'Saya tak mahu terlibat,' kata Anwar berkait titah tahanan rumah Najib


Anwar Ibrahim menegaskan beliau enggan terlibat dengan pertikaian “perintah tambahan” berhubung tahanan rumah Najib Razak. Perdana menteri berkata, perkara itu adalah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan melibatkan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja Melayu. Sementara itu, Anwar berkata Zahid menjadi saksi kritikal terhadap Najib berkenaan isu itu berdasarkan kapasiti sebagai presiden Umno. Sumber video: https://fb.watch/rxQy-C_k3s/