Soalan yang ditanya ialah, “Kalimah al-Quran mana yang memberi maksud perjuangan Islam?”,

 

Soalan yang ditanya ialah,
“Kalimah al-Quran mana yang memberi maksud perjuangan Islam?”,
Jawapan tersebut macam ni:
Jangan hanya mencari satu frasa tepat “perjuangan Islam” lalu mengatakan ia tiada dalam al-Quran.

Yang perlu dilihat ialah konsep dan nasnya.
Allah berfirman:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.”
— Surah al-Hajj 22:78
Allah juga berfirman:
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ
“Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.”
— Surah al-Saff 61:11
Dan Allah menyebut:
كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ
“Hendaklah kamu menjadi penolong-penolong agama Allah.”
— Surah al-Saff 61:14
Bahkan Allah memerintahkan umat Islam supaya ada kelompok yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran:
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
— Surah Ali ‘Imran 3:104
Allah juga memerintahkan supaya amanah dan keadilan ditegakkan:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ
— Surah al-Nisa’ 4:58
Jadi, “perjuangan Islam” bukanlah semestinya satu istilah teknikal yang mesti muncul secara harfiah dalam al-Quran. Yang penting ialah apakah perjuangan tersebut berasaskan tuntutan al-Quran: menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, menegakkan keadilan, mempertahankan agama dan berusaha menegakkan kehidupan yang tunduk kepada Allah.
Malah al-Quran menyebut:
أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ
“Hendaklah kamu menegakkan agama.”
— Surah al-Syura 42:13
Maka kalau seseorang mahu mempersoalkan istilah “perjuangan Islam”, silakan. Tetapi jangan sampai kerana istilah itu bukan satu frasa literal dalam al-Quran, lalu dinafikan pula konsep memperjuangkan agama yang memang diperintahkan oleh al-Quran.
Yang perlu dibahaskan ialah bagaimana perjuangan itu dilaksanakan dan sejauh mana ia benar-benar menepati al-Quran dan Sunnah, bukan sekadar mempertikaikan nama atau istilahnya.
See less

Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di Program Temu Anwar & Majlis Perasmian HAMKA Antarabangsa 2026


 

Isu Tabung Haji terang-terang menghantui Hadi dan PAS


 

BAK KATA PRESIDEN, PRN DAN PRU TIDAK SAMA


 

UMNO ada Team A, Team B - Satu pro PH, satu pro PN


 

@jasonyew_ Join "AUKU akan dimansuhkan sepenuhnya.


 

Gagah bergegar sana sini kononnya nak


 

Takkan dah lupa Pas pernah kafirkan Umno? Penafian hanya sandiwara demi mahu bercinta semula

 


Dakwaan sesetengah penyokong Pas bahawa parti itu tidak pernah mengkafirkan Umno hanya sandiwara hanya demi menghalalkan percintaan semula kedua-dua parti itu.

Pemerhati politik dan peguam, Liyana Marzuki berkata, sejarah perseteruan politik Pas dan Umno tidak boleh dipadam begitu sahaja hanya kerana landskap politik semasa mungkin menuntut kedua-duanya kembali mencari titik pertemuan.

“Mana ada Pas kata Umno kafir, kata penyokong Pas. Ini sandiwara ketika nak bercinta kembali. Terpaksa ambil hati,” katanya dalam satu hantaran

Liyana menegaskan budaya melabel lawan politik atas nama agama pernah meninggalkan kesan mendalam dalam masyarakat Melayu, khususnya apabila perbezaan parti dibawa sehingga menyentuh soal akidah dan kehidupan beragama.

Beliau mengimbau bagaimana pertentangan politik suatu ketika dahulu bukan sekadar berkisar soal pilihan raya, bahkan menurutnya turut mempengaruhi hubungan sosial masyarakat.

Antara yang dibangkitkannya ialah dakwaan mengenai pertikaian hukum sembelihan, solat berjemaah, akad nikah serta perkahwinan hanya kerana seseorang itu dikaitkan dengan parti politik berbeza.

“Kalau orang Umno yang buat atau adakan, jatuh haram dan dipulaukan,” ujarnya.

Menurutnya, generasi muda mungkin tidak melalui sendiri zaman ketegangan politik tersebut, menyebabkan sebahagian daripada mereka sukar memahami kesan apa yang disifatkannya sebagai budaya takfiri.

Beliau turut merujuk sejarah hubungan Pas dengan rakan politiknya dan mendakwa corak serangan keras sering muncul selepas sesuatu kerjasama politik berakhir.

Katanya, selepas hubungan Pas dan Umno berakhir pada penghujung 1970-an, Umno pernah menerima label keras daripada lawan politiknya.

Begitu juga selepas kerjasama Pas dan DAP berakhir pada 2015, istilah kafir harbi pula menjadi sebahagian daripada polemik politik yang tercetus selepas itu.

“Budaya melabel dan takfiri dengan Pas berpisah tiada. Ada saja dalil politik yang mereka akan guna,” kata Liyana lagi.


Pemandu Grab kagum Kota Bharu makin bersih, ramai mula banding prestasi lemah Pas

 


Perkongsian seorang netizen mengenai pengalaman berbual dengan pemandu Grab menarik perhatian apabila perubahan sekitar Kota Bharu dikaitkan dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di DUN Kota Lama.

Menurut pengguna Threads itu, pemandu Grab kagum dengan kawasan bandar di ibu negeri Kelantan itu yang kini semakin bersih, lebih sistematik dan mempunyai lebih banyak laluan pejalan kaki.

Malah, pemandu tersebut menyifatkan keadaan semasa lebih baik berbanding sebelum ini.

Komen itu mendapat perhatian besar dengan sekitar 1,800 tanda suka setakat ini sehingga mencetuskan perbandingan mengenai prestasi wakil PH di Kota Lama dengan pentadbiran Pas yang sudah lama menguasai Kelantan.

“Borak dengan drebar Grab bulan 6 hari tu masa dekat Kota Bharu. Ayat drebar tu, “Jauh jugak kau berjalan ya dari hotel sampai stadium ni.

“Nasib baiklah sekarang laluan pejalan kaki makin banyak. Sebab YB PH tu naik, makin bersih dan sistematik bandar KB ni,” tulis Fazrul.

Pujian sama terhadap PH juga muncul daripada Addriyana Azman yang berkata, beliau kerap mengajak ayahnya ke Pasar Siti Khadijah kerana persekitaran bangunan awam itu yang lebih indah sejak Dr Hafidzah Mustakim menjadi ADUN Kota Lama.

Tidak kurang juga yang menyatakan mereka mahukan perubahan dan mahu melihat parti lain diberi peluang mentadbir Kelantan.

Situasi itu secara tidak langsung menunjukkan kehadiran seorang wakil PH sahaja sudah cukup untuk membuat sebahagian penduduk mula melihat perbezaan pendekatan pentadbiran Pas yang sudah lama menguasai Kelantan.

Sentimen seperti ini menjadi isyarat bahawa tempoh pemerintahan Pas yang lama tidak mendatangkan prestasi seperti diharapkan rakyat.

Selepas Pas begitu lama mentadbir Kelantan, rakyat masih teruja apabila melihat hasil pentadbiran wakil rakyat PH.




Pendirian Anwar Dan Kerangka Antarabangsa Mengenai “Satu China”

 


Apabila Anwar menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China, pendirian tersebut bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba atau terkeluar daripada kerangka dasar luar Malaysia. Foto PMO

PENDAPAT, 21 Ogos – Pendirian Anwar mengenai Taiwan juga perlu dilihat dalam konteks sejarah diplomatik antarabangsa dan dasar ‘Satu China’.

Pada tahun 1971, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Resolusi 2758, yang mengiktiraf Republik Rakyat China sebagai satu-satunya wakil China di PBB dan memulihkan haknya di organisasi tersebut.

Walaupun resolusi itu sendiri tidak secara khusus menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada Republik Rakyat China, ia merupakan asas penting kepada kedudukan diplomatik Beijing di PBB.

China menyokong kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar ‘Satu China’ yang telah dimulakan di era Tun Razak pada 1974.

Malaysia pula telah lama mengamalkan dasar Satu China dalam hubungan diplomatiknya dengan Beijing. Oleh itu, apabila Anwar menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China, pendirian tersebut bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba atau terkeluar daripada kerangka dasar luar Malaysia.

Ia juga mempunyai kaitan dengan perkembangan hubungan rentas Selat Taiwan pada tahun 1992 melalui apa yang kemudiannya dikenali sebagai “1992 Consensus” (Konsensus 1992). Konsensus tersebut secara umum dikaitkan dengan prinsip bahawa terdapat “satu China”, tetapi kedua-dua pihak mempunyai tafsiran masing-masing terhadap maksud “China”.

Perlu diakui bahawa tafsiran terhadap Konsensus 1992 berbeza antara Beijing dan Taipei. Beijing menekankan prinsip satu China, manakala tafsiran Taiwan pada ketika itu menekankan konsep “satu China, tafsiran masing-masing”. Justeru, Konsensus 1992 tidak boleh disamakan secara tepat dengan pendirian politik setiap pihak pada hari ini.

Sokongan penuh Presiden China Xi Jinping terhadap keanggotaan Malaysia dalam BRICS mengiktiraf peranan penting negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Namun, terdapat satu persamaan penting: kerangka tersebut mengakui sensitiviti persoalan “satu China” dan membuka ruang kepada pengurusan perbezaan melalui dialog, bukannya peperangan.

Dalam konteks itu, kenyataan Anwar boleh dilihat sebagai sebahagian daripada kesinambungan pendirian Malaysia terhadap dasar Satu China serta pendekatan diplomatik yang mengutamakan kestabilan serantau.

Yang paling penting, pengiktirafan terhadap realiti diplomatik tidak semestinya bermakna Malaysia menyokong penggunaan kekerasan. Sebaliknya, Malaysia boleh berpegang kepada pendirian bahawa apa jua perbezaan mengenai status Taiwan mesti diselesaikan secara aman, melalui dialog dan tanpa penggunaan kekerasan.

Inilah pendekatan yang lebih bertanggungjawab.
Mengakui realiti dasar Satu China tidak bermakna menggalakkan peperangan. Sebaliknya, memahami sensitiviti isu Taiwan sepatutnya menjadi sebab yang lebih kuat untuk mengelakkan peperangan.
Dalam hal ini, pendirian Anwar bukanlah seruan untuk konfrontasi.

Ia boleh difahami sebagai usaha untuk mengiktiraf realiti geopolitik sambil menegaskan kepentingan keamanan dan kestabilan serantau.

Oleh Dato’ Jason Ong Khan Lee
Mantan ADUN Kebun Bunga





PM Anwar Mulakan Lawatan Kerja Ke Brunei Bermula Hari Ini

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sidang Kemuncak BIMP-EAGA sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 di Cebu, Filipina pada 7 Mei 2026. Foto Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama dua hari bermula hari ini bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) Kali ke-27 antara Malaysia dan Brunei.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan berkata siri rundingan pemimpin tahunan itu merupakan mekanisme dua hala peringkat tertinggi antara Malaysia dan Brunei.

Beliau berkata semasa rundingan itu, Anwar dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan menilai kemajuan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kesempatan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Kuala Lumpur pada 24 April 2026. Foto PMO

“Dalam konteks hubungan dua hala, sememangnya Malaysia dan Brunei memiliki hubungan yang akrab dan istimewa yang telah terjalin sejak tahun 1984.

“Selaku negara jiran rapat dan rakan kongsi peringkat ASEAN, kedua-dua pemimpin akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Satu Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama pengurusan bencana akan ditandatangani oleh menteri-menteri berkaitan bagi pihak Malaysia dan Brunei,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Negara ke Malaysia atas persilaan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 27 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mohd Aini berkata sebagai persediaan ALC-27, Mohamad Hasan akan mempengerusikan Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei pada esok secara bersama dengan Menteri Luar Brunei Kedua, Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof.

“Mesyuarat EOL tersebut akan memantau kemajuan kerjasama dua hala serta membincangkan hasil persetujuan yang telah dicapai oleh kedua-dua pemimpin semasa Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-26 yang diadakan di Putrajaya tahun lepas,” katanya.

Pada 2025, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei direkodkan pada RM5.86 bilion (USD1.37 bilion).

Jumlah eksport ke Brunei Darussalam pada 2025 bernilai RM4.20 bilion (USD 0.98 bilion), manakala jumlah import dari Brunei bernilai RM1.66 bilion (USD0.39 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM2.38 bilion (USD0.6 bilion).




Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di Program Temu Anwar & Majlis Perasmian HAMKA Antarabangsa 2026


 

BILA TAK MAMPU JAWAB SIAPA KHIANATI TH, ISLAM PULA DIJADIKAN PERISAI!







Menarik apabila isu salah laku dan tadbir urus Tabung Haji dibangkitkan, tiba-tiba naratif dialihkan kepada kononnya “institusi Islam sedang diserang.” Tunggu dulu.

Yang dipersoalkan ialah pengurusan, amanah wang pendeposit dan siapa yang bertanggungjawab. Bukan Islam.


Kalau ada individu menyeleweng dalam Tabung Haji, itu bukan bermakna Islam menyeleweng. Yang melakukan kesalahan ialah manusia dan manusia itulah yang perlu dipertanggungjawabkan.


Jangan kerana namanya institusi Islam, setiap kritikan terhadap pengurusannya terus dianggap serangan terhadap Islam. Itu bukan mempertahankan Islam. Itu menjadikan Islam sebagai perisai politik. Kemudian dikatakan salah laku hanya dilakukan oleh “segelintir orang”.


Baik. Kalau benar hanya segelintir, kenal pasti mereka, dedahkan bagaimana ia berlaku dan pastikan mereka diambil tindakan. Seorang atau seribu bukan persoalan utama. Amanah tetap amanah. Duit pendeposit tetap duit pendeposit.


Apabila kes Tabung Haji dibandingkan dengan terowong Pulau Pinang atau GLC lain, jawapannya mudah siasat semuanya. Jika ada salah laku, ambil tindakan. Kesalahan orang lain tidak menghapuskan kesalahan yang sedang dipersoalkan.


Begitu juga dakwaan bahawa pihak bukan Melayu lebih besar dalam perniagaan dan menjadi penyumbang rasuah. Kalau benar, kemukakan data, angka dan sumber. Dakwaan tidak menjadi fakta hanya kerana diucapkan dengan nada agama.


Yang lebih bermasalah ialah apabila persoalan akauntabiliti ditukar menjadi persoalan maruah Melayu-Islam. Apabila rakyat bertanya “Siapa bertanggungjawab terhadap salah laku Tabung Haji?”

jangan jawab dengan “Kenapa institusi Islam diserang?”

Itu dua perkara yang berbeza.


Menyiasat penyelewengan bukan menghina Islam. Malah menjaga amanah simpanan jutaan umat Islam sepatutnya menuntut lebih banyak penelitian, bukan kurang.


Islam tidak memerlukan penyeleweng dilindungi. Islam menuntut amanah, keadilan dan akauntabiliti. Jadi jangan alihkan tiang gol.


Soalan asas masih sama siapa bertanggungjawab? Apa yang berlaku? Bagaimana ia berlaku? Berapa kerugian? Siapa mendapat manfaat? Dan apakah tindakan yang telah diambil?


Kalau benar mahu mempertahankan Tabung Haji, pertahankan dengan fakta, dokumen, ketelusan dan tindakan bukan dengan menjadikan agama sebagai perisai.


Islam tidak tercalar apabila penyeleweng dihukum. Yang mencalarkan nama Islam ialah apabila pengkhianatan terhadap amanah cuba dilindungi atas nama Islam.


Kesimpulan


Jangan kerana pelakunya Melayu, isu amanah pula diputar menjadi soal maruah Melayu. Jangan kerana institusinya berlabel Islam, kritikan terhadap salah laku dianggap serangan terhadap Islam.


Membongkar penyelewengan bukan menghina Islam. Yang mencalarkan Islam ialah membela pengkhianatan atas nama agama.


IBNU ALI





KISAH NAK JUMPA MARA.... BERTABAH LAH.


 

IKUT KATA SUAMI


 

PI MANA DAH BUDAK NI... MAMPOIH KA APA KA... DIAM JA


 

HATI HATI... NAK PILIHANRAYA.. DIA NAK KELUAR AMANAT YANG MEMECAHBELAHKAN ORANG MELAYU


 

TAKUT ADA AHLI LEBAI YANG TERLIBAT GAMAKNYA.. INSYALLAH AKAN ADA.


Jamzuri Ardani




 Dia kata bila didedahkan sakau ke atas TH, itu satu bentuk serangan ke atas Islam.  Lepas ni jika parti dia didakwa rasuah, itu pun bagi dia serangan terhadap Islam. 


Nampak tak? Dia dah pre-empt awal-awal. 


Semalam bekas setiausaha politik MB Kedah diarah membela diri oleh mahkamah majistrate atas dakwaan rasuah.  


Adakah ini juga serangan ke atas Islam? Makin hari makin mengarut puak-puak nie.





DALAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NI, JANGAN DOK BUAT DIAM SAJA.. RAMAI YANG TAK MAMPU LAKUKAN TUKAR SAJA LAH... APA YANG PAYAH SANGAT.



 Jadual SPM 2026 diminta dikaji semula





Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti semula jadual SPM 2026 susulan kebimbangan ibu bapa dan calon.

Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada 23 November 2026, manakala Bahasa Inggeris pada 24 November 2026.

Beliau berpandangan jadual yang lebih munasabah perlu dipertimbangkan supaya tumpuan dan kesiapsiagaan calon tidak terjejas.

Apa pendapat anda? Adakah jadual ini wajar dikaji semula? 🤔




Secara mudah, “ MEMBUKA AIB “ terbahagi kepada 2

 





Secara mudah, “ MEMBUKA AIB “ terbahagi kepada 2


1. Aib melibatkan keperibadian

2. Aib melihatkan kemaslahatan ummah


Dalam isu Tabung Haji …. ianya melibatkan kemaslahatan ummah yakni pendeposit yg menabung di Tabung Haji. Maka memang wajar didedahkan


Yang nabi larang adalah membuka aib seseorang dalam hal keperibadian




TAK SEBUT LAK DAH


 

LALA TAU


 

INI TELAH DISIASAT TAPI DENGAR KRONOLOGI


 

MEMBACA MALAS.. CARI MAKLUMAT MALAS... KO CAKAP TAK OAKAI OTAM.


 

MELAYU ISLE MELAYU ISLE... LAAT MENYAKAW MELAYU


 

KAMI BAGI LAMA DAH... HANG PULAK NAK TUNJUK APA DI KEDAH? HABAQ MAI


 




ISU MENARA TELEKOM... TAK LAMA MASUK MAHKAMAH


 

LAWATAN AMENTERI KDN KE PAKISTAN ATAS JEMPUTAN

 


Meneruskan agenda sesi lawatan kerja rasmi saya di Pakistan, saya telah menghadiri mesyuarat dua hala bersama H.E. Syed Mohsin Raza Naqvi, Federal Minister for Interior and Narcotics Control of Pakistan di Islamabad; sekitar jam 7.00 petang waktu Malaysia semalam. 










Saya merakamkan penghargaan atas jemputan, layanan mesra serta segala urusan yang diatur sepanjang lawatan rasmi ini, di samping menyampaikan salam daripada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Pakistan dalam memudah cara dialog antarabangsa yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau, di samping berkongsi pengalaman Malaysia dalam membantu memudah cara rundingan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja. Pengalaman kedua-dua negara membuktikan bahawa dialog, diplomasi dan kerjasama kekal sebagai asas penting dalam menghadapi cabaran keselamatan dan geopolitik yang semakin kompleks.


Sebagai Menteri yang memikul tanggungjawab dalam hal ehwal dalam negeri dan keselamatan, kami berkongsi pandangan bahawa hubungan erat Malaysia-Pakistan perlu disokong oleh kerjasama yang sama kukuh antara institusi keselamatan dan penguatkuasaan kedua-dua negara. Pertemuan ini membuka ruang untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang praktikal, berimpak dan mampu diterjemahkan kepada tindakan susulan yang jelas.


Perbincangan meliputi pelbagai aspek keselamatan dan penguatkuasaan, termasuk kerjasama kepolisan, perkongsian risikan, pencegahan keganasan, pembanterasan dadah dan jenayah rentas sempadan, keselamatan siber, imigresen, pemerdagangan orang, pengurusan banduan serta penguatkuasaan maritim. Kedua-dua pihak turut bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan sebuah Working Group antara kedua-dua kementerian bagi menyelaras tindakan susulan dan memastikan setiap bidang kerjasama yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.


Malaysia dan Pakistan telah sekian lama menjalin hubungan yang erat berasaskan persahabatan, saling menghormati dan kepercayaan. Dalam landskap keselamatan global yang semakin mencabar, kerjasama strategik seperti ini perlu terus diperkukuh agar kedua-dua negara sentiasa bersedia mendepani ancaman baharu yang merentasi sempadan. Saya yakin hubungan yang lebih erat antara institusi keselamatan dan penguatkuasaan Malaysia serta Pakistan akan terus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kesejahteraan serantau.


🇲🇾🤝🇵🇰

#MalaysiaMadani

#YakinMadani

#KementerianDalamNegeri

#SaifNasution