Zuwairi Md Yusof
Bye2 MADANI Wellcome REFORMASI 2.0 2
Punya la panjang Timbalan Presiden PKR tulis https://x.com/n_izzah/status/1936743764661579927 sekali
geng2 ceplos SKOMM semua komen sepesen->komen asal boleh. Ujung bulan dapat gaji.Apa de hal.Teruskan berkhidmat!!😜🤣🤣🤣

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 — 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐛𝐮 — 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐚𝐠𝐚𝐫:
• Kementerian Komunikasi dan SKMM membentangkan satu mekanisme pemantauan yang jelas dan telus bagi menilai keberkesanan sistem perlindungan digital untuk kanak-kanak.
• KPWKM dan PDRM membentangkan laporan terbuka berkenaan kes semasa, serta semua kes lampau agar rakyat dapat meneliti perkembangan dan memastikan pertanggungjawaban terjamin.
• Parlimen diberi taklimat tentang status dan keberkesanan Unit Khas Jenayah Seksual D11, setelah setahun penubuhannya, supaya kita dapat menilai kekuatan dan kekurangannya dengan jujur dan objektif.
• Akses orang ramai terhadap Daftar Pesalah Seksual Kanak-Kanak — yang diwujudkan pada tahun 2019, dipermudahkan. Bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk melindungi. Kita boleh mencontohi semangat kerjasama rentas sempadan antara pasukan polis seperti yang ditunjukkan oleh 13 buah negara Amerika Latin dan 7 buah negara Eropah melalui rangkaian ELIPSIA.
• KPM memperkasa kurikulum pendidikan kesihatan dengan memasukkan elemen keselamatan dalam talian, supaya pelajar dapat mengenal pasti pemangsa dan tingkah laku tidak wajar dalam alam maya.
𝐑𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢
Semakin hari, pelaku jenayah seksual semakin lick dan canggih. Mereka menggunakan teknologi dan ‘dark web’ untuk menyembunyikan jejak mereka. Ini bukan kali pertama kita dikejutkan dengan insiden yang mengguris jiwa. Namun seperti biasa, tindakan sering hadir terlalu lambat. Dalam hal ini, kami ingin menzahirkan penghargaan kepada aktivis dan pempengaruh media sosial seperti Mekyun dan lain-lain yang telah berani menyuarakan isu eksploitasi seksual kanak-kanak secara terbuka dan menyedarkan masyarakat. Usaha ini wajar dicontohi dan digembleng bersama oleh seluruh lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment