PUTIH KAMELIA
Aku terbaca ni kat threads.
Aku tau, ramaiii yang fikir macam ni.
So aku cuba jawab ye.
Dari sudut pandang seorang aku, yang melihat Anwar dan Rafizi sejak 1998.
Ok here we go.
Aku melihat kedua tokoh ni dari kacamata seorg budak remaja sampai sekarang dah hampir separuh abad. Pengamatan aku konsisten sejak dulu. Dalam hidup aku, tiada sebarang kepentingan politik, sebaliknya aku hanya mahu lihat Malaysia ditadbir dengan betul dan bijaksana.
Aku cukup benci ketaksuban pd tokoh, walaupun aku membesar dalam persekitaran Politik PAS, yang terkenal dengan totok pada pimpinan.
So apa beza anwar dan rafizi?
1. Anwar seorang yang generalis. Dia bukan orang yang master secara terperinci dalam sesuatu. Ucapan-ucapan dia yang detail tentang penyelewengan najib dsbnya sebelum ini adalah tulisan Rafizi. Anwar juga seorg yang retorik, dengar dia bercakap boleh khayal, tp kalau perhatikan sgt banyak inconsistencies. Dulu cakap lain, sekarang lain. In fact dia blh berubah janji in the course of a few days depends on siapa audiens dia masa tu. Sebaliknya rafizi Adalah orang yang sangat2 hands-on. Dia tau detail apa yg dia buat, dia faham kenapa begitu kenapa begini. Kau takkan boleh tipu dia sbb dia very sharp. Akademik cemerlang giler dan grad pula dalam Engineering + Chartererd Accountant. Dua-dua bidang ni akan membentuk pemikiran yang detail serta minda problem solving. Kau compare dengan anwar yg grad kesusasteraan (tak aku tak kata lekeh yang korang yang grad course ni ya) tapi dalam mentadbir negara, kau pilih nak org sastera ke org akaun + engineering? Kalau dengan Rafizi bercakap, tak pernah lari dari fakta. Takde cakap kosong dan kalau dia tiada data, dia akan mintak masa utk dia selidik betul-betul.
2. Rafizi consisten sejak 2000an (Ketika mula aktif dipentas ceramah sebab sebelum tu kita semua tak kenal sbb dia belakang tabir). Sampai skrg apa yang Rafizi cakap ialah apa yang dia percaya sepenuh hati. Cuma yang korang mungkin confuse ialah bila musuh politik mengatakan ‘Rafizi cakap sekian-sekian dulu, bila jd Menteri dia tak buat’. Sebenarnya samada Rafizi tak cakap (pimpinan PH lain yang cakap) atau orang sengaja ambik tanpa konteks, sekerat-sekerat. Anwar pula, aku malas komen la.. korang dengar apa dia cakap dulu sebelum jd PM, pastu korang tengok apa dia buat skrg. Jgn DENGAR DIA CAKAP, TENGOK APA DIA BUAT.
3. Rafizi clean giler, kau boleh panggil dia nak siasat, dia boleh terus berlenggang je pergi. Anwar banyak sgt political baggage yang pengikut dia sakit kepala nak cover. Sejak 1999 lagi mcm2 kes, liwat, salahguna kuasa, china doll, saiful, Yusoff, dato Nalla, Nicky liow, Azam baki, farhash, dato india apa kenama tu, semua ni tak clean. Dan kau perasan tak dia sentiasa mencari helah atau buying time untuk berhadapan dengan semua kes-kes dia. Dia tak jawab sendiri, tapi orang sekeliling dia bersilat mencari dalil. Dan kalau kau org perasan, Rafizi Adalah antara pimpinan PKR yang sangat jarang sentuh atau defend kes peribadi anwar. Aku pun tak boleh nak agak samada Rafizi malas nak buang tenaga dia untuk ambil tau hal peribadi mcm tu, atau dia pun tak yakin dengan boss dia tp dia sabar je lah dulu sementara BN belum jatuh.
4. Anwar dikelilingi golongan yang doubtful, golongan cari makan dalam politik, golongan yang tak ada kelebihan peribadi sendiri. Sebaliknya orang yang mahu membodek, pandai cakap sahaja. Rafizi sebaliknya dilihat sombong sebab dia akan mengelak dari dibodek. Orang yang dipilih utk disamping dia ialah orang yg bijak, Ikhlas, konsisten buat kerja walaupun tiada imbuhan, kaki bodek dia dah tolak awal. Cuba korang tgk siapa kawan dia, siapa pegawai dia dan penasihat2 masa dia Menteri dulu. Semua geng2 super genius yang orang tak kenal pun tp pakar dalam bidang masing-masing.
5. Nilai Islam dalam diri Rafizi lebih jujur walaupun dia tak akan pernah tunjuk benda tu diluar. Kau dengar dia bercakap kau tahu bahawa dia ni orang yang ada Taqwa. Dia tak menempel dlm majlis majlis agama, tp dia takut nak buat benda salah sbb dia takut nak menjawab dengan Tuhan di akhirat. Anwar pula sentiasa associate diri dia dengan majlis ilmu, ulama, buku-buku, tapi daam masa yang lain berjoget sakan. Hipokrit kan?
6. Kelebihan anwar bg aku ialah pembawaan diri / diplomasi dipentas antarabangsa. Walaupun substance tak jelas, tapi form dia menonjol. Rafizi pd aku most probably tak akan begitu, sebaliknya rafizi kalau jd PM dia mungkin akan lebih ke gaya TunM, yang mungkin akan disukai oleh orang-orang rajin mcm orang jepun.
7. Kekurangan Rafizi pun ada, dan aku tak akan jd pentaksub dia. Kalau dia buat salah yang fatal, aku tak akan backup. Buat masa ni bagi aku kelemahan dia sangat manusiawi, karakter yang tertentu, tp tidak sampai memberikan mudarat kepada negara dan org lain.
Ramai orang ingat Rafizi ni protege Anwar. Sebenarnya tak. Bg aku Rafizi yg berjasa pd anwar sebab Anwar 1999-2004 dalam jail. Rafizi kat UK sana duk melobi kepada negara² overseas. 2014-2018 Anwar dalam jail lagi kes liwat, rafizi yang naik turun pentas ceramah bongkar 1mdb dan hasut rakyat jatuhkan kerajaan korup BN. Ye betul dia menghasut, tapi dia hasut untuk kebaikan. Rafizi tak belajar apa sangat dari Anwar sebaliknya dia jadi guard kepada Anwar supaya nampak elok. Sebab dia tau anwar ialah satu2nya tokoh yang boleh dipilih jika mahu jatuhkan penguasaan 60 tahun BN. Dia mungkin naive, tapi dia tak salah sebab selagi anwar belum berkuasa, siapa kita untk mengagak bahawa seorang itu boleh berubah ketika berada diatas?
Dia tak pernah lepas misi dia untuk better Malaysia, sebab tu dia berani tegur anwar di dalam, dan setelah habis cara untuk tegur di dalam, dia pilih utk berada diluar.
Dia boleh pilih jadi jahat macam azmin, tikam belakang tak payah bagi bebas anwar, tapi korang tgk kan dia menangis masa hari anwar bebas. Which kau takkan pernah tengok airmata dia masa lain selain itu.
Ok kalau korang banding karakter 2 orang ni kan, kau agak Rafizi akan ikut jejak pemimpin sebelum ni? Aku rasa jauh panggang dari api.
So gitulah lebih kurang bacaan aku terhadap 2 orang ini, pembacaan watak yang aku perhatikan sejak lebih 20 tahun.
Aku tak malu mengaku, aku sentiasa doa pemimpin yang takut pada Allah begini, suatu hari akan jadi PM kita. Semoga Rafizi Ramli jaga kesihatan, untuk sihat dan konsisten berjuang utk anak cucu kita. TQ sebab kami tak mampu sekuat kamu, tapi kami sokong dibelakang.
#aku angkat penulisan ni sebab ada nilai penulisan. Namun penulisan yang baik tidak terlalu banyak menggunakan perkataan penulisan yang diringkaskan,supaya ada kepercayaan dan nilai penulisan itu sendiri.

No comments:
Post a Comment