KEH..KEH..KEH...AMBIK ORANG TAK LKLUS MATEMATIK CAM GINI LAH...


 

UMNO Makin Goyang Dengan PKR? Mengapa Sampai Perlu Ada 2 Pengarah Piliha...

ISWARDY JAWAB MAMPUKAH PENGARAH PILIHAN RAYA BERSAMA IZZAH & SAIFUDDIN M...

Reformasi Struktur Ekonomi Negara

Saifuddin dilihat sebagai hulubalang bersama Nurul Izzah.......

Menteri tak buat apa-apa - Dalam Parlimen pun kena balun kow-kow | FADHL...

Sejarah baru industri penerbangan: CAAM kini badan tunggal & bebas

 


OLEH A. ZAHID



Mulai 1 Ogos ini, sejarah baru akan terpahat dalam industri penerbangan negara apabila dua entiti utama, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), disatukan di bawah satu bumbung.


Rasionalisasi ini bukan sekadar penstrukturan semula organisasi; ia adalah langkah strategik yang membawa pelbagai manfaat jangka panjang kepada negara, industri, dan rakyat.


Sebelum ini, industri penerbangan kita beroperasi dengan dua badan pengawalseliaan: CAAM bagi aspek teknikal dan keselamatan, manakala Mavcom pula menguruskan aspek ekonomi dan perlindungan pengguna.


Dualisme ini, meskipun mempunyai justifikasi sejarah, semakin tidak relevan dalam konteks dunia moden yang menuntut kelincahan birokrasi dan penjimatan sumber.

Maka, apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa CAAM akan mengambil alih sepenuhnya fungsi kawal selia ekonomi daripada Mavcom, ia disambut sebagai keputusan tepat pada masanya.



Antara kebaikan utama rasionalisasi ini ialah penyelarasan fungsi dan pengurangan pertindihan kuasa.

Dengan hanya satu badan regulator, proses kelulusan, pemantauan dan kawal selia menjadi lebih cepat dan efisien.


Ini memberi impak positif kepada syarikat penerbangan, pelabur asing dan pengguna yang selama ini terpaksa berurusan dengan dua entiti berbeza.


Rasionalisasi ini juga membuka laluan kepada CAAM untuk menjadi entiti lebih dinamik yang bersedia menghadapi cabaran global seperti pemulihan pasca-pandemik, krisis tenaga, dan transformasi digital dalam sektor penerbangan.


Langkah ini juga membawa penjimatan fiskal kepada kerajaan. Setelah CAAM diberi status Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB), ia tidak lagi bergantung kepada dana awam tahunan.


Maka, rasionalisasi ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan negara, tetapi juga mewujudkan pentadbiran lebih telus dan berakauntabiliti tinggi.

Isu kebajikan petugas Mavcom turut ditangani dengan penuh teliti. Seramai 57 petugas akan ditawarkan penempatan bersesuaian di CAAM, dengan penilaian berdasarkan kemahiran dan pengalaman.

Malah, satu sesi dialog awam akan diadakan bagi membincangkan semakan gaji bersesuaian dengan peningkatan tanggungjawab.

Ini menunjukkan bahawa reformasi ini tidak dibuat secara tergesa-gesa, tetapi dengan pertimbangan manusiawi yang seimbang.

Lebih penting, rasionalisasi ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjadikan Malaysia hab penerbangan serantau.


CAAM yang diperkuatkan dengan fungsi ekonomi kini berada dalam kedudukan terbaik untuk memacu pertumbuhan industri secara mampan, menyokong inovasi teknologi, dan menarik pelabur antarabangsa dalam sektor logistik, kargo dan pelancongan udara.

Rasionalisasi CAAM-Mavcom adalah langkah ke hadapan yang berani dan berpandangan jauh.

Ia bukan sahaja menyusun semula struktur pentadbiran, tetapi juga mengukuhkan asas ekonomi penerbangan negara dalam landskap global yang semakin mencabar. Langit Malaysia kini lebih bersedia untuk terbang tinggi.









Perang Iran-Israel: Rakyat harus bersatu hadapi krisis ekonomi, geopolitik

 

Oleh FAIZ FADZIL


Perang Iran-Israel yang tercetus sekarang berpunca daripada sikap imperialisme Israel yang mahu meluaskan kuasanya di Asia Barat sedangkan Israel sendiri adalah negara menduduki (occupied) dengan merampas tanah sah milik rakyat Palestin sejak 1948.

Siri-siri serangan dan pembunuhan kejam Israel merupakan satu perbuatan genocide dan melanggar batas Hak Asasi Manusia.



Konsep “2 States Solution” yang dicanang sebagai penyelesaian konflik ini merupakan satu kesilapan besar kerana pengiktirafan negara yang disebut Israel memberikan lesen sah kepada mereka untuk menyerang rakyat Palestin, dan kini menyerang Iran.

Sedangkan, sejarah pembentukan negara yang disebut Israel ini berpunca daripada satu kumpulan militan yang dikenali “haganah”.

Ada yang mengaitkan siri peperangan di Asia Barat termasuk di Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya dan Syria merupakan isu agama.


Jika ia isu agama, sudah pasti negara umat Islam yang menguasai Asia Barat bersatu menentang serangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.

Jika atas nama agama, sudah pasti negara-negara Arab ini tidak akan berdiam diri melihat peperangan-peperangan ini berlaku.

Ataupun adakah kerana berbeza mazhab atau suku kaum membuatkan mereka bersikap sebegini?

Naif sangatlah umat Islam jika sanggup membiarkan ribuan manusia dibunuh hanya kerana perbezaan ini.


Justeru, ada yang mengatakan Israel angkuh bukan sebab kekuatannya, tetapi sebab kelemahan negara umat Islam untuk bersatu.

Sebab itu, peperangan ini perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan bukannya agama.

Isu kemanusiaan

Sebagai parti Islam yang progresif dan inklusif, AMANAH seharusnya ke depan dalam menyedarkan rakyat Malaysia bahawa isu peperangan ini bukanlah isu agama, tetapi isu kemanusiaan.

Kemanusiaan melangkaui perbezaan agama dan kaum, jika rakyat Eropah berani bersuara menentang peperangan ini, kenapa tidak rakyat Malaysia walaupun pelbagai kaum.

Keamanan yang dibina di negara ini boleh menjadi contoh kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbezaan tidak mengatasi kemanusiaan.

Inilah kefahaman geopolitik yang harus difahami rakyat Malaysia terutama umat Islam dan oleh itu, peranan tokoh-tokoh agama adalah sangat penting untuk mula bercakap dan bersyarah tentang isu ini bagi membangkitkan kesedaran rakyat bahawa penyatuan membela kemanusiaan adalah tanggungjawab bersama.

Saya mula mempelajari geopolitik apabila melihat foto almarhum ayahanda saya dengan as-Syahid Hassan Nasrallah sewaktu saya masih remaja.

Ketika itu, almarhum banyak berkongsi berita peperangan di Asia Barat. Mereka berdua berbeza, tetapi bersatu dan bersama dalam isu peperangan dan perjuangan membela Palestin. Ketika Iraq diserang, almarhum ayahanda memberikan sokongan kepada Iraq.



Ketika Iraq diserang, almarhum ayahanda memberikan sokongan kepada Iraq. Saya masih di tingkatan 1, saya berpeluang bertanya kepada beliau kenapa menyokong Iraq sedangkan Saddam Hussein itu zalim dan pernah berperang dengan Iran.

Lalu almarhum menjelaskan dengan satu ayat “Iraq melawan Amerika”. Justeru, tidak hairan bilamana almarhum boleh bersama dengan musuh politik demi melawan musuh yang lebih besar.



Semalam, genap 23 tahun pemergian almarhum Fadzil Noor, tetapi prinsip, pemikiran dan legasi politiknya bahawa “the bigger enemy is the real enemy” tetap relevan sehingga ke hari ini.

Yang lebih membimbangkan adalah kesan peperangan Iran-Israel ini boleh mencetuskan krisis ekonomi.


Harga barang makanan boleh melonjak yang akan memberikan kesan kepada kos sara hidup rakyat dan jika perang ini berpanjangan, ia boleh menjejaskan perdagangan yang boleh memberikan impak kepada isu pekerjaan.

Ketika tercetusnya perang Russia-Ukraine, harga ayam tempatan melonjak kerana kenaikan harga import dedak.

Atas kesedaran ini, kerajaan Madani menggerakkan halatuju keterjaminan makanan (food security) bagi memastikan bekalan makanan sentiasa cukup.


Namun, usaha ini masih di peringkat awal dan oleh itu, Malaysia masih bergantung kepada import dan peperangan ini boleh menjejaskan bekalan makanan diimport yang mencecah hampir RM79 bilion setahun setakat 2023.

Krisis antarabangsa

Apa sahaja krisis global sama ada peperangan atau kesihatan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara.


Ketika krisis Covid-19, ekonomi negara mengecut, nilai dagangan lemah dan lebih 140,000 orang kehilangan pekerjaan akibat penutupan ribuan kilang dan syarikat. PKS tidak mampu meneruskan perniagaan mereka tatkala hutang yang semakin menggunung.

Peperangan Iran-Israel jika berpanjangan boleh mencetuskan krisis antarabangsa berskala besar dan sudah pasti boleh meningkatkan harga minyak yang memberi kesan kepada kadar inflasi.



Ini adalah kerana negara-negara Asia Barat adalah negara pengeluar minyak dan Iran juga adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan menduduki tangga ke-9 pengeluar minyak terbesar dunia.


Serangan ke atas infrastruktur minyak dan ganggunan logistik boleh menjejaskan pengeluaran minyak dan kekurangan bekalan bahan bakar ini akan meningkatkan harganya.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersatu berhadapan pergolakan ini. Amalan jimat dan hemat berbelanja perlu dipupuk seawal mungkin supaya kita mempunyai simpanan berhadapan sebarang krisis ekonomi jika berlaku.


Kerajaan Madani digesa untuk mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan, menetapkan dasar fiskal yang lebih mampan dan memastikan penyediaan dana yang cukup kepada sektor perniagaan terutama PKS adalah antara strategi penting bagi mengurangkan beban rakyat sekiranya krisis pergolakan global ini semakin serius.



*FAIZ FADZIL merupakan Setiausaha Agung AMANAH.




Maszlee MPP sudah sound AMK tak perlu berlagak......

🔴 Baru 3 Menit Yang Lalu Balasan Iran ke Israel-Amerika Gila !! Kini Rud...

Mengapa Malaysia Lebih Memilih Jet F/A-18 Kuwait Berbanding MiG-35 Rusia



Salah satu sebab utama Malaysia memilih F-18 Kuwait ialah keserasian dengan armada sedia ada. TUDM telah mengendalikan F-18D Hornet sejak 1997, jadi penambahan unit daripada sumber yang sama akan memudahkan operasi, penyelenggaraan dan logistik.






Serangan AS terhadap Iran bakal cetus Perang Dunia Ketiga? Saya fikir ti...

POLICE REPORT ON UMS STUDENTS' BEHAVIOR OF BURNING PMX CARTOONS!

Adam Adli dah jadi MPP pergilah nasihat mahasewel yang bakar karikatur PM

TERKINI! 55% RAKYAT SEMAKIN MENERIMA KERAJAAN DAN JUGA PERDANA MENTERI!

BAGI YELLEK LA


Sham Ghaz






 Bagi RM4 Billion tu, tapi batalkan semua syarikat konsesi yang teruk dan kualiti kerja cap ayam. 


Barulah jalan raya di Malaysia elok. 


Jika tidak tak berubah lah YB Alexander Nanta Linggi


Hantar semua staf JKR pergi belajar dgn Thailand pun dah ok YB, sebelah je



ORANG PALING BAHAYA DALAM DUNIA TEKNOLOGI.



 🚨 Orang paling berbahaya dalam dunia teknologi sekarang bukan Elon Musk, bukan juga Sam Altman... tapi seorang anak muda berumur 28 tahun.






Ya, dia bukan selebriti. Tapi dia orang yang bina sistem latihan yang menjadikan OpenAI (GPT) makin bijak dan berkembang gila-gila.


Sekarang ni, Meta sanggup bagi dia RM70 bilion (USD15 bilion!) untuk pimpin makmal Superintelligence mereka.


Siapa dia? Alexandr Wang....


Tapi inilah sebab kenapa semua CEO besar dalam dunia teknologi tengah risau:


📌 Dia bukan bina AI model. Bukan juga API. Tapi dia yang cipta sistem latihan — otak belakang tabir yang ajar AI macam mana nak fikir. Tanpa sistem ni, GPT takkan sampai ke tahap hari ni.


📌 Zuckerberg sedar dia jauh ketinggalan dari OpenAI, xAI dan Anthropic. Jadi bila dia dapat anak muda ni masuk team, Meta terus bentuk pasukan Superalignment. Misi? Bukan sekadar hasilkan AI yang canggih, tapi kawal AI pada skala seluruh dunia.


📌 Budak ni dah ‘masuk’ semua sistem makmal AI besar. Dia tahu mana sistem yang tahan diuji, mana yang akan pecah bila tekan sikit. Kalau ada orang yang tahu rahsia sebenar AGI, dialah orangnya.


📌 Ini bukan soal nak buat chatbot. Ini soal siapa yang akan kuasai ‘otak internet’ dunia. Siapa yang pegang teknologi ni, dialah yang bakal tentukan arah masa depan.


📌 RM70 bilion bukan untuk kajian biasa. Ini pertaruhan penuh dari Meta. Mereka nak jadi nombor satu dalam perlumbaan AI. Sebab dalam perlumbaan ni, pemenang akan sapu semua. Tempat kedua mungkin tak relevan langsung.


🔥 Pendek cerita? Zuckerberg dah ready untuk berperang. Fasa kedua perang AI bakal bermula.


Dan percayalah... masa depan dunia teknologi baru saja jadi lebih panas 🔥


---


Kalau korang minat AI, teknologi atau nak tahu ke mana hala tuju dunia digital, ini masa yang sesuai untuk buka mata. Game baru je nak bermula.




SILAP SEBENARNYA- RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN PADA PEMBANGKANG. SEBAB SELAIN BENGAP, LEMAH, DILIHAT GAGAL UNYUK NAK CARI ISU YANG LEBIH BAIK.


 

BUAT PERASUAH


 

DUA PANGLIMA PERANG

 

Ada benda kita boleh terima.. Ada yang kita rasa. Perlu pembaikan 



Faudsii Al Majid. 



𝐃𝐔𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐍𝐀


Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini membuat satu langkah yang amat strategik — melantik dua Pengarah Pilihan Raya serentak. Kalau satu sudah cukup untuk mengatur strategi, dua tentulah menggandakan kemenangan, bukan? Atau mungkinkah dua kepala sebenarnya tandanya satu badan sedang sakit?


Kononnya ini lambang pengukuhan. Tapi di mata rakyat, ia lebih menyerupai tanda penyakit lama kembali berulang — perebutan pengaruh, pergelutan puak dalam parti, dan kegagalan memutuskan hala tuju secara sepakat. Bila tak boleh tentukan siapa paling layak, jawapannya mudah: lantik kedua-duanya! Bukankah itu penyelesaian klasik bila keputusan sebenar terlalu sukar — atau terlalu sensitif?


Masalahnya, politik bukan projek gotong-royong. Ia perlukan kepimpinan jelas, bukan kompromi senyap-senyap.


𝐏𝐇: 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐨𝐩𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧?


Sebagai tulang belakang Pakatan Harapan, PKR sepatutnya menjadi simbol kestabilan dan hala tuju reformasi. Tetapi apabila parti utama mula kelihatan seperti kapal dua nakhoda, ia bukan sahaja goyah, tetapi mencetuskan gegaran dalam seluruh armada.


Kerajaan Perpaduan, yang sudah cukup rumit dengan ideologi berbeza di bawah satu bumbung, kini dibebankan pula dengan drama dalaman sebuah parti. Bila PKR gagal menunjukkan arah, jangan salahkan rakyat kalau mereka mula percaya bahawa kerajaan ini hanya berpaut pada majoriti angka, bukan prinsip.


Dan ya — sementara PKR sibuk melantik pengarah kanan dan kiri, pengarah depan dan belakang — dasar kerajaan makin kelihatan seperti papan catur, bukan pelan pentadbiran.


𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧𝐠: 𝐃𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐓𝐞𝐩𝐢, 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐛𝐚𝐤 𝐊𝐚𝐤𝐢 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢


Di satu sudut lain, pembangkang tak perlu buat kerja banyak. Mereka hanya perlu duduk, minum kopi, dan saksikan satu demi satu kecelaruan dalam kerajaan.

Setiap kali PH berperang sesama sendiri, pembangkang makin kuat.

Setiap kali PKR bercakaran, PAS dan Bersatu senyum lebar.


Mereka ada naratif jelas: “Kami pertahankan Melayu, Islam, Raja.”

Apa pula naratif PH hari ini? “Kami sedang mesyuarat menentukan siapa ketua perang.”


Dengan bantuan media sosial dan retorik agama, pembangkang berjaya pikat anak muda luar bandar. Sementara PH masih terperangkap dengan wacana lama: ceramah intelek yang hanya dipuji oleh kalangan sendiri.


𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮: 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠, 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐃𝐢𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭


Tatkala PKR kelam kabut menentukan siapa nak urus jentera pilihan raya, parti-parti berasaskan ketuanan Melayu bersorak gembira.

Dengan kekeliruan ini, PH semakin lemah dalam berunding — dan parti yang suatu masa dahulu ditolak rakyat kini kembali mencatur polisi atas nama ‘kesatuan’.


Bila suara reformasi makin perlahan, yang tinggal hanyalah kompromi demi kekal berkuasa. Siapa rugi? Bukan pemimpin. Tapi rakyat yang berharap perubahan.


𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐂𝐞𝐫𝐝𝐢𝐤 𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐭𝐨𝐦 𝐏𝐚𝐧𝐢𝐤?


Melantik dua pengarah pilihan raya mungkin nampak bijak atas kertas — “sorak ramai, strategi berlapis” — tetapi dari kaca mata realiti politik, ia menandakan krisis keyakinan dan perebutan kuasa dalaman.


Seperti orang yang tak tahu nak pilih lauk, akhirnya ambil dua-dua — bukan kerana lapar, tapi kerana tak berani buat keputusan.


Sementara itu, rakyat terus menunggu. Menunggu pilihan raya. Menunggu reformasi sebenar.

Dan jika PKR serta PH masih sibuk bermain watak dalam drama dalaman sendiri, jangan terkejut kalau pengundi akhirnya beralih ke saluran lain

NAK AMAL PERUBATAN ISLAM, AKHLAK KENA PERBAIKI DULU


 

APA YANG PERLU MCA LAKUKAN IALAH KELUAR BN, BUKAN KELUAR KERAJAAN.

 

Bekas Naib Presiden dan Ketua Bahagian MCA Kuantan, Ti Lian Ker menggesa parti itu agar segera keluar daripada kerajaan.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan MCA terus terbeban dengan janji-janji kerajaan madani pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Ti turut mendakwa hampir semua Ketua Bahagian MCA bersetuju untuk menarik sokongan daripada kerajaan Madani, namun kekal dalam Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu juga adalah demi kelangsungan MCA dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Jika kita terus bersama dalam kerajaan Madani, MCA tidak ada kerusi untuk ditandingi dalam PRU selepas ini.

“Kalau ikut formula sedia ada, semua kerusi dimenangi DAP akan terus ditandingi mereka… jadi, apa yang tinggal untuk kami?” soalnya.


Sebenarnya MCA tidak perlu pun keluar daripada kerajaan kerana parti itu tiada sebarang kedudukan atau jawatan dalam kerajaan.

Dua Ahli Parlimennya, Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng tidak diberi apa-apa jawatan dalam kerajaan, meskipun BN yang dianggotai MCA adalah komponen utama kerajaan perpaduan ini.

Nak keluar daripada kerajaan macam mana sedangkan MCA tidak berada pun dalam kerajaan?

Keberadaan MCA dalam kerajaan hanyalah sekadar simbolik atas kedudukannya sebagai komponen BN semata-mata.

Kalau diteliti daripada kenyataan Ti itu, masalah MCA adalah berkaitan kebimbangan berapa banyak kerusi yang mereka akan dapat bertanding pada PRU16 akan datang.

Masalah itu sebetulnya adalah berkaitan BN, bukan berkaitan keberadaan dalam kerajaan.

Selagi BN kekal bersama kerajaan sedia ada ini, tak usahlah parti itu bermimpi untuk bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Ini kerana kerusi yang sedia dimenangi oleh DAP akan terus ditandingi parti itu.

Zahid Hamidi sendiri ada memberi kenyataan sebelum ini bahawa gabungan itu akan terus bekerjasama dengan PH dan lain-lain parti dalam kerajaan pada PRU16 akan datang, tetapi akan menggunakan logo BN.

Pendek kata, kaedahnya adalah sama seperti PRN enam negeri pada 2023 dahulu iaitu di mana BN bertanding, PH tidak bertanding di situ dan begitulah sebaliknya.

Dalam keadaan seperti itu, ia bermakna MCA hanya akan bertanding dua kerusi Parlimen yang sekarang dimenanginya saja, manakala kerusi di kawasan Cina yang lain tidak berubah menjadi milik DAP.

Kalau ada tambahan pun, mungkin MCA akan diberi satu atau dua kerusi sebagai ihsan atau kasihan.

Ertinya, MCA kekal tiada peranan utama dan hanya layak duduk di gerabak kelas ketiga di bahagian belakang.

Jika MCA ingin bertanding banyak kerusi, pilihan yang tepat ialah mereka kena keluar daripada BN.

Apabila keluar daripada BN, secara automatik mereka akan terpisah dan keluar daripada kerajaan madani.

Hanya dengan keberanian itu, barulah boleh menentukan haluan sendiri, sekaligus bertanding banyak kerusi.

Selepas keluar BN nanti, pandai-pandailah mengikat kerjasama dengan parti atau gabungan lain bagi mencari kemenangan.

Hanya apabila dapat bertanding banyak kerusi barulah dapat memungkinkan untuk menang lebih banyak kerusi juga.

Kalau kekal bersama BN, jangankan nak bermimpi menang banyak kerusi, nak bertanding banyak kerusi pun kekal merupakan mimpi di siang hari. – ShahbudinHusin 23Jun2025.





ULASAN ISU SEMASA ISWARDY MORNY


 

BETUL BARANG NAIK...BARANG UNTUK SIAPA YANG NAIK ? 33 DULU YANG KINI PEMBNAGKANG, MEREKA TIDAK LAKUKAN APA APA .


 

DEMONTRASI NAK TURUN ANWAR. NANTI KENA JAWAB LA. ANWAR TAK HALANG PUN SEBAB TAHU ERTI DEMOKRASI


 

PAS TAK BANTU KAH? WALAUN YANG RAMAI RAMAI TAK BANTU KAH.?




Kami Viral


 Media melaporkan, walaun driver UiTM telah ditahan oleh pihak polis, dan kini direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.


Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat ke atas walaun driver UiTM tersebut, berhubung satu hantaran beliau di akaun media sosial miliknya.


Walaun driver UiTM tu tulis, "dua-dua butOh", dipercayai ditujukan kepada YDP Agong dan Perdana Menteri.


Hantaran itu diyakini dibuat secara sedar kerana mempercayai fitnah Sinar Harian.


Dalam masa yang sama, PAS mengambil sikap tidak mahu peduli langsung terhadap apa yang berlaku ke atas walaun driver UiTM dan sanggup membiarkan beliau bersendirian hadap semua tu.


Pemuda PAS juga dilihat tidak mahu membuat sebarang bentuk himpunan atau solidariti memperjuangkan walaun driver UiTM.


Netizen mula mempersoalkan kenapa PAS lebih sanggup membela Yusof Rawther berbanding walaun driver UiTM? 


"Apakah walaun driver UiTM tu perlu umum sokong lsraeI macam Yusof Rawther baru PAS nak datang bela?", soal netizen.


Demikianlah nasib walaun driver UiTM. 


Nak kesian pun serba salah, PAS sendiri pun taknak kesian kat dia.


Dia hilang pekerjaan ke, hilang sumber pendapatan ke, apa nasib anak bini dia ke, itu semua PAS tak peduli.


Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita orang yang beriman.



WALAUN MANIA


 

ORANG MELAYU SUSAH SANGAT KAH?

 


WOIIII... TUAN BRAHIM.... SEMBANG APA LA HANG NI


 

MB PERLI DIDESAK LEPAS JAWAPAN


 

SAYA TANYA CHATGPT TENTANG KEADAAN EKONOMI MALAYSIA



Mohd Arip Kasmo



قُلِ الْحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا

Katakanlah yang benar walaupun ia pahit.


Kepada kawan kawan yang mengaku beriman, dan telah melalui madrasah tarbiyah.ingat hadith Rasulullah di atas


Allah swt berfirman


وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ


"Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa..."


xxxxxxxxxxxxxxxxxx


Secara ringkas: Tidak benar bahawa rakyat Malaysia hidup semakin sukar selepas penubuhan kerajaan Madani. Sebaliknya, pelbagai data dan analisis menunjukkan keadaan ekonomi makin kukuh serta bantuan rakyat lebih menyeluruh, walaupun masih terdapat cabaran dan kritikan tertentu.


Indikator ekonomi meningkat positif


1. KDNK melonjak ke 5.1 % pada 2024 (berbanding 3.6 % pada 2023), melebihi jangkaan asal 4–5 %  .


2. Inflasi terkawal, sekitar 1.5–1.8 % pada akhir 2023, lebih baik berbanding banyak negara serantau  .


3. Defisit fiskal menurun, dari 5.6 % (2022) → 5.0 % (2023) → 4.1 % (2024), menunjukkan disiplin fiskal lebih baik  .


4. Pelaburan langsung asing meningkat lebih 12 % – RM17.1 bilion bersih suku ke-4 2023  .


5. Nilai Ringgit semakin stabil, berada pada paras RM4.19–4.50 per USD, mencerminkan keyakinan pelabur luar dan dalaman  .


🧾 Bantuan langsung & inisiatif sasaran rakyat

Bantuan langsung & inisiatif sasaran rakyat


STR & SARA (Sumbangan Tunai/Asas Rahmah): bantuan tunai antara RM100–200 sebulan disalurkan kepada golongan B40, membantu meringankan beban kos harian, dan merangsang ekonomi pengguna (RM67 juta telah dibelanjakan)  .


Harga siling 'Beras Putih Malaysia Madani' dijaga pada RM30/10 kg sejak Feb 2024  .


Subsidi elektrik ditangguh, dilihat langkah berhemah untuk lindungi pengguna, walaupun memberi tekanan kepada TNB  .


Kritikan & cabaran sedia ada


Beberapa pengulas dan ahli ekonomi mengingatkan bahawa:


Sebilangan inisiatif seperti subsidi dan bantuan bersifat jangka pendek – tidak cukup untuk menyelesaikan masalah struktur seperti gaji rendah dan pekerjaan tidak formal  .


Penjawat awam kini menikmati gaji lebih tinggi berbanding sektor swasta, membebankan belanjawan dan mencetuskan ketidakseimbangan  .


Beberapa dasar populis, seperti menangguhkan tarif elektrik, boleh memberatkan syarikat seperti TNB jika tidak diuruskan dengan teliti  .


---


✅ Kesimpulan


Secara keseluruhan, data ekonomi dan laporan rasmi menunjukkan penambahbaikan dalam KDNK, inflasi, defisit fiskal, ringgit, dan pelaburan — semuanya menyokong peningkatan taraf hidup rakyat sejak konsep Madani dilaksanakan.


Bantuan langsung kepada golongan B40 telah memberi kesan positif dalam jangka pendek.


Namun, beberapa kelemahan jangka panjang, seperti kebergantungan kepada subsidi, jurang gaji sektor, dan isu struktur ekonomi, masih memerlukan penyelesaian berterusan.



Apa yang Perlu Anda Tahu Perihal Trump Umum Perang Tamat tadi?









1. Serangan Iran ke Pangkalan Al-Udeid, Qatar Datang Dengan Notis Awal?


Iran melancarkan serangan ke arah pangkalan udara AS di Qatar, Al-Udeid. Beria IGRC keluar statement garang.


Tapi Reaksi Trump? Mengejutkan.


“Tiada kerosakan berlaku. Terima kasih kepada Iran kerana beri notis awal.” - Trump. 


Kenyataan ini luar biasa. Dalam sejarah hubungan AS-Iran, belum pernah Presiden Amerika ucap "terima kasih" kepada Iran kerana... menyerang.


Tapi di sebalik ayat pelik itu, jelaslah satu benda..


Serangan ini sebenarnya dirancang untuk tidak mencetuskan escalation, an act of de-escalation macam aku tulis semalam.


Sebab laporan menunjukkan:


1. AS dan Qatar memang diberi notis awal

2. Pangkalan telah dikosongkan lebih awal


Maka pendeknya: Tiada kerosakan

 

Ini bukan serangan rawak. Ini scripted.


Jadi kalau kita baca “Thank You for the Heads-Up” = Thank you jaga air muka masing masing.


Sebab Iranian memang wajib bertindak balas terhadap serangan AS ke fasiliti nuklear, demi jaga maruah. Tapi Iran juga tak mahu mencetuskan perang besar.


Solusinya: Serang lokasi simbolik Tapi maklumkan awal. Elak korban, elak kerosakan


Trump tahu permainan ni.


Ucapan “thank you” tu sebenarnya satu bentuk pengakuan diplomatik bahawa kedua-dua pihak sedang jaga skrip.


“You hit us. We pretend to be angry. Then we all walk off stage.”


Next.. 


2. Trump Umum Gencatan Senjata & Tamatnya "12 Day War"


Beberapa jam selepas insiden Al-Udeid, Trump muncul dan isytihar: Misi terakhir akan selesai dalam masa 6 jam


Iran akan mula ceasefire, 12 jam kemudian, Israel ikut. Selepas 24 jam kalau dua dua tak menyerang maka Perang Iran Israel-USA tamat rasmi.


The end. Mudah.


Trump beri nama rasmi:

“THE 12 DAY WAR”


Katanya perang ni boleh musnahkan seluruh Timur Tengah, tapi tak jadi. Dan “takkan jadi.” Dia puji keberanian dan kebijaksanaan kedua-dua negara.


Penutup penuh gaya:  “God bless Israel, Iran, the Middle East, the USA… and GOD BLESS THE PEACE.”


Semua kena BLESS lah. Yang tak kena BLESS cuma GAZA.


TAPI nanti dulu sebab..


3. Iran: “Tak Terima Apa-Apa Cadangan Gencatan”


Yang nak  sujud syukur tu, kena tahu muncul laporan CNN petik pegawai Iran:


 “Kami belum terima sebarang cadangan gencatan senjata.”


Tapi dalam masa sama, sumber lain dari Iran pula sahkan gencatan sudah dipersetujui, dijangka bermula jam 3.30 pagi waktu Jerusalem.


Ah pening. 


4. Laporan Tambahan: Serangan Balas Iran ke Aset AS Mungkin Masih Menyusul


Amwaj Media pula melaporkan bahawa: Serangan balas Iran terhadap tentera AS mungkin berlaku dalam beberapa jam lagi.


Maknanya: kita mungkin belum keluar dari zon bahaya sepenuhnya.


Kesimpulan: Perang Tamat, Tapi Semua Masih Tunggu Lampu Pentas Padam Betul-Betul


Trump umum tamat perang


Iran bagi mixed signals


Serangan ‘beretika’ macam rehearsal


Tapi ada petandanya..


Pasaran dunia nampaknya dah retrace dan tenang macam tahu ini bukan perang sebenar.


Jadi, kita di mana sekarang?

Tengah tengok penutup drama..

Atau baru intro musim kedua?


K nak siap anak. Wife dah bising.


Bye.



JANGAN BERKAWAN DENGAN ORANG TOKSIK


 Kerana kalau salah pilih kawan, rumahtangga pun boleh retak..




BIJI BETIK BERKHASIAT tapi boleh jadi TOKSIK?




Kajian dapati biji betik dapat bantu cegah kerosakan buah pinggang


Ia juga boleh kurangkan keradangan dan kurangkan risiko perkembangan kanser prostate.


Biji betik mengandungi benzyl isothiocyanate


Pengambilan ekstrak biji betik pada kadar tinggi boleh sebabkan kesan toksik pada sel yang sihat. 


Ia juga boleh menganggu kesuburan lelaki.


Nak mudah, tanam je !


Dr Suri Roowi Ph.D KMN

Principal Scientist


Foto: Maria do Pomar




KESUMA LATIH 10K



"Pernah tak korang panik gila bila kawan sekerja tiba-tiba rebah kat tempat kerja? Masa tu tak tahu nak buat apa... hanya mampu tengok, doa dia okay."





Situasi macam ni bukan rekaan. Benda ni betul-betul jadi — bukan sekali, tapi banyak kali.


Contoh paling baru: kes 3 pekerja maut dalam lubang pembetungan kat Perak sebab tiada sistem pengudaraan. Tapi persoalannya — kalau ada orang yang terlatih dalam pertolongan cemas masa tu, mungkin nyawa boleh diselamatkan.


Benda ni bukan nak salahkan sesiapa, tapi kita kena sedar pentingnya ada ilmu asas macam CPR atau bantuan pernafasan di tempat kerja. Tak perlu jadi doktor pun — cukup tahu apa nak buat masa kecemasan.


Kalau bukan untuk orang lain, mungkin satu hari ilmu ni selamatkan orang yang kita sayang. ❤️




HANG BERANI ELOK SANGAT LA... NANTI JAWAB.

 











DULU ORANG BUAT JUGA.. ALAH TAKAT SIKIT SIKIT LAM POLITIK BIASA. LAWAN BALIK LA.



 Ketua AMK Kamil Munim mengkritik peserta penunjuk perasaan di Sabah yang membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim.





Berdasarkan laporan Malaysikini Kamil - yang juga setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan - berkata pembakaran karikatur seperti itu bukan sahaja keterlaluan dan biadab, tetapi juga menunjukkan penunjuk perasaan tidak mempunyai hujah yang sah untuk dibuat.


"Tindakan ini berlebihan dan biadab, tidak pun boleh dianggap sebagai protes aman, membahayakan diri dan orang awam, gagal memahamkan masyarakat umum apa yang nak disampaikan, dan paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah.


"Hujah tak pernah berkesan disampaikan, hanya aksi kosong untuk dilihat berani bagi mencuri perhatian masyarakat. Tidak membantu menyelesaikan isu yang diperjuangkan.


"Okaylah anda dah berjaya dapat perhatian, sekarang munculkan diri dan berhujahlah dengan bernas.”



Balas Serangan AS Iran Luncurkan Rudal Terbesar Khorramshahr-4

Shahidan anda diperkudakan oleh Lebai PAS Perlis, mohon masuk PKR.....

HOT! UMS FILES POLICE REPORT FOR BURN OF PM'S CARTOON x CRUEL ACTION!

PM ANWAR MASIH PUNYA KEKUATAN SOKONGAN.

 

Prestasi Indeks Antarabangsa Kerajaan Perpaduan 2025




BARU TAU SEPAK TERANJANG PAS

 


Pemilihan Pas Kawasan Arau menyaksikan kejutan apabila Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli tewas bagi jawatan Yang Dipertua. Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri hanya memperoleh 43 undi, tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi yang menerima sebanyak 128 undi.





Berita klik LINK: https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/mb-perlis-kalah-pemilihan-ydp-pas-arau/


Kami kini di WhatsApp! Ikuti Channel rasmi Utusan Malaysia: https://whatsapp.com/channel/0029VaDc0MU6BIEgvpncIq1w



HARAPAN KEPADA MALAYSIA


 

BEKERJA MEMBANGUN FASILITI DAN KEBANGKITAN EKONOMI BARU








Samsul Azri Abu Bakar



 Cabaran baharu global masa kini tidak lagi berkisar tentang kemampuan kita sekadar berdaya saing dari segi ekonomi dan pembangunan sosial, lebih dari itu ialah keupayaan kita membangunkan ekonomi digital yang ditandai oleh kecerdasan buatan, fintech, teknologi blockchain serta kapasiti menjuarai media sosial. 


Hari ini, Mesyuarat Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian 4.0 (MED4IR) telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan amanat yang jelas; laksanakan segera transformasi digital dengan mekanisme yang lebih sistematik dan didukung oleh penyelarasan strategik semua agensi.


Tiada lagi ruang untuk kelambatan proses kerana perubahan digital berlaku dengan begitu pantas tanpa menungguh walau sesaat pun. Saya mengambil arahan ini sebagai satu ingatan tegas YAB PMX kepada perkhidmatan awam agar terus menjuarai perubahan digital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kekal relevan.


Ayuh, 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔!


#MADANIBekerja

#Reformasisatukemestian

#MalaysiaMADANI 

#TaatSetia

#TSA


©️𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔



LAGU PENUH MAKNA


 



Penyiasatan global ke atas tapak nuklear Iran yang dibom, mimpi ngeri saintifik


 


Apabila Presiden Donald Trump mengarahkan serangan udara terancang — dipercayai dengan kerjasama Israel — terhadap fasiliti nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan pada pertengahan Jun 2025, kesannya tidak hanya terbatas kepada geopolitik.

Ia turut melibatkan bencana saintifik, alam sekitar dan kemanusiaan. Serangan terhadap tapak-tapak yang telah diperkuatkan ini, sebahagiannya tertanam sedalam 80 meter ke dalam gunung-ganang Iran, dipercayai menggunakan bom penembus kubu GBU-57 yang dikenali sebagai “bunker busters”.

Implikasi tindakan ini baru sahaja mula kelihatan. Walaupun matlamat strategiknya mungkin untuk melumpuhkan kapasiti Iran memperkaya uranium atau membina senjata nuklear, kos sebenar serangan ini adalah terhadap keupayaan para saintis, penyiasat dan pelaku kemanusiaan untuk menilai kerosakan, mengenal pasti risiko dan mengekang sebarang pelepasan radioaktif.



Apa yang menanti dunia ialah mimpi ngeri saintifik dan diplomatik yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan — lebih-lebih lagi apabila Teheran berikrar untuk membalas dendam dengan cara yang belum pernah disaksikan oleh AS dan Israel.

Bandingkan dengan tragedi Fukushima di Jepun. Sehingga hari ini — lebih sedekad kemudian — kawalan menyeluruh terhadap kebocoran radioaktif di Loji Nuklear Daiichi masih belum dapat dijamin. Di Iran, situasinya lebih parah kerana kemusnahan diakibatkan oleh pengeboman langsung, bukan bencana alam.

Namun, apakah benar ketiga-tiga tapak tersebut telah berjaya dimusnahkan sepenuhnya? Dan masih ada banyak lagi tapak nuklear Iran yang belum disentuh. Maka situasi ini jauh lebih rumit daripada gambaran mudah yang cuba ditonjolkan oleh pentadbiran Trump.


Kerumitan verifikasi kerosakan

Dari sudut saintifik, inspektor antarabangsa — terutamanya dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) — kini berdepan landskap yang sangat berubah. Sebelum serangan, fasiliti ini berada di bawah pemantauan separa IAEA, meskipun Iran telah menghadkan akses sejak kegagalan Perjanjian JCPOA.

Kini, dengan terowong, dewan sentrifug, dan gudang bahan radioaktif musnah, sebarang titik rujukan untuk perbandingan telah lenyap. Tanpa struktur yang utuh, adalah mustahil untuk menentukan apa yang sedang diproses, berapa banyak bahan yang dihancurkan atau tersebar — atau lebih membimbangkan — apakah bahan radioaktif yang kini tidak dapat dikesan.

Lebih buruk, gas uranium heksafluorida atau residu plutonium mungkin telah berubah menjadi aerosol atau tertanam di bawah runtuhan konkrit, meletakkan populasi setempat dan penyelidik antarabangsa pada risiko pencemaran jangka panjang.


Forensik nuklear pasca pengeboman adalah sangat berbahaya. Tahap radiasi boleh meningkat secara tidak menentu, alat pengesan mungkin gagal berfungsi, dan pakaian pelindung tidak menjamin perlindungan sepenuhnya terhadap pendedahan radiasi.




Pelanggaran undang-undang dan norma global

Iran masih merupakan negara penandatangan kepada Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT). Menyerang infrastruktur nuklearnya — walau atas nama mempertahankan diri secara pre-emptive — merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip perlucutan senjata dan pemantauan aman.

Penentusahan IAEA memerlukan kerjasama, ketelusan dan akses fizikal. Bila ini dihapuskan dengan kekerasan, norma pemantauan aman musnah sama sekali. Lebih membimbangkan, ia mencipta duluan bahaya: mana-mana negara boleh bertindak berdasarkan syak wasangka semata-mata, bukan bukti sah.

Amerika Syarikat, yang telah menarik diri daripada pelbagai perjanjian kawalan senjata sejak sedekad lalu, kini kehilangan kredibiliti sepenuhnya sebagai penjaga norma bukan proliferasi. Serangan ini memberi isyarat bahawa pematuhan tidak lagi menjadi pelindung terhadap pencerobohan.

Pemusnahan infrastruktur saintifik Iran

Apa yang lebih menyedihkan ialah kehilangan tenaga kerja nuklear Iran yang terlatih dan institusi akademik yang menjadi tunjang pembangunan saintifik mereka. Tapak-tapak ini bukan sekadar fasiliti ketenteraan, tetapi pusat penyelidikan bagi ahli fizik, jurutera, pelajar dan teknolog.

Bagi Iran, program nuklear adalah lambang kedaulatan saintifik. Kini, dengan makmal dimusnahkan dan tercemar, pembinaan semula modal insan dan kepercayaan mungkin mengambil masa beberapa generasi.




Keengganan Iran untuk menjemput pemeriksa antarabangsa pasca pengeboman adalah wajar — namun akan digunakan sebagai alasan oleh AS dan Israel untuk tindakan selanjutnya. Tiada negara berdaulat yang akan membenarkan pihak luar masuk ke zon bencana yang tidak stabil dan mungkin masih berisiko meletup atau bocor radiasi.

Bencana alam sekitar yang sedang memburuk

Ahli alam sekitar memberi amaran bahawa kebocoran kecil di loji nuklear yang dikawal sekalipun boleh membawa kesan jangka panjang. Dalam konteks pasca serangan, kebocoran adalah hampir pasti.

Fordow dan Natanz terletak berhampiran kawasan berpenduduk. Kemungkinan pencemaran air bawah tanah, udara dan tanah tidak boleh diketepikan. Tragedi Chernobyl pada 1986 akibat kesilapan manusia telah membawa kesan pencemaran meluas di Eropah — dan Iran mungkin menyaksikan risiko serupa.

Bom penembus berkuasa tinggi juga mungkin telah mengganggu struktur geologi bawah tanah, termasuk lapisan air. Tanpa data geologi dan radiasi yang tepat — yang Teheran tidak mungkin dedahkan dalam masa terdekat — skala sebenar kerosakan mungkin kekal tidak diketahui selama bertahun-tahun.

Dalam sidang media pasca serangan yang hanya berlangsung beberapa minit, Trump ditemani oleh Setiausaha Negara Marco Rubio, Penasihat Keselamatan Negara dan Setiausaha Pertahanan Peter Hegseth, serta Naib Presiden JD Vance. Empat “penunggang kuda” ini seolah-olah sedang membuka tirai kepada sebuah Armageddon, lalu tergesa-gesa kembali ke Bilik Situasi untuk menilai kesan sebenar serangan mereka.

Pengasingan diplomatik dan kebuntuan saintifik

Kesan lebih besar ialah kerjasama saintifik antarabangsa dengan Iran akan terhenti serta-merta.

Pertukaran akademik, pemindahan teknologi dan penyelidikan bersama dalam bidang tenaga akan lenyap. Mana-mana saintis Iran yang dikaitkan dengan teknologi nuklear akan dianggap ancaman, tanpa mengira niat sebenar.

Iran akan semakin terasing dan terpaksa mencari perlindungan sama ada secara autarki atau melalui pakatan lebih erat dengan China dan Rusia.

Apa yang berlaku bukan menghentikan penyebaran senjata nuklear — sebaliknya memusnahkan rangka kerja diplomasi saintifik yang selama ini mengekang risiko tersebut.

ASEAN dan tanggungjawab moral

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk bersuara — bukan menentang Iran, tetapi terhadap pelanggaran prinsip penggunaan tenaga nuklear secara aman. Tindakan ketenteraan tanpa bukti kukuh senjata nuklear mencetuskan duluan yang membimbangkan bagi negara-negara membangun.

Jika Asia Barat menjadi medan di mana loji tenaga nuklear tidak lagi dilindungi undang-undang antarabangsa, maka negara-negara kecil akan takut untuk meneruskan program tenaga nuklear aman.

ASEAN perlu menggesa siasatan bebas dan berkecuali apabila keadaan mengizinkan — bukan diketuai negara NATO, tetapi oleh pakar dari negara berkecuali seperti Malaysia, Indonesia, Brazil dan Afrika Selatan.

Penutup: Tragedi saintifik yang belum menemui noktah

Pengeboman tapak nuklear Iran bukan sahaja mencetuskan konflik diplomatik — ia merupakan pelanggaran terhadap asas kerjasama saintifik global untuk mencegah bencana nuklear.

Kini, kita menyaksikan kehancuran dekad kerja verifikasi saintifik — dimusnahkan oleh beberapa siri pengeboman dan dikuatkan oleh keangkuhan politik.



IAEA akan bergelut mendapatkan kembali kepercayaan. Iran akan berundur ke dalam kerahsiaan saintifik.

Dan dunia semakin hampir untuk menormalkan sesuatu yang sepatutnya tidak boleh diterima: pengeboman sains atas nama keselamatan.