BUKAN SAJA MUHYIDDIN, SELURUH JEMAAH MENTERI TURUT DIKIRA DERHAKA KEPADA AGONG


 Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat.

Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat hanyalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid19.

Sebelum itu, orang yang mengumumkan Parlimen digantung berikutan proklamasi darurat dikuatkuasakan adalah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkannya sehari selepas Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan.

Dalam hal ini, ternampak Muhyiddin seperti telah memperdaya Agong berhubung cadangan darurat yang dipohonnya di mana penggantungan Parlimen seolah-olah tidak dibangkitkan langsung ketika beliau memohon perkenan daripada baginda.

Sebaliknya, perkara itu hanya ditimbulkan setelah perkenan darurat diperolehi.

Berikutan perkara itu telah menjadi bualan yang meluas di kalangan rakyat dengan rata-rata tidak setuju dengan penggantungan Parlimen ketika tempoh darurat, Agong akhirnya bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dan baginda tidak pernah menitahkan penggantungan Parlimen itu.

Dalam maksud lain, titah Agong itu bermakna baginda sebagai ketua negara, mahu Parlimen dibuka untuk bersidang dalam tempoh darurat.

Setelah lebih seminggu membisu dan tiada mana-mana anggota kabinet, termasuk Muhyiddin sendiri memberi sebarang maklum balas terhadap titah Agong itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan memaklumkan Parlimen tidak akan bersidang dalam tempoh darurat.

Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya.

Kata Takiyuddin, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang Parlimen mesti dibuat oleh kabinet.

“Jadi sekarang ini, jemaah menteri menasihatkan Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen.

“Itulah keadaan sekarang ini,” kata beliau lagi.

Takiyuddin turut menambah, keputusan penangguhan itu juga dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan Covid19 di dalam bangunan Parlimen.

Ternampak di sini bahawa titah Agong bukan saja diderhakai, malah cuba dimanipulasi sekali lagi.

Jika sebelum ini Muhyiddin memperdaya Agong dengan memasukkan penggantungan Parlimen dalam proklamasi darurat, sedangkan ia bukan termasuk dalam perkenan baginda, kali ini kedudukan kabinet pula cuba dikaitkan.

Dalam titah Agong, sangat jelas baginda menyebut, sidang Parlimen boleh diadakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Langsung tidak disebut nasihat itu perlu diberikan oleh kabinet atau jemaah menteri.

Tetapi, mengapa jemaah menteri yang tiba-tiba tampil menasihatkan Agong dan seterusnya memberi nasihat tidak ada sidang Parlimen perlu diadakan?

Kenapa tidak Perdana Menteri sendiri yang memberi nasihat kepada Agong sebagaimana dititahkan baginda?

Lagi pun, jika difahami titah Agong itu, ia bukan berkaitan baginda perlukan nasihat sama ada Parlimen boleh bersidang atau tidak, tetapi khusus berkaitan penetapan tarikh untuk Parlimen dibenarkan bersidang.

Mengapa Muhyiddin dan jemaah menteri tidak mahu faham titah Agong itu atau sengaja cuba mengelirukan rakyat?

Jika diperhalusi dalam hal ini, bukan saja Muhyiddin yang dilihat derhaka kerana telah memperdaya dan enggan patuh kepada titah Agong, malah jemaah menteri juga turut derhaka lantaran menolak keinginan baginda agar Parlimen dibuka, selain melencongkan maksud sebenar titah yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu.

Layakkah Muhyiddin dan jemaah menteri yang derhaka ini terus dibiarkan mengurus negara? 


(Shahbudindotcom 04/03/2021)




MANAH OKHTIAR AKAN DI SWASTAKAN ?

 


Gempar! AIM akan diswastakan?
 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan dakwaan pentadbirannya akan diswastakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, AIM masih kekal sebagai badan amanah persendirian dengan berbekalkan peranan dan fungsi sedia ada.

Sebaliknya, AIM telah menerima beberapa cadangan kerjasama dari beberapa syarikat swasta untuk menubuhkan Bank Digital di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia pada masa depan.

“AIM juga sedang berusaha mengembangkan lagi peranannya untuk menjadi sebuah Bank Digital tanpa menjejaskan Skim Pinjaman Mikro Kredit khusus untuk sahabat AIM.

“Setelah menilai dan menerima maklum balas dari pelbagai pihak, AIM membuat keputusan akan terus kekal dengan prinsip, peranan dan fungsi seperti sedia ada tanpa menjejaskan kebajikan pekerja dan sahabat AIM,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Lajim, bagi memastikan tanggungjawab dan matlamat itu terlaksana, AIM telah pun membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion ringgit dari pihak kerajaan dan institusi kewangan dalam negara sepanjang penubuhannya sejak 17 September 1987.

Fokus utama AIM pada tahun 2021 adalah untuk memperkasakan sahabat AIM sedia ada melalui pinjaman mikro kredit selain membantu sahabat dalam pemasaran digital sejajar dengan cabaran yang dihadapi akibat Covid-19.

“AIM juga komited membantu sahabat yang terkesan akibat bencana dengan menyalurkan bantuan bantuan sewajarnya,” katanya. .



UMNO minta ‘cerai’: Bersatu akan putuskan petang ini, kata Hamzah

 UMNO minta ‘cerai’: Bersatu akan putuskan petang ini, kata Hamzah


Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno petang ini, maklum Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin.

Katanya, kedudukan Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan turut dibincangkan.

Ini selepas Umno menghantar surat, mengatakan jalinan kerjasama dengan Bersatu akan berakhir sebaik sahaja pilihan raya ke-15 bermula.

Hamzah Zainudin berkata mesyuarat majlis tertinggi PN bersama pemimpin dari PAS, Star, SAPP, dan Gerakan akan datang juga akan membincangkan perkara ini.

“Sehubungan itu, Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada petang ini, 4 Mac 2021 (Khamis) dan pendirian tersebut akan dibincangkan juga dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional akan datang,” katanya.

Pada masa ini Umno mempunyai lapan menteri dalam kabinet PN, serta ramai pemimpin dan ahli parlimen Umno memegang jawatan dalam agensi kerajaan dan GLC.

Hamzah pada kenyataannya pagi ini, mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat itu pada 26 Februari.

Dia juga mengesahkan Majlis Tertinggi Umno telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam mesyuaratnya di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari.

 

Kata Hamzah, Biro Politik Bersatu mengambil maklum keputusan Majlis Tertinggi Umno mengenai dua perkara utama.

“Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

“Kedua, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen,” katanya.

Menjelaskan keputusan MT Umno itu, Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, keputusan akhir perlu mendapat perakuan kepimpinan tinggi menerusi perhimpunan agung Umno (PAU), yang sepatutnya diadakan pada 31 Jan.

Bagaimanapun, Umno terpaksa menangguhkan PAU susulan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam negara.

Bekas setiausaha agung Umno dan BN, Annuar Musa berkata Umno akan rugi jika tidak bersama kerajaan Perikatan Nasional apabila parlimen dibubarkan kelak.

Annuar yang juga menteri kabinet PN menjelaskan dari tarikh pembubaran sehingga hari mengundi PRU15 di adakan, Umno tidak berada dalam caretaker government (kerajaan sementara).

“Tidakkah tindakan yang di buat dalam keadaan tarikh PRU belum di putuskan, memberi disadvantage (merugikan) kepada Umno, kerana sudah tentu pihak kerajaan, khususnya Bersatu mungkin tidak lagi memberi kerjasama kepada pemimpin Umno, yang sudah mengambil pendirian menentang atau menolak Bersatu,” katanya, semalam. 


Cepatkan program vaksinasi Covid-19 – Kit Siang

 

Pasukan Tindakan Imunisasi Covid-19 Malaysia (CITF) perlu bersidang dan mempertimbangkan cara mempercepat pelaksanaan program vaksinasi kebangsaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berpendapat bahawa hal ini penting bagi supaya negara kita dapat mula pulih sepenuhnya dalam tahun 2021.

“Cadangan daripada Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh, supaya diwujudkan satu program vaksinasi yang berjalan selari dan serentak dengan program vaksinasi kerajaan patut diberikan pertimbangan,” kata Veteran DAP tersebut dalam satu kenyataannya hari ini.

Kit Siang menyeru kerajaan Malaysia agar turut sama mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi Covid-19 selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, mengumumkan pemecutan pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 di Amerika Syarikat, menjanjikan bekalan vaksin yang mencukupi untuk “semua orang dewasa di Amerika menjelang penghujung bulan Mei”, berbanding dengan sasaran menjelang bulan Julai sebelum ini.




Sebenarnya semua salah DBP, bukan DAP

 

Oleh Izmil Amri

Arakian maka tersebutlah kisah laman media sosial rasmi Munsyi Muda Bahasa di Facebook telah berkongsi dua keping gambar makanan. Kalau ada lebih daripada dua, saya tidak tahu. Kedua-duanya bertujuan untuk membetulkan ejaan makanan terbabit, bertepatan usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untuk ‘membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul’.

Gambar pertama adalah sepinggan ‘mi’ Hokkien, siap dengan lemak babinya berkilat-kilat di tengah. Gambar ini bertujuan memperbetulkan ejaan awam bagi kata ‘mi’ goreng. Bukan ‘mee’ atau lebih teruk lagi ‘mie’.

Kenapa ‘mi’ Hokkien digunakan untuk menggambarkan ‘mi’ goreng, saya kurang periksa. Kita tahu itu ‘mi’ Hokkien kerana ada pembaca yang menegur. Cina, tentunya. Takkan Melayu pula.

Gambar yang kedua pula adalah sepinggan ‘kuetiau’ goreng. Yang ini tak ada babi. Gambar ini juga dipaparkan bagi memperbetulkan kebiasaan awam mengeja ‘kuetiaw’ atau ‘koay teow’ ketimbang ejaannya yang tepat.

Saya terbaca perkongsian lain yang mengulas obsesi membetulkan ejaan picisan begini.

Katanya baik di Malaysia mahupun Singapura, majlis bahasa kebangsaan kedua-duanya masih sibuk dalam pertikaian ejaan. “Padahal tak mati pun kita tanpa rejim ejaan bodoh ni,” ujarnya. “Yang penting semua faham”.

Saya harus bersetuju. Mustahil saya tidak setuju.

Kuetiau, koay teow atau kuetiaw; bendanya sama. Bunyinya juga sama. Tidak ada kekeliruan di situ. Tak pernah lagi saya pesan kuetiau dapat nasi goreng; tidak kira lah betapa pekaknya insan yang mengambil pesanan.

Begitu juga halnya dengan ‘mi’ goreng. Mi, mee, atau mie; semuanya serupa. Seperti definisi Kamus Dewan, ‘sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning, diperbuat daripada tepung gandum’. Tiada keraguan di situ. Pergi lah ke mana pun, dengan ejaan apa jua, bendanya tetap sama. Bahasa tentunya bukan sekadar soal huruf, tetapi bunyi dan pemahaman.

Apa sebab kita perlu kalut memperbetulkan ejaan makanan ini, saya tidak mengerti. Padahal ada kekeliruan bahasa yang jauh lebih membimbangkan, berbanding ejaan ‘mi’ dan ‘kuetiau’.

‘Bangsa’ Malaysia

Pada tahun 1991, ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan suatu gagasan yang diberi nama Wawasan 2020.

Wawasan 2020 digagaskan setelah kerajaan Barisan Nasional menang besar dalam pilihan raya umum tahun 1990. Di bawah pimpinan Mahathir, BN memenangi 127 kerusi; dengan Umno kekal dominan berbekalkan 71 kerusi. Umno ketika itu sedang beransur pulih daripada krisis kepimpinan dua tahun sebelumnya yang melahirkan Semangat 46.

Di tengah-tengah kemelut dan perpecahan itu, satu usaha perlu dibuat untuk menyatu-padukan umat Malaysia.

Maka Mahathir pun meletakkan sembilan cabaran strategik yang harus dihadapi rakyat Malaysia bagi mencapai Wawasan 2020. Cabaran yang pertama, adalah:

“Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”

Lapan lagi cabaran yang digariskan Mahathir pun menarik untuk dilihat, tapi mari kita beri tumpuan kepada yang satu ini. Terutamanya kepada kalimat ‘bangsa Malaysia’ itu.

Definisi ‘bangsa’

Persoalan definisi ‘bangsa’ bangkit semula sepuluh tahun lalu ketika Hannah Yeoh melahirkan anak sulongnya.

Jabatan Pendaftaran Negara, pada tahun 2011 enggan membenarkan Hannah mendaftarkan ‘bangsa’ anaknya sebagai ‘anak Malaysia’; dan menyatakan bahawa ‘bangsa’ si anak mestilah mengikut bapa.

“Betul lah tu. Apa hal bangsa nak jadi ‘anak Malaysia’ pula?” ujar ada sambil mengerutkan dahi. Ada-ada sahaja lah DAP ni.

Kekeliruan tentang kalimat bangsa ini juga timbul ketika cabaran Bangsa Malaysia diajukan oleh Dr Mahathir. Ada yang menyebut bahawa konsep ‘Bangsa Malaysia’ ini samar-samar sifatnya sehingga melampaui batas Perlembagaan dan meninggalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menegaskan entiti etnik Melayu.

Kelakar bukan? Dalam menyerang gagasan bangsa Malaysia itu, ada pula modal Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Kata ‘bangsa’ dalam ‘kebangsaan’ langsung tidak sama maknanya dengan konotasi ‘bangsa’ yang dibantah tadi.

Ternyata, kekeliruan ini berakar daripada hakikat bahawa kata ‘bangsa’ itu ada dua definisinya. Yang pertama ‘bangsa’ yang merujuk keturunan, kaum, jenis; dan yang satu lagi adalah kelompok manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

‘Bangsa’ dalam faham kebanyakan orang, adalah menurut definisi yang pertama. Padahal, konotasi ‘bangsa’ dalam Bangsa Malaysia, sepertimana Bangsa Johor adalah menurut definisi kedua.

Itu sebabnya kita menterjemah ‘nation state’ sebagai ‘negara bangsa’; ‘national school’ sebagai sekolah kebangsaan, ‘national stadium’ sebagai stadium negara; dan Hari Kebangsaan sebagai ‘National Day’.

Saya tidak hairan kalau ada yang mendesak sistem pendidikan satu aliran dengan alasan ia percaya bahawa sekolah kebangsaan adalah sekolah yang menerapkan identiti ‘bangsa’ Melayu, dan justeru melenting kenapa ada ibu bapa yang lebih berkenan menghantar anak-anak mereka ke Sekolah (Jenis) Kebangsaan.

Kekeliruan ini mewujudkan jurang persefahaman yang melebar, hari demi hari.

Sehinggakan apabila Tun Dr Mahathir dalam wawancara anjuran Sinar Harian baru-baru ini menyebut tentang rasa sayangnya terhadap ‘bangsa’; ada yang melompat menyatakan bahawa mereka tidak sebangsa dengannya.

Ternyata cabaran ‘Bangsa Malaysia’ bukan setakat membentuk kesatuan dan toleransi dalam sebuah masyarakat berbilang latar keturunan, budaya, kepercayaan dan adat resam, bahkan merupakan cabaran mendidik kefahaman dari serendah-rendah tingkatan, untuk membezakan maksud-maksud berbeza sepatah perkataan.

Tidak seperti mangga dan kopek yang meski masing-masing mempunyai lebih daripada satu maksud tetapi tidaklah sebegitu signifikan terhadap usaha membina negara, kata ‘bangsa’ mempunyai kepentingan yang amat tinggi. Salah faham masyarakat terhadap kata ‘bangsa’ tentu sekali boleh membawa binasa.

Maka soalnya kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka membiarkan kekeliruan sedemikian menjadi barah pembodohan masyarakat? Sibuk pula dia membetulkan ejaan makanan.

Apa kata sambil-sambil DBP meleraikan kekusutan faham masyarakat tentang kalimat ‘bangsa’ dan konsep ‘bangsa Malaysia’ sebagai sebuah wadah perpaduan; betulkan juga cara masyarakat mengeja kata ‘biadab’.

Sudah terlalu ramai orang menggunakan ejaan propaganda anti-DAP; ‘biadap’. Bukankah masyarakat perlu dididik untuk membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul? 



GERAK98 Lancar Perang Kesemua Pihak Yg Anti Refomasi. Mengapa PKR Lantik...



Jelas Ezam kata Gerak98 akan menentang pimpinan yang berada dalam PH tapi menjunjung OT95 yang jelas menolak DSAI. Ini adalah musuh Reformasi.


((AMOK LOKMAN)) DENDA 10K - BODOH & BAHLOL, RAKYAT MARAH MENTERI UMNO & ...



((AMOK LOKMAN)) DENDA 10K - BODOH & BAHLOL, HUKUMAN ANTARA 2 DARJAT, RAKYAT MARAH

MENTERI UMNO & MENTERI UMNO SILA KELUAR KERAJAAN SEGERA!



KEADILAN perlu terus berjuang, maruah dan harga diri tiada gantinya


POSTED BY AMIR WRLR

Abang Dzulkefly dari KEADILAN Mukah menyeru semua ahli parti yang dianggotainya supaya meneruskan perjuangan yang dilaungkan sebelum ini.

Beliau beranggapan, tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng meninggalkan KEADILAN tidak harus diratapi sebaliknya perlu berpijak di bumi yang nyata.

"Rakan seperjuangan, ahli PKR Mukah khasnya dan Sarawaknya. Yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.

"Kalau takut dilanda ombak jangan berumah di tepi pantai. Jika takut dengan kepanasan jangan duduk di dalam dapur.

"Kita telah melihat yang pergi dengan alasan mereka yang benar kerana sudah mencapai sasaran mereka," katanya.

Justeru, Abang Dzulkefly mahu melihat ahli-ahli KEADILAN terus bergerak kerana perjuangan masih jauh dan berliku.

"Ketahuilah yang kekal bersama kita adalah orang-orang yang hebat belaka. Itu sebabnya kita tetap teguh dengan perjuangan ini.

"Yang kekal bersama kita adalah mereka yang kukuh pendiriannya, jelas halatuju perjuangannya, mantap hujahnya dan orang-orang yang berani belaka.

"Kita sedari, mereka yang masih bersama, juga pernah menerima tawaran dan ganjaran yang lumayan, tapi tiada nilai berbanding maruah dan harga diri yang tiada gantinya.

"Biarkan mereka pergi dengan lambaian mesra, tanpa rasa kecewa dan jangan sekali berdendam jiwa kerana di hadapan kita masih banyak tugas dan amanah yang kita perlu galas," katanya.


DUA YANG BERBEZA

 May be an image of 1 person and text that says "Hapopop Ianntd o Yang jaga Wilayah- Yangjaga negara -negara Wilayah Persekutuan timurtengah KINI BERADADIN.ZEALAND BERADA BERADA KINIBERADADIMALAYSIA DIMALAYSIA"

JANGAN GUNA ALASAN REMEH HALANG SIDANG PARLIMEN


KES SAMAN FITNAH YANG MENANG DAN BURUKNYA PEMFITNAH

 







Nga Kor Ming menang saman fitnah.

Ngeh Koo Ham menang saman fitnah.

Teresa Kok menang saman fitnah.

Lim Guan Eng menang saman fitnah.

Tony Pua menang saman fitnah.

Liew Chin Tong menang saman fitnah.

Yeoh Bee Yin menang saman fitnah.

Semua ini Cina non-Muslim DAP yang difitnah orang Melayu... sudah pastinya berugama Islam.

Ada juga kes yang mana Melayu saman tapi dia sendiri kena bayar saman... Amat melucukan...!

Najid didakwa kes rasuah

Zahid didakwa kes rasuah

Ku Nan didakwa kes rasuah

Isa Samad didakwa kes rasuah

Musa Aman didakwa kes rasuah

Banyak lagi kalau nak disebut..

Semua ini Melayu Muslim

Kita memfitnah bangsa Cina hanya kerana tujuan politik. Akhirnya ramai umat Melayu di kampung-kampung tertipu kerana kekurangan ilmu.

Kredit:

Norman Radzuan

 

Berdoalah semoga mentaliti bangsa Melayu berubah. Baik dari pemimpin hingga ke rakyat bawahan...utk berubah ia memerlukan reform mentaliti.

Reform bermula dari pendidikan awal dan didikan mentaliti utk yg sudah dewasa. Kita mahu berubah kerana rasa cinta agama Islam, sayangkan bangsa Melayu dan negara tercinta ini... itu saja.

Berubah lah.

 

Larry Sng, Edmund Santhara contoh kapitalis dan tauke dalam politik

 


Larry Sng, Edmund Santhara contoh kapitalis dan tauke dalam politik

LARRY SNG DAN EDMUND SANTHARA KUMAR CONTOH KAPITALIS DAN TAUKE DALAM POLITIK YANG MENENEGGELAMKAN SLOGAN ISLAH DAN REFORM..

Kebelakangan ini nama yang cukup popular adalah Edmund Santhara dan Larry Sng.. Edmund Santhara Kumar popular sebagai timbalan Menteri yang popular dengan berta bercuti di New Zealand selama 55 hari.. Manakala Larry Sng adalah mantan Pengerusi PKR Sarawak hat keluar parti join Kerajaan tebuk atap….

Tapi ramai yang tak tahu latar belaakang depa… Mungkin ramai yang terpesona dengan Slogan Reformasi dan Islah..Mengangkat kepentingan Rakyat Marhaen.. Orang PKR selalu popular dengan gelaran Tun parti yang pro Kapitalis dan Kroni..Ada ketika kita gagal melihat pada diri kita sendiri..

Masa pemilihan PKR 2 tahun lepas.. Dikatakan Larry Sng banyak membantu kempen Rafizi.. Katanya undi disana menyelamatkan rafizi..Dikatakan Ds Anwar selalu menggunakan Jet Peribadi dia dalam urusan Politik.. Katanya atas sebab itu dia dilantik sebagai pengerusi PKR.. walhal dia datang dari proses lompat jugak.. mungkin masa tu dikira bermoral.

Masa kempen PKR tu aku ingat lagi.. Depa kata YB Larry Sng anak billionaire Datuk Sng, Orang yang terkenal dengan katanya di Sarawak kerja melanun balak,tu orang kata lah.. dan orang kuat Tun Taib Mahmud..Itu hanya tuduhan lah.. tapi masa tu pemilihan PKR..

ramai hat pertikai lantikan dia sebagai pengerusi PKR Sarawak, antara jadi pertikaian isu tanah Adat.. sampai kempen Azmin kata.. jangan sampai Tauke beli Undi.. tuduh menuduh berlaku dalam kem rafizi dan Azmin.. Itu lantak hangpa lah..Mungkin itu jalan Shortcut nak menang pemilihan..

Lepas tu cerita Edmund Santhara Kumar..Sapa baca latar belakang dia, Dia bekas CEO atau pemegang saham Masterskill.. Masa pemilihan PKR, pun ada geng yang londeh dia ada kekayaan lebih Rm 100 Juta.. Lebih teruk dia dikatakan bekas orang kuat MIC..tetapi MasterSkill itu pernah didedahkan syarikat pro MIC yang banyak dapat manfaat dari Kerajaan…. Kroni jugak lah..

Memang benar memang dia ada kekayaan.. dan ramai pemimpin PKR kaya..DAP pun mcm tu.. yang betul2 Marhen pemimpin Amanah..depa memang hidup zaman susah, Kalau kerja besar pun..last last masuk PAS jadi miskin..

Cerita Tauke dan orang Kaya dalam PKR bukan baru..Dikatakan Pejabat PKR di Tropicana dulu pun dibiayai oleh tauke.. Tak kisah lah.. Mungkin kerja Azmin.. Tapi toksah lah dok tuduh Amanah kononnya depa taknak reform…depa parti org miskin.. Depa bina parti dalam keadaan miskin.. jangan hangpa bunuh depa.. Kurang kurang, Korang ada Negeri Kaya seperti Selangor..

Cerita Tauke dan Kroni dalam PKR ni bukan baru..Kamaruddin Jaffar datang dari dunia Korperat dan UMNO.. Ts Khalid Ibrahim juga dari kalangan korperat dan UMNO.. Akhirnya jadi Mb Selangor..Inilah pemimpin yang bagi aku antara yang terbaik dalam PKR..tapi dibuang PKR pulak..

Dulu, Bekas dikatakan Pengarah Magnum Datuk S Nallakaruppan pun pernah jadi pemimpin terttingi PKR..masuk PKR tahun 2006..Takkan korang nampak Vicent tan jer.. siap dalam keterangan Mahkamah, Dia kata dia kecewa kerana ketika mahu bertanding kerusi Naib Presiden, Ds Anwar minta beri laluan kepada Azmin.. Lepas tu keluar parti..menariknya..Datuk Nalla pun bekas pemimpin MIC..

Aku tak kisah lah cerita Tauke ker.. Kroni ker.. Sapa jadi PM pun..Pasti ada tauke dan Kroni yang pro pada mereka.. tak payah berlakon lah..belum jadi Kerajaan dah penuh dengan tauke..Tapi bila kita kritik..Biarlah kritik dengan Adil.. Jangan gunakan slogan Reform, lepas fitnah orang lain dengan kronisme dan Parti tauke, kononnya korang lah yg bawa agenda Reform dan Islah..

Bagi aku sapa jadi pemimpin pun.. Akan ada tauke dan Kroni yang menghimpit.. Baru baru ini, Masa Ds Anwar agihkan seribu tab percuma di Port dickson.. Ianya tajaan yayasan YTL.. Lepas tu hangpa kut bawah dok mainkan fitnah Dr Maszlee kena pecat sebab pertahan kroni YTL yang pro Tun..fakta pun tak betui..YTL dengan Projek I-Bestari tu zaman Muhydiin bukan Tun..

Apapun.. Korang nak serang Tun tu seranglah..Aku tak marah.. Tapi yang korang gambarkan pemimpin Amanah hat serba miskin sebagai nak jadi Menteri ..sebab ada Kroni tu apehal..

Soal depa mungkin lemah dalam organisasai Politik aku setuju..Nak kata depa ni takda Intergiriti.. Gila jawatan dan kedudukan..Itu akan aku pertahankan.. jangan sebab membenci korang Fitnah..Kalau aku nak main sentimen jahatpun aku boleh buat..Tapi cara tu tak betl..faham tak ?

Ipohmali



Pemimpin UMNO sekolahkan Takiyuddin berkait faktor usia MP punca Parlimen tak boleh bersidang

 

Pemimpin UMNO sekolahkan Takiyuddin berkait faktor usia MP punca Parlimen tak boleh bersidang

Seorang ahli Majlis tertinggi (MT) Umno secara sinis mencadangkan agar had umur ahli parlimen dipinda sekiranya faktor usia menjadi halangan untuk Dewan Rakyat bersidang ketika wabak Covid-19.

Razlan Rafii berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan sepatutnya lebih ikhlas dalam memberi jawapan mengapa parlimen ditangguhkan dan bukan bergantung kepada alasan tersebut.

“Kalau ini (faktor umur) alasannya, saya cadangkan ordinan baru nanti meletakkan had kepada umur ahli politik, umur menjadi ahli parlimen atau Adun 18 hingga 60 tahun.

“Saya harap, Takiyuddin lebih ikhlas memberi jawapan, rakyat akan faham. Darurat adalah untuk meletakkan politik negara dalam keadaan stabil demi membolehkan kerajaan menangani masalah Covid,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Razlan, kerajaan misalnya boleh meluluskan apa sahaja pembangunan tanpa terikat kepada undang-undang dalam tempoh darurat.

“Tidak salah perkara ini diungkapkan secara lebih jelas dan ikhlas. Berdolak dalik isu sidang parlimen menunjukkan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Terdahulu media melaporkan jemaah menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.

Takiyuddin berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan parlimen.

Selain itu Takiyuddin memaklumkan sebahagian ahli Parlimen adalah mereka yang berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

“Di parlimen sekarang ini, ada 220 ahli parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 ahli parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang.

“Jadi, hampir sebahagian ahli parlimen kita adalah kumpulan berisiko. Kita tidak mahu ahli parlimen terdedah dengan perkara ini (kerana) kita berada dalam satu kawasan yang tertutup,” kata Takiyuddin.

Razlan berkata, lebih lama darurat ini perpanjangan, negara luar akan melihat Malaysia tidak mengamalkan sistem demokrasi yang telus.

Sementara itu, Exco Pemuda Umno Mustafa Shah Abdul Hamid menyifatkan keengganan kerajaan memanggil Dewan Rakyat bersidang sebagai tidak menghormati keputusan Istana Negara.

Katanya, ketika negara sudah menerima vaksin Covid-19, tidak ada alasan lagi untuk kerajaan menafikan sidang parlimen.

“Bukan saja tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi ia juga tidak menghormati demokrasi.

“Vaksin sudah ada, kenapa kita takut untuk bersidang bagi membincangkan isu rakyat, khususnya ketika pandemik Covid-19.

“Sekolah boleh belajar, kenapa parlimen tidak boleh bersidang,” katanya lagi.

Istana Negara dalam kenyataan pada 12 Jan menyatakan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.

Perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat perdana menteri.


Panas! UMNO dah kena main dengan Muhyiddin pun masih takut keluar PN

 


Panas! UMNO dah kena main dengan Muhyiddin pun masih takut keluar PN


UMNO DAH KENA MAIN DENGAN PN PUN.. MASIH TAKUT KELUAR PN..

Apa punya surat.. Tajuk macam gempak..UMNO menghantar surat untuk menamatkan Kerjasama menjelang PRU 15.. Entah apa apa..Teruslah umum keluar PN, Mcm Bersatu umum keluar PH, maka runtuhlah Kerajaan PN secara rasmi.. acah acah nak keluar PN..

walaupun dalam keadaan Dharurat..Pembangkang dah boleh minta YDPA lantik PM Interim.. apa punya teruk keluar PN menjelang PRU 15.. tak payah bagi tahu lah.. Nampaknya UMNO masih Playsafe..

Biar aku bagi tahu terus terang..Dia mudah jer, Dalam UMNO sendiri dalam dilema.. Majoriti MT UMNO tak sokong pun keluar PN, mana tak nya masing2 dah sedap dengan jawatan.. tu sebab Najib dan Zahid cuba buat strategi mahu suara perwakilan, pemimpin bawahan buat keputusan keluar PN melalui perhimpunan Agung UMNO…. jadi bagi menghentikan mesyuarat agong UMNO..PM tebuk atap buat PKP..

Strategi UMNO mahu bubarkan Parlimen tanpa mahu Kerajaan ini kembali kepada Tun Mahathir atau kepada Ds Anwar Ibrahim..Najib memang bijak.. dia tahu, Kalau Tun jadi PM dia teruk..Ds Anwar jadi PM pun UMNO lebih teruk..

Tu sebab Lokman Adam sendiri mengaku, antara Strategi Zahid..Najib, hantar surat sokongan kepada Anwar, Bila YDP Agong panggil mengadap..Depa akan tarik sokongan dan minta parlimen di bubarkan…

Kalau tak kerana kes Covid-19 melonjak..masa Ds Anwar umum bulan sept dulu masa PRN Sabah.. Parlimen dah bubar..jadi terima kasih lah sebab Allah taqdirkan kes Covid kembali meningkat..ia merencatkan rencana depa.. dan selamatkan PH..

itu depa dah lakukan pun..Masa langkah Sheraton, mula mula hantar surat sokongan sokong Tun Mahathir.. Sampai penuh rombongan masuk Istana petang 23 feb 2020..Bila Tun tak boleh terima UMNO secara enbloc.. depa u-turn minta Parlimen dibubarkan.. depa mahu kerajaan tanpa DAP dan Anwar..Nasib lah Najib ada pengaruh ubah keputusan GPS dan &%&& saat akhir…

Macam macam cara depa buat.. Apapun..walaupun ada rancangan singkirkan Haji Hadi dalam PAS..singkir Zahid Hamidi dalam UMNO..aku tetap Doakan depa akan terus jadi Presiden sampai PRU 15.. biar depa rasakan atas apa yang depa rencanakan kejatuhan Kerajaan PH..

Aku tak pernah lupa Doa TG Nik Aziz kepada Pengkhianat ni..Tak kira Najib mahupun Zahid..! 🙂

Ipohmali



ANNUAR MUSA SENGAJA CARI SENSASI ISU LAMA, LEBIH BAIK SAJA MASUK BERSATU SEGERA


 Sekali lagi Annuar Musa cuba mencari sensasi dengan mendedahkan isu kandungan surat Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Menambahkan sensasi lagi, beliau turut membangkitkan beberapa persoalan atau andaian tentang masa depan parti susulan surat tersebut yang bertujuan menjelaskan keputusan mesyuarat MT UMNO kepada Muhyiddin berhubung kerjasama UMNO dengan Bersatu.

Yang nyata, walaupun surat tersebut adalah adalah sulit antara Ahmad Zahid dengan Muhyiddin, Annuar nampaknya seperti diberikan salinannya, kemudian mendedahkannya sambil mengecam keputusan UMNO dan menunjukkan kecenderungannya memihak kepada Bersatu.

Siapakah agak-agaknya yang memberikan maklumat tentang surat tersebut kepada Annuar?

Adakah Muhyiddin sendiri yang memberikan salinan surat itu kepada Annuar?

Berhubung dua keputusan mesyuarat MT UMNO yang dimaklumkan Ahmad Zahid dalam suratnya kepada Muhyiddin – tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu dalam PRU15 dan keberadaan UMNO dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan – ini sebenarnya bukanlah perkara baru atau keputusan baru.

Perkara ini sebenarnya adalah pendirian asal UMNO sebaik saja mereka setuju berada dalam kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sejak awal lagi.

Ahmad Zahid dan bekas Presiden UMNO, Najib Razak telah beberapa kali menyebut dan mengingatkan tentang pendirian tersebut, baik dalam ucapan atau tulisan di platform media sosial mereka.

Malah, usul yang diluluskan oleh majoriti UMNO bahagian baru-baru ini yang setuju putus hubungan dengan Bersatu pun adalah berpandukan hakikat tersebut.

Akar umbi UMNO sendiri faham dan setuju untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN dalam PRU akan datang, sebaliknya pendirian mereka hanya mahu bersama Pas dalam MN saja bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Jadi, kenapa Annuar kalut sangat dengan surat dan isi kandungan surat Ahmad Zahid kepada Muhyiddin itu?

Sebagai bekas Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Agung UMNO, Annuar ternampak tidak beretika kerana mendedahkan isu kandungan surat itu dan mempertikai keputusan parti serta seolah-olah menyerang Presiden parti sendiri.

Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama Annuar berbuat demikian di mana sebelum ini beliau telah beberapa kali menunjukkan rasa tidak hormat kepada parti dan pimpinan UMNO, sebaliknya memperlihatkan lebih simpati kepada Bersatu dan Muhyiddin.

Sebagaimana sebelum ini beliau mendedahkan surat Ahmad Zahid dan Najib menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, pendedahannya kali ini seperti ulangan perangai tidak beretikanya sekali lagi.

Walaupun persoalan atau andaian yang dibangkitkan Annuar berhubung keputusan UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu seolah-olah untuk masa depan UMNO, Annuar sebenarnya hanya bertujuan melindungi Bersatu dan Muhyiddin, sambil mengkocak serta mengkucar-kacirkan kedudukan UMNO.

Ini kerana dengan keputusan UMNO sebagaimana dimaklumkan kepada Muhyiddin itu, kiranya kekal dilaksanakan dalam PRU15 akan datang, yang lebih dulu akan “sesak nafas” dan mungkin “lemas” adalah Bersatu.

Dengan tiada akar umbi dan ramai pemimpinnya yang berjawatan Ahli Parlimen sekarang adalah berasal daripada kelompok pelompat, tanpa ihsan UMNO sanggup berkongsi kerusi, Bersatu boleh dikatakan tiada masa depan lagi jika sekadar bersama PN.

Kecuali Pas, anggota PN lain iaitu Bersatu, Gerakan, STAR dan SAPP (dua parti di Sabah) bukanlah parti yang banyak pengaruh dan kuat kedudukan akar umbinya.

Begitu pun, bergantung kepada Pas semata-mata belum cukup memberi jaminan kejayaan buat Bersatu, silap-silap dengan sentimen penolakan rakyat terhadap Muhyiddin yang kian membesar dari semasa ke semasa, Pas sendiri boleh hanyut ditolak arus dengan pilihannya bekerjsama dengan Bersatu seperti sekarang ini.

Bagi Annuar sebagai pemimpin yang tidak berada dalam MT UMNO, beliau sepatutnya berlapang dada atas apa juga keputusan yang dibuat parti, bukan menunjukkan simpati atau memihak kepada parti lain.

Dalam hal parti, beliau hendaklah bersama UMNO, menyokong keputusan UMNO dan mempertahankan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, manakala sokongan Muhyiddin hanya terhad kepada urusan kerajaan saja.

Ini tidak, dalam hal kerajaan beliau menyokong Muhyiddin dan dalam urusan UMNO pun sokongannya memihak kepada Muhyiddin juga.

Apa juga keputusan parti, terutama yang diputuskan oleh MT, ia tentulah setelah melalui proses perbincangan ramai, bukan keputusan seorang Presiden semata-mata.

Jika hakikat ini pun beliau gagal memahaminya, malah masih berterusan menunjukkan simpati dan memihak kepada Bersatu serta Muhyiddin, lebih baiklah sebenarnya Annuar segera keluar UMNO dan menyertai saja parti tersebut.

Lagi pun dengan sikapnya yang berterusan seperti “duri dalam daging” seperti ini, belum tentu namanya dipilih lagi sebagai calon di Parlimen Ketereh, bahkan siapa pun jadi Presiden UMNO pasti keberatan untuk menandatangani watikah calon untuknya.


 (Shahbudindotcom 04/03/2021)



APA KATA RAKYAT SEGAMAT DENGAN MANUSIA INI? DIA MEMANG LAYAK BERADA DLM ...



Sebelum menang, tunjuk diri macam malaikat. Mahu bekerja untuk RM1. Bila dah menang, jadi pengkhianat dan makan gaji buta, boleh bercuti ke luar negara waktu Covid?







JANGAN TERUS DUDUK SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG




Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, penutupan hotel di pulau itu tidak dapat dielakkan ekoran larangan rentas daerah dan negeri ketika ini yang masih berterusan. “Kami persatuan sudah berbincang dan andai tiada perubahan, semua ahli akan gulung tikar dan serah kembali lesen pelancongan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, 26 Februari.






RENTASAN 838 | SURVEI IDE: MUHYIDDIN DITOLAK RAKYAT?






MENARIK DALAM RENTASAN 838

1. PERIKATAN NASIONAL KERAJAAN YANG CEMERLANG? 2. POTONG BARISAN - JANGAN UGUT WHISTLE-BLOWER 3. WARGA KUALA LUMPUR TERKILAN 4. RAKYAT HARUS BERTAWAKKAL DAN REDHA ATAS APA?