Kohilal janji bayar balik saham ahli


DAH BAYAR KA BELUM.


By Manzaidi Mohd Amin -  23 July 2019
MGF230719_KEMPEN-BELI-PRODUK-MUSLIM04

Anggota Lembaga Kohilal, Mustapa Salleh pada majlis Menandatangani Persefahaman Usahasama Antara Kohilal, Abata dan Ummah di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Duit yang dilaburkan dalam Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (Kohilal) ketika zaman kejatuhannya sebelum ini tidak pernah luput dari senarai pemegang saham.

Pengerusinya, Mustapa Salleh berkata, pihaknya yang baru mengambil alih Kohilal cuba sedaya mungkin untuk membayar semula jumlah saham pelabur mengikut kemampuan.

Katanya, beliau bersama pengurusan baharu Kohilal kini giat membangunkan semula koperasi itu agar dapat memberi manfaat kepada ahli dan pemegang saham.

Beliau turut mengajak ahli agar melupakan kisah lampau yang melanda Kohilal ketika itu, sebaliknya sama-sama bangkit untuk terus bangun dan memajukan koperasi.

“Kami tahu risiko yang kami hadapi sebaik mengambil alih koperasi ini, tetapi kami tidak mahu jadikan itu alasan. Kami akan bangkit.

“Tambahan pula Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberi kata-kata motivasi kepada Kohilal bahawa tidak ada manusia yang jatuh tidak akan bangun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MOU) Kempen Beli Produk Muslim antara Kohilal dengan Gerakan Ummah (Ummah) dan Abata di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Amran Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Abata, Mohd Izat Ismail.

Mengenai saham ahli, Mustafa menjelaskan, pihaknya kini berusaha untuk menambah sumber pendapatan dengan menumpukan pemasaran produk muslim ke seluruh negara.

Kata beliau, jika koperasi beroleh keuntungan, maka dividen akan diagihkan termasuk kepada ahli lama walaupun ada antaranya sudah meninggal dunia.

“Bagi ahli yang telah meninggal dunia, dividen itu akn diberikan kepada waris terdekat. Kita mempunyai data lengkap mereka.

“Walaupun pengurusan baharu ambil alih, nama ahli dan jumlah saham mereka tetap ada dalam senarai kita,” katanya.

Menurut Mustafa, jumlah ahli Kohilal di seluruh negara kini kira-kira 18,000 orang yang melibatkan pelbagai profesion termasuk usahawan yang menghasilkan produk muslim. 

– MalaysiaGazette


WALAUN MENYALAK, TAPI INI KESNYA.



Duk menyalak walauntaik kata ph menang kerana fitnah . Tapi tak pernah dengar pemimpin ph kena bayar kerana kalah saman fitnah πŸ˜†πŸ˜πŸ˜†πŸ˜
*Contoh kes FITNAH yg diputuskan mahkamah* 

1. *Papagomo (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM951,260.30
2. *Ismail Sabri (UMNO)* vs Nurul Izzah RM600,000
3. *Razman (PAS)* vs Nizar Jamaluddin RM200,000
4. *Wan Zawawi Ismail (PAS)* vs Husam Musa RM50,000
5. *Nasrudin Tantawi (PAS)* vs LGE RM10,000
6. *Nasir Desa (UMPAS)* vs Khalid Samad RM100,000
7. *Hamidah Osman ( ~Putra~ UMNO)* vs Khalid Samad RM200,000 
8. *Hassan Ali (PAS)* vs Khalid Samad RM200,000
9. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Nizar Jamaluddin RM280,000
10. *Khalid Abu Bakar (IGP-Umno)* vs Nurul Izzah RM400,000
11. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Guan Eng RM400,000
12. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Karpal Singh RM50,000 
13. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM45,000
14. *NST (UMNO)* vs LGE RM130,000
15. *TV3 (UMNO)* vs Anwar Ibrahim RM1,100,000 
16. *NST (UMNO)* vs Husam Musa RM350,000
17. *Utusan Malaysia (UMNO)* vs Lim Kit Siang RM250,000
18. *Dto Azwandin (UMNO)* wpun minta maaf d mhkmh tetap kena byr RM30K kpd Teressa Kok, RM30K kpd Timb. MOD & RM80K kpd P Wythyamoorthy.

*CER BAGI CONTOH FITNAH PH YG TELAH DI PUTUSKAN OLEH MAHKAMAH PULOK*

*PERBEZAAN YG TELAH dilakukan oleh KERAJAAN PH*



☸ *Minyak RON95*
*_BN:_* RM 2.36 pernah capai RM 2.80
*_PH:_* RM 1.92 paling tinggi RM 2.08.

☸ *Bantuan Khas Pesara*
*_BN:_* RM 250
*_PH:_* RM 500.

☸ *BR1M*
*_BN:_* RM 1,200
*_PH:_* RM 1,480
_(Setiap anak umur 18 tahun ke bawah dapat RM 120)_

☸ *Biasiswa*
*_BN:_* 2016-2018 tiada peruntukan
*_PH:_* RM 3.8 Billion untuk tahun 2019.

☸ *Royalti Minyak*
*_BN:_* Negeri UMNO sendiri Terengganu tidak dapat royalti minyak..
_(Bila MB Terenganu bersuara dalam mesyuarat, dipecat walau pun bertanya ikut saluran)_
*_PH:_* Semua negeri pengeluar minyak dapat royalti penuh.

☸ *Plan bantuan FELDA*
*_BN:_* setiap tahun bayaran one-off RM 700
*_PH:_* RM 77 juta untuk bayaran one-off, khairat kematian & elaun sara hidup bagi peneroka yang ladang sedang penanaman semula.

☸ *Tol*
*_BN:_* 5 tahun naik 2 kali _(PRU 2013 janji nak mansuh tol dalam bandar)_
*_PH:_* Diskaun 30% pada waktu puncak, percuma waktu 11 pm - 5 am.
_(Dalam rundingan dengan syarikat pemegang konsensi)_

☸ *Elaun pelatih Maktab Perguruan*
*_BN:_* Dimansuhkan dan diganti dengan pinjaman bermula 2018.
*_PH:_* Kembalikan elaun sara hidup pada pelatih Maktab Perguruan.

☸ *Peruntukan sekolah daif*
*_BN:_* Pembantu Rosmah seleweng RM 4 billion dana projek solar sekolah daif Sarawak.
*_PH:_* RM 1 Billion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak, peruntukan terus kepada kerajaan negeri Sarawak.

☸ *Kos projek Mega*
*_BN:_* ECRL: RM 71 Billion
MRT3: RM 31 Billion
MRT2: RM 39 Billion
*_PH:_* ECRL: RM 40 Billion
MRT3: RM 15 Billion
MRT2: RM 30 Billion.

πŸ‘πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Gerakan cabar keputusan tulisan Jawi sebelum Krismas



PAS JANGAN BISU

MGF29092019_PERASMIAN-PERSIDANGAN-PERWAKILAN-WP_10


KUALA LUMPUR – Gerakan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini  menolak permohonan melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negara ini minggu depan.
Presidennya Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, rayuan itu akan dikemukakan oleh barisan penasihat undang-undang parti itu di mahkamah tinggi negeri sama ada pada Isnin atau Selasa depan.
Katanya, pihaknya akan mengemukakan beberapa perkara penting untuk mengukuhkan permohonan rayuan mereka bagi mencabar keputusan awal yang dibuat mahkamah itu yang membenarkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan melaksanakan pengajaran Jawi di sekolah vernakular tersebut.
“Dalam Perlembagaan sudah termaktub bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan, tulisan rumi merupakan bahasa Melayu dan kami mahu mencabar bahawa mahkamah tidak boleh bercampur tangan dalam dasar pendidikan kerajaan yang sudah diiktiraf dengan melibatkan pandangan dan kepentingan pelbagai lapisan rakyat keseluruhannya.
“Malah sebelum ini kerajaan kata hanya persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah vernakular Cina dan Tamil di negara ini sebagai entiti berhak dibenarkan mengikut budi bicara untuk menentukan sama ada melaksanakan pengajaran tulisan Jawi di sekolah masing-masing atau sebaliknya.
“Jadi, dalam hal ini kami hendak mencabar kerajaan bahawa bukan PIBG tetapi hanya Lembaga Pengarah pengurusan sekolah sahaja ada hak dan kuasa autoriti undang-undang untuk menentukan mahu atau tidak melaksanakan pengajaran Jawi,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Katanya, berdasarkan tempoh 30 hari yang ada untuk mengemukakan rayuan dalam kes ini, dua peguam mewakili Gerakan akan ke mahkamah Tinggi sebelum sambutan hari Krismas.
“Ya, maksudnya peguam kami akan pergi failkan rayuan sebelum Krismas iaitu sama ada Isnin atau Selasa minggu depan,” ujarnya.
Tambah beliau, memandangkan Lembaga Pengarah pengurusan sekolah adalah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), maka entiti itu yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah mereka.
Manakala katanya, input ketiga yang akan disertakan dalam rayuan untuk pertimbangan mahkamah dan semakan semula kehakiman ialah subjek tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar di bawah Subjek Agama Islam bukan mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurutnya, tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan diajar dibawah subjek agama Islam dan bukan bahasa Melayu.
“Maka kami ingin menjelaskan bahawa sejak tulisan Jawi dibawah subjek agama di SK, maka ia tidak boleh dibenarkan dilaksanakan dalam BM di sekolah Cina dan Tamil selepas ini.
“Mudah kata, Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa, tidak seorang pun boleh dipaksa mempelajari atau menerima ajaran mana mana agama lain daripada agama sendiri seperti yang ditetapkan dalam dasar pendidikan serta Bab 7 Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.
Pada 28 November lalu, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang telah mengenepikan permohonan Gerakan untuk melarang pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan membenarkan kementerian pendidikan dan kerajaan mengajar tulisan Jawi di sekolah kedua dua bahasa ibunda itu.-


KISAH BENAR YANG BERLAKU PADA DALANG KES LIWAT 1998


Image result for augustine paulImage result for aziz samsudin bekas menteri

Image result for ummi hafildaImage result for rahim noor

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.Sehingga kini mereka Ummi Hafilda,Azwan Ali dan Azmin tidak berbaik sebagai saudara mara?

Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Image result for dr ristina majidImage result for dr ristina majid


Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.

Jika Azilah juga angkat sumpah laknat…


Image result for kit siang

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang membangkitkan persoalan sumpah laknat siapakah yang ‘menang’ jika Azilah Hadri turut berbuat demikian bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpahnya bahawa beliau diarah oleh Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh Altantuya Shaariibuu.
Soalan veteran DAP itu rentetan daripada kenyataan Najib semalam bahawa beliau akan mengangkat sumpah laknat esok di Masjid Kampung Baru bagi menafikan pengakuan Azilah.
Kit Siang turut merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin yang mencadangkan supaya Najib mengambil tindakan mahkamah untuk menepis tuduhan Azilah kerana bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu boleh disoal oleh peguam Najib.
Hanipa berkata, sumpah laknat yang akan dibuat Najib esok mempunyai nilai perundangan yang sedikit.
Kit Siang berkata, begitu juga dengan kontroversi sama ada Azila dibawa keluar dari penjara untuk bertemu VVIP yang tidak boleh dibuktikan menerusi sumpah laknat sebaliknya memerlukan siasatan rapi dan telus.
Veteran DAP juga  menafikan laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, beliau hanya terfikir adakah Najib mahu membuat langkah sama setelah ingin melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang dikaitkan kepadanya berhubung kes pembunuhan Altantuy.
Menurut beliau, sebagai bukan Islam, dirinya tidak akan mengeluarkan cabaran sedemikian.
“Saya tidak mencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengangkat sumpah laknat menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) bahawa dia adalah penerima daripada sogokan dari bon yang dibangkitkan oleh bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner untuk 1MDB dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar.
“Dalam kenyataan saya pada pagi ini, saya tertanya-tanya sama ada ini yang akan dilakukan oleh Najib jika dia membuat keputusan untuk mengambil laluan sumpah laknat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang mengulas mengenai laporan media bahawa beliau mencabar Najib untuk melakukan sumpah laknat bagi isu berkaitan 1MDB.
“Adakah Najib akan membuat sumpah laknat untuk menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).
“[..] bahawa dia adalah penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar?” katanya memetik laporan Malaysiakini, hari ini.
Najib berkata beliau sanggup bersumpah laknat untuk menafikan dakwaan mengarahkan Altantuya dibunuh pada 2006 ketika menjadi timbalan perdana menteri.
Akuan bersumpah (SD) Azilah yang sedang menanti hukuman gantung didedahkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya.
Dokumen yang disertakan dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati.