PERGI MAIN GOLF DARI MENCARI DUIT-NAK JUAL MALAYSIA MELALUIPENDIDIKAN...ALAHAIIIII

Bukti Muhyiddin lebih banyak main golf dari hadiri majlis rasmi di Dubai tersebar!!


Mulanya isu mengenai Muhyiddin lebih banyak luangkan masa bermain Golf dari melakukan urusan rasminya ke Dubai ini didedahkan oleh seseorang yang menggunakan gantinama dirinya sebagai Cikgu..

Tulis individu tersebut dalam sebuah laman Blog yang dipercayai dibina khas untuk mendedahkan sikap malas dan menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi Muhyiddin ini dalam Blog Peniup Wisel 2020.

Tulis 'Cikgu' itu... "Terlalu banyak pemborosan dan pembaziran yang berlaku dalam Kementerian Pendidikan Malaysia! Sebab tu, Cikgu terpaksa membuat satu pendedahan di sini, iaitu jadual perjalanan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dubai dari 8-12 April 2014.

"Walaupun urusan rasmi tidak lebih daripada setengah hari, TPM & rombongan berbelasan orang akan duduk di sana selama 5 hari di hotel 5 bintang, bermain golf di kelab serba mewah dan makan di restoran mahal, atas pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Malaysia."

"Kecewa hati Cikgu dengan tindakan boros ini! Sedih bila difikirkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya."

Dan disertakannya jadual perjalanan Muhyiddin..


Jelas sekali.. dalam lawatannya ke Dubai ini.. Muhyiddin lebih banyak menghabiskan masa di padang Golf dari berbincang untuk kebaikkan pelajaran anak Bangsa Malaysia..

Dan perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP...

DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.  
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.  
"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri.  
"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.  
Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ~ The Malaysian Insider

Ceh!! selama ini aku ingatkan si Muhyiddin ni berhemah dalam menggunakan harta dan dana negara.. rupa-rupanya lebih kurang dengan Rosmah jugak!!

Cancel nak sokong dia ganti Najib...

GST lulus, Pakatan pamer poster bantahan


Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mempamerkan poster dan notis anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam usaha terakhir menghalang rang undang-undang GST 2014 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini.

Poster yang antaranya bertulis “Tolak GST” itu di angkat ketika pengundian blok selepas bacaan pertama dan kedua rang undang-undang tersebut dalam sidang parlimen.

Seramai 118 ahli parlimen menyokong GST dan 81 menentang setelah dua hari perdebatan pada peringkat pertama yang bermula Khamis lalu.

Seramai 119 ahli parlimen menyokong manakala 81 membantah pada bacaan kedua hari ini.

Tiada perdebatan pada peringkat jawatankuasa kerana ahli parlimen pembangkang tidak mahu sebarang pindaan tetapi mahukan seluruh rang undang-undang ditarik.

Rang undang-undang ini seterusnya perlu melalui Dewan Negara sebelum dapat diwartakan sebagai undang-undang kontroversi GST yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan.




Peristiwa Sebelum Kiamat - Ustaz Wadi Annuar (Streamed live on Apr 5, 2014)

The REAL Reason Flight 370 Disappeared


Tanding Timbalan Presiden: Kesilapan besar Khalid Ibrahim? siri 6

Tanding Timbalan Presiden: Kesilapan besar Khalid Ibrahim?

Ulasan: Pencalonan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden mungkin antara kesilapan strategi paling besar dalam hidup beliau.

Meskipun Khalid mengakui mendapat sokongan meluas atas populariti sebagai MB Selangor paling bersih dalam sejarah, namun perhitungan politik bersih atau kotor bukanlah ukuran utama untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden.

Sokongan diberi sekiranya ahli parti puas terhadap khidmat, layanan dan karismatik pemimpin yang bertanding. Khalid tidak mampu memenuhi kehendak ahli PKR di Selangor. Malah yang menunjukkan sokongan terhadap beliau pun mungkin tidak mengundinya semasa pemilihan. Apatah lagi di negeri lain yang kurang mengenali Khalid.

Polisi kedekut

Di kalangan ahli PKR Selangor, Khalid disifatkan sebagai MB kedekut dan sukar meluluskan projek-projek yang difikirkannya tidak menguntungkan negeri. Namun projek tersebut kadang-kala menguntungkan dari segi politik.

Misalnya, untuk menaja konsert kecil anak muda atau aktiviti frinjan tentulah tidak jelas keuntungan kepada negeri, terutama apabila aspek pulangan kewangan diambil kira. Tetapi aktiviti seumpama itu amat bernilai meraih sokongan politik. Anak muda yang berasa dihargai akan mengundi PKR/PR dalam pilihan raya, selain menghindar mereka daripada melakukan perkara-perkara yang lebih melalaikan.

Begitu juga projek-projek yang sepatutnya diluluskan dengan pertimbangan tertentu ke atas kontraktor tertentu sebagai sokongan membangun usahawan baru bumiputera. Prinsip harga paling murah dan berkualiti tentu sekali hanya boleh diberi oleh kontraktor bermodal besar dan berpengalaman. Kontraktor baharu mustahil mampu meletakkan harga paling rendah.

Akibat polisi itu, kontrak tertentu, misalnya pungutan sampah didakwa pergi kepada kontraktor besar Umno yang telah sekian lama menjalankan perniagaan. Sedangkan kontraktor Umno ini bermula secara kronisme, menikmati untung berlipat kali ganda ketika BN memerintah Selangor suatu ketika dahulu.

Sesebuah negeri tidak boleh ditadbir secara  urustadbir korporat mutlak. Tetapi Khalid didakwa banyak pihak melaksanakan pentadbiran seolah-olah beliau masih CEO konglomerat Guthrie. Semua perbelanjaan mesti mendapat pulangan tertentu. Barangkali faktor ‘keuntungan’ itu menyebabkan kerajaan negeri penggal ini menghapuskan kebudayaan dan kesenian dalam potforlio Exco Selangor.

Kebudayaan tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kewangan. Hasilnya, banyak penggiat seni melopong kerana Selangor, negeri terkaya di Asia Tenggara (Singapura dan Brunei adalah negara walaupun  saiz lebih kecil) tidak menyediakan dana untuk kegiatan seni dan kebudayaan.

Lebih buruk lagi, dana tidak boleh didermakan untuk aktiviti kepartian. Menjadi resam kerajaan  Umno terdahulu memberi projek kepada syarikat berkaitan Ketua Bahagian BN dan keuntungan atau wang ‘mark up’ projek akan digunakan untuk perbelanjaan politik. Malah banyak syarikat yang memang diwujudkan untuk mendanai parti.

Memanglah PR tidak menyokong langkah merembat duit rakyat seperti itu. Bagaimanapun perlu ada sedikit pertimbangan untuk memberi tanah TOL atau sesetengah lesen untuk kegunaan ahli parti mengusahakan bengkel, kedai dan sebagainya. Dana boleh digunakan oleh parti peringkat cabang misalnya. Semua urusan dilakukan secara telus dan tidak meminta kewangan secara langsung daripada kerajaan negeri.

Semua tidak boleh

Oleh kerana semuanya tidak boleh, maka dalam PRU 13 lalu PKR Selangor sangat miskin. Seorang Exco merungut kawasannya di Shah Alam tidak mempunyai dana untuk membelanja pekerja parti memasang poster pilihan raya. Sedangkan pada PRU 2008, katanya, walaupun PR tidak memerintah, bilik gerakannya mampu menyediakan sedikit upah dari sumbangan derma. Derma tidak datang lagi setelah PR memerintah negeri.

Hal inilah yang membuat ADUN dan ahli parti teruja terhadap pelan menggantikan MB Selangor. Malah kini cadangan untuk menggantikan MB juga dipersetujui oleh ADUN PAS dan DAP yang terasa peritnya berkhidmat di bawah Khalid.

Jika benar Khalid tidak suka kepada pemberian secara sembunyi terhadap parti maka ia boleh dilakukan secara telus. Di negara maju Barat, kerajaan memberi dana khusus kepada calon pilihan raya untuk berkempen. Calon-calon yang disahkan bertanding akan menerima wang untuk mencetak poster, menyediakan bilik gerakan dan sebagainya. Tujuannya untuk mengelak pemimpin parti menerima sumbangan syarikat swasta dan kelak terikat untuk meluluskan bisnes tertentu setelah dipilih menjadi anggota kerajaan.

Mengapakah Khalid tidak melakukan sedemikian untuk ADUN-ADUN Selangor? Sebaliknya, dalam hal pentadbiran negeri, banyak pula dakwaan keputusan-keputusan penting dirunding bersama setiausahanya tanpa perbincangan telus dengan pemimpin parti, hal ini amat membingungkan.

Di atas sebab-sebab tersebut Khalid semakin tidak popular di kalangan ahli-ahli PKR. Ahli tidak akan menyokong pemimpin yang sukar untuk meluluskan sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat bersama. Malah mula timbul suara-suara tidak puas hati dengan dasar kedekut Khalid. Mereka bimbang jika pada PRU depan dana masih tidak wujud untuk memasang poster di Selangor maka lebih baik negeri itu diberikan sahaja kepada BN.

Untuk Khalid memimpin di peringkat nasional tentulah akan lebih memeningkan ahli dan pemimpin PKR. Apatah lagi Khalid kurang karismatik dalam berceramah dan beramah mesra dengan rakyat.

Secara kasar, sokongan terhadap Khalid tidak mungkin boleh melepasi 30 peratus pada pemilihan kali ini. Itu pun sekiranya tiga lagi calon, termasuk Tian Chua, tidak menarik diri sebelum pengundian bermula. Sekiranya mereka kekal bertanding maka undi untuk Khalid akan lebih kecil lagi.


Balu Ahmad Sarbaini Saman SPRM, Kerajaan RM8 Juta


Meneruskan Langkah Kajang SIRI 5

Meneruskan Langkah Kajang


Wan Azizah telah menang dalam PRK N25 Kajang. Asalnya kerusi N25 ini telah dikosongkan untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding. Tujuan Anwar Ibrahim bertanding di Kajang cukup jelas. Tak perlu berselindung. Tujuan utama ialah untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Langkah Kajang ini bertelur, dieram dan menetas dengan pantas. Ini dilakukan dengan tujuan untuk menafikan ‘musuh’ politik luar dan dalam dari berupaya melakukan sesuatu untuk menggagalkan Langkah Kajang.

Setelah Langkah Kajang diumumkan – orang ramai telah melihat bagaimana Langkah Kajang ini telah menakutkan hati perut Daim Zainuddin dan Mahathir Muhamad. Dua bengolan ini pernah bekerja dengan Anwar Ibrahim. Mereka dalam satu kabinet. Justeru Daim dan Mahathir tahu fikrah dan keupayaan Anwar Ibrahim.

Ketakutan Daim dan Mahathir ini semakin jelas apabila Daim dikatakan terbang ke Kota Bahru memujuk MB Kelantan dan para pemimpin PAS tidak akan menyokong Anwar dari menjadi MB Selangor.

Tup tup – Khalid Ibrahim juga telah terbang Kota Baru selepas kepulangan Daim. Dilaporkan Khalid datang dengan tujuan menanda tangani perjanjian projek dua hala – Kelantan-Selangor. Kedatangan Khalid Ibrahim ini agak memeranjatkan kerana tetiba sahaja ada ‘projek’ yang perlu ditanda tangani bersama. Desas desus menyamakan niat Daim dengan Khalid mula tersebar. Tetapi kesampaian Si Khalid ini agak berbeza dengan Daim kerana Kelantan dan Selangor adalah bawah Pakatan. Ini tanda setiakawan dua negeri Pakatan. Untuk masa ini tak perlu kita berdesas dan berdesus.

Daim dan Mahathir terus merancang. Mereka sedar jika Anwar menjadi MB Selangor nyawa-nyawa ikan United Malays National Organisation di Selangor akan terus diancam. Selangor wilayah terkaya di Asia Tenggara kini bukan lagi milik United Malays National Organisation. Penyokong Parti Ketuanan Melayu ini telah kehilangan Selangor yang selama ini dijadikan lubuk kontrak.

Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty sedar tentang apa yang akan dibawa oleh tim Anwar Ibrahim ke Selangor. Selangor yang dipimpin oleh MB Khalid Ibrahim ini jelas bukan pentadbiran yang korup. Ianya satu pentadbiran telus. Bayangkan pentadbiran Khalid ini akan ditambah dengan datangnya Tim Anwar Ibrahim ke pentadbiran Selangor. Tim Anwar ini akan membawa lincah politik baru yang selama ini tenggelam di Selangor. Lincah politik ini bertujuan untuk melahirkan ombak-ombak kecil sebelum satu tsunami pukul mati yang ditujukan kepada United Malays National Organisation.

Tim Anwar Ibrahim bukan hanya melihat Selangor sebagai Selangor tetapi akan dijadikan satu wilayah atau lebih tepat lagi satu kota untuk membuka dan meluaskan pentas dan laman perang. Selangor akan dijadikan basis untuk rujukan ekonomi, untuk rujukan politik dan untuk rujukan budaya anak muda. Ini adalah sebahagian dari projek Langkah Kajang.

Semua ini disedari oleh Daim dan Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru tarikh bicara Anwar telah dibawa ke hadapan. Tarikh hari penamaan calon sengaja dilambatkan. Semua ini dirancang. Semua ini diatur. Jangan silap baca. Jangan silap congak. Anak Lelaki Iskandar Kutty dan para lanun yang kaya raya menjarah harta negara TIDAK akan membenarkan Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.

Para lanun yang selama ini menjarah harta kekayaan Malaysia sedar jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor maka mereka kesemuanya berkemungkinan untuk dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa. Lima atau enam orang jahat yang merompak harta negara ini sedar, Selangor bawah pimpinan Anwar Ibrahim ialah tali gantung untuk mereka.

Justeru Mahkamah telah digunakan untuk menafikan Anwar Ibrahim dari bertanding. Semua ini cukup jelas. Adalah satu dongeng jika kita percaya bahawa mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim itu telah berlaku adil.

Lihat bagaimana Anwar telah cuba membuat rayuan bertulis setelah dijatuhkan hukuman. Peguam Anwar meminta masa untuk menuliskan rayuan mereka secara tersusun termasuk laporan dari doktor. Ini telah dinafikan.

Pihak yang didakwa telah diberi masa hanya 1 jam untuk membuat persediaan rayuan. Ini belum pernah terjadi dalam mana-mana mahkamah di dunia ini. Ini satu rekod baru dari segi kehakiman. Peguam Anwar tidak sempat menulis atau membuat rujukan. Maka rayuan hanya rayuan mulut.

Lihat juga bagaimana untuk pertama kalinya dalam sejarah Mahkamah Malaysia telah bersidang hingga jam 8:00 malam. Mahkamah biasanya bersidang hingga jam 4:30 atau selewat-nya jam 5:00 petang. Dalam kes Anwar Ibrahim ini semuanya TIDAK pelik dan TIDAK hairan. Semua ini dilakukan dengan tujuan untuk mengagalkan langkah Kajang.

Akhirnya Daim and Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berjaya menggagalkan Anwar Ibrahim dari bertanding di N25 Kajang. Projek Daim telah memastikan Anwar tidak dapat bergerak. Pakatan menangkis dengan memunculkan Dr Wan Azizah Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi calon N25 Kajang.

Sayugia diingatkan kemenangan Wan Azizah ini bermakna Langkah Kajang babak pertama telah berjaya. Penafian Anwar Ibrahim dari bertanding di Kajang tidak bermakna Langkah Kajang ini tamat bagitu sahaja. Niat dan tujuan Langkah Kajang untuk menjadikan Selangor kawasan basis masih utuh. Diulangi - TIDAK ada apa-apa perubahan dalam Langkah Kajang.

Tim Anwar Ibrahim telah siap siaga untuk masuk ke pentadbiran Selangor. Niat dan cita-cita ini tidak pernah berundur dan tidak luntur. Dasar dan strategi telah mula diatur, dirancang dan disusun untuk memastikan Selangor akan menjadi pusat satu gerakan politik Pakatan Rakyat yang ampuh untuk menyerang negeri-negeri yang masih dicengkam oleh Parti Ketuanan Melayu.

Untuk meluaskan fikrah demi untuk memahami Langkah Kajang biar saya bawa pembaca ke Negara Filipina – negara jiran kita. Pada 21 Ogos 1982 Banigno Aquino bekas Senator telah pulang dari Amerika. Sesampai di lapangan terbang Manila Banigno Aquino telah ditembak mati. Dilaporkan Si Pembunuh dengan sekelip mata ditembak mati. Ini adalah sebahagian dari Projek Marcos.

Presiden Marcos sama seperti Daim dan Mahathir tidak mahu Anwar di Selangor. Presiden Marcos tidak mahu Aquino berada di Filipina. Banigno Aquino datang ke Manila untuk membawa Langkah Filipina Baru. Banigno ingin menggantikan Presiden Marcos yang korup. Justeru Daim dan Mahathir beri arahan gagalkan Anwar. Justeru Presiden Marcos beri arahan gagalkan Langkah Filipina Benigno Aquino.

Aquino telah dibunuh. Anwar didapati bersalah maka tidak boleh bertanding. Apakah Langkah Filipina Aquino gagal? Apakah Langkah Kajang gagal? Jawabnya pasti tidak. Muncul Sang Isteri – Cory Aquino untuk meneruskan projek pendemokrasian Filipina. Muncul Dr Wan Azizah untuk memimpin Selangor. Anwar berjaya digagalkan. Gantinya ialah Wan Azizah. Langkah Kajang tetap diteruskan.

Dr. Wan Azizah dan Cory Aquino berada dalam kancah yang sama. Apabila Sang Suami ke penjara Wan Azizh telah muncul untuk membina Parti Keadilan Nasional kemudian bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ketika Anwar Ibrahim menjadi TPM – Wan Azizah dibaca sebagai seorang isteri. Ketika Anwar Ibrahim dipenjara Wan Azizah mendewasa untuk menjadi pemimpin parti.

Ini sejarah. Ini fakta. Saya menulis fakta ini untuk memberi tahu generasi muda yang mungkin tidak sedar akan ‘timeline’ sejarah politik terkini Malaysia. Saya juga ingin memberikan fakta sejarah ini kepada sesiapa sahaja yang ada memiliki was-was tentang ketrampilan Wan Azizh untuk menjadi MB Selangor.

Jika ada sesiapa yang memiliki keraguan tentang ketrampilan Wan Azizah? Atau ada sesiapa yang akan mempertikai niat dan cita-cita Langkah Kajang? Untuk mereka yang mempertikaikan Langkah Kajang ini saya berani menyamakan mereka dengan niat jahat dan hati busuk yang dimiliki oleh Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Iskandar Kutty.

Saya membuat rumusan ini dengan perhitungan yang paling senang. Dengan menggunakan perhitungan yang paling asas. Daim Zainuddin, Mahathir Muahamd, Zaid Ibrahim, Ibrahim Ali , Utusan Malaysia dan kaum-kaum yang lain – semuanya menentang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Jika mereka menentang bermakna Langkah Kanag itu betul dan tepat. Kalau tidak betul dan tidak tepat mustahil kesemua benggolan ini akan menentang.

Hukum politik di Malaysia ini cukup senang. Apa yang ditentang oleh Mahathir Muhamad ialah kerja baik. Apa yang disokong oleh Mahathir Muhamad ialah kerja salah. Apa yang disokong oleh Utusan ialah kerja jahat. Apa yang ditentang oleh Utusan ialah kerja betul.

Jika menggantikan MB Selangor dengan Dr Wan Azizah ditentang oleh Utusan maka Langkah Kajang wajib diteruskan. Kerana ini adalah kerja strategik yang tepat dan betul.

CERAMAH TERTUNDA Didik Anak Bagi Jadi Orang - Ustaz Fawwaz Md Jan


Benarkah Khalid kedekut guna wang rakyat? siri 4

Benarkah Khalid kedekut guna wang rakyat?


Rakyat Selangor akan meyakini kata-kata MB Selangor Khalid Ibrahim bahawa beliau kedekut untuk membelanjakan wang rakyat. Sebab itu simpanan tunai Selangor meningkat dari RM400 juta ketika BN terlungkup 5 tahun lalu kepada RM2.5 bilion hari ini.

Komen Khalid itu ditujukan kepada puak yang tidak berpuas hati cara Khalid menyumbang kepada gerakan politik di Selangor. Khususnya suara kritikan dari ahli parlimen Gombak Azmin Ali dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamarudin.

Banyak penyokong Pakatan Rakyat terutama dari parti PAS tidak senang dengan kritikan Azmin kepada Khalid. Sedangkan mereka sendiri tidak pernah rapat dengan Khalid mahu pun dua setiausahanya Faekah dan Arfah. Atau pun tidak pernah meminta dana dari kerajaan negeri.

Khalid tangkai jering

Sesiapa yang pernah melalui pengalaman perit meminta dana dari kerajaan Selangor akan mengetahui betapa kedekutnya Khalid. Tetapi dalam perkara lain beliau tidak pula berkira.

Ambil contoh media Selangorku. Peruntukan kepada media milik kerajaan negeri ini sejak mula ditubuhkan pada 2008 telah pun melepasi RM4 juta. Gaji editor dan wartawannya bukan kecil malah hampir menyamai gaji editorial akhbar arus perdana seperti Sinar Harian walaupun keupayaan media ini terbatas. Dibanding dengan penerbitan pembangkang lain seperti Harakah dan Suara Keadilan, Selangorku menikmati ganjaran lumayan.

Bagaimanapun, bagi jentera pengedaran akhbar Selangorkini di peringkat bawahan misalnya, kerajaan Selangor tidak pula memberikan sedikit insentif kepada jentera parti bagi melancarkan edaran. Edaran terhad di masjid dan pusat khidmat. Selebihnya dilakukan oleh tenaga sukarela. Tidak salah memberi ganjaran duit minyak kepada pekerja parti untuk mengedar rumah ke rumah, terutama di kawasan Melayu yang tertutup minda untuk mengundi selain BN.

Contoh lain lebih banyak. Projek-projek yang boleh menggerakkan dana kepada gerakan politik tidak dibenarkan. Akibatnya, parti-parti politik PR terpaksa mencari derma orang ramai untuk bergerak. Kerajaan negeri boleh menggerakkan sebarang projek dan memberi modal awal kepada rakyat untuk berniaga dan dana boleh disumbangkan kepada gerak kerja kemasyarakatan. Walaupun ia melibatkan kader-kader politik namun mereka juga adalah rakyat Selangor dan tidak salah di sisi undang-undang.

Apabila sumbangan orang ramai tetap diperlukan selepas dua penggal PR mentadbir maka akan menghasilkan tanggapan tidak baik. Kebanyakan penyumbang telah menyumbang wang sejak 15 tahun lalu ketika Anwar Ibrahim ditahan oleh rejim Mahathir. Mereka menyumbang wang paling banyak pada 2008 untuk memastikan BN Selangor tumbang.

Selepas BN tumbang, mereka hanya menikmati air percuma dan sedikit bantuan kebajikan. Tentulah apabila diminta menyumbang kewangan akan timbul persoalan sampai bilakah mereka perlu membiayai parti-parti dalam PR di Selangor?

2013 momentum Putrajaya

Lebih buruk lagi jika Khalid atau exco yang dilantik mempercayai rakyat Selangor berpuas hati dengan perkhidmatan mereka kerana itu diberi majoriti besar. Memang bagi kaum Melayu, Cina dan India bandar mereka berpuas hati dengan kerajaan pentadbiran Khalid kerana mudah berurusan dengan jabatan di bawah kerajaan negeri tanpa rasuah.

Tetapi bagi pengundi Melayu sub bandar majoriti besar yang diberi adalah kerana momentum Putrajaya. Selepas mereka menjatuhkan BN di Selangor mereka ingin melihat Anwar menjadi PM. Suasana akan berlainan jika pada PRU lalu Khalid berkempen untuk mempertahankan Selangor. Berkemungkinan pada 6 Mei yang memisahkan PR dan BN hanya dua kerusi DUN sahaja atau pun kalah terus.

Oleh itu teguran Azmin dan Zuraida ada benarnya. Setiausaha Khalid seperti Faekah dan Arfah menapis banyak program juga ada benarnya. Malah telah menjadi rahsia umum media Selangorku menyekat beberapa tokoh politik PKR dari diberi ruang penyiaran dalam media milik kerajaan negeri itu.

Khalid yang masuk penggal kedua pentadbirannya wajar meneliti kelemahan dan kekurangan yang beliau lakukan dalam penggal pertama. Teguran Azmin dan Zuraida serta beberapa ADUN lain tidak sepatutnya dipandang sepi.

PRU 14 tidak sama. Dengan persempadanan baru kawasan pilihan raya Selangor dijangka tumbang. Jika Khalid meneruskan kedegilannya maka pecahan kawasan yang banyak mengutamakan kaum Melayu akan menguburkan PR Selangor.

Khalid perlu lebih terbuka. Terutama dalam mengambil hati orang Melayu. Media Selangorku tidak berjaya di kawasan Melayu yang menyaksikan kawasan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor terus menjadi kubu kebal BN.

Kawasan itu pastinya dipecahkan menjadi lebih banyak DUN untuk memenangkan BN pada PRU 14. Jadi janganlah kedekut dengan kawasan seperti itu dan jangan terlalu tertutup dengan cadangan pembaharuan, lebih-lebih lagi dari puak Azmin - Zuraida.

Pentadbiran Khalid perlu diperbaiki untuk menjanjikan kemenangan berterusan PR pada PRU akan datang.

Timbalan Presiden PKR : Azmin, Khalid ditolak akar umbi? SIRI 3

Timbalan Presiden PKR : Azmin, Khalid ditolak akar umbi?


Tidak banyak yang dapat dirumuskan dalam beberapa minggu awal selepas pencalonan jawatan tertinggi PKR dibuat pada 29 Mac lalu.

Selain menerima pencalonan terbanyak bagi kerusi Timbalan Presiden, pencalonan kali ini juga menyaksikan beberapa puak dalam PKR cuba menentukan hala tuju parti itu selepas Mahkamah Persekutuan bersidang memutuskan nasib Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, seawal bulan Jun depan.

Kali terakhir kerusi timbalan presiden dipertandingkan dengan calon melebihi dua orang adalah pada 2010 lalu, apabila Naib Presiden ketika itu Mustafa Kamil Ayub dan bintang baharu PKR Zaid Ibrahim mencabar Azmin Ali.

Pemilihan dimenangi Azmin selepas dua bulan kempen yang memenatkan. Namun kali ini kerusi timbalan dicabar oleh lima pemimpin. Sesuatu yang asing dalam parti politik tanah air. Umno tidak membenarkan kerusi Presiden dan Timbalannya dipertandingkan. MCA yang agak bebas hanya membenarkan satu lawan satu. PAS paling hebat pun tiga penjuru. Belum ada parti membenarkan pertandingan enam penjuru bagi jawatan sepenting itu.

Strategi belakang tabir

Tentu sekali pemilihan kali ini mempunyai strategi belakang tabir yang kompleks. Secara umumnya mungkin kelihatan demokrasi berkembang biak dalam PKR namun secara halusnya terdapat perancangan tertentu untuk meletakkan pemimpin yang disukai menerajui parti.

Terdapat dakwaan beberapa pemerhati politik pemilihan kali ini dirancang agar Azmin Ali tidak berkuasa sekiranya Anwar didapati bersalah dan dimasukkan semula ke dalam penjara. Dakwa sumber tertentu Azmin dilihat tidak memainkan peranan k politk sebagaimana Anwar yang disenangi oleh sekalian ahli parti.

Corak politik Azmin lebih kepada puak yang rapat dengannya dan kurang mesra dengan ahli-ahli biasa. Azmin juga didakwa mengamalkan kepimpinan yang kurang toleran terhadap pelbagai rencam kerenah ahli dan tidak senang dikritik. PKR akan menjadi parti yang elit sekiranya Azmin memegang jawatan Presiden.

Barangkali itu juga sebabnya Anwar dan Azizah bertanding jawatan presiden. Azmin tidak akan mencabar Anwar tetapi akan mencabar Wan Azizah. Anwar menghantar borang pencalonan terlebih dahulu agar Azmin berundur. Kemudian Azizah menghantar pencalonan.

Akta pertubuhan

Pada ketika yang sesuai Anwar yang sukar melepaskan diri daripada Akta Pertubuhan yang melarang seseorang disabitkan hukuman penjara lebih setahun memimpin sesebuah parti akan menarik diri dan mengekalkan Wan Azizah sebagai presiden.

Banyak penganalisis politik meramalkan taktik menarik diri juga akan berlaku dalam persaingan kerusi Timbalan. Sekurang-kurangnya dua calon yang tidak dikenali diramal menarik diri ketika kempen bermula. Selepas itu, proses penarikan diri akan melibatkan YB Batu Tian Chua, satu-satunya pencabar Azmin dari era Reformasi.

Kemasukan mengejut setiausaha agung PKR Saifudin Nasution memang merancakkan persaingan tetapi sebenarnya beliau adalah pemain utama dalam pemilihan kali ini. Pada hari pengundian persaingan hanya akan berlegar di sekitar Azmin, Saifudin dan Khalid Ibrahim.

Saifudin didakwa adalah orang pilihan Anwar sekiranya tokoh itu kembali mendekam di penjara. Bagaimanapun, langkah Saifudin agak sukar apabila Khalid turut bertanding. Sekurang-kurangnya undi PKR selangor tidak akan memihak kepadanya. Selangor mencatat 20 peratus keahlian PKR dan tertinggi di seluruh negara.

Khalid Ibrahim dijangka akan mendapat undi terbanyak dari Selangor sekiranya beliau mampu menyenangkan hati ahli parti dan tidak kedekut meluluskan dana kerajaan negeri dalam tempoh dua bulan ini.

Azmin pula  mempunyai simpanan tetap, PKR Sabah banyak memberi sokongan kepadanya pada 2010. Namun agak rumit apabila bekas sekutu Anwar dalam BN Datuk Lajim Ukin menjadi MPP Sabah. Kemungkinan undi Sabah akan berpecah kepada Saifudin atas arahan Anwar.

Pengaruh saifudin

Kekuatan Saifudin di sebelah utara Semenanjung; Kedah, Perlis dan Perak. Ketika ini persaingan dilihat seimbang antara Saifudin dan Azmin. Bagaimanapun Azmin yang telah lama memimpin PKR dan mempunyai banyak sokongan akar umbi dilihat mempunyai kelebihan mempertahankan jawatan biar pun dengan majoriti yang kecil.

Namun semua itu akan berubah jika Anwar memberi isyarat untuk memilih Saifudin menggantikan Azmin. Perancangan untuk meletakkan Saifudin bukanlah diatur secara spontan tetapi setelah melihat tahap sokongan di negeri-negeri.

Tokoh yang dijangka kalah teruk adalah Khalid Ibrahim yang tidak mempunyai sokongan menyeluruh kecuali di Selangor. Sekiranya Khalid kalah teruk dalam pemilihan kali ini maka jalan terbuka lebih luas untuk menyingkirkannya dari kerusi MB Selangor.

Seseorang yang tidak popular dalam parti pasti akan digantikan. Azmin pula tidak berupaya mendesak jawatan MB diberikan kepadanya sebagaimana sebelum ini sekiranya tewas dalam pemilihan. Maka Wan Azizah akan mudah mengisi kekosongan.

Bagaimanapun keadaan akan lebih rumit jika Azmin berjaya mempertahankan jawatan dan inginkan kerusi MB. Kini, terdapat pemikiran jalan tengah yang menolak Azmin dan Khalid dalam PKR dan menaikkan muka baharu, Saifudin. Hanya dengan Saifudin krisis yang berlarukan sejak 2010 akan selesai. Pemikiran  Jalan Tengah ini semakin menguasai ahli PKR terutama di Semenanjung.

Pemilihan PKR: Calon Timbalan Presiden Paling Banyak Dalam Sejarah siri 2

Pemilihan PKR: Calon Timbalan Presiden Paling Banyak Dalam Sejarah


Penamaan calon PKR yang berakhir 5 petang tadi di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya mencatat sejarah apabila jawatan Timbalan Presiden dicabar oleh 6 calon selain azmin Ali yang mempertahankan kedudukan.
Sama ada parti itu mempraktikan demokrasi terbuka atau pun mula wujud perpecahan di peringkat bawahan, tiada siapa yang pasti apabila nama-nama yang tidak terkenal juga turut mencalonkan diri, seolah-olah senario pilihan raya umum yang meletakkan calon bebas untuk mengacau undi parti-parti besar yang bertanding.
Bagaimanapun diramal Azmin Ali akan mempertahankan kedudukan pada pemilihan kali ini berdasarkan pengaruh kuat beliau di Selangor dan Sabah, dua negeri mencatat keanggotaan PKR paling banyak.
Saifudin Nasution yang didakwa banyak pihak merupakan calon pilihan Anwar dalam misi menyingkir Azmin dijangka menghadapi laluan sukar apabila Khalid Ibrahim turut mengambil undi PKR Selangor.
Sementara Khalid Ibrahim mungkin hanya sekadar memanaskan suasana pemilihan ketika tidak jelas sokongan yang memihak kepadanya.
Manakala Tian Chua mungkin menarik diri selepas beberapa hari dan menumpukan kepada kerusi Naib Presiden yang lebih selamat untuknya.
Bagi kerusi Naib Presiden pula kemunculan semula Mustafa Kamil Ayub yang pernah menjadi orang kuat Anwar mungkin membawa semula sentimen reformasi ke dalam parti. Beliau yang pernah menjawat Naib Presiden sebelum tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden pada 2010 lalu dijangka akan menjadi tumpuan ketika PKR melancarkan Reformasi 2.0 yang membawa kembali kenangan ahli ke era kegemilangan reformasi 1.0 lalu.

Presiden PKR (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran


Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamal Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Sresram
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)

Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif  Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman

Naib Ketua AMK (9 calon)

Exco AMK (62 calon)

Wanita Pusat

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)

AJK Wanita Pusat (14 calon)

MALAYSIA MENCIPTA MISTERI



1. Altantuya diletup guna C4, tanpa sebab dia diletupkan, tanpa motif.Masuk tapi tak keluar...

2. Kapal selam tak boleh menyelam dan injin pesawat hilang.Jumpa pulak di Brazil.


3. Kejadian Liwat melalui "bluetooth". 


4. Dakwat kekal yg tidak kekal.


5. Beng Hock dan Sarbini mati dalam bangunan Kerajaan 'secara misteri".


6. Rekod Altantuya hilang dalam sistem komputer di Imegresen.


7. Cincin 24 Juta dibawa masuk untuk 'dipamirkan' tapi lokasi pameran rahsia.


8. Ayah Pin diburu berpuluh tahun, tak jumpa-jumpa, tanpa dapat dikesan oleh 'radar'.


9. Pertahan Kalimah Allah tapi tak suka hukum Allah.


10. Pesawat "ended' di tengah lautan Hindi, tapi tak terhempas atau mengorbankan sesiapa dan tak dijumpai.


11. Ada PC (Press Conference) tapi tak boleh soal jawab.





12. Budak yang gagal belajar jumpa PM minta biasiswa.

Timbalan Presiden PKR: Siapa layak? SIRI 1

OLEH RONASINA

 

Timbalan Presiden PKR: Siapa layak?

Penyandang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berdepan lima pencabar dalam pemilihan kali ini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selain empat lagi calon iaitu Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K Ramachandran dan Murali Subramaniam.

Tolak terus K Ramachandran dan Murali dari senarai kegemaran untuk memudahkan analisis ini. Ramai terkejut apabila Saifuddin Nasution juga bertanding. Seperti ada usaha belakang tabir meminta Saifuddin masuk untuk menyekat Azmin setelah jawatan Presiden dikepung rapat Anwar. Meskipun tiada salahnya Azmin bertanding Presiden (atau mungkin tidak berhajat pun) tetapi tidak manislah kerana senario politik Malaysia tidak nampak pertandingan melawan presiden parti sesuatu yang diraikan malah ia akan dibenci baik di dalam Umno, PAS mahu pun parti lain. Abdul Rahman Othman dipandang bagai musuh nombor satu parti sewaktu beliau mencalon diri bertanding jawatan Presiden PKR pada 2007 sebelum menarik diri bersama Anwar untuk memberikan kemenangan percuma kepada Wan Azizah.  

Tian Chua yang dilihat sebagai simbol garis politik awal PKR mewakili kumpulan reformis dijangka akan menarik diri untuk memberi laluan kepada Saifuddin. Umum juga melihat Tian tidak serius, hanya mahu uji pasaran kerana pada masa yang sama turut mempertahankan kerusi Naib. Mana satu fokus beliau? Timbalan atau Naib? Undi anggota (ahli) kaum Cina juga tidak menjamin kedudukan Tian. Jika tidak menarik diri pun, pengundi masih boleh mengundi Tian untuk Naib. Maka senarai semakin pendek antara Azmin, Khalid dan Saifuddin. Selain faktor peribadi mereka yang dikenali ramai bersertakan persepsi yang mengikut belakang mereka, faktor penting pemilihan kali ini ialah jika:-

1) Anwar menarik diri kerana berdepan hukuman penjara dan Wan Azizah menjadi presiden
2) Anwar tidak menarik diri dan menang kerusi presiden

Khalid Ibrahim
Khalid, rekod minat dalam kerja-kerja parti amat buruk. Kita bercakap soal parti bukan Menteri Besar dan pentadbiran negeri. Dalam menggerakkan parti termasuk kerja-kerja propaganda, menyebar idealisme parti; Khalid jauh ketinggalan berbanding Azmin. Tidak faham mengapa Khalid menawarkan diri menjadi timbalan. Jadi jika mengambil dua faktor yang disebutkan tadi sekiranya:-
1) Wan Azizah presiden dan Khalid Ibrahim timbalan maka PKR akan berhadapan kepimpinan yang lemah dan tidak tegas. Wan Azizah kita tahu lembut sifatnya seperti ibu kepada semua dan gerak kerja parti lebih banyak dijayakan timbalan, jadi sukar untuk berdepan dengan musuh politik yang tidak pernah berhenti menyerang. Khalid selalu dikritik kerana masih terus membiarkan juak-juak Umno bermaharajalela di pentadbiran Selangor.
2) Anwar presiden, nampak seperti gandingan yang mantap bersama Khalid Ibrahim tetapi itu di atas kertas sahaja kerana kedua-duanya sama keras kepala. Amat sukar mengawal Khalid yang memang tidak berminat dalam organisasi parti. Banyak keputusan Khalid buat tanpa perbincangan bersama. Ini bahaya dalam struktur organisasi parti.
Jadi, Khalid yang cenderung dengan kerja pengurusan korporat tidak sesuai duduk memimpin sebuah parti politik seperti PKR yang terdiri dari berbagai latarbelakang sama ada ahli politik, aktivis hak asasi, kesatuan sekerja, profesional, agamawan, seniman dan kaum pekerja. Menjadi Menteri Besar berbanding calon lain adalah suatu tajuk lain yang boleh didebatkan di meja berasingan, bukan pada tajuk ini.

Azmin Ali
Tidak dinafikan menjadi penggerak awal parti sejak penubuhannya. Pegawai kanan Anwar Ibrahim yang dikenali paling setia ketika ramai rakan (bekas) sudah keluar meninggalkan Anwar dan parti. Azmin juga turut menerima nasib buruk difitnah Umno sejak era reformasi 1998 melibatkan maruah diri dan keluarga. Sama seperti Anwar. Kejayaan menyusun strategi sehingga parti mencapai keputusan cemerlang dalam pilihanraya umum 1999-2008 tidak perlu dipertikai. Menjaga baik penyokong-penyokongnya. Di atas kertas, Azmin dilihat kuat. Jika dibandingkan antara Khalid Ibrahim dan Saifuddin, Azmin lebih 'dekat' dengan anggota bawahan. Mesra dan murah senyuman. Jika dua faktor disebutkan awal tadi diambilkira dan Azmin menjadi timbalan:-
1) dengan Wan Azizah sebagai presiden, parti jadi statik seperti sebelum ini. Tidak berubah. Pemerhati politik tahu hubungan Wan Azizah-Azmin tidak baik. Keadaan menjadi seperti biasa. Imej Azmin mahu jadi Menteri Besar yang dipaparkan di media dan dikepohkan di kedai kopi menyulitkan keadaan. Tugas berat juga untuk digalas ketika hendak bekerjasama dengan PAS dan DAP. Apatah lagi PKR gagal menang banyak kerusi di Selangor berbanding PAS dan DAP pada PRU13 yang lalu. Beban ini diletakkan di bahu Azmin.
2) dan jika Anwar presiden juga sekali lihat gandingan dengan Azmin sangat mantap. Tetapi sama ada Khalid jadi timbalan mahu pun Azmin, pergeseran antara kedua mereka tidak akan berhenti. Ini membuat anggota parti PKR dan rakan di dalam Pakatan Rakyat muak, bosan, benci. Mendepani penggal hadapan yang lebih mencabar, ramai tidak mahu melihat Khalid dan Azmin menimbulkan masalah. Kerja-kerja membela rakyat perlu diteruskan selari dengan memacu agenda reformasi. 
Kesimpulannya, Azmin berpotensi untuk menang tetapi masalah lama tetap akan berlaku. Pergeseran Azmin-Khalid.

Saifuddin Nasution
Jika Azmin diukur kesetiaannya, Saifuddin juga tidak kurang hebat. Terus meninggalkan jawatan Setiausaha Pemuda Umno dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional untuk bersama Anwar Ibrahim pada 1999. Pernah merajuk sekejap dengan PKR dan membuat kerja membantu kerajaan PAS di Kelantan tetapi dipanggil semula ke dalam PKR selepas Anwar keluar penjara. Menjawat Pengarah Strategi PKR dan berpengalaman menjadi Setiausaha Agung, Saifuddin dikatakan sosok yang layak. Meskipun kedengaran ada krisis dengan Khalid ketika masuk sekejap di pentadbiran Selangor, itu tidaklah berapa ketara sebaliknya dilihat bersifat dalaman, tidak dibawa menjadi masalah negeri seperti kes Khalid-Azmin. Kecekapan gerak kerja politik Saifuddin dipuji kerana sangat tersusun. Dua faktor tadi, jika :-
1) Wan Azizah presiden, Saifuddin selaku timbalan yang berpengalaman sebagai pengarah strategi dan setiausaha agung ketika di dalam PKR, PAS dan Umno bijak merangka strategi menangkis serangan musuh. 
2) Jika Anwar presiden, ia meringankan kerja kerana selaku timbalan, Saifuddin mudah berurusan dan berunding dengan rakan di dalam Pakatan Rakyat. 
Tetapi Saifuddin dilihat 'jauh' dengan penyokong parti. Sering kelihatan sibuk, bergegas hendak pulang dari majlis, hanya bergaul sesama rakan pimpinan di ruang khas sahaja. 

Kesimpulannya dan rumusan dari analisis ini, anggota parti wajar melihat apakah calon-calon ini berupaya memberikan helaan nafas baru kepada PKR.Masalah baru mungkin muncul tetapi anggota parti yang muak dengan drama-drama lama mengharapkan suatu perubahan demi kebaikan parti dan juga rakyat khususnya dapat dilakukan. Agenda reformasi mesti dijayakan dan anggota parti termasuk barisan kepimpinanlah yang patut duduk di garis paling hadapan berani melakukan perubahan.

Reformasi!


[LIVE][010414][BM16]-Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor???


10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor

10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor | Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. 
Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record). Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah :








Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

Terkini: 'Good night Malaysian three seven zero'

'Good night Malaysian three seven zero'. Ucapan itu disahkah oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebagai perbualan terakhir di dalam transkrip antara menara kawalan trafik udara dan kokpit MH370.
 
Siapakah yang menuturkan ucapan tersebut? Jika dirujuk kepada jawapan sebelum ini, komunikasi terakhir antara kokpit MH370 dan menara kawalan trafik datangnya dari pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27 dan berbunyi 'Allright good night'.
 
Namun, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan lewat malam ini memberitahu,  perbualan terakhir antara kokpit dan menara kawalan direkodkan pada pukul 1.19 pagi waktu Malaysia adalah 'Good night Malaysian three seven zero' dan penuturnya masih disiasat.
 
"Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan forensik untuk memastikan penutur ucapan selamat malam dari kokpit itu sama ada dibuat oleh juruterbang atau pembantunya.
 
"Menteri telah mengarahkan pasukan penyiasat untuk mengeluarkan transkrip penuh perbualan antara menara kawalan dan kokpit pada taklimat ahli keluarga yang akan diadakan dalam masa terdekat ini," kata kenyataan itu.
 
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran soalan yang dibangkitkan semasa sidang media petang tadi mengenai komunikasi terakhir antara kokpit dan menara kawalan trafik udara di Kuala Lumpur.

Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!

Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA!

kakitangan awam
Kakitangan Awam Buat Bisnes Online @ Perniagaan Internet? Ini Surat Amaran “Keras” JPA : Kenaikan kos sara hidup terus melambung tinggi. Baik kepada penjawat awam mahupun kakitangan swasta. Suka atau tidak, mereka tiada pilihan lain. Mereka perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Termasuklah menyertai bisnes MLM (SEPERTI DI SINI), perniagaan Internet atau bisnes online…..dengan harapan ada “rezeki” disebalik usaha mereka….
Melihatkan senario ini, Jabatan Perkhidmatan Awam mula memerhatikan senario melibatkan kakitangan awam sehingga dilihat mula mengabaikan tugas hakiki yang tidak boleh diabaikan dan pelru dilaksanakan dnegan penuh tanggungjawab :
Atas alasan ini Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) mula mengambil langkah yang lebih drastik bagi mengelakkan kakitangan awam menyalahgunakan kemudahan yang disediakan di sektor awam, satu surat khas telah pun dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi memantau kakitangan awam yang melakukan pernigaaan internet @ bisnes online ketika waktu pejabat. INi adalah surat amaran yang dikeluarkan oleh JPA

Punca Surat Amaran JPA Kepada Kakitangan Awam?

  • JPA mendapati terdapat kakitangan awam yang menggunakan media sosial dan Internet untuk perniagaan Internet atau bisnes online
  • Tindakan kakitangan awam yang menyalahgunakan tanggugjawab dan amanah yang diberikan boleh menjejaskan imej kakitangan awam dan kerajaan
  • Perbuatan kakitangan awam melakukan perniagaan Internet atau bisnes online menyalahi peraturan
  • Jika kakitangan awam ingin melakukan bisnes online atau perniagaan Internet mereka perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu
 P/S : Apa respon balas kakitangan awam mengenai tindakan JPA terhadap mana-mana daripada anda yang terlibat dengan perniagaan online tanpa pengetahuan mereka?

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.
Anwar_IbrahimDalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.

Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.

Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia

Memali yang belum pernah dicerita kpd umum - Tun Musa Hitam


Himpunan Reformasi 2.0 KELANTAN -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Himpunan Reformasi 2.0 -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin


KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.

SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Kritikan media antarabangsa

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.
“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Shamsul Iskandar Mohd Akin
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif  Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman

Naib Ketua AMK (9 calon)

Exco AMK (62 calon)
Wanita Pusat

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)

AJK Wanita Pusat (14 calon)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60408

Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden?


Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.



azmin ali 1PETALING JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.

Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR menang tanpa bertanding.

Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.

Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah pertandingan kalah mati.

Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia menguntungkan Azmin.

Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada Khalid.

Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar? Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan tidak mahu beliau kekal di situ.

Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.

Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding. Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol daripada 13 calon.

Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol seperti DAP dan PAS lagi.


Lori Bawa "Bahan Kimia Lynas" Terbabas, Tiga Tong Cecair Tumpah Di Bahu Jalan Dekat Batu Lapan, Lanchang Hari Ini

KES BERLAKU 28 MAC...BERITA TERTUNDA..RAMAI YANG MENYANGKA BAHAWA PAHANG YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG TEBAL BAIK UNTUK KEHIDUPAN, NAMUN IANYA MEMBAWA MASAALAH APABILA DI KUANTAN ADANYA LOJI LYNAS, SEMENTARA DI RAUB PULA ADANYA CYNIDE.....DI GENTING ADANYA PUSAT JUDI TERBESAR DI ASIA....DAN INILAH PAHANG....





TEMERLOH - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas, mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada lalulintas. Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak
berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.

Bercakap hari ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke atas tanah.
Apabila ditanya sama ada cecair kimia itu dianggap berbahaya,  Abdul Aziz berkata ia adalah "tidak begitu berbahaya" tetapi akan berasa gatal jika menyentuhnya.

Katanya lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada sungai di situ.

Beliau berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan juga Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Abdul Aziz berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kecuaian pemandu yang tidak mengikat dengan baik barang-barang tersebut.

Katanya, pihak polis akan menyiasat kes itu mengikut peraturan 19 Peraturan Lalulintas 1959 (barang muatan jatuh dari kenderaan).
Bagaimanapun, pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas
Malaysia, Amin Abdullah menegaskan bahawa produk nadir bumi itu selamat dan tiada radioaktif.

"Kami tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab lain," katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak mengakibat kecederaan atau maut.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Amin berkata, produk tersebut tidak berbahaya dan ianya disahkan selamat untuk diangkut ke luar negara dan semua sijil ada.

Ketika diminta mengulas kenyataan polis bahawa cecair itu boleh membunuh ikan, Amin enggan mengulas kerana beliau mendakwa tidak mempunyai maklumat tersebut.

"Jika anda berkata produk ini akan menyebabkan kegatalan pada kulit manusia, maka seseorang yang sensitif juga akan berasa gatal selepas mereka makan udang," katanya.

Menurut Amin, lori itu membawa produk tersebut dari loji Lynas di zon perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ke Pelabuhan Klang untuk dieksport kepada pelanggan luar negeri.

Beliau juga menerangkan bahawa ia bukan merupakan hasil akhir kerana pelanggan mereka perlu memprosesnya semula.

Tambahnya, lori itu bukan milik Lynas tetapi dari sebuah syarikat pengangkutan dan pasukan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar telah dihantar ke tempat kejadian untuk membersihkan cecair tersebut. #sumber



Ceramah Tertunda: Mati seorang pembeli daun palas [050113] - Ust Hanif Haron


MUHYIDDIN; NI APA CRITA? Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail


Rencana

Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail

March 30, 2014
Tersentap seketika membaca komen daripada pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran Pemandu di Damansara yang memberitahu mutu pendidikan di Malaysia jatuh merudum berdasarkan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lebih membimbangkan daripada kejatuhan kewangan. Tambah beliau, mutu pendidikan di Malaysia lebih teruk daripada Vietnam dengan menduduki tangga ke-52 daripada 65 negara yang terlibat.


Apa yang berlaku kepada pendidikan kita sehingga dikritik tajam dan pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka atau fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang menunggu jawapan segera.

Memetik kata-kata Nelson Mandela:“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”.

Dasar pendidikan di Malaysia bermula selepas tarikh kemerdekaan. Bermula dengan laporan Barnes yang mensasarkan pendidikan Malaysia menjadi alat perpaduan kaum dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas itu dasar pendidikan terus mengalami evolusi dan transformasi sejajar dengan kehendak semasa.

Pada 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan pelaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M (menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar. Diikuti dengan dasar KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan sahsiah diri pelajar di samping pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Ini untuk memenuhi keperluan semasa perancangan kemajuan negara.
Namun, beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara. Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan daripada pembinaan insan. Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi melebihi keperluan dan membuka masalah pengangguran di kalangan siswazah. Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari pada yuran pengajian pelajar.

Bertambah derita pelajar apabila terpaksa "mengongkong biawak" hutang selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula oleh pengutip hutang tanpa kasihan. Betapa ramai graduan pelbagai bidang khususnya guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat.

Pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris merupakan satu lagi malapetaka kepada sistem pendidikan negara. Bahasa Malaysia yang diangkat menjadi instrumen penyatu rakyat negara Malaysia ini seolah diketepikan. Tanpa sebab yang konkrit, dasar ini ingin diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada cendekiawan bahasa, guru dan NGO yang melihat nasib bangsa Malaysia menjadi taruhan disebabkan oleh keras kepala pemerintah dan kedegilan mereka. Ini mengundang demostrasi jalanan yang bersaiz mega menempelak pelaksanaan dasar ini. Jutaan wang pembayar cukai dibazirkan untuk persediaan dasar pengajaran bahasa Inggeris ini. Apa hasilnya sekarang? Generasi hari ini terpaksa mencuci kotoran yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.

Kini heboh pula program baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Sepintas lalu nampak matlamatnya murni, meningkatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dunia. Penilaian pencapaian murid berdasarkan pemerhatian guru kepada murid tanpa lagi merujuk kepada markah peperiksaan. Lebih melihat bakat dan penguasaan pelajaran pelajar.

Di peringkat pelaksanaan PBS mendapat tentangan hebat daripada warga pendidik. Guru dikatakan dibebani oleh kerja-kerja "pejabat" sehingga mengabai kerja hakiki guru iaitu mendidik generasi muda. Sehingga kini, perdebatan pelaksanaan PBS ini panas diforumkan. Sang menteri mengatakan guru tidak terbeban, dibuat penambahbaikan sehingga 80% kerja dikurangkan. Di kalangan guru, menyuarakan hanya guru sahaja yang memahami beban PBS ini.

Melihat konflik yang melanda pendidikan negara, kita amat khuatir dan bimbang tentang generasi masa depan negara. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Pencapaian pendidikan yang terus merosot amat merisaukan. Generasi bagaimanakah yang akan menggantikan kepimpinan negara di masa depan?

Kita amat mengharapkan golongan pemerintah dan cendeakawan pendidik dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan terbaik negara. Bukannya hendak menunjuk kuasa dan ego keras kepala. Demi kebaikan negara dan anak cucu kita. Sudah-sudahlah bercakaran, ini bukan masa untuk berkata nista. Ini masa untuk bermuhasabah dan mengatur kerja demi negara tercinta. – 30 Mac, 2014.

* Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Islam (Promis).
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

[Live Tertunda] Kuliah Dhuha - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif


Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…

Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…


Arak MAS
Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap musibah yang Tuhan berikan, Tuhan akan bukakan 2 pintu hikmah kepada kita. Insyaallah.
Realitinya, acapkali ramai yang tersedar & mengakui kesilapan seterusnya mahu berubah selepas ditimpa kecelakaan atau musibah. Contohnya…..
  • Apabila ada runtuhan bangunan buat post mortem
  • Apa ada runtuhan di lereng-lereng bukit, baru tersedar kemusnahan yang dilakukan selama ini tanpa pemantauan
  • Dan lain-lain lagi
Sebenarnya disebalik tragedi MH370 ini, kita semua ambil iktibar selepas kehialangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac 2014. Mungkin bermula daripada sekarang, perlu ada perubahan dan anjakan pradigma untuk melakukan lebih baik daripada sebelum ini seperti :

Langkah Penambaikan Disebalik Tragedi MH370?

  1. Tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat. Mungkin boleh tukarkan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti _______. Anda ada contoh yang boleh dikongsikan?
  2. Pramugari Malaysia Airlines boleh mulakan daripada sekarang diberikan kelonggaran & kebenaran untuk menutup aurat (bagi Islam) & berpakaian sopan (bagi bukan Islam) serta membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat. Usahlah kita terikut-ikut tradisi syarikat penerbangan negara lain. Kenapa jikalau menutup aurat atau tidak menonjolkan bentuk badan dan betis pramugari (pramugari Air Asia), penumpang semakin berkurangan? Adakah sekarang keuntungan Malaysia Airlines semakin melonjak (HAKIKATNYA DI SINI)? Hakikatnya, amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang
  3. Sudahlah negara ditimpa dengan tragedi MH370, ditambah kekusutan sehingga memalukan nama Malaysia yang dicop sebagai sebuah negara Islam selama ini, tetapi tercalar dengan munculnya Bomoh 1Malaysia (SEPERTI DI SINI)
  4. Suka atau tidak, disebalik tragedi MH370 telah sedikit sebanyak “menelanjangkan” tahap keselamatan & pertahanan Malaysia selama ini yang menunggu masa diintai oleh musuh negara. Jadi, bersiap siagalah, jangan biarkan pertahanan negara dirogol oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan yang “tidak cintakan” Malaysia sepenuhnya. Perbaikilah…..
  5. Ada nak tambah yang lain?
Bala Allah kalau nak kena, bukannya boleh dipilih-pilih yang jahat atau baik, tetapi semua kena…contohnya macam tsunami 2005 dahulu….Masih teringat lagi? Bukankah ada baiknya kita berpesan-pesan dan sentiasa beringat walau di mana juga?
“Benda baik mengapa tidak kita amalkan”
Akhirnya sekali kepada pembuat dasar dan pemimpin politik serta pemimpin negara termasuk Malaysia Airlines amnya, sementara berkuasa ini gunakan semata-mata atas keredhaan Allah sepertimana yang termaktub & dijamin perlembagaan negara. Kita bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti atau ditimpa malapetaka, baru nak menyesal.
“Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen“
P/S : Berita Semasa simpati terhadap apa yang menimpa negara dan MAS berkaitan MH370. Apabila menaiki MAS ada sekelumit rasa bangga dengan penerbangan negara kita sendiri. Cuma Berita Semasa sedih apabila MAS menghidangkan arak dan penumpang sebelah meminumnya sambil bersendawa. Disgusting!
PP/S : Kadang kala kita tonjolkan promosi kita ‘cinta Allah dan Rasul’ tetapi polisi kita kadang-kala kurang seiras. Harap ada pembaikian. This is our country, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.