PANAS! KENAPA ONN HAFIZ SIBUK MAHU PH NYATAKAN CALON MB? INI RESPON DR ZALIHA!


 

GEMPAK! SAMSURI MENGAKU MENJADI KETUA PEMBANGKANG PALING SINGKAT!


 

BERSATU - TIDAK DIPECAT, TAPI TERPECAT




23 Jun 2026


Berikutan kenyataan media yang dikeluarkan PN selepas mesyuarat tergempar malam tadi,  tentu ramai yang tertanya-tanya - kenapa Bersatu tidak dipecat?


Apakah PN takut untuk memecat Bersatu?


Atau Muhyiddin Yassin masih ada kekuatan sehingga tindakan pecat itu tidak dapat diambil?


Sebenarnya PN mengambil pendekatan paling bijaksana dalam menangani kedudukan Bersatu melalui mesyuaratnya malam tadi.


Jika mereka mahu memecat atau menyingkirkan Bersatu, “sap sap soi”

saja tindakan itu boleh diambil tanpa sebarang masalahZ


Sebabnya, jika Parti Cinta Malaysia, parti diketuai Hamzah Zainuddin yang merupakan musuh Bersatu dan masih dalam proses tukar nama kepada Parti Wawasan Negara pun boleh dipersetujui untuk diterima sebagai anggota baharu PN, hakikatnya untuk memecat Bersatu juga tentunya tiada masalah.


Selain Parti Cinta Malaysia, satu lagi parti yang diterima sebagai anggota baharu PN malam tadi ialah Pejuang yang diterajui Mukhriz Tun Mahathir.


Yang tidak dapat disangkal berdasarkan keputusan malam tadi ialah suara majoriti memang berpihak kepada kepimpinan semasa PN, bukan lagi dalam tangan pemimpin yang sudah menjadi bekas penerajunya.


Apa yang PN ingin toniolkan dengan tidak memecat atau menyingkirkan Bersatu ialah mereka ingin memperlihatkan gabungan itu sentiasa terbuka untuk menambah keanggotaan, menjadi bertambah besar dan memiliki lebih ramai kawan.


Selepas Parti Cinta Malaysia dan Pejuang, tidak mustahil selepas ini ada lagi beberapa parti akan turut diterima sebagai anggota PN.


Yang penting, PN sedang bergerak ke hadapan dengan menjadikan dirinya semakin inklusif sebagai  gambaran sudah sedia untuk memenangi PRU16 dan seterusnya menerajui negara.


Dalam konteks Bersatu, berikutan Parti Cinta Malaysia pimpinan Hamzah telah diterima sebagai anggota PN yang sah, pandai-pandailah Bersatu membawa diri selepas ini.


Kedudukan Bersatu dalam PN sudah berubah dan tidak lagi sama seperti sebelum ini.


Semua proses dalam PN, termasuk pembahagian kerusi di dua PRN terdekat ini dan PRU16 serta penggunaan logo, semuanya hendaklah dilakukan secara rundingan serta mendapat  kelulusan Pengerusi PN.


Kedudukan Hamzah dan Mukhriz yang kedua-duanya pernah dipecat daripada Bersatu sebelum ini, bermula malam tadi sudah sama taraf dengan Muhyiddin.


Memandangkan ketiga-tiganya adalah Presiden parti masing-masing, jawatan mereka dalam PN juga adalah sama iaitu Timbalan Pengerusi.


Ertinya walaupun Bersatu tidak dipecat daripada PN, tetapi kedudukan Muhyiddin dan parti itu sudah pun terpecat daripada segi kuasa, kedudukan serta pengaruh.


Cuma, sebagaimana Presiden PAS, Haji Hadi Awang pernah sebut pada 13 Jun lalu - oleh kerana PAS sudah putus hubungan dengan Bersatu dan PN akan menerima kemasukan parti pimpinan Hamzah, maka terserahlah kepada mereka sama ada mahu kekal atau sebaliknya.


“PAS dah bersetuju untuk berpisah dengan Bersatu, jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak kekal lagi, terpulang pada dialah.


“Tapi Parti Wawasan Negara (pimpinan Hamzah Zainudin) nak masuk PN tidak ada masalah,” kata Haji Hadi ketika sidang media selepas Konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini.


Terbukti apa yang Haji Hadi sebut sebelum ini telah menjadi kenyataan dalam mesyuarat tergempar PN malam tadiZ


Hanya yang dinanti sekarang - berapa lama Muhyiddin dan Bersatu boleh bertahan lagi dalam PN atau akan segera memilih keluar pergi? - ShahbudinHusin 23Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1318035406986242&id=100063393840098





ORIGINAL DSN PALESU.

 


Shahbudin Husin


Ada orang kata PN keluarkan dua kenyataan media malam tadi dan kedua-duanya saling bercanggah antara satu sama lain.





Memanglah bercanggah sebab hanya satu ori, manakala satu lagi adalah fake.


😜😜😇😇




HIDUP AMANAH. TAK JUAL AGAMA DAN TIPU BANGSA



 Inilah 19 orang calon daripada Parti Amanah Negara yang ditampilkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Johor ke-16.


Johor Ke Depan! Undi Harapan! 🔴⚪


#PartiAmanahNegara

#johorkedepanundiharapan

























PRU Johor: PM Anwar Umum Kesemua 56 Calon Pakatan Harapan



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO


TANGKAK, 22 Jun – Dua ahli Parlimen antara 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Kedua-dua mereka adalah Suhaizan Kayat yang juga Ahli Parlimen Pulai dan dicalonkan untuk kerusi DUN Larkin manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di Senggarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi di Padang Extreme Bukit Gambir yang dihadiri ribuan penyokong seluruh pelusuk Johor.

Beberapa nama lain yang diumumkan termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dicalonkan di DUN Puteri Wangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Selain itu, dua bekas EXCO Johor ketika PH menjadi kerajaan iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) dicalonkan semula di kerusi terbabit.

Turut disenaraikan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim bertanding di DUN Pasir Raja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Beberapa lagi muka baharu antaranya Noraziah Mohd Razit di Buloh Kasap; Jalex Lee En Xiang (Pemanis); Tay Yok Jiun (Bekok); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir); Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah); Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).

Selain itu, Hisyamuddin (Sri Medan); Yong Hu Yi (Yong Peng); Ramli Hamid (Semarang); Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja) dan Felicia Poh Rui Ling (Penggaram).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Calon bertukar DUN pula ialah Elia Nadira Sabudin DUN dari Bukit Pasir ke Tenang manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.

Bagi penyandang, mereka ialah Ee Chin Lin di DUN Tangkak; Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO

Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).

Berikut merupakan senarai penuh calon PH pada PRU DUN Johor:

Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Johor:

  1. Buloh Kasap – Rozy Razit
  2. Jementah – Ng Kor Sim
  3. Pemanis – Jalex Lee En Xiang
  4. Kemelah – Afif Abdul Hamid
  5. Tenang – Elia Nadira Sabudin
  6. Bekok – Tay Yok Jiuen
  7. Bukit Kepong – Subramani Chami
  8. Bukit Pasir – Najib Lep
  9. Gambir – Haji Mohd Nor Mohd Yusof
  10. Tangkak – Ei Chin Li
  11. Serom – Ahmad Nazari Abdul Hamid
  12. Bentayan – Ng Yak Howe
  13. Simpang Jeram – Nazri Abdul Rahman
  14. Bukit Naning – Ysauhrudin Kusni
  15. Maharani – Taqiuddin Cheman
  16. Sungai Balang – Soraya Badaruddin
  17. Semerah – Khuzzan Abu Bakar
  18. Sri Medan – Hishamuddin Misrin
  19. Yong Peng – Yong Hui Yi
  20. Semarang – Ramli Hamid
  21. Parit Yaani – Ezam Taslim
  22. Parit Raja – Shazwan Dainal
  23. Penggaram – Felicia Poh Rui Ling
  24. Senggarang – Onn Abu Bakar
  25. Rengit – Yazid Bakri
  26. Machap – Hafiz Roslan
  27. Layang-Layang – Guna Balakrishanan
  28. Mengkibol – Chu Poh Yee
  29. Mahkota – Ahmad Zuhan Mohd Zain
  30. Paloh – Ruben Arumungum
  31. Kahang – Sabri Kadir
  32. Endau – Saiful Nizam Samat
  33. Tenggaroh – Yusof Dawam
  34. Panti – Daniel Sharudin
  35. Pasir Raja – Fakharuddin Moslim
  36. Sedili – Amirul Husni Onn
  37. Johor Lama – Danish Rahman
  38. Penawar – Sawaludin Salleh
  39. Tanjung Surat – Faizul Abdul Ghani
  40. Tiram – Nor Zulaila Abdul Ghani
  41. Puteri Wangsa – Maszlee Malik
  42. Johor Jaya – Lee Wern Yiing
  43. Permas – Teo Siew Hui
  44. Larkin – Suhaizan Kaiat
  45. Stulang – Andrew Chen Kah Eng
  46. Perling – Alan Tee Boon Tsong
  47. Kempas – Faezuddin Puad
  48. Skudai – Kartiyaini Jeyapalan
  49. Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad
  50. Bukit Permai – Shafwan Ani
  51. Bukit Batu – Arthur Chiong Sen Sern
  52. Senai – Wong Bor Yang
  53. Benut – Abdul Razak Ismail
  54. Pulai Sebatang – Haniff Hosman
  55. Pekan Nanas – Yeo Tun Siong
  56. Kukup- Cheah Chee Hong




IDUP DAP...KITA TAK SAKAW DUIT, KITA TAK GUNA AGAMA DAN BANGSA...

 


𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 (𝐃𝐀𝐏) 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐏𝐑𝐍) 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 






















Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai penuh 17 bakal calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mewakili Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.


Daripada 17 calon yang diumumkan, seramai 8 daripadanya ialah wanita, mewakili 47% daripada keseluruhan calon dan mencerminkan komitmen DAP terhadap sasaran sekurang-kurangnya 30% penglibatan wanita dalam kepimpinan.


Barisan bakal calon ini turut mencerminkan kepelbagaian serta komitmen DAP dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda untuk meneruskan agenda pembangunan dan kemajuan Johor.


Berikut merupakan senarai bakal calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri Johor 2026:


N02 Jementah - Ng Kor Sim (https://www.facebook.com/ngkorsim)


N.06 Bekok - Tay Yok Jiuen (https://www.facebook.com/profile.php?id=61590151217827)


N.10 Tangkok - Ee Chin Li (https://www.facebook.com/EeChinLi)


N.12 Bentayan - Ng Yak Howe (https://www.facebook.com/ngyakhowe)


N.19 Yong Peng - Yong Hui Yi (https://www.facebook.com/yonghuiyi95)


N.22 Parit Raja - Shazwan Zdainal (https://www.facebook.com/ShazwanZdainal)


N.23 Penggaram - Felicia Poh Rui Ling (https://www.facebook.com/felicia0417)


N.28 Mengkibol - Chu Poh Yee (https://www.facebook.com/profile.php?id=61590761641558)


N.30 Paloh - Ruban Arumugam (https://www.facebook.com/share/1CoA39RJmg/?mibextid=wwXIfr) 


N.40 Tiram - Nor Zulaila (https://www.facebook.com/profile.php?id=100064320354740)


N.42 Johor Jaya - Lee Wern Yiing (https://www.facebook.com/profile.php?id=61550943031289)


N.45 Stulang - Andrew Chen Kah Eng (https://www.facebook.com/DAPAndrewChen)


N.46 Perling - Alan Tee Boon Tsong (https://www.facebook.com/AlanTeeBoonTsong)


N.48 Skudai - Kartiyaini Jeyapalan (https://www.facebook.com/share/1EJSP8Pzrw/?mibextid=wwXIfr)


N.50 Bukit Permai - Mohamad Shafwan Ani (https://www.facebook.com/mshafwan24)


N.52 Senai - Wong Bor Yang (https://www.facebook.com/BorYang.86)


N.55 Pekan Nanas - Yeo Tung Siong (https://www.facebook.com/share/14i4QkTqVX1/?mibextid=wwXIfr)


Ayuh beri sokongan kepada kesemua bakal calon Pakatan Harapan demi meneruskan agenda reformasi dan membawa lebih banyak peluang serta harapan untuk Johor.


Johor Ke Depan‼ Undi Harapan‼🔺🚀


#JohorKeDepanUndiHarapan






LIHAT BAGAIMANA MENDAPATKAN HARGA DIESEL 210

 Alhamdulillah.... 







Che Ibrahim


1. Pemilik kenderaan diesel yang telah menerima Budi Madani MyDiesel layak secara automatik menerima Budi Madani Diesel melalui Mykad sebanyak 200l + 100l sebulan mulai 27 Jun 2026.


2. Penerima Budi Agri Komoditi kekal menerima sumbangan tersebut.




DIA MANA FAHAM SUPPLY AND DEMAND



ZAINUDDIN Omar




 Harga Musang King turun sebab supply and demand, tu basic ekonomi. 


Tapi harga diesel turun tu memang kerja Dr Sam kan? Ahaks.




ADA SATU PUAK SAJA DALAM MEDSOS YANG TAK BERSYUKUR...BILA NAIK DIA KATA ZALIM...BILA TURUN DIA KATA PILIHANRAYA.HARI INI ATAS JALAN DAH BANYAK PUAK PUAK NI ATAS JALAN..PUAK PUAK NI GUNA 4X4 UNTUK MENGEBAT.

 

Penurunan Diesel RM2.10 Seliter Disambut Baik Pengguna Kenderaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter ketika berucap merasmikan Pelabuhan Bintulu yang kini secara rasminya diserahkan kepada Kerajaan Sarawak pada 21 Jun 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pengumuman Kerajaan MADAMI menurunkan harga bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai Julai ini disambut baik pengguna kenderaan diesel yang menyifatkan ia sebagai berita baik yang ditunggu-tunggu.

Beberapa pengguna yang ditemui menganggap langkah itu dapat mengurangkan beban kos bahan api yang ditanggung ketika ini.

Peniaga pasar malam di Shah Alam, Selangor Mohd Faizal Ahmad, 43, berkata penurunan itu banyak memberi penjimatan kepadanya.

Pengguna kenderaan diesel yang berniaga di pasar malam termasuk di Shah Alam mengalu-alukan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 bermula Julai 2026. Foto

“Setiap hari saya ulang-alik dari rumah ke tapak niaga dengan membawa khemah serta barang jualan. Bila harga turun dan subsidi hanya untuk rakyat Malaysia, saya rasa lebih yakin bantuan itu sampai kepada golongan yang betul.

“Saya berharap proses menggunakan MyKad nanti akan mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kontraktor kecil dari Johor Bahru, Johor Tan Chee Keong, 52, yang menggunakan Toyota Hilux bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan penghantaran bahan binaan menyifatkan langkah itu sebagai baik dan lebih adil.

“Kos bahan api antara perbelanjaan utama. Kalau sistem MyKad dapat memastikan subsidi tidak disalah guna, saya rasa itu langkah yang baik,” katanya.

Pengusaha kebun sayur dari Sungai Siput, Perak R. Mageswaran, 38, berkata penurunan harga diesel dapat membantunya mengurangkan kos operasi.

“Saya gunakan van untuk hantar sayur ke pasar dan kedai makan hampir setiap hari. Bila harga diesel lebih rendah, sedikit sebanyak dapat kurangkan kos operasi. Saya harap pelaksanaan menggunakan MyKad nanti berjalan lancar supaya orang yang benar-benar menggunakan diesel untuk cari rezeki dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Menara Kidurong, Bintulu bagi merasmikan Pelabuhan Bintulu yang kini secara rasminya diserahkan kepada Kerajaan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 21 Jun 2026. Foto PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026 dan dilaksanakan selaras dengan pendekatan yang digunakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), iaitu dengan pengesahan melalui MyKad.

Anwar berkata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan memberikan penjelasan mengenai perlaksanaan harga baharu diesel bersubsidi esok.