SAMPAI BILA NAK TUTUP MATA..??

 

SAMPAI BILA NAK TUTUP MATA..??

PapaBob

: Kempen tanam sejuta pokok balak itu adalah LANJIOU!!

Bangsa Melayu nih ada satu masalah... ada satu sikap... sikap yang merosakkan bangsa dan ketamadunan itu sendiri... sikap yang sebenarnya menjahanamkan bangsa itu sendiri...

Sikap itu adalah "taksub melampau kepada pemerintah"

Walaupun pemerintah itu zalim, khianat, menipu malah merompak segala khazanah negara untuk kepentingan kaum pemerintah... tapi disebabkan sikap taksub melampau kepada pemerintah maka segala apa yang berlaku sama ada didiamkan atau dimaafkan. Inilah kebodohan yang maha agung... Kebodohan yang tidak bertebing...

Tak kisah la pemerintah ini dari jenis yang dilantik oleh rakyat... atau yang jenis mengangkat diri dan kaum kerabat mereka sebagai pemerintah mutlak... dua-dua biasanya xboleh pakai...

Tapi sekurang-kurangnya pemerintah yang jenis dilantik oleh rakyat ni masih lagi boleh dihumban dan dijatuhkan... xmacam yang jenis mengangkat diri DAN kaum kerabat mereka sebagai pemerintah mutlak tu... yang ini memang celaka 9 keturunan...

Kebejatan yang dilakukan puak ini terpampang depan mata... tapi disebabkan bangsa melayu yang bodoh taksub... maka mereka menyembah la si bangsat 9 keturunan ni tanpa guna akal... bodoh tak bertempat...

Yang menjahanamkan Malaysia ni sapa... habis segala hasil masyhul negara dijarah oleh puak-puak bangsat 9 keturunan ni... itu lagi disanjung dipuja DAN disembah... banjir yang berlaku pada 2021 pun berpunca dari hutan yang ditarah... balak yang dikeluarkan... siapa yang dapat lesen kompartmen balak? siapa yang bagi kebenaran?

Itu lagi masih ramai bangsa melayu yang puja, puji DAN sembah geng bangsat ni... Adoilah... sampai bila nak tutup mata AUNs? sampai bila?? Sedar la diri tu jilaker!!

 


No photo description available.






RAKYAT KELANTAN BINA JAMBATAN GUNA BATANG KAYU, DUIT KERAJAAN NEGERI BELI MERCEDES BENZ



Penduduk Kampung Temalir di Kuala Krai terpaksa membina jambatan menggunakan batang kayu selepas aduan kepada pihak kerajaan negeri tidak menampakkan hasil yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, jambatan yang dibina oleh ‘jurutera kampung’ itu akan musnah dibawa arus deras setiap kali musim tengkujuh.

Sejak banjir besar melanda Kelantan pada 2014, orang kampung terus berharap kerajaan negeri membaik pulih jambatan sedia ada bukannya membina jambatan baharu.

Penduduk kampung tersebut, Jefriman Mohamed, 52, berkata, pihak yang berwajib akan datang untuk mengambil gambar selain ukuran itu dan ini.

Namun, beliau memberitahu, akhirnya jambatan yang diimpikan kira-kira 100 penduduk Kampung Temalir masih tidak menjadi kenyataan sekali gus mengecewakan mereka saban tahun.

Jefriman juga berpendapat tidak ada tindakan meyakinkan diambil termasuk daripada pihak wakil rakyat.

“Sudahnya kami orang kampung bina semula jambatan itu menggunakan pokok kelapa, kayu, pokok durian.

“Tapi biasalah, yang buat semua ‘jurutera kampung’, maka setiap tahun akan runtuh juga, akan hanyut juga dek banjir. 

“Setiap tahun jugalah kami perbaiki balik,” katanya dipetik Malaysiakini hari ini. 

Penduduk Kampung Temalir terpaksa membina jambatan kayu secara bergotong-royong pada Jun tahun lalu.

Pagi 7 Januari lalu, penduduk kampung menyedari jambatan yang digunakan hilang dari pandangan mereka selepas runtuh dihanyutkan arus deras banjir. Kawasan itu dilanda hujan lebat sejak 5 Januari lalu.

Akibatnya, penduduk terlibat tidak dapat keluar dari penempatan mereka untuk mendapatkan bekalan makanan.

Walaupun mereka mempunyai laluan alternatif tetapi hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah memberitahu, pihaknya sudah mengambil maklum dan meneliti keperluan jambatan di kampung tersebut.

Jelasnya dipetik Malaysiakini, peruntukan pembangunan Kuala Krai yang diberikan kerajaan sudah disediakan dan ia termasuk rancangan pembinaan semula jambatan tersebut.

Pada Jun tahun lalu, lebih 20 penduduk mengumpul wang dan bergotong-royong memperbaiki laluan jambatan Kampung Temalir yang sebelum itu sempit selepas runtuh dihanyutkan arus deras.

Mohd Amar tahun lalu mengakui pembelian kenderaan Mercedes Benz menggunakan duit kerajaan negeri.

Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan pada Januari tahun lalu mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga 2019 dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Jelasnya, pembelian kenderaan rasmi itu menggunakan duit kerajaan negeri dan tiada kaitan langsung dengan peruntukan khas sebanyak RM400 juta oleh Kerajaan Pusat.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, kerajaan negeri membeli kereta baharu memandangkan kebanyakan kereta sudah digunakan lebih 10 tahun dengan ada Exco yang berhenti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) membeli kenderaan rasmi yang mereka gunakan.

Reaksi ADUN Panchor itu susulan tular kereta mewah jenama Mercedes Benz model terbaharu yang dipercayai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan dan dikatakan bernilai hampir RM700,000. 

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin pada 1 Februari 2020 mendakwa harga sebenar kereta yang dibeli kerajaan negeri Kelantan bukannya RM700,000 seperti didakwa sebaliknya lebih murah daripada itu.

Jelasnya, kerajaan negeri membelanjakan RM3.5 juta untuk pembelian kereta rasmi yang mana untuk Menteri Besar harganya adalah RM320,000 manakala bagi exco dan barisan kepemimpinan yang lain adalah RM200,000 - Fazli Radzi

SIAPA KATA TAK ADA..TENGAH SIARAN LANGSUNG


 

PM LAKSANAKANLAH DEMI RAKYAT

 

FAEZUDEIN PUAD


1. Kurang dari satu jam Perdana Menteri akan buat pengumuman. Semua tertunggu. Rasah dan risau.


2.Seandainya betul-betul kerajaan umum akan melaksanakan semula PKP yang modelnya sebiji sama seperti Mac tahun lalu. Saya harap sangat kerajaan akan umum juga pakej-pakej bantuan kepada rakyat dan perniagaan yang bakal terjejas.


3. Secara asasnya saya fikir begini:


a) Moratorium 6 bulan lagi tanpa syarat kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai pinjaman dengan bank-bank atau institusi kewangan.


b) Bantuan tunai tak kira nama apa, BPN atau BPR setiap bulan dengan jumlah yang sewajarnya kepada rakyat terutamanya mereka yang berkerja sendiri. 


c) Subsidi upah kepada majikan supaya perniagaan dapat terus berdaya tahan.


d) Bantuan bakul makanan kepada sesiapa saja terutamanya yang bertaraf fakir miskin.


e) Pengeluaran i-Sinar atau i-Lestari 2.0 tanpa syarat kepada semua.


f) Potongan cukai. 


g) Bantuan kewangan kepada peniaga-peniaga kecil supaya selepas habis tempoh PKP, mereka boleh berniaga semula. 


h) dan lain-lain bantuan yang dirasakan bersesuaian untuk menyelamatkan rakyat, selamatkan perniagaan dan selamatkan ekonomi.


4. Kelangsungan pendidikan anak-anak kita semua dalam tempoh PKP juga perlu diambil berat. Adakah semua golongan bersedia dari segi kemudahan untuk berhadapan dengan pembelajaran atas talian? Sebagai contoh capaian internet dan komputer riba. Kerajaan perlu fikir bagaimana boleh bantu orang yang susah mendapat semua kemudahan agar anak-anak tidak ketinggalan dalam pembelajaran. 


5. Saya harap sangat supaya jangan ada satu golongan atau sektor ketinggalan dalam perancangan kerajaan kali ini.


6. Kita bimbang, kita dapat selamatkan nyawa tapi ekonomi dan pendidikan kita ranap. 


7. Itu pun jika benarlah kerajaan akan laksanakan PKP 2.0. Sama-sama kita nantikan. 


Kepada Allah kita berserah. Wallahualam.


KETUA AMK PULAI




ANWAR -PD HARI INI-GAMBAR GAMBAR LAWATAN

 

Di Port Dickson hari ini bagi melakukan beberapa tugasan dan lawatan kerja.

Lokasi pertama yang saya kunjungi adalah tapak sarang burung walit di Tanjung Agas yang diusahakan oleh syarikat NESQ diketuai saudara Zamri Abu.

Ini adalah industri yang sangat-sangat bernilai untuk diusaha dan dirancakkan oleh rakyat Malaysia sekaligus dapat meningkatkan ekonomi tempatan.

#PortDickson


Image may contain: one or more people, people standing and outdoorImage may contain: 1 person, standingImage may contain: one or more people and indoor

 


Seterusnya saya ke sekitar Sunggala bagi program ziarah kebajikan rumah ke rumah.

Untuk kali ini empat buah rumah saya kunjungi bagi bertanya khabar serta memberikan bantuan berupa keperluan asas kepada yang memerlukan.

Semoga mereka sentiasa dilindungi, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

#PortDickson


Image may contain: one or more people, people standing and outdoorImage may contain: 2 people, people sitting and outdoor, text that says "3652 VR"

Image may contain: 1 person, standing and outdoorImage may contain: 2 people, people sitting and outdoorImage may contain: one or more people, people sitting, table and indoorImage may contain: 4 people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people, indoor



Singgah sebentar di warung Yoi Mesra di Pantai Nelayan, Port Dickson untuk minum petang bersama Pegawai Daerah.

Antara menu istimewa di sini adalah laksa, roti arab dan ABC Gunung Jerai.

Kepada pengunjung jangan lupa singgah apabila datang ke Port Dickson.

#PortDickson #SokongLokal

Image may contain: one or more people, outdoor and food Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, sitting, table and outdoorImage may contain: one or more people, people sitting and outdoor


Menyerahkan sumbangan beg sekolah sempena program "Kembali Ke Sekolah" bagi tahun 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Seramai 200 penerima mendapat manfaat dari inisiatif yang digerakkan Persatuan Kebajikan & Pendidikan Bumi Hijau dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.

Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Semoga mereka fokus pelajaran dan cipta kecemerlangan.

#PortDickson

 

Image may contain: 1 person, indoorImage may contain: 2 people, people standingImage may contain: 5 people, people standing



KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM

 

KENYATAAN MEDIA

11 Januari 2021

Saya mendoakan kesembuhan buat Dato’ Sri Mustapa Mohamed dan Datuk Rina Mohd Harun dan lain-lain yang telah dijangkiti COVID-19.

Jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan yang Malaysia akan berhadapan dengan kemungkinan 8000 kes harian sangat membimbangkan. Saya menggesa setiap kita untuk patuhi SOP setiap masa bagi melindungi diri kita, keluarga, rakan sejawat dan teman-teman dari penyebaran wabak ini.

Adalah sangat penting bagi memainkan peranan kita tanpa mengira kedudukan, ras, agama atau parti politik. Apa yang terutama adalah para pemimpin politik mesti tingkatkan disiplin dan keprihatinan kepada rakyat yang tidak menerima sebarang layanan istimewa ketimbang mereka yang berada di dalam kerajaan.

Kerajaan harus segera mendedahkan apa rencana mereka dan juga strategi bagi membendung penularan wabak ini tatkala sistem kesihatan sudah semakin tenat, serta rancangan bagaimana ekonomi kita harus terus bergerak saat ini.

Saya mengulangi penghargaan saya kepada para petugas barisan hadapan yang komited menjalankan tugas meski terus terdedah kepada wabak ini. Pengorbanan mereka pada negara dan rakyat tidak kecil nilainya, dan wajar disanjungi.

ANWAR IBRAHIM



Image may contain: 1 person, sitting





LAMA DIA BERTAPA-KELUAR SUARA SALAH RAKYAT.BUKANKAH MENTERI YANG BANYAL TAK IKUT SOP ?

 Image may contain: 2 people, text that says "Tidak patuh SOP jadi punca peningkatan kes Covid-19 Menteri Kesihatan 10/01/2021 4:30 PM"

NI FITINAH..PELESU...JAHAT AMAT...MUHYIDDIN TAK JADI LANTIK TPM



 Image may contain: text that says "KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI Khabar angin yang mengatakan YAB Perdana Menteri perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat. YAB Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar- pakar perubatan yang merawat beliau. Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar, PEJABAT PERDANA MENTERI 11 JANUARI 2021"

NAZRI AZIZ ADAKAN SIDANG MEDIA ESOK- TAK LAIN TAK BUKAN MESTI NAK ALIH PPERABOT NIH...TAK CAYA TANYA HADI

 NAZRI AZIZ ADAKAN SIDANG MEDIA ESOK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
*JEMPUTAN MEDIA*
Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pada ketetapan berikut :
Tarikh : 12 Januari 2021
Masa : 2 petang
Tempat : Bilik Melaka, Ibu Pejabat UMNO
PWTC, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, rakan media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan ke sidang media berkenaan.
Pihak media diminta mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan memakai pelitup muka (facemask) sepanjang berada di bangunan PWTC.
*Setiap agensi media dibenarkan menghantar 3 wakil sahaja*
Sekian,
Terima kasih.
Dato' Suzana Akmam Amir
Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas
0122766727

UBAH MASA...

 Image may contain: 1 person, text that says "SIARAN LANGSUNG PERUTUSAN KHAS COVID-19 JAM 9 MALAM MUNTIDOIN OLEH: YAB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN PERDANA MENTERI astro AWANI 13 eym"

JOM ALIH PERABOT-KITA ALIH DENGAN RUMAH RUMAH SEKALI KEH..KEH..KEH

 


Pas, UMNO, Bersatu berkeluarga, bunyi bising itu hanyalah 'alih perabot' - Abdul Hadi


Abdul Hadi Che Awang
Pas, UMNO, Bersatu berkeluarga, bunyi bising itu hanyalah 'alih perabot' - Abdul Hadi
Pas juga akan bertindak sebagai orang tengah atau pendamai dalam menyelesaikan kekusutan membabitkan beberapa isu antara parti UMNO dan Bersatu ketika ini. - Gambar fail
ALOR SETAR: Ketegangan yang berlaku ketika ini khususnya melalui beberapa kenyataan daripada pimpinan-pimpinan parti UMNO, Bersatu dan PAS dianggap sebagai permasalahan dalaman yang diibaratkan seperti 'mengalih perabot' di dalam rumah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan permasalahan itu diyakini mampu diselesaikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memandangkan ketiga-tiga parti itu kini merupakan satu keluarga.
Tambah beliau, Pas juga akan bertindak sebagai orang tengah atau pendamai dalam menyelesaikan kekusutan membabitkan beberapa isu antara parti UMNO dan Bersatu ketika ini.
Jelasnya, gabungan berkenaan juga dijamin akan membentuk satu kerjasama yang lebih erat dan utuh khususnya dalam membawa suara perpaduan Melayu Islam termasuk bagi mendepani PRU-15 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
"Kami (Pas, UMNO, Bersatu) sudah berkeluarga, (kami) duduk satu rumah sekarang ini, semua itu parti Melayu, UMNO parti Melayu, Bersatu parti Melayu; kita utamakan perpaduan Melayu Islam dulu, dalam masa yang sama menyedari masyarakat majmuk mesti bekerjasama dengan kita.
"Jadi urusan UMNO, Bersatu, PAS ini urusan dalam rumah, kadang-kadang orang tengok kita bising itu, 'alih perabot' saja," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersama peladang kawasan MUDA, di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, di sini pada Isnin.
Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi PRU15.
Beliau bagaimanapun menjelaskan keputusan muktamad atau keabsahan berhubung usul berkenaan perlu diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan pada 31 Januari depan.
Dalam pada itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula, menghormati sebarang keputusan dibuat UMNO termasuk penolakan kerjasama dengan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presidennya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, tiada sebab untuk beliau atau mana-mana pihak menidakkan hak parti yang berbeza fahaman, khasnya dalam menentukan hala tuju masing-masing.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pas akan berperanan sebagai jalan pendamai bagi menjernihkan hubungan antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta gabungan parti Muafakat Nasional (MN).
Jelasnya, pihak Pas tidak akan sesekali mencetuskan api permusuhan melalui pelbagai tindakan dalam keadaan yang berlaku ketika ini.


Umno ‘lebih rosak’ kalau Hisham TPM, kata pemimpin parti


Seorang pemimpin Umno negeri berkata pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri akan “lebih merosakkan” perpaduan parti itu.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno negeri bimbang pelantikan Hishammuddin Hussein sebagai timbalan perdana menteri akan merugikan parti itu susulan desas-desus, menteri luar negeri itu sedang dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan.

Pemimpin itu, yang tidak mahu namanya dipetik berkata, menjadikan Hishamuddin sebagai “orang nombor dua” negara mirip dengan tindakan “Peja melantik Aznel”, merujuk kepada keputusan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politiknya.

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini mengatakan pelantikan Aznel, yang dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan Umno Perak, salah satu sebab Faizal digulingkan.

Tetapi sumber itu memberi amaran yang dalam kes Hishammuddin, akibatnya terhadap perpaduan Umno akan “lebih merosakkan”.

“Tindakan ini pasti mengundang reaksi dan pembalasan yang tidak dapat dielakkan daripada anggota dan ahli Parlimen yang lain.

“Seperti apa yang dilakukan Peja, pelantikan ini, jika berlaku, akan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Umno dalam parti itu tidak relevan, dan kewujudan Umno dalam gabungan hanyalah sebagai penumpang,” kata sumber itu.

Sebelum ini, memetik beberapa sumber, The Malaysian Insight melaporkan Hishammuddin – Ahli Parlimen Sembrong dan bekas naib presiden Umno – dijangka dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dan mungkin akan dilantik seawal minggu ini.

Tambah sumber itu, pelantikan Hishammuddin boleh memberi kesan kepada parti itu dalam pilihan raya akan datang kerana ia akan melemahkan sokongan akar umbi, terutama jika ia dianggap tidak memberi manfaat kepada parti itu.

“Tanpa sokongan akar umbi Umno, langkah untuk menjadikan Hishammuddin sebagai TPM akan membawa padah kepada parti,” kata sumber itu.


Kadar pengangguran meningkat pada Nov 2020

 

Menurut Jabatan Perangkaan, bilangan penganggur pada Nov 2020 meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 4.8% pada Nov 2020 berbanding bulan sebelumnya dengan bilangan penganggur seramai 764,400 orang, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan secara berperingkat pada bulan itu dengan aktiviti ekonomi terus beroperasi mengikut prosedur operasi standard ketat, menyaksikan penurunan kecil bilangan guna tenaga, manakala kadar pengangguran meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya.

“Antara lainnya, keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kehilangan pekerjaan dan pembatalan atau pembekuan pengambilan pekerja baharu,” kata beliau dalam kenyataan.

Mohd Uzir berkata, bilangan penganggur pada Nov meningkat sebanyak 2.2% atau 16,200 orang kepada 764,400 orang berbanding Okt seramai 748,200 orang.

Penganggur aktif yang ditakrifkan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, meningkat 2.3% iaitu seramai 637,700 orang (Okt 2020: 623,100 orang).

“Begitu juga penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan yang tersedia meningkat sebanyak 1.3% kepada 126,700 orang (Okt 2020: 125,100 orang),” katanya.

Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja susut sebanyak 11,000 orang kepada 15.20 juta orang pada Nov (Okt 2020: 15.21 juta orang) selepas merekodkan trend menaik selama lima bulan berturut-turut.

Menurutnya, pada bulan tersebut, kategori pekerja meningkat 0.2% (+19,600 orang) kepada 11.78 juta orang dan sebaliknya golongan bekerja sendiri berkurang sebanyak 0.6%kepada 2.41 juta orang.

Beliau berkata, secara keseluruhan, kedudukan penawaran tenaga buruh mencatat perubahan kecil berbanding bulan sebelumnya dengan tambahan sebanyak 5,200 orang kepada 15.96 juta orang pada Nov 2020, manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) menurun sedikit sebanyak 0.1 mata kepada 68.4% (Okt 2020: 68.5%).

“Bilangan mereka di luar tenaga buruh meningkat 0.4% (+27,100 orang) kepada 7.37 juta orang (Okt 2020: 7.35 juta orang). Antara lainnya, peningkatan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor keluarga yang memerlukan aktiviti mencari pekerjaan ditangguhkan untuk seketika,” katanya.

Menurut Mohd Uzir, secara keseluruhan, dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi dan kesihatan yang berterusan di seluruh dunia dan dalam negara, adalah dijangkakan permintaan buruh lebih perlahan pada Dis 2020.

“Penawaran buruh akan kekal kompetitif dalam situasi yang mencabar ini,” katanya.




KEJAYAAN MEMBINA JAMBATAN KEDUA TERPANJANG DI MALAYSIA


Negeri tebang balak, buat beli merc..

Rakyat tebang balak, buat jambatan..

Mampuih...huhuhu..

 Image may contain: one or more people, people sitting, outdoor and water



AKIBAT LAMBAT VAKSIN DAN DIKATEGORI NEGARA MISKIN, PELABUR LARI..

 

FAEZUDDIN PUAD


Kes positif Covid-19 cecah 3000 sehari.

Dapat vaksin lambat.

Pelabur-pelabur dah mula lari ke negara jiran.

Kadar pengangguran tinggi.

Parti-parti kerajaan bergaduh sama sendiri.

Tak laksanakan pindaan RUU355.

Menteri dan timbalan menteri ramai langgar SOP.

Tak mampu tutup kilang arak, kelab malam. Arak masih dijual bebas.

Kes arwah Adib sampai hari ni tak selesai.

Yang lain-lain boleh tambah sendiri, tak larat nak taip.

Kalau macam ni gaya pentadbiran kerajaan PN, untuk apa tumbangkan PH melalui langkah Sheraton? Banyak masalah tak mampu selesai bahkan bertambah.

Jadi kalau rasa tak mampu mentadbir, turunlah secara hormat. Pulang semula mandat rakyat.


Image may contain: 1 person, text


NAMPAK GAYA BANGSA CINA TAHU MOHON MAAF

 

JAMZURI ARDANI


Image may contain: car, text that says "malaysiakini KETUA KETUAMENTERI MENTERI PG BERITA Buletin Mutiara KM Pulau Pinang mohon maaf pembelian kereta baru ketika Covid-19 Bernama 10 Jan 2021, 3:01 pm Dikemaskini 18 jam lepas 5"


Pulau Pinang tiada hutang, gaji KM dan Exco dipotong, dan KM memohon maaf atas pembelian satu kereta Mercedes baru untuk KM.

Kelantan banyak hutang, nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun minta pada kerajaan pusat, gaji ADUN dinaikkan, beli 14 buah Mercedes baru ... bukan sekadar tidak minta maaf, malah bagi banyak dalil.

 


Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

 

Pengikut Pas minta Muhyiddin gugurkan semua kes mahkamah pemimpin Umno

Bahaya pemikiran seperti ini. Hanya kerana (konon-kononnya) ingin mengekalkan kuasa Melayu Islam, kesalahan rasuah pemimpin UMNO perlu di”gugurkan”. Menurut anggapan penulis komen ini, pensabitan rasuah kepada pemimpin UMNO banyak merenggangkan hubungan antara pemimpin Melayu dan mampu menggugat keutuhan kerajaan Melayu Islam.

Dosa rasuah tak mengapa kerana Allah Maha Pengampun asalkan tidak melakukan syirik menurut penulis komen ini. Seolah-olah perpaduan Melayu (menurut pandangan penulis komen) ini lebih penting dan lebih utama untuk diperjuangkan berbanding dengan menghapuskan rasuah.

Sedangkan dalam Hadith sendiri, secara jelas Nabi Muhammad bersabda;


Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”Ù„َعَÙ†َ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ -صلى الله عليه وسلم- الرَّاشِÙ‰َ ÙˆَالْÙ…ُرْتَØ´ِÙ‰َ

Riwayat Ahmad (6532, 6778, 6830), Abu Daud (3582) dan al-Tirmizi (1337)


ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِBahkan, barangkali dia terlupa bahawa Allah menyuruh kita bertolong-tolongan atas prinsip KEBAJIKAN dan TAQWA. Bukannya bertolong-tolongan atas DOSA dan PENCEROBOHAN.

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Semoga kesesatan akibat ketaksuban politik ini tidak membunuh akal yang sihat, apatah lagi mengancam kesucian agama Islam ini. Cukuplah kita berhadapan dengan COVID 19, banjir, dan juga kesan akibat penularan wabak ini. Tak perlu ditambahkan dengan fatwa fatwa sesat berkaitan politik ini.

Sumber: https://www.facebook.com/100000826296462/posts/3577820522255456/


Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah #kalahkalah.


 

RAFIZI RAMLI

 

 

Minggu depan mungkin diumumkan PKP (lockdown) sekali lagi.

Saya pasrah dan saya faham, tapi bagi jutaan rakyat seperti saya yang ada tanggungan dll; lockdown ada harga yang besar.

Jangkitan COVID semakin di luar kawalan.

Saya faham tidak ada cara lain untuk hadapi keadaan ini kecuali dengan lockdown.

Saya ingat semua akan pandai-pandai sendiri bila ada lockdown sekali lagi, dah faham sangat #kitajagakita.

 

Tapi bencana ini sepatutnya boleh dielakkan.

Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, PRN Sabah September lalu mungkin tidak berlaku.

Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga COVID tidak berlaku.

Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani.

Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yang berpunca dari gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yang baru.

 

Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa (dan juga tikus-tikus).

Buat PKP, PKPB - yang kena saman, denda, penjara -> orang biasa.

Menteri lebai berkopiah langgar & membahayakan nyawa orang -> cukup dia bagi dalil dapat kompaun.

Giler bengang.

Pada masa yang sama, ekonomi belum sempat pulih dari PKP pertama.

Yang hilang kerja punyalah banyak.

Yang muda tak dapat kerja makin banyak.

Menteri dan politikus seorang pun tak hilang kerja.

Gagal tangani nak jump start ekonomi, sekarang nak masuk PKP kedua.

 

Masa PKP pertama; umum segala jenis bantuan.

Bagi bisnes milik persendirian yang pakai modal sendiri macam saya, satu bantuan dana pun tak dapat. Mohon saja dapat jawapan -> “dana dah habis”

Subsidi upah pun awal-awal je dapat, lepas tu duit habis.

Bila ada PKP, sentimen ekonomi merudum. Bisnes takut. Duit makin kurang.

Tapi kami tetap kena bayar gaji.

Saya ada 110 kakitangan, jumlah gaji yang perlu dibayar RM500,000+ sebulan.

Dengan sentimen ekonomi merudum, walaupun dah biasa new normal, bisnes pun merudum.

 

Itu nasib orang biasa macam kita #kalahkalah

Sekarang juak-juak di bawah masih jerit perpaduan Melayu, masih main sentimen perkauman.

Yang untung besar bos-bos politikus mereka di atas, yang bodoh dan tak dapat apa-apa  mereka di bawah.

Bila PKP dibuat sekali lagi, mereka yang terkesan.

Anak mereka susah dapat kerja.

Harga barang tidak terkawal. Kalau ada kerja, kerja terancam. Kalau bisnes, bisnes merudum.

Tapi asal Melayu Isle tak pe, walaupun jenis Melayu Isle tu nak kuasa tapi tak ada idea atau kepakaran nak selesai masalah.

Jadi pandai-pandai la jaga diri.

Masalah orang kelas pertengahan macam saya lebih kepada  nak pastikan pekerja tak hilang kerja dll, paling kurang tak de masalah soal makan, belanja bulanan dll.

 

Tapi yang orang kebanyakan, pandai-pndai lah jaga diri sebab bab ni kita #kalahkalah

Tapi memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain, kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus, DAH LUNYAI politikus-politikus tu kena dengan rakyat.

Kat Malaysia tak pe, asal Melayu Isle.

Melayu Isle #kalahkalah pun takpe.

Jadi sama-sama tarik nafas yang panjang.

 

Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi.

Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar (bayar gaji RM500k sebulan, bisnes makin lembap).

Saya pasrah yang orang Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yang buli tu kaum dia ha.ha..ha.

Pandai-pandai la korang #kitajagakita walau confirm #kalahkalah

Jangan tambah 10kg masa PKP2.0 sudah, memang super #kalahkalah

-end-