Apa MP pembangkang dan AMK buat?Keluhan seorang penulis dan bekas wartawan/


NORMAN RADZUAN


Saya akan berhenti menulis politik selepas PRU15

 

SERAHKAN TANGGUNGJAWAB KPD GENERASI MUDA

 

Sebenarnya jika ikut perkiraan tahun 2020 selepas Tun serahkan jawatan kepada DS Anwar, saya sudah stop menulis. Sebab rasa pejuangan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan agama sudah selesai. Bukan hanya saya tapi ramai juga rakan-rakan beranggapan kita telah serahkan kepada pemimpin yang boleh dipercayai.

 

Jujur saya beritahu... saya sangat marah dan geram dengan sikap Tun. Bagi saya selagi beliau ada selagi itulah negara ini tidak akan pernah merdeka dalam erti kata sebenarnya.

 

Apapun selepas PRU15 nanti, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis tentang politik. Bolehlah sekali sekala tetapi bukan seperti sekarang ini. Ingat nak fokus kepada dunia perniagaan dan nak kembali buat usaha-usaha agama ni. Mana tahu boleh jadi Amir Sab.

 

Ada kwn2 bertanya kenapa sibuk menulis politik? Soalan ini ditanya ketika saya masih dlm dunia kewartawanan lagi cuma ketika itu hanya mampu berbicara secara fizikal kerana terikat dgn etika pekerjaan dan tiada media sosial yg sesuai. Sekali sekala gunakan blog adik saya dgn nama pena.

 

Saya menulis sebab saya ni jenis dari muda tidak suka melihat kebatilan. Kalau ikutkan apa sibuk2 dan menyusahkan diri...utk keluarga Insyallah cukup makan minum. Tapi sudah sifat semulajadi tak boleh melihat kesusahan org lain.

Malah saya sgt benci org memperlihatkan kesenangan hidupnya tanpa peduli nasib-nasib orang miskin. Menulis jauh sekali malah perlekehkan usaha kita utk melakukan perubahan ini.

 

19 Nov 2020, 266 kes bunuh diri direkodkan sejak PKP dilaksanakan. Itu 8 bulan yang lalu. Di PP lebih 50 kes bunuh diri direkodkan sejak Januari 2021. Jadi sy sgt bersedih dan memahami kenapa kes bunuh diri ini berlaku. Itu kisah org kaya yg gagal dalam kehidupan waktu PKP tapi beramai ramai orang miskin yang menderita di luar sana yang kita tidak sedari.

Saya sendiri beberapa kali melihat sendiri tangisan marhaen memohon diberi peluang bekerja... ada satu kes itu yg dtg memohon berikan sedikit beras utk anak2nya hendak makan. Ikhlas saya katakan kerana merekalah saya sanggup menulis. Saya tiada niat langsung utk bergelar YB... niat utama saya ubah kepimpinan kpd yg lebih baik sahaja.

Kecewa tak mahu menulis? Ya saya kecewa. Kecewa dgn dgn sikap bangsa sendiri, kecewa dgn sikap org2 politik sendiri. Sb rasanya 90% org politik ini hanya fikirkan perut sendiri.

Lihat pemimpin PH sendiri... PH ada lebih 90 ahli Parlimen. Yg aktif menulis atau berbicara secara live atau secara visual ada la 10-15 kerat MP. Selain DS Anwar... Dr Mujahid, Tuan Hassan, Khalid Samad, Salahuddin Ayob, Mat Sabu, Saifuddin Nasution, Hannah Yeoh, Anthony Loke, Steven Sim dan beberapa nama lagi.

Yg lain makan gaji buta? Ya benar kalian ada buat kerja di Parlimen sendiri tetapi sebagai pemimpin suara anda itu mestilah juga mewakili seluruh rakyat Malaysia. Anda kena bersuara isu nasional. Ini zaman teknologi... anda tidak perlukan lagi TV3 atau Astro utk bersuara... masing2 boleh ada 'TV' sendiri.

Sebagai ahli parti saya ingin bertanya dimana anak2 muda dari PKR? Ahli muda parti lain itu biar ahli parti mereka yg berikan teguran? AMK sebilangan besarnya lesu ( bukan semua ). Patutnya mereka jika tidak menulis, buat live atau rakaman visual bercerita tentang masalah rakyat.

Yg kerap saya lihat Syed Shah Syed Osman. Yg ketuanya, Akmal Nasir... kadang2 sebulan dua tiga kali. Sepatutnya paling kurang 5 kali seminggu beliau akn muncul secara live bicara soal rakyat.

Akmal Nasir sebagai ketua mewakili anak2 muda... mesti melihat kehebatan Presidennya, DS Anwar Ibrahim ketika muda hingga sanggup dipenjarakan. Lihat Ezam Mohd Nor dan lihat sendiri keberanian Rafizi. Mereka ke sana sini saban malam berceramah menyampaikan info kpd rakyat.

Sepatutnya Akmal saban malam berhujah secara live atau rakaman utk bercerita soal rakyat. Rakyat ketika ini sgt2 menderita. Anda selalu bersuara berilah peluang kpd anak2 muda utk menjadi calon tetapi anda sendiri tidak menggerakkan jentera AMK utk bergerak aktif. Ini saat genting kehidupan rakyat Akmal.

Maaf kata saya mengatakan anda dan AMK agak lesu. Sdgkan jika menang nanti kalianlah juga mahu jawatan sana sini diisikan utk AMK. Sepatutnya buktikan hasil kerja kalian dahulu. Bukan perlu ke jalan raya tetapi masing2 ada laptop, ada smartphone... berjuanglah utk rakyat. Bercakap dgn fakta tanpa fitnah... bukan suruh anak2 buah anda ke jalan raya.

Abg dan Otai2 ini ada yg sudah lewat 40an, 50an dan 60an. Dah berpuluh tahun berjuang walaupun sekadar di belakang tabir. Yg mana kami tak ada cita2 pun hendak dptkan laba politik. Bekerjalah anak2 muda jika suatu hari nanti mahu menjadi pemimpin. Buktikan kepimpinan anda.

Maaf menegur kerana Abang dan rakan-rakan yang lain mahu fokus kpd urusan keluarga dan beramal. Kami ni ada yang mahu masuk usia pencen dan ada yg sudah lama pencen. Sepatutnya dah lama dah kami pas baton tapi kami lihat kalian lesu... muncul bila saat2 PRU sahaja.

 

Sdgkan yg dpt dilihat samada kaum Adam atau Hawa yg ahli biasa2 dan tidak berparti, mereka terpaksa menulis saban hari utk pejuangkan nasib mereka sendiri. Buat Akmal anggaplah ini teguran membina. Bangkitlah dari tidur dan kejutkan anak2 buah anda. Dibibir kalian mesti berbicara soal rakyat... rakyat... rakyat.

Ok Akmal... sebagai abang teguran ini sebab tidak mahu kalian terlena terlalu lama. Anda pemimpin masa depan negara dgn rakan-rakan  yang lain. Wasalam.

 

NAK HARAP PAS LAKSANAKAN SESUATAU- BAIK LUPAKAN. JAWATAN PALING UTAMA..MUNAFIK.

 


Peguam persoal apa penyelesaian cara Islam Pas buat dalam kerajaan




Peguam persoal apa penyelesaian cara Islam Pas buat dalam kerajaan


Sebenarnya kita tertanya-tanya jugak apakah contoh penyelesaian cara Islam yang PAS bawa dalam pentadbiran kerajaan hari ini?

Janganlah nak berdalih kononnya PAS hanya minoriti dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dan tidak punya ruang yang banyak untuk laksanakan apa yang PAS pernah perjuangkan suatu masa dahulu. Bukankah dahulu kalian juga yang kata bahawa kuasa ‘King Maker’ itulah bakal menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, justeru ke mana kuasa itu dibawa?

Hakikatnya, masalah sosial dan krisis ekonomi serta kesihatan rakyat semakin memburuk sejak pandemik melanda negara ini. Apatah mutakhir ini, kes kemurungan dan bunuh diri semakin banyak dilaporkan.

Soalnya, ke mana bantuan-bantuan yang dahulunya dicanang seluruh dunia konon kerajaan hari ini amat-amat prihatin rakyat? Lebih mustahak, apakah semua bantuan itu menepati objektif atau sekadar melepas betuk di tangga sahaja oleh pihak kerajaan?

Tanpa sedar sebenarnya bantuan itu hanya ‘syok sendiri’ yang dibuat pemerintah tanpa mengambil kira keperluan sebenar yang sebenar-benarnya diperlukan di pihak rakyat marhaen!

Realiti di bawah amat jauh berbeza berbanding apa yang disebut-sebut oleh pak-pak menteri di atas kononnya ekonomi negara semakin stabil, bahkan kononnya jugak pelabur asing semakin yakin dengan dasar pemulihan negara. Tidak sama sekali.

Realitinya rakyat di bawah semakin terhimpit dek tekanan ekonomi semasa. Rakyat di bawah makan megi bukan suka-suka seperti pak menteri, tetapi makan megi itu kerana terdesak dan terpaksa. Rakyat di bawah murung dan nekad terjun bangunan itu adalah cerita ‘real’ bukan rekaan!

Tak usahlah bernafi-nafi lagi. Hakikatnya penafian kalian yang berada di puncak kekuasaan itu hanya menambah-nambah luka yang semakin parah bagi rakyat di bawah.

Akui sahaja hakikat bahawa perancangan kalian yang konon mahu mengawal wabak Covid-19 dengan PKP, PKPB, PKPP, Lockdown dan Darurat itu semua telah GAGAL!

Sungguhlah, berbalik kepada persoalan pertama sekali yang saya tanya di atas, apakah penyelesaian cara Islam yang PAS sudah cuba kemukakan dalam menangani Covid-19 sehingga kini?

Apakah cara yang dimaksudkan itu dengan mengembalikan cabutan judi daripada 8 kali menjadi 22 kali setahun adalah menepati cara Islam?

Atau menjadikan kabinet bersaiz mega dengan 70 orang menteri dan timbalan itu sebagai cara penyelesaian mengikut Islam? Ataupun menerima jawatan Duta yang tak berfungsi itu sebagai salah satu cara Islam dalam menangani Covid?

Atau, tutup parlimen sehingga kerajaan tidak ada proses semak dan imbang itu juga menepati kaedah Islam?

Bagaimana pula dengan harga minyak masak melambung yang dikatakan oleh menteri sebagai munasabah itu? Adakah dengan kesimpulan ‘munasabah’ itu adalah penyelesaian mudah secara Islam?

Hukuman-hukuman segera yang dikenakan kepada rakyat sebaliknya siasatan demi siasatan terhadap menteri dan golongan kayangan itu, apakah mengikut neraca Islam?

Atau, fatwa yang boleh ‘dipadam’ dalam laman web fatwa itu juga menepati kaedah Islam?

Kalian yang masih boleh berfikir itu, rasa bagaimana?

DOKTOR YANG TELAH DI GANTUNG TUGAS , BIASANYA TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI DOKTOR DI MALAYSIA


HAMZAH RIE NA


Several medical practitioners have confirmed, once a doctor is struck off by MMC, it means he/she is deregistered and is not allowed to practice as a medical doctor in Malaysia.

How come such a person can be appointed as the medical advisor to MARII which is under the purview of the Ministry of International Trade and Industry, and in a leading role in their Covid 19 programme.

And how on earth could you hire a cosmetic surgeon to advise you on Covid 19???

Arnaz M. Khairul

 No photo description available.

PAKAR YANG DIGANTUNG JADI PENASIHAT MITI ?


HAMZAH RIE NA


 May be an image of text that says "8:01 AA 3G google.com.my theguardian.com Victoria Melbourne cosmetic doctor fined $100,000 for practising while barred Mohamad Anwar continued to treat patients after being suspended Melissa Davey @MelissaLDavey Thu Feb 2018 19.59 EST f years old A former cosmetic doctor who was barred from practising has been fined $100,000 for continuing to treat patients. Mohamad Anwar was given the fine the largest imposed for such an offence at Melbourne magistrates' court on Thursday after he pleaded guilty to four charges of holding himself out as a registered medical practitioner when he was not."May be an image of 2 people and text that says "Sunday Fury INVESTIGATION surge Agrnxy you need take action against me/sue me some compensation, can that your right. able to suddenly cough up cash surely drive my family and me the pavement BANNED COSMETI SURGEON FAIZAL ANWAR NWAR'S WEBSITE COSMETICSURGERY OSMETICSURCERCANETTEYURAPFARANCE BETTER"May be an image of 2 people and text


Arnaz M. Khairul

YestSttfherSmporansdouaSoryl ametscfi e09:e1dS9r  · 

Pakar perubatan rejim Jemin Kitol di Marii di bawah Miti.. Patutlah pengurusan pandemik oleh Miti timbul begitu banyak tanda-tanya...

Cosmetic surgeon yang digantung praktisnya di Australia, kini penasihat pakar Covid 19 di bawah sebuah agensi Miti.

This guy has also been struck off by MMC for malpractice. (attachment)

https://www.spaandclinic.com.au/.../suspended-doctor...

https://www.themalaysianinsight.com/s/35720

 



SURAT KU LI KEPADA SPEAKER PARLIMEN

 TRH/U/31 BH.4

25hb Jun, 2021.

14hb Zulqaedah, 1442.

Yang Berhormat Datuk Azhar Azizan Harun,

Yang di-Pertua Dewan Rakyat,

Parlimen Malaysia,

Bangunan Parlimen,

Jalan Parlimen,

50680 KUALA LUMPUR.

Dengan tangan

Yang Berhormat Datuk,

MUNGKIR JANJI TERHADAP SUMPAH JAWATAN

Saya merujuk kepada Perlembagaan dan Sumpah Jawatan (2) yang termaktub di dalam Jadual Keenam:


“2. Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia

“Saya, Tengku Razaleigh Hamzah, setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”

2. Seperti YB Datuk saya juga telah melafazkan Sumpah Jawatan seperti tertera di atas selaras dengan perlembagaan sebagai pra-syarat menjadi Wakil Rakyat kawasan pilihan raya saya dan ahli Dewan Rakyat. Sumpah Jawatan tersebut memerlukan kami mempertahankan Perlembagaan dan menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dengan setia.

3. Dewan Rakyat adalah paksi kepada Perlembagaan kita. Sekiranya Dewan Rakyat gagal, Perlembagaan juga akan gagal dan pastinya negara tercinta ini akan terancam. Dewan Rakyat akan gagal sekiranya ia tidak lagi dapat menjalankan tugas sebagai Dewan kepada “wakil-wakil” rakyat yang dipilih dan diberi mandat ketika berlangsungnya pilihan raya.

4. Wakil yang dipilih ke Dewan Rakyat diberi gelaran yang berhormat kerana mereka diharap berhemah tinggi di samping mempertahankan integriti dan menghormati janji mereka kepada pengundi. Sekiranya janji ini tidak ditepati, ia adalah penipuan terhadap perlembagaan dan Sumpah Jawatan.

5. Apa yang tersebut di atas ialah asas sistem demokrasi berperlembagaan kita. Ia adalah janji kesetiaan kepada rakyat dengan jaminan terhadap penghormatan kepada perlembagaan dan integritinya. Satu-satunya tugas penting yang diliputi janji ini ialah memastikan calon Perdana Menteri, jawatan keperlembagaan terkanan dengan pelbagai kuasa, disokong Dewan Rakyat dan bersih daripada korupsi politik.

6. Perdana Menteri sekarang ini tidak mempunyai mandat Dewan Rakyat untuk mendapat hak keperlembagaan terhadap jawatan beliau. Dewan Rakyat pula tidak diberi hak melaksanakan tugas keperlembagaannya untuk menentukan sama ada beliau berhak menjadi Perdana Menteri yang bersih daripada korupsi politik. Usul-usul yang dikemukakan ke Dewan Rakyat tidak berguna kerana Yang di-Pertua tidak melaksana tugasnya sebagai Speaker dengan membenar seorang menteri kabinet menentukan sama ada usul itu boleh dibahas atau tidak. Ini bermakna tugas Dewan Rakyat tidak dihirau dan sekaligus bercanggah dengan Sumpah Jawatan.

7. Maka dengan itu timbullah kemelut lompat melompat parti. Keadaan ini memalukan Dewan Rakyat; ia seolah-olah dipersenda. Di samping itu rakyat menganggap dewan yang mulia ini sudah kehilangan maruah.

8. Orang ramai tidak percaya wakil rakyat yang mungkir janji terhadap ikrar mereka dipilih berasaskan sesuatu sebab atau prinsip tertentu. Umum mempercayai wang dan ketakutan mempengaruhinya.

9. Keadaan Dewan Rakyat yang semakin tidak dihormati rakyat hendaklah diatasi demi maruah negara. Caranya ialah dengan memastikan Dewan Rakyat menjalani tanggungjawabnya seperti tercatat di dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang memberi kuasa kepada YB Datuk sebagai Yang di-Pertua untuk mengambil tindakan penentuan sama ada ahli-ahli dewan ini bertindak bertentangan dengan Seksyen 8(d) yang menyatakan:

“the offering to or acceptance by … be submitted to the House or any…”

10. Mengikut bekas Yang di-Pertua Tan Sri Dato’ Mohamed Ariff Mohamed Yusof di muka surat 42, perenggan (23.023), bab 23 “Undang-Undang, Prinsip dan Amalan di Dewan Rakyat:

“Undang-Undang amat penting ini kadangkala tidak dihirau oleh pemerhati sambil lewa Parlimen walau pun ia mengandungi kuasa luas yang biberi kepada Parlimen untuk menyokong kedudukan keperlembagaan parlimen sebagai badan terutama dalam kerajaan.”

11. Saya terpanggil untuk menambah bahawa di masa-masa lampau badan kehakiman telah gagal mempertahankan proses demokratik menentukan keadaan lompat melompat parti oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah diberi kepercayaan oleh pengundi dengan memilih mereka; bahawasanya mengikut perlembagaan Ahli-ahli Dewan Rakyat adalah wakil pengundi. Malangnya pada suatu ketika dahulu badan kehakiman tidak memahaminya secara begini. Akibatya kita kini berhadapan dengan krisis keyakinan diri berkaitan proses demokratik dan perlembagaan. Keputusan badan kehakiman mengenai tugas Dewan Rakyat telah mengakibatkan kesan negatif. Maka itu keputusan tersebut seharusnya diterbalikkan demi memastikan demokrai berperlembagaan Malaysia terus selamat.

12. Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh pada 1992 yang membenarkan lompat parti dan kes perlembagaan Perak di mana mengguna akuan berkanun itu sah. Sila maklum bahawa Akta Akuan Berkanun wujud bukan kerana maksud politik, jauh sekali berkaitan keputusan politik di dewan undangan negeri, di dewan rakyat mahu pun untuk meyelesai apa-apa isu berkaitan dengan perlembagaan.

Ini bermakna Mahkamah telah mengesahkan penyalahgunaan akuan berkanun. Khususnya ia telah campur tangan dalam tindakan undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

a] Kes tersebut memberi pengesahan kepada proses membuat keputusan di luar Dewan Undangan. Kini ia diberi keutamaan oleh Perdana Menteri kita dalam membuat keputusan di luar Dewan Rakyat bagi isu memerlukan kelulusan Dewan. Kedua-duanya salah daripada segi perlembagaan. Undang-Undang bukannya ditentukan oleh Hakim. Ia ditentukan oleh apa yang termaktub di dalam perlembagaan atau undang-undang dan apa yang diputus oleh Parlimen.

13. [a] Khususnya saya merujuk kepada kes Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh pada 1992. Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan, dengan berpandukan kepada Perkara 10 Perlembagaan, membenarkan tindakan lompat parti sebagai kebebasan berpersatuan. Mahkamah tidak mengendahkan proses demokratik, mandat pengundi, mahu pun persoalan integriti politik. Keputusan tersebut juga tidak memberi pertimbangan kepada kemungkinan ia boleh meleluasakan korupsi politik dan memusnahkan sistem demokrasi berperlembagaan kita.

[b] Satu lagi kes yang memusnah proses demokrasi kita di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat ialah kes keperlembagaan Perak yang menghalalkan, dari segi perlembagaan, penggunaan Akuan Berkanun dan bukannya undi di Dewan Undangan Negeri dalam menentukan soal undi percaya.

[c] Kedua-dua keputusan ini salah di sisi perlembagaan dan telah mengkorup proses perlembagaan demokratik serta Kedaulatan Undang-Undang Malaysia. Undang-Undang bukannya apa yang selesa kepada hakim atau apa yang dikatanya. Ia ditentukan oleh perlembagaan, Undang-Undang sedia ada dan oleh Parlimen.

[d] Proses demokrasi berperlembagaan termusnah oleh amalan politik korup atau oleh keputusan buruk bukanlah demokrasi berperlembagaan berasaskan perlembagaan. Ia adalah demokrasi punah.

14. Sebagai ahli Dewan Rakyat sekiranya saya merasakan badan kehakiman bersalah dari segi perlembagaan maka adalah menjadi tanggungjawab dan hak saya, berasaskan Sumpah Jawatan yang saya lafaz, untuk bersuara dan mencari jalan memperbetulkan kesalahan yang telah berlaku. Kesetiaan saya kepada Sumpah Jawatan itulah mendorong saya menulis surat ini kepada YB Datuk sebagai Yang di-Pertua dan pelindung kepercayaan kita terhadap betapa pentingnya integriti Dewan Rakyat dikekalkan.

15. Saya juga berpendapat bahawa rasuah politik mengganggu tugas Dewan Rakyat. Ia juga mengganggu kedudukan dan tugas ahlinya sebagai Wakil kawasan pilihan raya mereka. Gangguan ini meliputi mandat perlembagaan dan tugas yang diamanahkan melalui mandat tersebut dengan berlakunya lompat melompat parti.

16. Selain itu pada pandangan saya mengguna akuan berkanun salah mengikut Perkara 62(3) Perlembagaan yang menyata dengan terang bahawa “setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, membuat keputusannya mengikut majoriti biasa ahli-ahli yang mengundi”. Tidak merujuk kepada Perkara ini ketika memilih Perdana Menteri adalah kegagalan besar Dewan Rakyat.

17. Demokrasi berperlembagaan hanya dapat berfungsi sekiranya pengundi percaya kepada calon yang hendak menjadi wakil rakyat mereka. Rasuah politik seperti musuh dalam selimut dan lompat melompat parti memberi kesan buruk kepada kepercayaan terhadap demokrasi berperlembagaan kita. Ia akan menjahanam negara kita dan menderitakan rakyat. Pilihan raya demokratik tanpa integriti tidak guna satu sen. Maka itu kita harus bertindak sebelum terlambat.

18. Sebagai ahli Dewan Rakyat kita berkewajipan, mengikut Sumpah Jawatan, mempertahankan perlembagaan dan Dewan Rakyat. Sumpah Jawatan serius ini yang mendorong kita “dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan” semestinya diberi makna politik sekiranya kita mahu meneruskan demokrasi berperlembagaan kita, mempertahan kedaulatan undang-undang dan integriti negara kita.

19. Apa yang diluahkan di atas adalah permohonan saya, sebagai ahli Dewan Rakyat, kepada YB Datuk. Semua yang dinyatakan bersabit dengan keprihatinan orang ramai. Oleh itu saya berkewajipan untuk menyibar surat ini kepada semua ahli Dewan Rakyat dan orang awam.

Yang benar

(Tengku Razaleigh Hamzah)

Ahli Parlimen Gua Musang




ANWAR TERLALU PERCAYAKAN AZMIN DAN YANG BERADA DIKELILINGNYA.

 


Gempar! Setelah lama berdiam diri, akhirnya Rafizi dedah rahsia pemilihan PKR 2018

Gempar! Setelah lama berdiam diri, akhirnya Rafizi dedah rahsia pemilihan PKR 2018

Bekas Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beliau pernah menasihatkan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mempunyai integriti dan bebas daripada mana-mana pihak.

Dalam ciapan terbaharu di Twitter jam 2.29 petang ini, beliau menulis:

Klik pada gambar untuk melihat ciapan terbaharu Rafizi Ramli yang mula tular di Twitter.

Saya dah nasihatkan @anwaribrahim supaya pilih Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yg bebas dan ada integriti. Akhirnya yg dilantik dlm tu semua #kartel Hampir semua JPP yg manipulasi pemilihan PKR ni dah keluar parti ikut #kartel



den semasa Pemilihan KEADILAN tahun 2018 di mana beliau tewas di tangan Mohamed Azmin Ali bagi perebutan jawatan timbalan presiden yang berakhir pada 4 November tahun berkenaan.

Rafizi kalah sekitar beberapa ribu undi dengan pelbagai penyelewengan dan tipu helah dilakukan Azmin dengan bantuan ahli JPP yang belot dengan peraturan parti ketika itu.

Azmin kemudian bertindak mengkhianati parti dan keluar bersama 10 lain termasuk bekas Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin sebelum dipecat menjelang “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020.

Tambah bekas Ahli Parlimen Pandan itu lagi semasa menjawab tweet daripada seseorang bernama Murly Thangaiyah yang bertanyakan “Ohh begitu abis kenapa kamu kalah dgn Azmin semasa pemilihan parti”:

Jawapan balas Rafizi membuatkan Murly terdiam terus!

Ha3 ada geng #kartel berani bersuara. Semua dlm PKR tahu sistem undi dimanipulasi. Ada 20,000 undi yg konon “tersangkut” dan tak dikira – semuanya di kawasan yg undi saya. Azmin menang ~1.5% undi dlm 3,000 undi saja, tnpa kira 20k tu. Saya x minat pun, nak tunjuk #kartel

Jawapan tersebut membuatkan Murly langsung tidak berani membalas, sebaliknya Rafizi terus mendedahkan beliau telah memberi amaran demi amaran namun tidak diendahkan, termasuk seorang lagi bekas Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar.

Rafizi membalas:

Saya dah warning @anwaribrahim dari awal jgn percaya tp …… Memang dari awal #kartel

Rafizi dah bagitau Xavier memang tak boleh dipercayai langsung!

Seorang lagi pengikut Rafizi di Twitter pula bertanyakan, “Can you please comment about Larry Sng?” dan Rafizi menjawab:

Jawapan Rafizi terhadap isu ahli parlimen Julau, Larry Sng

Azmin yg bawak masuk tp Larry pilih konon nk sokong Anwar. Aku tak pernah kenal pun Larry Sng ni & tak pernah berkawan pun. Saya bangkang lantik dia jd Pengerusi Sarawak tp parti lantik jugak!

Ciapan Rafizi jelas membuktikan bahawa segala bukti-bukti dan dokumen penyelewengan yang dikemukakan tidak mendapat tindakan sewajarnya daripada parti.

Akhirnya pada 15 November 2019, beliau mengumumkan persaraan daripada politik sejurus selepas bebas daripada kes mendedahkan skandal NFC di Mahkamah Shah Alam, Selangor.

Keputusan beliau kekal sehingga kini dengan ciapan berikut:

Ciapan Rafizi memutuskan tidak akan kembali ke arena politik sejak 15 November 2019

Walaupun ramai penyokong Pakatan Harapan (PH) merayu agar Rafizi mengubah keputusan beliau, ternyata beliau sudah ‘cuci tangan’ daripada politik terutama KEADILAN.

HISHAMMUDDIN TAK HARUS BERLENGAH DEDAHKAN SIAPA 25 AHLI PARLIMEN UMNO BERSAMANYA

 

Seperti mana yang diminta dalam tulisan pagi tadi, Nazri Aziz akhirnya tampil bersuara berkenaan keperluan mendedahkan siapa 25 Ahli Parlimen UMNO yang sudah hilang sokongan kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi itu.

Kata beliau, senarai berkenaan hanya akan didedahkan oleh “ketua” kumpulan berkenaan iaitu Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein.

Tambahnya, waktu untuk Hishammuddin mendedahkan senarai itu ialah apabila sudah dirasakan sesuai berbuat demikian.

Sehingga sampai masa yang dimaksudkan itu, kata Nazri lagi, beliau akan bertindak sebagai “jurucakap” bagi pihak kumpulan terbabit.


“Saya adalah wakil mereka. Tak perlu untuk mereka (25 Ahli Parlimen terbabit) tampil kerana kami tak mahu mengelirukan keadaan.

“Akuan Bersumpah atau SD itu ada pada Hishammuddin, bila perlu beliau akan tunjukkan senarai tu,” katanya lagi.

Dengan kenyataan Nazri ini, bermakna beliau kini telah menendang bola kepada Hishammuddin untuk membuat penyudah seterusnya.

Pilihan Hishammuddin ialah sama ada akan terus menendang bola ke pintu gol atau mahu menyimpan bola di kakinya lebih lama lagi.

Yang nyata, Hishammuddin kini tidak boleh berselindung atau mengelak lagi mengenai kedudukannya dalam gerakan yang bertujuan untuk menentang Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Pengakuan Nazri ini adalah bukti sahih, bukan saja tentang penglibatan Bendahari Agung BN itu, malah mengesahkan kedudukannya sebagai ketua kumpulan terbabit.

Untuk jadi ketua, syarat pentingnya ialah mesti berani.

Kalau berani memikul tanggungjawab sebagai ketua, maka mestilah berani juga tampil bersemuka untuk sedia ke depan perang.

Dengan senarai 25 SD itu sudah ada ditangannya dan kedudukannya sebagai ketua kepada gerakan untuk menentang Zahid Hamidi turut sudah disahkan oleh Nazri, sebenarnya tiada keperluan lagi untuk Hishammuddin berlama-lama lagi menyembunyikan senarai 25 Ahli Parlimen itu.

Lagi lama berdiam diri, takut nanti lagi banyak misteri dan teka-teki akan timbul jadinya.

Maka, secara “gentlemannya” Hishammuddin harus mendedahkan senarai itu dalam tempoh waktu sehari dua ini juga.

Lagi pun, dengan Hishammuddin lagi cepat mendedahkan senarai itu, ia akan lebih memudahkan Nazri melakukan “tembakan-tembakan” seterusnya kepada Zahid Hamidi.

Dengan itu, barulah ada kemungkinan untuk menang perang.

Kalau tidak menembak, macam mana musuh nak tumbang?


 (ShahbudinHuisin 25/06/2021)



KOMEN TENTANG PENULISAN MSO

 

1) Tulisan panjang tapi berbaloi dan mesti baca kerana di sini dititipkan juga FAKTA dan SEJARAH yg ramai tidak tahu mengenai Ku Li dan DSAI dgn OT95. Bagi yg TAK SUKA baca tulisan yg panjang janganlah merungut atau marah. Anda boleh skip shj.

2) Sangat setuju dgn apa yg disebutkan oleh tuan MSO mengenai Ku Li dan DSAI. Kamal Amir Kamal Hijaz tu memg berkwn baik dgn Lockman Adam. Lockman yg cuba bina persepsi TANPA HUJAH DAN BUKTI kununnya DSAI hanya mendapat "perlepasan" BUKAN Pengampunan PENUH. Kamal Amir hanya menyambut benda fitnah.

3) Saya menganggap ini hanyalah Natijah KETAKUTAN mereka bahawa DSAI paling layak dan hampir berpeluang menggapai jawatan PM. Sbb mereka tahu DSAI sudah berkali-kali berurusan dgn Istana Negara secara senyap-senyap sebelum ini, sebelum YDPA menemui Ketua-ketua parti lagi.

4) Saya sudah sanggah persepsi tipu itu dalam posting saya bertarikh 20 June 2021 dgn menyiarkan tulisan teknikal sarat dgn hujah oleh Peguam Mohd Ruzaini Bin Zulkifli dari Tetuan Hafiz Ruzaini & Co. yg membuktikan PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR. Link : https://www.facebook.com/zus.dinii.37/posts/1171578576679858

5) Bersama hujahan tersebut saya sertakan VIDEO yg membuktikan pegawai Istana MENYEBUT DSAI MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA dari KDYMM SPB YDPA Sultan Mohamad V. Sehinggakan DSAI tidak perlu sign apa2 kerana dia tidak bersalah. Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=PHc3Ga8zCOE

6) Tidaklah saya mahu menafikan bahawa Ku Li punya jasa yg besar kpd negara ini. Beliau sebenarnya adalah juga mangsa kpd OT95 dan juga "OLIGARCHY" terutamanya.Sama seperti DSAI yg dimangsakan oleh "OLIGARCHY" kerana DSAI menentang SISTEM yg korup.

7) Apa yg didedahkan oleh Kamal Amir tentang Shell, The 7 Sisters, Dunlop dan Guthrie ada benarnya. Tapi apa kurangnya DSAI yg punya jawatan di IMF dan Bank Dunia?? Malah masih dipanggil oleh Bank Dunia selepas keluar dari penjara di era Pak Lah. Kamal Amir tahu bahawa DSAI bersih dan tidak boleh disabitkan dgn kesalahan rasuah sbb itu dia hanya dituduh menyalah guna kuasa dan liwat. Dalam live Kamal Amir sendiri sebut perkara ini bila mahu menegakkan hujah yg perkara sebegitu turut berlaku kpd Ku Li.

8.) Tapi mgkin ramai tak tahu, Ku Li juga bersubahat dgn Tun Razak yg menggunakan Ordinan Darurat 1969-1971 utk mengambil hak minyak Sabah Sarawak utk diberikan kpd Petronas. Ini berlaku, apabila Ku Li menggubal Act 144 - Akta Kemajuan Petronas 1974 bagi memperkukuhkan cengkaman Petronas ke atas hasil myk.

9) Perkara itu, pada sudut pandang aktivis di Sabah dan Sarawak telah "MERAMPAS" hak 2 Wilayah itu ke atas minyak milik mereka apabila Zon Eksklusif Sempadan Laut mereka dikecilkan kpd 3 batu Nautika shj. Namun, itu "beside the point" dan ia tidak perlu diperbincangkan di sini.

10) Saya bersetuju benar yg Ku Li tidak punya masalah dgn DSAI begitu juga sebaliknya. Semasa di penjara, DSAI melalui Kak Wan dan DS Saifuddin Nasution Ismail masih menemui Ku Li utk berbincang over dinner. Butirannya hanya mereka yg tahu walau saya turut dimaklumkan serba sedikit.

11) Ku Li masih punya integriti utk memimpin tapi dia "Dinasour" politik UMNO yg tidak mendapat sokongan MP-MP. Hakikat ini berbeza dgn DSAI yg mempunyai sokongan kuat sebahgian besar MP dan Rakyat. Oleh itu dlm keadaan ini paling Ideal dan Logik bg menyelamatkan negara Ku Li harus bersedia dan berjiwa besar utk jadi " Second Fiddle" kpd DSAI.

12) Yg saya agak kesal dan ralat bila 3 bulan lalu The Vibes dan The Malaysian Insight melaporkan Ku Li berkata : “Anwar akan bankrapkan negara dalam tempoh tiga hari!” (“Anwar will bankrupt the country in three days!”). Ku Li tidak sepatutnya menyerang DSAI, DSAI tidak berbuat demikian dan kita masih ada hormat pd Ku Li. Oleh itu Ku Li janganlah buat perangai TAK SEMENGGAH OT95.

Wallahualam.

- Zus Din

25 June 2021