ANWAR YANG DIBANGGAKAN

 


May be an image of 1 person


Tidak guna ada "numbers" sejuta pun kalau tidak boleh tembus gerbang kayangan.

Syukur, Alhamdulillah, dia sebagai pemimpin dah laksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk ikhtiar kembalikan mandat rakyat yang dirompak. Atas usaha dan kemampuannya dia telah berjaya, cuma tak diberi ruang untuk membuktikannya. Ada SD, tapi tak boleh lintas pintu gerbang. Ada parlimen, pintu Parlimen dah kena kunci. Setakat itu saja dia boleh lakukan dan dia tak pernah diajar untuk menderhaka. Dia juga tidak mahu kita menderhaka.

Kita patut bangga ada pemimpin sepertinya. Dia lakukan apa yg dia cakap. Dia berani bercakap bila dia benar. Yakinlah, orang yang benar dan bersabar itu pasti akan menang jua.

WFAUZDIN NS

 

HANG NAK SEDIH BUAT PA..P CELAPAK MASUK BERSATU..HILANG LA

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian Khamis 01 April 2021 cari Annuar sedih UMNO tidak seperti Bersatu, Pas MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS 2021 31 Mac Annuar Musa A+ SHAH ALAM Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedih dan pilu apabila Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperbaharui iltizam untuk terus bekerjasama namun partinya sendiri, UMNO mengambil tindakan sebaliknya."

YEEEEE HAAAA...LEBAI MARANG DAH KELUAR FATWA....

 May be an image of 2 people, people sitting and text that says "i Malaysiakini (BM Version) Hadi: Pihak bantah kerjasama PAS-Umno 'macam Yahudi'"

BILA MENTERI AGAMA PENTINGKAN DIRI DAN PENAKUT BILA BUAT SALAH

 

AHMAD SHAHRIL SHAHRIL

Inilah yang di katakan terlajak perahu tak sempat nak buat u turn delete terus...pak menteri pun delete 404 jugok....nampok tak kesannya bila berkawan dengan walaun.


May be an image of 1 person and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Enggan dikaitkan melanggar SOP, Menteri Agama bertindak padamkan gambar majlis Neelofa March 29, 9,2021 5:10 pm"


Lindungi pekerja gig, mantapkan Akta Persaingan Ekonomi 2010 elak monopoli

 



POSTED BY AMIR WRLR


Perkembangan baharu Revolusi Industri 4.0 yang menjalar ke Malaysia yang telah mewujudkan beberapa bidang pekerjaan baharu menggunakan platform perkhidmatan atas talian seperti Grab dan sebagainya memerlukan Akta Persaingan Ekonomi 2010 dimantap dan diperkasakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, perkembangan ekonomi gig yang dilihat sebagai model baru ekonomi perlu dipantau kerajaan secara dekat bagi memastikan ianya berjalan secara sihat dan tidak mengheret persekitaran ekonomi negara ke arah amalan monopoli.

Katanya, beliau menyambut baik pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen sewaktu forum webinar dengan topik “Policy Monday: Labour Market Trends – Gig Economy” baru-baru ini yang meluahkan kerisauan mereka terhadap situasi semasa yang dilihat berpotensi membuka ruang monopoli kepada sesetengah pihak dengan merujuk kepada platform seperti Grab.

"Ekonomi gig secara tidak langsung menyuburkan sistem ekonomi secara kapitalisme dan membuka ruang sepenuhnya kepada pihak-pihak pemodal untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka tanpa diganggu oleh kerajaan.

"Tidak dinafikan syarikat-syarikat yang dimaksudkan ini mempunyai kelebihan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang sebagai penggerak pertama, namun ianya masih tidak boleh lari daripada risiko berlakunya amalan monopoli yang tidak terkawal dan berpotensi menjadi krisis yang besar di masa hadapan.

"Oleh sebab itu, kerajaan wajar melaksanakan kajian susulan terhadap Akta Persaingan 2010 bagi memastikan tiada kelompongan yang boleh dimanipulasi oleh pemain industri untuk tujuan monopoli dalam perniagaan," kata Akmal dalam satu kenyataan.

Selain itu, kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, kerajaan juga perlu memastikan industri gig ini mampu memberi perlindungan sebaiknya kepada pekerja-pekerja yang terlibat.

"Buat masa ini, pekerja ekonomi gig perlu mendaftar sendiri di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan menurut data yang diperoleh setakat Ogos 2020, jumlah yang berdaftar dengan PERKESO hanyalah sekitar 7 peratus daripada 400,000 individu yang terlibat dalam ekonomi gig di Malaysia.

"Oleh itu kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam hal ini kerana pekerja ekonomi gig juga turut terdedah dengan risiko kemalangan yang tinggi," katanya.

Justeru, Akmal berharap kerajaan menggerakkan usaha mengekang risiko amalan monopoli dengan mengkaji undang-undang sedia ada serta memperkemas inisiatif semasa bagi melindungi pekerja ekonomi gig yang perlu diletakkan sebagai sebahagian daripada keutamaan kerajaan untuk disegerakan.



Tugas utama PH menyedarkan rakyat melawan kebobrokan - Anwar

 


POSTED BY AMIR WRLR


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tugas utama Pakatan Harapan (PH) adalah menyedarkan rakyat untuk melawan kebobrokan pemerintahan yang ada dan menggantikan kepada yang lebih baik dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika melawat galeri Theater Impian sempena ulang tahun ke 80 tahun tokoh karismatik DAP, Lim Kit Siang.

"Kalau kita lihat ini impian beliau. Saya katakan bahawa Kit Sing, saya dan rakan dalam KEADILAN, DAP terutamanya, kita harus menumpukan perhatian mempersiapkan jentera untuk membawa idea bernas dalam kalangan rakyat.

"Dan medan pertempuran itu adalah pilihan raya. Inilah yang menjadi fokus PH. Saya masih menanggap tugas utama kita ialah menyedarkan rakyat dan mengajak rakyat bersama memikul tanggungjawab menyelamatkan negara dari kebobrokan yang ada.

"Kalau yang melihat lukisan ini (dipamerkan dalam galeri). Ramai dari kalangan pelukis muda sangat menyentuh perasaan, melihat tokoh (Kit Siang) yang terpaksa mengharungi derita sekian lama.

"Saya rasa kita manfaatkan untuk ke depan. Ke depan itu ialah untuk menjadikan idealime ini kukuh dan mantap, kita terjemahkan dalam undi rakyat untuk PRU akan datang," katanya dalam sidang media ringkas, semalam.

Mengulas mengenai hubungan beliau dengan Lim Kit Siang yang berlaku sejak zaman aktivisme Abim, Anwar berkata rakan lamanya itu amat konsisten dalam perjuangan rakyat dan sukar untuk menemukan tokoh sedemikian dalam politik Malaysia.

"Saya sebagai sahabat rapat dengan Kit Siang tentunya mempunyai pandangan positif terhadap beliau.

"Beliau tokoh yang sangat konsisten. Politik ini perlu mencari tokoh politik yang ada idea dan konsisten mempertahanknya menghadapi pelbagai liku ranjau perjuangan. Itu tidak mudah. Oleh itu apa pun sikap kita terhadap Kit Siang, tidak dinafikan tokoh ini antara negarawan yang banyak menyumbang kepada kesedaran rakyat.

"Sejarah selalunya dilakar oleh penguasa. Penulisan sejarah, sejarah Tanah Melayu sejarah Malaysia, tokoh kerajaan, raja dan Perdana Menteri.

"Tetapi yang harus dilakar ialah sejarah kebangkitan rakyat, dan di sini kita lihat bagaimana tokoh yang mengabdikan diri kepada perjuangan rakyat, dapat dikenal," katanya lagi.

Theater Impian yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur mempamerkan 100 karya lukisan 80 pelukis tempatan mendokumentasikan perjalanan, pertempuran politik, impian dan perjuangan Lim Kit Siang sepanjang 55 tahun penglibatan beliau dalam politik.

Galeri itu diwujudkan sempena ulang tahun Lim Kit Siang ke 80 tahun.



Kepincangan lebih besar guna Ordinan Darurat lulus belanjawan tambahan

 




POSTED BY AMIR WRLR

Cubaan menggunakan Ordinan Darurat untuk meluluskan belanjawan tambahan sebagaimana sedang diusahakan kerajaan Perkatan Nasional (PN) akan mendedahkan negara ke dalam kepincangan yang lebih besar.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ordinan baharu yang diumumkan semalam dan mengkesamping kuasa Parlimen meluluskan perbelanjaan tambahan, hanya akan merosakkan keseimbangan kewangan negara serta menjauhkan pelabur dari Malaysia.

"Pengumuman pengenalan Ordinan baru membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan tambahan tanpa pertanggungjawaban kepada Parlimen seperti yang dikehendaki oleh Perlembagaan, mendedahkan Eksekutif kepada kepincangan yang besar.

"Ini terutama ketika data-data terkini mengenai kedudukan hutang, hasil dan pelaburan masuk dalam situasi pandemik Covid-19 tidak begitu jelas.

"Darurat tidak harus dijadikan alasan untuk mengelak pertanggungjawaban Eksekutif kepada badan Legislatif dan rakyat secara umumnya.

"Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab boleh dan mesti proaktif untuk menyalurkan maklumat serta menyediakan ruang dan cara supaya Legislatif boleh berfungsi seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amin lagi, peringatan oleh pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pertama, Friedrich Augustus von Hayek bahawa darurat atau kecemasan selalu menjadi alasan untuk menghakis perlindungan terhadap kebebasan individu telah semakin nyata dalam situasi terbaharu di Malaysia.

"Kenyataan ini kelihatan semakin tepat apabila pentadbiran PN pada hari ini terus memprorog Parlimen tanpa alasan kukuh ketika pelbagai sektor ekonomi telah dibuka hampir sepenuhnya," katanya.

Beliau memberi amaran bahawa ungkapan Perdana Menteri (PM) selepas bertemu dengan beberapa Menteri daripada Umno bahawa 'Kabinet akan berfungsi seperti biasa' perlulah diamalkan secara sejalan dengan hukum.

Katanya, PM harus sedar bahawa tanggungjawab Kabinet ialah kepada Parlimen, sebagaimana ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia




Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa tingkatkan sokongan kempen tamat darurat

 



POSTED BY AMIR WRLR


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan warta kerajaan di bawah Ordinan Darurat bahawa peruntukan kewangan tambahan boleh diperolehi tanpa melalui proses Parlimen sewajarnya menyedarkan rakyat untuk mendesak darurat ditamatkan segera.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, rakyat seharusnya menyokong kempen pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghentikan pemerintahan darurat yang semakin tersasar daripada tujuan asal melawan pandemik Covid 19

"Nak luluskan bajet tambahan tanpa dibawa ke Parlimen? Sebarang perancangan untuk membelanjakan duit rakyat perlu diteliti, dibahas dan diluluskan di Parlimen.

"Sokong kempen TamatDarurat dan kembalikan kuasa rakyat," katanya dalam cacatan di Facebook.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN tersebut menyeru agar rakyat menandatangani petisyen secara atas talian di https://tamatdarurat.com/tandatangan

Semalam, kerajaan mengguna kuasa darurat untuk mewartakan ordinan baharu, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021

Ordinan Darurat juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946. Dengan itu kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan telah diketepikan.

 

NEGARA KINI DALAM BAHAYA, RAKYAT MESTI BANGUN BERSUARA

 


Satu undang-undang yang membenarkan Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif sepanjang penguatkuasaan darurat, telah diluluskan.

Ini bermakna, Perbendaharaan Malaysia, Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat atau melalui Parlimen.

Perkara ini digariskan dalam ordinan yang dikeluarkan semalam.

Ia memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Ordinan baru ini juga menggantung Perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.

Parlimen dan semua sidang DUN telah digantung sejak 11 Januari lalu menerusi proklamasi darurat.

Sepanjang tempoh itu, cabang eksekutif boleh meluluskan undang-undang baru dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui legislatif atau Parlimen.


Dalam reaksi berkenaan perkara tersebut, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, tidak ada alasan untuk meluluskan peraturan darurat baru yang membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan perbelanjaan tambahan tanpa pemeriksaan parlimen.

“Saya merasakan ia cukup tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.

“Reputasi negara sangat memprihatinkan saat ini dan undang-undang baru ini pasti akan terus menghakis keyakinan rakyat.

“Saya sekali lagi menggesa agar Parlimen mesti dibuka dan Ahli-Ahli Parlimen wajar dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelak demokrasi negara ini terus diinjak,” katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya, tegas Anwar lagi, tidak ada sebarang sebab yang munasabah untuk pemerintah ini bertindak sebegini.

“Belanjawan 2021 telah diluluskan kurang dari empat bulan dulu yang telah memperuntukkan dana yang cukup bagi menghadapi Covid-19.

“Sebarang dana tambahan seharusnya diluluskan oleh Parlimen dan saya menentang langkah terbaru kerajaan ini,” tegas Anwar lagi.

Yang nyata, tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang yang membolehkannya berbelanja sesuka hati tanpa ketika darurat dan tanpa kelulusan Parlimen, semakin menyerlahkan tujuan darurat diperkenalkan.

Hujah dan alasan konon darurat diperlukan untuk kerajaan memerangi Covid19 dengan lebih berkesan kian terserlah autanya.

Selain sebelum ini ramai mentafsirnya berikutan Muhyiddin Yassin dalam keadaan darurat kerana semakin hilang sokongan Ahli-Ahli Parlimen, kini ia bertambah buruk dengan kerajaan boleh pula berbelanja menggunakan wang kerajaan sesuka hati.

Berbelanja wang sendiri sesuka hati pun sudah dikira merbahaya, apatah lagi jika wang tersebut adalah milik negara atau bukan kita yang punya.

Lebih daripada itu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pula hanyalah seorang Senator atau Ahli Dewan Negara dan bukan Ahli Parlimen yang dipilih melalui undi rakyat.

Dengan itu, apa jadi akhirnya kepada wang negara ini dan apa guna Parlimen dalam sistem demokrasi yang menjadi amalan negara?

Sebagai rakyat yang membayar cukai, kita seharusnya berasa bimbang dan cemas dengan tingkah laku kerajaan PN yang tiada keabsahan ini, kemudian diikuti dengan kecenderungan mahu berbelanja wang negara dengan sesuka hati.

Ayuh kita rakyat semua bangun bersuara dan tanamkan tekad dalam hati untuk tidak membiarkan kerajaan PN ini berkuasa lebih lama lagi.

Jika tidak, kita dan anak-anak cucu kita pasti sengsara dibuatnya. 


(Shahbudindotcom 01/04/2021)










Panas! Khairy sindir Najib, dulu pun tangguh pemilihan parti namun BN masih kalah

 


Panas! Khairy sindir Najib, dulu pun tangguh pemilihan parti namun BN masih kalah

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sinis menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa UMNO akan melemah sekiranya parti itu mengadakan pemilihan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Khairy yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO mengingatkan Najib bahawa keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri berkenaan sebelum ini untuk menangguhkan pemilihan parti pada tahun 2018 bagi memberi jalan kepada PRU14 tidak sama sekali membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang.

“Cadangan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib dan saya hanya mahu menjawab. UMNO menangguhkan pemilihan parti pada 2018 kerana PRU14. Namun kita (BN) masih kalah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu.

Pada Selasa, Khairy menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya mengadakan pemilihan parti sebelum PRU15 bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.

Susulan daripada itu, Najib dilaporkan berkata, langkah mengadakan pemilihan sebelum PRU15 akan membawa keretakan dan memecah-belah parti selain memberi peluang untuk parti lain ‘mencuri’ calon yang kalah.






Muafakat Nasional hanya tinggal UMNO dan BN saja, PAS tak lagi memperkasa MN

 


Muafakat Nasional hanya tinggal UMNO dan BN saja, PAS tak lagi memperkasa MN


Ikrar PAS dan Bersatu untuk mengukuhkan kerjasama dua parti itu dalam Perikatan Nasional (PN), jelas menunjukkan PAS tidak lagi memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, kata Ketua Umno Bahagian Johor Bahru Shahrir Samad.

Oleh itu, kata veteran Umno itu, di parlimen Johor Bahru dan dua DUN-nya, iaitu Larkin dan Stulang, BN akan berdepan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

“PAS bersama PN menolak sebarang percubaan menggugat kerajaan PN! PAS tidak lagi memperkasakan MN yang kini menjadi milik Umno dan BN sahaja.

“Kenyataan terbaru secara bersama PN dan PAS mempertahankan kerajaan PN meletakkan ahli-ahli parlimen BN yang berada dalam kerajaan PN dalam kedudukan yang janggal.

“Sudah tidak perlu untuk mereka menunggu sehingga parlimen dibubarkan.

“Bila sudah terang, tidak perlu lagi untuk bersuluh!” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Perhimpunan agung Umno beberapa hari lalu memutuskan bahawa Umno harus keluar daripada kerajaan PN, tetapi menyerahkan kepada presidennya Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan garis masanya.

Ia turut membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, tetapi masih berharap rundingan dapat dilakukan bersama PAS – yang kini semakin cenderung ke arah Bersatu.

Zahid Hamidi

 

Terdahulu hari ini, PAS dan Bersatu mengeluarkan kenyataan bersama, bahawa keduua-dua parti itu akan mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU-15.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berjanji bahawa PRU-15 akan diadakan setelah ancaman Covid-19 reda.

Mereka turut bertegas menolak sebarang bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya, namun terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung hasrat memperkukuh penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk.

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz, bagaimanapun menyifatkaan kenyataan bersama PAS-Bersatu itu tidak lebih sekadar “window dressing” (muslihat untuk beri gambaran salah).

Nazri Abdul Aziz

 

Katanya, di sebalik kenyataan pemimpin tertinggi PAS, akar umbi PAS sebenarnya tetap memilih kerjasama dengan Umno melalui MN.

Untuk rekod, MN merupakan kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno susulan kekalahan Umno-BN dalam PRU-14. Sebelum itu, kedua-dua parti itu terkenal sebagai musuh politik.

PN didaftarkan sebagai satu gabungan politik, terdiri daripada Bersatu, PAS dan beberapa parti lain, serta disokong oleh Umno-BN. Ia terbentuk selepas kejatuhan kerajaan PH susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu. 




SEMBILAN MENTERI UMNO BERSAMA MUHYIDDIN ?

 


 SPEKULASI




MSO 


WALAUPUN perhimpunan agung Umno (PAU) telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan, namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan menteri dan lima timbalan menteri.

Sembilan menteri itu ialah, Annuar Musa, Noraini Ahmad, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ismail Sabri Yakob, Shamsul Anuar Nasarah, Halimah Mohamad Sadiqe , Hishammuddin Hussein, Reezal Merican Naina Merican dan Adham Baba.  

Mereka seperti akan kekal dalam kerajaan setidak-tidaknya sehingga parlimen dibubarkan, dimana pembubaran itu menyebabkan jawatan mereka turut termansuh secara automatik.

Jika itu berlaku bermakna sembilan menteri itu tidak ada apa-apa nilai pengorban untuk parti mereka yang boleh dibanggakan ahli bawahan. 

Perkara ini dapat dilihat kepada sikap para menteri itu yang akur dengan nasihat Muhyiddin Yassin yang meminta mereka kekal dalam kerajaan atas alasan untuk bantu rakyat dan dikala negara sedang diancam pandemik.

Perkara ini dinyatakan oleh Muhyiddin selepas para mereka itu berjumpa dengannya untuk meminta nasihat setelah parti Umno membuat keputusan. 

Kata Muhyiddin seperti dilapor semua menteri Umno bersetuju untuk kekal dalam kerajaan. Ertinya kesembilan menteri itu bersetia dan berkhidmat dengan Muhyiddin.  

Apa yang berlaku itu agak aneh sedikit, kenapa menteri itu berjumpa dan meminta pandangan perdana menteri mengenai kedudukan mereka. Kenapa mereka tidak berjumpa dengan Zahid Hamidi selaku presiden parti untuk meminta nasihat dan pandangan mengenai kedudukan mereka. Walaupun mereka sudah maklum keputusan PAU tetapi seeook-eloknya mereka berjumpa secara formal dan eksukutif dengan presiden parti. 

Apakah mereka lebih menghormati Muhyiddin berbanding dengan Zahid? Benar mereka berada di dua keadaan, selaku jemaah menteri dan ahli parti. Sebagai jemaah menteri wajar mereka berjumpa dan meminta pandangan Muhyiddin, tetapi tidak boleh membelakangkan Zahid atau meletakkan Zahid diurutan ke dua.  

Sebagai ahli parti mereka juga perlu meminta nasihat dan kauseling daripada Zahid. Dalam konteks politik mereka seharusnya lebih menghormati dan mengutamakan kehendak Zahid berbanding dengan Muhyiddin.

Iya, walaupun PAU menetapkan mereka akan berundur daripada kerajaan pada Ogos itu hanya tektikal sahaja. Apa yang sepatutnya mereka faham mesej keputusan PAU itu dengan meletakkan jawatan sebaik sahaja PAU itu selesai. Tindakan begitulah baru dilihat sebagai gentlemen. Sama ada mereka akan diminta berkhidmat, ia boleh dirundingkan selepas itu. Mereka perlu menunjukkan komitment dan pengorbanan mereka yang mahu dilihat oleh ahli.

Apabila mereka tanpa berbuat sesuatu yang boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana pengorbanan mereka, jangan marah kalau mereka dituduh mementingkan perut daripada parti dan perjuangan. Hari ini pun apabila mereka terus menyokong Muhyiddin ada yang marah dan kecewa.

Dengan apa yang berlaku itu ia memberi masalah kepada Umno dan tidak menguntungkan parti Melayu itu. Lima bulan lagi untuk sampai Ogos suatu masa yang panjang dan boleh berlaku apa-apa sahaja yang diluar orbit pemikiran biasa. Umno sepatutnya tidak bertolak ansur dan berdiplomasi untuk segera menarik sokongan. Muhyiddin tentu akan menggunakan peluang tersebut untuk berikhtiar mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Sudah tentu kesembilan orang menteri itu dan timbalan akan dijadikan tongkat serandang untuk memperkukuhnnya. Muyiddin juga akan jadi model menunjukkan beliau disokong. Apa dibimbangkan, apabila sudah selesa dengan kerajaan PN, dan dalam masa sama menjadi tawar hati pula dengan kepimpinan parti (Umno), lama kelamaan mereka akan larut dan sebati dengan Muhyiddin. 

Ia dapat dilihat apabila bekas presiden Najib Razak dan Zahid disumbat ke dalam penjara. Musibah itu menyebabkan mereka tambah selesa dan tidak mustahil juga akan berunding untuk memperdagangkan parti demi kepentingan mereka secara peribadi. Dalam politik kini keutamaan diri lebih penting daripada parti. [wm.kl.10:52 am 31/03/2021]

 

UMNO HARUS BERHENTI MENGHARAP CINTA PAS, TERIMALAH HAKIKAT ISTANA PASIR MN SUDAH PUN MUSNAH

 

Hanya tiga hari selepas berakhirnya PAU2020 di mana UMNO akhirnya memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, sambil dalam waktu yang sama terdapat lontaran kata dua agar Pas membuat pilihan – mahu bersama MN atau PN – segala-galanya kini sudah terang-benderang sebagai pengetahuan tanpa diperlukan apa-apa suluhan lagi.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini oleh Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas,Takiyuddin Hasan, kedua-dua parti mengambil ketetapan untuk terus mengukuhkan kerjasama melalui PN.

Ketetapan itu diambil selepas pertemuan antara kepimpinan tertinggi Bersatu dan Pas yang diketuai Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang semalam, 30 Mac 2021.

Berikutan adalah persetujuan bersama yang dicapai dalam pertemuan tersebut:-

1. Bersatu dan Pas akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15;

2. Bersatu dan Pas, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju Parti khusus bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi;

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen;


3. Bersatu dan Pas bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya;

4. Bersatu dan Pas sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong konsep tersebut, sekaligus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

Kenyataan media bersama Hamzah dan Takiyuddin ini secara jelas, terang dan tanpa keraguan lagi adalah jawapan kepada segala kata dua dan seruan beberapa pihak dalam UMNO agar Pas menyatakan pendirian dan berani membuat pilihan.

Pas kini bukan saja menunjukkan komitmennya untuk bersama Bersatu dan PN bagi menghadapi PRU15 akan, malah di ketika UMNO telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, Pas sebaliknya mengambil pendirian mengukuhkan lagi hubungannya dengan Bersatu.

Tidak cukup dengan itu, Pas bersama Bersatu juga menolak sebarang bentuk penjajaran baru pasca PRU15, dan ini sekali lagi menunjukkan parti itu enggan bersama dengan Zahid Hamidi yang ketika berucap merasmikan PAU2020 telah menyatakan kesediaan UMNO untuk berunding dengan mana-mana parti selepas keputusan PRU diumumkan kelak.

Dalam erti kata lain, sementara tujuan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah bagi memastikannya kembali dominan dan kemudian terbuka untuk berunding bagi membentuk kerajaan, Pas sebaliknya ingin membantu memastikan Bersatu kekal dominan melalui kerajaan PN.

Kesimpulannya, dengan komitmen Pas bersama Bersatu dan PN ini, Muafakat Nasional hanya sekadar istana pasir yang sudah pun boleh dianggap telah musnah dengan sendirinya sekarang ini.

Bagi Pas, tiada lagi MN dan tiada lagi UMNO sebagai rakan kongsinya, yang ada hanyalah Bersatu dan PN saja di hati mereka.

Untuk itu, tiada guna lagi dan hanya membuang masa saja jika UMNO masih mahu berharap dan terus mendambakan sisa cinta daripada Pas.

UMNO harus mula mengorak langkah sendiri bagi menghadapi PRU15 akan datang, sesuai dengan ketetapannya kekal menggunakan logo BN.

Bagaimana UMNO dan BN mahu memenangi PRU15 akan datang harus mula difikirkan mulai sekarang, tak kira sama ada mahu kekal bersendirian atau mewujudkan persefahaman dengan parti lain.

Tidak harus UMNO menoleh ke belakang kepada Pas lagi kerana segalanya sudah terang lagi bersuluh, Bersatu lebih menarik hati untuk didampingi oleh parti Islam tersebut berbanding UMNO yang belum ketahuan lagi nasibnya dalam PRU nanti.

Setidak-tidaknya, walaupun nasib bersama Bersatu turut tidak menentu, nikmat kemewahan dan laba dunia sudah pun dirasai bersama parti itu.

Tidak mustahil, Hadi Awang dan lain-lain pimpinannya selepas ini tidak akan memijakkan lagi kaki mereka ke Kompleks PWTC, bangunan milik UMNO yang selalu dikunjungi sejak dua tahun kebelakangan sebelum ini, dengan terakhir ketika PAU Ahad lalu.

Apa pun, begitulah liku-liku Pas, kahwin cerai kahwin cerai sudah jadi amalan biasa baginya. 


(Shahbudindotcom 31/03/2021)








SIRI NIKAH KAHWIN PAS

 

NORSHIDAH MOHD DAUD



Ahli Parlimen Umno mahu 'pertimbang pilihan' meski dalam proses bincang  bersama PAS, PPBM - Minda Rakyat



Siri "Perkahwinan PAS"

1. Angkatan Perpaduan Ummah: Berkahwin pada 1990, bercerai pada 1996 dengan SEMANGAT 46 dan lain - lain

2. Barisan Alternatif: Berkahwin pada 1998, bercerai pada 2004 dengan PKR, DAP

3. Pakatan Rakyat: Berkahwin pada 2008, bercerai pada 2015 dengan PKR, DAP

4. Gagasan Sejahtera: Berkahwin pada 2016, Gantung tak bertali sampai sekarang dengan IKATAN dan BERJASA

5. Muafakat Nasional: Berkahwin pada September 2019 dengan UMNO tapi taktau apa status perkahwinan, mungkin buat geli - geli

6. Perikatan Nasional: Berkahwin pada Ogos 2020 dengan BERSATU dan mendaftarkan perkahwinan secara rasmi.

Kesimpulannya: 6 kali berkahwin, 3 kali bercerai, 1 gantung tak bertali, 1 tak daftar perkahwinan

 

TAZKIRAH : Billionaire Dan Cikgu Miskin (Kisah Pengasas Bank Al Rajhi) -...

KJ NAK JADI PRESIDEN UMNO KAH ?

 

Adakah ini bermakna KJ mahu menawarkan diri sekali lagi sebagai Presiden UMNO?

Atau mungkinkah kali ini beliau akan bergandingan dengan H2O untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO daripada

Zahid Hamidi

dan

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

?

 May be a Twitter screenshot of text that says "Khairy Jamaluddin @Khairykj Segerakan pemilihan parti. Let's settle this once and for all. #UMNO khairykj 16s From create mode Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum. Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat. Segerakan pemilihan parti. Do the right thing, Majlis Tertinggi. You know we cannot continue like this."



Reformasi: Antara Harapan dan pengkhianatan.

MENGAPA RUMAH PUTIH TERTINGGAL PUTRAJAYA?



Difahamkan pemimpin negara jiran iaitu Presiden Indonesia Jokowi, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc turut diundang. Rumah Putih dalam kenyataan berkata Sidang Puncak Pemimpin mengenai Iklim akan menekankan kepentingan segera – dan faedah ekonomi – tindakan iklim yang lebih kukuh.





Bicara Bersama Dr Mujahid: PAU UUMNO Ribut Dalam Cawan Saja

((MENGAMUK)) DATO KAMAL SERANG MENTERI UMNO, GILIRAN USA PULAK MALUKAN M...

RENTASAN 858 | HAKIKATNYA UMNO DAN BERSATU TAK BOLEH DIPISAHKAN?


MENARIK DALAM RENTASAN 855
1. UMNO CUMA RIUH SAHAJA, KATA KHALID SAMAD 2. 16 TAHUN MATANG BERKAHWIN, 18 TAHUN BELUM MATANG MENGUNDI 3. PAS SOMBONG DI KELANTAN SAHAJAKAH? 4. SELAIN KARTEL POLIS ADA KARTEL APA LAGI?