[VIDEO] Berunding dengan UMNO, apa kata Tok Guru Nik Aziz?

 


[VIDEO] Berunding dengan UMNO, apa kata Tok Guru Nik Aziz?

Semalam bila aku menulis, ada mamat PKR kata, takkan sampai tak boleh berunding dengan UMNO, Punya jahil tak reti beza Kleptokrat dengan UMNO.. antara parti UMNO, dan Individu UMNO..

Itu sebab aku ingatkan kata Tok Guru Nik aziz, JELAS ! Nak Berunding dengan Individu UMNO, Takpe.. Tapi kalau nak berunding dengan Parti UMNO, Saya tak setuju..

Sejarah kenyataan Tok Guru itu ketika Haji Hadi mencetuskan idea Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO, atas nama Melayu.. Ketika itu PM nya Paklah, cucu Ulama terkenal.. Malah baik budi pekertinya, Dah pasti bukan Kleptokrat.. Itupun Tok Guru Tolak..

Inilah Pendirian yang jelas, Kamu nak Reform.. Kamu nak bersama PH, Nyatakan sokongan dengan jelas secara terbuka, Tak perlu keluar UMNO pun, nyatakan kamu Sokong PH, setidaknya kamu Sokong Anwar sebagai PM..

Tapi pelik, Bagaimana boleh jelas kalau berunding dalam senyap seperti Haji Hadi.. Perundingan kena jelas, Syarat kena jelas, Siapa yang nak sokong kena jelas.. Ketika gerombolan KULI menentang Tun M dan UMNO bersama Angkatan Perpaduan Ummah, tindakan mereka jelas, Ketika gerombolan Anwar dan PKR keluar UMNO bersama BA, Tindakan depa jelas.. Ketika Gerombolan Tun bersama Bersatu keluar UMNO bersama PH juga jelas..

Politik ini pendirian kena jelas.. Bukan sendiri sendiri buat Move, Syok sendiri..Berdiri atas Prinsip bersama.. Bukan atas kepentingan dan matlamat peribadi dan parti..

Jadi boleh faham kut, Pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang UMNO juga jelas !! 🙂

Ipohmali

Video Player
00:00
01:47





Anwar Ibrahim: Ucapan Di Majlis Bicara Santai & Hi-Tea, Permatang Pauh P...

Mahfuz Omar: PRU15 Bulan Ogos? PN & MN Pecah?

SEKARANG PARLIMEN SUDAH BOLEH BERSIDANG



Pengarah FAMA Negeri Selangor, Abdul Rashid Bahri, berkata aktiviti jualan itu akan diadakan selama dua hingga tiga hari berturut-turut sebelum menjelang Ramadan Nampaknya musim Ramadan pada kali ini kembali meriah apabila rakyat boleh kembali bersesak-sesak untuk membeli juadah, seperti dua tahun yang lalu. Rakyat, termasuk warga emas pastinya ramai yang tidak takut mati terkena jangkitan COVID-19, apabila mereka turun beramai-ramai ke pasar tani dan bazaar ramadan.





Najib sindir Azmin isu video HD?

 


Panas! Najib sindir Azmin isu video HD?


Polis akan memanggil saya. Saya akan pergi memberi kerjasama.

Sekurang-kurangnya pihak berkuasa dapat mengenalpasti identiti saya sebab video HD.




Gagal selesaikan rundingan kerusi dengan PAS, Bersatu Kelantan serah pada pusat untuk putuskan

 

Gagal selesaikan rundingan kerusi dengan PAS, Bersatu Kelantan serah pada pusat untuk putuskan


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada pucuk tertinggi bagi menentukan jumlah agihan kerusi kepada parti itu di negeri ini untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, keputusan itu selari dengan ketetapan yang telah dibuat antara pucuk pimpinan tertinggi antara Bersatu dengan Pas berkaitan perkara tersebut.

“Soal rundingan (agihan kerusi PRU-15) atau agihan kita (Bersatu Kelantan) serah kepada pusat untuk membuat keputusan.

“Kita ada kemukakan cadangan, tetapi semua ini masih lagi sulit termasuklah jumlah kerusi (yang dipohon Bersatu),” katanya ketika diminta mengulas isu agihan kerusi PRU15 antara Bersatu dengan Pas di Kelantan pada Sabtu.

Sebelum itu, Kamarudin yang merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merasmikan Hari Ladang Peringkat Jajahan Pasir Puteh.

Menurutnya, cadangan itu tidak akan menjejaskan kekuatan dan kedudukan Pas di Kelantan.

Beliau berkata, kemasukan Bersatu itu akan memperkukuhkan lagi kedudukan Perikatan Nasional (PN) di Kelantan.

Katanya, Bersatu dan Pas sudah menjadi rakan kerjasama yang cukup strategik menerusi PN.

“Isu tersebut tidak akan melemahkan kerjasama antara kedua-dua parti di Kelantan.

“Hubungan baik antara Bersatu dan Pas ini bukan sahaja terjalin di Kelantan, malah ia dapat dilihat di Terengganu serta Kedah,” katanya. 






Gempar! Anwar bakal calon PKR lawan Muhyiddin di Pagoh?

 

Gempar! Anwar bakal calon PKR lawan Muhyiddin di Pagoh?

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini dalam nada jenaka berkata dia mungkin mempertimbangkan untuk bertanding di parlimen Pagoh yang disandang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini.

Anwar berkata, Pagoh salah satu daripada 15 kawasan parlimen di mana dia diminta untuk bertanding..

“Sekarang ini ada 15 kawasan (parlimen) minta saya bertanding.

“Saya kena pertimbang di antara 15 (kerusi) itu, termasuk Pagoh,” katanya kepada pemberita di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah dia akan kembali mempertahankan parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang.

Anwar pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama enam penggal.

Namun, pada tahun 2018, ketika dia berada di penjara, anak perempuannya Nurul Izzah bertanding di kerusi tersebut.

Setelah dibebaskan dari tahanan, Anwar kemudian mengambil alih parlimen Port Dickson melalui pilihan raya kecil (PRK).

Muhyiddin telah memegang kerusi Pagoh di Johor selama lapan penggal.

Pada 2018, dalam pertandingan tiga penjuru menentang Umno dan PAS, presiden Bersatu itu memenangi Pagoh dengan 55.21 peratus undi.

Dalam pilihan raya itu, pengundi bukan Melayu menyumbang 34 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi.








(LIVE) Ezam Mohd Nor: Kerjasama PKR - UMNO?

PH Johor Retak Menanti Belah? Mereka Ada Jawapannya ......

ZAHID HAMIDI BAKAL DIPECAT 27 MAC INI?


 Secara rasmi, apa yang semua orang faham, Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 27 dan 28 Mac ini antara agenda utamanya adalah untuk mengesahkan ketetapan putus hubungan parti itu dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Ia berikutan majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul putus hubungan itu dalam mesyuarat masing-masing sebelum ini.

Oleh kerana isu putus hubungan itu dalam bentuk usul, meskipun ia kemudian diterima dan dipersetujui oleh MT UMNO, ia perlu dibawa ke PAU untuk disahkan bagi menjadikannya suatu ketetapan yang muktamad.

Tetapi, berikutan Bersatu tidak senang dengan usul tersebut dan sedar mereka tidak mampu menang sebarang kerusi dalam PRU15 jika tanpa ada kerjasama dengan UMNO, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengubah keputusan itu.

Setelah pelbagai usaha yang ke arah itu sebelum ini tidak menemui kejayaan, langkah terakhir yang cuba dilakukan ialah melalui PAU pada hujung bulan ini.

Dengan itu, PAU kali ini secara tidak rasmi turut menjadi medan bagi puak kiri dalam UMNO yang pro Bersatu untuk mengubah ketetapan putus hubungan tersebut.

Makna kata, akan berlaku pertembungan dalam PAU kali ini antara urusan rasmi untuk mengesahkan usul putus hubungan dengan Bersatu dengan urusan tidak rasmi bagi tujuan mengubah keputusan tersebut.

Diberitakan usaha tersebut sudah dikesan sejak dua tiga minggu lalu dan didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri yang diketahui pro kepada Bersatu dan Muhyiddin Yassin.

Ada laporan mengatakan mereka juga sudah mula bergerak ke negeri-negeri bagi mempengaruhi pewakilan agar menolak usul putus hubungan dengan Bersatu.

Alasan mereka ialah UMNO perlu terus bekerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU15 bagi memastikan kemenangan lebih terjamin, selain membesar-besarkan kedudukan PN sebagai kerajaan lebih mempunyai sumber kewangan yang mantap berbanding BN yang terhad kemampuannya.

Berdasarkan gerakan yang dijalankan, termasuk mempengaruhi jurucakap negeri-negeri agar menyampaikan ucapan yang senada dengan keinginan untuk melihat UMNO dan Bersatu kekal bekerjasama, ada maklumat mengatakan ramai yang dikatakan mula terpengaruh dan condong bersetuju untuk mengubah usul putus hubungan itu.

Kiranya gerakan ini berjaya akhirnya, ia bukan saja suatu tamparan kepada masa depan UMNO dan kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, bahkan suatu kejayaan besar buat Muhyiddin dan Bersatu dalam memastikan survival politik mereka.

Lebih tersenyum lebar dengan kejayaan itu nanti tentunya adalah Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali dalam Bersatu yang secara tidak langsung bermakna UMNO akhirnya terpaksa tunduk hormat serta memberi laluan kepada mereka.

Di sebalik itu, suatu gerakan tidak rasmi lain yang lebih besar dan utama, namun tidak disedari banyak pihak yang dikatakan turut dirancang dalam waktu yang sama ialah untuk menyingkirkan Ahmad Zahid Hamidi daripada kedudukannya sebagai Presiden UMNO.

Usaha menyingkirkan Ahmad Zahid ini adalah tindakan fasa kedua setelah gerakan mengubah keputusan putus hubungan dengan Bersatu berjaya dilaksanakan.

Mengikut apa yang dirancang, selepas pengundian untuk menentukan sama ada UMNO setuju atau tidak putus hubungan dengan Bersatu, sekiranya kejayaan memihak kepada kumpulan kiri yang pro Bersatu itu, satu usul tergempar lain akan dikemukakan untuk “memecat” Ahmad Zahid dengan serta-merta.

Perkiraan mudah mereka, jika usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan bahagian-bahagian dan MT pun berjaya diubah, maka dengan sendirinya selepas itu tindakan melucutkan jawatan Ahmad Zahid juga akan turut jadi mudah.

Dengan berjaya menyingkirkan Ahmad Zahid pada PAU hujung bulan ini, maka akan sempurnalah gerakan untuk Bersatu menguasai UMNO sepenuhnya.

Adakah Ahmad Zahid menyedari sepenuhnya gerakan ini atau beliau tetap merasakan dirinya masih popular serta beranggapan sebarang gerakan untuk mengubah ketetapan putus hubungan itu sesuatu yang mustahil dilakukan?

Ingatan buat Ahmad Zahid, kalau Ahli-Ahli Parlimen pun ada tanda harga yang boleh “dibeli”, apakah harga perwakilan UMNO begitu mahal nilainya?


 (Shahbudindotcom 20/03/2021)




Anwar Ibrahim: Ada 15 Kawasan Minta Saya Bertanding, Termasuk Pagoh

‘Stadium bola 8,000 orang dah boleh buka, Parlimen bila lagi?’ – Lip Eng

 


Tindakan kerajaan Muhyiddin Yassin yang terus menerus menggantung sidang Parlimen dipersoal susulan keputusan kerajaan membenarkan penonton masuk ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak dengan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) yang ketat.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, jika kerajaan yakin semua penonton mampu mematuhi SOP yang ditetapkan, maka tiada alasan Parlimen tidak boleh bersidang.

“Keputusan untuk membuka semula stadium bola sepak ini dilihat sebagai keyakinan pihak kerajaan terhadap pihak berkuasa dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan. 

“Sekiranya itu adalah pewajaran yang diberikan oleh pihak kerajaan, keyakinan tersebut juga seharusnya wujud dalam pembukaan semula parlimen. 

“Tambahan pula, SOP bagi memantau dan menjaga 222 ahli parlimen semestinya lebih mudah dan terurus daripada menjaga 8,000 orang,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri mengumumkan MKN bersetuju untuk membenarkan penyokong bola sepak pergi menonton perlawanan bola di stadium berkuat kuasa 1 April 

MKN menetapkan syarat hanya 10% atau 2,000 daripada kapasiti penuh stadium dibenarkan untuk hadir menonton, bagi negeri yang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Bagi negeri-negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, hanya 25% atau 8,000 daripada kapasiti penuh stadium dibenarkan untuk hadir menonton.

Mengulas lanjut, kata Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, pelbagai langkah telah diambil bagi mengurangkan risiko pendedahan wabak Covid-19 di Parlimen. 

Antara langkah pencegahan yang telah diambil adalah ujian saringan Covid-19 secara berkala untuk ahli Parlimen dan petugas di parlimen, meletakkan penghadang di sekitar kubikel speaker, pematuhan SOP yang ketat selain masa perbahasan dipendekkan. 

“Tiada alasan untuk parlimen tidak dibenarkan bersidang!” tegasnya. 

Malah, tambahnya, pembukaan pelbagai jenis sektor ekonomi juga membuktikan yang negara kini bukan dalam keadaan darurat. 

“Sekiranya Malaysia benar-benar berada di dalam situasi yang genting dan darurat, apakah logik perlawanan bola sepak, majlis perkahwinan besar-besaran, dan majlis hiburan seperti Anugerah Juara Lagu dijalankan? 

“Semestinya bilangan mereka yang hadir ke majlis-majlis seperti ini lebih ramai dari persidangan di parlimen.

“Tamatkan darurat dan benarkan parlimen bersidang!” ujarnya.



(LIVE) Ezam Mohd Nor: Kerjasama PKR - UMNO?

EDISI KHAS MINGGUAN 013 | GEMPAR!! KERAJAAN PH BAKAL KEMBALI BERKUASA BE...




MENARIK DALAM EDISI KHAS 013
1. AZMIN UMPAMA CACING KEPANASAN 2. KERJASAMA DENGAN UMNO, BIAR BERPRINSIP DAN BERMARUAH 3. KARTEL POLIS: HAMZAH ZAINUDDIN TIDAK TAHU APA-APA



Malaysia tidak lagi dilihat sebagai negara berkecuali, kata Mat Sabu

 Malaysia tidak lagi dilihat sebagai negara berkecuali, kata Mat Sabu

Malaysia kini dilihat tidak lagi bersikap berkecuali dan condong ke pihak tertentu dengan keputusan Pyongyang memutuskan hubungan diplomatiknya dengan negara ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata sejak berdekad-dekad lamanya Malaysia dianggap sebagai negara berkecuali dan ia memberi manfaat kepada negara serta rantau Asia Tenggara.

Katanya walaupun Putrajaya mengadakan hubungan dengan Singapura, New Zealand, Australia dan United Kingdom dalam kerjasama Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), namun ia tetap tidak menjejaskan pendirian Malaysia yang turut berada dalam Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM).

“Apabila Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, ia dilihat seolah-olah Malaysia condong kepada kanan dan tidak lagi benar benar berkecuali.

“Sudah tentulah Pyongyang yang mempunyai hubungan rapat dengan China – yang menjadi gergasi ekonomi utama dunia – perlu diambil perhatian khusus oleh Malaysia supaya dasar berkecuali Malaysia itu diperkukuh dan diperteguhkan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Semalam Korea Utara mengumumkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia susulan tindakan Putrajaya mengekstradisi seorang rakyatnya ke AS untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Kementerian Kuar Korea Utara juga mengingatkan Washington mereka akan “membayar harga” atas tindakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KCNA.

Pada 9 Mac lalu, mahkamah Malaysia memutuskan seorang lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong, boleh diekstradisi ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Mun ditangkap pada 2019 setelah AS menuduhnya melanggar sekatan dengan membekalkan barangan terlarang ke Korea Utara serta terbabit dalam pengubahan wang haram menerusi sejumlah syarikat.

Dia membantah permohonan ekstradisi dengan alasan bahawa tindakan itu bermotif politik.

Kementerian itu menyifatkan tindakan Malaysia sebagai “jenayah tidak boleh dimaafkan” yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS.

“Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan hubungan diplomatik dengan Malaysia diputuskan sepenuhnya,” lapor KCNA.

Menurut Mohamad Malaysia menjalin hubungan diplomatik erat dengan Beijing pada 1975 melalui lawatan perdana menteri ketika itu, Abdul Razak Hussein.

Bekas menteri pertahanan itu menambah Malaysia tidak boleh dilihat condong kepada kuasa dunia tertentu sebaliknya mesti dilihat kekal berkecuali.

Hal itu kerana kata Mohamad sejak sekian lama Malaysia memainkan peranan yang berkesan di peringkat antarabangsa disebabkan dasar berkecuali yang dipelopori oleh Allahyarham Abdul Razak.

Dasar itu katanya diteruskan oleh perdana menteri selepas itu namun keadaan bertukar di bawah kerajaan hari ini apabila ia mula dipertikaikan.

“Semoga Malaysia kembali kepada asas asasnya sebagaimana diamalkan selama ini,” kata Mohamad.



PIDATO EZAM SEMPENA PELANCARAN GERAK98 NEGERI PAHANG MALAM INI DI D'PERIA CAFE, KG SERI CEMPAKA, JLN PANTAI SEPAT, KUANTAN



Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor (Presiden PAS) pada tahun 1998 menggabungkan ramai tokoh pembangkang ketika itu bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.  Pertubuhan ini lahir ketika rejim Mahathir begitu rakus melakukan kezaliman dan fitnah yang dahsyat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim.  


Menjelang PRU14, Mahathir cuba menunjukkan keinsafannya dan menyertai PH bersama partinya Bersatu.  Hasil tipu dayanya, PH meyakini diktator ini telah berubah di penghujung usianya maka beliau dicalonkan untuk menjadi PM apabila PH berjaya menumbangkan kerajaan Bn pada PRU14.  Kebetulan, Anwar Ibrahim ketika itu merengkok di dalam penjara maka Anwar hanya dijanjikan untuk menjadi PM apabila beliau dibebaskan.


Sepertimana yang kita ketahui, Mahathir samasekali tidak memberikan ruang buat Anwar dan banyak memutarbelitkan kenyataannya sendiri apabila ditanya waktu peralihan kuasa kepada Anwar.  Dari mulut Mahathir sendiri beliau pernah berkata beliau akan menyerahkan kepada Anwar setelah dua tahun, kemudiannya berkata selepas ekonomi pulih dan kemudiannya mahu selepas APEC.  Akhirnya, Anwar sendiri beralah dan memberikan masa sepenuhnya untuk Mahathir bila-bila masa untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada Anwar.  


Malang sekali, orang tua ini tidak pernah mengenang budi bahkan dengan sengaja meletakkan jawatannya tanpa disuruh, dipaksa atau ditolak melalui Parlimen.  Beliau secara rahsia tanpa melalui Majlis Presiden PH yang telah mengangkatnya sebagai PM, Mahathir membuka pintu Putrajaya untuk pengkhianat masuk dan merampas mandat rakyat.  Semua ini dilakukan hanya semata-mata untuk menghalang Anwar menjadi PM.  Setelah jatuh dan hilang kuasa pun, Mahathir masih mahu jadi PM kali ketiga dan berjanji lagi untuk menjadi PM selama 6 bulan.  Jika bukan manusia munafik, apa lagi yang mahu kita gelar kepada Mahathir ini?


Sebab itu, Gerak98 wujud dari kesinambungan GERAK yang pada asas dan prinsipnya sama iaitu menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.  Jika kerajaan yang mendapat mandat rakyat pun boleh berlaku kealiman dan ketidakadilan, apatah lagi kerajaan tanpa mandat rakyat.  Tugas Gerak98 adalah untuk menentukan pengkhianat-pengkhianat ini dihapuskan dari mentadbir negara.  Peranan Gerak98 adalah untuk mendokong agenda reformasi yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim.  Musuh reformasi adalah musuh Gerak98 dan kami akan menggempurnya.


Malam ini, bertempat di Kg Seri Cempaka, Jln Pantai Sepat, Kuantan akan tercipta sejarah penubuhan Gerak98 Negeri Pahang.  Jika pengasas GERAK adalah Almarhum Us Fadzil Noor, Gerak98 pula diasaskan oleh Datuk Ezam Mohd Noor.  Kepada rakan-rakan yang menyokong agenda kami, ayuh bersama kita raikan majlis pelancarannya.  


Aturcara program adalah seperti berikut:


08.30 mlm - Program bermula

-  Bacaan doa

-  Ucapan Ketua Cabang Keadilan Kuantan, Tn Hj Fakhrul Anuar Zulkawi 

-  Ucapan Ketua Komunikasi Gerak98, Sdr Zukri Aksah 

-  Ucapan Ketua Gerak98 Pahang, Wfauzdin NS 

-  Tayangan Montaj

-  Pidato Ketua Gerak98 Nasional, Datuk Mohamad Ezam Nor  seterusnya melancarkan Gerak98 Pahang.

-  Montaj penutup.

10.30 Mlm - Program dijangka selesai.


Program ini diadakan dengan amat sederhana tetapi InsyaAllah, akan disiarkan secara Live di FB Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98 .

Pesanan kepada mereka yang ingin hadir, tentukan anda sentiasa mematuhi SOP Covid, memakai mask, mendaftar di pintu masuk dan scan My Sejahtera dan mengambil suhu di tempat yang akan kami sediakan di pintu masuk.  Lokasi program adalah di sini

 https://goo.gl/maps/mHKf81afZymeWjNa7 


WFAUZDIN NS




KALAU TAK LAWAK BUKAN HADI LA......

 

BOB KELANANG



May be a meme of 3 people and text that says "pas parti ajaran sesat pas parti mcm pelacur pas parti gigolo"




May be an image of 1 person and sitting

Satu bab ja jelas... kalau xlawak memang bukan Hadi Bewok la... sebab semua statement dia 'sure' lawak punya...

KOH KOH KOH… sabor je la... wartawan tanya lain... sure dia jawab lain... terlebih mantiq katanya...

KOH KOH KOH… walhal blurr xketahuan...

KOH KOH KOH…

Citer pasai buaya la... makan umpan la... sekarang buaya dah menyelam la...

KOH KOH KOH… ini semua lelucon...

Semenjak dua menjak ni... makin teruk penyakit yang hinggap kat Hadi Bewok...

KOH KOH KOH…

Tapi satu la... walaupun statement yang Abdul Hadi Awang keluarkan banyak mengarut DAN penuh hasutan... langsung xder tindakan dari pihak Peguam Negara (AG) diambil kepadanya... Xtau la apa kebalnya... maybe sebab ada faedah dari segi politik kepada semua pihak berkepentingan dalam Perikatan Nasional...

Pening aaaa... bantai jer la...

KOH KOH KOH… jilaker!!

 

OOOO AYAQ SELUT MACAM DI KELANTAN TU....OOO FAHAM LA,,,KAMI SEJAK KECIK TAK MINUM AYAQ SELUT...SAMPAI HATI HANG....MB SELUT..

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian Pulau Pinang bakal guna air selut jika enggan bayar caj air mentah BY ROSHILA MURNI ROSLI 17 MARCH 2021 AT 16:42"

'Kerja utama kerajaan tarik pelabur, pulihkan ekonomi, bukan main politik'

 





Pemimpin kerajaan Perikatan Nasional sewajarnya sedar tanggungjawab masing-masing untuk apa rakyat membayar gaji mereka.



Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya berkata, peranan utama kerajaan bukanlah bermain politik tetapi memastikan negara menarik pelaburan asing dan memulihkan ekonomi ketika pandemik Covid 19.



"Kerajaan dan Perdana Menteri terus bermain politik dan cuba menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

"Perkara utama yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan bukanlah bermain politik tetapi berusaha untuk menarik pelaburan luar bagi memulihkan ekonomi negara.



"Jika kerajaan tidak yakin dengan polisi yang dilakukan maka Parlimen boleh dibuka supaya perbincangan dan semak dan imbang dapat dilakukan secara menyeluruh.



"Apa yang berlaku semasa darurat ini, terutama usaha untuk membeli Ahli Parlimen telah mencemar semangat demokrasi negara dan membuat rakyat menjauhkan diri dari politik," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Karupaiya lagi, bagi beliau, keutamaan dalam politik adalah untuk berbakti kepada penduduk Padang Serai.



Kebajikan rakyat, katanya perlu menjadi fokus nombor satu mana-mana Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah jawatan.



"Sebagai Ahli Parlimen pembangkang saya akan terus menyuarakan kesusahan rakyat terutama di Parlimen Padang Serai.



"Saya juga akan terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia.



"Mesej ini kepada Kerajaan Perikatan Nasional, jika mempunyai majoriti maka buka Parlimen supaya isu rakyat boleh dibicara oleh semua Ahli Parlimen," katanya lagi.

 

Tiada peruntukan Ahli Parlimen pembangkang, bukti ugutan pemerintah - Shamsul Iskandar

 




Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan tidak bertanggungjawabnya telah mempropagandakan kepada rakyat bahawa tiada ugutan dilakukan terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berkhianat baru-baru ini.



Bagaimanapun, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membawakan testimoni mudah ciri-ciri awal ugutan yang dilakukan oleh pemerintah sehingga berlaku insiden melompat parti.



Katanya, mulai 1 Januari 2021 Ahli Parlimen pembangkang dinafikan sebarang peruntukan kawasan. Hal itu menurut Shamsul adalah satu bentuk ugutan yang nyata kerana sebagai ahli politik yang menjadi tempat bergantung rakyat, mereka sangat tertekan mencari dana bagi membantu pengundi di kawasan masing-masing.



"Dalam hal ini kita nyatakan dengan jujur ada rekayasa politik untuk mengugut dan memberikan umpan. Contoh yang paling mudah, peruntukan RM100,000 (bagi setiap kawasan Parlimen).



"Oklah kerajaan Pakatan Harapan silap kerana tak buat dasar sama (beri peruntukan sama banyak kepada pembangkang). Tetapi sekarang kerajaan baru perlu buat dasar baru yang boleh menarik sokongan kepada Muhyiddin (secara semulajadi).



"(Biarkan) mereka (Ahli Parlimen) dapat RM100,000 termasuk presiden Umno, itu apa (henti peruntukan) kalau bukan ugutan?



"Sepatutnya semua Ahli Parlimen yang dipilih tidak ada isu mengenai peruntukan," katanya dalam forum anjuran stesen penyiar Astro, "Dialog Konsensus Nasional", malam tadi.



Mengenai soalan sama ada wujud atau tidak rundingan di antara KEADILAN dan Umno, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu meminta media berhati-hati menggunakan istilah rundingan kerana rakyat menganggap telah berlaku sesuatu yang serius dan akan disudahi dengan ketetapan kerjasama.



Sedangkan, kata Shamsul, perbincangan yang dibuat masih di peringkat awal dan tidak menatijahkan sebarang keputusan.



"Ini istilah bahasa. Kadang kala rundingan itu dianggap sesuatu yang serius. Tetapi kalau kita bincang ada dialog, diskusi (lebih ringan) jadi istilah itu harus cermat kita guna.



"Jadi dalam konteks ini Datuk Seri Anwar sebut beberapa kali kepada wartawan, apa salahnya kita berbincang dengan tema-tema yang jelas. Misalnya tatakelola, bidang kehakiman, ekonomi dan hal-hal berkaitan masa hadapan Malaysia. Dalam keadaan sekarang kita perlukan kerajaan yang kuat dan stabil.



"Dalam kerangka ini kita meneroka keadaan yang ada, berbincang dengan beberapa pimpinan Umno.



Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan-video inside

 

Ridauddin Daud
Kakitangan pejabat Kedutaan Korea Utara mula mengosongkan bangunan
Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7.30 pagi tadi. -Astro AWANI
PETALING JAYA: Tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad, namun Pejabat Kedutaan Korea Utara di sini hari ini kelihatan sibuk sejak awal pagi tadi.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, seawal jam 8.15 pagi, kakitangan diplomatik sudah mula memasuki bangunan yang terletak Jalan Batai itu.
Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7.30 pagi tadi.
Kira-kira jam 10.20 pagi tadi, beberapa petugas kesihatan dari pusat perubatan swasta juga hadir ke pejabat berkenaan.
Mereka membawa beberapa kelengkapan, dipercayai untuk melakukan ujian saringan COVID-19 kepada semua kakitangan sebelum mereka pulang ke Pyongyang.
Tidak banyak pergerakan dilihat sejak dari pagi tadi memandangkan hanya pintu pagar dibuka dan pintu pejabat ditutup hampir setiap masa.
Korea Utara pada Jumaat telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.
[TERKINI] Korea Utara sah putuskan hubungan dengan Malaysia
Ekstradisi ke AS | Implikasi putus hubungan oleh Korea Utara
Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan agensi berita negara itu KCNA berkata, Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’, dan ‘menghantar rakyatnya yang tak bersalah ke AS dengan cara paksaan.