INI KOMEN NETIZEN BILA NAJIB KATA TIADA SATU SEN PUN WANG RAKYAT DIGUNA BAYAR HUTANG 1MDB

 

Semalam, ketika membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong di Parlimen, Najib Razak berkata, tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Ini kerana, katanya pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

“Jangan kita beri alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara, hakikatnya satu sen pun hutang prinsipal 1MDB tidak pernah dibayar pada 2018.

“Pada 2018, hutang 1MDB adalah RM32 bilion, 2019, 2020, 2021 hutang (kekal) RM32 billion.

“Adalah tidak betul untuk cadangkan bahawa rakyat perlu tanggung atau bayar hutang 1MDB.

“Misalnya RM16 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs, bukan daripada wang rakyat, itu wang Goldman Sachs.

“Kita juga menerima RM3 bilion daripada DOJ, RM2.83 bilion daripada Ambank, RM340 juta daripada KPMG dan RM324 juta daripada Deloitte.

“Kesemuanya ini hampir RM23 billion, ini bukan wang rakyat. Sepatutnya wang ini boleh digunakan bayar hutang 1MDB,” tambah bekas Perdana Menteri itu lagi.

Bagaimanapun, rata-rata komen netizen di media sosial dilihat tidak bersetuju dan menyanggah hujah Najib itu.

Di ruangan komen Malaysiakini misalnya, berita mengenai perkara tersebut mendapat sanggahan lebih 90 peratus daripada netizen yang memberi pelbagai reaksi mengenainya.

Di bawah ini adalah sebahagian daripada komen-komen netizen itu.

Apa pula pendapat kita sebagai rakyat Malaysia yang terus dihidangkan dengan berita-berita buruk dan pendedahan berterusan berkaitan skandal 1MDB itu.

Misalnya, berdasarkan keterangan terbaru Tim Leissner, bekas orang kuat Goldman Sachs di mahkamah AS saja, nampaknya masih banyak lagi rentetan tersembunyi berkaitan skandal 1MDB itu yang membuatkan kita terus marah dan sakit hati.

Apakah kita juga sebagai rakyat hanya mahu berdiam diri dan menerima begitu saja semua yang dikatakan Najib itu? ShahbudinHusin 03/03/2022.


'Orang kaya undi BN dapat faedah, orang susah dapat apa?'






Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Johor diseru menamatkan kekuasaan BN pada 12 Mac ini dan melantik Kerajaan Negeri yang baharu.



Hal itu ditegaskan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah umum di Felda Medoi, DUN Pemanis, petang semalam.

Menurut Anwar, pemimpin dan kerajaan yang dilantik perlu mengutamakan rakyat bukannya menjaga tauke, konglomerat dan orang atasan sahaja.

"Kita pilih orang di Parlimenn nak bercakap bagi pihak siapa? Kita pilih orang di Dewan Undangan Negeri nak bercakap bagi pihak siapa?

"Ini yang menjadi isu, bukan berebut jawatan macam sekarang. Elaun menteri naik. Jumlah menteri naik, pendapatan exco naik.

"Tetapi kita minta orang berpendapatan rendah bagi gaji minima, apa PM jawab, tak boleh, saya dah bincang dengan tauke mereka tak setuju. Konglomerat besar, Tan Sri tentu tak setuju gaji minima. Kamu tanya orang kaya bagi gaji minima, dia tak nak. Tanya rakyat lah, pekerja. Sebab itu kita kata kena dengar suara kesatuan sekerja," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu membawa contoh bagaimana banjir di Pahang merugikan rakyat apabila beribu ribu batang balak merempuh rumah orang kampung. Namun, katanya tiada satu syarikat balak yang membayar ganti rugi.

Pemimpin politik pula tidak mendesak syarikat tersebut menanggung kos baik pulih rumah. Malangnya, kata beliau, masih ada pengundi yang menyokong kerajaan seperti itu.

"Saya bagi contoh di Pahang pembalakan. Balak turun rempuh rumah orang. Rakyat dapat apa? Dapat balak? Dia tak dapat, balak diambil oleh tauke dia. Dia dapat bala.

"Balak satu tahun eksport RM21 bilion, nak ganti rugi RM30,000 rumah kena langgar balak tak boleh. Sebab pemimpin itu mewakili tauke kaya, Melayu, Cina, India tetapi yang miskin Melayu, Cina, India, Orang Asli diabaikan. Itu pun pilihan raya yang miskin sokong juga.

"Kalau orang kaya saya faham mereka dapat faedah. Orang susah ini dapat apa? Merdeka lebih 60 tahun pemimpin kaut begitu sahaja," katanya.

Selain itu, Anwar juga menegur kerajaan BN yang mengadakan pilihan raya tetapi menyukarkan kempen bagi parti parti pembangkang.

Katanya, tanpa ceramah besar pembangkang tiada medium untuk menyampaikan mesej kepada rakyat kerana tidak mungkin ucapan mereka disiarkan di media arus perdana.

"Ceramah besar besar tak boleh. Kalau dulu bebas buat ceramah besar. Mereka yang datang tak mestinya ahli. Mereka datang boleh dengar fakta. Sekarang tak boleh. Kempen ikut RTM, TV3, mampus kita mereka siar menteri sahaja.

"Oleh itu jangan bagi Umno (menang). Sombong sangat. Kami menang di Melaka nak tunjuk menang besar di Johor. Menang untuk apa? Menang ini untuk rakyat bukan nak tunjuk kamu besar. Takabur.

"Orang kalau takabur kalahkan dia dalam pilihan raya," katanya lagi.

 

OWHHH...JAWATAN BUKAN RASUAH YA..

 

Description: ❌= Sogok Duit

Description: ✅= Sogok jawatan ala scheme of things

Terbaik rupanya suap jawatan bukan rasuah. Hari itu bagi akaun CDS adik guna pun bukan kesalahan. Tahun hadapan naik lagi ranking indeks persepsi rasuah di Zimbabwe ini.

Padan serba tahu yakin dan sanggup menjamin yang kerajaan Melayu Isley ini bebas rasuah, rupanya mereka bebas merasuah dan bebaskan perasuah.

Moga mereka ini di bangkitkan dan di kumpulkan bersama-sama dan tidak berlepas diri antara satu sama lain.

 



MASUK CUCI KAKI..KEMUDIAN SEMBANG PISHANGGGG


 By / March 3, 2022

Sebagai Timbalan Menteri Agama, Yb Marzuk telah mengelirukan dewan parlimen kelmarin (1March 2022) dalam jawapannya tentang TH Plantation. Saya heran bagaimana pegawai TH yang bertanggungjawab membekalkan jawapan yang tidak profesional ataupun Timbalan Menteri itu dari Pengkalan Chepa yang menjawab ikut selera politik beliau.

Pertama beliau mendakwa zaman PH ladang-ladang tidak di baja dengan baik sedangkan masalah ini ditanggung sejak 2016 lagi kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh TH Plantation. Soal hutang, kos pelaburan yang tinggi, kos operasi menyebabkan kedudukan kewangan THP menyempit. Pada tahun 2015, THP dalam menangani masalah hutang membuat keputusan menjual TH Bakti bernilai RM16.3 juta dan TH Gemas bernilai RM154 juta kepada sebuah syarikat swasta Dupont. Dalam kenyataan semasa penjualan tersebut CEO nya waktu itu memberikan alasan mengurangkan beban hutang THP.

Masalah hutang sangat menekan kewangan THP menyebabkan sukuk TH yang membiayai hutang THP gagal dilunaskan pada waktunya menyebabkan kesan kepada pendeposit. Faktanya yang gagal dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Agama ialah pada tahun kewangan 2018, THP menanggung hutang RM 1.24b dan pada suku ke 3 hutang meningkat kepada RM1.29b. Pegangan tunai menyusut dari RM50.6juta kepada RM43.8juta. Keadaan ini memerlukan THP membuat rasionalisasi aset untuk memastikan kestabilan kewangannya dan melunaskan hutang sukuknya kepada badan induk TH.

Soalnya bukan jual aset seperti diapi-apikan tetapi ianya soal menstrukturkan semula hutang THP dan kegagalan bayar balik hutang kepada induk TH. Kegagalan ini menyebabkan rosot nilai yang akan menjejaskan keseimbangan antara aset dan liabiliti dan akan terkesan kepada pengeluaran dividen kepada pencarum. Itulah yang kami cuba atasi untuk menjaga kepentingan aset lain yang membawa pulangan.

Soalan saya ialah apakah kedudukan hutang THP hari ini lebih baik? Apakah THP mampu membayar hutang sukuk kepada TH induk mengikut jadual kematangannya? Apakah kos operasi perladangan kini lebih baik dan apakah semua ladang TH yang dibeli sebelum PH ambil alih semuanya tanah yang baik? Soal harga sawit yang tinggi bukan menjamin keuntungan tetapi kos operasi, tanah yang baik dan tekanan hutang perlu dibuat perkiraan. Yb Marzuk harus jujur menjawab masalah THP tanpa perlu berdalih secara politik untuk menaikkan sentimen dan mengelirukan dewan.

Jualan aset untuk penstrukturan hutang bukan menggadaikan aset orang Islam tetapi keperluan menjaga aset- aset lain yang menguntungkan supaya tidak terjejas pulangan menyeluruh kepada harta umat Islam. Jika trend kenyataan seperti yang dibuat oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada TH dibiarkan, pengoperasian THP yang tertakluk kepada perundangan Suruhanjaya Sekuriti dan tersenarai di Bursa Saham akan terjejas kerana campurtangan politik. THP tertakluk kepada semua obligasi fidicuary yang bebas politik.


                                                     TH PLANTATION

Selagi Yb Marzuk tidak menjelaskan kedudukan kewangan THP dan tahap keberhutangannya serta mendedahkan berapa peratus tanah THP yang tidak boleh ditanam sawit dan berapakah kos operasi THP saya menganggap dakwaan hasil lebih baik dari zaman PH hanyalah dakwaan setengah masak. Hakikatnya Yb Marzuk menutup sebelah mata kepada masalah lebih besar iaitu penstrukturan semula hutang dan kos operasi yang tinggi dan itulah yang cuba dilakukan oleh saya semasa PH menjadi kerajaan.

THP tidak dapat memenuhi jadual pembayaran sukuknya kerana tidak mampu dan dalam keadaan berterusan begini, rosot nilai aset TH induk akan menyumbang kepada keadaan kewangan TH dan sekaligus tidak dapat memberi dividen yang seimbang kepada pendeposit umat Islam. Saya cabar pihak pengurusan THP untuk menjelaskan bagaimana dilunaskan hutang-hutang ini tanpa penjualan aset serta bagaimana rosot nilai dikira sehingga melayakkan dividen dikeluarkan 3.1%? Apakah duit reserve TH diambil lagi untuk tujuan tersebut?

Berhentilah meratib PH jual aset TH, PH jual ladang TH, PH jual aset orang Islam kerana apa yang dilakukan ialah penstrukturan semula untuk tujuan supaya Tabung Haji terus unggul dan berkembang dan pada waktu yang sama memenuhi pematuhan akta TH dan obligasi fiducary yang bebas politik. Alhamdulillah niat asal kami dibuktikan hari ini dengan kedudukan Tabung Haji yang lebih baik, YB Marzuk masuk cuci kaki sahaja tapi sayang dia keliru dan telah mengelirukan dewan.


'Kalau tak keluar mengundi, BN menang, nasib rakyat tidak akan terbela'







 

Pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dinasihatkan berfikir secara rasional dan tidak mengambil keputusan tidak keluar mengundi di atas faktor kesihatan atau Pilihan Raya Umum (PRU) telah hampir.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sekiranya pengundi yang menolak BN enggan keluar pada 12 Mac nanti, BN akan menang dan situasi buruk pentadbiran Johor akan berterusan.

"Kalau nak kira kestabilan, untuk siapa? Pemimpin atau rakyat. Kalau kemakmuran untuk siapa? Ia tidak lain untuk mengekalkan kuasa yang ada.

"Ada yang menyampah tak mahu keluar mengundi. Tetapi masalahnya apa? Masalah kalau kita tak keluar mengundi yang akan naik mereka juga. Kalau mereka terus kukuh berkuasa saudara ingat nasib rakyat dapat dibela?

"Kita lihat sejarah rasuah, skandal, kuasa, kesombongan semua akan berulang kembali kalau kita biarkan mereka terus kekal

"Kena keluar mengundi. Ramai ramai. Paling kurang pun angkat calon calon kita. Ada semak imbang, persoalkan satu per satu," katanya dalam ceramah di Felda Meloi, Pemanis, semalam.

Syed Ibrahim turut mengingatkan hadirin kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Umno akan terus mendesak PRU diadakan biar pun kalah dalam PRN Johor.

"Semalam Tok Mat kata kalau pun PRN Johor kami kalah kami desak untuk PRU diadakan segera. Apa maksud itu?

"Maknanya mereka tak kira ekonomi, Covid, harga barang naik, yang penting mereka dapat kuasa. Kalau ini alasannya, kita kena tolak mereka. Jangan beri peluang mereka lagi.

"Kita kena lantik wakil kita. Angkat suara rakyat Johor. Kalau harap wakil Umno mereka pun bergaduh BN dan PN. Untuk apa beri lagi kepada mereka," katanya.

Justeru, Syed Ibrahim menyeru agar rakyat mengalahkan BN yang telah membazirkan wang RM95 juta untuk mengadakan PRN pada 12 Mac ini.

 

‘Di luar seolah-olah bersatu tetapi hati mereka berpecah’




 By / March 3, 2022

Nampak seperti Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tiada masalah antara mereka. Hakikatnya, tidak. Masing-masing ingin membolot kuasa. BN tidak mahu berkongsi kuasa PN.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, sebelum DUN dibubarkan pun tidak jelas nama kerajaan negeri.

“Kita pun tidak tahu nama kerajaan Johor yang lepas. Kerajaan BN atau PN?

“Kita bertanya dalam Dewan, kerajaan yang ada sekarang ini kerajaan BN atau PN. Menteri pun tidak jawab.

“Di luar seolah-olah mereka bersatu tetapi hati-hati mereka berpecah. Inilah yang dinyatakan dalam al-Quran,” katanya dalam Ceramah PRN Johor 2022 malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi PH Johor akan bertanding di kerusi DUN Parit Yaani yang disandangnya.

Seramai 2.597 juta pengundi layak mengundi pada PRN Johor, 12 Mac ini.

'Di luar seolah-olah bersatu tetapi hati mereka berpecah'
Aminolhuda Hassan

Mengulas lanjut, Aminolhuda berkata persaingan BN dan PN terbukti dalam PRN Melaka dan seterusnya PRN Johor.

“Di peringkat Persekutuan dan Johor sebelum bubar, mereka duduk sebagai satu kerajaan hinggakan waktu nak bubar pun ahli-ahli Exco di kalangan Bersatu, mereka pun tidak tahu betulkah sebab masa PRU14 dulu kami sama-sama sepentas berceramah termasuk Presiden Bersatu.

“Apabila berlakunya Langkah Sheraton lalu tertubuhlah kerajaan yang tiada nama. Sekejap nama BN, sekejap nama PN,” katanya.

Bekas Exco kerajaan negeri Johor itu juga menegaskan bahawa pilihan raya yang dipaksakan ketika ramai rakyat terkesan akibat wabak Covid-19 ini adalah ekoran kerajaan sejak awal lagi tidak stabil.

“Hari ini rakyat dalam keadaan sukar untuk urusan keluarga. Ada pekerja yang diberhentikan kerana syarikat tutup operasi,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, sebelum DUN Johor dibubarkan, BN dan PN memiliki 28 kerusi berbanding 27 kerusi PH.

Pada PRN Johor minggu depan, BN akan menampilkan lebih 70 peratus muka baharu di 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan Umno menampilkan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat).

Sementara itu, PN juga bakal bertanding di kesemua kerusi DUN dengan mempertaruhkan 41 muka baharu dan mengekalkan 15 calon yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini.

Calon-calon PN terdiri daripada 33 wakil Bersatu, Pas (15) dan Gerakan (lapan).

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula mempertaruhkan 42 calon bagi PRN Johor, dengan 54 peratus daripada mereka terdiri daripada calon berusia di bawah 50 tahun, termasuk calon termuda berumur 26 tahun.


PENYOKONG PEROMPAK KENA TIPU PUN MASIH SOKONG BUTA TULI LAGI.

 

Abdullah Mat Isa

Basah kuyup penyokong banduan antarabangsa kata prinsipal hutang 1MDB tak di bayar dengan wang rakyat. Tapi nak buat macam curi duit rakyat pun tak ada rasa malu, apatah lagi nak menipu CaiMeno. 


Ingat baki hutang 1MDB sebanyak 32.3 billion itu rakyat yang kena bayar sampai 2039, mereka seronok berjoli sakan beli banglo dan bersuka ria.




KASIHAN....DARJAH KEBESARAN NAJIB DITARIK SEMULA.


 

www.zunar.my


JANJI- TAPI PISHANGGGG





HAMDAN TAHA


Saya dulu masa muda seperti ini juga buat kenyataan dalam ceramah sepertinya boleh buat semua benda...ini lah cara kita masa muda berfikir....dan ini lah juga cara pembangkang di malaysia berfikir seperti Pas PH sebelum ini cara berfikir dan berpolitik...

Sebelum jadi kerajaan apa kita nak cakap semua boleh jer dan penyokong tepuk dan suka dengan permainan kata kata kita...

Bila jadi kerajaan dan menteri semua yang kita sembang dalam ceramah tu satu benda tak buat pun...dan memang lupa habis dulu dulu punya kisah...

Calun muda ni begitu juga lah bertanding Dun dan hanya 7 kerusi jer jika menang semua pun tak boleh bentuk kerajaan pun....apatah lagi nak bagi orang kerja dan macam macam nak buat lagi la kisah kosong sahaja....tapi semanggat tu ada pun dah kira baik dah tu...

 

BN BUKAN NAK TUBUHKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM



"Kita bukan nak menubuhkan kerajaan Melayu, kita bukan nak menubuhkan kerajaan ISLAM, kita nak menubuhkan kerajaan Barisan Nasional yang berbilang kaum di Negara ini,” katanya. Beliau menyeru rakan-rakan Barisan Nasional supaya berjalan seiring dengan UMNO.



RENTASAN 1082 | KERAJAAN PAS TERENGGANU KANTOI BERBELANJA MEWAH DI SAAT ...




MENARIK DALAM RENTASAN 1082
1. BN BUKAN NAK TUBUHKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM 2. BALAK MUNCUL DI TASIK KENYIR FENOMENA APA? 3. DIMANAKAH RUU355?



JANGAN PERCAYA LAGI....

 

MOHD AFFENDI ABAS


Inikah taktik licik BN-PN untuk melengahkan atau tak mahu RUU Anti Lompat Parti dibentang di Parlimen apatahlagi nak diluluskan?

TU DIA !!! Juta-juta masuk akaun PAS..




BDULLAH MAT ISA


"RM1.5 juta itu derma individu, bukan dari UMNO", kata AJK Pusat PAS Dr Zuhdi Marzuki.

TAKKAN LEBAI SANGGUP MENIPU??

Bayaran RM1 juta daripada Umno terus dimasukkan ke dalam akaun milik Mohd Shukrimun bin Shamsudin (Bendahari Pas Terengganu) ??!

'Urusniaga' dibuat pada 21 Mac 2018... hanya beberapa minggu sebelum PRU14 ??!

TOK LEBAI tolong saman cepat...

[AKAUN 1]

Nama Akaun : Tabung Pembangunan Jabatan Pilihan Raya PAS (JPP) Pusat

Alamat : No: 318 - A, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Nama Bank : Bank Islam

No. Akaun : 1402 301002 ****

Jumlah wang masuk : RM1.5 juta

Tarikh dan waktu urusniaga : 21 Mac 2018, jam 3.57 petang

[AKAUN 2]

Akaun Bersama (Tiga Penama)

1. Satipul Bahri Mamat (Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Terengganu)

2. Shukrimun Samsudin (Bendahari, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu)

3. Muhyidin Abdul Rashid (Setiausaha, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu)

Nama Bank : Bank Islam

Jumlah wang masuk : RM1.0 juta

Tarikh dan waktu urusniaga : 21 Mac 2018 jam 3.53 petang

Shamsul Zairil Kamaruddin ialah pegawai khas kepada Bendahari Umno, Salleh Said Keruak adalah individu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan kemasukan wang ke dalam kedua-dua akaun bank tersebut.

Manakala Salleh adalah Bendahari Umno Barisan Nasional pusat yang baru menggantikan Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Patutlah Pas sokong Azam Baki takut kes 90 juta pula dikeluarkan nanti ..

 


YB MARZUK KELIRU DAN MENGELIRUKAN TENTANG TABUNG HAJI PLANTATION (THP)

 



1. Sebagai Timbalan Menteri Agama, Yb Marzuk telah mengelirukan dewan parlimen kelmarin (1March 2022) dalam jawapannya tentang TH Plantation. Saya heran bagaimana pegawai TH yang bertanggungjawab membekalkan jawapan yang tidak profesional ataupun Timbalan Menteri itu dari Pengkalan Chepa yang menjawab ikut selera politik beliau.

2. Pertama beliau mendakwa zaman PH ladang-ladang tidak di baja dengan baik sedangkan masalah ini ditanggung sejak 2016 lagi kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh TH Plantation. Soal hutang, kos pelaburan yang tinggi, kos operasi menyebabkan kedudukan kewangan THP menyempit. Pada tahun 2015, THP dalam menangani masalah hutang membuat keputusan menjual TH Bakti bernilai RM16.3 juta dan TH Gemas bernilai RM154juta kepada sebuah syarikat swasta Dupont. Dalam kenyataan semasa penjualan tersebut CEO nya waktu itu memberikan alasan mengurangkan beban hutang THP.

3. Masalah hutang sangat menekan kewangan THP menyebabkan sukuk TH yang membiyai hutang THP gagal dilunaskan pada waktunya menyebabkan kesan kepada pendeposit. Faktanya yang gagal dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Agama ialah pada tahun kewangan 2018, THP menanggung hutang RM 1.24b dan pada suku ke 3 hutang meningkat kepada RM1.29b. Pegangan tunai menyusut dari RM50.6juta kepada RM43.8juta. Keadaan ini memerlukan THP membuat rasionalisasi aset untuk memastikan kestabilan kewangannya dan melunaskan hutang sukuknya kepada badan induk TH.

4. Soalnya bukan jual aset seperti diapi-apikan tetapi ianya soal menstrukturkan semula hutang THP dan kegagalan bayar balik hutang kepada induk TH. Kegagalan ini menyebabkan rosot nilai yang akan menjejaskan keseimbangan antara aset dan liabiliti dan akan terkesan kepada pengeluaran dividen kepada pencarum. Itulah yang kami cuba atasi untuk menjaga kepentingan aset lain yang membawa pulangan.

5. Soalan saya ialah apakah kedudukan hutang THP hari ini lebih baik? Apakah THP mampu membayar hutang sukuk kepada TH induk mengikut jadual kematangannya? Apakah kos operasi perladangan kini lebih baik dan apakah semua ladang TH yang dibeli sebelum PH ambil alih semuanya tanah yang baik? Soal harga sawit yang tinggi bukan menjamin keuntungan tetapi kos operasi, tanah yang baik dan tekanan hutang perlu dibuat perkiraan. Yb Marzuk harus jujur menjawab masalah THP tanpa perlu berdalih secara politik untuk menaikkan sentimen dan mengelirukan dewan.

6. Jualan aset untuk penstrukturan hutang bukan menggadaikan aset orang Islam tetapi keperluan menjaga aset- aset lain yang menguntungkan supaya tidak terjejas pulangan menyeluruh kepada harta umat Islam. Jika trend kenyataan seperti yang dibuat oleh Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada TH dibiarkan, pengoperasian THP yang tertakluk kepada perundangan Suruhanjaya Sekuriti dan tersenarai di Bursa Saham akan terjejas kerana campurtangan politik. THP tertakluk kepada semua obligasi fidicuary yang bebas politik.

7. Selagi Yb Marzuk tidak menjelaskan kedudukan kewangan THP dan tahap keberhutangannya serta mendedahkan berapa peratus tanah THP yang tidak boleh ditanam sawit dan berapakah kos operasi THP saya menganggap dakwaan hasil lebih baik dari zaman PH hanyalah dakwaan setengah masak. Hakikatnya Yb Marzuk menutup sebelah mata kepada masalah lebih besar iaitu penstrukturan semula hutang dan kos operasi yang tinggi dan itulah yang cuba dilakukan oleh saya semasa PH menjadi kerajaan.

8. THP tidak dapat memenuhi jadual pembayaran sukuknya kerana tidak mampu dan dalam keadaan berterusan begini, rosot nilai aset TH induk akan menyumbang kepada keadaan kewangan TH dan sekaligus tidak dapat memberi dividen yang seimbang kepada pendeposit umat Islam. Saya cabar pihak pengurusan THP untuk menjelaskan bagaimana dilunaskan hutang-hutang ini tanpa penjualan aset serta bagaimana rosot nilai dikira sehingga melayakkan dividen dikeluarkan 3.1%? Apakah duit reserve TH diambil lagi untuk tujuan tersebut?

Berhentilah meratib PH jual aset TH, PH jual ladang TH, PH jual aset orang Islam kerana apa yang dilakukan ialah penstrukturan semula untuk tujuan supaya Tabung Haji terus unggul dan berkembang dan pada waktu yang sama memenuhi pematuhan akta TH dan obligasi fiducary yang bebas politik. Alhamdulillah niat asal kami dibuktikan hari ini dengan kedudukan Tabung Haji yang lebih baik, YB Marzuk masuk cuci kaki sahaja tapi sayang dia keliru dan telah mengelirukan dewan.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak.

2 March 2022

 

LINGKUP NEGARA


 

KEADILAN TETAP CEKAL


 

Pemandu lori maut dilanggar kereta selepas hantar anak hadiri SPM

 

Pemandu lori maut dilanggar kereta selepas hantar anak hadiri SPM


Pemandu lori maut dilanggar kereta di Kilometer 6 Jalan Machang-Pasir Puteh di sini, pagi tadi, selepas menghantar anak lelakinya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke sekolah.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa Zainudin Ab Samat, 56, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintenden Ganti Jimmy berkata, ketika kejadian mangsa memarkir lori dipandunya di seberang jalan sebelum menghantar anaknya ke sekolah.

Katanya, selepas menghantar anaknya itu di hadapan pintu pagar sekolah, mangsa kemudiannya berpatah balik dan melintas jalan untuk kembali ke tempat lorinya yang diparkir di tepi jalan itu.

“Bagaimanapun, ketika hendak melintas jalan, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 54 tahun dari arah Machang ke Pasir Puteh melanggar mangsa.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi selepas itu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kemalangan berlaku disyaki berpunca akibat kecuaian mangsa yang melintas jalan di kawasan bukan lintasan pejalan kaki.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kes SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan

 


Kes SRC: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara berkenaan berkata permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.

“Sehubungan itu tarikh pendengaran dikekalkan sebagaimana yang dijadualkan,” katanya kepada Bernama menerusi teks pesanan ringkas WhatsApp..

Dua hari lepas peguam Najib menulis surat kepada mahkamah memohon supaya tarikh pendengaran itu dilapangkan kerana mereka masih mengumpulkan semua nota, bukti, dan dokumen yang berkaitan dengan perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, bagi menyediakan hujah bertulis sebagai tambahan bukti untuk rayuan.

Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Pada hari berikutnya mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan.


Panas! Najib dibidas tak hormat keputusan PM

 Panas! Najib dibidas tak hormat keputusan PM


Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini membidas Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berhubung isu pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tegasnya, Najib sepatutnya menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinet berhubung pengeluaran wang pencarum.

“Perdana Menteri dan Kabinet telah membuat keputusan, maka hormatilah. YB Pekan perlu hormati keputusan Perdana Menteri, Kabinet dan kerajaaan yang tidak dapat untuk mempersetujukan (pengeluaran).

“(Keputusan itu) bukan kerana kepentingan peribadi atau kepentingan orang-orang tertentu.

“Mereka (Kabinet) juga memikirkan kepentingan masa depan rakyat kerana sekiranya semua wang habis dikeluarkan, apa akan jadi akan datang apabila berlaku kesusahan, penderitaan dan kesengsaraan.

“Betul, itu duit mereka tetapi kita sebagai pemimpin kerajaan perlu menasihati, mendidik dan menjaga orang ramai,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasan itu, Tajuddin turut mendakwa wujud ‘Napoleon Kecil’ atau ‘Little Napoleon’ dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Malah, beliau mendedahkan ada individu bersifat ‘Napeopleon Kecil’ itu dalam kalangan mereka yang bergelar menteri.

“Menteri-menteri mesti komited dan jangan fikir apabila jadi parti berlainan, maka tak sokong agenda Perdana Menteri. Ini tidak boleh.

“Dalam parti sendiri, sesama parti, jangan cuba untuk bermain politik. Saya nak ingatkan di sini.

“Apa yang berlaku kita dapati adanya Little Napoleon dalam kerajaan, individu yang lebih berkuasa daripada menteri atau Kabinet.

“Perdana Menteri bagi arahan sesuatu, ia tak dilaksanakan, tak dibuat dan ‘diperap’ begitu sahaja sebab tak suka perkara itu dibuat.

“Little Napoleon ini kita ada bukti, kalau sekiranya diminta saya akan keluarkan, buktikan Little Napoleon di mana ada antara mereka adalah menteri,” katanya.