TUDIA... UNTUNG BANYAK SANGAT KOT SAMPAI TUKAR KERUSI KERETA.


Mohd Mukhlis Mohd Syarif


 Awal-awal dah tukar kerusi kereta.

Banyak sangatkah urusan kerja menggunakan kereta sehingga perlu tukar kerusi?


MP KB masa dilantik jadi Menteri (tebuk atap) pun sibuk ubah suai pejabat.


https://www.malaysiadateline.com/kos-rm470000-ubahsuai-beli-perabot-pejabat-menteri-undang-undang/


Pelik betul perangai orang yang dikatakan dapat tarbiah ni.


Mohd Syuza Amsyaari






EPIC BERHAD UNTUNG TETAPI 4 KALI UBAH GCEO.. RAKYAT TERENGGANU MAHU TAHU & DR SAM JANGAN DIAM..


Semalam Group Chief Executive Officer (GCEO) yg baru EPIC Berhad telah melaporkan diri.. Bermulalah tugasan anak jati Miri, Sarawak ini dalam menerajui anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Dr Sam (Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah EPIC Berhad)..


Sedikit lontaran & sama² fikirkan, terutamanya rakyat Terengganu.. Dalam tempoh drp 2018 hingga kini, EPIC Berhad terpaksa menukar 4 orang GCEO & yg terakhir ini terpaksa melantik Muhtar Suhaili, rakyat negeri Sarawak sekaligus memecah tradisi GCEO pertama yg bukan darah keturunan rakyat Terengganu.. Adakah ada sesuatu yg boleh Dr Sam rungkaikan tentang perubahan kerusi GCEO ini sehingga 4 kali??  


Drp lontaran komen pd catatan peribadi saya mengenai isu yg sama sebelum ini, dilihat masih ada segelintir drp komen ini yg bercakap tentang kehebatan & kemampuan sdr Muhtar Suhaili yg akan mampu memberi pulangan yg lebih kepada EPIC Berhad nanti..


Untuk makluman, sebelum pada pertukaran GCEO ini.. Difahamkan EPIC Berhad tidak mempunyai sebarang masalah dari segi prestasi syarikat kerana EPIC Berhad sentiasa menyumbang keuntungan bersih sebelum cukai masing² sebanyak RM344 juta, RM84.8 juta, RM21.9 juta & RM7.8 juta pada tahun 2023.. Prestasi kewangan ini adalah lebih cemerlang berbanding tahun 2022.. Soalnya, kenapa berlaku pertukaran GCEO ini walaupun prestasi EPIC Berhad lebih untung pada tahun 2023 berbanding 2022?? Kenapa Dr Sam tidak kekalkan sahaja GCEO sebelum ini yg juga adalah rakyat jati Terengganu kite?? Rakyat Terengganu perlu tahu.. Kenapa Dr Sam mengambi langkah perubahan ini?? Adakah ada sesuatu yg tersembunyi??


Jika dilihat drp FB peribadi Muhtar Suhaili sedang mempamerkan kemewahan & kebanggaan beliau dengan meningkatkan fungsi kemudahan kereta mewah miliknya kepada kereta syarikat.. KIA Carnival Crystal 4.0 Pilot Seat dengan kemudahan massage seater.. Hebat GCEO lantikan Dr Sam.. Sangat hebat!!!  


Apa jua sekali pun kami sebagai rakyat biasa hanya mampu melihat drp jauh.. Kami rakyat Terengganu telah membuat keputusan memberi mandat mutlak tanpa pembangkang pada PRN yg lepas.. Akhir kalam, jangan hancurkan segala kepercayaan diberi ini, Dr Sam.. 


Sama² renung & fikirkan..

Wallahualam & Wassalam..




No comments: