GAMBAR PERHIMPUNAN HARI INI.

20,000 Sertai Himpunan Anti-GST -updated

GREENBOC
Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal.

Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini.

Berikut laporan langsung daripada wartawan Malaysiakini di lapangan:

6.20pm: KLCC – Hampir semua peserta himpunan sudah bersurai. Suasana kembali tenang seperti biasa.

6.00pm: Dataran merdeka- Free Anwar Petition Coliation turut muncul di himpunan hari ini untuk mengutip tandatangan daripada orang ramai.

Koordinatornya berkata mereka telah mula mengutip tandatangan di Sogo awal pagi hingga kini.

Katanya, mereka dapat mengutip tandatangan sebanyak 3,000 hari ini.

"Kita beri peluang kepada mereka yang tidak puas hati dengan sistem kehakiman untuk meluahkan perasaan melalui tandatangani ini," katanya.

Lau berkata, matlamat mereka adalah untuk mengutip sejuta tandatangan dan menyerah kepada Agong untuk menuntut pembebasan Anwar.

"Dari pelancaran kempen mengutip tandatangan pada bulan April hingga kini, kita telah mengumpul kira-kira 50 ribu tandatangan," katanya.

5.10pm: Sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia turut muncul dalam himpunan anti-GST.

Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.

"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut.

"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragut.

"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita kecam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Dia turut merungut perlaksanaan GST menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.

"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan marah.

"Harga barang juga makin mahal, kita bukannya kaya.

"Dulu makan di kedai hanya harga RM6 dengan nasi dan air, kini kena bayar RM8," rungutnya.

5pm: KLCC - Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat membacakan deklarasi anti-GST kepada orang ramai yang mahukan cukai itu dimansuhkan.

Tokoh ulama PAS Ahmad Awang kemudian memimpin bacaan doa.

“Ya Allah, kami berkumpul hari ini dengan semangat jihad, dengan semangat Tok Janggut untuk melawan GST.

“Berikanlah kami kekuatan. Berikanlan tentera-Mu ini kekuatan untuk melawan GST,” katanya.

4.50pm: KLCC – Kira-kira 1,000 masih tinggal di KLCC.

4.45pm: KLCC – Ucapan berkumandang sekurang-kurangnya di tiga tempat. Di depan Affin Bank, Setiausaha PKR Rafizi Ramli menyelar Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Masuk sekolah balik Ahmad Maslan. Dia tidak faham GST,” kata Rafizi.

4.25pm: Jalan Ampang – Suar dinyalakan menyebabkan asap oren menyelubungi kawasan itu.

Ia dikatakan dinyalakan oleh kumpulan “anarkis” yang tidak terlibat dalam jawatankuasa Kita Lawan.

"Ia dipercayai kumpulan sama yang membakar suar di depan Masjid Jamek.

4.20pm: KLCC - Penunjuk perasaan berdiam diri sebentar bagi menghormati suara azan yang sedang berkumandang. Sejurus tamat mereka menyambungnya dengan laungan takbir.

Kawasan di Jalan Ampang, dekat KLCC sesak. Penghadang dipasang bagi mengelakkan penunjuk perasaan memasuki halaman KLCC.

4.15pm: Jalan Ampang – Orang ramai dari Jalan Ampang membanjiri jalan. Jalan raya sesak teruk.

KLCC – Lebih ramai orang menuju ke arah kawasan itu. Dianggarkan kira-kira 15,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Aktivis orang kurang upaya (OKU) Isaiah Jacob berucap bahawa GST membebankan golongan itu.

“Kerajaan memang bangsat, mereka kejam. Mereka patut bantu orang kurang upaya,” tambahnya.

3.55pm: Ibu pejabat polis daerah Dang Wangi – Orang ramai berlaku sambil mengusik dan anggota polis dengan lirik berbunyi "terima kasih abang polis" ketika melalui kawasan itu.

Polis mengawal keadaan sejak pagi dan tiada insiden dilaporkan setakat ini.

3:15pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman – Peserta himpunan daripada Sogo, sekurang-kurangnya 4,000 orang sudah sampai ke persimpangand Dataran Merdeka.

Dipimpin anggota Parlimen Batu Tian Chua, kumpulan pemuzik yang menggelarkan diri mereka sebagai The BangsArt menghiburkan orang ramai dengan paluan deram dan lagu-lagu bertema perjuangan.

3pm: Jalan Raja – Orang ramai bertambah kepada 10,0000 di Dataran Merdeka dan ramai lagi dijangka tiba di tempat bersejarah itu.

Sogo – Anggota sekretarian Kita Lawan Mandeep Singh umumkan 2,000 sedang berarak ke Dataran Merdeka. Mereka memenuhi Jalan Tunku Abdul Rahman.

2.50pm: Jalan Raja - Penunjuk perasaan banjiri kawasan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dipimpin oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, mereka melaungkan slogan “Kita Semua Tok Janggut” - mengenang perjuangan menolak cukai yang dikenakan penjajah British seratus tahun lalu.

2.35pm: Sogo – Naib Presiden PKR Tian Chua ketika berucap atas kenderaan pacuan empat roda memberitahu kira-kira 1,500 orang di kawasan itu bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka dan KLCC sebentar lagi.

2.20pm: Masjid Jamek – Kesesakan lalu-lintas di Jalan Tun Perak selepas 2,000 orang membanjiri kawasan itu.

Kenderaan lalu-lalang juga membunyikan hon tanda sokongan. Laungan menuntut Perdan Menteri Datuk Seri Najib Razak kedengaran.


WAN AZIZAH MERAIKAN KANAK KANAK

Kak Wan menyantuni kanak kanak daam pertandingan mewarna 
Beliau Bertanding Di Permatang Pauh Agar DSAI Tidak Di Lupakan... Biar Jasad Suaminya Di Penjara... Namun Semangat Dan Agenda Membela Nasib Rakyat Di Teruskan Oleh Kak Wan... Siapa Undi BN... Dia Sokong GST... 

 

LAGU UMNO KENCING

Lagu Khusus Buat Rakyat Malaysia... Yg sedar @ Tidak. Lagu ini telah merangkul juara lagu terbaik antarabangsa... X caya. dengar lah dan fahami bait bait lagu ... Tajuk Lagu.. ."Rakyat Dikencing". .. .
Posted by Parlimen LUMUT P074 Parti Keadilan Rakyat on Monday, March 16, 2015

KAWAN AHMAD MASLAN YANG BARU....KUAT SOKONG DIA...

Ahmad Maslan Dah Dapat Kawan Yang Menyokongnya....


Rani Kulup bela Ahmad Maslan

Rakyat Malaysia perlu berfikiran matang dan bertindak rasional berhubung penjelasan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah memberi jaminan dia akan bertanggunggjawab melindungi menteri berkenaan sekiranya wujud sebarang ancaman.

Jelasnya, selama ini Ahmad Maslan telah melaksana tugasnya dengan baik dan dianggap mulia walaupun dicaci serta diugut pihak tertentu.

“Saya mempertahankan dia, sokong GST yang dilaksanakan untuk tujuan yang baik.

“Cuma peniaga itu sendiri yang rakus menaikkan harga barang sesuka hati.

“Hentikan serangan peribadi ke atas Ahmad Maslan misalnya mengaitkan ibu beliau macam babi. Ini kerana yang buat keputusan tentang GST bukan dia seorang, malah seluruh ahli kerajaan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sebagai tanda sokongannya kepada Ahmad Maslan, dia tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan hari ulang tahun yang ke-49 kepada Ahli Parlimen Pontian itu.

“Saya berharap beliau kuat dan dipermudah segala urusan. Jangan takut dengan ugutan, jangan takut dengan ancaman dan apa orang nak troll.

“Segala ancaman perlu diterima dengan hati terbuka. Saya harap Ahmad Maslan tidak mengambil sikap membalas dendam dengan fitnah yang dibuat. Contohi sikap Rasulluah yang berbuat baik kepada umatnya, walaupun Baginda dibaling batu, dibaling najis, baginda tidak pernah membalasnya,” katanya. -FMT

NAJIB PATUT JAWAB PERKARA UTAMA YANG DITIMBULKAN MAHATHIR- SAKMONGKOL

Bukan Kita Tanya ETP, GTP atau Pemandu atau sejuta laluan kepada Kemakmuran.




PM Najib muncul dengan ucapan ala State Of The Nation Address. Tema nya ialah Transformasi Untuk Semua. Ia disiarkan live. 
Dia menggunakan kesempatan tersebut untuk jerit, memberi amaran dan melepaskan geram. Jika kita ada pemimpin seperti ini, ini petanda Malaysia dalam bahaya.

Kita dengar dan kita boleh debat pencapaian dan rekod yang ditunjukkan oleh ETP, GTP, NKRA dan peranan Pemandu. Kita tahu lah ini semua dan ini pun asas kita mengkritik kerajaan.

Yakni sebaik sahaja kerajaan mencampuri pengurusan ekonomi secara aktif, maka nature dan bagaimana campur tangan itu dilaksanakan akan menjadi bahan kritikan dan teguran yang keras. Ancaman  terbesar terhadap kepentingan kita sebagai rakyat negara ini ialah apabila berlakunya konsentrasi kuasa politik dan ekonomi. Ia akan menjurus kepada autokrasi dan akhirnya kleptokrasi. It will be a government of the top 1%, for the 1% , by the 1%.
Sebab itu pengurusan dan campur tangan kerajaan melalui GTP, ETP dan Pemandu itu mesti dijaga supaya dijalankan dengan cekap, amanah dan jujur serta adil.Penjagaan dan kewaspadaan terhadap kecenderungan ini dilakukan oleh semua mereka yang public spirited.

Jika kriteria ini tidak diikuti,  apalagi kita lihat ada penyelewengan, ada tidak amanah, ada cabul kuasa, ada rasuah dan ada konsentrasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik- ianya sebab2 lebih besar supaya berjaga2 agar kerajaan tidak melakukan sewenang wenang nya.

Najib boleh istiharlah betapa dia dan jemaah menteri tidak akan berganjak, tidak akan menyerah kalah atau terus membina2 sejuta jalanraya untuk kemakmuran- semua itu tidak menghentikan perkara buruk dilakukan. Dan janganlah pula menyembunyikan kelemahan dibawah rayuan bahawa hanya Tuhan sahaja yang sempurna.

Kita bukan kelahi denganTuhan.

Kita tak expect PM Najib berhenti daripada bercakap tak berhenti henti mengenai apa2 acronym yang dicipta oleh pakar runding yang dibayar gaji yang tinggi. Kita lihat sementara dia berucap berapi api- ada para menteri nya asyik sibuk bercakap perkara lain. Itu tanda nya, sesama jemaaah menteri pun, ada yan tidak yakin dengan apa yang diistiharkan.

Dia boleh jerit dan marah tapi tidak sedikitpun mengurangkan tanggapan pendengar bahawa Najib seperti tak tahu apa yang dia cakapkan.

Kita bukan suruh dia jawab mengenai berkesan atau tidak inisiatif acronym kerajaan. Kita hanya perlu jawab pengurusan 1MDB dan ada atau tidak pecah amanah apabila sejumlah wang disapu atau dibenarkan disapu oleh Jho Low untuk buat bisness sendiri.

Kita hendak tahu adakah wang 1MDB digunakan secara tipu helah untuk membeli asset pada harga yang tinggi dengan ada pula nilai goodwill yang tinggi. Kita hendak tahu ada atau tidak kuasa dicabul bila membeli asset kerajaan pada harga yang tidak munasabah rendah.

Rakyat hendak tahu apa yang kurang pada SST dan kenapa ianya diganti dengan GST? Jika GST kutip cukai yang lebih rendah, mengapa pilih GST kecualilah GST itu sebetulnya skim kutipan cukai yang lebih cekap- yang sebenarnya ia begitu. Maka kita tahu kerajaan yang makin membesar memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengurus.

Jika demikian, rakyat khuatir kerajaan yang dipimpin oleh seorang PM yang angkuh, yang belanja macam hilang pedoman, yang membenarkan korapsi dan tipu muslihat, yang tidak mengira apa jadi pada rakyat terus memimpin.

Tidak ada orang pun menyoal sama ada kerajaan kerja kuat atau tidak- sesiapa pun jadi kerajaan boleh mengitsiharkan mereka berkerja kuat untuk rakyat dan sebagainya. Tidak pernah kita dengar mana2 pemimpin termasuk yang diktator, autokratik, kleptoratik- semua mereka memerintah atas nama bangsa dan negara. Di Malaysia lagi hebat- landasan perjuangan atas nama bangsa, agama dan negara.

PM najib dan marah atau jerit tidak mengapa, tapi jawablah soalan2 mudah yang rakyat tanya. Bila Najib  kasi warning  kepada dr Mahathir- saya rasa ini first in our country.

Saya baru membaca kenyataan mutakhir PM Najib. Dia tidak akan menyerah kalah. Saya sudahpun membaca karakter Najib. Apa lagi saya tahu sedikit sebanyak mengenai nya.

Kita lihat dia menari sakan di majlis kahwin anak dia. PM Najib kelihatan gedik- lebih gedik dari Rosmah Mansor.

Itu tanda orang yang tidak peduli apa jadi ada rakyat. Peduli apa jika dia hendak bawak 3-4 kapalterbang, 300 orang ke- 500 orang ke- itu hal dia lah. Dia PM. Bini dia isteri PM.

Kalau dia buat demikian- apa orang lain boleh buat? Mahathir boleh buat apa? Tengku Razaleigh boleh buat apa? Pemimpin UMNO lain yang semua bergantung soru dengan dia boleh buat apa?

Tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang ada kekuatan moral untuk menegur Najib dan co. kalau ada 2-3 orang yang baik, mereka menghabiskan masa mempertahankan hipokrasi pemimpin mereka.

Saya tidaklah hendak menidakkan bahawa ada terdapat beberapa pemimpin UMNO yang baik karakter tapi mereka too caught up dengan karenah buruk pemimpin nombor 1.

Rosmah Mansor boleh sebut dan berkata macam apa yang dikatakan disebut oleh Marie Antoinette- biarkan rakyat makan kueh. Mak datin dan puan sri yang yang ikut serta dengan rombongan ke Kazakhstan semua nya merasa privilleged kerana dapat ikut dan tersenarai dalam kumpulan dianugerah keistimewaan oleh pasangan pertama Malaysia. Apatah lagi pencapaian terbesar dalam dunia ini selain daripada diperakui sebahagaian dari elit utama?

Gelagat Najib menunjukkan business untuk remove him from office bukan suatu perkara senang. Jadi jangan kita hidup dalam hayalan. Dr Mahathir tidak akan boleh desak Najib supaya berundur. Geng Najib akan kata- siapa si mamak tua ini? Malah persendaaan kepada Dr Mahathir sudah pun dimulakan.Bloggers UMNO kata apa yang diucapkan oleh Mahathir SEMUA nya fitnah dan dusta.

Maka nya, Dr Mahathir kena ambil angkah drastic yang lain. Seperti secara sistematik dedahkan perkara buruk yang dilakukan oleh Najib supaya seluruh dunia tahu siapa Najib. Dr Mahathir kena jelajah seluruh negara beritahu negara siapa Najib dan apa yang dia telah lakukan.

Sebagai contoh, rakyat marah mengenai GST. Tapi mereka boleh tangkis lagi isiu GST dan kelentong sana sini. Namun belumsempat  isiu GST terjawab timbul pula pembelian jet eksekutif RM700 lebih juta. Campur dengan maintenance, kerajaan akan belanja RM1 billion untuk 15 tahun akan datang. Ini kerja gila dan pembaziran pemimpin yang angkuh yang tidak peduli perasaan rakyat. Pesewat ini akan digunakan untuk rombongan beli belah golongan terpilih dan pemimpin atasan.

Kita menyampah dengan syarahan Najib mengenai ETP, GTP yang mengujudkan perkerjaan berjuta juta. Siapa perkerja tersebut dan siapa yang dapat kepakaran?

Sila beritahu kita jumlah perkerja bumiputera yang berkerja dalam projek2 mega yang Najib laksanakan? MRT sebagai contoh. Pergilah kemana site MRT- para perkerja mereka adalah perkeja asing. Mereka dibayar rendah – mereka boleh terima sebab keadaan negara mereka teruk.

Tapi disamping itu mereka acquire skills dan kemahiran yang tidak diperolehi oleh anak bangsa kita. Jutaan perkerja asing ini meningkatkan modal insan mereka dan boleh menuntut gaji yang lebih tingi dalam negara lain kelak. Mereka memperolehi kemahiran dan skills membangunkan negara yakni membangunkan kapasiti. Anak bangsa kita bagaimana?

Undi tidak percaya.

Demikian juga, tidak ada harapan hendak lihat suatu undi tidak percaya dilakukan oleh ahli parlimen. Ianya tidak akan terjadi. Kita tidak ada sejarah dan tidak ada budaya membuang pemimpin dengan cara ini.

Yang saya sebut dalam artikel yang terdahulu ialah untuk suatu jumlah ahl parlimen keluar parti masing2 dan mengistiharkan mereka ahli parlimen bebas. Kemudian mereka boleh bersama sama menyokong seorang ahli parlimen yang mereka anggap dapat keyakinan majority.

Speaker terpaksa tanya jurucakap kumpulan ahli parlimen, siapa yang mereka fikir boleh command majority support ahli parlimen.

Untuk merealisasikan agenda ini, sejumlah ahli parlimen mesti keuar parti mereka dan keluar dari BN. BN tidak cukup ahli dan tidak boleh berbuat apa apa, kerajaan mereka akan jatuh. Tidak perlu undi tidak percaya.