Moratorium, subsidi upah bukan penyelesaian ekonomi tetapi kecairan tunai dan subsidi sewa

 


Moratorium, subsidi upah bukan penyelesaian ekonomi tetapi kecairan tunai dan subsidi sewa

MORATORIUM DAN SUBSIDI UPAH BUKAN PENYELESAIAN EKONOMI..TETAPI KECAIRAN TUNAI DAN SUBSIDI SEWA..

Semingu kebelakangan ini, Cerita pengeluaran KWSP sudah kian pudar bila PM tebuk atap akan membenarkan pengeluaran tanpa syarat, kini Najib kembali memainkan sentimen Moratorium Automatik.. begitu juga sesetengah pemimpin PH.. Tolonglah pemimpin PH gunakan pendekatan berbeza..

Alasan paling mudah Bank masih mempunyai keuntungan yang tinggi..?Apakah ini penyelesaian Ekonomi.. bagi aku tidak.. Bank seperti pemborong dan Pembekal yang membekalkan barangan kepada Peruncit dengan bayaran tertangguh atau consignment. Apa keuntungan dicatatkan hanya apa yang berada unjuran diatas kertas..

Selagi peruncit tidak menjelaskan Invoice dan belian mereka..Pemborong dan Pembekal kehilangan kecairan tunai untuk kembangkan Perniagaan dan prospek baru..Kesannya masih belum dirasai sebab belum tempohnya peruncit membayar balik.. akhirnya kesan kepada Bank pun tertangguh..

Siapa yang baca laporan hadapan Ekonomi Utusan semalam, Jumlah pinjaman tak berbayar (NPL) seba­nyak RM28.7 bilion pada akhir tahun lalu dicatatkan iaitu tertinggi sejak sembilan tahun kebelakangan ini.. Pinjaman tidak berbayar menandakan Ekonomi dan krisis pendapatan rakyat adalah serius, termasuk sektor Perniagaan..

Maksudnya Moratorium yang berakhir pada bulan Oktober lalu selama 6 Bulan, Baru kita lihat petanda Ekonomi makin teruk pada penghujung tahun, ramai yang masih tidak dapat membayar komitmen pinjaman bank.. data ini hanya dilihat pada suku terakhir tahun lepas, pada ketika itu hanya PKPB dilaksanakan..

Agaknya apa kesan besar bila PKP dan penutupan Ekonomi berlaku 2 Bulan pertama tahun ini, Dijangkakan Bank akan mula merasakan Impaknya.. Jadi jika Moratorium itu penyelesaian..Kenapa tak minta Moratorium sampai 10 Tahun juga.. Sebenarnya kegagalan sejak awal Moratorium adalah tidak bersasar…

Sepatutnya mereka yang kekal berpendapatan, Sejak awal kecualikan mereka dari Moratorium, Manakala Moratorium disasarkan hanya kepada mereka yang hilang pekerjaan, Kekurangan pendapatan dari perniagaan dan mereka yang terpaksa menutup Perniagaan..

Jika Perlaksanaan ianya bersasar sejak awal, Bagi yg kehilangan Kerja..mereka yang susah dan terjejas akan dapat dipanjangkan Moratorium mereka kepada setahun atau 18 Bulan.. Malangnya perlaksanaannya tidak bersasar.. akhirnya yang terjejas dan tidak hanya peroleh Moratorium selama 6 Bulan..

Dalam Islam adil itu ada dua makna, dalam Quran ada ketika disebut Al Adl..dan ada ketika disebut Al Qisth..ada ketika maknanya sama Al Musawah(saksama).. dan satu lagi At Tawazun(keseimbangan).. Itu sebabnya Ulama memberikan tafsir Adil itu..

وَضْعُ الشَّيْءِ فِي مَحَلِّهِ..

Meletakkan sesuatu pada Tempatnya..

Aku tidak melihat mana mana negara menyelesaikan masalah Ekonomi mereka dengan Moratorium.. Sebab seperti apa yang dicadangkan Lim Guan Eng sebelum Belanjawan , Moratorium ada kosnya, Kosnya sekitar RM 6.4 Billion.. Cukup untuk kita mencontohi German dan Singapura , Jika perlaksanaan dilaksanakan secara bersasar..

Mudah faham begini, Jika Moratorium tidak dilaksanakan secara bersasar, Pemilih Pasaraya seperti Mydin atau AEON , setidaknya pemilik premis rumah kedai.. mereka akan dapat manfaat dari pengecualian bayaran balik Bank.. tetapi apakah penyewa dan Premis yg disewa peniaga kecil dimiliki mereka di kecualikan sewa ? jawapannya tidak..

Begitu juga pemilik Kondominium dikalangan Kayangan dan berpendapatan Tinggi, Apakah penyewa mereka yang kehilangan kerja dikecualikan bayaran sewa ? Jawapannya tidak..Tuan Kondominum, Rumah dapat manfaat untuk duit tu dibelanjakan, Penyewa kekal terbeban.. Itu sebab penyelesaian Ekonomi tidak berlaku..

Di Singapura digubal akta yang memberikan hak penyewa perindustrian dan Komersial dikecualikan sewa selama 4 Bulan, Selama setahun hak mereka tidak boleh diusir dari premis jika mereka tidak mampu membayar sewa, Di German, bagi penyewa rumah, Kediaman, Mereka dikecualikan bayaran sewa selama setahun..

Akhirnya Akta Subsidi sewa ini prinsip dan natijahnya menyamai dengan Moratorium..Tetapi ia lebih bersasar.. Pemilik perniagaan akan ada kecairan Tunai untuk mereka mengubah prospek dan menyesuaikan suasana baru dalam kemelesetan akibat Pandemik Covid-19..

Begitu juga Subsidi Upah, Subsidi Upah tidak boleh diberikan secara pukal dalam tempoh yang panjang, fasa kedua sepatutnya, Kerajaan membelanjakan Jumlah yang besar untuk menggalakkan Pinjaman mudah(Softloan), Mudah tunai bagi meningkatkan kecairan tunai dalam sektor Perniagaan,

Di German contohnya setiap IKS diberi mudah tunai seperti Mikro kredit sebanyak 30 ribu Euro , Manakala Australian US 25 Ribu.. Di Australia Bagi yang nak berniaga.. Peniaga Kecil disana disalurkan pembiayaan A$25,000 (RM68,713) kepada setiap perniagaan kecil, sama seperti geran Prihatin.. Itu mudah tunai untuk depa..

Tolong lah pemimpin pemimpin PH..Jadilah bayangan Kerajaan yang Progresif, Dapatkan penasihat Ekonomi yang betul..Mengapa perlu mengikut rentak Muhyidin dan Najib.. Najib itu scammer.. Lihat saja dasar pengeluaran KWSP.. Apa jadi, Mengikut laporan semalam, 30% Pencarum hanya berbaki RM 100 dalam akaun, Mereka keluarkan kesemua simpanan..

Apakah ini membenarkan pengeluaran KWSP menyelesaikan Masalah Ekonomi ? tidak..sudah 12 Bulan pengeluaran 1 Lestari berlaku.. Sudah fasa pertama agihan I-Sinar dilaksanakan.. Ekonomi tetap teruk.. Perbelanjaan semata mata tidak akan membantu Ekonomi..Tetapi ia mesti berkitar dalam Kitaran Ekonomi dan cara yang betul merangsang Ekonomi….

Jadi cara yang paling tepat, bagaimana Korea Selatan bangkit dari kemelesetan tahun 1998 dengan memacu sektor IKS dan PKS dengan kecairan Tunai..

Masalah dihadapan kita adalah krisis EKonomi.. Pengangguran, hilangnya pendapatan disebabkan sektor Perniagaan IKS dan PKS yang menyumbang 70% Cukai Kerajaan telah hilang simpanan,rezab dan kecairan tunai mereka.. Akhirnya mereka terpaksa tutup Perniagaan dan kedai yang menyebabkan Pengangguran bertambah.. 🙂

Ipohmali




Selepas tiada tempat dalam AMANAH, Hamzah ‘sertai’ Pejuang

 

Selepas tiada tempat dalam AMANAH, Hamzah ‘sertai’ Pejuang


Parti Amanah sekali lagi menerima kejutan apabila seorang penggeraknya dilaporkan menyertai parti lain hari ini.

Kali ini bekas pengerusi Amanah Pahang Hamzah Jaafar diumum sebagai ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi negeri itu.

Senarai ketua Pejuang negeri-negeri berkenaan dikeluarkan setiausaha agung penaja Pejuang, Marzuki Yahya.

Hamzah ialah bekas calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi DUN Dong pilihan raya umum lalu dan dilantik menjadi pengerusi Amanah negeri sehingga 2019.

Dalam pemilihan Amanah pada tahun tersebut Hamzah gagal mendapat undi mencukupi sebagai sebahagian daripada pimpinan Pahang.

Sementara itu Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad memberitahu Malaysiakini Hamzah ada memberitahu dia ditawarkan untuk menyertai PKR dan Pejuang sebelum ini.

Bagaimanapun kata Khalid, Hamzah belum lagi membuat keputusan mengenainya.

“Kalau Pejuang belum daftar (sebagai parti), maka membantu Pejuang tiada masalah. Dia bukan jadi ahli,” katanya.

Anwar atau Mahathir

Sementara itu sumber Amanah mendakwa sebelum ini Hamzah memang disebut-sebut mahu bertukar parti dan ia kedengaran sejak tahun lalu lagi.

“Asalnya dia seperti mahu menyerai PKR, tapi selepas berjumpa Dr Mahathir (Mohamad) dia memilih Pejuang,” katanya.

Pejuang merupakan parti serpihan Bersatu yang diterajui Mahathir bersama beberapa bekas pemimpin parti berkenaan.

Semalam, tiga Adun Amanah dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) menyertai PKR.

Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut mengambil langkah serupa.

Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan Amanah berdepan dengan konflik dalaman dipercayai berhubung isu hala tuju parti sama ada untuk cenderung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim atau Mahathir.

Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober lalu yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan Pejuang hari ini, selain Pahang turut mendapat ketua ialah Johor yang diketuai Ahli Parlimen Shahruddin Md Salleh, Selangor (Harumaini Omar), Kedah (Azimi Daim), Perak (Miro Nor Haidir Suhaimi), Kelantan (Sazmi Miah), Negeri Sembilan (Mohammad Jani Ismail), Pulau Pinang (Ahmad Shahreazal Abd Rashid) dan Melaka (Ruslin Hasan).

Menurut Pejuang, ketua parti itu untuk Perlis, Wilayah Persekutuan dan Terengganu pula akan diumumkan kemudian.



DUA AHLI PARLIMEN LOMPAT DIPECAT SERTA MERTA

 

Majlis Pimpinan Pusat telah mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dan membincangkan beberapa perkara utama seperti berikut.

KEADILAN memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua Ahli Parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.

Majlis Pimpinan Pusat juga telah membuat keputusan hari ini untuk memecat YB Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan YB Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota KEADILAN dengan serta-merta.

Jentera KEADILAN di kedua-dua cabang tersebut diminta melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, menyelesaikan isu dan masalah, serta bersiap sedia mengambil semula kerusi-kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket KEADILAN tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti.

Apa yang jelas, pada ketika wabak Covid-19 masih merebak dan ekonomi negara terus suram, Darurat digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa Kerajaan yang telah hilang sokongan majoriti iaitu dengan memberi masa untuk mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen melalui ugutan mahupun tawaran jawatan dan habuan.

Walaupun dengan pengkhianatan 2 Ahli Parlimen hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan Kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

DS Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung KEADILAN

28 Februari 2021.



KENAPA JADI BEGINI

 

Sebelum ini pada 3 November 2020, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imuninasi, Khairy Jamaluddin berkata, tempahan mana-mana vaksin hanya akan dibuat setelah ia diluluskan Kementerian Kesihatan.

Katanya, vaksin perlu diluluskan Kementerian Kesihatan sebelum tempahan boleh dibuat.

Peruntukan yang disediakan kerajaan untuk membeli vaksin Covid19 ialah RM3 bilion.

Tetapi, dalam kes vaksin Sinovac dari China yang tiba awal pagi semalam di KLIA,!kita nampaknya membeli dulu dan kemudian baru dihantar ke Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA Kementerian Kesihatan untuk proses ujian.

Menurut Khairy Jamaluddin atau KJ, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada bahagian tersebut untuk membuat penilaian secara bebas tanpa sebarang tekanan.

KJ turut memberitahu beliau tidak tahu bila kelulusan ujian akan diperolehi.

“Jawapan saya jelas, saya tidak fahu dan tidak boleh tahu bila sebab NPRA buat kerja secara bebas dan berkecuali.

“Saya juga tidak boleh tanya Pihak Berkuasa Kawalan Dadah atau PBKD bila hendak lulus.

“Jadi, jawapan yang tepat ialah saya tidak tahu bila vaksin Sinovac akan diluluskan,” tegasnya lagi.

Vaksin Sinovac buatan China yang tiba di KLIA awal pagi semalam dalam jumlah 200 liter atau untuk 300 ribu dos suntikan.

Ia kemudian dihantar ke kilang Pharmaniaga untuk dibotolkan.

Beberapa menteri kabinet turut berada di KLiA menyambut ketibaan vaksin tersebut.

Soalnya, kenapa kita membeli vaksin itu terlebih dahulu sebelum ia diluluskan?

Bagaimana jika Sinovac tak lulus ujian?

Atau oleh kerana ia sudah dibeli, maka ia dijamin akan lulus? 

(Shahbudindotcom 28/02/2021)



[TERKINI] Politik | Pakatan Harapan berdepan kemelut?



Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti, selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR. Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti-parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas. Tatkala PRU15 semakin hampir, adakah PH sekali lagi gagal mencapai solidariti dan membina kepercayaan dalam kalangan parti komponennya?





Mustahil 6 YB yg keluar ini hanya gila jawatan?

 NORMAN RADZUAN


Mustahil 6 YB yg keluar ini hanya gila jawatan?

MASAM-MASAM  OREN...TAK MANIS

Hampir setahun Anwar menolak Mahathir tapi pemimpin Amanah tetap kempen utk OT96 itu. Mempertahankan Mahathir lebih dari Presiden PH sendiri. Pelbagai cara mereka menyakiti perasaan pengundi PH dan ahli PKR dgn lebih mesra Mahathir, Dap dan Warisan berbanding PKR sendiri.

Tiba2 bila 3 YB nya mahu masuk PKR N.Presiden Amanah merayu Anwar membuat pertimbangan politik. Skg baru kau cerita pasal pertimbangan dan Timbalan seorang lagi kata tak manis...Selama hari ini pemimpin2 Amanah pernah buat pertimbangan menjaga hari ahli dan pengundi2 PH/PKR... adalah ia manis utk pemimpin PKR, ahli dan penyokongnya?

Patut tanya pemimpin yg keluar itu sebab kenapa. Jika mereka kata tidak berkenan beberapa kerat pemimpin Amanah mesra Mahathir adakah mereka mahu mendengarnya?

Ala Amanah mereka bertiga hanya pindah bilik bukan pindah rumah. Jika isteri dah tak tak ada perasaan dan minta diceraikan... kenapa dipaksa tinggal serumah. Apa guna tinggal serumah tapi tidak boleh bersama sebagai suami isteri. Lepaskan dgn cara baik tetapi silaturahim tetap dijaga...kata Islam rahmatan lil alamin.

Jgn sombong asyik menuding jari ke org lain. Bukan satu atau dua... dah 6 org YB keluar parti... tapi bezanya mereka tetap mahu berjuang bersama PH.

 

ANTARA TAMAN BUNGA TROPIKA DAN KAKTUS

 


Sikap Pas mandi dalam dua kolam atau bermain dalam dua taman sudah menimbulkan masalah kepada parti agama itu. Secara tidak sedar ada dua puak dalam Pas sekarang ini yang tidak sehaluan dan menegakkan perasaan masing-masing.

Satu puak yang suka dengan kolam yang mula-mula (Umno) satu lagi suka kepada kolam kedua (PPBM). Bagi yang mula meletakkan kaki dalam kolam atau taman Umno mengira air kolam itu berkhasiat buat mereka atau taman itu mendamaikan.

Sebaliknya dinafikan oleh mereka yang mulai merasai nyaman dan serasi dengan air kolam atau taman PPBM dan mempertahankan yang kolam dan taman PPBM lebih menarik, dan indah dengan segala macam haruman yang ada.

Puak ini perdebat kolam atau taman Umno sudah pernah "mengecong" memperdayakan mereka sebelum ini, sementara kolam dan taman PPBM masih original tidak pernah mengecong mereka.

Ekoran berlaku perselehangan dan berbeza pandangan ini mungkin menyebabkan timbul cerita kononnya ada ribut dalam cawan atau bueh dalam cappuccino politik Pas.

Pergolakan ini cuba dinafikan tetapi naratif ke arah perbalahan itu terus berlaku. Perang psikologi sesama pemimpin Pas kini berlaku dalam senyap ia umpama api dalam sekam.

Diharap Pas tidak membiarkan ini dan perbezaan pandangan itu perlu dihuraikan segera.

Terbaik

bagi Pas kena putus dan memuktamadkan kolam dan taman mana mereka mahu pakai, dan yang mana terpaksa ditolak. Dalam membuat keputusan ini Pas perlu bijak ia biarlah menguntungkan jangka panjang.'

Dengan mudahnya, apakah Pas mengira Umno survive berbanding dengan PPBM parti yang baru berusia setahun jagung. Hari ini kalau Pas terliur kepada keindahan, kebendaan, pangkat dan kedudukankan kerana PPBM boleh menyediakan tetapi tidak Umno. Namun yang perlu diperhitungkan parti manakah dalam Piraum ke-15 akan dapat dikutip maaf oleh Pas.

Hari ini walaupun Pas cuba menyatukan dua kolam dan taman itu, ia tidak mungkin, kerana kolam Umno airnya masih, kolam PPBM airnya berasid. Taman Umno penuh dengan kaktus, sementara taman PPBM dipenuhi dengan bunga-bungan tropikal mempesonakan. Trims.

 

Anwar Ibrahim: Reformasi Yang Bermakna Dalam Sistem Mesti Berlaku Dengan...

Pusat beli-belah eCurve tutup operasi 31 Mac ini? ALAYSIA DAH TAK BERDUIT. PENGKHIANAT SEDANG BERUSAHA MENGEKALKAN PENGKHIANATAN.

 

Fauzi Suhaimi
Pusat beli-belah eCurve tutup operasi 31 Mac ini?
Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung berita tersebut atau sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula. - Foto kredit eCurve
KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah, eCurve, dilaporkan bakal menamatkan operasinya secara rasmi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada penghujung Mac ini.
Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall, eCurve dipercayai bakal menamatkan operasinya pada 31 Mac ini.
Pastinya, berita itu benar-benar menyedihkan khususnya buat mereka yang sering berkunjung ke pusat gaya hidup yang popular dalam kalangan pengunjung yang tinggal di sekitarnya.

Sumber Facebook MYShoppingMalls
Lapor Malaysia Shopping Mall lagi, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ telah mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan namun masih belum ada surat rasmi mengenainya.
Bagaimanapun, memetik laporan KL Foodie yang menghubungi seorang penyewa premis di pusat beli-belah itu, mereka mengesahkan kemungkinan itu.
Dalam perkembangan sama, pusat boling Ampang Surperbowl juga telah mengumumkan di laman Facebooknya tentang penutupan operasinya di situ.
Selain itu, kedai The North Face dan Bratpack juga telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat promosi jualan perpindahan di premis mereka di eCurve.
Namun buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung berita tersebut atau sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula.
Persoalan itu bakal terjawab selepas pengumuman yang dijangka dibuat oleh pengurusan eCurve mengenai rancangan jangka panjang mereka sedikit masa lagi.


MMM....MACAM TU LA PULAK.PAKAI NAMA RAFIZI PULAK.

 May be a Twitter screenshot of text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Replying to @akukeadilan_ @AlphaMuin and 5 others Tak payah layan geng2 PAN ni ha3. Kita tolong dia set up party bukan reti kenang jasa pun. Tahu nak cari short cut je. Translate Tweet 13:24 28 Feb 21 Twitter for iPhone 22 Retweets 4 Quote Tweets 53 Likes"

Panas! Hamzah tempelak Salahuddin masih ungkit keabsahan kerajaan PN

 

Panas! Hamzah tempelak Salahuddin masih ungkit keabsahan kerajaan PN

Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan mengadakan pilihan raya umum ketika situasi Covid-19 belum reda boleh memudaratkan.

Beliau dipetik Bernama berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sudah bersetuju akan membubarkan Parlimen selepas pandemik reda, tetapi masih ada orang yang menghasut dengan berkata kerajaan sedia ada tidak adil dan tidak sah.

Menteri dalam negeri itu berkata, pembangkang nampaknya sudah lupa sidang Parlimen masih berada dalam senarai sehingga Disember ini dan kerajaan boleh memanggil ia bersidang dalam tempoh enam bulan.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilaporkan menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diselesaikan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda kejatuhan kerajaan, yang menurutnya pasti akan berlaku.

Bercakap pada forum dalam talian malam tadi, beliau berkata, isu keabsahan kerajaan PN dan pengurusan krisis Covid-19 adalah dua agenda yang berasingan dan tidak boleh dikaitkan bersama.

Hamzah mengulangi kerajaan PN akan mengadakan pilihan raya umum ke-15 apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik Covid-19.

Katanya, kerajaan juga akan mengambil kira program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan PRU15 bagi mengelakkan gelombang keempat Covid-19.

“Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya,” katanya kepada Bernama selepas Program Back To School di Dewan Astaka di Batu Kurau, dekat sini.

Hamzah berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah bersetuju dengan pelaksanaan darurat untuk membolehkan kerajaan menangani Covid-19 dan beliau merasakan rakyat akan terus yakin dengan perdana menteri menerajui negara ini.



LELONG ..LELONG..JAWATAN AHLI PARLIMEN UNTUK DIBIDA.....

 


Panas! Bersatu dan UMNO berebut tarik wakil rakyat Sabah lompat parti

Panas! Bersatu dan UMNO berebut tarik wakil rakyat Sabah lompat parti

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya, namun penganalisis berkata, ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara Umno dengan PPBM di negeri itu.

GRS kini mempunyai 48 daripada 79 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang lima kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar Warisan dan mengisytiharkan sokongan kepada GRS (yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS).

Penganalisis percaya, dari segi dalaman, ia adalah persaingan antara PN-PPBM dan Umno Sabah untuk menguasai lebih banyak kerusi DUN bagi memperkukuh kedudukan masing-masing sebagai parti dominan di negeri itu.

Pakar sains politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, pasti akan ada persaingan antara PN dan Umno bagi memastikan ADUN yang keluar parti bergabung dengan mereka.

PN memenangi 17 kerusi dan Umno 14 kerusi pada pilihan raya negeri tahun lalu.

“Ini tidak dapat dielakkan kerana kedua-duanya mahu menunjukkan mereka mempunyai pengaruh dan kuasa lebih besar daripada yang lain,” katanya.

Di satu pihak, PN mahu menambah angka 17 kerusi untuk memperkukuhkan posisinya sebagai parti dominan dalam GRS, sementara Umno Sabah pula mahu mengatasi jumlah kerusi yang dikuasai oleh sekutu mereka, sekali gus muncul semula sebagai parti terbesar.

Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti juga mencerminkan kekuatan akar umbi masing-masing, katanya.

“Ini juga sebenarnya mencerminkan persaingan antara dua parti itu di peringkat nasional,” kata Awang Azman.

Susulan tindakan Hassan meninggalkan Warisan, wujud spekulasi bahawa lebih ramai wakil rakyat pembangkang akan melompat parti.

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata, partinya bersedia menerima mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen yang mahu menyertai Umno.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung berkata, perlumbaan untuk menarik wakil rakyat itu adalah antara PPBM dan Umno.

Katanya, PPBM Sabah sendiri hanya memenangi 11 kerusi dalam pilihan raya lepas, dengan baki enam kerusi dikuasai oleh STAR, parti komponen PN bersama-sama SAPP dan PAS.

Persaingan itu akan menimbulkan ketegangan antara PPBM dan Umno. Ia timbul sebelum ini berhubung jawatan ketua menteri, yang akhirnya diserahkan oleh Umno kepada PPBM.

“Tetapi saya percaya mereka dapat mengetepikan perbezaan yang wujud. Ketegangan itu masih ada walaupun ia tidak ditunjukkan secara terbuka.

“Ia adalah ‘ketegangan yang stabil stabil’ bagi saya, ” katanya.

Namun, Awang Azman percaya wujud persaingan dalaman yang kuat dalam kalangan komponen GRS, walaupun PN dilihat berada di atas pada masa ini kerana gabungan itu mengetuai kerajaan negeri dan persekutuan.

PPBM mempunyai faktor tarikan lebih baik kerana dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Tetapi kita tidak boleh mengelak daripada melihat PRU15 – jentera Umno lebih kuat (berbanding PPBM) dan sentimen dalam kalangan ahlinya adalah parti itu lebih kuat – itu kelebihan mereka.

“Jadi, ia bergantung pada Ahli Parlimen bebas dan parti yang akan mereka sertai – adakah mereka melihat Umno sebagai parti yang mampu menawarkan masa depan yang lebih cerah selepas PRU15 atau PPBM akan menjadi lebih dominan?”

GRS memperoleh 38 kerusi dalam pilihan raya Sabah tahun lalu, dengan PN memenangi 17 kerusi, BN-Umno Sabah 14 dan tujuh kerusi PBS.

Warisan Plus memenangi 29 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan, sementara sekutunya PKR memenangi dua dan Upko satu. Baki tiga kerusi dimenangi oleh calon Bebas yang memberi sokongan kepada GRS.

Enam ADUN dilantik selepas pembentukan kerajaan GRS, menjadikan 79 ahli di DUN Sabah. 



Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN

 


Fareez Azman
Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon pada Sabtu. - Foto Twitter Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang pada Sabtu.
Menerusi ciapan terbaharu di laman twitternya, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), turut memuat naik beberapa gambar serahan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen terbabit.
"Hari ini saya menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"SD diserah oleh Ahli Parlimen Julau, YB Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Choong Shiau Yoon," katanya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak sekali gus keluar parti.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang video pada Sabtu.
Manakala sumber sebelum ini mendedahkan Ahli Parlimen Tebrau, Stephen Choong juga bertindak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyatakan sokongan terhadap PN.

IKUT HANGPA LA...NAK KAJI KA MACAMANA...PKR TAK AKAN TERIMA ATOK



 Niat aku tidak untuk mengeruhkan keadaan. Dari tahun lepas FB aku menulis berkali-kali berkaitan urustadbir parti Amanah dan tindakan beberapa pemimpin yang cenderung (mahukah disebut nama?) untuk cuba dekati pengkhianat mega yang meruntuhkan kerajaan PH iaitu Atuk.


Namun, semakin dikomentarkan Amanah terus galak mahukan Atuk. Malah pentadbiran Amanah negeri mula bertelagah dan membiarkan pergolakan menjadi jurang yang merosakkan.


Sahabat Amanah yang awal aka sepupu aku sanggup berdepan dengan Abg Mat untuk mendapatkan penjelasan dan merungkai masalah yang berbangkit. Apa hasilnya? Jawabnya tidak ada.


Yang kita dihidangkan ialah renggangnya PH kerana PKR menolak Atuk, tapi beberapa pemimpin Amanah gatai sungguh nakkan Atuk.


Maka itu, jika ada mana-mana wakil rakyat Amanah yang menyeberang ke PKR, jangan salahkan mereka. Apa yang menjadi asas perjuangan seperti REFORMASI tetap menjadi cita-cita mereka dan tindakan mereka sedemikian kerana merasakan PKR sahaja yang masih memiliki cita-cita REFORMASI.


Amanah buat apa untuk kukuhkan PH? Hanya press statement? Lepas tu duk sanjung dan hadap sangat dengan Atuk? Kami yang sokong PH dan Amanah ini tengok pun sakit hati!


Jadi, tak wajar duk keluarkan statement PKR curi wakil rakyat, dan ada juga bunyi suara PKR bayar untuk mereka menyeberang.


Hey! Mereka join PKR hanya merasakan Amanah sudah gelong tau dak? Nak cakap atau tulis kenyataan tu, pergi kaji akar umbi Amanah Johor. Tengok bagaimana ego pemimpin mereka dan melayan wakil rakyat yang mulut laser macam mana. Tak kan jadi pemimpin takut dengan suara wakil rakyat. Bila tak suka, abaikan dan potong peruntukan. Masih ikut perangai lebai dulu? Taulah korang semua asal dari parti agama perasan suci, jangan bawa sentimen itu masuk ke Amanah.


Malas aku menulis kerana aku pemerhati dan memungut semua suara akar umbi supaya aku tidak membuat tuduhan atau fitnah.


Kenyataannya, mereka yang pergi ke PKR hanya untuk teruskan perjuangan, bukan macam beberapa pemimpin Amanah yang ketagih bau kaki atuk saka mahafiraun itu!


Titik!

Baim 😎😡



[[LIVE]] 26.2.2021 Yidin ada sebulan Bukti majoriti?


[[LIVE]] 26.2.2021 Yidin ada sebulan utk datang dengan majoriti atau letak jawatan? Yidin desparate carik numbers. Larry letak jawatan. 3 ADUN Amanah lompat ke PKR. Kenapa? sejarah Pengkhianatan di Sarawak

#LTL

#IswardyMorni

 


Bual Bicara Isu Isu Hot Terkini Bersama Datok Lokman Adam

PENGKHIANAT AKAN JATUH KE TANGAN PENGKHIANAT? ANWAR IBRAHIM TETAP PILH...

BIARKAN MEREKA BEREBUT- KALAU ADA APA PAPA BERLAKU ..MEREKA JALAN DULU...

 


Pada aku la...biarkanlah puak politik hijau yg takut mati tu berebut2 ambik vaksin dulu. Depa nak Pfizer kot, tu yg sanggup potong que?

Atleast kalau ada "side effect" atau "adverse effect" depa "jalan" dulu selamat negara ni..Description: 😁

- Zus Din

28 February 2021

************

Dari FB wall Dr. Arisman, MD....

Kelmarin isu kuarantin 3 hari, sekaran isu vaksin kepada "para pemimpin" pula.

Patutlah saya dan sahabat2 dari sektor swasta kemungkinan besar takde dalam senarai fasa pertama pemberian vaksin Covid-19 ini.. Description: 😌

Rupanya ada frontliner atau "PETUGAS BARISAN HADAPAN" lain lagi yang perlu dilindungi dan lebih diutamakan kerana "kepenatan" dan "usaha" mereka yang tak henti2 dalam membantu peperangan Covid-19 ini berbanding kami. Akhirnya dijawab sudah..

Kasihan mereka petugas kesihatan di sektor swasta. Beban bertambah kerana dipaksa merawat limpahan pesakit Covid-19 akibat keegoan, kesombongan dan pentingkan diri para politaik pada PRN lepas.. sekarang pula mereka di"anak tirikan".

Politaik ada dimana-mana.

Kesihatan atau pendidikan, masing-masing tidak terlepas dari najis politik Malaysia. Setuju? Description: 😌

Mana janjimu wahai Khairy Jamaluddin KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Noor Hisham Abdullah ?

Sedih.

https://harakahdaily.net/.../pemimpin-pas-pahang-antara.../

 











DAH RAMAI DOKTOR YANG BERSUARA


MAZ NAH


Ini bukan Dr Jalandah... tapi Dr Rafidah dah mengamuk kat PNkhianat berbeza dengan Dr from hero to zero dah tak membela rakyat, cenderung kepada PNkhianat


 May be an image of 2 people and text that says "Tan 6 m Ramai dah doktor bersuara ni. Merampas hak frontliner puak2 tebuk atap ni. Dr. Rafidah Abdullah @rafidah72 DUA DARJAT 2.0 Ya, faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, kami tiada halangan. Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri2 lain, kuncu2 mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami tak faham."






Untuk kali yang ke-42, dah naik taraf rupanya daripada perutusan khas kepada amanat perdana..

May be an image of 1 person and text that says "3HA 3 LAGI HARI tt AMANAT PERDANA Betahun MALAYSIA PRIHATIN OLEH YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI Perutusan #42 ISNIN MAC 2021 10.00 PAGI SAKSIKAN SECARA LANGSUNG DI rm B MANAMA XC"

MASIH TERHUTANG BUDI GAMAKNYA...KAH....

 

Apa yang manis? Adalah lebih manis bawa Mahathir yg khianat itu ke dalam PH, kan? Mahathir serang Anwar siang malam, lekehkan Anwar selaku Pengerusi PH, maka tindakan kamu pertahankan Mahathir dan bercadang mahu seret pengkhianat itu masuk dlm PH, kamu rasa tindakan kamu itu manis sangat? Keadilan tidak bawa pengkhianat masuk dalam parti kami tetapi mereka yg lawan pengkhianat itu mahu sertai kami kerana kamu tidak lawan pengkhianat utama, Mahathir. Itu saja.


W.FAUDZIN


May be an image of 1 person and text that says "Salahuddin Ayub @MyDSA_offi... 2j Menahami semangat setiakawan dlm PH sepatutnya tidak manis mana2 parti dlm komponan PH menerima mana2 ahli parti rakan. Saya rasa semangat ini adalah disepakat dlm mana2 parti yg membentuk pakatan atau gabungan (coalition). mk Malaysiakini (BM Version) 4m Membabitkan Adun Senggarang Khairuddin A Rahim; Adun Serom Faizul Amri Adnan; dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit. i"




Baru beli kereta 'cash'. KERAJAAN PAHANG arah hentikan lombong emas di Kuala Lipis.

 


Nama Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77,000 hektar itu mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya.

Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kechau terletak dalam jajaran dikenali sebagai Sutera Raub-Bentong. Jajaran ini pula terletak dalam Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin

Penemuan emas baru-baru ini umpama rezeki ‘durian runtuh’ untuk penduduk setempat. Menurut pihak Kosmo, ada sebahagian penduduk telah membeli kenderaan baru secara tunai. Bahkan ada juga penduduk membeli jengkaut untuk memudahkan kerja-kerja melombong emas di tanah mereka sendiri.

Tetapi kegembiraan penduduk setempat tidak bertahan lama apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan kegiatan melombong emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta. Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan kegiatan terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih serius.

“Walaupun kegiatan melombong emas itu dilakukan di atas tanah milik sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan Pahang.

“Sebab itu saya minta mereka hentikan kegiatan itu untuk mengelak daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas kegiatan melombong emas di Kampung Kechau. Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.

Mengulas status pemilik tanah yang memohon lesen pelombong kecil (LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permohonan iu sebelum kelulusan diberikan. Ini disebabkan kerana ada permohonan membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama

Sumber: the vocket

 

PENYOKONG TEGAR TIDAK MAHU GUNA LOGO PH KECUALI PKR KERANA SOOIII

 

NORA JAMILAH


Kami di pihak akar umbi mohon agar PRU15 nanti kita guna bendera Keadilan dan bukannya bendera/logo PH. Kami tak mahu bendera PH sebab ada badi atok saka. Nanti bawa soiii....Atok dalam PH telah menghancurkan harapan pengundi PH yg mendambakan reformasi institusi dengan cuba mem-BeEnd-kan PH selama 22 bulan & banyak lagi pengkhianatan beliau kepada rakyat yg tak akan kami lupakan....


May be an image of 4 people and people standing

ELOK LAH ..JODOH DAH SAMPAI....BAKAL MENIKAH DENGAN PEMUDA UMNO

 


Gempar! Rara kini tunangan orang

 Rara kini tunangan orang

KHABAR angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman bakal mengakhiri zaman jandanya ternyata benar dan hari ini ia disahkan sendiri wakil rakyat itu.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan YB Rara berkongsi gambar pertunangannya itu di akaun Instagram miliknya petang tadi.

Gambar beliau yang sedang disarungkan cincin dan satu lagi gambar bersama tunangnya Edrin Furtado dengan kapsyen ringkas ‘Alhamdulillah’ mendapat ucapan tahniah daripada warganet.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana majlis pertunangan itu diadakan.

Malaysiapost pada 31 Disember lalu melaporkan Adun daripada DAP itu dikhabarkan bakal mengakhiri zaman janda dengan mengahwini seseorang pemimpin daripada Pemuda Umno.

Ummi Alfida Ali menerusi hantaran di Facebook miliknya memaklumkan perkara itu serta mendedah hubungan pasangan berkenaan.

Ummi mendakwa beliau tidak sabar untuk menunggu hari pertunangan mereka dan majlis perkahwinan yang dilaporkan berlangsung pada Mac ini.

“Kompang dipalu di tahun baru moga kekal ke anak cucu.

“Pasangan yang paling letop yang bakal viral selepas Neelofa, YB Rara dan adikku Edrin Furtado ‘the most gorgeous couple,” kata Ummi.

Ummi menambah, beliau gembira atas perkhabaran berita tersebut malah akan menaja pelamin mereka.