*MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PERLAKSANAAN PPSMI*



Tarikh: 1 Februari 2020

Kepada: *Tun Dr. Mahathir Mohamad*

Daripada: *Pelajar Doktor Falsafah (PhD) di Jerman*

*Farhan Nasir* (farhannasir.academia.edu)
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Logik dan Falsafah Bahasa
Jabatan Sains Komputer
Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Tübingen (Eberhard Karls)

*Nor Azizah binti Othman* (nuralunnur@gmail.com)
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Linguistik Melayu
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

*Faraha Hamidi* (faramidi@gmail.com)
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Sastera Malaysia
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

*Fairuzzaman Shaharuddin* (frzzmn@gmail.com)
Calon Doktor Falsafah
Bidang: Politik Asia Tenggara
Jabatan Pengajian Asia Tenggara
Fakulti Linguistik, Kebudayaan, dan Kesenian
Universiti Frankfurt (Goethe)

Kami beberapa pelajar warganegara Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian doktor falsafah di Jerman ingin menyuarakan bantahan terhadap cadangan perlaksanaan PPSMI yang disuarakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Mahathir Mohamad pada beberapa hari yang lepas. Kami merasakan suara kami harus didengari atas kapasiti kami sebagai pelajar pasca siswazah yang sedang mengkaji bahasa dari sudut pandang sejarah, kebudayaan, sastera, dan politik sehinggalah ke sudut pandang teori, formal, dan teknikal. Kami akan hujahkan suara kami di sini dalam tiga tema utama: (1) bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana sifat bahasa itu yang hidup, (2) bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara pendidikan kerana majoriti rakyat berbahasa Melayu sebagai bahasa pertama, (3) dan prestasi penterjemahan bahasa Melayu berbanding bahasa Jerman.

*(1) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.*

Dengan mengatakan suatu bahasa sebagai bahasa ilmu kami maksudkan penggunaan bahasa tersebut secara menyeluruh sama ada pada tahap perbincangan keilmuan sehinggalah penggunaannya dalam bahasa pendidikan dan bahasa percakapan seharian.

Kami lihat ianya bukanlah satu masalah untuk bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar dalam perbincangan keilmuan dalam kalangan pakar. Jika pakar sesuatu bidang itu sudah menguasai bahasa Melayu dalam masa yang sama sudah menguasai bidang tersebut, apalah lagi masalah beliau untuk menjelaskan bidang kepakarannya itu dalam bahasanya. Pakar juga seharusnya mempunyai hak untuk terjemah suatu istilah. Pakar lain juga mempunyai hak untuk membantah. Namun akhirnya, istilah terjemahan suatu bidang itu bergantung kepada pakar bidang itu sendiri dan bukannya kepada orang lain. Maka, masalahnya menjadi sama ada pakar itu hendak atau tidak hendak membuat penyampaian dalam bahasa Melayu; dan, bukannya lagi masalah boleh atau tidak boleh ianya disampai dalam bahasa Melayu.

Persoalan yang lebih utama ialah mengapa perlunya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selain dengan menjawap mengapa pula tidak perlunya atas alasan ini identiti kita sendiri, ingin juga kami menekankan bahawa bahasa ialah suatu pengantara yang langsung untuk manusia mencapai kebenaran. Kesemua takrif dan penghujahan, bagi suatu konsep contohnya, akan diabadikan dalam bentuk kata-kata. Maka bukankah ianya lebih mudah bagi kita untuk faham suatu perkara apabila ianya diungkapkan dengan bahasa ibunda kita? Ambil contoh perkataan terhadap konsep “compute”, “computable”, “computability”, “incomputable”, dan “incomputability” dalam sains komputer. Bukankah ianya lebih intuitif jika kami sebut hitung, boleh hitung, kebolehhitungan, tak boleh hitung, dan ketakbolehhitungan? Bukankah sesiapa yang cuma membayangkan jasad suatu komputer riba apabila disebut perkataan “komputer” kepadanya selama ini sekurang-kurangnya sekarang akan terlintas di fikiran mereka perkaitan antara komputer dengan perbuatan menghitung? Ya, memang ada perkaitan yang sangat-sangat asasi (rujuk tesis Church-Turing). Akhirnya hampir semua takrif dan penghujahan bagi suatu konsep amat berkait rapat dengan pengabdiannya dalam bentuk perkataan dan ayat. Takrifnya kemudian dijadikan dengan lebih rapi oleh pakar dan penghujahan terhadapnya boleh di buat dengan secara intuitif di mata pakar juga di mata bukan pakar.

Namun situasi keilmuan di Malaysia pula sudah menjadi kebiasaan untuk meminjam bahasa Inggeris secara membuta tuli. Malah menggunakannya dengan secara rojak dalam perbualan keilmuan. Jangan terkejut jika ditanya apa itu “hipotesis nul” pada graduan PhD sains juga sains sosial di Malaysia akan tetapi sedikit pun mereka tidak tahu mengenainya walaupun ianya suatu kaedah paling asasi dalam sains. Juga dengan alasan mereka berulang kali mengatakan istilah sains sudah terlalu banyak dalam bahasa Inggeris walaupun tiada masalah pun untuk pakar atau mereka sendiri menterjemahkannya. Terjemahan istilah boleh dibuat terhadap konsep akarnya. Terbitan-terbitan istilah yang lain terhadap konsep akar ni kemudiannya akan menjadi lebih mudah untuk diterjemah dan justeru difahami. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

*(2) Minat maka Mampu.*

Bagi kami minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM adalah jauh lebih utama dan penting berbanding pembelajaran bidang STEM dalam bahasa Inggeris. Kemampuan mereka dalam bahasa Inggeris dalam bidang STEM boleh diajar selepas minatnya sudah dipupuk.

Secara teorinya, seperti yang saya telah perjelaskan tadi bukankah lebih mudah untuk pelajar sekolah yang buah fikirannya masih berlegar dalam bahasa Melayu memahami konsep-konsep penting dalam STEM dengan menggunakan bahasa Melayu? Secara empiriknya pula, bukankah sudah ada beberapa kajian yang menunjukkan kemeruduman penyertaan dan markah dalam bidang STEM selepas perlaksanaan PPSMI yang lepas? Apa pula respons tuan terhadap dapatan-dapatan kajian ini?

Bahasa Melayu sudah cukup dan mampu secara sepenuhnya untuk digunakan sebagai pengantara sehingga ke tahap sekolah menengah (malah di tahap universiti sekalipun). Jika pelajar tersebut sudah memahami suatu konsep dalam bidang STEM dalam masa yang sama sudah menguasai asas bahasa Inggeris apakah pula alasannya lagi walaupun beliau contohnya ingin melanjutkan pengajian di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar?

Minat terhadap ilmu STEM datang dahulu, kemudian usaha. Tidak kisah jugalah jika beliau masih tidak fasih dalam bahasa Inggeris. Jika minat itu sudah ada beliau seharusnya mampu berusaha kemudiannya untuk mengatasi masalah kekangan bahasa tersebut. Jika minat pun tiada apa gunanya tahu istilah sains dalam bahasa Inggeris. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Bak kata ada seorang saudara di Facebook: Persatuan Bumi Penyek pun boleh buat persidangan dalam bahasa Inggeris. 

*(3) Budaya Keilmuan di Jerman.*

Tidak dinafikan lagi bagaimana penggunaan bahasa Jerman yang menyeluruh di Jerman untuk urusan rasmi juga tidak rasmi dalam industri, pendidikan, dan pengurusan pendidikan sehinggalah ke tahap universiti. Namun kami ingin tumpukan perhatian kepada budaya dalam penggunaan bahasa Jerman terhadap keilmuan di Jerman.

Sangat lazim untuk perbualan keilmuan antara pakar sesama pakar, pakar sesama pelajar, mahupun pelajar sesama pelajar dibuat dalam bahasa mereka sendiri melainkan ada orang bersamanya yang tidak memahami bahasa rasmi mereka. Bahasa Inggeris mereka secara purata tidaklah jauh lebih hebat daripada kita. Seringkali juga mereka terlupa istilah dalam bahasa Inggeris semasa berbual dalam bahasa Inggeris. Namun mereka masih boleh sahaja berkomunikasi dengan mentakrif terus istilah tersebut tanpa mengetahui istilahnya dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan mereka berfikir di kepala mereka terhadap konsep-konsep asasi ini dengan menggunakan bahasa ibunda mereka sungguhpun mereka sudah berpangkat profesor. Ini juga dalam masa yang sama menunjukkan ketidaktahuan istilah dalam bahasa Inggeris bukanlah suatu masalah besar pun. Konsep atau makna terhadap suatu istilah adalah lebih penting terhadap istilah tu sendiri.

Terjemahan mereka terhadap konsep-konsep yang kompleks boleh dikatakan jauh lebih rapi yang melambangkan pemahaman pengetahuan mereka secara umum terhadap konsep tersebut. Bukanlah alasan kita untuk katakan mudah untuk mereka dalam penterjemahan kerana mereka sudah “terkehadapan”. Mereka telah dan masih lagi berusaha keras dalam penterjemahan istilah kerana banyak istilah ilmu dalam bahasa Inggeris diterbit daripada rumpun bahasa Roman (cth: Latin) walaupun bahasa Inggeris berada di dalam rumpun bahasa Jermanik. Konsep perhitungan seperti contoh di atas itu tadi orang Jerman menggunakan kata kerja “rechnen” sebagai kata dasar berbanding meminjam daripada terbitan bahasa Latin “compute” seperti yang dilakukan Inggeris.

Jika kita mengambil contoh dinamika bahasa negara jiran serumpun, Indonesia, kita dapati bahawa kemajuan bahasa mereka dilihat semakin jitu. Malah, banyak sarjana luar mahupun penduduk dari Benua Eropah yang datang mempelajari dan beradaptasi dengan bahasa Indonesia sekaligus berintegrasi dengan budaya tempatan. Ini kerana setiap warga Indonesia percaya dan mengakui peri pentingnya identiti itu dipertahankan meskipun dalam sub-etnik yang rencam mereka bersatu dalam identiti ini: Bhinneka Tunggal Eka. Pada hemat kami, jika kita, khususnya pemerintah sendiri, ragu-ragu dengan kebolehan identiti negara sendiri justeru siapa lagi yang mahu kita harapkan?

*Penutup.*

Akhir kata, tiada alasan lagi untuk kata bahasa Melayu tidak boleh digunakan sebagai bahasa ilmu. Kerana ianya bukan masalah boleh atau tidak boleh tapi hendak atau tidak hendak. Juga tiada alasan lagi untuk kata pengajian STEM dalam bahasa Inggeris boleh meningkatkan perkembangan dalam sains dan teknologi di Malaysia. Kerana penggunaan bahasa bukan ibunda boleh menghancurkan minat pelajar itu sendiri dalam bidang STEM.

Nasihat akhir kami adalah untuk memohon tuan untuk tidak bertindak mengikut pendapat yang autoritatif tanpa merujuk kepada suara-suara yang lain. Berikanlah peluang kepada suara-suara sarjana, penulis, ibubapa dan semua rakyat Malaysia sebelum perkara ini dilaksanakan. Berikanlah kepercayaan kepada rakyat sendiri. Apakah semangat sidang umum (town hall meeting) telah turut mati?

Berikanlah musabab sama ada secara empirik ataupun teori. Rujuklah kajian-kajian yang sudah dilaksanakan supaya pendapat itu boleh kita bahaskan sebelum perkasaannya. 

Jika kita sendiri sedari awal mensudutkan pendapat-pendapat ini ataupun kajian-kajian ini, ibaratnya semua usaha kajian sebelum ini seperti hujan yang jatuh ke pasir.

Sekian, terima kasih takterpermanai.

HEBOH NAK TUBUH PARTI BARU



mohd faizal wahi

Heboh kata Tun nk tubuh kerajaan baru bersama UMNO, PAS dan sebahagian MP BERSATU dan meninggalkan PKR, DAP dan AMANAH... Zahid pulak skg tgh berusaha dptkan sokongan drp Ketua2 Bahagian UMNO diseluruh negara kununnya...


Ulasan ana:


Pendapat masing2. Sape pun boleh tulis ikut pandangan dia. Ada yg tulis sbb dibayar. Knp dibyr..? Sbb saja je nk timbulkan polemik. Baru npk politik Malaysia meriah. Sentiasa ada benda nk diceritakan....


Pd ana, bagus gak kalo ada usaha tu. Yg npk pecah ialah UMNO dan BERSATU. X semua UMNO setuju dgn usaha tersebut, begitu juga dgn BERSATU. Ertinya, usaha tersebut kemungkinan besar gagal sbb x dpt sokongan solid drp MP masing2. Sblm ini Azmin juga cuba test market, kumpulkan sokongan drp MP PKR, pun gagal juga... 


Pd ana buat apa Tun nk bazirkan masa dan tenaga dia cuma utk berkuasa utk sepenggal shj...? Kalo ikut perjanjian, Mei ni dia kena serah pd Anwar. Kalo dia nk teruskan tanpa serah pd Anwar, dia cuma ada dua tahun jer lg utk cukupkan sepenggal. Berbaloikah usaha sebesar itu utk kekalkan kuasa dia cuma utk 2 tahun...??? Umur Tun dh masuk 95. Dia pun sedar dia dh tua. Dh makin x larat. Kalo benar ada usaha sebegitu, bnyk lg benda yg dia kena buat. Bukan setakat dia kekal kuasa je. Mcm2 lg dia kena atur. Dlm keadaan usia dan tenaga dia, ana rasa dia x larat dan x berbaloi utk cuma 2 tahun je dia nk sambung kuasa...


Itu cuma pandangan ana. Utk mnyedapkan hati sndri jer. Terpulang lah pd masing2 utk menilai. Bnyk lg sbnrnya ana boleh tulis. Tp ana mls... Bnyk lg perkara ana nk dibuat.


Enjoy ur life, cari peluang sebnyk mungkin masa ni. Jgn jd walaunbodo yg ikut apa shj politik yg dimainkan oleh lebai penjual agama mrk. Itu sbb kbnykkan walaun ni xda life. Hidup merempat. Hidup huru hara. Sbb life mrk ditentukan oleh pemimpin2 mrk yg rata2 bodo dlm politik.


Aloo bro... Anwar, Mat Sabu, Khalid Samad, Muhyidin Yassin, Salahudin Ayub, Saifuddin Nasution, LGE, Anthony Loke, Kit Siang kt atas tu bukan bodo mcm Hadi, TITM n Tar Snake n Nik Amar laa bro...! Kalo korang yg xda apa2 kepentingan dlm politik pun risau, mrk skg yg dh dpt gaji menteri dll yg berjumlah ratusan ribu setiap bulan lg risau drp korang. Korang ingat diorg kt atas tu x tengok ke apa yg berlaku. Diorg lg laa alert sbnrnya..!


Yakin laaa... Itu semua hanya Mimpi Yg Pulang jer.... Xda apa pun yg berlaku. UMNO kekal pembangkang, PAS kekal anjing MCA. Chill bro...


Percayalah...


Harrr355berok.

Raikan Kehadiran Ezam, Satukan Kekuatan



1. Baru-baru ini, setelah saya menaikkan gambar saya bersama Dato Ezam Mohd Noor dan beberapa hari kemudian memaparkan poster program beliau di laman sosial facebook, saya telah menerima banyak respon dari teman-teman pelbagai latarbelakang. Ada yang respon di ruangan komen, ada yang menghantar mesej di messenger dan whatsapp, malah ada yang terus hubungi saya melalui panggilan telifon.

2. Respon itu hadir dalam bermacam bentuk dan rupa. Jika dari teman yang sealiran, kebanyakkan dari mereka bersetuju Ezam kembali masuk gelanggang perlawanan, dalam masa yang sama meminta pandangan saya akan baik buruknya gerakan ini. Saya beri pandangan saya dalam tulisan ini.

3. Ada juga yang respon meminta supaya kita berhati-hati dengan Ezam, kerana penerimaan segelintir rakan-rakan reformis terhadap beliau masih lagi samar-samar, masih 50-50. Saya kata inshaAllah jika kita mendengar sendiri apa yang cuba disampaikan oleh saudara Ezam, khususnya dalam persediaan untuk kembali ke gelanggang lawan diktator, pastinya perasaan samar itu sedikit demi sedikit akan hilang berganti keyakinan.

4. Tidak kurang juga yang memberi respon dengan kata-kata kesat, hinaan dan celaan di ruangan komen facebook. Mereka yang komen begini tidak lain dan tidak bukan, adalah terdiri daripada kartel dan juga walaun. Mereka melihat kehadiran saudara Ezam memberi impak tersendiri yang mampu menggegar tanahair, memberi tekanan kepada pemerintah supaya peralihan kuasa yang telah dijanjikan itu dikotakan dan seterusnya pelaksanaan Reformasi sebenar direalisasikan.

5. Ada yang marahkan Ezam kerana pernah bertembung dengan Anwar Ibrahim suatu masa dulu, banyak yang diperkatakan. Namun itu adalah di antara saudara Ezam dan Anwar Ibrahim.

6. Ya benar saudara Ezam pernah keluar dari landasan di atas alasan tertentu. Sekurangnya, beliau bertindak keluar atas prinsip, ketika ada sosok yang masih berada dalam kerangka parti walaupun menentang Presiden secara terangan, malah menjadi duri dalam daging apabila berkomplot dengan pihak musuh untuk menyekat Presiden.

7. Pada hemat saya, kembalinya saudara Ezam ke gelanggang adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu setelah melihat satu persatu tindak tanduk Tun Mahathir membelakangi agenda Reformasi. Tun Mahathir sudah mula menunjukkan taringnya dari beberapa keputusan yang dibuat, justeru kehadiran sosok seperti saudara Ezam adalah tepat pada masanya untuk kita raikan.

8. Saudara Ezam hadir dan bersuara ketika ramai pejuang lain diam seribu bahasa di sebalik pangkat dan jawatan. Malah ada diantara mereka yang hanyut dibuai kuasa hingga tergamak membentuk sebuah kartel yang mahu menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. 

9. Ada juga teman yang mempersoal tindakan saya meraikan saudara Ezam untuk berdepan mahazalim, sedangkan saya begitu lantang menentang kemasukkan Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan untuk berdepan Najib Razak. Pada hemat mereka, situasi ini adalah sama sedangkan saya bertegas ianya berbeza sama sekali.

10. Saya tegaskan bahawa saya tidak pernah menolak kemasukkan Tun Mahathir untuk sama berjuang melawan kleptokrasi, malah saya rai satukan kekuatan. Apa yang saya lawan ketika itu ialah kemasukkan Tun Mahathir dengan dilantik sebagai calon Perdana Menteri. Saya sokong jika Tun Mahathir nak bersama, tetapi bukanlah masuk sebagai calon PM. Kerana apabila Tun Mahathir menjadi PM, kegusaran saya pada waktu itu, kini sedang berlaku.

11. Maka dengan adanya saudara Ezam, kekuatan yang lebih ampuh mampu dipersediakan. Kita jadikan saudara Ezam kereta kebal dalam perjuangan ini.   

12. Saudara Ezam memilih untuk terus bergerak di luar kerangka parti, dengan menghimpun segenap kekuatan dari kalangan reformis dan aktivis parti. Ayuh kita hadirkan diri dalam Siri Jelajah Reformasi - Sembang Santai Bersama Saudara Ezam Mohd Noor seperti yang dijadualkan pada tarikh dan lokasi di bawah;

7hb - Ipoh (malam)
8hb - Tapah (pagi)
8hb - Klang (malam)
9hb - Taman Medan (malam)
14hb - Shah Alam (malam)
15hb - Ulu Tiram (2ptg-5ptg)
15hb - Seremban (malam)
16hb - Sg Buloh (12tgh-5ptg)
16hb - Kuantan (malam)

13. Lokasi tepat dan masa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Saya juga difahamkan jadual saudara Ezam sudah penuh untuk sepanjang bulan Februari ini dan lokasi selanjutnya akan diumumkan kemudian. Saya cuma membantu untuk mempermudahkan gerakan ini, memudahkan maklumat diakses. Anda yang menerima maklumat ini, silalah proses dengan baik, menilai dan bertindak atas penilaian tersebut.

Sekian

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

ZAHID HAMIDI SAHKAN UMNO TERPAKSA BERKERJASAMA DENGAN MAHATHIR KERANA IKUT PAS DAN TIDAK MAHU KETINGGALAN




Oleh : Lokman Adam

Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri. Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba-tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional  UMNO yang dipengerusikan oleh Dato' Sri Tajuddin Abd Rahman. Didalam ucapan beliau,  beliau telah menyatakan 4 sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Mahathir (Bukti Rakaman :  https://t.me/lokmanadam/15583 :

1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak ketinggalan.

Jawapan Lokman : Umno adalah sebuah parti keramat yang berusia 72 tahun.  Selama tempoh tersebut, UMNO sentiasa memimpin rakan-rakan komponen yang berkerjasama dengan kita.  Sungguhpun sebagai seorang abang, kita boleh belajar dan berkerjasama dengan PAS dalam soal mendaulahkan Islam, namun adalah tidak masuk akal bahawa UMNO perlu mengikut PAS menyokong seorang diktator yang zalim dan meninggalkan Mantan Presiden UMNO yang sedang dianiaya oleh Mahathir. Tuan Guru Hj Hadi sendiri lebih tegas dengan Tun Mahathir dengan menyatakan bahawa sebarang kerjasama tidak boleh meninggalkan Dato Sri Najib yang kini mendapat sokongan rakyat. Kenyataan Zahid ini jelas membuktikan bahawa beliau adalah manusia yang suka menyalahkan orang lain demi menghalalkan tindakannya.

2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, kita tak boleh selesaikan masalah Bossku. 

Jawapn Lokman : Selepas guna nama Hj Hadi untuk menghalalkan tindakannya berunding dengan Mahathir, sekarang dia guna nama Bossku pula. Yang dia tidak cerita, perundingan dengan Mahathir hanyalah untuk menyelamatkan dirinya dari 87 pertuduhan dan kembali dalam kabinet.  33 pertuduhan yang beliau hadapi kini mendapat tawaran pilihan dengan hukuman lebih rendah. Ini juga boleh dianggap bukti jelas rundingan telah berlaku.  Dari pertuduhan yang boleh membawa hukuman denda atau penjara 20 tahun setiap pertuduhan, kini tinggal denda atau penjara maximum 2 tahun sahaja.  Bossku tidak pernah melantik Zahid menjadi perunding bagi menyelesaikan kes beliau.  Malah Bossku meminta agar UMNO tidak melibatkan diri dengan kesnya, kerana beliau yakin beliau berada dipihak yang benar dan mampu membuktikannya dimahkamah jika mahkamah berlaku adil tanpa campurtangan politik.

3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir.  Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO.  

Jawapan Lokman : Adakah disebabkan UMNO mahu diharamkan dan akaun UMNO telah dibekukan oleh diktator zalim bernama Mahathir, maka solusi yang mampu diambil oleh Zahid hanyalah dengan tunduk dan berkerjasama dengan Mahathir.  Jika ini sahaja yang mampu Zahid lakukan, maka sewajarnya beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO.  Lebih baik buat Pemilihan semula sekarang supaya ahli ada hak untuk memilih pasukan yang mahu menentang Mahathir atau pasukan yang mahu berkerjasama dengan Mahathir.

3) Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS.  Zahid kata, PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama sahaja.

Jawapan Lokman :

Sekiranya UMNO diharamkan supaya ianya boleh menghalalkan penyokong Hishammuddin dan Zahid menyertai Mahathir, saya yakin lebih 90% ahli UMNO akan mengikut Dato' Sri Najib untuk mengambilalih mana-mana parti lain. Jangan harap ahli dibawah mahu mengikut manusia bernama Mahathir atau mana-mana manusia yang boleh diperalat atau dikudakan oleh Mahathir. UMNO perlu pemimpin yang bersedia untuk lawan bagi membela nasib rakyat, bukan mereka yang sanggup berkompromi dengan penguasa demi menyelamatkan diri penjara dan mengejar jawatan dan habuan.

4) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir.  Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jawapan Lokman :

Memanglah beliau berani bentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kerana beliau yakin MT yang Pro Mahathir, yang dibawah payroll Hishammuddin, yang ditekan oleh SPRM dan LHDN melebihi separuh dari jumlah keseluruhan MT.  Soalnya, kenapa tidak ikut perlembagaan?  Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO semasa PAU 2019, dalam menit ke 28.25 - 28.28 https://youtu.be/G_nGjDgxEnw , beliau ada menyebut :

"Melalui Muafakat Nasional, kita tidak impikan perubahan kerajaan melalui *pintu belakang yang terbuka luas. Walaupun ketika ini pintu depan dan pintu belakang terbuka, kita tetap memilih pintu hadapan*. Kita akan bina kerajaan sendiri mengikut lunas-lunas demokrasi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sementara kita bersiap menunggu PRU ke-15, banyak perkara perlu kita selaraskan dalam Muafakat Nasional, Insyallah…

Ucapan Dasar Zahid ini telah dibahas dan diterima oleh Perwakilan Perhimpunan Agong UMNO secara sebulat suara.  Sebarang usaha untuk mewujudkan kerajaan "Pintu Belakang", gabungan dengan mana-mana parti sebelum pilihanraya umum ke 15 wajib mendapat kelulusan ahli akar umbi melalui Perhimpunan Agong Khas. Tindakan Zahid ini jelas telah melanggar disiplin parti dan mengenepikan suara akar umbi UMNO.

Dato' Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
3hb Februari, 2020

NAJIB KERAP LUPA....



Mohd Shah Rim





Najib terlupa, dia sendiri update di medsos pada Disember 29 2018 , Kerajaan BN melanjutkan konsensi TOL  yang dirundingkan pada 2011 sehingga 2038.  Tapi biasalah, Cai dia anggap semua AUTA Najib adalah betul... hahaha


INI JENIS HAMPAS



Ibrahim Mat Isa

Masa menfitnah, tak ingat dosa pahala, diberi peluang minta maaf, dengan  sombong dia tolak..diminta tarik balik kenyataan, dia tak nak.. sekarang cakap tak de duit... ni pun kategori PUNDEK... hahahahar



JIKA PH PUN MAHU DITIPUNYA, UNTUK APAKAH UMNO MAHU BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR?



Selain Najib Razak yang bakal menjadi halangan untuk UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad membentuk sebuah kerajaan baru yang tujuan utamanya hanyalah mengekalkan “situa” itu lebih lama sebagai Perdana Menteri, rintangan lain ialah majoriti ahli-ahli UMNO nampaknya tidak bersetuju dengan kerjasama itu.
Beberapa pemimpin UMNO peringkat bahagian yang diminta pendapat mereka, rata-rata menolak penggabungan atau kerjasama dengan Pengerusi Bersatu itu.
Kata mereka, untuk apa UMNO mahu bekerjasama yang tujuannya hanya untuk mengekalkan lagi Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan saja pernah menghina parti itu, malah menumbangkannya pada PRU14 lalu?
Apa bodoh sangat pemimpin UMNO yang mahu bekerjasama dengan Tun Mahathir itu?
Di mana prinsip, maruah serta harga diri mereka yang mengetuai UMNO sekarang ini?
Pemimpin yang diminta pendapat itu juga hairan jika pemimpin atasan UMNO begitu mudah percaya kepada Tun Mahathir yang sebenarnya hanya ingin menyelamatkan dirinya daripada akur kepada janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim yang pada asasnya adalah dipersetujuinya sendiri.
Lagi pun, tambah mereka, jika PH pun ditipunya, janji manifesto juga ditipu, PKR turut ditipu di mana senarai menteri yang dicadang tidak dipilihnya dan Anwar mungkin bakal ditipu dengan janji peralihan kuasa yang mahu diengkari, untuk apa UMNO sedia menadah muka untuk ditipu sama oleh Tun Mahathir?
Apakah jaminannya setelah dirinya selamat nanti, pemimpin UMNO yang menyelamatkannya itu tidak ditipunya juga?
Sepatutnya, tambah mereka, jika pun Tun Mahathir ingin mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar itu, UMNO jangan terlibat sama sekali dan membiarkan saja perkara itu berlaku dalam kerangka PH semata-mata.
Ini kerana, kalau Tun Mahathir mungkir terhadapnya janji itu, yang untung akhirnya ialah UMNO juga.
Tetapi, dengan sedia bekerjasama, belum tentu UMNO akan mendapat untung, sebaliknya yang pasti untung hanyalah Tun Mahathir, anak-anak serta kroninya saja.
Dalam pada itu, pemimpin peringkat bahagian itu juga melihat peluang UMNO bersama parti-parti pembangkang lain untuk menang PRU akan datang adalah cerah berdasarkan keputusan PRK Tanjung Piai dan Kimanis, baru-baru ini.
Oleh itu, tegas mereka, adalah lebih baik UMNO bersabar sedikit menunggu ketibaan PRU15 akan datang yang tempohnya bukanlah lama sangat daripada sekarang.
Meskipun mereka turut menyedari penyelesaian kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid Hamidi adalah umpan untuk menjadikan kerjasama itu sebagai kenyataan, mereka juga mahu pemimpin parti Melayu terbesar itu tidak mudah menjual maruah semata-mata untuk menyelamatkan diri sendiri.
Jika itu yang berlaku, mereka yakin, UMNO selepas ini akan lebih ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh rakyat.
Tambahan lagi, ujar mereka juga, parti Tun Mahathir adalah parti kecil dengan jumlah keahlian sekitar 300 ribu berbanding ahli UMNO lebih 3 juta ramainya.
Dengan demikian, kenapa mahu dibiarkan ular lidi menelan ular sawa?
Sehubungan itu, pendirian ahli UMNO akar umbi ialah menolak sebarang bentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan baru yang menjadi bualan sekarang dan mahu UMNO terus berjuang serta melawan PH dan Tun Mahathir dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 03/02/2020)


Kenyataan media rasmi




PENA Bantah PPSMI anjuran Mahathir

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membantah sekeras-kerasnya cadangan Pemangku Menteri Pendidikan Tun Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Keputusan melaksanakan nya semula sangat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa, terutamanya pelajar luar bandar.
Telah terbukti sebelum ini  pencapaian dalam peperiksaan merudum dan banyak pembaziran berlaku apabila perbelanjaan untuk melaksanakan PPSMI tidak mendatangkan kebaikan. 

PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk  kepada tahap pencapaian para pelajar.

Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80% di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah  sehingga program ini dibatalkan pada 2010.

PENA mendesak Tun M membatalkan hasrat tersebut atau akan  berhadapan semula penentangan rakyat bagi menolak PPSMI sebelum ini.

PENA akan bersama-sama rakyat untuk menentang program PPSMI kerana kami percaya langkah pelaksanaan PPSMI akan merosakkan sistem pendidikan kebangsaan dan menghancurkan masa depan anak bangsa. 

Sepatutnya Tun M menumpukan usaha pemulihan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, bukannya menambahkan kemarahan rakyat.

Negara mungkin akan menghadapi gelombang huru-hara yang lebih hebat jika PPSMI dilaksanakan juga.

DR MOHAMAD SALEEH RAHAMAD
Presiden PENA

31 Januari 2020

Perpaduan Malaysia perlukan ‘kanta’ baharu



Oleh Fakhrurrazi Rashid
(Koordinator Program Research for Social Advancement (REFSA)
)

MALAYSIA telah memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah 2019 di tangga ke-53 berbanding 61 pada 2018. Ini pencapaian membanggakan dalam tempoh 20 tahun. 

Kejayaan ini hasil daripada komitmen pembaharuan institusi yang dalam melawan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sedekad lalu.

Kerjasama erat rakyat dan kerajaan yang bersatu dalam menolak jenayah rasuah dan ketirisan dana negara merupakan kunci kejayaan integriti negara dapat dipulihkan. Menariknya, kejayaan ini dicapai tidak sampai dua tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan
.
Malangnya, ada pihak melihat 20 bulan yang lalu ialah waktu keretakan perpaduan nasional. Situasi ini berpunca daripada sikap yang taksub menjadi juara sesuatu kaum yang membuktikan kumpulan ini gagal menyesuaikan pemikiran mereka dengan sistem urus tadbir berteraskan demokrasi, telus dan bertanggungjawab. 

Golongan yang enggan berubah

Seluruh dunia sekarang menerima tentangan hebat daripada mereka yang berfahaman kanan yang sukar menerima perubahan. Penglibatan kumpulan ini dalam gerakan rakyat telah meningkat berbanding mereka yang mahukan perubahan secara demokratik.

Apakah simptom-simptom kumpulan ini? Kumpulan ini mempertahankan pemikiran lama, menghangatkan isu kaum, identiti nasional dan menolak perubahan negara ke arah lebih demokratik.

Di Brazil, Eropah, Thailand dan India memperlihatkan pengaruh golongan konservatif menjadi punca dasar negara mereka ke arah perkauman dan menyokong pemimpin yang autokratik. Bagaimana dengan Malaysia?

Gerakan masyarakat berhaluan konservatif tumbuh bagai cendawan di Malaysia selepas 9 Mei 2018. Bermula dengan perhimpunan bantah ICERD, insiden pergaduhan kuil Maha Mariamman, Buy Muslim First (BMF), anti-tulisan jawi, anti-sekolah vernakular dan Kongres Maruah Melayu. 

Ini merupakan simptom yang telah meletakkan nilai pemikiran kesederhanaan kian tenggelam. Adakah kita masih lagi ingin menafikan hakikat ini? 

Ahmad El-Muhammady, ahli akademik dan pakar anti-keganasan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyatakan redikalisasi politik kian meruncing di Malaysia, yakni rasa sukar menerima antara satu dan yang lain dengan rasa hormat.

Golongan enggan berubah ini sebaliknya menggunakan perbezaan kaum dan pandangan untuk memecah-belahkan masyarakat. Pecah belah ini mudah berlaku dengan memalsukan maklumat dan berita yang akhirnya mencipta rasa takut rakyat akan sesuatu perubahan.

Ironinya rasa takut ini kian meningkat tatkala urus tadbir negara dan integriti negara sedang ditambah baik. Rasa takut ini menyebabkan rakyat tidak dapat membezakan perbuatan yang salah dengan amalan yang baik, pemimpin yang ketagih rasuah berbanding pemimpin berintegriti. 

Ubah ‘kanta’ perpaduan nasional.

Untuk berubah, kita harus sedar konsep perpaduan Malaysia hari ini tidak mampu menampung cabaran masa hadapan sehingga melahirkan golongan yang ‘anti’ dan ‘fobia‘ dengan kaum, agama, budaya dan bahasa.

Perpaduan nasional perlukan ‘kanta’ baharu, menggantikan kanta lama yang kian mengaburi minda dan jiwa rakyat tentang arah perpaduan nasional.

Kanta baru ini mengidamkan sebuah masyarakat yang mengangkat nilai demokrasi, telus, integriti dan bertanggungjawab. Kefahaman ini perlu disokong dengan satu pemikiran yang celik fakta dan seimbang dari segi emosi agar perpaduan nasional tidak dapat digugat dengan dakyah palsu dan sentimen negatif.

Demokrasi bukan terletak pada peti undi dan pilihan raya, bukan kiraan majoriti sahaja. Pentingnya demokrasi untuk mewujudkan toleransi, perbincangan, konsolidasi dan dialog rakyat dan pemimpin untuk membincangkan pandangan masing-masing.

Masyarakat perlu keluar daripada ketakutan untuk memberi kritikan. Kita perlu berani bersuara dan bertanggungjawab dalam mengkritik pemimpin yang tidak berintegriti, memainkan sentimen kaum untuk memecahkan perpaduan negara. 

Rakyat perlu meletakkan institusi awam di tempat yang tinggi berbanding kepentingan parti politik dan kumpulan tertentu.

Memperbaiki perpaduan nasional juga berkait dengan usaha mewujudkan ekonomi rakyat yang stabil. Apabila bercakap tentang ekonomi rakyat, ia bukan tiket para majikan dan pemimpin menyalahkan pekerja tidak produktif, tetapi sejauh manakah mereka yang mempunyai duit dan kuasa ini berkongsi kemakmuran dengan rakyat?

Apakah nilai sebuah ekonomi yang maju tetapi kehidupan anak muda, pekerja, wanita dan keluarga setiap etnik tidak mendapat gaji dan pekerjaan setimpal dan hidup tidak tenteram?

Persoalan ini cuba diuruskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Gagasan ini juga harus dipandang sebagai usaha mengubah corak perpaduan nasional ke tahap yang lebih inklusif, iaitu merapatkan jurang etnik, wilayah dan kemahiran berlandaskan fakta dan rasional.

Tetapi, sejauh manakah kita mempunyai kesanggupan dan kesedaran untuk melihat perpaduan dengan kanta baharu ini?

*Tulisan ini kali pertama disiarkan di The Malaysian Insight


UMNO & PAS SERUPA*


Mat Man




1. Non-Muslim di Malaysia hari ini bukan seperti kafir Quraisy Mekah. *Di sini tidak ada peperangan antara Muslim dan non-Muslim*. Di sini Muslim tidak pernah dihalang beribadat dan tidak dihalau. Di sini Muslim dan non-Muslim berjiran, satu pejabat, satu sekolah, sekampung bahkan ramai yg mempunyai hubungan darah dan kekeluargaan.

2. Berbeza agama adalah perkara biasa yg berlaku dgn kehendak Tuhan. Jika Muslim sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar, non-Muslim juga sayangkan agamanya dan yakin agamanya benar. Jika Muslim tidak mahu agamanya dihina, non-Muslim juga tidak mahu agama mereka dihina.

3. *Non-Muslim di sini adalah warganegara*. Mereka berhak menjadi calon pilihanraya, menjadi menteri atau exco jika mereka layak. Mengundi mereka dalam pilihanraya bukan suatu kesalahan dari sudut agama kerana kedudukan mereka sebagai warganegara di sini adalah setaraf dgn kedudukan Muslim.

4. *Mereka bukan kafir harbi kerana mereka tidak memerangi Islam dan orang Islam*. Jika ada hal-hal tertentu yg mereka tidak setuju dgn Islam, itu tidak bermakna mereka memusuhi Islam dan umat Islam secara keseluruhan. Jika orang Islam sendiri pun ada hal tertentu yg dia tidak bersetuju dgn Islam, apatah lagi non-Muslim. Di sinilah letaknya peranan orang Islam dlm dakwah.

5. *Ayat al-Quran tentang jihad memerangi non-Muslim tidak wajar dibaca secara berasingan dgn ayat yg memerintah orang Islam berbuat baik kpd non-Muslim*. Nabi sendiri tidak berperang dgn non Muslim 7 hari seminggu. Peperangan bukan pilihan tetapi berlaku dlm situasi yg sangat terdesak iaitu apabila dakwah terhalang dan halangan tidak boleh diatasi kecuali dgn peperangan.

6. *Di sini dakwah tidak terhalang bahkan orang Islam boleh berdakwah kpd non-Muslim 366 hari setahun* di market, di jalan, di sekolah, di universiti bahkan di gereja dan biara jika Muslim mahu. Dakwah di sini bukan tidak boleh, tapi Muslim tidak mahu. Muslim di sini, ramai yg rasa dirinya terlalu suci utk mendekati non-Muslim utk tujuan dakwah.

7. Dari sudut politik, UMNO memang suka kalau Muslim mencurigai non-Muslim. Dengan kecurigaan itu, *mereka berpeluang meniupkan sentimen perkauman*, kononnya Islam dan Melayu terancam dan rakyat perlu bersama UMNO demi Melayu dan Islam. Di depan Melayu, UMNO bercakap membela Islam. Di depan Cina, UMNO cakap mereka membela semua bangsa. Hipokrit.

8. *PAS yg kononnya berjuang Islam kebelakangan ini sudah termakan sentimen Melayu tiupan UMNO*. PAS yg dulunya anti-asabiah Melayu kini selesa dgn sentimen keMelayuan dlm kerja-kerja politiknya. Sasarannya ialah DAP. Oleh kerana PAS parti Islam, PAS label DAP anti-Islam utk menyokong usaha UMNO yg melabel DAP anti-Melayu. Kedua-dua parti itu seiring dlm memperalatkan sentimen agama dan bangsa utk kepentingan politik. 

9. *PAS dan UMNO sudah serupa langkah politiknya. Melayu rosak kerana UMNO, Islam rosak kerana PAS* .

CAKAP IKUT SUKA

Nizam Aka

Katanya bertugas di Hospital Tanah Merah,tapi tergamak mengatakan Menteri Kesihatan yang merupakan menterinya sendiri dengan perkataan "Kecek Macam Org Gila(Bercakap Macam Orang Gila)"..dan sanggup mengeluarkan perkataan yang benar-benar menghina seorang PM dengan perkataan "Kebodohan Bila Terlampau Gila"..

Di mana #gobindsingh?Apa tindakan #SKMM?Apa pula tindakan yang diambil oleh pihak #PDRM atau #polis.. mohon phk #kdn ambil tindakan tegas terhadap penghinaan ini..



WARISAN SABAH KERJASAMA BAIK DENGAN PKR

PENA BANTAH HIDUPKAN SEMULA PPSMI

TOLONG JANGAN KUAT MERACAU



Ibrahim Mat Is

Kenyataan Media PAS..
Nampaknya PAS, paling sibuk urusan PH..jika PAS nak sokong Perdana Menteri kekal sehingga akhir penggal, PAS kena hantar wakil ke Mesyuarat Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN.. jika dak, berhenti menyalak..!!

BENARKAH ZAHID DIBERI HINGGA 7 FEBRUARY UNTUK UNDI PERCAYA PADA MAHATHIR DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG



Selain usul undi percaya kepada Tun Mahathir Mohamad bagi tujuan mengekalkannya sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, isu lain yang turut menjadi bualan hangat ketika ini ialah pembentukan kerajaan baru yang menggabungkan Bersatu, Pas dan UMNO.
Dikatakan pembentukan kerajaan baru ini adalah usaha yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir untuk terus kekal berkuasa sehingga habis penggal, sekaligus mengengkari janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Pembentukan kerajaan baru dengan sokongan UMNO dan Pas itu dengan sendirinya bermakna Tun Mahathir akan mengenepikan PKR, DAP dan Amanah sebagai rakan kongsi yang meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri melalui PH selepas kemenangan dalam PRU14 lalu.
Kerajaan baru yang diusahakan itu selain merupakan gabungan Bersatu, UMNO dan Pas, ia juga adalah melibatkan kumpulan Azmin Ali dalam PKR, Warisan serta sebahagian daripada GPS di Sarawak.
Sehingga ini Pas dikatakan sudah pun menyatakan persetujuan akan bersama gabungan baru itu, manakala lain-lain entiti masih lagi dijalankan usaha yang gigih bagi tujuan itu.
Tumpuan utama Tun Mahathir, selepas mendapat sokongan Pas ialah mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada UMNO yang memiliki 39 jumlah Ahli Parlimen.
Keyakinan Tun Mahathir ialah jika blok UMNO berjaya dipautnya, memujuk yang lain-lain untuk turut bersama dalam kerajaan baru itu akan menjadi lebih mudah lagi.
Bagi tujuan tersebut, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin kanan UMNO telah lebih awal dipujuk untuk bersetuju dengan usaha pembentukan kerajaan baru yang akan membawa balik parti itu ke persada kuasa semula.
Namun, yang lebih penting sebenarnya ialah dengan kembalinya UMNO berada dalam kuasa semula, kes-kes mahkamah yang dihadapi oleh beberapa pemimpin UMNO dengan sendirinya ada jalan penyelesaiannya yang mudah baginya.
Dalam erti kata lain, keinginan bersama dengan Tun Mahathir membentuk kerajaan baru ini bukan berdasarkan apa-apa asas perjuangan, sebaliknya hanya untuk menyelamatkan diri semata-mata.
Tun Mahathir ingin menyelamatkan dirinya agar dapat melahab kuasa dengan lebih lama lagi, manakala mereka yang ada kes mahkamah dapat mengelakkan daripada menjadi penghuni penjara.
Tugas Zahid Hamidi dikatakan adalah mendapatkan sokongan Ketua-Ketua UMNO Bahagian agar setuju memberi mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti membuat sebarang keputusan berhubung pembentukan kerajaan baru itu.
Dengan adanya persetujuan itu, sebarang keputusan yang akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir akan menjadi keputusan parti.
Dalam hal ini, Zahid Hamidi diberitakan diberi masa sehingga 7 Februari ini untuk memaklumkan kepada Tun Mahathir sama ada berjaya memperolehi persetujuan tersebut atau sebaliknya.
Zahid Hamidi bersama beberapa pimpinan utama UMNO ketika ini difahamkan sedang giat menemui Ketua-Ketua UMNO Bahagian bagi mendapatkan persetujuan tersebut.
Tun Mahathir dikatakan memerlukan persetujuan itu selewat-lewatnya 7 Februari ini kerana beliau merancang untuk mengumumkan pembentukan kerajaan baru itu sebelum akhir Februari iaitu sebelum Majlis Presiden PH membuat sebarang ketetapan berkenaan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.
Rancangan bekerjasama ini bagaimanapun akan mengenepikan sama sekali Najib Razak dan mereka yang bersamanya kerana Tun Mahathir difahamkan bukan saja tidak sedia sama sekali bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu, malah ingin memastikan penjara adalah destinasi muktamadnya selepas ini.
Berjayakah Zahid Hamidi memberi berita gembira kepada Tun Mahathir menjelang 7 Februari ini?
Apakah Najib dan kumpulannya hanya akan berdiam diri saja?
Jika Zahid Hamidi memutuskan UMNO akan bekerjasama dengan Tun Mahathir, tidak mungkinkah ada Ahli Parlimen UMNO, seperti Najib dan beberapa yang lain misalnya, akan mengisytiharkan diri mereka sebagai Ahli Parlimen Bebas lantaran menolak kerjasama tersebut? (ShahbudinHusin 02/02/2020)