BEKERJA MEMBANGUN FASILITI DAN KEBANGKITAN EKONOMI BARU








Samsul Azri Abu Bakar



 Cabaran baharu global masa kini tidak lagi berkisar tentang kemampuan kita sekadar berdaya saing dari segi ekonomi dan pembangunan sosial, lebih dari itu ialah keupayaan kita membangunkan ekonomi digital yang ditandai oleh kecerdasan buatan, fintech, teknologi blockchain serta kapasiti menjuarai media sosial. 


Hari ini, Mesyuarat Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian 4.0 (MED4IR) telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan amanat yang jelas; laksanakan segera transformasi digital dengan mekanisme yang lebih sistematik dan didukung oleh penyelarasan strategik semua agensi.


Tiada lagi ruang untuk kelambatan proses kerana perubahan digital berlaku dengan begitu pantas tanpa menungguh walau sesaat pun. Saya mengambil arahan ini sebagai satu ingatan tegas YAB PMX kepada perkhidmatan awam agar terus menjuarai perubahan digital bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kekal relevan.


Ayuh, 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔!


#MADANIBekerja

#Reformasisatukemestian

#MalaysiaMADANI 

#TaatSetia

#TSA


©️𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔



No comments: