sultan Tiada Kuasa Minta Lebih Dari Satu Nama - Pakar

sultan Tiada Kuasa Minta Lebih Dari Satu Nama - Pakar

Pakar: Sultan tiada kuasa minta banyak nama

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.

Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.
Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

“Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti,” katanya kepada Malaysiakini.

Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.
Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.























Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.


"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
  "Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.
Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.


Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – 3 September, 2014.



MARI KITA LIHAT KEDANGKALAN MP INI PERLI ORANG- SETELAH MENJADI AHLI PARLIMEN

INI KERJA AHLI PARLIMEN TEMERLOH...........DIA INGAT KALAU DAP TAK MENANG DI MENTAKAB,KURANG 1800 DI LANCHANG,UMNO TUMBANG DI SEMANTAN...DIA BOLEH MENANG KE?......


 KOMEN  ANWAR

Beliau berkata demikian selepas pada mulanya enggan mengulas serangan dan kritikan halus Nasrudin terhadapnya yang diajukan menerusi laman Facebook Nasrudin.

"Sebagai seorang yang mempamerkan (imej) tokoh agama maka haruslah komennya berlandaskan etika, dan akhlak dan tidak dengan maksud untuk menyindir, menyinggung dan menghina sesiapa," katanya memetik rakaman video KiniTV.
















Kita selalu bercakap soal prinsip. Tetapi apakah prinsip itu hanya untuk orang lain ? Tidak termasuk diri dan parti kita .

Kita juga selalu bercakap soal perjuangan. Bukan sahaja kita berbangga dengan pengorbanan kita terdahulu tetapi mestilah kita kekal ISTIQAMAH dengan perjuangan suci ini bersama seluruh prinsipnya.


Ramai pihak resah dengan krisis yang berlaku di Selangor. Namun apa boleh buat, ia adalah krisis ciptaan sendiri. Maka beban krisis ini terpaksa didepani sementara rakyat kian muak dengan apa yang berlaku. Lebih malang, ada yang rela berlakunya "snap election" asal cita - cita dan matlamat politiknya tercapai. Kepentingan dan kedamaian rakyat dipertaruhkan hanya kerana keinginan politik yang sukar difahami. Saya di sini turut berdoa agar krisis ini segera tamat agar kepentingan negeri dan rakyat tidak terus diperjudikan.


Apabila kita mengkritik orang lain maka kita kata itu adalah demokrasi dan kebebasan bersuara. Hak untuk menyatakan pendapat dan pandangan. Bila orang lain kritik kita maka kita kata itu adalah pemecah belah pakatan. Tidak ikut saluran betul dan ia mesti dinyahkan agar tidak lagi mengkritik kita. Pandangan saya, ini adalah amalan songsang.

Wajarnya sebagaimana kita mengkritik orang lain maka bersedialah untuk menerima kritikan. Elakkan maki hamun dan kata kata lucah atau kesat dalam kritikan. Bina politik matang !


 INI PULA BALASAN YANG DIA DAPAT



Tok guru nik aziz suruh menantu dia letak jwtn dlm PMBK kerana tak mahu difitnah dgn nepotisme. Itu budibicaranya saja bkn kerana mmg berlaku nepotisme. Tok guru nik aziz ditaja seseorg utk pergi mekah, kmudian timbul tuduhan tok guru terima rasuah utk ke mekah, tok guru batalkan ke mekah bimbang dgn fitnah. Ertinya tok guru tak ke mekah bkn kerana dia mmg terima rasuah. Oleh itu, contoh yg diberikan oleh tantawi itu utk dikaitkan dgn isu MB Sgor seolah2 mmg tok guru amalkan nepotisme adalah satu anggapan salah thadap tok guru...
Betul ke tok guru nik aziz pernah amalkan nepotisme apabila menantunya jadi CEO di PMBK? Adakah nik abduh dicalonkan btanding praya di parlimen pasir mas juga satu nepotisme? Adakah menantu tok guru hj hadi yg berada dlm syarikat Perangsang di sgor juga satu nepotisme? Anak tok guru hj hadi iaitu khalil dipilih sbg timb ketua pemuda Pas dan mungkin satu hari nanti tercalon sbg wakil rakyat juga boleh dianggap nepotisme?




BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati

BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati



BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas Kalimah Allah Akhirnya Mati -

Seorang gadis Mesir yang menggemparkan umat dunia semalam apabila beliau dengan beraninya mengalirkan darah haid atas kalimah allah kini terlibat dalam kemalangan ngeri menurut sumber dari Upi.com.

Kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat. Walahu alam.

APA KATA QARDAWI KEPADA ANWAR

Antara ulama yg menjadi sahabat baik serta mendukung perjuangan DSAI adalah Sheikh Yussof Al-Qaradwi. Setiap kali Qaradawi berkunjung ke Malaysia pasti Qaradawi akan bermalam di rumah Dsai di bukit segambut KL.

Dalam isu Dr. Wan Azizah menjadi MB ini, telah dirujuk lantas Qaradawi meletakkan hukumnya adalah HARUS jika Dr. Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor kerana atas Kapasitinya sebagai golongan yang berilmu, juga kerana selain dari Ibu org yg paling dipercayai oleh seorang lelaki dalam hidupnya adalah isteri...

Hukumnya akan jatuh Haram jika dibelakang Dr. Wan Azizah adalah lelaki Bukan Muhrim dan ianya menjadi HARUS kerana di belakang Dr. Azizah Wan adalah suaminya sendiri yg akan membimbing beliau sepanjang masa sebagai MB Selangor..

Note :

ADMIN nak tanya apakah hukumnya MUSLIMAH PAS menjadi Exco, Addun dan Ahli Parlimen?
Jika Dr. Wan Azizah menjadi MB Selangor yg akan membantu serta berada di belakang adalah suaminya Dato` Seri Anwar Ibrahim.

Yang membantu serta berada di belakang Nurul Izzah juga Muhrimnya Datok Seri Anwar Ibrahim..
PERSOALANNYA ::

Siapa pula yg membantu serta berada di belakang EXCO, ADUN dan Ahli Parliment dari kalangan Muslimah PAS sepanjang masa?

Sila senaraikan nama ke semua Exco, Adun dan Ahli Parlimen dari Muslimah PAS yang dibantu oleh suami atau Muhrim masing-masing sepanjang masa..

Apa lagi Hujah serta alasan kamu wahai Haji UG...??

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

WAJAH AWAL PROGRAM HJ HADI SUDAH DI PULAU

Semalam exco Hjh Halimah dengan YB BN buat program di Unisel. Hari ni Presiden plak buat program di Unisel tapi tiada sambutan....mangsa keadaan Unisel ni.

KOMEN AKU .......Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib,demikian jelas Tan Sri Mat Taib.Beliau yang dikenali sebagai Mike Tyson  merupakan antara MB paling lama berkuasa. Beliau arif dengan corak pengundi dan pengundian di Selangor.

 Pendedahan dan amaran kepada  PAS ini sebagai memperingati keangkuhan parti itu sejak akhir akhir ini dan keinginan besar bergabung dengan UMNO. Ianya bukan sahaja menghampakan ahli peringkat bawahan, malahan juga akan menjadikan parti itu kembali ke era 80an.

Aku suka sahaja biar PAS mengambil sikap dengan keluar Pakatan kerana ini akan menjadikan sama ada PAS benar benar teruji kekuatan mereka di bandar dan kekuatan mereka di kampung. Bagi aku untuk masa kini PAS sudah mula disangsi oleh kaum cina di bandar , malahan sudah ramai yang bercakap bahawa PAS sudah tidak lagi releven kalau keluar PR.


PAS....sama ada tukar Presiden dan Setiausaha Agong ...atau ahli sendiri akan menghumban anda.

Pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat sedang berlaku dan akan berjaya.

Perlantikan MB Selangor bakal memecah belahkan Pakatan Rakyat.Tidak disangka-sangka pengkhianat terdapat di kedua-dua parti PKR dan PAS.Mereka sanggup melacurkan diri demi sedikit habuan dunia dan tidak ada langsung ketakutan dengan pembalasan Allah SWT di atas pengkhianatan mereka.Yang lebih menyedihkan di sebelah kita seperti sudah mengaku kalah mengangkat tangan menyerah diri. Tidak mahu melakukan walau satu apa pun.

Malahan Tulang Besi seorang aktivis PAS memberi Peringatan melalui mesej di FB beliau berbunyi begini:

Hanya doa saudara saudari sahaja yang dapat menyelematkan Pakatan Rakyat.Segala usaha dan kederat telah pun dibuat oleh kami ini.Sudah tidak larat dan tidak berdaya lagi.

Pengkhianatan ini akan sempurna selepas 3 hb September tahun ini.Tolonglha Saudara Saudari sekalian.Semua jalan sudah buntu.Mereka yang sedar semuanya telah menjadi bachul dan penakut.Tidak berani memperjuangkan kebenaran walaupun jelas pengkhianatan berlaku depan mata.Hanya doa saudara saudari diharapkan sepenuhnya.Tolong doakan semoga Allah SWT menggagalkan pengkhianatan 3hb September seperti Allah SWT menggagalkan Firaun dalam percubaan untuk membunuh Nabi Musa AS.Tolong Tolong Saudara Saudari Sekelian.

Wala' Kepada Hadi = Wala' Kepada Najib Tun Razak? 

Setelah keluar dari mulut Tuan Guru Haji Hadi Presiden sendiri di hadapan kesemua AJK PAS Pusat perkara tersebut.

Yakni sokongan dan hasrat beliau mahu menjalinkan hubungan rasmi dalam kerajaan antara PAS dengan UMNO di atas nama menjaga kepentingan Melayu.

Adakah ada lagi ahli atau penyokong PAS di luar sana terus memandang orang seperti Tulang Besi@Malaysiawaves ini pengkhianat parti? tidak wala'? Munafiq haraki? pembelot pada parti dsbnya?

Siapakah sebenarnya yang membelot kepada parti?

Siapa sebenarnya menipu ahli dan penyokong?

Siapa sebenarnya mengkhianati sahabat dan rakan demi UMNO?

Sekarang ini, wala' kepada Presiden PAS adalah sama dengan wala' kepada kerajaan perpaduang UMNO-PAS.


Penghujung sekali wala' kepada Presiden PAS membawa kepada wala' kepada Najib Tun Razak.
Sebenarnya tak boleh salahkan Cikgu Mustafa Ali dalam kemelut MB Selangor ni. Dia sudah sememangnya jahat sejak dari mula.Yang Tulang Besi Malaysiawaves salahkan adalah Mat Sabu.Kenapa dia tidak mahu mengangkat suara dan melawan hasrat Cikgu Pa untuk sabotaj proses pencalonan MB Selangor ini?Sedangkan telah jelas Pakatan Rakyat mencalonkan hanya seorang calon.Kenapa Abang MAt tiba-tiba kecut dan tidak berani melawan?

Apabila Timbalan prsiden kecut maka orang-orang lain pun akan jadi kecut juga.Percayalah,Apabila Mustafa Ali mencalonkan dua nama kepada Istana, yakni Wan Azizah dan Azmin, maka Istana akan memilih Azmin sebagai MB,Maklumat Tulang Besi dapat geng Khalid Ibrahim ada sebeban fail terhadap Azmin dan PKNS.Tak tau fail tu betul ke tidak tapi kes ini akan didengar di mahkamah dan akhirnya persepsi buruk adalah PR parti yang korup.

Nasihat Tulang Besi@Malaysiawaves pada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya terus berjalan ke arah menguburkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pedulikan Cikgu Mustafa Ali. Pedulikan Ustaz Harun Din.Pedulikan Haji Hadi Awang. Pedulikan Tantawi Vellfire. Pedulikan Khalid Ibrahim. Pedulikan Ustaz Ahmad Yaakob. Pedulikan Nik Amar lebai malang. Pedulikan Nik Abduh laknatullah. Pedulikan si bajingan Samsuri Mokhtar. Pedulkan Khazani dan geng Ilmuannya, pedulikan Ustaz Wan Ismail KelKon, pedulikan si Din Ayam, pedulikan si mulut Joyah sanusi Mat Nor
Mereka lebih sayangkan UMNO dari Pakatan Rakyat.


Mereka tidak mengerti erti persahabatan.
Mereka tidak mengerti erti kesetiaan.
Gengam bara api biar sampai jadi arang.
Biar berdentum guruh di langit, bumi tidak akan hancur sebelum kiamat