1) Nampaknya kerajaan campuran PH-BN telah diterima rakyat dengan sokongan semua kaum kepada PH-BN naik ketara:
Undi Melayu
2023 PRN 39%
2024 PRK 42.7%⬆️
Undi Cina
2023 PRN 85.3%
2024 PRK 88.4%⬆️
Undi India
2023 PRN 60%
2024 PRK 70.2%⬆️
Undi Campuran (Orang Asal)
2023 PRN 60.1%
2024 PRK 63.1%⬆️
2) Undi penjawat awam juga naik ketara apabila dari 769 pengundi awal, calon PN-PAS cuma dapat 156 iaitu hanya kira-kira 20%. Masa PRN hari tu PN-PAS dapat 530 undi. Penjawat awam kali ni swing kaw-kaw kepada Kerajaan Madani.
3) Perlu diingatkan apabila penjawat awam swing, bermakna mood pengundi Melayu juga swing kepada Kerajaan Madani. Kenapa? Kerana majoriti penjawat awam adalah Melayu. Itulah padahnya apabila 33 bulan hari tu sibuk agih jawatan sesama sendiri sampaikan jawatan Duta Khas Timur Tengah yg tak perlu pun diwujudkan. Usaha menaikkan gaji penjawat awam sikit pun tak cuit.
4) Dah, tak perlu meroyan bagai. Negara makin makmur. Hangpa 33 bulan hari tu dok kurung kami aje. Tapi tok wakil hangpa bebas sana sini. Gaji buta, jawatan agih sesama geng, pelabur lari, siap menikah online lagi. Yelah, duduk umah, gaji jalan, tak dak buat apa, baik tambah apam. Rakyat angkat bendera putih pun disindir suruh angkat bendera biru. Harga minyak masak melambung pun boleh pegi sorok minyak paket. HamPAS betul. Rakyat tak buduss. Rakyat ingat semua tu.
5) Sebenarnya nak tambah sokongan rakyat ni mudah aje. Jaga perut rakyat. Perut yang lapar akan memberontak. Mana² negara yg bergolak semuanya kerana perut rakyat mereka lapar, perut pemimpin kenyang memboyot. Ini realiti. Al-Marhum Ayahanda ana pernah berpesan bahawa manusia ini kebiasaannya mencari 3 perkara; Kenyang, Menang, Senang. Cukup 3 perkara ini, bahagialah kehidupan insan. Wallahua'lam.
Dah. Ana nak bikin sambal kuninin pedas padodap pap pap pap lak. Nak kasi kenyang perut.
𝗣𝗿𝗼𝗳 𝗔𝗿𝗶𝗳𝗳 𝗞𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗔𝗹-𝗞𝗮𝘁𝗮𝗺𝗶
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘂𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗣𝗡-𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗸𝘂𝗽 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.
No comments:
Post a Comment