Pakatan Cipta Satu Lagi Sejarah, Kata Wan Azizah



KUCHING 17 APRIL : Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai pemantapan kepada sistem dua parti di negara ini.

Menurut beliau, sejarah sekali lagi dicipta oleh Pakatan Rakyat apabila mesej 'ubahlah' berjaya meresap ke dalam jiwa masyarakat di Sarawak.

" Keputusan yang bersejarah. Tak pernah lihat satu keputusan yang menjurus kepada pemantapan sistem dua parti dan kejayaan golongan pengundi bermaklumat," katanya pada sidang media malam tadi.

Menurut Wan Azizah, Parti Keadilan Rakyat juga berjaya melebarkan sayapnya di Sarawak berkat iltizam rakyat yang dahagakan perubahan.

PKR pada 2006 hanya menang satu kerusi, namun kali ini berjaya meraih tiga kerusi.

Tuntutan kepada perubahan juga dapat dilihat secara jelas di kawasan bandar terutamanya di sekitar Kuching, Sibu dan Miri yang kini menjadi "kawasan hitam" bagi BN.

" Kita bangga dengan kejayaan yang dicapai walaupun dalam keadaan padang pertandingan yang tidak rata dan adil..Kita lihat PKR semakin diterima rakyat sebagai sebuah parti pelbagai kaum,"tambahnya lagi.

Namun katanya, PKR dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya akan terus memantau janji-janji yang ditaburkan BN sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri.

Malah kajian juga akan dibuat berhubung segala bentuk kesalahan sepanjang kempen pilihan raya sebelum sebarang tindakan diambil.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memberikan layanan adil kepada agen calon parti itu dengan tidak membekalkan salinan borang 14 kepada mereka.

" (Kita) gagal dapat maklum balas daripada SPR walaupun telah dihubungi. Kita akan dapatkan maklumat daripada PACA sebelum tindakan lanjut diambil," tegas Azmin.

Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Taib Undur Pertengahan Penggal : Sukar Untuk Najib Bubar Parlimen





KUALA LUMPUR 17 APRIL : Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengangkat sumpah jawatan ketua menteri malam tadi mengulangi janjinya untuk berundur "sekitar pertengahan penggal ini".

Katanya, beliau akan menggunakan kesempatan tempoh pertengahan penggal sebelum beliau bersara untuk membentuk barisan kepimpinan baru yang mantap supaya pelabur tetap yakin dengan Sarawak.

"Saya disediakan untuk berundur 10 tahun lepas tetapi soal kesinambungan dasar-dasar, memastikan walau apa pun yang telah kami capai (supaya) momentum pembangunan sarawak, tidak akan terjejas kerana perubahan kepimpinan.

"Buat masa ini, saya telah memutuskan untuk mengumumkan saya akan berundur sekitar pertengahan separuh penggal," katanya.

Persaraan Taib menjadi topik hangat dalam pilihan raya negeri yang berakhir semalam dengan BN memenangi 55 daripada 71 kerusi, dengan sentimen anti-Taib pula membantu DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ia ditandinginya.

Walaupun berjaya mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi BN kehilangan lapan kerusi. Dalam sesi lalu, BN mempunyai 63 kerusi, DAP (6) dan PKR (1).

PKR juga berjaya menambah dua lagi kerusi menjadi tiga. Kedua-dua parti itu juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan terbesar DAP ialah menumbangkan presiden SUPP, yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri George Chan di kerusi Piasau.

Namun kenyataan Taib bahawa beliau hanya sedia berundur "sekitar pertengahan penggal ini", iaitu dalam tempoh dua tahun membuatkan laluan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sukar buat Najib.

Faktor Taib Mahmud, antara yang menjadi kegerunan Najib untuk membubarkan parlimen tahun ini.

Walaupun BN berjaya mengekalkan dua pertiga majoriti namun undi terhadap Taib nyata jauh merosot.

Malah BN terpaksa berhadapan kehilangan 16 kerusinya berbanding hanya lapan pada 2006.

Slogan "Tangkap Taib Mahmud" kedengaran

Tahun 1998 Sarawak tidak terusik oleh ombak reformasi, malah Pilihanraya Umum 2008 pun Sarawak juga tidak terusik. Warga Sarawak kini telah melihat dan sedar bahawa kalau Semenajung boleh berubah, maka mereka juga boleh berubah. Semangat dan roh reformasi kini telah sampai ke Sarawak. Warga Sarawak kini melihat gaya dan cara politik Semenanjung. Ini didikan politik untuk Sarawak.

Semangat dan nasionalisme Dayak telah muncul. Ini akan menumpaskan hegemoni Melanau.

Untuk pertama kalinya rakyat Sarawak mendengar slogan: TANGKAP TAIB MAHMUD!

--Hishamuddin Rais, penulis bebas

Pemenang: Taib Mahmud dan DAP

Pemenang yang terbesar semestinya Taib Mahmud. Beliau telah mencapai prestasi yang disasarkan BN, iaitu mempertahankan majoriti dua pertiga. Pencapaian ini meredakan tekanan dari kerajaan persekutuan yang mendesak agar beliau berundur.

Pemenang kedua besar ialah DAP yang menyapu kesemua kerusi Cina. Jelas, mereka mewakili suara masyarakat Cina Sarawak sekarang.

Pihak yang kalah adalah SUPP, bukan sahaja Presidennya kecundang, malah calon yang dikatakan sebagai "generasi baru" juga kalah kesemuanya. Ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan Cina Sarawak, juga memperlihatkan kebuntuan SUPP. Mereka gagal lagi mendakwa diri mereka mewakili kaum Cina. SUPP tidak berbeza dengan parti Gerakan sekarang.

Persoalan pokok, mengapa BN menang di kawasan desa? Jawapan yang mudah, tradisional dan politik wang. Penduduk kampung bergantung kepada pemerintah untuk kemudahan asas, maka secara tradisional mereka menyokong parti pemerintah. Mereka bimbang mereka dihukum kerajaan kerana menyokong pembangkang - lebih perit kehidupun mereka dari sekarang. Maka mereka enggan mengambil risiko dengan memberi peluang kepada pembangkang.

Politik wang - apa lagi yang boleh dikatakan? Saya dimaklumkan bahawa undi dibeli pada wang ribuan ringgit, di tempat yang "hangat". Maka pemerintah menyelesaikan masalah mereka dengan wang - tidak kira betapa kuatnya pengaruh pembangkang di situ. Untuk mereka yang kemiskinan, wang ini sudah cukup untuk perbelanjaan beberapa bulan.

Saya tidak menyalahkan pengundi yang menerima wang, saya cuma menyalahkan pemerintah yang terus memiskinkan penduduk, agar politik wang terus mendapat pasarannya.

Bagaimana dengan masa depan Sarawak? Sarawak mempunyai masa depan yang cerah. Pembelian undi hanya "mujarab" dalam satu dua pilihanraya ini, tetapi bukan selama-lamanya. Pengundi muda tidak akan menerima wang secara membuta-tuli - mereka menerima wang, tetapi wang itu gagal mempengaruhi undi mereka.

Kini, semakin ramai pemuda pemudi yang bekerja di luar negeri, kerana peluang perniagaan di Sarawak dikuasai Taib Mahmud dan kroninya. Bagaimanapun, Taib Mahmud sudah berusia 75 tahun. Paling banyak beliau bertahan untuk satu penggal lagi. Ketua Menteri seterusnya gagal lagi mencontohi Taib Mahmud untuk bermaharajalela. Beliau gagal menikmati kuasa mutlak. Dan ini satu-satunya harapan Sarawak.

--James Chin, Profesor Univerisiti Monash

BN pertahan majoriti 2/3 tanpa sokongan Cina dan bandar


Parti Bil. DUN dimenangi DUN
PBB (35) 35 N32 Bukit Saban, N56 Baleh, N51 Balingian, N24 Beting Maro, N37 Daro, N55 Katibas, N44 Machan, N21 Simunjan, N38 Jemoreng, N6 Tupong, N15 Muara Tuang, N18 Tebedu, N31 Layar, N20 Sadong Jaya, N35 Belawai, N71 Bukit Sari, N49 Nangka, N36 Semop, N33 Kalaka, N22 Sebuyau, N17 Tarat, N03 Tanjong Datu, N05 Demak Laut, N50 Dalat, N67 Telang Usan, N07 Samariang, N14 Asajaya, N19 Kedup, N08 Satok, N62 Lambir, N04 Pantai Damai, N30 Saribas, N23 Lingga, N68 Bukit Kota, N58 Jepak
SUPP (19) 6 N47 Bawang Assan, N27 Simanggang, N28 Engkilili, N1 Opar, N65 Senadin, N16 Bengoh
SPDP (8) 6 N69 Batu Danau, N42 Meluan, N41 Pakan, N66 Marudi, N02 Tasik Biru, N61 Bekenu
PRS (9) 8 N57 Belaga, N56 Baleh, N43 Ngemah, N25 Balai Ringin, N29 Batang Ai, N52 Tamin, N26 Bukit Begunan, N53 Kakus



PKR (49) 3 N34 Krian, N70 Ba'Kelalan, N11 Batu Lintang
DAP (15) 12 N63 Piasau, N40 Meradong, N45 Bkt Assek, N9 Padungan, N10 Pending, N12 Kota Sentosa, N13 Batu Kawah, N39 Repok, N46 Dudong, N48 Pelawan, N59 Kidurong, N63 Piasau, N64 Pujut
PAS (5) 0 -



SNAP (26) 0 -
PCM (6) 0 -
Individu (41) 1 N54 Pelagus

Dalam pertarungan yang paling sengit dalam sejarah, Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan majoriti 2/3 dalam DUN Sarawak, namun kehilangan sokongan pengundi Cina dan penduduk bandar. BN hilang kelima-lima kerusi di bawah kawasan parlimen ibu negerinya, Kuching. Pada masa yang sama, calon keturunan Cina SUPP hampir terkubur kesemuanya di tangan DAP, apabila hanya Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Lee Kim Shin (Senadin) bertahan pada tempatnya.

Seperti di Semenanjung, BN kecundang di kawasan bandar, terutamanya di Kuching. Lima kawasan DUN di bawahnya, Batu Lintang (majoriti 8,381 undi), Batu Kawah (majoriti 543 undi), Kota Sentosa (majoriti 4,824), Pending (7595) dan Padungan (7,880) membawa kepada jumlah majoriti Pakatan Rakyat dengan kira-kira 30,000 undi.

Pakatan Rakyat, bagaimanapun hanya memperolehi 15 kerusi. DAP yang bertanding di kawasan majoriti Cina meraih kemenangan di 12 kawasan, daripada 15 yang dipertandingkan. PAS gagal membuat kejutan apabila tewas di kesemua 5 kawasan yang dipertandingkan, termasuk Beting Maro. PKR hanya menang 3 kerusi, daripada 49 yang ditandinginya. Bagaimanapun, SNAP menerima tamparan sengit kerana dijangka kalah di kesemua 26 kerusi yang dipertandingkan.

PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang dipertandingkan, mungkin alasan yang kukuh untuk Taib Mahmud kekal pada jawatan Ketua Menteri. Seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung, SUPP mengalami kekalahan yang teruk dengan kehilangan 13 kerusi daripada 19 yang dipertandingkan. Pada tahun 2006, SUPP sudah menerima tamparannya apabila tewas di 8 kawasan daripada 19 kawasan yang dipertandingkan.

Walaupun "tsunami politik" tidak berlaku sebagaimana yang dijangkakan, namun Pakatan Rakyat memperolehi 8 kerusi tambahan, berbanding PRN Sarawak 2006. Pola pengundian PRN Sarawak kali ini juga membayangkan hasrat kebanyakan pengundi yang mahu melihat "sistem dua parti", melihat kepada nasib yang menimpa parti seperti SNAP dan calon bebas.

PR cipta kemenangan besar Sarawak kini dalam arus perdana politik


Pakatan Rakyat mencipta kemenangan besarnya dalam PRN Sarawak 2011 setelah berjaya menawan 16 kerusi DUN (termasuk satu daripada calon bebas) . Antara maknanya yang terbesar adalah menyaksikan bagaimana Sarawak masuk ke dalam arus perdana politik Malaysia, dan tidak lagi terpisah dari gelombang reformasi politik negara.

Dalam tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di bandar menarik kelompok manusia yang menakjubkan, sehingga rakyat mula yakin bahawa PR mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malah mengambil alih kuasa kerajaan negeri. Namun demikian, ia hanya imaginasi yang tercetus kerana kedahagaan terhadap reformasi. Pada hakikatnya, ia terlalu optimis dan kurang pertimbangan realistik.

Dalam PRN Sarawak 2006, PR hanya mampu menawan 9 DUN di kawasan bandar. Kali ini, DAP dan PKR dari Semenanjung berjaya merampas 15 DUN, malah menumbangkan Presiden SUPP George Chan, dan mengakibatkan SUPP hanya mampu mempertahankan 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan. Bahkan PR berjaya menawan 3 kerusi di kawasan bukan Cina. Gelombang telah mengombak di kawasan desa-bandar, berikutan kemenangan PR ini - dan semestinya ia memberi tekanan kepada parti politik tempatan.

Pengundi Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima perbezaan antara "parti tempatan" dengan "parti Semenanjung", dan semua parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia. Pengundi hanya mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan - bukan lagi perbezaan geografi - lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.

Apabila fikrah sempit politik berdasarkan geografi ini dipecahkan, maka SUPP dan PBB yang rasuah dan tidak cekap gagal lagi untuk berselindung di sebalik "parti tempatan", untuk terus mengabaikan seruan perubahan pengundi.

PR telah mengharungi pertarungan kali ini, dan mendapat kepercayaan daripada pengundi Sarawak. Mereka bukan lagi "parti dari luar", tetapi telah mempunyai asas di Sarawak melalui undi rakyat. Sebaliknya, parti politik yang melabel dirinya "parti tempatan" - telah disingkirkan pengundi tempatan. Apakah mereka masih layak untuk menggelar dirinya "parti tempatan" apabila gagal mendapat restu daripada orang tempatan?

Sepakat dalam nilai politik

Pengundi Sarawak kini lebih mengambil berat tentang "idealisme" daripada "geografi". Perubahan ini membantu untuk membentuk kesepakatan seluruh rakyat dalam nilai politik. Sarawak tidak lagi tersisih dari pinggiran politik Malaysia, sebaliknya lebih rapat dengan arus perdana reformasi politik nasional. Sarawak bukan lagi deposit tetap BN. BN dan UMNO tidak boleh lagi merampas kekayaan dan sumber negeri Sarawak sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan suara rakyat.

Walaupun PR gagal menafikan majoriti dua pertiga BN, namun tidak boleh dinafikan bahawa keputusan PRN Sarawak 2011 adalah kemenangan besar yang bersejarah. DAP dan PKR mempunyai harapan untuk memasuki kawasan desa-bandar, untuk membina akar umbinya pada masa depan.

PRN ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah politik Sarawak. Perhimpunan politik di jalan raya adalah perhimpunan politik terbesar sejak zaman anti-penjajahan pada tahun 1960-an.

DAP menguasai politik Cina

Pada dasarnya, SUPP telah kehilangan reputasi yang dibina sejak 40 tahun yang lalu. Politik Cina di Sarawak bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP. SUPP memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pada masa depan untuk membina semula imejnya, dan melahirkan pemimpin generasi baru. Dengan kata lain, 10 tahun yang akan datang adalah dekad yang merudum untuk SUPP.

SUPP adalah parti politik tempatan, mempunyai organisasi yang luas. Mungkin tidak pecah berkecai, namun ia tetap akan menemui ajal seandainya tidak memikirkan perubahan. Bukan sahaja pimpinannya akan dipertanggungjawabkan lantaran kekalahan ini, malah hubungannya dengan Taib Mahmud juga bakal berubah.

Pada masa yang sama, PBB yang dipimpin Taib Mahmud juga berdepan dengan krisis pengganti. PR menyasarkan Taib Mahmud sepanjang kempen, dan ini akan dipergunakan Najib untuk mendesak agar Taib Mahmud berundur. UMNO berharap Taib berundur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, UMNO juga khuatir dengan Taib, yang kelihatan masih enggan bersara. Kali ini, sentimen rakyat boleh dijadikan alasan Najib untuk mendesak Taib.

"Angkatan tentera DAP" ini telah berjaya menghapuskan Gerakan pada tiga tahun yang lalu. Kini DAP pula meranapkan SUPP, tinggal MCA yang nyawa-nyawa ikan. Sehati senada SUPP berkhidmat untuk "Pek Moh" - Pek Moh makan daging, SUPP minum sup. MCA seharusnya mendapat iktibar daripada kemusnahan SUPP. Seandainya MCA sehati senada berkhidmat untuk UMNO, mereka akan mengalami nasib yang sama.

*Phoon Wing Keong ialah pengkaji politik, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Lebih 1,000 Sambut 5 Wakil Rakyat Baru Pakatan di Kuching




KUCHING 16 APRIL : Lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat - kebanyakannya pro DAP dan PKR sekarang mula membanjiri perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menyambut 5 wakil rakyat baru yang berjaya menawan 5 buah kerusi DUN pada pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10.

Mereka tidak putus- putus melaungkan slogan "ubah" dan "Sarawak, Jom Ubah" bagi menyambut pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat di jalan masuk ke dewan utama, di sini.

Presiden DAP Karpal Singh, penasihatnya Lim Kit Siang dan setiausahanya Lim Guan Eng dilihat mula memasuki dewan utama sekitar jam 8.30 malam tadi.

Kelihatan sepasukan Polis dan polis simpanan persekutuan (FRU) mengawal hadirin yang hadir.

Empat calon DAP dan seorang calon PKR menyapu bersih lima Dun dalam Parlimen Kuching.

Empat wakil rakyat bary DAP tersebut adalah Violet Yong (DUN Pending), Christina Chiew Wang See (DUN Batu Kawa), Wong King (DUN Padungan) dan Dan Chong Chieng (DUN Kota Sentosa).

See Chee How yang bertanding atas tiket DAP mewakili DUN Batu Lintang.

See Chee How yang ditemui di perkarangan MBSS kemudiannya memberitahu, keputusan tersebut menggambarkan rakyat kian sedar dengan kelemahan Barisan Nasional dalam mentadbir kerajaan negeri.

"Sebenarnya ekspektasi kita adalah menafikan dua pertiga Barisan Nasional di DUN Sarawak,

"Bagaimanapun dengan lima Dun dalam (Parlimen) Kuching yang sapu bersih menggambarkan slogan "ubah" disambut rakyat dengan penuh rasa sedar," kata Chee How.

"Barisan Nasional tidak boleh lagi menafikan hakikan perubahan yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Kuching," ujarnya.

Laporan lanjut menyusul kemudian.

PRN Sarawak : PR Longgarkan Cengkaman BN




ANALISIS : Meskipun bertarung dengan seluruh jentera kerajaan dan sumber kewangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini, sekali gus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera.

DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006.

Walaupun kejayaan itu jauh daripada mencukupi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga, ia sudah cukup untuk menghantar mesej jelas kepada Putrajaya dan Perdana Menteri Najib Razak iaitu:

Sarawak tidak lagi boleh dianggap simpanan tetap BN pada pilihanraya umum DAN Taib harus berundur segera sebelum BN bertarung di peringkat Parlimen pada pilihanraya umum kelak.

Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam" bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Keputusan setakat ini yang menyaksikan BN menang sekurang-kurangnya 56 kerusi dan Pakatan 16 memberi isyarat paling jelas kepada Najib bahawa beliau belum boleh selesa mengharapkan kemenangan mutlak pada pilihanraya umum akan datang.

Di atas kertas, kemenangan lebih dua pertiga BN itu adalah meyakinkan, tetapi tidak ada sesiapa akan menafikan bahawa BN terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar dan menurunkan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi keputusan itu.

Hakikat adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut.

Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah.

Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN.

BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu.

Presiden parti itu Dr George Chan pula kalah kepada calon DAP di Piasau Miri, keputusan yang mencerminkan sentimen pengundi terhadap BN pimpinan Taib yang merupakan besan Chan.

Kerusi Batu Kawah pula dimenangi DAP dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.

Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.

Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dalam cuba menghebahkan mesej”ubah perintah” dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas.

Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang.

Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.

Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi.

Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka.

Keputusan Keseluruhan PRN Sarawak Ke-10


SHAH ALAM 16 APRIL : Berikut adalah keputusan keseluruhan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 :-

BN menang 55 kerusi - 372,379 undi

DAP menang 12 kerusi - 134,847 undi

PKR menang 3 kerusi - 117,100 undi

SNAP (0)- 15,663

PAS (0) - 9,719

PCM (0) - 2,897

Bebas menang 1 kerusi - 20,064

Jumlah keluar mengundi : 628,854

Peratus keluar mengundi : 70 peratus

Bilangan undi ditolak : 8,224

DUN majoriti tertinggi : N45 Bukit Assek - 8,827 undi

DUN majoriti terendah : N65 Senadin - 58 undi

Jumlah calon hilang deposit : 71 orang

Kemenangan PR Di Kubu Kuat BN : Pukulan Hebat Buat Najib, Kata Kit Siang



SHAH ALAM 16 APRIL: Kemenangan terbesar pembangkang di pilihanraya DUN Sarawak setakat ini merupakan satu pukulan hebat kepada BN terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memenangi hati rakyat Sarawak dan memberikan BN satu kemenangan besar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika dihubungi TV Selangor berkata, walaupun PR tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN tetapi kemenangan PR setakat ini telah memberikan kejutan besar kepada Tan Sri Taib Mahmud.

"Tak pernah ada begitu ramai ahli-ahli ADUN yang melawan BN dan, sungguhpun kita tidak dapat menafikan majoriti dua pertiga, patutnya menjadi satu iktibar kepada yang pertama kepada Ketua Menteri, masa untuk beliau turun sudah sampai, tak patut lagi melengah-lengahkan," kata beliau.

Tambah beliau, dalam pada rakyat Sarawak mula menolak BN dan menerima PR, Najib juga dilihat semakin lemah kerana walaupun mengetuai kempen bersama kesemua ahli Kabinet tetapi masih gagal memberikan kemenangan besar kepada BN di Sarawak.

"Dan kedua, sebagai satu pukulan hebat kepada PM oleh kerana Datuk Seri Najib sendiri ada mengetuai satu kempen dan menggerakkan semua anggota-anggota kabinet, jemaah menteri datang menjadikan pilihanraya negeri ini satu pilihanraya besar untuk seluruh negara," tegas beliau lagi.

Katanya lagi, Perdana Menteri juga perlu mengambil pengajaran serta menghalusi dan memahami sebab-sebab kekalahan BN terutamanya di kawasan-kawasan yang dianggap sebagai 'kubu kuat' BN di Sarawak.

Pilihan raya negeri Sarawak pada 2006 menyaksikan BN menang 62 kerusi, manakala 9 kerusi dimenangi masing-masing PKR-1,SNAP-1, Bebas-1 dan DAP 6.

Namun pada pilihan raya negeri kali ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya merampas 12 kerusi, PKR 3 dan Bebas 1.

COVER IT LIVE-TUMBANGKAN REGIM BN SARAWAK

LEBIH 40,000 HADIR CERAMAH KARPAL KUCING.


Tusnami berlaku di Kucing pada malam ini apabila hampir 40,000 hadir mendengar ceramah beliau di Kucing sebentar tadi.maklumat yang di kirimkan oleh team wrlr, mendakwa bahawa ada kemungkinan Bn akan tumbang di Sarawak kerana kebangkitan ini umpama tsunami 208 di Semenanjung.

"Rakyat Sarawak kali ini bukan calang calang marah kepada regim Taib Mahmud yang di lihat memperlekehkan kuasa rakyat Sarawak sendiri" demikian komen pengirim berita sebentar tadi.

Altantuya - Pengakuan RPK Zahirkan Keperluan RCI, Kata Fariz Musa




SHAH ALAM 15 APRIL: Pendedahan pengarang laman blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu hanya menzahirkan keperluan sebuah Suruhanjaya DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan warga Mongolia itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa.

Raja Petra membuat pengakuan bersumpah memperolehi maklumat bahawa seorang pegawai kanan risikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai laporan mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hadir di tempat Altantuya mati di bom pada Oktober 2006.

Kenyataan bersumpah (SD) itu dibuat pada Jun 2008 dan Raja Petra mengutarakannya dalam wawancara yang disiarkan oleh Tv3 dua hari lalu.

Fariz Musa menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu perlu kerana terlalu banyak percanggahan fakta sehingga mengelirukan masyarakat di negara ini.

" Kita melihat percanggahan itu yang menimbulkan persepsi dan persoalan sehingga sekarang tidak dapat dijawab dengan begitu terperinci, tetapi banyak kenyataan lain yang keluar.

" Semestinya rakyat akan lebih keliru dengan perkara-perkara yang berlaku sejak akhir ini. Bagi saya satu suruhanjaya yang profesional dan telus harus dibentuk dengan segera bagi menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Tv Selangor petang tadi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin hari ini menafikan pegawai ATM terbabit, Kolonel Azmi Zainal Abidin mempunyai laporan risikan mengenai pembunuhan Altantuya yang melibatkan Rosmah.

Justeru Azizan menjelaskan kenyataan Azmi itu bersifat peribadi dan palsu. Azmi kini digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan bersabit dakwaan RPK itu.

Fariz berkata menambah, sebuah RCI boleh merungkai persoalan siapa yang memberi arahan untuk anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh Altantuya menggunakan bomb C4.

" Siasatan ini harus dibuat dengan lebih terperinci. Tidak seharusnya selesai dengan hanya tindakan yang diambil terhadap Sirul dan Azilah, tetapi satu suruhanjaya yang lebih jelas untuk menyiasat perkara ini lebih terperinci bagaimana penglibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya," tambahnya.

Bekas penasihat kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu walaubagaimana pun dilepaskan.

Sebaliknya dua anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar disabit membunuh Altantuya dan dihukum gantung.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan memberitahu mahkamah mereka dijadikan "kambing hitam' oleh pihak yang mendalangi pembunuhan itu.

Ketua AMK Arah 'Tangkapan Awam' Cegah Pengundi Dan Penipuan


KUCHING 15 April : Angkatan Muda Keadilan merancang untuk membuat tangkapan awam ke atas mana-mana pihak yang meragukan demi memastikan proses pilihan raya tidak tercemar dengan pengundi hantu, kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau percaya akan berlaku penipuan dalam pilihan raya memandangkan beberapa pakar pantau pilihan raya sehingga petang tadi masih dihalang masuk ke sini oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya terbabit antaranya S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng.

"Besok saya nak minta rakan-rakan semua (AMK) melakukan tangkapan awam (sivil arrest) seperti mana yang dibenarkan di bawah kanun keseksaan,"

"Mana (pengundi-pengundi) yang cuba membuat cubaan menipu (undi) kene ditangkap dan diambil tindakan dengan laporkan di bilik gerakan PKR dan buat laporan polis," ujarnya pada satu kenyataan media di Dun Satok, Kuching di sini.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak berwajib, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya jangan sesekali bersekongkol menipu proses pembuangan undi yang dijadualkan bermula pada 8 pagi esok dan berakhir pada jam 5 petang hari yang sama.

Amaran itu disuarakannya setelah SPR yang berjanji bahawa tempoh pembuangan undi pos adalah selama dua hari sebelum ini, tiba-tiba dilanjutkan pada hari esok.

"Saya ingin memberi amaran kepada SPR supaya jangan sesekali melakukan penipuan...contohnya, undi Pos disambung satu hari lagi (sedangkan) SPR berjanji dua hari sahaja, ini nak laksana satu hari lagi (iaitu) esok," tegasnya.

Mahathir Terpaksa Turun Balingian Selamatkan Taib


KUCHING 15 APRIL : Kurang daripada 12 jam pilihan raya negeri Sarawak menyaksikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud semakin cemas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian sehingga terpaksa menggunakan khidmat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meraih undi daripada rakyat.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa yang membantu kempen di kawasan tersebut, sambutan amat suram rakyat Balingian terhadap kepimpinan Taib telah memaksa Ketua Menteri itu menunggang populariti Dr Mahathir untuk menang.

"Berdasarkan kepada tumpuan masyarakat Balingian sejak kami mula berkempen, kami yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang baik untuk membuat kejutan pada hari mengundi esok. Semalam sahaja jumlah yang datang ke ceramah kami mencecah lebih 1,000 orang," kata Fariz.

Walaupun setiap ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh agen Barisan Nasional untuk mengganggu dan membuat provokasi namun rakyat tidak menghiraukan semua ugutan untuk mendengar penjelasan calon KEADILAN dan amanat pimpinan.

Portal The Malaysian Insider melaporkan Mahathir petang tadi memberi ucapan hambar di Padang Mesra Mukah dan turut memberitahu media, Taib "tahu apa yang patut dilakukan" apabila berhadapan dengan kritikan mengenai soal kepimpinan.

“Saya pernah berada dalam tekanan yang sama. Saya pasti beliau (Taib) tahu apa patut dilakukan,” kata Dr Mahathir apabila ditanya mengenai tekanan dialami Taib agar meletakkan jawatan.

Menurut Fariz, antara isu utama yang menjadi punca kemarahan pengundi kepada Taib ialah berkaitan tanah adat (NCR) dan pencemaran oleh kilang aluminium.

"Tanah adat mereka dirampas kerajaan negeri dan pencemaran kilang aluminium telah menyebabkan tanaman terjejas serta mencemar sungai yang menjadi punca rezeki masyarakat Iban di sini," jelasnya.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan saingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak esok.

Pilihan raya bagi kerusi N51 Balingian menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara Taib, calon KEADILAN, Suriati Abdullah, 50, dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Kempen Akhir Di Satok Dicemar Risalah Haram PBB, Dakwa AMK





KUCHING 15 APRIL : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa proses kempen yang dijadual berakhir 12 tengah malam ini tercemar dengan beberapa jenis risalah haram memburukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, Shamsul berkata beliau percaya parti Pusaka Bumiputera Bumiputera (PBB) mendalangi kempen secara kotor tersebut berdasarkan pengakuan seorang juvana yang ditangkap di Masjid Kampung Datu 6.

Juvana bawah umur itu katanya, mengaku sekadar mengambil upah dari seorang pemimpin muda PBB untuk menyebarkan risalah haram tersebut.

"Saya ingin melahirkan rasa kesal pada PBB...seorang kanak-kanak pakai topi BN (mengaku) diupah edar risalah-risalah ini.

"(Risalah-risalah haram tersebut) tiada cap atau terbitan mana-mana, kita tidak pernah terbit benda-benda ini.

"Mereka (PBB) kata, (risalah-risalah haram) ini Keadilan yang buat....(saya tegaskan) jangan tuduh. Kalau ada bukti, sila buat laporan polis," ujarnya di Bilik Gerakan AMK Dun Satok.

Beliau percaya, sebaran risalah haram bertujuan untuk memburukkan imej calon PKR di Dun Satok, Ahmad Nazib Johari yang disaingi oleh pemimpin tertinggi PBB Abang Johari, iaitu Timbalan Pesiden PBB merangkap menteri kanan dalam pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Nada yang sama turut disuarakan oleh Ahmad Nazib sendiri.

"Kita (AMK) lihat akhir-akhir ini banyak risalah fitnah oleh BN khususnya PBB...nampaknya mereka dalam keadaan terdesak," ujarnya.

Bahkan Ahmad Nazib yang juga Ketua AMK Sarawak turut tidak menolak kemungkinan bahawa kempen kotor itu demi memenangkan saingannya yang antara lain disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Melihat pada kempen kotor Barisan Nasional pada saat akhir tersebut, Shamsul turut memberi amaran kepada SPR supaya mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang mencemarkan proses pilihan raya negeri.

Dalam perkembangan yang lain, beliau turut menyeru pengundi muda, khususnya lebih 200,000 pengundi berdaftar di perantauan Semenanjung supaya pulang ke Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Altantuya - Pengakuan RPK Zahirkan Keperluan RCI, Kata AMK



SHAH ALAM 15 APRIL: Pendedahan pengarang laman blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu hanya menzahirkan keperluan sebuah Suruhanjaya DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat pembunuhan warga Mongolia itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa.

Raja Petra membuat pengakuan bersumpah memperolehi maklumat bahawa seorang pegawai kanan risikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai laporan mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hadir di tempat Altantuya mati di bom pada Oktober 2006.

Kenyataan bersumpah (SD) itu dibuat pada Jun 2008 dan Raja Petra mengutarakannya dalam wawancara yang disiarkan oleh Tv3 dua hari lalu.

Fariz Musa menyifatkan penubuhan suruhanjaya itu perlu kerana terlalu banyak percanggahan fakta sehingga mengelirukan masyarakat di negara ini.

" Kita melihat percanggahan itu yang menimbulkan persepsi dan persoalan sehingga sekarang tidak dapat dijawab dengan begitu terperinci, tetapi banyak kenyataan lain yang keluar.

" Semestinya rakyat akan lebih keliru dengan perkara-perkara yang berlaku sejak akhir ini. Bagi saya satu suruhanjaya yang profesional dan telus harus dibentuk dengan segera bagi menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Tv Selangor petang tadi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin hari ini menafikan pegawai ATM terbabit, Kolonel Azmi Zainal Abidin mempunyai laporan risikan mengenai pembunuhan Altantuya yang melibatkan Rosmah.

Justeru Azizan menjelaskan kenyataan Azmi itu bersifat peribadi dan palsu. Azmi kini digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan bersabit dakwaan RPK itu.

Fariz berkata menambah, sebuah RCI boleh merungkai persoalan siapa yang memberi arahan untuk anggota Unit Tindakan Khas (UTK) membunuh Altantuya menggunakan bomb C4.

" Siasatan ini harus dibuat dengan lebih terperinci. Tidak seharusnya selesai dengan hanya tindakan yang diambil terhadap Sirul dan Azilah, tetapi satu suruhanjaya yang lebih jelas untuk menyiasat perkara ini lebih terperinci bagaimana penglibatan Najib Razak dalam pembunuhan Altantuya," tambahnya.

Bekas penasihat kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu walaubagaimana pun dilepaskan.

Sebaliknya dua anggota polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar disabit membunuh Altantuya dan dihukum gantung.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan memberitahu mahkamah mereka dijadikan "kambing hitam' oleh pihak yang mendalangi pembunuhan itu.

Kes Altantuya : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas

Kes Altantuya : Pegawai Kanan ATM Digantung Tugas
15/04/2011
Share |



SHAH ALAM 15 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berjaya menarik perhatian Kementerian Pertahanan bersabit dakwaan beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu apabila seorang pegawai tentera kanan digantung tugas sementara untuk siasatan dilakukan.

Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa ia menggantung Kol Azmi Zainal Abidin dari tugas-tugas rasmi.

Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizah Ariffin bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa wujud sebuah laporan ATM mensabitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor dan dua pegawai tentera lain hadir di tempat kejadian malam Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Dalam satu kenyataan, Azizan berkata, “pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat yang disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu.”

Beliau juga menegaskan laporan yang disebut oleh Raja Petra tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

“Tindakan Kolonel Azmi adalah bersifat peribadi dan tiada sebarang kaitan dengan ATM,” kata beliau.

Raja Petra semalam berkata beliau memberikan wawancara kepada TV3 bersabit isu itu kerana mahu menarik perhatian pihak berkuasa untuk menyiasat Kol Azmi dan pihak lain yang terlibat bersabit dokumen itu.

Dalam wawancara dengan stesen telivisyen pro-Umno itu, Raja Petra berkata dua individu yang pernah bekerja untuk Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan dokumen itu wujud dan mahu Raja Petra mendedahkanya.

Raja Petra membuat perakuan bersumpah (SD) pada Jun 2008 setelah blogger Din Merican turut mengesahkan bahawa Kol Azmi berjumpa dengan Datuk Seri Anwar beberapa kali dan boleh dipercayai.

Raja Petra terpaksa mencari perlindungan di Australia setelah dijejaki polis kerana membuat SD yang merujuk kepada laporan ATM itu untuk mensabitkan penglibatan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya.

Azizan berkata, Lt Kolonel Azmi yang dimaksudkan Raja Petra adalah seorang pegawai Tentera Darat yang kini berpangkat kolonel.

Beliau ditukarkan dari Timbalan Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 dan kini sedang bertugas di Markas Tentera Darat, kata Azizan.

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan Raja Petra akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

“Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM,” katanya lagi.

Sehubungan itu kata Azizan, pegawai kanan terbabit telah dilepaskan daripada sebarang tugas rasmi sehingga siasatan selesai.

Dalam satu temu bual bersama TV3 kelmarin, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Altantuya.

Beliau berkata SDnya hanya merujuk kepada maklumat yang diperolehi bersabit laporan risikan ATM itu yang memerlukan siasatan lanjut.

TEAM WRLR DI SARAWAK MELAPORKAN


Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Mafrel Lapor Ada Usaha Sabotaj Proses Undi Esok

Mafrel Lapor Ada Usaha Sabotaj Proses Undi Esok
15/04/2011
Share |


SHAH ALAM 15 APRIL: Menjelang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal berlangsung kurang daripada 24 jam, terdapat laporan wujudnya cubaan menakut-nakutkan pengundi di DUN Bengoh semalam, menurut Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel).

Penyelaras Mafrel Sarawak, Wan Zin Mahdzar yang dihubungi Tv Selangor berkata khabar angin yang menyatakan kemungkinan berlaku pergaduhan pada hari mengundi esok mengakibatkan masyarakat majoriti Bidayuh di kawasan itu khuatir akan keselamatan mereka.

Walaubagaimana pun Wan Zin berkata, pihaknya tidak dapat mengesan dari mana datangnya sumber maklumat palsu tersebut.

"Ada usaha untuk menakut-nakutkan supaya pengundi tidak turun mengundi kerana dikatakan mungkin akan tercetus pergaduhan daripada pihak yang bertanding. Tapi dari mana mesej itu datang kita tidak pasti samada dari parti lawan atau pemerintah. Tapi usaha itu memang ada," jelas beliau.

Wan Zin menambah, Mafrel telah memohon kerjasama daripada polis bagi memantau sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemar proses pilihan raya esok.

"Kita beri nasihat supaya jangan takut untuk keluar mengundi. Gunakan hak mengundi untuk memilih sesiapa dan jangan sesekali menerima ugutan dan takut kepada intimidasi dan sebagainya. Itu yang kita buat," ujar beliau lagi.

Kerusi DUN Bengoh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Dr. Jerip Susil dari BN, Willie Mongin (PKR), Richard @Peter Margaret (SNAP), dan Wejok Tomik (Bebas).

Seramai 21,995 orang pengundi berdaftar di DUN Bengoh, terdiri daripada Bidayuh (66.24%), Cina (26.35%), Melanau (6.61%), Iban (0.1%) dan lain-lain (0.69%).

Pada PRN Sarawak yang lalu, penyandang Jerip Susil memperolehi 7,540 undi, menewaskan calon SNAP Mangan anak Ngandok dengan majoriti 3,988 undi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka dapat menawan kawasan itu pada piilihan raya kali ini berikutan janji-janji yang tidak dapat ditunaikan sebelum ini oleh parti BN.

Dalam pada itu, Wan Zin turut mengulas kejadian membakar poster selain rakyat disajikan ungkapan kurang sopan sepanjang sepuluh hari kempen di Sarawak kali ini.

Gentar akan sokongan luar biasa pada sesi ceramah Pakatan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng di Kuching semalam, Wan Zin melaporkan pihak BN cuba untuk menggangu tumpuan pengunjung apabila menganjurkan ceramah tanpa permit berdekatan lokasi itu.

Seterusnya pihak Mafrel mengambil tindakan melaporkan kepada polis dan ceramah haram itu berjaya dihalang.

"Semalam pihak Pakatan ada membuat satu ceramah dan hampir lapan ribu penyokong datang untuk mendengar Anwar dan Lim Guan Eng berucap. Tiba-tiba di tempat yang sama, mereka (BN) buat juga ceramah berdekatan. Jadi kita bertindak memohon supaya polis menghalang pihak itu membuat ceramah kerana tidak ada permit," katanya lagi.

Wan Zin berkata, Mafrel telah menempatkan ahli-ahli pemantau di seluruh kawasan untuk memastikan hak pengundi tidak dicabuli mana-mana pihak justeru akan terus memantau proses kempen pilihan raya yang berbaki kurang daripada 24 jam.

970,000 pemilih layak mengundi dijangka akan menunaikan tanggungjawab pada PRN Sarawak yang akan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang esok melibatkan 71 buah kerusi yang bakal menjadi rebutan.

BN berhadapan dengan saingan sengit pada pilihan raya negeri kali ini dengan kesemua kerusi ditentang oleh calon Pakatan dan parti lain.

Kempen BN bertambah sukar apabila Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud turut terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi esok akan mencecah 75 peratus.

Peratusan paling tinggi disaksikan ketika pilihan raya negeri yang pertama pada 1969 iaitu 74.1 peratus.

Pada pilihan raya negeri 2006, peratusan keluar mengundi hanya 63.2 peratus.

Anwar : Awas Taktik BN Menjelang Hari Mengundi Esok



KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya tidak menyogok pengundi atau menggunakan taktik licik lain untuk "membeli" kemenangan pada pilihanraya negeri Sarawak esok.

Anwar berkata Pakatan Rakyat yakin akan memperolehi sokongan pengundi yang menjangkaui sasaran awal namun gagasan itu was-was dengan taktik-taktik kotor BN yang digunakan pada masa-masa lalu untuk mempengaruhi pengundi.

“Kami sangat optimistik, kami bergerak menjangkaui (matlamat menafikan majoriti dua pertiga BN), kami bergerak untuk menafikan monopoli BN di negeri ini,” Kami berusaha kerja meskipun kami tahu ia adalah satu tugas yang sukar," Anwar memberitahu pada sidang akhbar di Kuching.

“Jika proses (pilihan raya) adalah bebas dan adil dari peringkat awal lagi, saya tidak ragu-ragu mengenai (peluang itu)... bagaimanapun, kami melawan keseluruhan jentera kerajaan. Kami prihatin dengan perkembangan sepanjang beberapa jam akan datang,” katanya lagi.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya iaitu S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng dilarang memasuki Sarawak untuk mengikuti sejauh mana pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.

Selain itu portal berita TVSelangor, Malaysiakini, Sarawak Report dan HarakahDaily digodam untuk mengekang laporan-laporan yang mendedahkan kepincangan Taib dan kerajaan pimpinannya.

Media arus perdana pula diarah untuk tidak menyiarkan ceramah-ceramah pembangkang yang menarik kehadiran tinggi. Sebaliknya tumpuan diberikan untuk mengkitar semula "cerita-cerita lama" bagi menfitnah Anwar yang menerajui kempen Pakatan di Sarawak.

Tv3 contohnya menyiarkan rakaman wawancara dengan blogger Raja Petra Kamaruddin yang mengkritik Anwar. Wawancara itu dirakam dua bulan lalu tetapi hanya disiarkan diambang pilihanraya negeri Sarawak.

Selain itu, Putrajaya mengarahkan kakitangan agensi-agensi persekutuan seperti Kemas, JASA dan Tekun menginap bersama penghuni rumah panjang untuk memberi tekanan kepada mereka supaya mengundi BN.

Pemimpin-pemimpin BN mengakui parti pemerintah yang menguasai 63 daripad 71 kerusi di DUN Sarawak kini berhadapan dengan saingan paling sengit dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Keresahan rakyat banyak berpaksi kepada dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Perdana Menteri Najib Razak terpaksa menghabiskan seminggu berkempen untuk menarik sokongan bagi Taib khususnya di kawasan bandar.

Anwar berkata kehadiran tinggi rakyat Sarawak pada ceramah-ceramah PR tetap konsisten sejak hari pertama kempen dan menempelak dakwaan BN kononnya pengundi memberi sambutan suram kepada pembangkang.

Anwar berkata mesej yang di bawa oleh Najib tidak berkesan untuk mengatasi masalah-masalah parah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak.

"Sekarang kita tahu adalah apa yang disebut Najib mengenai tranformasi dan pembangunan Sarawak adalah retorik kerana masalah tanah (rakyat yang dirompak) pun tidak diselesaikan," tegasnya.

Anwar yang jua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut memberi ingatan kepada pentadbiran Najib supaya tidak mencemarkan proses pilihanraya aya yang sepatutnya berlangsung secara demokratik.

"Setakat ini, media tidak bebas dan memberi proses demokrasi...saya ingin memberi ingatan: jangan dikhianati amanah (pilihan raya) ini.

"Ada yang mereka (pengundi Sarawak) melebihi kebimbangan dengan asakan-asakan (daripada jentera kerajaan dan Barisan Nasional)," ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di Markas Operasi di Taman Permatang Jaya dalam Dun Tupong turut mengakui bahawa Barisan Nasional kian cemas.

Beliau menyuarakan rasa yakin bawa lima Dun yang ditandingan PAS akan menerima sokongan yang lebih besar dalam pilihan raya kali ini.

Anwar : Siapa Arahkan UTK Bunuh Altantuya?






KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008.

Menurut Anwar, pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam akuan bersumpah tidak dijawab oleh Najib.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Raja Petra dalam temu bual bersama Tv3 oleh wartawan dari sebuah syarikat televisyen swasta.

Pengarang Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Tv 3 semalam menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Namun ia hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

" Saya tidak mahu jawab sekarang tentang isu ini. Biar hari ini kita tumpukan sepenuhnya kepada piliharaya Sarawak dan kesedaran baru rakyat Sarawak untuk membuat perubahan.

" Pada 17 hb, mereka (media arus perdana) boleh teruskan serangan peribadi terhadap saya seperti biasa. Tapi hari ini biar kita fokus sepenuhnya kepada Sarawak," kata Anwar pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuching hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Tv3, RTM dan media milikan Umno-BN boleh 'mula' membuat serangan kembali ke atas Anwar tepat pukul 6 petang selepas semua pusat pembuangan undi ditutup esok.

" saya hendak Najib jawab umpamanya akuan bersumpah Bala bahawa beliau mengenali Altantuya pada pameran berlian di Singapura. Saya hendak Najib jelaskan ini," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun.

Kempen Mega Akhir PR, Obor Perubahan Semakin Marak




KUCHING 15 APRIL : Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi pilihan raya negeri Sarawak, kempen mega akhir Pakatan Rakyat khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak pagi semalam, dilihat kian mendapat sambutan rakyat.

Di pekan kecil dalam DUN Sadong Jaya pagi semalam, lebih 2,000 rakyat pelbagai kaum mendengar amanat Anwar.

Kempen mega akhir itu turut menyaksikan penampilkan bercama calon PAS di DUN Sadong Jaya sendiri, iaitu Abang Eddy Abang Fauzi.

Dalam ucapannya di sini, Anwar mengajak rakyat bangkit mempertahankan hak masing-masing antara lain hak tanah adat Bumiputera (NCR) yang selama 30 tahun di bawah Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seakan dirompak secara terbuka.

"Kamu semua hambakah dalam ini negeri, apa negeri ini orang (Barisan Nasional) punya. (Apakah) ini negeri Menteri punya. Apakah tanah ini bukan (milik) kamu semua.

"Mengapa kita miskin. Apa kita kuli (sehingga) tanah kita boleh diambil sesuka hati...kita sama-sama angkat (bangkit) dan lawan mereka," antara persoalan Anwar yang menggamit sokongan luar biasa di sini.

Mesej yang sama turut disampaikan Anwar di hadapan lebih 1,500 rakyat - majoriti Melayu di satu perkampungan kecil dalam DUN Sadong Jaya yang ditandingi calon PKR, Arip bin Ameran.

Lebih 3,000 rakyat gamat menyambut Anwar dalam "kempen mega akhir" di Bazaar Serian dalam Parlimen Serian sebelam malamnya dengan laungan "reformasi" dan "Ubah Sarawak".

Kebanyakan mereka terdiri daripada masyarakat berbangsa Tiong Hua.

Di Taman BDC, diperhatikan tidak kurang 3,000 rakyat menyambut Anwar.

Dalam ucapan di pentas bantahan, Anwar memberitahu perubahan yang bakal dibuat rakyat Sarawak esok ini sangat penting kerana bakal meninggalkan kesan berantai di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Justeru jika serahan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berjaya mewujudkan "Tsunami Politik" dan ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Putrajaya, beliau memberi jaminan akan menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam.

Tidak cukup dengan itu, beliau berjanji untuk menaikan kadar royalti minyak dari 5 peratus sekarang ke 20 peratus demi meningkatkan kualiti hidup rakyat di Sarawak.

"Kempen mega akhir" Anwar yang berakhir lewat malam tadi di DUN Samariang paling gamat di mana lebih 5,000 rakyat hadir menyertai kempen selamatkan Sarawak dari terus diperintah oleh Barisan Nasional.

Turut hadir adalah beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan calon PKR di Dun Samariang sendiri, Zulrusdi bin Mohamad Hol.

Dalam ucapan penutupnya malam tadi, Anwar berkata, kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak akan membuktikan betapa kuasa rakyat mengatasi segalanya.

"Saya nak katakan semangat kebangkitan rakyat Sarawak sangat luar biasa.

"Mesej saya satu (iaitu) rakyat mesti buat keputusan (untuk menolak Barisan Nasional, suara rakyat suara keramat," tegas Anwar disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Bagaimanapun, mood perubahan rakyat ini tidak akan dilaporkan oleh media arus perdana seperti RTM1 dan TV3 sendiri demi menjaga kepentingan keluarga Taib.

Disebabkan itu, Anwar mengajak rakyat sekali lagi untuk menolak media-media pro Barisan Nasional yang dilihat seakan cuba membodohkan rakyat Sarawak, di sini.

"Jangan biar dan izinkan mereka anggap kita sebagai orang bodoh, jangan ingat kita ini kuli.

"Saya, di antara sebab lawan Barisan Nasional, sebab saya melihat mereka ini sudah takabur (dan) angkuh yang luar biasa," ujar Anwar.

Beliau turut mendedahkan propaganda Umno berjudul "Sayang Sarawak" terbitan TV3 yang baginya suatu usaha memperbodoh rakyat di sini.

"Malam-malam bunyi (disiarkan rancangan) Sayang Sarawak, Sayang Sarawak (tapi) rampas tanah Sarawak. Sayang Sarawak (tapi) harga barang naik. Sayang Sarawak (tapi) harga minyak pun naik. Sayang Sarawak (tapi) rakyat miskin merempat hidup (manakala) dua tiga menteri kaya raya melimpah hartanya," tegas beliau.

Bermula pagi ini ini, Anwar dijadualkan meneruskan "kempen mega akhir" sehingga tamat tempoh berkempen, iaitu tepat jam 12 tengah malam.

Sebanyak 71 kerusi DUN menyaksikan pertandingan pada pilihan raya kali ini.

Pakatan Rakyat, khususnya PKR menampilkan 49 calon berwibawa bagi misi selamatkan Sarawak dari terus diperintah secara tidak telus oleh Barisan Nasional. -

Pakatan Rakyat Janji Pentadbiran Adil, Telus Di Sarawak





KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang berjanji Pakatan Rakyat akan mewujudkan sistem pentadbiran baru berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan dan bebas rasuah sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri yang baru 16 April ini.

Bercakap kepada lebih 5,000 penyokong di ceramah perdana Grand Finale di Bandar Baru Samariang Fasa 3 malam tadi, Datuk Seri Anwar berkata, ia berdasarkan kepada semangat dan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak sepanjang kempen pilihan raya negeri ke-10.

"Sudah cukup dengan gejala rasuah yang berleluasa, sudah cukup dengan tata kelola pentadbiran yang lemah. Kini tiba masanya rakyat Sarawak bangkit mempertahankan hak mereka dan menuntut satu kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat," kata Anwar disambut tepukan gemuruh.

Tambah beliau pilihan raya kali ini merupakan yang terpenting dalam sejarah negeri Sarawak kerana rakyat berpeluang menentukan nasib mereka setelah diperintah selama 30 tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri yang korup dan mementingkan keluarga serta kroninya sahaja.

"Pilihan raya ini bukan untuk untuk menukar Ketua Menteri atau individu tertentu tetapi ia adalah perjuangan untuk menukar sistem yang sudah rosak dan menindas rakyat.

"Pemimpin yang akan kita angkat sebagai Ketua Menteri bukan sahaja orang yang baik tetapi adil dan menjaga semua masyarakat Sarawak tidak kira Melayu, Iban, Cina atau Bidayuh. Kita mahu ketengahkan pemimpin yang terbaik daripada semua suku kaum di negeri ini," tegasnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman serta calon-calon KEADILAN.

Anwar mengakhiri siri jelajah dan kempen beliau ke seluruh Sarawak dengan membawa mesej jelas bahawa rakyat tidak perlu lagi takut kepada penguasa yang zalim dan rasuah tetapi sebaliknya menggunakan kuasa di tangan mereka untuk mempertahankan hak demi masa depan yang lebih cemerlang.

Bermula daripada program di Kuching pada 29 Mac, kempen pilihan raya yang ketat telah membawa beliau melawat Sibu, Miri, Bintulu sehingga ke kawasan pendalaman di Kapit.

Kempen beliau membantu calon-calon KEADILAN di lokasi ceramah mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat di Bumi Kenyalang.

"Saya merasa amat bersemangat melihat kepada sambutan yang sungguh menakjubkan ini. Justeru saya percaya rakyat Sarawak akan membuat kejutan pada hari Sabtu ini, dan dengan izin Allah dan kebijaksanaan rakyat, Sarawak akan mendapat kerajaan negeri baru di bawah Pakatan Rakyat," ujar Anwar.

Sebelum itu Anwar berucap kepada ribuan rakyat di Pekan Sadong Jaya pada pukul 5.00 petang semalam diikuti dengan ceramah serupa di Asajaya, Bazar Serian dan
BDC.

PRN Sarawak : 300,000 Pengundi Muda Penentu Perubahan?

KUALA LUMPUR 15 APRIL : Angkatan Muda PKR yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu perubahan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok.

Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Penolong Setiausaha Angkatan Muda PKR, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, generasi muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri.

“Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini,” katanya.

Saifullah berkata, kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak.

“Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak,” katanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke Semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM.

“Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200,000 direkodkan berhijrah ke Semenanjung terutama di Johor Baru, Lembah Klang dan Singapura kerana masalah pengangguran yang tinggi,” kata beliau.

Katanya, 200,000 orang di kalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan.

“Ditambah lagi kerana keciciran pendidikan dan politik sempit Barisan Nasional membuatkan generasi muda ini sukar mendapat tempat dalam pekerjaan.

“Jika mendapat pekerjaan sekalipun, 48 peratus daripada golongan pekerja rakyat Sarawak adalah berpendapatan RM750 dan ke bawah,” kata beliau lagi.

Jelas Saifullah, desakan sara hidup yang tinggi, maka adalah mustahil untuk generasi muda dapat hidup dengan hanya bergaji seperti ini.

Malah katanya, generasi muda Sarawak telah matang dalam menilai sosiopolitik masyarakat di Sarawak.

“Penyelesaian kepada permasalahan yang membelengu generasi muda hanya dapat diatasi jika generasi mudanya berani melakukan perubahan.

“Perubahan politik tidak bermaksud merebut jawatan atau kerusi semata-mata, tetapi perubahan secara politik bakal menentukan dasar negeri Sarawak bagi menjamin masa depan generasi muda sebagai pewaris negara,” kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat memberi jaminan dalam manifesto pilihan raya negeri dan buku jingga untuk melakukan pembaikan tatakelola pentadbiran negeri.

“Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi generasi muda seramai 300,000 orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya.-The Malaysian Insider

Harakahdaily Diserang DDoS

KUALA LUMPUR, 15 April: Dua hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Harakahdaily diserang siber, DDoS (Distributed Denial of Service) oleh pihak-pihak tertentu malam tadi selepas Sarawak Report dan Malaysiakini terkena serangan yang sama.

“Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sehubungan itu, pasukan teknikal masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini.

Bagi menghadapi serangan ini, Pasukan Teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melawat Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan ini berterusan.

Untuk Harakahdaily:-1. harakahdaily.net2. myharakah.net3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-1. pas.org.my2. parti-pas.org3. parti-islam.org

“Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini,” kata kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sebelum ini Sarawak Report yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak khasnya Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, telah diserang dan terpaksa berpindah ke laman sementara.

Laman Malaysiakini juga turut diserang sehingga lumpuh samasekali. Namun kini kedua-dua laman ini sudah kembali pulih.

Yang dikesali tidak ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan mengenainya. Yang melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku hanyalah kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini Dun Selangor telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat yang memberi jaminan kepada semua pihak untuk bebas mendapatkan maklumat dari negeri itu.
-H/daily

DUN Sarawak: 300,000 pengundi muda penentu perubahanS

DUN Sarawak: 300,000 pengundi muda penentu perubahan?

April 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 April — Angkatan Muda PKR yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu perubahan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok.

Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Penolong Setiausaha Angkatan Muda PKR, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, generasi muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri.

“Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini,” katanya.

Saifullah berkata, kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak.

“Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak,” katanya beliau dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke Semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM.

“Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200,000 direkodkan berhijrah ke Semenanjung terutama di Johor Baru, Lembah Klang dan Singapura kerana masalah pengangguran yang tinggi,” kata beliau.

Katanya, 200,000 orang di kalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan.

“Ditambah lagi kerana keciciran pendidikan dan politik sempit Barisan Nasional membuatkan generasi muda ini sukar mendapat tempat dalam pekerjaan.

“Jika mendapat pekerjaan sekalipun, 48 peratus daripada golongan pekerja rakyat Sarawak adalah berpendapatan RM750 dan ke bawah,” kata beliau lagi.

Jelas Saifullah, desakan sara hidup yang tinggi, maka adalah mustahil untuk generasi muda dapat hidup dengan hanya bergaji seperti ini.

Malah katanya, generasi muda Sarawak telah matang dalam menilai sosiopolitik masyarakat di Sarawak.

“Penyelesaian kepada permasalahan yang membelengu generasi muda hanya dapat diatasi jika generasi mudanya berani melakukan perubahan.

“Perubahan politik tidak bermaksud merebut jawatan atau kerusi semata-mata, tetapi perubahan secara politik bakal menentukan dasar negeri Sarawak bagi menjamin masa depan generasi muda sebagai pewaris negara,” kata beliau lagi.

Pakatan Rakyat memberi jaminan dalam manifesto pilihan raya negeri dan buku jingga untuk melakukan pembaikan tatakelola pentadbiran negeri.

“Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi generasi muda seramai 300,000 orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya.