DULU PH TUBUH TABUNG PH NAK BAYAR HUTANG 1 MDB . PN TUBUH TABUNG SEBAB TAK MAMPUKAH ?


BANTUAN TUNAI RM300, RM500 UNTUK LOCKDOWN TAK CUKUP


BROTHERHOOD....KEH..KEH...KEH

 May be an image of 1 person and text that says "大哥 datang"


MOHD SHAH RIM

Lepas pesawat peninjau Israel, pesawat tentera PRC pula masuk ruang udara Malaysia..Masa YB Mohd Sabu jadi Menteri Pertahanan.. tiada negara asing yang berani mencerobohi ruangudara Malaysia..!!

Yang beranidok bising dalam FB MMP dan juga FB MM ...kemain depa tuntut nak beli jet pejuang itu ini...sekarang diam bisu...hampeh

#KerajaanGagal koyak lagi. Kita baraikan satu per satu.

 



MOHD IZWAN

U-Turn tentang kelulusan beroperasi di kala "lockdown" diumumkan pada 6:50pm di media massa. Sebelum ini kilang minuman keras perlu mendapatkan kelulusan daripada KPDNHEP (lihat surat kelulusan kilang Heineken tahun lepas). Bila U-Turn, kelulusan semua sektor ekonomi perlu diperolehi daripada MITI.

Hari ini, pengunguman tentang tidak membenarkan semua kilang arak beroperasi diumumkan pada 6:25pm di media massa. Dalam laporan pihak media juga menyebut kesahihan surat kelulusan daripada MITI (CIMS) tidak dapat disahkan benar atau tidak. TETAPI MENTERI Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan menyatakan "Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan".

JADI IKUT KENYATAAN MENTERI, SURAT ITU BETUL DAN KELULUSAN TELAH DIKELUARKAN.

SOALAN AKU.

Pengunguman tentang U-Turn semua kelulusan beroperasi sektor ekonomi perlu dimohon ke MITI dibuat selepas waktu pejabat. JADI SIAPA YANG MELULUSKAN PERMOHONAN KILANG CARLSBERG UNTUK BEROPERASI DI LUAR WAKTU PEJABAT? Jika waktu pejabat pun, pengalaman aku menelefon jabatan-jabatan KERAjaan ini, punya lah payah nak angkat telefon. Ini dapat kelulusan diluar waktu pejabat.

ATAU

CIMS (Covid-19 Intelligent Management System) sebenarnya tidak memerlukan pihak Kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan, tetapi ianya dikeluarkan secara automatik? Jika ya, bijak sungguh sistem ini. Berapa juta pula dibelanjakan untuk membangunkan sistem ini dari tahun lepas?

#DoneKoyak

 

NETIZEN KECAM, LEBAI AMBIL KREDIT

 Panas! Selepas teruk dikecam netizen, menteri akhirnya terpaksa umum tutup operasi kilang arak serta merta


 Selepas teruk dikecam netizen, menteri akhirnya terpaksa umum tutup operasi kilang arak serta merta

Kerajaan hari ini mengarahkan semua kilang minuman keras menutup operasi mereka serta-merta.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 sekarang semua sektor perkilangan memang ditutup kecuali 12 kategori.

Katanya walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0 sekarang kerajaan menguatkuasakan sekatan pergerakan penuh mulai tengah malam tadi dan akan berlanjutan sehingga sekurang-kurangnya 14 Jun ini.

Langkah itu dibuat ketika negara berdepan peningkatan mendadak kes baru Covid-19 serta jumlah kematian yang semakin membimbangkang.

Sejajar dengan itu pelbagai sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali yang mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).


Sejak semalam tular di media sosial sekeping imej menunjukkan sekeping surat didakwa dikeluarkan Miti yang memberi kebenaran operasi kepada sebuah syarikat pengeluar arak.

Berdasarkan kenyataan dipaparkan pada surat itu, syarikat terbabit diberi kebenaran kerana terletak di bawah kategori pembuatan makanan dan minuman.

Ia kemudian mengundang bantahan pelbagai pihak sama ada dalam kerajaan atau sebaliknya.

Bagaimanapun kesahihan surat berkenaan tidak dapat disahkan sehingga kini.

Untuk rekod keputusan itu bukanlah yang pertama dibuat kerajaan Perikatan Nasional.

Semasa PKP dilaksanakan kali pertama pada 18 Mac tahun lalu kerajaan turut membatalkan kebenaran yang diberi kepada kilang pengeluar arak.

Pada 5 April Malaysiakini melaporkan sepucuk surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada syarikat arak Heineken Malaysia Bhd untuk beroperasi tular di media sosial.

Pada surat bertarikh 31 Mac yang dilihat Malaysiakini itu, KPDNHEP membenarkan syarikat pembekal bir berkenaan beroperasi susulan permohonan yang dibuat mereka pada 24 Mac.

Ketika dihubungi sumber Heineken mengesahkan ketulenan surat itu.

Bagaimanapun selepas isu itu dilaporkan media dan menarik perhatian ramai mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang arak terbabit.

“Kami telah buat keputusan bahawa kelulusan yang diberikan itu adalah terbatal atau dibatalkan,” kata Ismail Sabri.

HELLO CIP ....JADI DUTA TAK KAN MAKAN GAJI BUTA?



 

'Muhyiddin PM paling lemah dalam sejarah' - Johari Abdul





Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total atau lockdown dua kali dalam dua tahun tanpa pelan muktamad untuk mengakhiri jangkitan Covid 19 akan mencatat nama Tan Sri Munhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri (PM) paling lemah dalam sejarah.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul, kelemahan Muhyiddin juga akan dicatat berikutan keenganan beliau menghadapi usul Undi Percaya atau Tidak Percaya di Parlimen yang menyebabkan kerajaan pentadbirannya kekal tiada keabsahan sehingga bertahun-tahun lamanya.


"Satu hari nanti akan jadi sejarah (Muhyiddin) satu-satunya PM paling lemah di Malaysia dan tiada keabsahan. Beliau juga tak berlaku adil kepada Parlimen dan Perlembagaan.


"Sejarah Muhyiddin ini tidak mungkin boleh dipadam, dan ia akan dikenang sebagai PM yang tiada kredibiliti langsung," kata Johari mengulas keengganan pentadbiran Muhyiddin membuka Parlimen atau mengakhiri pemerintahan darurat.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani itu lagi, Muhyiddin sepatutnya membenarkan kerajaannya diuji dan ditentukan keabsahan. 


Sekiranya benar kerajaan beliau telah diterima baik rakyat sebagaimana tinjauan pendapat yang dilakukan oleh beberapa agensi maka tidak ada masalah Ahli-ahli Parlimen untuk mengekalkan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) melalui suara di Parlimen.


Walau bagaimanapun, Johari tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pemimpin Umno yang mahu menamatkan pemerintahan Muhyiddin dengan satu pilihan raya umum (PRU) baharu di tengah-tengah pandemik Covid 19 


Menurut beliau, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi bukti kukuh situasi Covid tidak terkawal sehingga sekarang, manakala PRU yang skalanya lebih besar akan menjadi malapetaka buat negara.


"Saya yakin mana-mana kerajaan yang berfikiran waras akan meletakkan keselematan rakyat sebagai keutamaan. Maknanya apa yang kita lihat terjadi di PRN Sabah tidak boleh diulang.


"Tindakan berkumpul dan tidak patuh SOP akhirnya membuahkan masalah. Saya secara peribadi berpendapat PRU bukan jalan terbaik ketika ini kerana mudaratnya.


"Walaupun ada kebaikan tetapi mudarat lebih daripada manfaat. Saya sarankan harus ditangguhkan PRU ini sampai satu keadaan di mana Covid reda," katanya.


Namun Johari terbuka kepada cara lain untuk menguji keabsahan kerajaan PN. Atau pun Malaysia beralih kepada solusi kerajaan campuran semua parti bagi menangani pandemik Covid 19. Hanya selepas Covid berakhir maka PRU ke 15 boleh diadakan.


 

VIDEO : KENYATAAN INI SESUAI BERKAITAN DENGAN MORATORIUM DAN ARTIKEL YANG DITULIS SHAHBUDIN : CIMB Tak Pernah Tolong Orang Melayu? - Tan Sri Dr. Munsyi Muslim.



Golongan peminjam yang terpaksa menjual hartanah mereka selepas kesukaran membayar balik pinjaman atau pembiayaan boleh menyaman semula pihak bank jika merasakan diri telah dianiaya. Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Munsyi Muslim Yacob berkata, saman boleh difailkan jika berpendapat hartanah mereka telah dijual di bawah harga pasaran oleh pihak bank. Beliau berkata, sehingga kini sebanyak tujuh kes bekas peminjam telah menyaman semula bank daripada 500 kes yang dikendalikan pihaknya sejak lima tahun lalu. “Kami telah mencadangkan agar pengadu yang datang ke sini agar menyaman semula pihak bank jika mereka merasakan telah dianiaya. “Kami akan tunjuk ajar macam mana hendak lawan pihak bank yang jual rumah di bawah harga pasaran.




Peguam muda ini persoal betul ke darurat untuk bantu rakyat?

 


Peguam muda ini persoal betul ke darurat untuk bantu rakyat?


Sepanjang tempoh Darurat, Perlembagaan sebut ada 6 perkara yang tidak boleh diusik dan diubah iaitu undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta bahasa. (Perkara 150 (6A))

Selain 6 perkara di atas, Perlembagaan sebut, semua perkara boleh dibuat jika perkara itu perlu dilaksanakan dalam tempoh darurat (“if it appears that the law is required by reason of the emergency”) (Perkara 5)

Darurat ni dalam bahasa mudahnya…pengecualian. Yang tak boleh, dibolehkan. Kalau dalam Islam, yang haram jadi halal. Kalau dalam sivil, dibolehkan yang asalnya tidak dibolehkan oleh undang-undang. Objektifnya satu saja…memudahkan di saat dalam kesusahan.

Dalam Perlembagaan sebut, jika berlaku ancaman yg serius kepada keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam, maka kerajaan boleh isytihar Darurat. (Perkara 150(1))

Kenapa Perlembagaan beri kuasa tersebut kepada Kerajaan? Sebabnya untuk “memudahkan” urusan Kerajaan sebab dalam suasana genting, semua urusan perlu dilaksanakan dengan cepat dan segera.

Sebelum Darurat, rakyat diberi kebebasan, demokrasi. Tetapi dengan Darurat, kerajaan pula diberi banyak kebebasan/kelonggaran dalam pentadbiran. Darurat adalah “privilege” kepada Kerajaan, bukan kepada rakyat. Rakyat tiada kuasa isytihar Darurat atau minta Darurat. Sekalipun Darurat itu hak Kerajaan, tetapi dalam sebuah negara demokrasi, manfaatnya mestilah kembali kepada rakyat.

Oleh kerana Darurat menghampiri kuasa mutlak, diktator, maka Kerajaan hanya boleh guna Darurat untuk 3 suasana genting seperti di atas saja. Ketika Darurat, hampir semua perkara boleh dibuat kecuali 6 perkara saja seperti yang disebut dalam Perkara 150(6A) Perlembagaan di atas.

Sekali lagi, objektifnya ialah untuk “memudahkan” pentadbiran kerajaan. Dengan Darurat, prosedur yang panjang boleh dipendekkan dan yang tidak boleh, dibolehkan.

Selama ni kita difahamkan Darurat ni adalah Darurat Covid. Selain untuk turunkan kes Covid yang tak turun-turun, kita sangka baiklah Kerajaan gunakan Darurat sebab nak bantu ringankan beban rakyat. Tapi apa yang rakyat rasa tidak begitu.

Salah satu contohnya, ini. Pelik juga bila waktu Darurat ni menteri masih lagi bagi alasan tiada kuasa ke atas bank dan Parlimen tidak boleh dibuka dengan alasan tidak masuk akal.

Kalau dalam tempoh Darurat pun kerajaan susah nak buat itu dan ini untuk rakyat, elok la rakyat tanya balik kerajaan…betul ke Darurat ni untuk bantu kami?

#kitajagakita

Mohd Fitri Asmuni

Sumber: https://www.facebook.com/764123100/posts/10158823670573101/?d=n

MELANTIK TENGKU ZAFRUL TERBUKTI SUATU KESILAPAN, TIDAK BELA RAKYAT DAN TIDAK BANTU MAHIADDIN

 

Walaupun tiada kepastian tentang bagaimana Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan, hakikat yang jelas sekarang ialah beliau diilihat langsung tidak bermanfaat kepada rakyat, terutama golongan miskin dan marhaen.

Bersama kejanggalan dalam hujah dan pendiriannya sebelum ini yang menolak setiap kali timbul tuntutan tentang moratorium, hujah terbarunya semalam berkaitan perkara itu amat tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Sandaran hujahnya bahawa kerajaan tidak dapat melaksanakan moratorium penuh secara automatik kepada semua golongan, termasuk M40, adalah kerana dakwanya kerajaan tidak mengawal bank dan tidak memiliki bank-bank tersebut.

Bagi rakyat yang berakal, hujah beliau itu sama sekali tidak boleh diterima kerana realitinya kerajaanlah yang paling berkuasa mengatur perjalanan semua urusan di dalam sesebuah negara.

Dalam hal berkaitan bank misalnya, itulah gunanya ada Bank Negara serta Kementerian Kewangan dan begitulah seterusnya berkaitan urusan-urusan yang lain.

Sebab itu, setiap kali pilihanraya, semua parti dan pemimpin meminta sokongan agar diberikan kuasa sebagai kerajaan bagi membolehkan mereka dapat membantu rakyat dengan lebih berkesan melalui pelbagai kuasa yang ada dalam bidang kuasa kerajaan.

Jika hujah Tengku Zafrul itu mahu diterima, maka apa guna ada kerajaan dan apa guna juga pilihanraya diadakan?

Selain itu, jika sewaktu PKP 1.0 dahulu kerajaan boleh mengarahkan pemberian moratorium penuh secara automatik kepada semua peminjam, kenapa sekarang ia tiba-tiba tidak boleh dilakukan?

Adakah pada waktu PKP 1.0 itu bank-bank dipunyai oleh kerajaan?

Dengan berjawatan sebagai Menteri Kewangan dan cakapnya asyik mempertahankan bank, Tengku Zafrul dengan sendirinya telah memperlekehkan rakyat yang mana melalui cukai dan titik peluh mereka itulah telah digunakan untuk membayar gaji dan kemudahan hidupnya setiap bulan.

Sedarkah beliau tentang hakikat itu?

Yang nyata di sini, inilah keburukan paling menonjol apabila bekas CEO bank dan bukan wakil rakyat dijadikan sebagai Menteri Kewangan.

Beliau langsung tidak faham susah derita rakyat, bahkan mungkin tidak pernah pun memijakkan kakinya ke rumah golongan B40, orang miskin dan marhaen untuk merasai denyut nadi kehidupan mereka yang mana jika sebagai wakil rakyat atau Ahli Parlimen, beliau pasti biasa melalui perkara tersebut.

Entah daripada mana dan bagaimana beliau boleh dipilih sebagai Menteri Kewangan, keberadaannya di jawatannya itu, selain tidak memahami derita rakyat, juga dilihat tidak membantu Perdana Menteri dan PN sebagai kerajaan.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau sepatutnya adalah tangan kanan kepada Mahiaddin dalam memudah dan memperbanyak urusan bantuan dan pertolongan, bukan menyusah dan menyulitkan lagi rakyat dengan kecenderungan yang ketara memihak kepada institusi pengaut keuntungan.

Meski Mahiaddin Md Yasin pun dirasakan tidak mampu bertahan lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri, tetapi dengan adanya Tengku Zafrul dalam kerajaan yang kerjanya lebih banyak membela bank daripada membela rakyat ini, beliau pasti akan lebih ditolak lagi bersama masa yang berbaki ini.

Di sisi rakyat, PN ini bukan setakat gagal sebagai kerajaan, malah tidak berfungsi sama sekali dalam memberi kesejahteraan dan keselesaan kepada mereka.

Tidak mustahil sekarang, terutama setelah banyak pihak dalam Bersatu sendiri mula tidak senang dan mengecam keberadaan beliau dalam kerajaan, Mahiaddin sendiri mula terdetik dalam hati kecilnya rasa menyesal melantik Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan.

Begitu pun, jika Mahiaddin masih ada keinginan untuk memperbaiki sedikit kerajaan pimpinannya dalam waktu-waktu kecederaan yang masih bersisa ini, menggugurkan Tengku Zafrul dan menukarnya dengan mana-mana wakil rakyat adalah pilihan yang tidak boleh lagi untuk dielak.

Mengekalkan lagi beliau, selain memberi ruang untuk kerajaan PN ini lebih ditolak dan bakal dihumban itu sudah hampir pasti, cemuhan dan kehinaan juga akan terlakar sama dalam lipatan sejarah bersama tumbangnya sebuah kerajaan khianat yang tidak pernah diundi serta diiktiraf rakyat. 


(ShahbudinHusin 02/06/2021)


NEGARA DAH TAK ADA MARUAH DI BAWAH KERAJAAN TEBUK ATAP.- KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG

 W.FAUDZIN

Bawah kerajaan tebuk atap ni, negara dah takde maruah nampaknya. Bayangkan pesawat israel selamba je dapat lesen masuk di ruang udara kita. Tak beberapa hari, masuk pulak pesawat dari china. Menteri luar dan menteri pertahanan buat apa? PM usah tanyalah, sibuk nak buat perutusan. Menteri pertahanan sibuk kira jumlah orang kena Covid, menteri luar pulak jenis lembut lemah gemalai. Elok letak azalina lagi, ada juga sikap jantannya, berani juga tegur kerajaan tebuk atap. Lepas ni pesawat negara mana pulak boleh masuk??

May be an image of mapMay be an image of text that says "mk malayslakini Malaysiakini (BM) @mkini_bm 16 pesawat tentera China 'ceroboh' ruang udara Malaysia Translate Tweet 16 pesawat tentera China ceroboh' ruang udara Malaysia malaysiakini.com 19:10 01 Jun 21 dlvr.it"


KENYATAAN MEDIA

1 Jun 2021

Saya ambil maklum laporan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara negara kita pada 31 Mei yang lalu.

Kejadian seperti ini ternyata amat membimbangkan serta menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara kita.

Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut.

Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden ini.

Saya juga ingin meminta penjelasan lanjut dari kerajaan Perikatan Nasional tentang alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini kerana ini jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara.

ANWAR IBRAHIM


HARI-HARI NGUTUK ORANG..AKHIRNYA MP PULUN BENDA LAIN...

 



PAHLAWAN REFORMASI


Mereka mentertawakan Anwar kononnya Anwar doesn't have the nembers lah, Anwar doesn't have enough supportlah tapi pada hakikatnya mrk ngeri ketakutan utk buat sidang parlimen krn Anwar have more than just numbers in Parliament. Mrk tidak habis² memfitnah dan menganiaya Anwar tapi pada hakikatnya mrk hidup bermandikan rasuah dan menipu rakyat sehingga menjadi negara yg kedua terasuah didunia. Yg lebih menyeramkan mrk tidak rasa terhinapun dgn gelaran perasuah Hebat  itu.

 

Siang malam mereka menghina DAP tapi pemimpin mereka sibuk mengejar harta dunia tanpa peduli halal dan haram juga sibuk kesana kesini memburu janda sedangkan pemimpin DAP siang mlm membantu rakyat yang memerlukan.

Mereka adalah pengikut Atuk dari BN, PN & MN. Mrk mencengkam kekuasaan negara ini walau telah kalah PRU. Sudahlah perompak, pemfitnah, penipu, mrk juga menzalimi dan mengkhianati rakyat tanpa rasa bersalah. Mereka tidak memperduli saranan DYMM Sultan dan enggan dtg bila dipanggil menghadap tapi mrklah yang begitu ghairah menuduh penyokong Anwar sebagai Anti Sultan.

Kalau menghayati kekayaan dan keperompakkan mereka kita kekadang merasa malu nak mengaku melayu melihat mereka merompak dan merompak dan merompak tanpa memperduli nasib negara dan rakyat juga tanpa rasa malu atau segan silu. Paling mengerikan bila meerka menjadi idola kepada anak-anak muda.

Mereka menggunakan kebijakkan mereka utk mempertahan kuasa cara sailang bukan menang cara terhormat. Buat apa saja walau haram asal kekal bekuasa. Melayu hidup tanpa maruah. Ya Allah Ya Rasululullah apakah kami manusia yang dibenci dilangit? Bantulah kami untuk mengenepikankan pemimpin rasuah dan penipu dan gantikanlah dgn pemimpin yg boleh dipercayai, boleh dicontohi, menyayangi rakyat lagi mengasehi DYMM Raja² Melayu yang kami kasihi.

Sungguh Ya Allah kami dapati DSAI adalah pemimpin yang memenuhi ciri kepimpinan yang ikhlas, sayangkan rakyat dan Raja-Raja juga sangat bijak dan meyakinkan lagi tidak rasis. Ya Allah bantulah dia dengan segala kekuatan dan kebijakkan serta mantapkan kedudukkannya sebagai PM untuk membawa negara ini dari kegelapan rasuah dan penuh tipu daya politik kepada negara politik bersih, tanpa rasuah dengan pemimpin yang ikhlas lagi komited. Amin Ya Allah, Amin Ya Mujib Amin Ya Wahab Amin Ya Rabbal 'Arsyil 'Azim.

 

LUAHAN HATI FRONTLINER

 May be an image of 1 person and text that says "Hasrul Rizwan @HasrulRizwan Dah 3 jenazah covid saya bantu uruskan tapi masih belum dapat suntikan vaksin lagi. Saya habaq kat isteri saya, kalau saya mati kerana covid ni tulis di batu nesan saya hat paling bawah sekali dengan quote, "MATI DIBUNUH MUHYIDDIN'. Translate Tweet 1:26 AM 01/06/2021 Twitter for Android"

SEBAB PKP 1 DULU ADALAH PLANNING KERAJAAN PH. TAPI SETELAH DIRAMPAS...PN AMBIL DAN LAKUKAN.SEBAB ITU BERJALAN LANCAR,

 


SHAHBUDIN HUSIN


Kononnya menurut wakil bank (bukan wakil rakyat) dalam kabinet ini, moratorium automatik sepenuhnya tidak dapat dilaksanakan kerana bank2 bukan dipunyai oleh kerajaan.

Kalau begitu, kenapa semasa PKP 1.0 pada Mac 2020 lalu moratorium automatik sepenuhnya boleh dilaksanakan?

Adakah ketika itu bank-bank dipunyai kerajaan?


May be an image of 1 person and text

AKHIRNYA DIA MENGAKU JUGA..APA PUNYA LEBAI

 

HAJI NUSI


Dulu x mengaku sekarang mengaku dah , walaun macam kera kena belacan dok

 backup , sekarang bola berada di padang almarangi , walaun sedang menanti

 fatwa dari duta makan gaji buta untuk memutus hukuman yang setimpal . Pas

 sibuk dok kutip derma untuk Palestin yang Takiri pula sibuk dok usung janda bergetah .

 takdir ...


May be an image of 1 person and text that says "Fikrah Harakah khm Membangun Bersana rintis.aganda berkebalikan Khairadia Jiwa besar kund penyelesalan kemelut TUDUHAN KHALWAT BERNIAT JAHAT Kedah Tegas Khairudin mereka bukan berdua-dua didalam kereta,Mawar ada membawa anaknya bersama Harakah"


BILA KENA KUTUK BARU NAK TUTUP..

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Maknanya ada la yang sempat bukak tadi kan?

Adehhhhh KereajaeY IsleY ni

Kalau netizen x bising, dia wat bodo je

Bila netizen bising rakyat lain cakap xtau bersyukur

Sebabtu aku bagitau, bodo & bersyukur tu 2 benda berbeza

 

May be an image of drink and text that says "B BERNAMA BERNAMA 34 mins PKP 3.0: Semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta Ismail Sabri PKPD di Kampung Bunut dan Rumah Panjang Undum Anak Anchih di Mukah, Sarawak bermula 3 hingga 16 Jun Ismail Sabri More TERKINI 3 BERNAMA PKP 3.0: Semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta -Ismail Sabri bernamadotcom f bernamaofficial bernamaofficial bernama.com"

BAGAIMANA MAHU MENGEKANG COVID JIKA SEMUA SYARIKAT DIBENARKAN BEROPERASI- DUIT TAK TAU NAK CARI ATAU MACAMANA?

 

SHAHBUDIN HUSIN


Semalam kita telah didedahkan dengan laporan bahawa 95,142 syarikat telah diberi kebenaran beroperasi dalam tempoh apa yang disebut kononnya total lockdown.

Dengan permohonan daripada syarikat-syarikat  terus meningkat sehingga talian CIMS 3.0 jadi sesak, tidak mustahil syarikat yang diberi kebenaran beroperasi akan terus meningkat hari demi hari.

Bagaimana Covid19 mahu dikawal atau dikekang?



MAKNA KATA ADA LA YA...KAH..KAH...KAH...LEBAI KELARAH


Pusing, pulaih, kilaih, Mawar ada la juga! Kita dengag esok Fizo kalau kata anak ada dengan dia nak putag apa pula?

 May be an image of 1 person and text that says "Fikrah ISNIN Harakah slam Membangun Bersama rintis.enda berkebajikan, Jiwa besar kunci penyelesalan kemelut adamembawa TUDUHAN KHALWAT BERNIAT JAHAT Kedah Tegas Khairudin mereka bukan berdua-duan didalam kereta,Mawar ada membawa anaknya ersama DHn Harakah"

MASA RAMPAS KUASA DULU GUAN ENG DAH SUSUN ELOK..SEBAB TU LOCKDOWN KALI PERTAMA LANCAR...KALI 2 DAN KE 3 MACAMERBA

 

Mana bantuan untuk M40 hadapi PKP, Najib soal Putrajaya



Najib Razak berkata seluruh negara dikenakan ‘lockdown’ kecuali 95,142 syarikat yang dibenarkan beroperasi.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Putrajaya kerana dikatakan tidak menyediakan bantuan kewangan yang diperlukan kumpulan pertengahan M40 untuk megharungi sekatan pergerakan kali ini.

Dalam catatan di Facebook, Najib berkata mereka yang memperoleh pendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan tidak akan menerima sebarang bantuan di bawah pakej Pemerkasa Plus ketika ‘lockdown’ yang bermula hari ini.

Ini termasuk tiada moratorium pinjaman, diskaun elektrik, perkhidmatan Astro percuma atau bantuan tunai.

Najib turut berkata tiada lagi kemudahan i-Sinar atau i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Apa bentuk bantuan akan diberikan kepada kumpulan M40 kali ini?” soalnya.

Beliau juga menyindir bahawa seluruh negara menjalani ‘lockdown’ kecuali 95,142 syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu yang berakhir 14 Jun ini.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan pakej bantuan Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion untuk membantu rakyat dan perniagaan melalui ‘lockdown’ ini.

Ia termasuk suntikan fiskal kerajaan berjumlah RM5 bilion, selain moratorium automatik selama tiga bulan untuk B40 yang kehilangan pekerjaan serta PKS yang tidak dibenar beroperasi sepanjang tempoh itu.

Ramai beranggapan bantuan itu tidak memadai untuk membela pelbagai golongan yang terkesan, termasuk M40.

ABANG BESAR DIA PANGGIL...KAH...KAH...KAH APA DIA NAK CAKAP?

 

Penerbangan ‘curiga’ 16 pesawat China: Putrajaya panggil duta besar, hantar bantahan diplomatik


PETALING JAYA: Kementerian Luar akan membuat bantahan diplomatik mengenai penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang dikesan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan, Wisma Putra berkata Duta Besar China juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China menghampiri ruang udara negara pada 31 Mei lalu.

Pesawat berkenaan dikesan memasuki Zon Maritim Malaysia (ZMM) oleh Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

TUDM melancarkan jet pejuang Hawk 208 dari Skuadron ke-6 Pangkalan Udara Labuan untuk memintas pesawat setelah tidak ada tindak balas dari mereka mengenai perintah untuk berpatah balik.

Sebaliknya, mereka menuju ke perairan Sarawak.

Pesawat China berkenaan akhirnya berpusing dan pergi ke arah yang sama ketika memasuki ZMM.

Dalam kenyataannya, TUDM menyifatkan insiden itu  “perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan di dalam Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu (KK FIR).”