Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

AWANG YANG SEMPIT PEMIKIRANNYA

Beberapa NGO memulangkan kembali gelaran "dangkal" yang diberikan penulis kontroversi Awang Selamat terhadap orang Melayu yang mahu menyertai perhimpunan BERSIH 9 Julai depan.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid"Kita lihat dangkalnya Awang Selamat, sengaja menunjukkan kejahilan dalam melihat politik.

"Perhimpunan BERSIH adalah hak untuk keseluruhan (rakyat) bukan hanya orang Melayu," kata Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid (kiri).

"(Awang) melihat orang Melayu sebagai bodoh. Sebenarnya sudah lama orang Melayu dibodohkan oleh pihak berkuasa. (Ini) satu perkara yang menghina orang Melayu."

Dalam kolum "Bisik-bisik" di Mingguan Malaysia kelmarin, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan BERSIH sebagai "dangkal berpolitik" kerana faedah besarnya dinikmati kaum lain.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Azmi turut meminta Awang Selamat mengemukakan bukti atas dakwaannya bahawa perhimpunan itu didalangi oleh "NGO anti-Islam."

"Apa buktinya? Ini tuduhan dan tanggapan liar begitu saja. Siapa dia yang dipanggil NGO anti- Islam?" soalnya kembali.

Umno tahu ia berkesan

Sebaliknya, katanya lagi, perhimpunan BERSIH selari dengan tuntutan agama Islam yang menuntut hak untuk membuat pilihan dengan bertanggungjawab.

"(Ia) tidak lari dari tuntutan Islam. Hak untuk bersuara. Hak untuk memilih kepimpinan. Sama sekali tidak boleh dikatakan bertentangan dengan Islam," tambahnya yang akan turut sama dalam perhimpunan itu.

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 syed ibrahim (in blue)Sementara itu, Pengerusi Gerakan Menentang ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) pula turut menyangkal dakwaan Awang Selamat dan menyifatkannya mempunyai pemikiran sempit.

"Saya rasa itu satu pemikiran yang sempit. Saya rasa prinsip di sebalik BERSIH bukan perkauman.Saya rasa tidak benar sama sekali. Ini perjuangan oleh semua kaum. Untuk kepentingan semua kaum," kata Syed Ibrahim.

Malah, beliau tidak tahu menahu dengan isu perkauman yang dibangkitkan Awang Selamat.

Melalui pengalamannya dalam perhimpunan yang lalu, Syed Ibrahim beranggapan artikel dalam akhbar Umno itu bertujuan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan sebelum itu juga mereka cuba untuk memburukkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau juga berkata, perhimpunan BERSIH dari dulu sehingga sekarang sentiasa bebas dari agenda perkauman.

Katanya, perhimpunan tersebut selari dengan peruntukan dalam perlembagaan, malah Umno sendiri berusaha menyaingi perhimpunan sedemikian kerana maklum pada keberkesanannya.

Kami ke mahkamah jika Parlimen gugur MP Tian Chua, amaran Azmin

PETALING JAYA, 14 Jun — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Ahli Parlimen Batu Tian Chua digugurkan sebagai wakil rakyat.

Tegas Azmin, beliau percaya BN akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menggugurkan Chua sebagai wakil rakyat selepas mahkamah menolak permohonan rayuan dibuat beliau tempoh hari.

“Seperti sedia tahu BN tidak lagi berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran kerana mereka akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menafikan keadilan seorang wakil rakyat.

“Ini terjadi apabila saya dan tiga ahli Parlimen lain digantung yang mana BN menggunakan kuasa majoriti, saya tidak terkejut jika BN gunakan cara sama untuk menafikan hak Tian Chua,” katanya pada sidang media.

Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya Chua, wakil rakyat penggal pertama dilucut dari jawatan itu.

Tegas Azmin (gambar), sekiranya ia berlaku pihaknya akan menggunakan undang-undang untuk mempertahankan Chua.

“Kalau BN gunakan kuasa majoriti, kita akan gunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan Tian Chua.

“Sekiranya BN lakukan ini rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

The Malaysian Insider pagi ini melaporkan BN sudah memutuskan untuk membawa usul berkaitan status Chua di Parlimen.

Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) akan memaklumkan Dewan Rakyat secara formal pagi ini — dipercayai selepas selesainya sesi soalan lisan — bahawa wakil rakyat PKR itu sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat.

“Kami akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini... ya, selepas sesi soalan lisan, sebab perkara ini perlu dibawa mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Mohtar Radin.

“Kami mengambil pendirian bahawa beliau (YB Chua) sudah tidak layak hadir sidang Parlimen,” kata beliau.

Ketika ditanya siapa yang akan membawa perkara itu untuk perhatian Speaker Dewan Rakyat, Bung Moktar berkata, “BBCBN, sesiapa sahaja (anggota BBCBN) akan membawa perkara ini hari ini.”

Mengikut peruntukan perlembagaan dan aturan mesyuarat Parlimen perkara itu perlu dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tindakan susulan sebagaimana pernah disaksikan masa-masa lalu.

Sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah sesuatu “tidak bertanggungjawab” jika tiada wakil rakyat memaklumkan Parlimen sabitan kesalahan Chua dan kemungkinan boleh hilang kelayakan.

Katanya, tanpa makluman formal daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat, Speaker tidak boleh ambil tindakan ke atas Chua yang kedudukannya kini kelihatan tergantung.

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan menggigit seorang anggota polis.

Dengan perkembangan itu, keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mengenakan denda RM2,000 kekal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status kerusinya.

Chua bagaimanapun menegaskan beliau masih seorang wakil rakyat yang sah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengetepikan rayuannya berhubung hukuman dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu.

Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Daftar pemilih: PKR dakwa SPR bias, mahu sekat Pakatan kesan pengundi









PETALING JAYA, 14 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan “double standard” kerana tidak memberikan maklumat lengkap mengenai pengundi dalam senarai daftar pemilih.

Menurut timbalan presidennya Azmin Ali, dalam senarai daftar pemilih yang dibeli daripada SPR tidak dinyatakan alamat para pengundi.

Jelas beliau, lebih 90 peratus daftar pemilih yang berharga RM48,000 itu tidak mempunyai alamat pengundi dan ia menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka.

“Keadaan lebih buruk apabila SPR diperkudakan Umno-BN (Barisan Nasional) untuk terus laksanakan pilihan raya kotor dan tidak adil.

“Dalam senarai daftar pemilih sehingga penghujung 2010, SPR telah bekalkan daftar pemilih tanpa alamat pengundi... ini double standard, kita tahu ia hanya untuk Pakatan Rakyat.

“Ini amat mengejutkan, kita diminta dibayar untuk dapatkan daftar pemilih induk tapi ia tidak mempunyai alamat yang lengkap,” kata Azmin pada sidang media di sini.

Tegas beliau, ia satu cara Umno-BN untuk menyekat PKR mendekati pengundi kerana bimbang akan tewas pada pilihan raya umum ke-13.

“Ada beberapa nama diberikan alamat tapi lebih 90 peratus tiada alamat (dalam daftar pemilih) yang dibekalkan SPR yang perlu dibeli parti-parti politik.

“Kita dapat hidu ini usaha Umno-BN untuk bawa pengundi hantu, saya percaya daftar pemilih ini hanya untuk Pakatan Rakyat sebab seorang pegawai SPR memberitahu ia adalah arahan baru agar daftar pemilih tidak dibekalkan dengan alamat,” katanya.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak juga kesal dengan sikap SPR yang menjalankan “perniagaan” dengan menjual daftar pemilih kepada parti-parti politik.

“Kita sentiasa diminta untuk membayar dengan jumlah yang besar untuk dapatkan daftar pemilih, mengapa SPR jalankan perniagaan ini, sepatutnya ia adalah tanggungjawab dan ia sepatutnya diberikan secara percuma.

“Kita beli daftar pemilih dengan harga yang tinggi, beli ikut negeri... apa yang kita dapat tidak lengkap dan saya tidak puas hati apabila SPR menjalankan perniagaan ini,” katanya.

Pada sidang media itu juga Azmin mengumumkan parti itu akan mengadakan satu konvensyen pilihan raya kebangsaan PKR 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam sebagai langkah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka tahun depan.

Selain itu, kata Azmin, tema “Demi Rakyat” akan menjadi kempen pilihan raya parti itu.

“Kita jangkakan 2.000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menyertai konvensyen yang julung kali diadakan parti politik.

“Kita juga telah melancarkan laman web untuk rakyat di www.demirakyat.org yang bermula hari ini,” katanya.

Khalid : "Tidak Ada Dalam Fikiran Tukar Exco"



SHAH ALAM 14 JUN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu buat masa ini belum ada sebarang perbincangan untuk membuat pertukaran exco kerajaan negeri termasuk menggantikan kedudukan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali.

Walau bagaimanapun, menurut Khalid, beliau akan menerima cadangan daripada PAS berhubung kedudukan Hasan yang digugurkan daripada mengetuai parti itu di Selangor.

"Keputusan mana-mana parti adalah yang kita mesti terima.

"Tapi buat masa ini tidak ada dalam pemikian kerajaan negeri untuk buat pertukaran exco," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Pada Ahad, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Hasan tidak lagi menyandang jawatan pesuruhjaya PAS Selangor dan tempat beliau telah digantikan oleh ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Jelas Khalid lagi, pelantikan exco berada di bawah bidang kuasanya dan dibuat atas nasihat Sultan Selangor.


Tindakan Bantah Perhimpunan BERSIH 2.0 Diselar





SHAH ALAM 14 JUN : Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyelar tindakan setengah pihak yang membantah serta membuat laporan polis berhubung langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai depan.

Justeru, perhimpunan BERSIH ini bukan sahaja perlu didokong oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini bahkan setiap wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi juga sewajarnya menyertainya.

Katanya, ini kerana perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini.

Oleh demikian Zaid memberitahu jemputan untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang sudah pun dipanjangkan Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu disambut baik parti-parti politik baik daripada pembangkang mahupun daripada kerajaan.

"Sepatutnya apa yang dibuat oleh BERSIH ini perlu disokong semua pihak kerana ia bukan difokuskan untuk pembangkang sahaja. NGO-NGO mengajak semua pengundi tak kira dari parti mana untuk turut serta demi menjaga kepentingan mereka sendiri supaya pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan bersih,telus dan adil. Supaya kita punya undi itu benar-benar bermakna," katanya memberitahu Tv Selangor.

"PERKASA sekalipun patut bersama-sama dengan BERSIH dalam menjayakan perhimpunan ini, malah siapa-siapa sahaja yang di negara ini wajar untuk menyertainya supaya hasrat rakyat dan kehendak rakyat betul-betul teserlah dan dapat dizahirkan melalui pengundian,"tegasnya.

Bersih 2.0 akan berhimpun pada 9 Julai ini untuk menuntut enam perubahan dalam sistem pilihan raya yang dijalankan sekarang.

Tuntutan mereka itu meliputi penggunaan dakwat kekal, pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, tempoh minimum kempen selama 21 hari, akses kepada media yang bebas dan adil, pengukuhan institusi awam, menghentikan rasuah sewaktu pilihan raya dan juga menghentikan amalan politik kotor sewaktu berkempen.

Satu majlis pelancaran perhimpunan besar-besaran juga akan diadakan pada 19 Jun ini.

Mengulas lanjut berhubung laporan polis yang dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis untuk membantah "perhimpunan Bersih" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur disifatkan Zaid sebagai pelik.

Malah Zaid turut mempersoalkan tindakan setengah pihak yang membantah perhimpunan itu.

"Mereka yang membantah terutamanya mereka-mereka yang telah dipilih oleh rakyat merupakan satu perkara yang pelik. Adakah mereka tidak bersetuju dengan kita yang inginkan satu pilihan raya yang adil dilakukan?Adakah mereka tidak bersetuju kalau kita adakan pilihan raya yang betul-betul bersih? soalnya.

" Bagi kita amat pelik kalau ada orang yang tidak bersetuju, terutamanya orang-orang yang terlibat dalam politik kerana ini adalah untuk kebaikkan mereka," katanya lagi.

Sebanyak 36 laporan polis telah dibuat dalam tempoh empat hari di Perlis, membantah cadangan pembangkang mengadakan "perhimpunan Bersih" pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Jelas Zaid lagi, pihak yang terlibat dalam membuat laporan polis ini sewajarnya tidak berbuat demikian, namun apa yang perlu adalah untuk meneliti terlebih dahulu hasrat yang terkandung dalam cadangan itu.

"Mereka perlu meneliti kembali apa yang kita cadang dan sarankan ini agar hasrat pengundi ini betul-betul terserlah dan itulah yang seharusnya terjadi agar proses pemilihan itu nanti tidak akan ada orang yang akan mempertikaikan keputusan undi,"tambahnya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

Warga Singapura Dakwa Diarah Ketuk Ketampi Dalam Bogel

KUALA LUMPUR 14 JUN : Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.

Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.-Malaysiakini


Tindakan yang dianggap keterlaluan ini bukan sahaja menjadi bualan di mata warga asing, malahan layanan yang tidak seharusnya berlaku itu akan menjadikan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah negara polis yang hanya akan memburukkan hubungan antara kerajaan negara kita dan juga negara asing .Ini bukan sahaja akan menambahkan perang dingin sebagaimana yang di perkatakan sebelum ini , malahan ianya akan menjdi buah mulut kepada warg asing bhawa Malaysia tidak seharusnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya berlaku keatas negara jiran kita.

Kos Operasi SYABAS Terlebih, Selangor Enggan Lulus Dana Tangani NRW





KUALA LUMPUR 13 JUN : Kerajaan Negeri Selangor tidak meluluskan peruntukan tambahan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menangani masalah Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW) kerana kos operasinya melebihi daripada kebiasaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika mencelah apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin menyatakan SYABAS tidak diberi peruntukan yang mencukupi untuk menANGANI masalah Kehilangan Air Tanpa Hasil (NRW).

Khalid dalam soalan lisannya di Parlimen hari ini meminta Peter Chin merujuk laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 yang menyatakan nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63 peratus melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion.

"Syarikat yang telah dilantik untuk mengepalai penswataaan pengurusan air ini tidak dapat jalan tugas dgn baik sebab tidak cukup wang dan sekarang dapat sokongan berlebihan dari kerajaan persekutuan," kata Khalid.

Peter Chin menyatakan bahawa masalah NRW semakin membimbangkan di Selangor.

NRW boleh diklasifikasikan sebagai kehilangan fizikal yang disebabkan kebocoran paip dan kehilangan komersil yang berpunca daripada kecurian air, ketidaktetapan pada bacaan meter, kegunaan bagi sistem penyelenggaraan air dan juga kegunaan bomba.

Peter Chin berkata mengikut rekod kementerian kadar nasional NRW pada tahun 2009 adalah sebanyak 36.63 peratus. Kadar tersebut menurun sedikit berbanding tahun 2008 yang mancatatkan 36.93 peratus.

Walaubagaimanapun, purata NRW adalah berbeza bagi setiap negeri dengan julat diantara 19.08 peratus sehingga 59.90 peratus.

Peter menambah, bagi sesebuah negeri, kadar NRW berbeza mengikut sesebuah kawasan.

Kadar NRW banyak dipengaruhi usia aset bekalan air terutama paip, faktor geografi sesebuah negeri dan kaedah pengurusan NRW oleh setiap operator bekalan air.

"Berikutan itu pendekatan yang ditekankan ialah untuk menangani NRW yang berpunca daripada kehilangan fizikal dengan program- program holistik."

Untuk tujuan itu katanya, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.082 bilion dalam RMK-9.

Peter juga berkata, pihaknya akan memastikan operator air mempunyai kadar penurunan NRW yang sistematik. Ia mestilah menepati KPI yang ditetapkan sebelum ini.

RM 50 Juta Dibelanjakan Untuk PRN Sarawak




KUALA LUMPUR 13 JUN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan sejumlah RM50 juta bagi melaksanakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain, jumlah perbelanjaan mereka adalah mengikut anggaran bajet yang telah ditetapkan oleh kementerian dan agensi masing-masing.

Mohamad Nazri berkata demikian bagi menjawab kepada soalan Ahli Parlimen DAP Serdang,Teo Nie Ching di Dewan Rakyat hari ini.

Teo meminta Nazri mengulas lanjut berhubung perbelanjaan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan dalam pilihan raya DUN Sarawak yang lalu.

Seperti biasanya perbelanjaan pilihanraya harus dientangkan agar mendapat kepastian bukan sahaja dari rakyat malahan kelulusan sidang parlimen.namun ternyata usaha ini bukan sahaja menjadi satu masalah bagi kerajaan , malahan perlu di jelaskan di dalam dewan dan kebiasaanya rakyat tidakmendapat maklumat yang betu berkaitan dengan perbelanjaan sesuatu piliharaya yang dijalankan oeh kerajaan.

Malaysiakini Diberi 14 Hari Jawab Saman Ummi Hafilda





KUALA LUMPUR 13 JUN : Mkini Dotcom Sdn Bhd diberi tempoh sehingga Jumaat ini bagi menjawab saman fitnah yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V.T Singham berkata Malaysiakini mempunya masa 14 hari bermula 3 Jun lepas, bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Ummi sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap pengendali protal berita Malaysiakini dan bekas rakan kongsinya, Azman Abdullah @ Baginda Minda kononnya berniat jahat memalukannya di lobi Parlimen pada sidang Parlimen lalu.

Azman dalam kenyataannya mendakwa Umi adalah perempuan yang tidak bermoral dan pernah mempunyai skandal seks dengan dirinya sendiri satu ketika dahulu.

Kenyataan itu bingkas disiarkan Malaysiakini pada 15 Mac 2011.

Justeru Umi bertindak menyaman Azman dan laman portal tersebut atas alasan mereka berniat jahat dan memalukannya.

Hakim Singham kemudiannya menetapkan 1 Julai ini bagi pengurusan kes saman bernilai RM100 juta itu.

Terdahulu peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar writ saman kepada Azman di alamatnya di Sarawak tetapi ia telah dikembalikan, dan pada 9 Jun lepas pihaknya telah menghantar ke satu alamat lain di Petaling Jaya.
Hakim Singham berkata jika kedua-dua usaha itu gagal, Zulhelmi hendaklah membuat permohonan di mahkamah supaya saman itu boleh dibuat melalui penyampaian gantian (secara iklan atau saman ditampal di papan notis di Mahkamah).

Pada prosiding hari ini peguam bagi Nor Azman dan Mkini Dotcom tidak hadir.
Pada 25 April lepas, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

TUJUAN UNTUK TUNTUTAN PILIHANRAYA YANG LEBIH ADIL

Mentaati hawa nafsu

Penubuhan Kelab Taat Suami (KTS) cabang Malaysia baru-baru ini bukan sahaja boleh mencuit minat dan keghairahan dari lelaki/suami yang sexist dan mempunyai kedahagaan seks yang tinggi, malah telah mengundang kecaman, cemuhan dan bantahan kuat dari golongan wanita serta lelaki yang merasakan diri mereka terhina.

KTS berhujah bahawa si isteri harus melayani suaminya secara mana yang dilakukan oleh pelacur kelas atas ataupun "bidadari" bagi memuaskan nafsu seks si suami. Ini, katanya, adalah untuk mengelakkan potensi kecurangan di pihak suami dan lantas mengatasi masalah sosial yang berkaitan seperti seks bebas, anak luar nikah dan juga pelacuran.

Dan setakat ini, dalil KTS menerima sokongan dan restu dari seorang mufti serta segelintir lelaki yang juga merasakan inilah kaedah atau formulanya bagi membanteras gejala kecurangan suami.

Matlamat KTS ini membawa implikasi serius terhadap taraf dan martabat wanita dalam masyarakat. Bukan itu saja, ianya juga menimbulkan kesan mendalam terhadap kedudukan lelaki, institusi kekeluargaan, hak asasi manusia dan, tidak kurang pentingnya, Islam itu sendiri.

Secara umumnya, pendekatan yang digunakan KTS untuk menangani masalah sosial dan keluarga ini, khususnya apa yang dilihat sebagai kecurangan suami, membayangkan kedangkalan atau kenaifan KTS terhadap sebab-musabab kenapa gejala sosial ini wujud. Dengan kata lain, KTS tidak memahami bahawa isu ini memerlukan kita mengambil kira konteks sosial yang lebih luas kerana ia bukannya semata-mata suatu masalah peribadi atau psikologi seseorang suami itu.

Pertama, kebahagiaan sesebuah keluarga, lebih-lebih lagi pasangan suami-isteri, bukan terletak atau berkisar pada kepuasan nafsu seks suami semata-mata. Perasaan kasih sayang, persefahaman dan saling menghormati antara satu sama lain perlu mewarnai perkahwinan dan keluarga.

Lagipun kebahagiaan seseorang suami itu tidak sama cirinya dengan suami-suami lain. Ada suami yang menginginkan, antara lain, rangsangan intelek dari isteri, dan ada juga memerlukan sokongan dan kefahaman isteri terhadap isu-isu yang diperjuangkannya dalam profesionnya sebagai, misalnya, peguam dan pejuang hak asasi manusia - selain daripada kepuasan seks.

Kedua, kebahagiaan suami-isteri juga terletak pada tahap keupayaan suami melayani kehendak dan keinginan isterinya, dan ini termasuklah seks. Dengan kata lain, tanggungjawab menceria dan menstabilkan hubungan suami-isteri juga jatuh kepada bahu si suami. Bak kata pepatah Inggeris, it takes two to tango! Atau, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Ketiga, kebahagiaan keluarga juga berkisar pada keupayaan kedua-dua suami dan isteri memahami dan menangani tekanan cara hidup yang memerlukan kedua-dua mereka bekerja bagi menampung keluarga. Dengan kata lain, tekanan ekonomi kuat yang ada dalam kehidupan moden kita ini, lebih-lebih lagi dalam konteks di mana terdapat kenaikan harga barang dan kadar inflasi yang membimbangkan, boleh mendatangkan masalah kepada pasangan ini seperti ketiadaan cukup ruang dan masa berkualiti untuk berintim - dan bukan seks semata-mata.

Keempat, penekanan yang dibuat oleh KTS terhadap apa yang disifatkan sebagai peri mustahaknya melayani kepuasan nafsu suami itu hanya memperkuatkan lagi nilai-nilai patriarki dalam masyarakat yang menitik-beratkan kepentingan dan kedudukan lelaki sahaja. Dan oleh itu, si isteri dan wanita pada amnya akan terus dipersalahkan jika tercetus masalah dalam perkahwinan dan keluarga - walaupun si suami turut bersalah dalam keruntuhan sesebuah keluarga. Ini sudah tentunya satu ketidakadilan yang perlu dinyahkan, bukan dikekalkan.

Kelima, dan ekoran dari atas, ini sudah pastinya merendah-rendahkan martabat wanita kerana hujahan yang diluahkan oleh KTS adalah menidakkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki dalam masyarakat. Dengan kata lain, penubuhan KTS adalah satu tindakan yang anti-wanita yang regresif dan tidak memperkasakan golongan Hawa ini dalam dunia moden dan industri yang memerlukan kekuatan intelek, budaya dan politik dalam menghadapi cabaran hidup.

Lagipun, wanita tidak patut diangkat sebagai objek seks semata-mata dan seterusnya dijadikan hamba abadi seks suami. Malangnya, tindakan KTS ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks boleh terpancar sebagai satu stereotaip yang popular dalam imaginasi umum, terutamanya dalam kalangan golongan lelaki.

Keenam, dalam perkiraan KTS ini, suami dilakarkan sebagai seorang manusia yang rakus tabiat dan kehendak seksnya sehingga dia memerlukan aksi isterinya yang mirip pelacur kelas atas. Ini juga merupakan satu stereotaip yang perlu dipertikaikan kerana tidak semua lelaki yang mengidam-idamkan isteri sedemikian rupa. Dalam hal ini, adakah pihak KTS terpengaruh oleh aksi segelintir ahli politik yang mana nafsu seksnya senang dicuit dengan, misalnya, semata-mata melihat wanita berjalan di tepi jalan ketika perjalanannya balik ke rumah?

Walaupun KTS ini dikatakan mempunyai skop yang luas dari segi keahliannya yang boleh merangkumi pelbagai wanita dari pelbagai etnik dan agama, saf kepimpinan KTS yang dipenuhi oleh anggota yang beragama Islam boleh memberi gambaran negatif terhadap agama ini. Ini kerana ia boleh menimbulkan salah tanggapan dalam kalangan orang ramai bahawa Islam dan pengikutnya menggalakkan pengabdian wanita/isteri kepada lelaki/suami walhal Islamlah pada asasnya yang berperanan untuk membebaskan wanita dari cengkaman lelaki.

Sesungguhnya, kecurangan lelaki itu boleh dicetuskan oleh pelbagai faktor, dan seks hanya merupakan salah satu faktor itu. Lagipun, kecurangan ini tidak semestinya dimonopoli oleh golongan lelaki sahaja. Wanita, atau sekurang-kurang segelintir wanita, juga turut mempunyai potensi untuk bersikap curang dalam perkahwinan.

Masyarakat yang menyanjung tinggi pencapaian dan sukses dari segi material boleh membantu merenggangkan hubungan intim antara isteri dan suami, serta menjejaskan kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Adakah kebahagiaan suami-isteri dan anak-anak semata-mata boleh dicapai, misalnya, dengan bersantai di kompleks beli-belah di hujung minggu? Bolehkah pemberian kereta atau barang kemas yang mahal, misalnya, sebagai hadiah kepada isteri bersaing dengan -- atau berlagak sebagai alternatif kepada -- kasih sayang yang diberikan kepadanya?

Masalah kecurangan sudah tentunya memerlukan pemikiran yang lebih luas dari skop kepuasan nafsu seks suami. Kita harus elakkan diri dari pemikiran mirip Pak Pandir ini.

*Mustafa K Anuar ialah pembaca yang taat kepada MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

HARGA IKAN NAIK...RAKYAT TERTEKAN LAGI




Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

NONE“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

NONEHanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.


Fitnah Seks : Musuh Sengaja Tembak Peluru Busuk, Kata Isteri Mat Sabu

KUALA LUMPUR 13 JUN : Isteri timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Normah Alwi kecewa dan sedih ada pihak “luar” membangkitkan balik fitnah lama melibatkan suaminya sebelum dan selepas muktamar parti itu baru-baru ini.

“Ya, cerita itu muncul kembali sebelum dan selepas muktamar (PAS) terbaru ini. Memang saya amat kecewa, sedih bila suami kembali difitnah, diperkata,” kata Normah dipetik Sinar Harian hari ini.

Dalam temu bual dengan ditemani Mohamad yang mesra dikenali “Mat Sabu”, Normah berkata, musuh politik timbalan presiden itu “sengaja menembak peluru busuk.”

“Mereka menggunakan benda sebegini kerana mereka sendiri bergelumang dengan perkara jijik.

“Mereka sebenarnya tiada isu untuk menjatuhkan suami saya,” kata beliau.

Mohamad menang kerusi nombor dua itu dalam percubaan kali kedua pada pemilihan pusat 3 Jun lalu.

Beliau menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Normah, 56, juga berkata kemenangan Mohamad kali ini adalah anugerah Allah.

“Kemenangan akan datang tidak pernah saya bayangkan atau fikirkan.

“Kami juga tidak pernah berbincang sehingga ke tahap itu,” kata Normah menjawab soalan kemungkinan Mohamad akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan bergerak ke depan dalam politik selepas ini.

Mohamad pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini.

“Malah setahu saya bercita-cita menjadi presiden PAS sekalipun suami saya tidak pernah.

“Jika apa yang anda katakan itu berlaku, saya akan terima dan jalani kehidupan seadanya. Beraksi mengikut sepatutnya,” kata beliau lagi.

Mohamad pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua kali iaitu dari 1984 hingga 1986 dan 1987 hingga 1989.

Kes khalwat pada tahun 1995, sebelum pilihan raya umum ketika itu, muncul lebih “panas” daripada peristiwa-peristiwa lain yang pernah dilalui suami Normah itu.

Beliau telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

The Malaysian Insider membawa laporan pagi tadi memetik penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas Mohamad, pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat, akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin mendedahkan ada menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.

“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya.

Cabar PAS Gugur Istilah Islam : Umno Dinasihat Bertaubat



SHAH ALAM 13 JUN : Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan kepimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya segera bertaubat dari terus menyalahkan parti itu dengan mendakwa PAS telah mengenepikan serta menukar dasar Islam kepada dasar Negara Berkebajikan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd. Puad Zarkashi semalam mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Mengulas lanjut perkara tersebut Tuan Ibrahim berkata, Umno-BN seharusnya mengambil tanggungjawab dengan memperkasakan serta melaksanakan dasar Islam dalam sistem pemerintahan negara dan bukannya menyalahkan pihak pembangkang.

Malah katanya, Umno-BN juga seharusnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah sekian lama menindas serta mengabaikan kebajikan mereka.

"Saya ingat Umno ini kena bertaubat...saya cadangkan Umno seharusnya perlu mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan masyarakat bukan Islam memahami Islam yang sebenarnya dan kegagalan dia(Umno) sendiri untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam yang lebih bersifat terbuka, rahmat dan lebih bersifat adil,"tegasnya kepada Tv Selangor.

" Sebagai sebuah parti yang telah memerintah selama 53 tahun Umno-BN sepatutnya malu terhadap kegagalannya mendaulatkan Islam sehingga dialah punca yang mengelirukan masyarakat terhadap persepsi Islam yang sebenar dalam negara,"ujarnya.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tetap akan terus memperjuangkan Negara Berkebajikan walaupun ia menimbulkan keresahan Umno yang khuathir pengaruhnya di kalangan pengundi Melayu akan terhakis.

Jelasnya, berhubung soal cabaran supaya PAS menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bukan menjadi urusan Umno.

" Soal Umno mencabar PAS menggugurkan Islam itu sebenarnya saya fikir merupakan satu perkara yang Umno-BN tak perlu campur tangan dalam urusan parti PAS kerana kita mampu mengurus parti kita, bahkan Umno sepatutnya harus mengukuhkan serta melihat bagaimana hendak memperkasakan peranan Islam dalam konteks politik negara," tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan Umno menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung Negara Berkebajikan jelas memperlihatkan bahawa mereka semakin terdesak dan seolah-olah sengaja ingin mencetuskan kecelaruan dikalangan masyarakat.

"Kita lihat muktahir ini, bila masyarakat bukan Islam mula mendekati PAS ia dilihat sebagai suatu ancaman kepada Umno-BN dimana mereka kini dalam keadaan mengelabah hingga menyebabkan apa-apa yang ditumbulkan dalam kumpulan Pakatan Rakyat menjadi tumpuan serangan mereka,"

Sementara itu, mengulas lanjut gesaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam supaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka Tuan Ibrahim menyifatkan ia sebagai tindakan menghina keputusan Majlis Raja-raja dan sengaja ditumbulkan Umno.

" Ali Rustam ini ketinggalan zaman, sebab isu ini merupakan isu yang dibawa dan dikutuk oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa Islam telah digalakkan untuk digunakan dalam mana-mana institusi, persatuan dan sebagainya.

" Isu ini sengaja dibawa oleh Umno dulu dan mereka telah gagal. Dan saya ingat tindakan Ali Rustam ini sebagai menghina keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu dan perkara ini tidak sepatutnya keluar dari mulut Naib Presiden Umno,"





Terengganu Mahu Bina Menara Berkembar 30 Tingkat



KUALA TERENGGANU 13 JUN : Kerajaan negeri Terengganu bersetuju membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di atas tanah seluas 16.2 hektar yang bakal menjadi mercu tanda di bandaraya itu.

Bangunan itu juga akan menempatkan pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan pejabat Yayasan Terengganu.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah berkata menara berkembar tersebut dijangka menelan nelanja sehingga ratusan juta ringgit.
"Secara dasarnya kerajaan negeri sudah bersetuju membina dua menara di bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya selepas pelancaran pelan strategik Yayasan Terengganu hari ini.
Mengenai pelan strategik Yayasan Terengganu, beliau berkata Yayasan Terengganu akan menjadi badan berkanun pertama di Pantai Timur mengadakan kerjasama dengan Arkib Negara.
Selain itu, Yayasan Terengganu akan memberi tumpuan dalam sektor pendidikan anak anak negeri terutamanya bidang doktor pakar.
Untuk rekod, Yayasan Terengganu tahun ini akan menghantar seramai 150 calon untuk mengikuti kursus kedoktoran di beberapa negara termasuk Mesir, Rusia, Ireland dan Indonesia.

"Saya Dibayar RM6 Juta", Tegas Pereka Dalaman Banglo Khir Toyo


SHAH ALAM 13 JUN : Pereka dalaman, Nasir Ismail menegaskan di mahkamah hari ini bahawa dia dibayar lebih daripada RM6 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr khir Toyo untuk kerja- kerja mengubahsuai banglo mewahnya di Shah Alam.

Nasir berkata demikian setelah disoal balas peguambela, M Athimulan pada hari keempat perbicaraan tuduhan rasuah keatas Khir Toyo.

Athimulan sebelum itu mencadangkan bahawa Nasir berbohong berhubung kadar bayatan tersebut berikutan tiada sebatang catatan yang menunjukkan berlaku transaksi pembayaran sejak 2006, seperti yang didakwa Nasir.

Athimulan juga mengasak dengan mengatakan perjanjian bernilai RM1.5 juta, yang ditandatangani Nasir dan Khir menunjukkan kerja- kerja pengubahsuaian itu hanya berlaku pada Mei 2007 dan bukan sebelumnya.

Nasir sekali lagi menegaskan kerja- kerja pengubahsuaian itu berlaku pada tahun 2006 dan dia dibayar lebih RM6 juta.

Nasir menambah, transaksi pembayaran sebelum ini tidak direkodkan atas permintaan Khir sendiri.

Harga bahan api dikurang jika Pakatan kuasai Putrajaya, janji Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan,” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil,” katanya lagi.

Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial.

Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat.

Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali.

Umno takut hilang kuasa jika pilihan raya adil, kata Anwar

June 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Umno takut untuk mengadakan pilihan raya bebas dan adil ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam setahun ini semakin meningkat.

Anwar melahirkan pendirian ini ketika barisan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan membuat persiapan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 awal bulan depan.

Media milik Umno dan pemimpin Umno-BN mengkritik penganjuran himpunan itu.

“Mengapa tidak Umno (mahu) mengadakan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Jika mereka mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas, mereka bimbang akan kalah,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.

Anwar menuduh media yang dikawal kerajaan mewakili persekitaran “yang tidak adil dan rasuah”.

Beliau juga menekankan bahawa rakyat hanya mahukan hak-hak yang termaktub di bawah perlembagaan untuk merasai pilihan raya yang adil dan bebas.

“Kini pilihan raya tidak adil dan tidak bebas,” kata Ketua Umum PKR ini.

“Kami tidak minta undi tambahan bagi kaum India, keistimewaan tambahan bagi orang Melayu. Kami hanya menuntut apa yang dijanjikan oleh negara (bagi setiap rakyat),” katanya lagi.

Dalam ucapannya Anwar juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana menghalang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan daripada memasuki Sarawak sebelum pilihan raya negeri April lalu.

Katanya, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ada mengundang beliau untuk sama-sama memantau pilihan raya umum di negara itu hari ini.

“Beliau yakin adanya pilihan raya bebas dan adil (di Turki). Di sini, bukan sahaja pihak luar, ketua Bersih juga tidak dibenarkan memantau pilihan raya. Bermakna ada sesuatu untuk disembunyikan,” kata Anwar.

Himpunan Bersih tetap diteruskan, kata Ambiga dan PAS

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN).

Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa “boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan.

“Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik,” kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider.

“Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas,” katanya.

Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai “himpunan aman rakyat.”

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata “rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan.”

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007.

Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008.

“Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini,” kata Mohamad.

Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah.

“Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini.

Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis.

Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat.

Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Malaysia itu adalah “liputan terbaik”, menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu.

Hadi : Beri PR Mandat Tegakkan Negara Berkebajikan



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pengundi memberikan Pakatan Rakyat mandat menawan Putrajaya untuk membolehkan gagasan itu menubuhkan sebuah Negara Berkebajikan dalam erti kata sebenar dan bukan acuan mengikut Umno yang menghalalkan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Beliau menegaskan kritikan-kritikan pemimpin utama Umno terhadap Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS hanya menyerlahkan kecetekan mereka mengenai politk dalam konteks Islam.

Beliau berkata tidak timbul soal PAS mengabaikan perjuangannya atau pun perlembagaan yang berasaskan ajaran Al-Quran.

"Itu kenyataan (orang) yang tak membaca apa dia politik Islam, insyaAllah saya akan menulis sebuah buku negara berkebajikan, di mana apa yang kita bentangkan adalah berlandaskan kepada perlembagaan PAS yang menjadikan panduan Quran hadis, ulama," kata beliau selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS petang tadi.

"Konsep kebajikan yang dimaksudkan bukan sahaja kebajikan masyarakat yang difahami mereka yang tak faham politik Islam termasuklah kebajikan yang tak mengerjakan yang haram, antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tapi kerana perintah Allah swt," tambah beliau.

"Beri peluang kepada kita 5 tahun dan kita akan tunjuk apa dia yang boleh kita lakukan," kata Hadi

Perdana Menteri Najib Razak, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi masing-masing mengkritik PAS kerana memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Berkebajikan yang dianggap memesong daripada perjuangan parti itu sebelum ini.

Malah Najib berkata perubahan itu kononnya memberi kemenangan kepada rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP, manakala Abdullah menyifatkan konsep negara berkebajikan dipakai untuk menarik pengundi bukan Islam.

Hadi berkata segala kritikan itu hanya menunjukkan Umno semakin gusar dengan cabaran PAS dalam menghadapi pilihanrnaya umum akan datang.

"Itu menandakan mereka terasa kepanasan dengan konsep yang kita bentangkan, mereka tak tahu selama ini dan sudah banyak cuba nak ikut kita, yang terbaru mahu tubuhkan sayap ulama UMNO."

Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang sudah pun diamalkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan penerimaan bukan Islam terhadap Islam, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh Umno.

"Sebahagiannya kita telah berjaya merealisasikan melalui kerajaan negeri yang kita perintah seperti di Kelantan, Kedah dan pernah di Terengganu dan Perak. Penyertaan kita dalam kerajaan campuran, di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di mana hasilnya kita telah berjaya melakukan perubahan sikap di kalangan bukan orang Islam yang melihat Islam dari dekat apa yang gagal ditunjukkan oleh UMNO."

Menurut beliau, meskipun pelbagai kekangan diletakkan oleh Putrajaya terhadap kerajaan negeri yang ditadbir PR, gagasan itu menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir secara telus dan mendokong konsep negara berkebajikan.

"(Cuma sekarang) jangan mereka cabuli sistem federalisma dengan menekan negeri-negeri yang kita menang dalam pilihan raya sehingga tidak menghormati konsep federalisma, campur urusan negeri, pentadbiran, sekat pelabur dan sebagainya. (Saya harap mereka) memberi peluang kepada media untuk kita beri penjelasan yang sewajarnya kepada rakyat, saya bersedia untuk menjadi tetamu kepada media untuk membuat penjelasan," kata beliau

IPP-Rakyat Harus Tahu, Kata Pemimpin Pelapis Umno,PR




Kedua-dua parti - Umno and Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR - bersetuju supaya Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum demi kepentingan negara.

Ahli panel forum subsidi dari ketiga-tiga parti terbabit berkata paling tidak pun, PPA itu didedahkan kepada sebuah panel pakar atau ahli parlimen.

Forum anjuran Dewan Pemuda PAS, diadakan di Kuala Lumpur pagi ini dan disertai oleh exco Pemuda Umno, Ahmad Zaki Zahid (kanan); pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli and ahli jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Zuhdi Marzuki.

Ahmad Zaki bersetuju PPA dikaji semula dan didedahkan sekiranya itulah kehendak rakyat.

Sekurang-kurangnya, bentuk sebuah panel pakar atau ahli parlimen untuk mengkaji PPA, katanya, sambil menambah isu berhubung pengeluar tenaga bebas (IPP), telah menjadi satu isu 'emosional'.

Ahmad Zaki turut menyokong gesaan ahli parlimen Gua Musang MP dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah semalam supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengkaji PPA.

Sementara itu, Mohd Zuhdi (kanan) pula berkata, semua dokumen syarikat kaitan kerajaan yang membabitkan kepentingan awam, mestilah diumumkan dan telus.

Gesaan supaya PPAs didedahkan kepada umum semakin mendapat sokongan banyak pihak.

Manakala Rafizi (kanan), seorang tokoh korporat yang pernah
bersama Petronas dan Pharmaniaga, menjadi tumpuan apabila beliau mendedahkan angka-angka sensasi dan kemahirannya berpidato.

Beliau mendakwa, YTL Corporation, dengan hanya memiliki sebuah IPP, memberi dividen berjumlah RM1.9 bilion pada 2009 sedangkan TNB hanya memberi RM900 juta dividen.

Bila Utusan Cuba MengIslamkan Umno...


KOMENTAR : Sokong bawa rebah. Sepatutnya sebagai akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bijaksana untuk memelihara kepentingan politik dan maruah Umno. Namun oleh kerana pimpinan Umno sendiri malas berfikir tanggungjawab untuk menjaga nama baik parti itu sendiri , tugas itu diserahkan kepada mereka yang kurang arif dan golongan yang mempunyai agenda sendiri di akhbar berkenaan.

Bayangkan betapa murahannya politik Umno apabila ada pengarang Utusan sendiri yang mengakui bahawa Islam umno memang banyak kelemahannya. Mungkin didorong oleh hasrat untuk memperagakan kewibawaan dan ketrampilan analisis politiknya, Utusan secara rasmi menyarankan Umno supaya menubuhkan sayap ulamanya sendiri.

Jalan ini telah dirintis oleh PAS, seteru politik Umno. Bagaimanapun pada pengamatan yang kabur pengarang Utusan, PAS dilihat seolah-olah telah mengenepikan golongan ulama dan lantas membuat rumusan peranan ulama dalam PAS sudah tidak releven lagi. Oleh itu, tanpa segan silu, Utusan menyarankan supaya Umno segera mengambil kesempatan politik daripada keadaan ini dan menubuhkan sayap ulamanya.

Apa yang agak melucukan ialah, Utusan mahu beberapa pemimpin PAS yang disyaki tertarik dengan pendekatan politik Umno supaya dijemput menerajui Dewan Ulama Umno yang mahu ditubuhkan ini.

Di sini jelas kedangkalan pengarang Utusan. Jika Umno teruja dengan saranan ini dan melaksanakannya, ia akan menjadi satu pengakuan bahawa Umno selama ini memang yakin bahawa ulama mesti diberi peranan lebih besar dalam mengemudi keperluan politik parti. Atau, dengan perkataan lain, Umno mengakui pengertian Islamnya selama ini lompong dan cacat. Sebab itu, ia memerlukan pimpinan dan panduan ulama.

Dalam nafas yang sama sekaligus ia adalah pengakuan bahawa Umno memang selama ini tidak memberi tempat wajar kepada pandangan Islam dalam tindak tanduk politiknya. Lantas, apabila PAS dilihat kurang mengambil berat soal input agama dalam politik kerana kononnya berkiblatkan kemenangan pilihanraya dan menakluki kuasa memerintah, maka Umno layak (kata Utusan) untuk mengambil alih usaha meletakkan ulama di tempat yang lebih wajar dalam sistem politik negara!

Lebai malang betul Umno ini. Orang-orang yang dianggap panglima komunikasinya di Utusan kini menjadi musuh yang mengaibkan lagi maruah parti itu. Sudahlah rumusan yang mereka (Utusan) buat mengenai muktamar PAS lalu silap, malah cadangan yang dilontarkan kepada majikannya pula cuma menambah contengan arang di muka Umno.

Cadangan itu juga menemplak bahawa memang selama ini Biro Agama Umno memang tidak mempunya ketrampilan, ilmu dan juga wibawa yang cukup ampuh untuk menafsirkan tuntutan Islam dalam politik. Dalilnya, Utusan mencadangkan supaya ulama-ulama yang terpinggir dari PAS dinobatkan sebagai pengemudi jalan agama bagi Umno pula!

Memang tidak sukar difahami mengapa Utusan bersikap demikian. Yang jelasnya, perubahan besar yang berlaku kepada pemikiran politik terkini PAS hingga membariskan golongan profesional memimpin pengurusan parti sebenarnya adalah hasil kempen Utusan sendiri. Dengan membuat pelbagai andaian, sindiran dan ramalan bahawa golongan ulama akan menyapu bersih pimpinan PAS dan menwar-warkan formula Kerajaan Perpaduan akan melindungi nasib Melayu dan Islam di Malaysia, ia sebenarnya menakutkan golongan yang kurang mesra dengan ulama dalam Umno sendiri.

Malah tahniah harus diberikan kepada Utusan kerana berkempen untuk golongan profesional PAS secara efektif kerana dengan memomokkan pimpinan ulama PAS seolah-olah lemah dan akan tunduk serta mahu bekerjasama ke arah Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Maka menjelang muktamar yang baru lalu, perwakilan PAS teruja untuk membuktikan bahawa ulama bukanlah mesti diukur dari insitusi mana mereka menimbu ilmu tetapi ciri-ciri ulama harus dihayati oleh semua barisan pimpinannya. Hatta lahirlah barisan profesional dalam badan pengurusan PAS.

Enggan mengaku pendekatan politik Islam PAS lebih syumul atau komprehensif berbanding Islam tempelan dalam Umno (yang hanya meletakkan Islam di peringkat biro dalam soal pemikiran politik parti), kini Utusan mengesyorkan Umno supaya mempertingkatkan komitmen Islamnya dengan mempunyai sayap ulamanya sendiri.

Umat Islam yang komited pada ajaran agama akan sentiasa berdoa agar Umno benar –benar mengutamakan pandangan ulama dalam keputusan dan tindakan politik mereka. Ini kerana lantaran kabur mengenai pemikiran dan konsep keadilan, kesamarataan insan di hadapan Allah dan juga erti Negara Berkebajikan, Umno selama ini meletakkan taraf dan pandangan ulama sebaris dengan Biro Kebudayaannya sahaja.

Syor Utusan ini benar-benar menyerlahkan betapa dangkalnya pemikiran politik Islam Umno. Adakah dengan meletakkan ulama dalam satu sayap setaraf Pemuda, Wanita atau Puteri dan Puteranya, Umno tiba-tiba akan berjaya mengubah persepsi dan pemikiran rakyat terhadapnya?

Namun sebelum sampai ke tahap itu, yang perlu dipersoalkan ialah, apakah pemimpin Umno hari ini akan serasi dengan pandangan ulama dalam membuat keputusan politik mereka?

Bolehkah dibayangkan betapa Presiden,Ttimbalan Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno akan akur kepada pandangan ulama bahawa Anwar Ibrahim patut diberi peluang membela diri dengan melaksanakah hukum qazaf terhadap Saiful Bukhari yang jelas tidak ada beliau saksi diliwat?

Begitu juga dengan Datuk Trio – Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim – patutkan mereka dihukum qazaf serta disebat 80 kali kerana menuduh Anwar berzina dan menyebarkan video seks lucah?

Atau, adakah Utusan hendak mengatakan bahawa tahap kefahaman Islam pemimpin Umno selama ini memang kabur dan lebih buruk lagi memang tidak mengikuti ajaran Islam? Sebab itu, agaknya, Utusan tergamak mencadangkan supaya dewan Ulama Umno ditubuhkan supaya dapat “menunjukkan jalan yang benar” kepada pemimpin Umno?

Syor utusan memang berbaur politik. Ia cuba mencadangkan Umno supaya mengambil kesempatan politik daripada apa yang berlaku dalam PAS bagi mencatat satu kemenangann politik. Malangnya, ia menemplak Umno sendiri yang menjadi tauke mereka sebagai “kurang beragama” dan perlu bimbingan Dewan Ulama.

Anggaran 5 hingga 7 peratus pengundi Melayu-Islam akan termakan dengan kelongsong politik bahawa Umno kini lebih Islamik kerana ada Dewan Ulamanya sendiri, adalah satu khayalan, kerana dalam soal Islam selama ini gelagat pemimpin Umno ibarat “cakap tak serupa bikin”. Rasa lebih meloya dan benci mungkin lebih menebal terhadap Umno.

Bak syor Utusan “Satu Melayu, Satu Bumi” sebelum ini, syor kali ini membuktikan bahawa yang paling kuat mengejek Umno sekarang ini ialah juak-juak yang dilantiknya sendiri untuk melakar kempen memburukkan seteru Umno. Ternyata wartawan-wartawan upahan ini bukan sahaja terhad imaginasi mereka malah semakin jauh dihanyut arus politik lucah yang mereka cipta sendiri.

PAS: BERSIH Cerminkan Azam Rakyat Mahu PRU Adil




SHAH ALAM 12 JUN : Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih."

Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik.

Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan.

"Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi."

Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara.

"Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan."

The Price of Malaysia 's Racism - Revisited


Written by John Malott

EXCLUSIVE



When my op-ed appeared in the Asian Wall Street Journal last February, all hell broke loose in Malaysia . My thesis was that the highest levels of the government were tolerating or even provoking racial and religious tensions in order to shore up their political base among the Malay community.
I also pointed out that there is an economic price to pay for that political calculation, namely, that members of the minority communities increasingly will feel unwelcome in their own country and continue to emigrate overseas, taking their talents and skills with them.

Now, three months later, I don't think that there is any doubt at all about what I said. It's not a thesis any more, it's a fact.
A very comprehensive report by the World Bank has described the exodus of talent from Malaysia in great detail, pointing out the reasons for the migration and the economic consequences for Malaysia . It is shocking to think that two out of every ten Malaysian college graduates now lives (and works) overseas. Malaysia 's loss is Singapore 's (and America 's) gain.

On racial and religious tensions, not only do they continue, but they seem to have gotten worse. Najib says that Islam is superior to all other religions. Mahathir says that Malaysia is Tanah Melayu. Talk of Ketuanan Melayu - the Malays as the Master Race, rather than as a people with a special position, which is what the constitution says - has grown. The Home Ministry desecrates the Holy Bible with government stamps and serial numbers.

When Utusan undercuts the Prime Minister's 1Malaysia policy and calls for 1Melayu, Muhyiddin says that Utusan is the voice of the Malays. Utusan then goes on to say that the Chinese are trying to take over Malaysia , and that the Christians are conspiring to abolish Islam as the national religion, and so on. All complete fabrications.
But Utusan - owned and controlled by UMNO - gets away with it. This is the clearest example of what I meant when I said that the Government - at the highest levels - is tolerating this in order to strengthen its base among the Malays in preparation for the next General Election.

I find all this very frightening. To strengthen its base, the Government is pandering to the basest elements - some of the most racist, least educated, most gullible, and most intolerant segments of society.
Those elements are constantly conjuring up threats - that the Malay race and Islam, which are the majorities in Malaysia , are under seige by the minority, which is a demographic impossibility.
And rather than say it isn't so, the Government goes along with Perkasa, Pembela, racist bloggers, Utusan, and so on.
- John Malott is the former US ambassador to Malaysia

Scorpenes-Altantuya: French courts to call Najib, Baginda as witnesses > > Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

UPDATED Malaysian Prime Minister Najib Razak is in a pickle. He has been accused of plotting sexcapades to bring down his arch enemy Opposition Leader Anwar Ibrahim. His UMNO party has been busily making allegations of immorality and demanding that Anwar resign to spare the country shame.
>
> Yet, it is Najib himself who has and will again put the country in the greatest media spotlight, and regrettably, of the negative sort. It is almost certain that as the main protagonist, he will be called by the French courts to testify over a suspiciously expensive acquisition of 2 Scorpene and one Agosta submarines in 2002.
>
> The Malaysian leader faces allegations of having received kickbacks, whether directly or indirectly, from French arms-maker DCN.
>
> "Our lawyers have advised us that it could take anything from the next few weeks or the next couple of months until a judge is appointed for the open trial in France," SUARAM director Cynthia Gabriel told a press conference on Monday.
>
> According to Cynthia, SUARAM lawyers had informed them that the inquiry stage by Parisian authorities was nearing an end, and the next move would be the "full trial" stage, where witnesses will be called.
>
> Murder
>
> In Malaysia, the 58-year old Najib has leveraged on his ruling party and political connections to cover up the case, even though it also included a full-blown murder case.
>
> A 28-year old Mongolian translator, alleged to be his former mistress and the jilted lover of his close friend Razak Baginda, was shot in the head and blown up with military C4 explosives by two of his former bodyguards.
>
> From letters she wrote, Altantuya Shaariibuu had come to Kuala Lumpur in 2006 to demand her US$500,000 share of the commission paid by DCNS. But according a private investigator hired by Baginda, Najib's wife Rosmah forbade the men to pay her a cent.
>
> Baginda has been accused of being Najib's proxy in the kickbacks. A firm with no track record and connected to him, Perimekar, received a side-deal worth 114 million euros or about RM530 million to service the submarines.
>
> Furthermore, the proceedings in France has found out that three commissions instead of one were paid for the sale of submarines. "
>
> "In addition to that of 114 million euros, there are two further instalments, one paid by DCN to the commercial networks of Thal$)A
> ((s, for over 30 million euros, corresponding to "commercial fees relating to the negotiation and execution of the contract," another SUARAM director Kua Kia soong had written in a statement.
>
> "This second commission was paid by Thal
> ((s to a recipient, who remains unknown, in order to convince the Malaysian government of the need to conduct additional work. The third commission was for 2.5 million euros."
>
> It has also been found that Gifen, a company established in Malta, facilitated the "money transfers in this case", and particularly financed the trips of Baginda and Altantuya.
>
> Mystery new link to Najib
>
> Last week, Cynthia told Malaysia Chronicle that their lawyers have since received knowledge of a "third person" who travelled frequently with Baginda and Altantuya during the negotiations with DCN.
>
> She declined to name the person, but speculation is rife that this was another link to Najib, who had then been the Defense minister and had directly sanctioned the purchase.
>
> The French courts can be expected to demand information from DCN, Najib and Baginda as to whether Altantuya had indeed played a role in the submarines deal. At the very least, the money transfers by Gifen would require an explanation for her role in the deal.
>
> In her murder trial, the Malaysian courts refused to allow any mention of the submarines deal despite the probability of a connection to her death.
>
> "The submarine deal was never brought up in court during the murder trial which saw prosecutors, defense attorneys and the judge judiciously keeping Najib's name out of the proceedings," said Kua.
>
> "After being acquitted in November 2008 under questionable circumstances of participating in her murder, Razak Baginda left the country for England. The bodyguards were convicted but no motive was ever established for their actions."
>
> Malaysians will faint
>
> Knowing their PM, few Malaysians expect Najib or Baginda will attend the trial. The French courts have no jurisdiction to force their appearance but it can demand the truth from DCNS.
>
> "If Najib goes, I think Malaysians will faint. But it is very odd when a deal of such a huge size, and the parties involved are giant world conglomerates, that a Prime Minister chickens out. If he does that, he has already told the world he is guilty as charged. Malaysians and UMNO itself must demand his immediate resignation," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
>
> SUARAM is Malaysian top human rights activist group. It got into the act after failing to get satisfactory answers from the government. Protest by citizens' groups were similarly ignored and even opposition politicians were stonewalled when they asked 'tough' question of the RM6.7 billion purchase in Parliament.
>
> "SUARAM hopes the French justice system will reveal more than what the Malaysian judicial system has failed to deliver so far and will bring justice and closure to the family of Altantuya, and force the French and Malaysian Governments to account to their peoples regarding the commissions on the submarines contract," said Kua.
>
> - Malaysia Chronicle

SPR sudah mula persiapan awal adakan PRU-13

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

“Lazimnya, apabila kita masuk tahun keempat selepas pilihan raya sebelum ini, persiapan akan mula dibuat, bila tahun keempat kita membuat persiapan awal... SPR menggunakan itu sebagai petunjuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad berkata tempoh tiga tahun untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berlalu dan kini masuk tahun keempat yang membolehkan suruhanjaya mengadakan persiapan menghadapi pilihan raya.

“Kami buat macam-macam persiapan... persiapan awal seperti soal logistik, menentukan pusat-pusat mengundi, keperluan cetakan buku panduan, banyak persiapan kita buat.

“Persiapan lain seperti latihan bagi pekerja dan pegawai pilihan raya akan dilakukan kira-kira satu dua bulan sebelum (pilihan raya),”katanya.

Pilihan raya umum 2008 diadakan di akhir tahun keempat mandat.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir pada penghujung April 2013 manakala kerajaan-kerajaan negeri antara akhir April dan Mei 2013.

Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan seawal Julai ini ataupun antara September dan Oktober dan jika tidak, awal tahun depan.

Desas-desus mengatakan pilihan raya tahun ini telah bertiup kencang sejak setahun lalu.

SPR baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan, yang jatuh awal Ogos.

Bagaimanapun pemerhati politik melihat ia tidak mungkin.

Ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk mengadakan pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk bulan depan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak risau dengan mana-mana tarikh.

“Sebab kami bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa...bila tarikh pembubaran tidak menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa SPR akan menghentikan proses pendaftaran pemilih bulan ini bagi menghadapi pilihan raya umum, Wan Ahmad berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

“Mana ada, tidak. Itu tak betul. Siapa punya kerja itu?” kata beliau dengan merujuk kepada peraturan yang mewajibkan proses pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun tidak kira musim pilihan raya ataupun sebaliknya.

Daftar pemilih akan diwartakan setiap tiga bulan sekali.