[BONGKAR] PENGAKUAN INDIVIDU BERKAITAN! PEMIMPIN PAS SEBAR TANPA PERIKSA...


Pemimpin Pas sebarkan video beras tempatan dibakar dan mengaitkan dengan situasi kekurangan beras tempatan kini. Turut sama disebar dalam video itu ialah beg berimej bekas Ahli Parlimen Kuala Krau Dato Sri Dr Ismail Mohamed Said. Beliau Timbalan Menteri dalam Negeri antara Mac 2020 – November 2022. Selepas PRU15, Parlimen Kuala Krau dipegang oleh YB Ustaz Kamal Ashaari Maksudnya, barangan yang dibuang dan dibakar itu ialah barang bantuan yang dibeli sebelum PRU15 dan telah tamat tempoh. ================================================================================ Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengarahkan agar pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang menyiasat segera timbunan beras yang dibuang di tapak pelupusan sampah. Arahan itu hadir selepas tular di media sosial mengenai berkampit-kampit beras dan tin sardin yang dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang. Mohamad dalam respon ringkas di Facebook berkata, kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar segera selepas siasatan dibuat. “Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang. ======================================================================================== Bekas ahli parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said mengakui barangan keperluan asas yang dibuang di tapak pelupusan sampah haram di Temerloh adalah dari gudang simpanan dikendalikan pihaknya. Dia berkata barangan terbabit sudah mengalami kerosakan dan tidak selamat untuk diagihkan kepada penduduk sekitar. Ismail dalam kenyataan turut memohon maaf atas kejadian itu. "Saya mengambil tanggung jawab penuh terhadap isu pelupusan barangan yang berlaku ini. "Beras dan barangan dapur ini merupakan stok simpanan yang sentiasa disediakan bagi memenuhi permintaan orang ramai ketika saya menjadi ahli parlimen Kuala Krau. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/702... #berasdibakar #bekasMPkualakrau #viral



No comments: