KESATUAN EU BANTAH KHAIRY-MANA MAU LETAK MUKA WOIII-DISANGKAL EU...MENTERI #KERAjaanPNGagal #PNyamun #PNderhaka sungguh memalukan.


May be an image of one or more people and text that says "Kosmo! ONT Home Kesatuan Eropah nafi bolot vaksin Covid-19 TERKINI Gambar hiasan. Kesatuan Eropah nafi bolot vaksin Covid-19 Oleh AMREE AHMAD 22 Jun 2021 8:31 pm PUTRAJAYA Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin."




Mahu menutup kelemahan dan kegagalan #KERAjaanPNkhianat dgn menyalahkan negara kaya KUNUNnya membolot vaksin. Sungguh tiada KEMALUAN. Bertambah besar KEMALUAN bila ditempelak EU.
#PNGAGAL gagal segagalnya.
- Zus Din
22 June 2021
*************
Bolot vaksin : Kesatuan Eropah sangkal dakwaan Khairy.
Kesatuan Eropah (EU) menyangkal dakwaan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar kononnya blok itu membolot vaksin.
Dutanya ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, tohmahan berkenaan adalah jelas tidak berasas sama sekali kerana apa yang berlaku membuktikan EU amat prihatin dalam isu itu.
“Untuk makluman anda, segala permintaan daripada kerajaan Malaysia berhubung agihan vaksin ke negara ini sudahpun diluluskan tanpa masalah oleh Sekretariat EU,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Sokongan Respons Covid-19 ASEAN-EU kelolaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di negara ini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan secara maya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan turut disertai Wakil WHO bagi Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr. Lo Ying-Ru Jacqueline.
Semalam, Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar mendedahkan ada beberapa buah negara Eropah yang memonopoli agihan sehingga mengakibatkan kadar vaksinasi di negara ini agak ketinggalan.
Kartel itu dipercayai berunding terus dengan pembekal vaksin bagi membolehkan pembelian dapat dibuat secara pukal apatah lagi kilang pembuatan berkenaan terletak di benua tersebut.
Mengulas lanjut, Rokas berkata, sehingga semalam sahaja, lebih lima juta dos disumbangkan EU kepada kerajaan Malaysia menerusi program Akses Sejagat Vaksin Covid-19 (Covax).

PROFF KANGKONG DIUTARA PATUT MENOLONG PENCERAHAN

 May be an image of map and text that says "Treviso oe evempenco ¡Venice ships Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Kota Vatican (Vatican City), sekali gus menunjukkan betapa semangat penjajahan Barat melaksanakan Perang Salib (agama) terhadap Islam. Ravenna which 4hr24mn Livorno fromRM538 Italy VaticanCyO RomaTiburtina Latina Vatican City Founded the February 11, 1929 to walis, hours hand- carrying vithin highting, the #2"


MOHD MUKHLIS

Yang penting yakin, kan Abdul Hadi Awang? tak kisah la the fact yang Vatican baru founded 1929, atau pun jarak antara Vatican dan Venice dalam 500KM.
Cuma yang pasti Kesultanan Melayu Melaka jatuh sebab perangai Si Kitul, dan Si Kitul Jemin yang perangai sama bagi Guru jawatan Duta Bergaji Buta ini. Mungkin sebelum karang apa-apa fakta, better buat proofreading di hadapan cermin dulu. Malu kokram

KERAJAAN PN PERLU DISIASAT

 May be an image of text


Setuju sangat dgn MSO. #KERAjaanPNGagal ini "got everything to hide" tu pasal #PNderhaka ini takut sgt nak buka Parlimen. Bukan shj Abah Coww dan #Menteri2Bodoh dlm Kabinetnya shj, malah pegawai2 KERAjaan yg bersubahat perlu juga disiasat.

"To serve governement of the day" TIDAK BERMAKNA mereka boleh bersetongkol melakukan perkara2 bobrok dan melanggar undang2 termasuk membalun harta dan wang Rakyat. Alasan naif seperti itu sudah tidak lagi boleh diterima. Ia perlu menjadi pengajaran di masa akan datang.
Harus diingat, sebelum PH jatuh dulu pun kita dah beri amaran tentang "DEEP STATE" tapi dinafikan oleh PNkhianat dan puak CuriTokrasi. Kalau ikut Lockman Adam, KPK pun patut disiasat terutama berkaitan dgn angka jangkitan harian dan Ivermectin.
Wallahualam.

APALAH NASIB DAN MASA DEPAN PELAJAR DAN ANAK-ANAK KITA ANGKARA KERA jaan BODOH #PNderhaka nih??



May be an image of 1 person and text

No photo description available.May be an image of text that says "Prmum Berita Stera Sinar Rabu 23 Jun 2021 Videa Ks Lifetyle EPaper Terkini Pemberian vaksin Covid-19 tidak Covid diwajibkan JUNHAR ALYASA 27 November2000 Gambar hacan 123RF PUTRAJAYA- Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mewajibkan pemberian vaksinasi Covid-19 di negara ini kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jelas beliau, vaksin hanya akan diberikan suntikan vakisn kepada mereka yang menandatangani persetujuan bertulis secara sukarela dan tiada sebarang paksaan. Tetapi sebaik mungkin bagi kumpulan yang agak mudah dijangkiti"


LAPORAN minggu lalu bahawa ada pelajar UM yg DINAFIKAN hak mengambil peperiksaan hanya kerana dia enggan divaksinkan sgt meluluhkan jiwa. Sedih dgn nasib menimpa pelajar yg bijak seperti ini. Link : https://www.utusan.com.my/.../kpt-siasat-dakwaan-pelajar.../
Pelajar-pelajar ini adalah anak bangsa dan masa depan Malaysia. Begitu sekali mereka dilayan semata-mata kerana "paranoid" dgn COVID-19?? atau utk apa? utk melariskan vaksin?
Di mana jaminan #KERAjaanGagal ringkasnya #KERA ni KUNUNnya tiada paksaan utk ambil vaksin. Skrg pelajar-pelajar yg akan ambil SPM pula dipaksa utk divaksinasikan? Ini mencetuskan kebimbangan ibubapa terutama yg tidak setuju dgn vaskin termasuklah saya yg mempunyai anak yg akan ambil peperiksaan SPM tahun ini. Link : https://www.bharian.com.my/.../calon-spm-stpm-dapat...
Keputusan seperti ini TIDAK DAPAT dibahaskan kerana Parlimen digantung. Seolah-olah Malaysia ni diperintah oleh Diktaktor dgn polisi "Government Knows Best". Rakyat jadi keldai atau unta ditarik ke sana ke mari.
Apa punya Turrrr punya #KERA kita ada skrg ni? Rakyat dibuli sesuka hati, Parlimen ditutup supaya wakil2 Rakyat tidak boleh bersuara mewakili Rakyat membantah keputusan2 berat sebelah #KERA yg mendera Rakyat. Dengan sikap yg macam ni TIDAK HAIRANlah Rakyat hilang percaya pd #KERA
Malah #KERAjaanPNderhaka ini sgt gemar utk TIDAK meletakkan sesuatu yg Haq ditempatkan. Ini adalah perlakuan ZALIM. Semoga Allah hancurkan penzalim-penzalim atau mereka ini akan menerima balasan setimpal atas apa yg telah mereka lakukan terhadap rakyat. KUNUN tak wajib ambil vaksin tapi #KERA ni PNipu.
Berdoalah Rakyat Malaysia semoga #KERA ini akan tumbang secepat mungkin dan mereka akan disiasat sehabis2nya termasuk di bawah jenayah kemanusiaan.
Apa nasib masa depan anak cucu kita dengan segala kerosakan yg #PNKhianat telah lakukan?
Wallahualam

SUMBER RUJUKAN MANA LEBAI ? INI PUN KELAUT.PATUT AHLI PAS DAH ADA PLAN PENGGANTI

 


JAMZURI ARDANI

Fakta sejarah.

Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929. Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929, iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Melaka. Nama 'Vatican' digunakan sempena nama sebuah bukit 'Vaticanus' di pinggir Kota Rom.
Tempat di mana Vatican City berada sekarang dahulunya dipanggil St Peter Basilica. Tempat ini dulunya adalah kawasan kubur Kristian. Orang Kristian percaya St Peter, iaitu orang yang mengembangkan agama Kristian di Rom dikebumikan di situ. Sejak itu, ramai penganut Kristian mahu dikuburkan di situ dan tempat itu menjadi kawasan kubur yang besar dan terkenal serta sering dilawati.
Maka pengikut St Peter pun membina tugu peringatan di situ yang kemudiannya didirikan gereja di atasnya untuk meraikan kehadiran pelawat yang lebih ramai.
Pembinaan struktur Gereja St Peter di Vatican City yang ada hari ini bermula pada tahun 1506 dan hanya siap sepenuhnya pada tahun 1626. Ia mengambil masa 120 tahun untuk disiapkan menjadi seperti keadaannya hari ini.
Ini bermakna, ketika kerajaan Melaka jatuh pada 1511, gereja St Peter masih diperingkat awal pembinaanya dan Vatican City masih belum wujud.May be a Twitter screenshot of text that says "Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 diraikan di Kota Vatican (Vatican Cy), sekali gus menunjukkan betapa semangat penjajahan Barat melaksanakan Perang Salib (agama) terhadap Islam. Translate Tweet 17:09 22Jun21 Twitter Web App 40 Retweets 191 Quote Tweets 109 Likes daryl @daryldeanna 1h Replying to @abdulhadiawang Boleh tahu sumber rujukannya? 15"

CONTOH WALAUN TETAP BODO YANG MENYEBABKAN PAS DAPAT NAMA BUROK

 May be an image of one or more people and text that says "Ahmad Albab is with Fadh Nor and Ahmad Albab. Jul 24, 2020. Berkenaan RUU355 ini, ana difahamkan ianya tidak pernah dilupai. Mudah2an dibentang dan lulus dipenggal ini. Cuma, ana mohon sangat2 agar Kerajaan PN sediakan Pusat Kuarantin khusus buat mereka2 yang memperolokkannya, dikhuatiri mereka dilanda wabak meroyan tak henti... ANAY RUU355"

KEH..KEH...PARTI YANG DIA SOKONG PUN DAH DI TOLAK RAKYAT-TAKAT MAKAN GAJI BUTA BAIK DOK DIAM

 May be an image of 1 person and text


NIZAM AKA

Banyak bunyi pula Tim Menteri JPM(Ekonomi) makan gaji buta ni..Cuba Tim Menteri ini,tunjukkan satu jasa yang telah disumbangkan untuk negara semenjak dilantik sebagai Tim Menteri?Ada?Yg ada hanya makan gaji buta..Sedarlah diri tu..Kamu capai tahap sekarang bukan kerana kebolehan kamu tapi menumpang rasa kasihan pengundi-pengundi Kuala Kangsar atas apa yang terjadi terhadap arwah suamikamu..Itu pun dah rasa bongkak sombong?



Ahmad Maslan sifatkan tempoh 14 hari untuk panggil Parlimen bersidang “keputusan besar dibuat bersama”

 

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: Tempoh 14 hari yang diberikan Umno kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen adalah keputusan besar parti dibuat “secara bersama”, kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

Beliau berkata mesyuarat biro politik pada Ahad lalu yang membuat keputusan itu disertai oleh hampir semua ahlinya.

“Mesyuarat Biro Politik secara maya…dihadiri oleh 25 daripada 26 orang kecuali 1 naib presiden (Mahdzir) yang kurang sihat,” kata Ahmad di Twitter.

“Pada Isnin, presiden (Ahmad Zahid Hamidi) keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat. Gaya Zahid adalah keputusan besar dibuat secara bersama,” tambah Ahmad.

Kenyataan beliau itu sekali gus membayangkan bahawa naib presiden parti Ismail Sabri Yaakob hadir pada mesyuarat itu.

Pagi tadi, Ismail Sabri berkata tempoh 14 hari untuk panggil Parlimen bersidang’ itu “pandangan” biro politik Umno, bukan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Jadi Umno berpandangan perlu cepat 14 hari, itu biro politik Umno, bukan MKT, dari biro politik (ia) hanya mencadangkan, tapi MKT akan memutuskan,” kata Ismail.

Bekas menteri besar Perlis, Shahidan Kassim, juga dilihat meremehkan keputusan biro politik itu dengan menegaskan sebarang notis memanggil sidang Parlimen perlu dibuat dalam tempoh 28 hari, bukannya 14 hari seperti yang diinginkan Zahid.

“Kami bersetuju Parlimen disegerakan tapi ikut notis. Notis adalah 28 hari, bukan 14 hari (dan) itu sebenarnya tidak tepat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Zahid dilaporkan berkata, Umno memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan bagi membuka Parlimen susulan pandangan Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen harus bersidang secepat mungkin.

Zahid berkata, kegagalan kerajaan berbuat demikian akan mendorong parti itu mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi bagi mengambil tindakan sewajarnya.

GEMPAR!! - Rafizi Ramli "DEDAH" KRATEL Baru PKR

TERGEMPAR!!! MP UMNO SUDAH MENGAKU INI...SYABAS DAN TAHNIAH DSAI

AKHBAR DAH DIBENCI MACAM UTUSAN DULU DULU-BAKAL MELINGKUP JUGA NANTI

 

MOHD SHAH RIM


Setelah Hishamuddin jumpa Al Sisi .. artikel Harakah Daily yang mengritik Al Sisi HILANG..

BABI APA NI..??


May be an image of ‎text that says "‎Hd Harakahdaily 18 May 2015 Harakahdaily Q KENDOJA Morsi dihukum mati, rejim Al-Sisi setara zaman Firaun: PAS mengutul tindakan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada Dr Mohammed Morsi serta URBAN Panala INDIA Ø© NEPAL ARE Ada CHAD 000 YAMAN EAMING i Ooops... Error 404 Sorry, but the page you are looking for doesn't exist. WWW.HARAKAHDAILY.NET Morsi dihukum mati, rejim Al-Sisi setara zaman Firaun You can go to the HOMEPAGE‎"‎


 

Bekas MB Johor dedah PRU-15 akan diadakan akhir tahun ini

 

Bekas MB Johor dedah PRU-15 akan diadakan akhir tahun ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada akhir tahun ini iaitu selepas Belanjawan 2022 dibentangkan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian yang mendedahkan perkara itu berkata, gambaran berkenaan diberikan Muhyiddin ketika mesyuarat Bersatu Johor yang berlangsung secara maya pada 16 Jun lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, PRU15 dapat dilaksanakan seandainya Belanjawan 2022 di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri selesai dilakukan.

“Jika Belanjawan 2022 sudah lulus dan diumumkan di peringkat Persekutuan, kena tengok juga negeri-negeri. Kalau belum umum, kena tunggu negeri-negeri dahulu.

“Kemungkinan besar PRU15 akan diadakan pada akhir tahun ini sama ada November atau Disember. Lagipun tiada yang mustahil kerana ada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini dilakukan selepas Belanjawan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya musim hujan berlaku di kebanyakan negeri terutama di pantai timur disebabkan monsun timur laut pada ketika itu, tidak mustahil PRU15 akan ditunda sehingga awal tahun hadapan.

“PRU15 akan diadakan sekiranya kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan sebagaimana disasarkan kerajaan, selain berjaya membentuk imuniti kelompok 60 hingga 80 peratus penduduk yang telah divaksin di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu berkata, menerusi mesyuarat Bersatu Johor yang dipengerusikan Muhyiddin selaku Presiden parti, pelbagai isu lain turut disentuh termasuk bantuan kepada rakyat dan langkah menangani penularan Covid-19.

Selain itu, katanya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk melakukan persediaan menyediakan bahan-bahan pilihan raya untuk diedarkan ke bahagian-bahagian.

“Parti sudah bersedia pada bila-bila masa untuk hadapi PRU. Persediaan itu bermaksud kita memperkukuhkan lagi gerak kerja dan memperbaiki kelemahan.

“Persediaan daripada bilik gerakan sehingga latihan-latihan asas di mana sebahagian ketua- ketua bahagian masih baharu perlu diberikan seminar,” katanya.

DIA MENTERI JENIS KAYANGAN..MANA DIA MAU TOLONG RAKYAT MARHAEN

 

Memang style Menteri Kewangan, kena desak baru beri sikit-sikit – Asyraf


MGF10092020_MESYUARAT-PEMUDA-UMNO_09-1

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – “Memang style Menteri Kewangan ini kena kita desak secara berterusan, barulah dia bagi sikit-sikit.”

Itu sindiran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kepada Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ia ekoran kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan kelulusan moratorium secara automatik akan diberikan kepada peminjam yang layak baru-baru ini.

Namun menurut Asyraf Wajdi, pihaknya MNO, kami bukan sahaja minta kerajaan pertimbangkan moratorium automatik kepada para peniaga yang terjejas akibat tidak berniaga disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pihaknya mahu dua perkara utama iaitu moratorium automatik secara pukal untuk semua kategori termasuk B40, M40 dan Pengusaha Kecil dan Sederhana.

Selain itu moratorium tanpa caj atau faedah tambahan yang sifatnya compounded dan amat membebankan rakyat.

“Tolonglah rakyat yang sedang menderita, tertekan dan amat memerlukan bantuan ini! Kami hampir setiap hari menerima beratus aduan dan maklumbalas perihal pengalaman masing-masing berurusan dengan bank-bank,” tulisnya di media sosialnya hari ini.

Asyraf Wajdi dalam ruangan komen juga mengingatkan kerajaan bagaimana rakyat membantu bank-bank semasa menghadapi krisis kewangan tahun 1997.

“Waktu bank-bank hadapi krisis kewangan sehingga hampir muflis/bankrup tahun 1997, wang rakyat juga digunakan kerajaan untuk bail out dengan cara memindahkan NPL (aset2 bank yang bermasalah -non-performing loans) kepada Danaharta dan danamodal.

“Sekarang bila rakyat pula susah, bank-bank pula pula patut berkorbanlah sedikit (bukan rugi pun hanya kurang untung) untuk bantu rakyat yang susah dan terdesak dalam keadaan krisis yang amat luar biasa dan tak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya lagi.-

Lelaki ini dedah bukan 43 billion, tetapi hanya 2 billion saja FDI 2021 di Kedah

 


Gempar! Lelaki ini dedah bukan 43 billion, tetapi hanya 2 billion saja FDI 2021 di Kedah


Bukan 43 Billion tapi hanya 2 Billion Sahaja FDI 2021 di Kedah.

Kalau benda ini jadi masa Mukhriz jadi MB pun saya akan persoalkan kenapa jumlah data dia ada kesenjangan dari tahun terdahulu, inikan pula di bawah lebai selut. Tapi mereka seperti biasa akan claim dulu, details apa semua tak tahu, malu kokram. Kes ini akan jadi macam karbon kredit Kelantan dan “menang saman interlokturi Sarawak Report”. Dia punya bunting claim kemenangan macam menang jackpot GDBET333 pula.

Benda ini mudah faham, Risen Energy ini adalah public listed company dalam Shanghai Stock Exchange. Mana-mana public listed company kalau mereka hendak buat pelaburan biasanya akan ada MOU dan news akan di hebahkan sebab nak bagi pelabur dan pemegang saham faham hala tuju syarikat.

Risen Energy terang-terang tulis yang dia hendak melabur di Malaysia dengan sebanyak RMB2.2 Billion ( sama dengan RM1.4 billon), tapi celah mana MITI Kedah kata dapat pelaburan sampai 42.23 billion?

Jadi pelaburan sebenar FDI kedah hanya dalam RM2 billion (1.41 Billion Kilang Risen Solar + 600 Juta pelaburan lain) sahaja yang mana angka ini lebih munasabah. Sebab itu sidang DUN kena buka supaya pembangkang boleh buat diligent check, ini MB punya free sampai boleh recce raptor dan rentas negeri siap langgar SOP ( bila keputusan siasatan nak keluar?).

Tapi kalau bab claim, mereka memang nombor satu, bab perlaksanaan pasti hancur. Sebab itu negeri yang mereka perintah hanya bergantung pada 2 benda; sumber balak tak pun royalti minyak. Seperti biasa, yang pasti untung pelaburan belum jelas tapi kereta MB kena tukar dulu. Bak kata Doereamar:

“Tokkey MB nok naik BIBA”



Moratorium bersasar indah khabar dari rupa – Ahmad Zahid

 

By

 Shawaliah Hadir

 -

 22 June 2021



Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Permohonan moratorium automatik bersasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diibarat memohon jawatan pengarah berikutan syarat dan temuduga yang dikenakan tidak semudah yang dihebahkan 

 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkongsi luahan yang disuarakan kepadanya menerusi dua kisah kesukaran memohon moratorium berkata, bantuan itu ternyata ‘indah khabar dari rupa’.

 Pada hakikatnya ia mempunyai syarat dan birokrasi yang menyukarkan rakyat, ujarnya.

“Baki gaji berapa? Berapa guna untuk belanja? dan akhirnya bank maklumkan baki gaji cukup untuk bayar ansuran kereta.

“Memanglah cukup (bayar ansuran kereta), tetapi mana cukup tampung seisi keluarga pada waktu pendapatan isi rumah sedang terjejas. Dan bank terus kategorikan sebagai golongan M40 (tidak layak dapat moratorium automatik),” katanya menerusi laman Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, bank turut mengenakan beberapa syarat untuk peniaga kecil yang mahu mendapat moratorium selain mereka perlu menunjukkan bukti pendapatan hilang akibat PKP.

Namun, syarat yang menyukarkan peniaga kecil adalah apabila tiada bukti selain penyata bank dan rekod-rekod dalaman perniagaan.

“Bank kenakan beberapa syarat untuk peniaga kecil yang mahu dapat moratorium. Perlu tunjuk bukti hilang pendapatan semasa buat permohonan moratorium.

“Masalahnya peniaga kecil tiada bukti selain penyata bank dan rekod rekod dalaman perniagaan. Ramai peniaga kecil tidak ada slip gaji, penyata KWSP atau surat dibuang kerja. Ada pula peminjam yang dapat moratorium wajib bayar faedah setiap bulan,” katanya.

Sebaliknya, menurut beliau, kerajaan sepatutnya menbantu rakyat dengan sepenuh hati dengan cara memudahkan permohonan mereka dan mengurangkan birokrasi.-

 

Pemimpin muda Pejuang sinis Jakim, tak payah lama sangat semak ‘kehilangan’ fatwa Amanat Haji Hadi

 


Pemimpin muda Pejuang sinis Jakim, tak payah lama sangat semak ‘kehilangan’ fatwa Amanat Haji Hadi

PIHAK berkuasa agama tidak perlu terlalu lama untuk menyemak “kehilangan” fatwa berkaitan amanat Presiden PAS Abdul Hadi Awang daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata pemimpin muda Pejuang.

Yang lebih perlu lama diteliti ialah kenapa fatwa, yang dikeluarkan sejak 1980-an dan dipertegaskan semula pada awal 2000-an, itu ditiadakan, kata ketua penaja Pemuda Pejuang Abu Hafiz Salleh Hudin.

JANGAN DOK KONAR BARING LAGI LA…


Bob Kelanang

Pada 16 Jun lalu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa parlimen perlu bersidang segera.Titah tersebut bagaimanapun menimbulkan persoalan undang-undang penting: adakah dalam tempoh darurat, baginda terikat kepada nasihat perdana menteri termasuk berkaitan sidang parlimen.


Hal itu kerana Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri. Maka adakah pernyataan tersebut terikat dengan nasihat berkenaan?


Bagi menjawab persoalan ini, adalah perlu untuk kita merujuk kepada peruntukan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 secara in verbatim menyatakan:


“Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.


Peruntukan ini sangat jelas dan tiada kekaburan (unambiguous) bahawa kuasa mutlak terletak pada Agong untuk memanggil sidang Parlimen. Maka dekri Agong itu adalah sah.


Namun keadaan ini mewujudkan percanggahan undang-undang kerana perlembagaan menyatakan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri tetapi Ordinan Darurat memberikan kuasa kepada baginda untuk memanggil sidang parlimen. Maka apabila berlaku percanggahan di antara peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Darurat, undang-undang manakah yang mengatasi dan terpakai?


Jawapannya ialah Ordinan Darurat mengatasi dan terpakai. Justeru Agong berkuasa mutlak memanggil sidang parlimen tanpa terikat dengan nasihat Perdana Menteri berdasarkan peruntukan undang-undang berikut:


i) Perkara 150 (6) dan (6A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana peruntukan dalam Akta Parlimen yang diluluskan sebagai undang-undang darurat tidak dianggap batal walaupun bertentangan dengan perlembagaan kecuali berkaitan perkara agama, adat istiadat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan atau bahasa.


ii) Mahkamah Persekutuan dalam kes Eng Keok Cheng lwn Pendakwa Raya memutuskan bahawa Akta Darurat (1964) adalah sah dan mengatasi perlembagaan. Dalam kes ini, tertuduh didapati bersalah memiliki senjata api dan dihukum gantung mengikut Akta Darurat (1964). 


Hujah bahawa Akta Darurat ini tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan tidak diterima panel hakim Mahkamah Persekutuan dan mereka memutuskan semasa darurat, apa sahaja undang-undang boleh dibuat walaupun bertentangan dengan perlembagaan.


Berdasarkan hujah di atas saya berpendapat bahawa dekri Agong bahawa parlimen perlu dipanggil bersidang segera hendaklah dilaksanakan secepat mungkin oleh kerajaan PN sebagai badan eksekutif mengikut Ordinan Darurat (2021). Dekri Agong bahawa sidang Parlimen dipanggil "secepat mungkin" adalah jelas dan tidak mempunyai maksud berlainan (unambiguous).


Oleh itu, menurut Peraturan 11 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, perdana menteri sebagai ketua majlis mesyuarat hendaklah memberikan notis penetapan tarikh sidang parlimen tanpa sebarang kelengahan. Jika tidak, PN bukan sahaja dilihat kerajaan gagal, tetapi derhaka kepada dekri Agong. - Faiz Fadzil.mk

 

KENA MAKI SAMPAI TAHAP INI WALAUN DIAM..KAH..

Kak Ida Abdullah


Apabila Lokman Adam maki PAS berbakul, walauns/tit semua diam. Cuba kalau DSAI bgtau beliau ada bukti PAS cekik 90 juta, berbakul walauns/tit maki hamun. Ungkit fitnah liwat bagai!


Ada manusia yang tak boleh dilayan secara beradab dan lemah lembut. Ada yang layak dibaling terompah, dipukul selipar jamban atau diseranah apatah yang macam kaldai unta tu!




 

ANWAR TEKANKAN PENTINGNYA TINGKATKAN SARINGAN DAN PEMBERIAN VAKSIN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia terus menggunapakai strategi yang lapuk terutamanya dalam hal ujian saringan COVID-19 yang rendah.

Pada 21 Jun pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya 58,384 ujian saringan COVID-19 telah dilakukan dengan 4,611 kes positif dikesan, dengan kadar kes positif pada 7.90%. Ia adalah kadar kes positif harian yang tertinggi sejak bulan Januari tahun ini.

Ujian saringan telah menurun sebanyak 52% sejak 29 Mei dan tidak mengejutkan juga bahawa kes harian juga menurun sebanyak 48% dalam tempoh yang sama.

Untuk membandingkan, pada bulan April 2021 yang lalu Malaysia secara puratanya melaporkan sebanyak 2,107 kes harian baharu dengan melakukan 58,277 ujian saringan satu hari.

Dalam maksud lain, kita hari ini mempunyai dua kali ganda kes dengan kadar ujian yang sama yang kita lakukan pada bulan April.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 10 hingga 30 ujian mesti dilakukan untuk satu kes positif, atau lebih bilamana terdapat perebakan wabak bagi membendung kes-kes sporadik.

Malaysia kini terus menjadi antara negara yang mempunyai kadar kes COVID-19 yang tertinggi di dunia, dan kebanyakan kes yang dikesan tidak dikesan dengan mana-mana kluster.

Menurut syor dari WHO itu, Malaysia seharusnya melakukan sekurang-kurangnya 138,000, atau 300,000 ujian saringan setiap hari.

Sekiranya 138,000 ujian saringan dilakukan hari ini, kita pasti akan mengesan lebih 9,000 kes-kes baharu.

Ramai pakar penyakit berjangkit mengesyorkan agar kadar ujian ditingkatkan, dan juga saintis-saintis data dan pakar-pakar ekonomi.

Badan-badan dan institut-institut pemikir dan penyelidikan yang dekat dengan kerajaan PN juga mengesyorkan langkah yang sama.

Namun, kadar pengujian kita terus menurun, dan ada beberapa kerat pemimpin politik tanpa rasa bersalah menyatakan kes sedang menurun kononnya kesan dari langkah PKP yang dijalankan pemerintah.

Pengarah Kesihatan pada 5 Februari yang lalu memberitahu bahawa KKM sedang merencana untuk meningkatkan keupayaan pengujian kepada 200,000 satu hari.

Minggu ini, Pengarah Kesihatan telah mengarahkan makmal-makmal swasta untuk meningkatkan ujian saringan.

Setakat ini, kes baharu yang paling tinggi dikesan dalam satu hari adalah sebanyak 126,964 pada 29 Mei yang lalu. Angka ini jauh dari sasaran 200,000 ujian saringan yang disasarkan KKM.

Malaysia telah berada dalam fasa darurat sejak bulan Januari yang lalu. Saya bingung memikirkan mengapa keupayaan ujian saringan tidak mencapai sasaran yang dibuat, dan mengapa kerajaan yang mempunyai kuasa di bawah Ordinan Darurat kini merayu pada sektor swasta bagi membantu dalam rencana ini.

Ini bukti nyata kerajaan PN adalah kerajaan yang GAGAL.

Kempen vaksinasi juga lemah dan lembab, dengan dos total harian yang disuntik menurun sebanyak 40% sejak hari Khamis yang lalu.

Dengan kadar vaksinasi yang lembab selembab siput, saya fikir AMAT WAJAR kadar pengujian ditingkatkan bagi melindungi kesihatan warga.

ANWAR IBRAHIM

22 Jun 2021.