Panas! Aktivis alam sekitar kecam Menteri PAS

 


Panas! Aktivis alam sekitar kecam Menteri PAS


Seorang aktivis alam sekitar dan Ahli Parlimen mengecam kenyataan menteri alam sekitar dan air yang disifatkan sebagai lemah dalam menjelaskan pengecualian Malaysia daripada Sidang Kemuncak Pemimpin mengenai perubahan iklim di Amerika Syarikat, akhir bulan ini.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Andrew Sebastian, yang merupakan ketua eksekutif Persatuan Ekopelancongan dan Pemuliharaan Malaysia, berkata Tuan Ibrahim Tuan Man perlu menjelaskan apakah yang dikatakannya bahawa Malaysia “bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara”.

Wong bertanya sama ada menteri berkenaan membuat andaian sendiri atau memetik penjelasan bertulis yang diberikan oleh kerajaan AS kepada Putrajaya.

Beliau berkata sebahagian kenyataan Tuan Ibrahim tidak tepat kerana Malaysia seperti negara lain juga, pastinya berisiko terkesan akibat perubahan iklim.

Wong juga menegaskan negara ini memiliki wilayah pesisir yang luas, yang terdedah kepada kenaikan suhu dan permukaan dasar laut.

“Ada juga masalah mengenai industri minyak sawit lestari negara dan kita mempunyai sektor tenaga yang masih terlalu bergantung kepada loji tenaga arang batu,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Tuan Ibrahim berkata Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di AS pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

Katanya, Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80% gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

Katanya, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand juga tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.

Mengulas lanjut, Wong berkata, Malaysia masih memiliki jalan untuk mencapai sasaran yang digariskan dalam Perjanjian Paris, yang bertujuan mengatasi pemanasan global hingga di bawah dua darjah Celsius.

“Menteri perlu melihat perkara ini dengan serius dan membuat persiapan terhadap perubahan iklim.”

Sebastian pula berkata beliau, terkejut dengan kenyataan Tuan Ibrahim itu, terutama apabila Malaysia dianggap sebagai “antara negara megadiverse dunia”.

“Terumbu karang, pulau-pulau, hutan bakau kita sangat terpengaruh dengan perubahan iklim,” katanya.

“Sangat mengejutkan apabila melihat komen seperti itu daripada menteri. Saya rasa kita perlu mendapatkan penjelasan mengenai apakah sebenarnya maksud beliau.”

Katanya, pengecualian Malaysia daripada sidang kemuncak itu menunjukkan kerajaan perlu lebih serius melindungi negara daripada kemusnahan alam sekitar.

Sidang kemuncak itu, yang akan dihoskan oleh Presiden AS Joe Biden, akan berlangsung dalam talian pada 22 dan 23 April dan menampilkan pemimpin dunia dari 40 negara.

Bulan lalu, Rumah Putih berkata, jemputan itu termasuk negara yang bertanggungjawab ke atas sekurang-kurangnya 80% pelepasan GHG global dan produk domestik kasar global.

Kenyataan itu juga menjelaskan sidang kemuncak itu turut menampilkan ketua negara yang menunjukkan kepimpinan terbaik dalam perubahan iklim, terutama yang terdedah dengan kesan itu atau meneraju usaha inovatif ke arah ekonomi bersih-sifar.

Ia menambah bahawa sidang kemuncak itu juga akan menampilkan “ketua negara lain yang menunjukkan kepemimpinan iklim yang kuat, sangat rentan terhadap dampak iklim atau memetakan jalur inovatif menuju ekonomi sifar bersih”.







Vaksin AstraZeneca: Pembekuan darah kesan sampingan sangat jarang berlaku - EMA

Astro Awani

Vaksin AstraZeneca: Pembekuan darah kesan sampingan sangat jarang berlaku - EMA
EMA menggambarkan masalah pembekuan darah sebagai kesan sampingan yang 'sangat jarang' berlaku. - Foto REUTERS
AMSTERDAM: Pengawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) mengesahkan menemui 'kemungkinan hubung kait antara vaksin AstraZeneca dan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku.
Bagaimanapun Agensi Ubatan Eropah (EMA) menolak untuk mengenakan sebarang had usia dengan menyatakan manfaat daripada suntikan AstraZeneca masih melebihi risiko.
EMA menggambarkan masalah pembekuan darah sebagai kesan sampingan yang 'sangat jarang' berlaku

Jelasnya, kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku pada wanita berusia di bawah 60 tahun dalam dua minggu selepas diberi suntikan vaksin AstraZeneca.
Namun berdasarkan bukti setakat ini, EMA masih tidak dapat mengenal pasti faktor risiko tertentu.
Pakar mengkaji puluhan kes yang diterima terutama dari Eropah dan UK di mana sekitar 25 juta invididu telah menerima vaksin AstraZeneca.
Pengarah Agensi Ubatan Eropah (EMA), Emer Cooke menyatakan hasil pemantauan dan penilainan menunjukkan bahawa sistem 'pharmacovigilance' berfungsi.
"Kes ini jelas menunjukkan salah satu cabaran yang timbul susulan kempen vaksinasi berskala besar.
"Keadaan ini sangat jarang terjadi dan tidak dikenal pasti semasa ujian klinikal.
"Kes ini juga menunjukkan kepada kita bahawa sistem 'pharmacovigilance' kita berfungsi. Kejadian sangat jarang dan tidak biasa ini telah diambil, dikenal pasti, dianalisis dan telah membenarkan kami untuk mendapatkan cadangan berasaskan sains untuk membenarkan penggunaan vaksin ini dengan selamat dan berkesan," katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, Agensi Ubat-ubatan Eropah tidak memberikan sekatan baharu untuk menggunakan vaksin AstraZeneca ke atas individu berusia 18 tahun ke atas.
Ketua Analisis Data dan Metodologi EMA, Peter Arlett berkata, bagaimana vaksin digunakan oleh negara anggota yang berbeza sudah tentu akan mempengaruhi ketersediaan vaksin.
EMA, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan banyak pihak berkuasa kesihatan lain telah berulang kali menyatakan bahawa vaksin AstraZeneca selamat dan berkesan.
Ini kerana perlindungan yang ditawarkannya terhadap COVID-19 mengatasi risiko pembekuan darah yang jarang berlaku.

AUDIO ANWAR – ZAHID, TAKTIK BASI PECAHKAN PH


JIKA DARURAT BERAKHIR, PARLIMEN BUBAR

 

ANNUAR MUSA YAKIN

 

Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen

Umavathi Ramayah
Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen
Annuar Musa berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak semalam adalah asli.
Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid dan Anwar.
"Saya cuba mendengar malam tadi beberapa kali dan sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua individu, pengecaman suara bukanlah menjadi sesuatu perkara rumit.
"Suara orang lain berlakon dengan suara sebenar saya boleh cam, terus-terang saya katanya setakat pengecaman setelah dengar lebih 10 kali, saya yakin 100 peratus itu adalah suara tulen, bukan orang buat-buat," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di sini, pada Khamis.
Saya yakin rakaman audio itu tulen - Annuar Musa


Projek PR1MA PD: Pembeli rugi, menteri sekali lagi anjak tarikh siap?

 




Projek pembinaan rumah PR1MA di Port Dickson sekali lagi mendapat perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin kelmarin berkata, pemaju akan menyiapkan pembinaan pada September 2021.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir mempersoalkan tarikh baharu tersebut kerana sebelum ini pihak pemaju telah berjanji untuk menyiapkannya pada 31 Mei 2021.

"Respon yang diberikan mungkin merujuk kepada pertemuan saya bersama kumpulan pembeli yang mewakili 659 orang pembeli PR1MA Port Dickson pada hujung minggu lalu, setelah saya bangkitkan permasalahan yang dihadapi pembeli PR1MA Tebrau dan PR1MA Melaka Tengah 2.

"Namun, kenyataan terbaru Zuraida bercanggah dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak PR1MA iaitu 31 Mei 2021.

"Adakah tarikh siap akan dianjakkan sekali lagi selepas beberapa kali ditukar sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri KPKT?" tanya Akmal dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, para pembeli tidak dapat dihindari daripada mencurigai janji terbaharu Zuraida dan terdapat juga yang menganggap hal itu hanya janji palsu kerana ketika pertemuan menteri bersama pembeli PR1MA Port Dickson pada 8 Januari 2021, beliau turut menyatakan bahawa kerja-kerja pembinaan yang telah terhenti sekian lama sejak sebelum wabak Covid-19 akan disambung pada 22 Januari 2021, dengan seramai 300 orang pekerja.

Bagaimanapun, kata Akmal, semakan yang dibuat pada tapak projek pada 4 April 2021 membuktikan janji menteri meleset sama sekali dan tiada tanda-tanda kerja pembinaan dijalankan

"Sekiranya pemaju yang dibatalkan projek-projek PR1MA lain boleh diberi pampasan secara keseluruhan RM172 juta, menteri sepatutnya turut bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung oleh pembeli sepanjang tempoh perberhentian kerja-kerja di tapak pembinaan.

"Saya juga mengulangi gesaan agar menteri berlaku jujur dan terbuka dengan menyenaraikan setiap projek PR1MA dengan tarikh asal siap, senarai projek yang dipinda tarikh siap, senarai projek lewat dan terbengkalai serta kerugian yang ditanggung oleh setiap pembeli akibat kegagalan projek-projek PR1MA siap mengikut jadual asal," katanya lagi.

 

Nurul Izzah hargai ahli-ahli yang terus setia dengan KEADILAN

 



Nurul Izzah Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua ahli KEADILAN yang masih setia dengan parti.

Ketika bercakap pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang KEADILAN Permatang Pauh, beliau menyifatkan kesetiaan tersebut amat bernilai walaupun ramai ahli bertindak keluar daripada parti.

Justeru, beliau menghargai kesetiaan yang ditunjukkan pimpinan cabang, anggota parti termasuk pimpinan Wanita dan Srikandi KEADILAN, Angkatan Muda KEADILAN serta para otai reformis.

"Saya menzahirkan penghargaan di atas kesetiaan dan dokongan mereka dikala parti ini diuji dengan seribu satu pengkhianatan.

"Dalam usaha melaksanakan agenda reformasi, pastinya perjuangan ini bukan mudah. Kita mungkin berhadapan dengan pelbagai rintangan," katanya.

Di sebalik dugaan tersebut, Nurul Izzah berharap semua ahli dan pucuk pimpinan parti dapat terus menggerakkan perjuangan parti yang masih belum selesai.

"Saya mengingatkan agar kesemua anggota dan pimpinan supaya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, memperkasa reformasi dan memaknai demokrasi sebagai cabang barisan hadapan yang menjadi simbol ‘Deklarasi Permatang Pauh’," katanya.

 

Anwar nafi audio: Pimpinan PN gundah gulana cipta tipu helah

 


POSTED BY AMIR WRLR


Audio perbualan kononnya di antara Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular dalam kalangan pimpinan dan ahli Umno bukan sahaja palsu malah taktik basi untuk menimbulkan kecurigaan dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Anwar sebaliknya berkata, taktik seperti itu tidak akan mampu menggugat perpaduan dalam PH.

"Ini nak gunakan kita, nak lawan politik dalam Umno. Nak gunakan kononnya perbualan saya dengan Datuk Seri Zahid untuk politik Bersatu nak menikam pimpinan Umno.

"Ini bukan kerja saya. Sebab itu saya juga arah pegawai saya buat laporan polis, biar siasat siapa yang punca ini.

"Tapi ada suara macam saya. Saya tak peduli. Nyata ada usaha untuk memfitnah, merekayasa dengan lebih canggih supaya dengan KEADILAN orang tanya (persoal), DAP atau Amanah akan persoal. Nasib baik kita ini (dalam PH) rakan setia dan tidak mudah tergugat dengan fitnah macam ini," katanya dalam ceramah pelancaran Majlis Perasmian dan Pelancaran Bilik Gerakan Utama KEADILAN Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Menurut Pengerusi PH itu lagi, taktik tersebut sebenarnya mendedahkan betapa gundah gulananya rejim PN untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi melemahkan lawan politik.

"Zahid pagi tadi menafikan keras. Saya malam ini ingin menyatakan, bukan sahaja penafian, tetapi ternyata ia ini menunjukkan betapa gundah gulananya pimpinan negara ini mencari apa sahaja tipu helah.

"Dia dah ugut, beli orang, tak makan. Maka dia sebarkan fitnah. Bukan taktik baru, taktik lama. Kita harus matang dalam hal ini. Saya percaya kita hadapi dengan berani dan nyatakan ini tidak akan menggugat usaha kita untuk mencabar mereka dan mendedahkan penipuan serta rasuah dan penyelewengan dan ketakutan mereka menghadapi rakyat," katanya lagi.

Semalam tular dalam kalangan pimpinan dan penyokong Umno kononnya audio perbualan antara Zahid dan Anwar mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) lebih seminggu lalu.

Dalam audio itu terdapat suara kononnya Anwar memuji Zahid dalam menekan PN melalui PAU. Bagaimanapun pendedahan audio seperti itu dikritik netizen yang menganggap ia hanya akan menyebabkan orang luar kurang percaya kepada sekuriti data pengguna di Malaysia.

 

SIAPA PENCIPTA AUDIO ZAHID-ANWAR DAN DALANG PENYEBARANNYA?

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎برساتو ملايو کبغساءن فرتوبوهن PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) Pundetarar PRESIDEN KENYATAAN MEDIA Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Sert Anwar brahim Saya menafikan sekeras kerasnya mengenai adanya perbual dalam audio rakaman tersebut, malah ditegaskan tiada antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agu PANAS!! DALANG AUDIO ZAHID-ANWAR ANWAR TELAH DIKENALPASTI‎"‎‎



OLEH MD ZAIFUL GROUP SAHABAT ANWAR


PENCIPTA

Audio ini dicipta JKOM dengan bantuan team Annuar Musa iaitu Tun Faisal . Skrip oleh Tun Faisal dan Papagomo dan proses rakaman suara oleh JKOM.

Grafik video oleh Rio Rashid anak buah Tun Faisal yang amat marah bila Tun Faisal digantung.

PENYEBARAN

Tun Faisal adalah orang pertama jam 11.53 malam Selasa 6 April 2021. Kemudian Papa Gomo melalui fb Papa Azri. Kemudian Fadil Pegawai Khas Annuar Musa @ Fa Dhey mulai menulis di fb jam 12 malam. Paling awal.

SEBAB SERANGAN

Bagi alih perhatian Najib Razak dikenakan Bankrap atas denda RM 1.7 Billion. Dan tutup isu Fakhry anak PM terima ratusan juta duit 1MDB.

Pada pemahaman Tun Faisal dan Papa Gomo atau Kluster Semburit adalah Rakyat Malaysia mudah ditipu dengan berita palsu maka ramai akan percaya rakaman audio itu.

Mesej kepada Ahli UMNO

Presiden dan MKT angkat sumpah pegang jawatan. Andai mereka langgar sumpah maka secara sendiri mereka jatuh. Salahkah tindakan MKT tidak mahu terus sokong Bersatu- Bersemburit – Berkatak ?

Jangan kita percaya fitnah dan serangan musuh. PPBM takut jika kena lawan UMNO dalam PRU15 kerana akan tamat riwayat mereka.

Mesej kepada Rakyat

Barisan Nasional sudah belajar ekoran kekalahan 9 Mei 2018 iaitu utamakan periuk nasi rakyat. Maka atas itu BN tidak boleh bersekongkol dengan PM dan polisi-polisinya yang pro anak, menantu, kroni dan kapitalis dengan abaikan keperluan rakyat.

BN tidak sempurna tapi hak rakyat keutamaan kami dan bukannya milik Adlan atau Fakry Mahiaddin.

Admin tidak bertanggungjawab dalam penyebaran tulisan yang admin kongsi dari Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Mohon nama-nama yang dipetik tampil membuat penafian demi pencerahan.

 


SOLADIRATI

 May be an image of 1 person and text that says "SOLIDARITI! Bersama YB Jimmy Puah Wee Tse, Timbalan Pengerusi Keadilan Johor Siasatan berkaitan Flashmob #Undi18 & #BukaParlimen TARIKH MASA TEMPAT :8 April 2021 (Khamis) 10:00 pagi Di Hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Larkin"

MUSUH DALAM SELIMUT MASIH RAMAI DI SELANGOR

 

PKR jangn nampak musuh di luar parti sahaja

MUSUH DLM SELIMUT MASIH RAMAI DI SELANGOR

Saya rasa ramai juga yg berharap agar DS Anwar membuat tapisan sehalus halusnya kartel2 yg masih wujud dan berkeliaran di dlm PKR terutama di negeri Selangor dan Wilayah Perseketuan. Kebimbangan kita ada dua sebab...samada MP atau DUN.

Di Selangor mereka mampu melakukan sabotaj terutama jika kerusi DUN dgn kemenangan majoriti 10-15 DUN. Ramai di kalangan kita yg tahu bukan sahaja Ketua Cabang tetapi ADUN2 di Selangor ramai berdarah kartel yg mereka tidak 'lompat si katak lompat' kerana kerusi DUN tidak mencukupi utk mengubah kerajaan negeri Selangor.

Begitulah MP2 di Wilayah Perseketuan pastikan tiada langsung kartel yg wujud di sana menjadi calon. Ia sgt bahaya utk PH khasnya. Selangor dan KL adalah lubuk kartel2 ini berkeliaran kerana mereka tahu pengundi bandar berpihak kpd PH. Dgn kuasa yg ada dan kekayaan negeri Selangor byk projek2 boleh diminta.

Dari perbualan saya dgn org2 lama parti... mereka memberitahu masih ramai kartel yg berpura pura setia bersama PKR kerana dua perkara. Arahan dari 'bos' mereka agar stay dlm PKR kerana kedudukan mereka di dlm parti dan kerajaan. Pulun selagi boleh pulun dgn kuasa yg ada. Kedua akn mensabotaj parti selepas menang atas tiket PKR... musuh dlm selimut yg akn meruntuhkan kerajaan Selangor.

Selangor sgt penting buat PKR. Runtuh kerajaan Selangor seolah olah lumpuh sebelah kaki PKR. Jagalah Selangor dari kartel2 ini... mereka ada virus perosak harapan rakyat. Kata kawan saya dlm masa 6-7 bulan ini ramai kartel male and female mengadap DS.

Tanya saya... saya yakin DS Anwar kenal mereka itu. Cuma masa yg sesuai sahaja utk Presiden kita bertindak. Sekarang bukan masa sesuai kerana kita byk perkara lebih penting utk diharungi bersama.

Credit:

Norman Radzuan

 

 


May be an image of 2 people, people standing and people sitting


SEJARAH MEMBUKTIKAN KEMPEN UTK PRU PH LAMBAT PANAS


PADA AKU INVOKE telah melakukan yang TERBAIK

utk gerakan kempen lebih awal sebelum PH. Kalau Invoke tak bergerak lebih dulu, nak harap jentera kempen PH yg lambat panas? Lambat lagi.

Sama juga dgn GERAK98 dan Ezam. Mereka melakukan yg terdaya. Ezam akhirnya memohon maaf secara terbuka kpd DSAI, Kak Wan dan famili. Selepas ini apa pula alasan HATERS Ezam utk halang dan mencemuh dia dari meneruskan usaha mempertahankan REFORMASI?

Firasat aku la...puak tu TIDAK akan berpuashati. Apa lagi nak dibelitkan demi memuaskan nafsu amarah dan rasa benci mereka?

Kalau mcmni cara fikir kita, maka agenda Reformasi akan diperjuangkan oleh segmen-segmen yg tidak bersatu padu. Hgpa agak Allah akan bg kemenangan pada kumpulan yg punya MATLAMAT REFORM YG SAMA tapi berpecah belah begini?

Aku percaya dgn apa yg bro Wfauzdin Ns kata : "Kebanyakan yang tidak suka melihat orang lain bergerak adalah mereka yg malas bergerak. Kebanyakan yang suka menuduh orang lain ada kepentingan diri, hakikatnya mereka lah yang ada kepentingan diri".

Wallahualam

- Zus Din

07 April 2021

 


SEBELUM MAHU NAMAKAN CALON PM, TONJOLKANLAH DULU SIAPA NAK TANDING PRESIDEN UMNO?

 

Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti.

Serentak dengan itu, bergentayangan juga suara-suara menggesa agar pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak ditangguhkan.

Kata mereka, dengan adanya pemilihan UMNO yang tidak ditangguhkan, maka calon Perdana Menteri akan segera dapat diketahui.

Dalam erti kata lain, semua suara itu memberi gambaran bahawa Presiden UMNO sekarang, Zahid Hamidi sama sekali tidak layak untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Pada anggapan mereka, kalau Zahid Hamidi calonnya, tiada peluang langsung untuk BN menang dan kembali berkuasa melalui PRU15.

Ia berikutan, tambah mereka, dengan 87 kes mahkamah yang sedang dihadapinya, tidak mungkin sokongan pengundi akan memihak kepada BN.

Dengan yang demikian, bagi mereka juga, pemilihan UMNO adalah satu-satu jawapannnya.


Begitu pun, sementara beberapa nama menjadi sebutan, tiada mana-mana pemimpin UMNO setakat ini yang berani tampil menonjolkan diri atau cuba hendak ditonjolkan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Dengan andaian Zahid Hamidi akan terus mempertahankan jawatannya, bermakna sesiapa juga yang berhajat untuk bertanding perlu berhadapan dengan beliau dalam pemilihan nanti.

Bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa ada membayangkan tiga nama sebagai bakal calon Perdana Menteri UMNO iaitu Ismail Sabri Yaakob, Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang membawa erti mereka terbabit perlu bertanding jawatan Presiden UMNO terlebih dahulu.

Sesiapa antara tiga nama itu yang menang sebagai Presiden UMNO, barulah mereka layak dinamakan sebagai calon Perdana Menteri.

Tetapi, ketiga-tiga pemimpin berkenaan masih lagi membisu berhubung jawatan yang bakal mereka tandingi dalam pemilihan UMNO akan datang ini, hanya Annuar saja yang tidak sabar mempromosi nama mereka lantaran kebenciannya yang mungkin tak terbendung lagi kepada Zahid Hamidi.

Khairy Jamaluddin yang paling awal bersuara agar pemilihan UMNO disegerakan tidak pula berani menyatakan sama ada beliau ingin bertanding sekali lagi atau tidak jawatan Presiden UMNO setelah tewas pada pemilihan 2018 lalu.

Sementara itu bekas menteri, Nazri Aziz menyarankan agar Zahid Hamidi berundur dan memberi laluan kepada Mohamad Hasan menerajui parti untuk menghadapi PRU15.

Namun, pendirian Mohamad Hasan juga tidak kedengaran sama ada mahu merebut jawatan Presiden UMNO atau mengekalkan kedudukan Timbalan Presiden yang disandangnya sekarang.

Bagaimanapun, melihat langkah-langkah Zahid Hamidi kini, selagi tidak dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah, tidak ternampak kemungkinan beliau akan berundur atau mengalah begitu saja.

Malah, berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah, beliau juga dipercayai akan terus mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO.

Dalam hal ini, jika benar mereka yang anti Zahid Hamidi bersungguh mahu pemimpin lain sebagai calon Perdana Menteri UMNO, apa kata dinamakan segera siapa calon yang mahu ditonjolkan untuk berlawan dengannya itu.

Adakah ia Ismail Sabri, Hishammuddin, KJ atau Mohamad Hasan?

Malah, tidak menjadi kesalahan pun sebenarnya, jika benar salah seorang atau keempat-empat pemimpin di atas membuat pengumuman rasmi untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO mulai sekarang sebagai tanda mereka benar-benar teringin hendak jadi Perdana Menteri.

Apa guna teringin jadi Perdana Menteri, tapi masih malu-malu nak umum bertanding jawatan Presiden UMNO? (Shahbudindotcom 07/04/2021)




ALAHAI...TAK CERDIK KAH INI

 

MALAYSIA TIDAK TERKESAN DENGAN PERUBAHAN IKLIM NAMPAKNYA...

Lebai MEWA bermaksud Lebai yang dah HABIS BIJAK dah tu sampai otak kosong. Tu ja nak habag.

- Zus Din

07 April 2021


May be an image of 1 person, sitting and text that says "Malaysia bukan negara terkesan impak perubahan iklim ekstrem 7.2021 12:48am BH ONLINE Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Foto failNSTP KUALA LUMPUR: Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan April kerana bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada mpak perubahan iklim yang ketara."


 

FITNAH TERBARU- ANWAR AKAN LAPOR POLIS

PUNYA BAGUIH KERAJAAN TEBUK ATAP....DENGAN SAMPAH SAMPAH ANGKUT BAWA MASUK.PELABUR LARI KELUAR...

 May be an illustration

Panas! Papagomo cabar Zahid buat report polis kalau berani

 

Panas! Papagomo cabar Zahid buat report polis kalau berani


Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno segera bermesyuarat berhubung audio yang didakwa perbualan antara Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, Presiden Umno itu perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada MT.

“Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu segera bermesyuarat bagi mendengar jawapan Datuk Seri presiden berkenaan surat sokongan dan perbualan telefon Anwar Ibrahim,” katanya di Facebook.

Selain itu Papagomo juga mencabar Ahmad Zahid agar segera membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

“Dah jam 8 malam, Datuk Seri Zahid Hamidi dah buat laporan polis atau belum berkenaan surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan laporan polis berkenaan klip suara perbualan beliau dan Anwar Ibrahim?

“Berani kerana benar, di PAU 2020 tempoh hari Datuk Seri Zahid cabar semua menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan.

“Sekarang saya cabar Datuk Seri Zahid buat laporan polis bagi mengesahkan sama ada dua yang disebutkan di atas itu sahih atau palsu,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menafikan rakaman audio berkenaan dan mengarahkan agar laporan polis dibuat oleh pegawainya.

 

Ini selepas tersebar rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dan Anwar berlegar di dalam talian.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of thing ini,” katanya.

Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, kedua-dua suara berkenaan kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu.

PAU antara lain memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu serta memberi mandat kepada presiden dan MT Umno untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Malaysiakini tidak dapat memastikan ketulenan rakaman audio berkenaan.

Sementara itu, Papagomo menerusi Facebooknya turut menyiarkan warkah yang ditulis Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di mana anggota parlimen Port Dickson itu mendakwa memperoleh sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Selain itu dia juga menyiarkan surat yang didakwa ditulis oleh Ahmad Zahid terhadap Seri Paduka Baginda bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Untuk rekod, jurucakap Zahid sebelum ini menafikan kewujudan surat berkenaan.

“Pihak Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu bertindak.

“Sokongan kepada Anwar Ibrahim ini telah membelakangkan MKT dan ahli Umno seluruh negara.

“Umno perlu diselamatkan dari hancur dek kerakusan kuasa tembolok individu tertentu. Jika tak benar mohon Presiden Umno Datuk Seri Zahid buat laporan polis agar polis menyiasat kebenarannya,” kata Papagomo.