BENARKAH RAKYAT PUNCA KEGAGALAN DAN PERTUKARAN KERAJAAN TIDAK MAMPU MERUBAH KEADAAN?

 

Berikutan trending tanda pagar #KerajaanGagal dan #KerajaanBodoh di media sosial sejak kebelakangan ini sebagai manifesti penolakan terhadap kerajaan, bersekali dengan kecaman terhadap beberapa menteri yang juga dianggap gagal dan tidak berfungsi, terdapat kecenderungan untuk mengalihkan kegagalan itu kepada rakyat sendiri.

Mereka mengatakan, yang sebenarnya gagal ialah rakyat itu sendiri, bukannya kerajaan, Perdana Menteri atau menteri-menterinya.

Hujah mereka ialah jika kerajaan didakwa gagal dalam menguruskan pandemik Covid19 dengan berkesan, rakyat jauh lebih gagal kerana masih ramai yang cuba merentas negeri secara haram, berziarah ketika Aidil Fitri dan pergi ke tempat-tempat yang sesak tanpa keperluan yang mendesak.

Mereka seterusnya berkata, berbanding kerajaan, rakyatlah sebenarnya yang menjadi penyumbang kepada kegagalan kerajaan itu.

Serentak dengan sikap rakyat yang dikatakan gagal itu, mereka berhujah lagi bahawa pertukaran kerajaan tidak mungkin dapat membawa apa-apa perubahan kepada negara kerana rakyat yang sama yang menyumbang kepada kegagalan itu masih tetap ada untuk terus membawa kegagalan.

Benarkah begitu?

Yang nyata, kecenderungan untuk menyalahkah rakyat ini adalah suatu pandangan yang nyata bertujuan agar kerajaan PN dan Mahiaddin Md Yasin terus diberi ruang memimpin negara ini.

Dalam erti kata lain, mereka kini kian menyedari PN dan Mahiaddin gagal berfungsi, semakin ditolak dan tidak lagi diperlukan.

Hakikatnya, tugas kerajaan dan pemimpin ialah memimpin dan kerana mereka dibayar gaji yang lumayan dengan pelbagai kemudahan serta berpeluang pula menyapu komisyen untuk kemewahan diri sendiri dan keluarga, malah untuk menambah isteri sehingga dua atau tiga, beban kesalahan atas kegagalan itu haruslah ditanggung sepenuhnya oleh mereka, bukan rakyat.

Rakyat sebaliknya hanya kelompok penerima sebagai balasan pelbagai cukai yang perlu mereka bayar kepada kerajaan untuk membayar gaji dan segala kemudahan yang dinikmati oleh pemimpin.

Maka itu, di mana asasnya untuk meletakkan beban kegagalan kerajaan kepada rakyat?

Memang benar ada rakyat melanggar SOP, banyak yang cuba merentas negeri dan pergi ke tempat-tempat sesak yang tidak perlu, tetapi harus diingat, pemimpin juga ramai yang berbuat demikian.

Wajarkah pemimpin turut sama degil melanggar SOP dan cuba merentas negeri sedangkan peraturan itu mereka sendiri yang memperkenalkannya, di samping kedudukan mereka adalah pemimpin yang dibayar gaji seharusnya memimpin dan menunjuk teladan kepada rakyat, bukan menjadi ibu ketam yang berjalan senget?

Bukankah jika pemimpin yang tugasnya memimpin itu patuh 100 peratus kepada SOP dan peraturan, maka ia dengan sendiri akan mendorong rakyat untuk sama mematuhinya?

Dalam hal ini, sementara ramai yang didapati melanggar SOP dan cuba-cuba merentas negeri, sesetengahnya sengaja berbuat demikian sebagai tanda marah dan protes kepada pemimpin yang dilihat bebas berbuat dengan sewenang-wenangnya.

Lebih dahsyat, ramai pemimpin yang dipaparkan gambar dan video mereka tidak mematuhi SOP, namun masih tidak diambil sebarang tindakan, termasuk Mahiaddin sendiri yang dikesan tidak memakai pelitup muka dan beberapa menteri yang lain dengan pelbagai kesalahan masing-masing.

Sebahagian pemimpin yang lain dikatakan perlu perlu siasatan lanjut terlebih dahulu dengan mengambil masa yang lama serta ada pula diberi alasan harus mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara sebelum boleh diambil tindakan.

Semua ini membuatkan rakyat kecewa dan rasa tertindas kerana jika terkena kepada mereka, saman atau denda serta-merta terus dikeluarkan tanpa menunggu matahari tenggelam.

Jadi, siapa yang lebih bersalah – pemimpin atau rakyat?

Berkaitan hal yang sama, di sinilah pentingnya sebuah kerajaan lain yang benar-benar berwibawa dengan pemimpin yang sepenuhnya mampu memimpin harus mengambil alih pentadbiran negara ini.

Kalau #KerajaanGagal dan #KerajaanBodoh ini terus berkuasa lebih lama atau diberi peluang lagi selepas PRU akan datang, maka kegagalan dan keboodohan yang sama akan berpanjangan menyusahkan kita semua.

Kita akan sengaja menempah kegagalan dan membiarkan kebodohan berterusan melainkan kita harus segera menjadi lebih pandai dan tidak terus diperbodohkan. 


(ShahbudinHusin 31/05/2021)



DULU MASA PKP 1.0 BERJALAN LANCAR, SEBAB APA? SEBAB PH DAH RANCANG ELOK DAN CEPAT SAHAJA JALAN...KALI INI NAMPAKNYA PN BELUM BERSEDIA. KENAPA?INI CADANGAN KALI KE BERAPA UNTUK RAKYAT

 

Lockdown: Rangka pakej bantuan RM45 bilion



Oleh B. Suffian

Terdapat keperluan mendesak untuk merangka pakej baharu bantuan kewangan bernilai RM45 bilion untuk rakyat dan semua sektor ekonomi yang terjejas dengan ‘lockdown’. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, walaupun pakej bantuan kewangan bernilai RM45 bilion itu akan menyebabkan defisit belanjawan meningkat 3 hingga 4 peratus lagi, suntikan dana langsung akan membantu menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian ekonomi.

“Pakej bantuan kewangan baharu bernilai RM45 bilion ini dapat bertahan sehingga akhir tahun apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepatutnya selesai, dengan 80 peratus penduduk diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam, memutuskan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, suntikan wang tunai berjumlah RM45 bilion ke dalam ekonomi perlu memberi manfaat secara terus  kepada pekerja dan perniagaan merangkumi:

• Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, kenaikan pembayaran bantuan bulanan kebajikan masyarakat kepada RM1,000, termasuk penganggur, menelan belanja RM7 bilion untuk baki 7 bulan tahun ini,

• Pelanjutan automatik moratorium pembayaran pinjaman bank, tidak termasuk golongan 20 peratus Teratas, sehingga PICK selesai pada akhir tahun. 

Ini akan membantu 8 juta individu dan syarikat Malaysia. Kos ini harus ditanggung oleh industri perbankan, yang masih mencatatkan keuntungan selepas cukai hampir RM23 bilion untuk tahun 2020 berbanding RM32.3 bilion pada tahun 2019.

• Insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa dua tahun, merangkumi insentif upah RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan kepada majikan, yang akan mencipta pekerjaan bagi 300,000 pekerja Malaysia yang menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran belia masih setinggi 13.4 peratus pada Mac 2021.

• RM3.5 bilion untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasiti dan kemampuan hospital serta peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelakkan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan awam kita.

• RM28 bilion dalam bentuk geran kewangan; subsidi upah, sewa dan utiliti;  jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit;  untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana, pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang telah lumpuh. 

Industri pelancongan kerugian RM100 bilion pendapatan tahun lalu dan tanpa ‘talian hayat’ dari kerajaan, menghadapi masa depan yang suram. 

DAP DAH TAK ADA PUN DALAM KERAJAAN. YANG DOK JAJA DAP TU KENAPA///BAHLOL///

 

HAMZAH RIE NA

Dalam Malaysia ni yang jahat cina DAP  jer kata UMPAS. Mca tu ikut sunnah kot? Baik gajah depan mata tu nantilah yang smackdown kalian sampai mati berbanding kuman yang seberang laut yang korang takuti. MCA abg besar korang tu mulia yer?


No photo description available.


BILA AGAKNYA DAPAT MENGADAP?

 

W.FAUDZIN


May be an image of 1 person and text that says "BH ONLINE NASIONAL Petisyen tamat darurat: YDPA berkenan terima menghadap Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my April 22, 2021 @ 4:07pm SI 0A0 NG DIA BH ERU Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Abd Samad."
Muhammed Syawal Jaafar, Irasama Kamal and 65 others
9 comments
3 shares



BILA AGAKNYA DAPAT MENGADAP?

Pada April yang lalu, dikhabarkan pihak istana telah berkenan untuk menerima mengadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Darurat, cuma tarikh belum ditetapkan.

Kita telah memasuki ke bulan Jun sekarang dan masih belum menerima perkhabaran baik dari Istana. Semoga apa yang dijanjikan itu dapat ditunaikan kerana rakyat memang dalam keadaan gelisah dan susah sekarang.

____________________________________________

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dalam satu kenyataan, hari ini.

Khalid bagaimanapun berkata, tarikh untuk jawatankuasa itu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan petisyen merayu supaya darurat ditamatkan, belum ditetapkan.

"Sukacita dimaklumkan bahawa, pagi ini saya telah menerima warkah dari Istana Negara yang memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bersetuju menerima menghadap Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat untuk menyerah petisyen untuk merayu agar darurat ditamatkan.

"Walaupun tarikh untuk menghadap belum lagi ditentukan, kami yakin satu tarikh akan ditetapkan seberapa segera untuk membolehkan kami semua menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan petisyen rayuan terbabit. Kesan buruk darurat semakin ketara hari ke hari," katanya./BH

 

HEBAT SPEAKER PARLIMEN, AGONG PUN CUBA DISEKOLAHKANNYA JUGA!!

 

Awal-awal dulu, Speaker Azhar Harun ada cakap yang Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan Rakyat bolih bermesyuarat seperti biasa, walaupun semasa Dewan digantung dengan Perintah Darurat.

Ini kali kedua Azhar Harun bersuara. Selepas timbalannya sudah menulis tiga surat meminta Dewan Rakyat untuk bersidang. Semua surat tidak berjawab.


Sekarang menegakkan kuasa Esekutif untuk gantung Parlimen.

Tak de pula gunakan ‘sains dan data’ sebagai sebab.

Tapi YDPA pun juga sama disekolahkan olih Speaker Dewan Rakyat kerana YDPA turut bertitah Parlimen bolih bersidang semasa Perintah Darurat!

Hebat Azhar Harun!

TAN SRI SHAHRIR SAMAD

Veteran UMNO dan Bekas Menteri Era BN

30 Mei 2021.



 

ISWARDY MORNI

May be an image of 1 person and text that says "Meni elama. manya prang Mengamp tersalal ZUKRI AKSAH GERAK KETUA KOMUNIKAS NASIONAL P PERT UBUHAN PERUBAHAN RAKYAT MALAYSIA (GERAK)"

Sejujurnya, saya tidak kenal secara peribadi dengan Iswardy Morni. Saya akui ada nada "lancang" dalam hantaran terakhirnya yang dituju kepada Yang di-Pertuan Agong, yang membawa kepada campurtangan polis.

Saya sudah mengingatkan kelmarin itu tentang perasaan rakyat mutakhir ini yang bercampur-baur. Kelancangan ini adalah terjemahan akan ketidaksabaran yang sedang bersarang di jiwa rakyat, pastinya bukan hanya Iswardy seorang.

Sejarah sudah menunjukkan kita, bahawa ketidaksabaranlah yang membuatkan Jebat mengamuk dan merampas istana, Laksamana Bentan mengamuk dan membunuh Sultan Mahmud di atas julang. Ya, kedua-duanya mati di akhir cerita, tetapi kena ingat, mati Laksamana Bentan, mangkat juga Sultan, bukan sekadar mangkat, bahkan terputus keturunan dan pewarisan Kerajaan Johor Riau. Selepas itu Bendahara Paduka Abdul Jalil naik takhta sebagai Sultan.

Saya ingin bertanya secara jujur, apakah kita semua mengenang orang seperti Jebat dan Laksamana Bentan sebagai penderhaka? Kalau ya, bagaimana dengan tindakan berani Tan Sri Annuar Musa satu ketika dahulu yang menabalkan Sultan Kelantan yang lain dengan menidakkan Sultan Kelantan yang sudah sedia bersemayam di singgahsana? Ohhh, cerita itu mungkin terlalu lama... Kalau anda ingat, bukankah permintaan kali pertama Kerajaan Muhyiddin (baca Mahiaddin) untuk Agong membuat proklamasi darurat telah ditolak? Dan Speaker Dewan Negara, Rais Yatim telah bereaksi segera dengan menyindir dan mempertikaikan keputusan Agong.

Saya akui, cara Iswardy Morni memperolok Yang di-Pertuan Agong agak keterlaluan dan lancang. Tetapi adakah itu penderhakaan? Kalau Iswardy menderhaka, maka Rais Yatim juga derhaka, Annuar Musa juga derhaka, bahkan jauh lebih teruk.

Jebat dan Laksamana Bentan adalah pembesar negara pada zaman mereka, tetapi mereka tidak kebal dari titah Raja (bahkan Hang Tuah yang tersohor itu juga). Apakah orang seperti Rais Yatim dan Annuar Musa adalah "pembesar" yang lebih

hebat

dari Jebat dan Laksamana Bentan? Lebih

hebat

dari Hang Tuah? Kalau begitu tidak perlulah kita belajar kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka dan Johor Riau, rupanya tidaklah segemilang dan sehebat mana "pembesar" mereka berbanding orang seperti Rais Yatim dan Annuar Musa.

Sungguh sangat tidak bernasib baik orang seperti Iswardy, kerana dia hamba rakyat yang biasa-biasa sahaja, yang "tidak mengapa" untuk dihilang dan dikorbankan.

Sebenarnya, sebahagian yang tidak bersetuju dengan bahasa Iswardy itu bukan jujur pun, sekadar kerana perseteruan dan kepentingan politik. Sebahagian lagi pula tidak bersetuju bukanlah kerana kata-kata, cara, maksud atau Raja yang dilibatkan, rasa tidak bersetuju itu lebih kepada sentimen darah-daging Melayu, Melayu seperti yang dinukil oleh SN Allahyarham Usman Awang;

"Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak..."

Menipulah selama-lamanya, asal bersopan, orang Melayu tidak akan marah. Mengampulah selama-lamanya, asal ada "alas," orang Melayu tidak akan kisah. Iswardy tersalah menjadi Melayu yang salah.

Patik pacal yang hina,

 

Zukri Aksah

Ketua Komunikasi Nasional

Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia - GERAK

#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #keadilan21tahun #keadilan22tahun #KitaLawan #DSAI4PM #LawanTetapLawan #reformasi98 #GERAK98 #GERAKANREFORMASI98 #MuhyiddinOut #KerajaanGagal #istananegara #agongkita

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Ezam Nor Iswardy Morni Official Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi Nasional

 

PELIK RAKYAT TENGOK, BILA SPEAKER DEWAN TAKNAK BERSIDANG SEDANGKAN TIMBALAN DIA GESA PARLIMEN DIBUKA.






IRONI bukan? Speaker Dewan taknak Dewan Rakyat bersidang?? Sbbtu dok pertahan sangat penggantungan Parlimen? Makan gaji buta ke?

Darurat pun tidak dibawa ke sidang Dewan utk dibahas dan dipersetujui Parlimen, tetiba dia HANYA kata Darurat boleh dilaksanakan mengikut undang2 spesifik berdasarkan Perlembagaan Persekutuan? Semua org tahu.

BETUL dan SETUJU ia diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tapi yg PH pertikaikan adakah ia benar2 mengikut perlembagaan??

Speaker rosak dan pecah kata mesti dibahaskan mengikut lunas undang2? Maksudnya dibahaskan di SocMed la sbb Parlimen DITUTUP..!! Kalau kata bahalol kot marah?

Cuba baca betul2 Mukasurat 165 Perkara 150. Proklamasi Darurat Sub Perkara 3) atau Perkara 150 (3). Jelas tak apa yg disebut dlm Perlembagaan?? Proklamasi Darurat MESTI diBENTANGkan di kedua2 Dewan Rakyat dan Negara atau tidak?

Skrg ni PD2021 dah bentang di Parlimen atau tidak? Saya hanya bertanya, anda jawap pada diri sendiri dgn jujur.

Wallahualam.

- Zus Din

31 May 2021

 

APA PUNYA PARTI. ORANG DAH TOLONG KEMPEN, SALAH SIKIT NAK PECAT ???? AKAI TAK DAK


Mana sikap berjuang dan melawan PKR ? Kalau ahli di tahan apakah parti akan bela. Kalau yang berjuang pun macam ini dilakukan. Macamana yang di bawah bawah kalau kena? Ini kata parti pejuang??Orang akan perlekeh kan kamu kalau ini yang kamu pejuangkan selama ini. Salah besarkah beliau kerana mahu menyampaikan hasrat rakyat. ?Bela lah, berjuang lah dah nama pun parti perjuangan demi keadilan. Poooodah...WRLR.


PATUT EZAM, RAFIZI BLAH....INI PUN DAH DILIHAT TAK BETUL.


May be an image of 1 person and text that says "MAHASISWA KEADILAN Solidariti Bersama Iswardy Morni"


Solidariti untuk Iswardy Morni

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) cakna akan isu yang hangat dibualkan ketika ini iaitu tindakan yang diambil oleh pihak PDRM terhadap Saudara Iswardy Morni. Tindakan yang diambil terhadap beliau adalah atas asas pandangan dan permintaan beliau terhadap YDPA di dalam sesi langsung yang dianjurkan.

Perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan MPP Mahsiswa Keadilan terhadap reman yg dikenakan kepada beliau di bawah Akta Hasutan 1948. Umum mengetahui bahawa akta ini secara harfiahnya bersifat menekan. Disebabkan itu, akta ini boleh digunakan oleh sesiapa yang berkuasa untuk menidakkan perbezaan pandangan yang dilontarkan kepada pemerintah. Mesej yang cuba disampaikan beliau jelas iaitu suara derita dan ketidakpuasan hati rakyat di atas kegagalan negara pada ketika ini dalam menangani isu Pandemik COVID19 .

Oleh itu, tindakan yang di ambil oleh pihak PDRM terhadap beliau adalah tidak wajar. Hal ini kerana, Malaysia menjunjung penuh ruang kebebasan bersuara rakyat bagi memberi pandangan demi kebaikan bersama.

Majlis Pimpinan Pusat

Mahasiswa Keadilan Malaysia

30 Mei 2021

 

Cahaya hijau dilihat dekat Gunung Merapi



0:27 / 0:41




AMAN SHAH II

Cahaya hijau yang dirakam berdekatan Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan dengan fenomena hujan meteor, lapor laman berita Liputan 6.

Hal itu dimaklumkan oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) menerusi kenyataan salah seorang penyelidiknya, Andi Pangerang.

“Kami berpendapat kilatan cahaya kehijauan yang muncul dekat Gunung Merapi mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian hujan meteor,” jelas Andi.

Foto tentang penampakan cahaya hijau dekat Gunung Merapi itu sebelum ini dimuat naik menerusi akaun instagram @Gunarto_Song.

Fenomena itu turut disahkan menerusi rakaman kamera televisyen tertutup (CCTV) dari Merapi dan Pos Kalitengah Kidul.

Jelas Andi, berdasarkan data dari Organisasi Meteor Antarabangsa (IMO) bagi Mei 2021, terdapat sekurang-kurangnya dua hujan meteor aktif ketika apabila cahaya itu dirakam oleh kamera pada Khamis lalu.

Hujan meteor Eta Aquarid itu aktif antara 19 April hingga 28 Mei lalu manakala hujan meteor Arietid aktif pada 14 Mei hingga 24 Jun depan.

Hujan meteor merupakan gugusan meteor yang jatuh dan melalui permukaan Bumi yang luas.

Ia akan kelihatan sama seperti titisan air hujan yang turun dari awan.

“Hujan meteor merupakan peristiwa astronomi yang biasa dan tiada kaitan dengan gerhana bulan penuh yang berlaku pada Rabu lepas,” kata Andi.

Tambahnya lagi, warna hujan meteor itu bergantung kepada elemen yang mendominasinya.

“Warna hijau kebiru-biruan datang dari magnesium. Jika kalsium pula, warnanya adalah ungu manakala nikel pula memiliki warna hijau yang bersinar,”.

BUAT KERJA TAK PAYAH BERKOKOK KUAT..USTAZ EBIET LIEW TAK PAYAH SURUH ANAK JADI PENGERUSI KUTIP DUIT PUN BAWA 2 TRAK UBAT ...NI SEMBANG DERAS...HABUK PUN TARAK...POOOODAH...

 

Ust Ebit Liew berjaya ke masuk Gaza , serah dua treler ubat dan keperluan asas



Terkini!!! Ust Ebit Liew berjaya ke masuk Gaza , serah dua treler ubat dan keperluan asas

Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesyukuran Ebit Lew apabila usahanya untuk menyalur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pendakwah dan dermawan terkenal itu yang berjaya memasuki Gaza hari ini mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usai mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.

Menurut Ebit, bantuan berupa barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan pada Sabtu.

“Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini.

“Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua,” kata Ebit yang berkongsi jejak perjalanannya ke bumi Palestin dengan Astro AWANI menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

Ebit yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia

Berita Penuh:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-liew-masuk-gaza-hari-ini-serah-dua-treler-ubat-dan-keperluan-asas-kepada-rakyat-palestin-30045

PN Gagal Sekarang bukan lagi kerana rakyat tidak bersiplin, tapi kerajaa...