NAZRI ISMAIL DI KUTUK KAW KAW ISU PENJAWAT AWAM DIPECAT

Ada soqang mamat PERKASA yang sedang belajar di Indon mengajukan persoalan supaya penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan dipecat. Oleh yang demikian dia bukan sahaja dilebel sebagai bodoh tahap gaban, malahan dikutuk kerana mempunyai otak yang singkat, membodek, tidak berpelajaran, malahan tidak setia kepada negara kerana belajar di luar negara(Indon).Biasanya pelajar yang ke Indon tidak sebijak yang dihantar ke luar dan negara Barat. Mungkin belajar sendiri kerana kelulusan yang minima...demikian ulas orang ramai yang mempersoalkan kecetekan beliau membahas dan memberi pandangan terhadap isu politik merangkumi negara demokrasi.Mungkin juga beliau perlu melihat apa yang ada disekeliling beliau ketika berada di Indonesia dan belajar dari sistem demokrasi di negara tersebut....Adussss.....sila baca komen dalam Malaysiakini.....

Salah seorang Melayu ternama menyatakan bahawa PERKASA berotak kampung, jumut , tidak berpelajaran dan kebengonggan.......Dari 200+yang memberi komen...semuanya menyatakan beliau seorang yang ..........sendiri baca sebahagian kecil yang dipetik di Malaysiakini....

'Pecat penjawat awam propembangkang'


Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.

Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.
 

  • Nazar Osmond · Top Commenter · Kuli at Zhahab Imara
    Nazri Ismail meh sini.... Ical aler utuh gua ni sekarang!!!!!
  • Ros Fa · Top Commenter
    idea paling bangang dari orng yang bangang, JPA ada prosedur sendiri melantik dan mengambil tindakan terhadap kakitangan jangan cakap ikut sedap mulut aje. ada oatak fikir2 .......
    • Hasballah Hashim · Top Commenter · Technician at Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
      Kalau nak taksup pun jangan lah bangang sangat , awat depa tu bkn rakyat malaysia ke, awak ja rakyat msia, inilah dikatakan bodoh sombong, nak terima idea dah la bangang , dengarcnasihat tak mau.
    • Azhairy Mohd Adib · · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      Takut kerr...
    • Zecq Ming · Top Commenter · UPM
      Puak2 PERKOSA melayu meloya ni ramai yg mewarisi keturunan gila babi rupa2nya....boleh diserang sawan tetiba...
      dia ingat mahasiswa cerdik pandai tu gian nak sokong puak2 perkosa yg tah apa2 matlamat perjuangan tu....
    • Mohd Azli Alias · Top Commenter · Pondok atap
      DI KELANTAN JUGA ADA PEMBANGKANG + DI SELANGOR JUGA ADA PEMBANGKANG + DI PULAU PINANG JUGA ADA PEMBANGKANG... HAK ASASI SETIAP MASYARAKAT BERHAK MEMILIH MANA PEMIMPIN YANG MEREKA SUKA... ILMU + IMAN + TAKWA ADALAH ASAS KEPADA PEMILIHAN POLITIK YANG BAIK + PEMIMPIN YANG BAIK... TIDAK GUNA PRO KERAJAAN JIKA RASUAH + PENYALAHAN GUNA KUASA + PERKAUMAN + PEROSAK AGAMA DAN HUBUNGAN ANTARA UMAT MANUSIA... DAMPINGILAH AL QUR'AN + SUNNAH RASULULLAH SAW + ALIM ULAMAK PASTI SELAMAT AQIDAH ISLAM + SYARIAT ISLAM + AKHLAK ISLAM + POLITIK ISLAM... SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT...
    • ahmadnizam321 (signed in using yahoo)
      Nazri Ismail ni baru keluar dari hutan Sarawak ke?Cakap macam orang tak sekolah.Agaknya dia tak pernah baca isi perlembagaan negara.
      Kami boleh setuju pendapat kamu tu kalau parlimen buat satu undang2 mengharamkan semua parti pembangkang di negara ini.Kalau mcm tu barulah kami semua terpaksa akur.
      Sedap je dia nak singkir semua penjawat awam yg pro pembangkang. Ko ingat negara ini UMNO/BN punya.Sedangkan UMNO/BN hanya meraih 48% saja undi popular.
    • L Stephen Arkadious · Top Commenter · Works at Tukang sapu
      kumpulan bangang, mestilah idea pun bangang... hahaha...
    • Ahmadi Osbina · · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
      betuk ke berita ini,
      kalau betul, mereka itu MANUSIA TERBANGANG di zaman morden
    • Albab Aklaken · Top Commenter
      Pakcik minta yg mempersoalkan sistem demokrasi ini agar ditangkap dan dibicarakan. Encik nazri ni mencabar keabsahan sistem negara. Secara langsung menghina fungsi yang dipertuan Agong dan raja2 Melayu. Dia harus dihalau dr Malaysia dan biarkanlah terus menjadi beruk di Bogor. Cuma pakcik nak gelak sikitlah, wakil dr Bogor dan seluruh pelusok dunia, kononnya perkasa ni hebat. Nahhhhhh..pakcik bagi jari tengah!
    • Margono Gombal · Top Commenter · Gosok gigi harimau at Berkerja di XLcenter,Depo kupang
      Smasa dlm Univrsiti politik di haramkan..atas alasan masih blajar...prlu tumpukan pada plajaran...bila dah kluar brkerja..politik pulak di paksa sokong part trtntu shj...ini apa dah jadi dgn prkasa ni..bodohnya tak habis2..kecik2 tak nak mati..dah bsar mnyusahkan rakyat.
  • Mohd Zakri · Top Commenter
    Lepas ni, jika kerajaan lain pulak memerintah, maka semua penjawat awam yg sokong Kerajaan yg ada kena pecat la???.Sokong pembangkang bukn bermakna mrka menentang semua dasar kerajaan.
  • KY Jelly
    Bagimana kalau Kerajaan bertukar. Contoh. Kerajaan BN tumbang dan digantikan dengan Kerajaan PAKATAN RAKYAT. adakah semua pejawat awan yg sokong Kerjaan BN di berhentikan kerja.

    Pembelot tidak ada diMalaysia tetapi PENGKIANAT ramai . Contoh: Pulau Batu Putih kerajaan umno serah pada Israil. Pengkianat namanya.
    nama perkasa tetapi fikiran low class.
  • Nazri Tahir · Top Commenter · I haver attend school
    DiSelangor dan P Pinang ditakbir oleh Pembangkang,,,, patut juga membuang penjawat awam yang menyokong UMNO/BN,,, adil kah begitu ??? PERKASA kamu kumpulan yang menjehanamkan UMNO/BN,,, DAN ORANG MELAYU,


WAJIB DENGAR...HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DAN JIRAN


APABILA TUAN GURU NIK AZIZ DISINGKIRKAN....AL HUSSEYN

Setelah Nik Aziz berjaya disingkirkan ....

Utusan Meloya pernah melaporkan kenyataan Mursyidul 'Am PAS pada Mei 2013 lalu sebagai berikut :
KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.


"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya. SUMBER 
Sekarang, kalangan UG sudah tidak perlu berselindung lagi apabila TGNA sudah tidak ada kuasa. Beliau terlalu uzur sekarang ini dan hanya mendapat maklumat dari kalangan UG..... 

Beliau kini tidak mampu nak ludah muka-muka yang nak menyatukan Umno dan PAS yang semakin ramai berani menampakan diri mereka yang sebenar.



Puak-puak UG kini berjaya menjadikan TGNA tidak ubah seperti harimau sarkis yang tiada gigi lagi.Kata-kata TGNA habis disanggah dan diketepikan.

TGNA pernah berkata, "Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas.Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama."


Tetapi apa kata puak UG sekarang ini setelah mereka berjaya menyingkirkan TGNA dan Husam Musa dari menerajui  Kelantan? Bukan sahaja sanggup berpeluk dengan Umno/BN, malah sanggup keluar dari Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat yang telah terbukti membawa banyak kemajuan kepada perjuangan rakyat negara ini.



PAS seolah-olah meronta-ronta mahu keluar dari PR. Bekali-kali ulang kenyataan mahu mengkaji semula tahaluf siyasi. Berkali-kali mengugut mahu keluar PR. Tunggu apa tungu? Keluarlah kamu wahai UG. Jangan ingat kami yang dalam PAS ni semua setuju dengan kamu!

 Tolong buat keputusan yang jitu dan tuntas dalam muktamar nanti.


Gambar TGNA hanya hanya sekadar dimuat hias dalam mana-mana poster program-program UG sahaja....Ngaumannya sudah tidak segarang seperti mana dahulu.

JIWA ANAK MERDEKA



WAJIB DENGAR : Waktu Terbelahnya Langit - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi


ADAKAH KONSPIRASI MENJATUHKAN NAJIB SEDANG BERJALAN? DAN NAJIB SEDANG BERUNDING MEMPERTAHANKAN?

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB



Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.


Melihat kepimpinan Najib yang makin tertekan, Rais Yatim baru baru ini menegaskan bahawa adalah elok jika Najib diberi peluang hanya untuk 3 tahun lagi sebagai PM. Manakala Mahathir dan Daim pula melihat bahawa Najib gagal memguruskan kewangan negara dan berhutang lebih 500 billion malah ada yang menyatakan bahawa ianya lebih dari itu. Walau apa pun ianya telah melebihi 50% had KDK dalam negara.

Rata rata menyatakan tentang kebimbangan akan kadar keberhutangan negara yang dilihat sebagai telah mencapai tahap tenat jika tidak diuruskan dengan baik.Tekanan mengenai bebanan GST dan cukai yang digunakan bagi menjalankan ekonomi domestik dilihat membebakan rakyat dan kakitangan kerajaan menuntut kenaikan gaji akibat tekanan kenaikan harga barang dan petrol.
  
 Mahathir mengkritik pentadbiran Najib,manakala Ku Li pula membidas nasib Umno yang sukar berubah. Mahathir menyatakan bahawa tiada calon untuk menggantikan Najib kerana tiada dari Umno yang berkelayakkan.

Najib semakin panik.

 SIAPA KHAIRUDDIN?

Suami Ummi Aida..bangun dan menjadi kaya raya semasa zaman Pak Lah dengan projek motosikal comelnya kemungkinan bersama Rahim Chik? Asal Bukit Mertajam dan mempunyai kaitan dengan Anwar dan kes awal beliau bersama ummi Hafilda dan juga Azwan Ali perbicaraan kes liwat 1. dan diawal gerakan Reformasi.


Wajah beliau sering kelihatan bersama Ummi  Hafilda ke mahkamah menemani saksi utama kes liwat iaitu pemandu Wan Azizah , iaitu Azizan Abu Bakar.











 Penulis buku (Arwah) Khalid jefri,Umi,Khairuddin antara selebriti utama yang digunakan Mahatir dalam kes liwat pertama Anwar




BACA KOMEN ZAM

INI BUKAN BLOGGER BENGGONG SEPERTI KATA NAJIB..IHSAN BLOG ZAM YANG DIMUATTURUN BARU BARU INI.


"Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar telah membuat kenyataan mesra dan menyegarkan kepada Dr. Mahathir  dengan   mengnganggap Mantan  Perdana Menteri itu  bersuara  berani  semata mata untuk melihat masa depan negara mempunyai hala tuju yang betul bila beliau  mengatakan  ramai yang layak untuk ganti Najib  sebagai Perdana Menteri.

Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai orang Pas yang paling  keras dan lantang mengkritik Mahathir dalam banyak hal.

Bagaimanapun yang lebih penting untuk ditanya adakah kenyataan Mahfuz itu kerana beliau telah mendengar  desas desus mengatakan ada rundingan damai  sedang berlaku antara PKR dengan UMNO  atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali sebagai berpotensi untuk calun PM yang perlu kembali  kepada UMNO?."


INI PULA TENTANG KES LIWAT 2 YANG MASIH TERTANGGUH

HAKIM HAKIM MENUNGGU HASIL RUNDINGAN KES LIWAT ANWAR

 

  "Kelewatan kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mengesahkan  keraguan orang ramai selama ini terhadap keupayaan sistem kehakiman dan keadilan negara. Masa yang bagitu lama diambil telah menimbulkan berbagai sepkulasi ,prasangka,persepsi  dan pandangan negatif terhadap integriti,   kecekapan,kebijaksaan dan sihat atau tidak sihat  badan kehakiman negara..

Persepsi atau spekulasi paling terkini dan terburuk ialah mengatakan hakim - hakim sedang menunggu keputusan rundingan yang sedang diadakan. Saya tidak tahu apakah rundingan yang sedang diadakan itu? Siapakah yang terlibat? Ada campurtangan politik ke?"

Demikian ulas Zam beberapa hari lepas dalam posting beliau dan bergambar bersama beberapa bloggers Umno veteran yang melihat suasana seakan adanya rundingan dipihak Najib dan dan Anwar?

 Jika diambil kira laporan yang menggunakan Khairuddin, bermakna adanya percaturan sedang berjalan di kem Mahathir untuk menyingkirkan Najib , manakala najib pula sedang berusaha berhadapan dengan masaalah ekonomi dan juga desakan pihak Mahathir yang cuba mencari bintang baru bagi menggantikan Najib. Mungkin beliau melihat Mokhzani sesuai disitu?

 

Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja?












 Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja?
kenaikan gaji 2015
Tuntutan Cuepacs Semakan Skim Kenaikan Gaji 2015 Naik Bagi Kakitangan Awam : Pelaksana I RM805 & Pelaksana II RM820 Sahaja? Tuntutan kenaikan gaji naik 2015 dan juga bonus bukan sahaja melibatkan penjawat awam & kakitangan kerajaan sahaja malahan juga kakitangan swasta. Ini kerana…. mereka merasakan mereka layak menikmatinya.

Hakikatnya, beban kerja yang lebih berat perlu dipikul mereka tetapi pendapatan yang diterima masih lagi ditakuk lama.

Contohnya Cuepacs yang membela nasib 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Cuepacs malaysia masih lagi kecewa apabila “janji masih lagi tidak ditepati” apabila semakan kenaikan gaji melalui penambaikan kesemua 252 skim perkhidmatan awam tidak ditunaikan sehingga sekarang ini walaupun sudah tidak berapa lama sahaja lagi kita bakal menginjak ke tahun baru 2015.

Dalam pada kerajaan Malaysia mahukan syarikat swasta menaikkan gaji pekerja mereka melalui pelaksanaan gaji minimum di Malaysia, masih ada gaji kakitangan awam di bawah paras kemiskinan peringkat Nasional yang telah ditetapkan pada kadar baru baru iaitu RM880. Sedangkan :

Semakan Kenaikan Gaji 2015 : Ada Gaji Penjawat Awam Bawah Paras Kemiskinan?

  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana I : RM805 sebulan sahaja
  • Gaji penjawat awam Kumpulan Pelaksana II : RM820 sebulan sahaja
  • Gaji kumpulan menengah : masih lagi rendah
Cuepacs Malaysia merasakan untuk apa negara mendapat status negara berpendapatan tinggi sedangkan realiti kakitangan kerajaan masih lagi menikmati gaji yang rendah setiap bulan, dalam pada masa yang sama kos sara hidup semakin hari, semakin meningkat. Setuju?

Dalam keadaan kenaikan harga barang di Malaysia hari ini dan beban kos sara hidup sekarang ini pun sudah menekan terutamanya ramai penjawat awam di Malaysia, Cuepacs semakin risau, apakah penjawat awam di Malaysia mampu menghadapi cabaran seperti untuk 5 tahun lagi?

KLIK SINI : Pendapatan Dan Gaji RM3,600 di Malaysia? Anda Miskin Bandar Sebenarnya? Ku Li Dedah Punca!
Kajian semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 masih lagi belum ada sebarang tanda dan lampu hijau daripada pihak kerajaan Malaysia baik daripada segi tarikh dan butirannya.
Cuepacs mahu paras gaji minimum di Malaysia bagi kakitangan awam naik kepada paras RM1,200 sebulan.
Bagi Berita Semasa ada baik semakan kenaikan gaji 2015 bagi penjawat awam bukan sahaja kelompok pelaksana sahaja tetapi meliputi semua peringkat. Dan kerajaan Malaysia usahlah menunggu tuntutan daripada Cuepacs untuk membuat kajian semakan gaji kakitangan kerajaan. Sepatutnya setiap tempoh antara 5 hingga 10 tahun perlu diperbaiki sekim penjawat awam yang sedia ada.

Adakah jikalau Cuepacs tidak minta, ia akan kekal begitu sehingga 20-30 tahun daripada sekarang?
P/S : Jikalau orang atas tidak mampu “berkorban” dengan gaji serta elaun yang dirasakan tidak sepadan, jangan minta orang di bawah untuk berkorban dan sekadar bersyukur sahaja.


ZAMAN SEMUA RAKYAT KAYA