihan raya kecil disamping dapat merampas semula kerajaan Melaka dan Sabah dalam pilihan raya negeri lalu.

Apa disuarakan Zahid itu adalah pujian dan sanjungan tradisinya kepada Najib. Zahid yang terkenal sebagai seorang suka memuji dan kaki bodek, seolah-olah sedikitpun tidak terkilan dan sangsi kepada Najib dengan apa dihadapi bossnya itu.

 

Zahid seakan tidak tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati bossnya itu yang kini hanya menanti rayuan di Mahkamah Persekutuan sahaja untuk menentukan bekas PM itu akan berihat di Sungai Buloh atau bebas. 

 

Zahid sendiri yang kini berhadapan dengan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, tidak ada yang terbaik baginya melainkan memuji dan mempertahankan bossnya. Zahid perlu memastikan Najib tidak dibawa ke penjara kerana jika Najib berihat dipenjara sudah tentu beliau akan membuntuti selepas itu? 

 

Seperti juga Najib, Zahid sedang berdoa dan bermunajat untuk menyelamatkan dirinya kini. Bagi Zahid aura yang ada kepada Najib itu diharap akan dapat melindunginya sama. Dalam perkiraan sekiranya Najib bebas dan dilepaskan daripada tuduhan maka beliau juga akan mendapat syufaatnya. Yang Zahid berharap kini ialah syufaat.

 

Bagi Zahid apa diharapkan Najib lepas kerana pembebasan untuk Najib ada sejuta rahmat buatnya. Apa lagi kalau setelah bebas itu Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua. 

 

Sebab itu Zahid bermati-matian mempertahan dan membela Najib sehingga sanggup mengelabukan apa sahaja fakta dan suasana. Beliau perlu memberi gambaran positif kepada orang ramai mengenai Najib Razak kononnya masih mendapat sokongan dan disokong oleh rakyat. Yang penting sanjungan itu memberi gambaran Najib tidak bersalah. Ia juga mungkin bagi mempengaruhi keputusan perbicaraan. Zahid mengeksploitasikan apa juga keadaan demi kepentingan bersama.

 

Walaupun kedatangan orang ramai ditempat Najib itu kerana hendak melihat Najib dari dekat, seperti mana kata Mahiaddin Yassin, kehadiran orang ramai itu bukan kerana aura dan kewangian Najib tetapi kerana nak tengok muka Najib dari dekat selepas dihukum penjara. Iya Najib selamba sahaja berjumpa dan bertumbuk tangan dengan orang ramai tanpa mempedulikan apa yang bergelora dalam jiwanya. Najib memang tidak tahu malu seperti kata Mahathir Mohamad.

 

Zahid jadi tidak keruan kerana semata-mata mahu mendapat dan mengharap syufaat daripada Najib. 

Alasan kemenangan BN sebanyak 7 kali dan kejayaan di Sabah dan Melaka, sama sekali tidak boleh disangkutkan ke atas bahu Najib. Najib tidak ada apa-apa aset dan faktor atau pun kelebihan dengan kemenangan itu. Tetapi nampaknya kejadian itu cuba dikelirukan Zahid. 

 

Kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini adalah kerana, Najib dan Zahid tidak lagi berada dalam kepimpinan UBN. Itu duduk perkaranya. Ketika tugas dan tanggungjawab memimpin Umno dijalankan oleh Mohamad Hassan selaku timbalan presiden. Zahid bercuti ketika itu. Penyerahan tanggungjawab kepada Mohamad itulah menjadi orang Umno yakin dan bersemangat kembali kepada parti itu. Orang Umno bersemangat untuk terus bersama Umno. 

 

Justeru kemenangan UBN sebanyak 7 kali dalam pilihan raya kecil seperti dibanggai dan dijadikan modal sebagai untuk mengagungkan Najib bukan atas usaha Zahid dan Najib. 

 

Demikian juga dengan kemenangan di pirane Melaka. Zahid tidak berfungsi sebagai pengarah pilihan raya di pilihan raya berkenaan sebaliknya ia dipimpin oleh Mohamad Hassan. Bahkan sepanjang pilihan raya itu berlangsung Zahid tidak berada dalam negara, dia berada di German. Pemergiannya itu bagi mengelakkan bau hampak Zahid merebak ke Melaka dan dihidu oleh pengundi di Melaka. Beliau kembali dan berada di Melaka setelah peti undi hendak ditutup. 

 

Demikian juga dengan Najib, walaupun beliau ada ikut sama berkempen, namun kehadirannya tidak memberi apa-apa signifikan kepada kemenangan BN di Melaka itu. Kemenangan BN di Melaka itu dilihat lebih kepada peratus keluar mengundi yang rendah dan ancaman Covid yang sedang melanda. Hakikat pencapaian UBN (peratus undian) tidak jauh beza dengan apa yang diperolehi dalam Piraum ke-14 lalu.

 

Pirane Johor ini akan memberi jawaban sebenar apakah Najib dan Zahid akan membawa faktor kemenangan kepada UBN. Sekiranya UBN menang besar di Johor nanti, barulah ia boleh diakui bahawa aura Najib masih ada dan membantu kemenangan UBN nanti. Kalau setakat apa yang berlaku sebelum ini, menang pilihan raya kecil 7 kali dan dapat rampas Melaka dan Sabah ia bukan ukuran mutlak. 

 

Jadi kepada orang ramai jangan mudah terpesona dan terpengaruh dengan dendangan lagu memuja dan memuji Najib Razak yang sudah pun layak digelar banduan apabila telah dijatuhi hukum penjara 12 tahun dan denda RM210. Najib dan Zahid kalau pun ingin kembali ke kancah politik semula tunggulah dulu semua kesnya di mahkamah diselesaikan. Dengan comotan noda dan dosa (kasu makhkamah) yang ada kini ia menjadi liabiliti kepada Umno. [wm.kl. 8:12 pm 04/03/2021]

 

APA GUNA BERANI MENDESAK PRU DISEGERAKAN JIKA UMNO SENDIRI TAKUT MENYEGERAKAN PEMILIHAN PARTI?

 

Sama ada PRU15 akan diadakan lebih awal atau dilangsungkan sehingga tamat tempoh penggal Parlimen pada Jun 2023, segala-galanya terpulang kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menentukannya.

Walau dilaporkan akan ada desakan berterusan tanpa mengira BN menang atau kalah dalam PRN Johor 12 Mac depan sebagaimana yang diungkapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan bahawa desakan kepada Ismail Sabri akan tetap dilakukan, realitinya parti itu hanya ada kuasa mendesak dan menggertak saja.

Kata putus sama ada Yang Dipertuan Agong akan dinasihati untuk membubarkan Parlimen lebih awal atau tidak, kata putus akhir tetap di tangan Ismail Sabri.

Kalau Ismail Sabri enggan akur, apa UMNO nak buat?

Apakah Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu mengetuai gerakan menjatuhkan Perdana Menteri sekali lagi sepertimana mereka melakukannya kepada Mahiaddin Md Yasin sebelum ini?

Apakah kali ini, jika itu pilihan yang diputuskan oleh UMNO, sudah tentu sebab utamanya ialah kerana Ismail Sabri enggan akur kepada desakan mengawalkan PRU15, Ahli-Ahli Parlimen BN akan kekal bersama dengan kehendak parti sebagaimana diutarakan Tok Mat itu?

Apa pula pandangan rakyat terhadap UMNO jika mereka sanggup menjatuhkan pemimpin sendiri daripada kerusi Perdana Menteri semata-mata kerana ingin memenuhi nafsu angkuh serta tamak kuasa?

Tok Mat yang beria-ia membuat desakan tersebut, oleh kerana dia bukan Ahli Parlimen, apa pula yang mampu dilakukannya selain mendesak di kedai kopi dan melalui media sosial?

Mengimbas sejarah Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini iaitu di era BN, tidak pernah sama sekali UMNO menceroboh prerogatif Perdana Menteri dengan membuat desakan berkenaan penentuan tarikh PRU.

Semua penentuan tarikh PRU adalah ditentukan oleh Perdana Menteri tanpa campurtangan atau desakan pihak lain dan sebab utama pastinya ialah kerana semua Perdana Menteri era BN ketika itu adalah juga memegang jawatan Presiden UMNO.

Tetapi, jika UMNO insaf diri tentang kedudukan mereka ketika ini dan belajar meminimakan keegoan serta kesombongan selepas ditolak rakyat pada PRU14 lalu, apa bezanya sama ada Perdana Menteri itu seorang Presiden UMNO atau sekadar Naib Presiden parti?

Tidak bolehkah Perdana Menteri yang hanya memegang jawatan Naib Presiden UMNO turut sama dihormati dan diberi kebebasan untuk menasihati Yang Dipertuan Agong membubarkan Parlimen seperti mana penghormatan yang diberi kepada Perdana Menteri yang memegang jawatan Presiden UMNO?

Kenapa UMNO kali ini mahu bersikap tidak wajar terhadap Perdana Menteri dengan ingin terus mendesaknya mengadakan PRU dengan lebih awal?

Begitu pun, apa pilihan yang terbaik buat UMNO sebenarnya?

Sementara berterusan mendesak agar Ismail Sabri jangan tunduk kepada desakan UMNO itu barangkali adalah suatu sikap yang keterlaluan dan seolah-olah mengajaknya tidak patuh kepada kehendak parti, yang terbaiknya ialah UMNO itu sendiri seharusnya lebih dulu menunjukkan jiwa besar membuka jalan kepada penyelesaian yang lebih harmoni.

Caranya tidak lain ialah dengan semua pimpinan UMNO menghentikan desakan PRU awal itu kerana ini akan membuatkan rakyat jadi meluat serta di ketika yang sama membenarkan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum tempoh penggal Parlimen sekarang berakhir.

Jika dalam pemilihan UMNO itu nanti perwakilan UMNO menyokong Ismail Sabri mengambil alih kepimpinan parti, bermakna UMNO sendiri tidak mahu PRU diadakan lebih awal.

Ismail Sabri hanya relevan untuk akur kepada desakan agar mengadakan PRU lebih awal itu sekiranya beliau sendiri tidak sedia mengambil alih teraju kepimpinan UMNO dan setuju agar Zahid Hamidi kekal lagi memimpin parti.

Namun, perkara pokoknya ialah demokrasi dalam pemilihan UMNO harus dihidupkan terlebih dahulu.

Apa guna berani mendesak PRU awal jika sekiranya UMNO sendiri takut mengadakan pemilihan parti lebih awal? – ShahbudinHusin 05/03/2022.



TERJEMAHAN : Leissner membantu anak perempuan Jamaluddin Jarjis mendapatkan pekerjaan Goldman Sachs

 

Leissner membantu anak perempuan Jamaluddin Jarjis mendapatkan pekerjaan Goldman Sachs

 

Shazni Ong

/

theedgemarkets.com

 

04 Mac 2022 18:44 malam +08

 

-A +A

KUALA LUMPUR (4 Mac): Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner (gambar), saksi utama dalam perbicaraan berterusan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di AS, berkata beliau telah membantu Nur Anis Jamaluddin — anak perempuan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, bekas duta Malaysia ke AS — untuk mendapatkan pekerjaan di Goldman Sachs Group Inc selepas dia diperkenalkan oleh bapanya.

"Saya sebenarnya percaya dia memperkenalkan saya kepadanya untuk pekerjaan yang berpotensi di Goldman Sachs, yang dia dapat. Dia - dia mendapat - jawatan penganalisis di Goldman.

“Ya. Dia perlu melalui keseluruhan proses temu duga, tetapi dia mendapat pekerjaan itu, ya,” kata Leissner dalam pemeriksaan balasnya oleh peguam Roger Ng Chong Hwa, Marc Agnifilo yang direkodkan dalam transkrip mahkamah daerah AS bertarikh 2 Mac yang dilihat oleh theedgemarkets. com.

Leissner, yang memberitahu bahawa dia mengenali Nur Anis selama beberapa tahun, juga mengakui bahawa dia mempunyai hubungan romantis dengannya selepas dia meninggalkan Goldman Sachs.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita Malaysia yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Leissner, dua lagi bekas ketua pegawai eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan dan anak saudara kepada ketua menteri Sarawak ketika itu (kini gabenor) Tun Abdul Taib Mahmud.

Di bawah adalah petikan daripada transkrip:

Agnifilo: Dan berapa lamakah tempoh masa anda dan Anis Jamaluddin menjalinkan hubungan percintaan?

Leissner: Beberapa bulan.

Agnifilo: Dan bila itu?

Leissner: Saya tidak ingat masa yang tepat. Saya fikir tahun sebelumnya, mungkin 2011, tetapi saya tidak tahu masa yang tepat.

Agnifilo: Dan semasa anda menjalinkan hubungan dengannya, adakah bapanya adalah duta untuk Malaysia ke AS?

Leissner: Ya, saya fikir begitu.

Agnifilo: Dan selain bapanya menjadi duta Malaysia ke AS, adakah beliau penasihat rapat Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Razak)?

Leissner: Ya, dia.

Agnifilo: Dan adakah dia, adakah anda percaya dia sebagai salah seorang penasihat yang lebih berpengaruh kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu?

Leissner: Itu panggilan penghakiman yang sukar untuk dibuat tuan. Terdapat ramai penasihat kepada Perdana Menteri. Dia adalah salah seorang daripada mereka. Saya tidak akan menyifatkan dia sebagai salah seorang yang paling penting, tidak, tetapi dia adalah salah seorang daripada mereka.

Apabila ditanya oleh Agnifilo sama ada mereka berdua menjalinkan hubungan setakat April 2012, Leissner menjawab dengan mengatakan "Saya tidak percaya begitu lagi".