BEBALISM

 

IDRUS IBARAHIM





“Bebalism” itu suatu penyakit halus yang tidak kelihatan pada jasad, tetapi menjalar pada akal dan hati. Ia bukan kerana tiada sekolah, bukan juga lantaran miskin harta. Tetapi kerana hati telah dikunci, akal telah dibelenggu, dan mata telah buta kepada hikmah.


Mereka yang terjangkit bebalism itu akan melihat cahaya sebagai kegelapan, dan mengira kegelapan itu petunjuk. Mereka benci pada ilmu yang menyuluh, dan kasih pada cakap kosong yang memuji diri. Jika ditegur, mereka marah. Jika diajak berfikir, mereka mencemuh.


Bebalism bukan sekadar tidak tahu. Ia adalah keengganan untuk tahu. Ia adalah kesombongan yang berselindung dalam kebodohan, dan kebodohan yang dibajai dengan kesombongan. Dan apabila bebalism menjadi budaya, maka tumbuhlah pemimpin-pemimpin yang membanggakan diri dengan kejahilan, dan masyarakat pun bersorak kepada fatamorgana.”



PECAH MONOPOLI

 

Najib. Bakar


Episod 2 : Rafizi Ramli sebut nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad?


Episod 1 boleh dibaca di sini - https://www.facebook.com/share/p/16QZJRyA3e/


Aku akan cerita benda ni dari awal supaya kita boleh nampak gambaran keseluruhan.


Tahu kan pemanasan global?


Aku ingat dulu masa sekolah awal 90an, main bola jam 10 pagi, suhunya masih nyaman. Sekarang, cuba pergi jogging jam 10 pagi. Panas gila.


Berdasarkan rekod, suhu global meningkat 0.20°C setiap 10 tahun, sejak 1975.


Dunia memang makin panas, tak boleh disangkal lagi.


Tapi macam mana boleh jadi macam ni?


Bila dunia makin maju, makin tinggi permintaan untuk pembangunan.


Industri dalam sektor pembangunan seperti industri simen, industri keluli, selain industri aluminium, industri penerbangan, serta perkapalan, kesemua industri ini mengeluarkan sejumlah besar gas CO2.


Industri-industri ini digelar hard-to-abate industry. Industri yang tidak boleh tidak, akan tetap mengeluarkan sejumlah besar gas CO2. 


Nak tutup terus industri macam ni? Tak boleh juga, sebab ia nadi ekonomi dunia.


Stesen janakuasa (power plant) tradisional menggunakan arang batu untuk menghasilkan tenaga.


Masalahnya bila gunakan arang batu, ia juga mengeluarkan banyak gas CO2.


Gas CO2 inilah culprit dalam isu pemanasan global.


Jadi, dunia dah sepakat, supaya penggunaan arang batu akan perlahan-lahan dihentikan di stesen janakuasa seluruh dunia.


Sebab itu banyak negara telah mula beralih kepada tenaga boleh baharu (renewable energy), seperti tenaga angin, solar, hidro.


Tetapi, negara seperti Malaysia tidak boleh berharap kepada tenaga angin, kerana tiada sumber tenaga yang konsisten sepanjang tahun.


Tinggal tenaga solar dan hidro. Solar pula tidak boleh 24 jam collect energy. Hidro pula, bukan semua negeri di Malaysia ada sumber aliran sungai yang baik.


Jadi, ada satu tenaga yang sesetengah pakar sebut, tenaga dalam fasa peralihan, iaitu gas asli.


Malaysia memang dah mula ada stesen janakuasa gas asli sejak awal 1980an.


Ketika itu, kos dan teknologi untuk menjana tenaga solar masih jauh ketinggalan dan terlalu mahal.


Kos untuk membina stesen janakuasa hidro pula sangat tinggi dan bersangkutan dengan isu alam sekitar. Contohnya kontroversi melibatkan projek Empangan Bakun.


Stesen janakuasa gas asli masih mengeluarkan gas CO2, tetapi jumlah CO2 yang dikeluarkan 50-60% kurang berbanding stesen arang batu.


Gas asli juga sekarang digunakan untuk menjana tenaga industry hard-to-abate seperti industri keluli dan simen.


Kalau tanya aku, good enough la tu kurang 50-60% gas CO2 kan?


Di mana sumber gas asli Malaysia? Di pantai timur Semenanjung, serta di Sabah, dan Sarawak.


Tapi, kita ada masalah lain pula. Selama ini kita merupakan nett exporter untuk gas asli.


Tapi bila kita dah mula beralih kepada gas asli secara lebih meluas, kita dah mula kesan kekurangan gas asli untuk menampung keperluan dalam negara.


Dalam jangka masa 10-20 tahun, kita dijangka akan menjadi nett importer untuk gas asli kerana kehabisan sumber, terutama di Kerteh Terengganu, serta di Sabah.


Secara terus terang juga, kalau gas asli dah habis di Kerteh, apa akan jadi kepada ekonomi penduduk Terengganu? 


Nasib baik Kerajaan Pusat wujudkan industri baru iaitu CCUS pula. (Yang ini topik berlainan untuk penulisan lain).


Okey, panjang lebar aku explain, dan sekarang baru sampai ke kenapa Kerajaan Pusat pada tahun 2016, membuka ruang kepada syarikat selain dari Petronas dan Gas Malaysia Berhad untuk terlibat mengimport gas asli.


Seperti yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Wahid Omar, iaitu nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad.


Pegawai-pegawai kerajaan di kementerian ada data-data, projection untuk tahun-tahun, dekad-dekad mendatang.


Mereka tahu, mengikut trend penggunaan gas asli, bila ianya dijangka habis di Malaysia, dan apa strategi yang perlu diambil supaya negara tidak kehilangan sumber tenaga.


Kebanyakan sumber gas asli di dunia ini berada di remote area, seperti di gurun, laut dalam, kawasan artik.


Jadi, kalau nak diharapkan kepada satu-dua syarikat saja, ia tidak membantu industri import gas asli(dalam bentuk LNG) menjadi lebih kompetitif.


Lebih baik peluang itu dibuka kepada syarikat-syarikat tempatan, untuk bersama bersaing mendapatkan gas asli dengan harga terbaik di remote area terbabit untuk dibawa ke Malaysia.


Yang paling penting untuk difahami, infrastruktur pipeline gas di Malaysia adalah kekal milik Petronas Gas Berhad.


Syarikat-syarikat tempatan yang dapat lesen mengimport LNG cuma bawa bekalan tersebut melalui kapal ke stesen RGT (regasification terminal), seperti salah satu yang ada di Sg Udang, Melaka.


Stesen RGT itu juga dimiliki dan diurus oleh Petronas Gas Berhad.


Syarikat-syarikat tempatan itu tidak mengambil alih stesen RGT atau infrastruktur gas pipeline dari Petronas.


Boleh faham kot noh? 


Jangan tanya Syarul Ema bab ni, kelaut nanti apa yang dia explain. Yang dia tau, cuma takutkan orang Melayu.


Maaf, tulisan ni agak panjang dan a bit technical. Harap boleh difahami.


Cuma aku nak akhiri tulisan dengan the ultimate goal penduduk dunia.


The best case sumber tenaga dunia adalah tenaga hidrogen hijau yang langsung tidak mengeluarkan gas CO2.


Cuma apa yang aku nampak, a bit of here and there, a good mix of gas asli + solar + hidro + green hydrogen adalah masa depan tenaga di Malaysia.


Najib Bakar 

7 April 2025




KISAH BAPA ANAK UNTA



 Kisah seorang bapa dan anaknya keluar dengan seekor unta. Anak menyuruh bapanya menaiki unta, dan mereka beriringan berjalan. Seorang menegur, mengatakan anak itu sepatutnya menunggang unta kerana dia keletihan. Bapa merasa bersalah dan menyuruh anaknya menaiki unta, lalu dia berjalan. Kemudian, seorang lagi menegur, mengatakan bapa yang tua sepatutnya menaiki unta. Anak merasa bersalah dan bertanya kepada bapanya. Mereka berdua akhirnya menaiki unta bersama.


Setelah itu, seorang lagi menegur, mengatakan kasihan unta yang membawa mereka berdua. Bapa dan anak turun dan berjalan beriringan bersama unta. Akhirnya, seorang lagi menegur mengatakan apa gunanya unta jika tidak dinaiki. Bapa memberi nasihat kepada anaknya, "Walau apa pun yang kita lakukan, pasti ada yang tidak setuju."


#seksanyajadiwalaun

Kredit: Sharizal Kamal



Ramai lega dapat bantuan SARA, ringan beban beli barang dapur





 

Orang ramai meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada kerajaan selepas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 dikreditkan ke akaun pengguna pada 1 April lalu.

Di media sosial, pengguna memuat naik kegembiraan dapat menggunakan bantuan itu untuk membeli barangan keperluan harian.

Bantuan yang dikreditkan sedikit sebanyak memberi kelegaan dan meringankan beban mereka lebih-lebih lagi di musim perayaan.



“Syukur alhamdulillah.. Lepas beli keperluan asas serta barangan lain,” kata Hanna Hananie dalam satu kumpulan Facebook

“Baru guna Bantuan SARA di Bataras ITCC. Baki kita bawa bulan depan lah bikin beli pampers & susu anak. Selepas ini tahu sudah mana mau pergi. Banyak juga pilihan barangan Rahmah di situ. Asal yang ada label barangan asas Rahmah @my kasih boleh lah tu kamurang ambil,” kata Clara Pius di Facebook.

“My kasih. Tebus bantuan Sara. Alhamdulilah terima kasih PMX 🇲🇾👍 #tiapbulan,” tulis Farizal Pitri

Tidak terlepas, pempengaruh warga emas @kakcikyah4 atau dipanggil Kak Cik Yah yang dikenali dengan video memasak juga berkongsi rakamannya berbelanja barangan asas selepas mendapat bantuan SARA.

Kak Cik Yah berkata, bantuan tersebut meringankan bebannya sebagai warga emas. Dia juga menunjukkan beberapa barangan yang dibeli antaranya beras, kicap dan banyak lagi.



Untuk rekod penerima yang layak akan memperoleh bantuan SARA hingga RM2,100 secara keseluruhan tahun ini, naik 75 peratus berbanding RM1,200 tahun lalu.

Bantuan itu akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad penerima di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.



SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus miskin dan miskin tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas.


Semua setuju perkukuh kuasa Islam tapi bukan Islam versi Pas

Surat pengesahan pesakit pun Pas buat ‘modal’ tunggang isu Abang Belon

 


Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak, Mohamad Suffi Kamari mengundang kecaman orang ramai apabila bersandarkan surat pengesahan pesakit yang dianggapnya “laporan doktor” berhubung isu ‘Abang Belon’.


“Bukti nyata daripada laporan doktor kondisi Zaim aka Abang Belon! T12 compression # doakan kesihatan Abang Belon ya teman teman…,” kata Suffi menerusi platform X.

Untuk rekod, simbol # dalam bahasa perubatan merupakan singkatan kepada “fracture”, iaitu patah tulang.


Oleh itu, T12 compression # bermaksud patah jenis mampatan pada vertebra torasik ke-12 iaitu tulang paling bawah di kawasan tengah belakang badan.


Rata-rata warganet mengingatkan Suffi bahawa perkongsian dokumen yang tertera ‘Pengesahan Pesakit’ itu bukannya surat laporan perubatan.


“Laporan perubatan terperinci perlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk dikeluarkan. Tapi nak tunggang punya pasal, surat pengesahan pun boleh jadi laporan… hauk betul!

“Itu bukan laporan terperinci. Itu setakat surat nak discaj dari hospital saja mesti tulis sebab apa masuk.

“Ini surat pengesahan pesakit bukan surat atau laporan perubatan. Dokumen kesihatan kalau nak dibawa kepada tuntutan undang-undang mesti laporan yang datang dari pakar perubatan. Doktor yang tanda tangan tu bukan pakar,” demikian antara komentar netizen.

PNPAS SOKONG PENIAGA HARAM KAH ?


Arif Jamil


 Pembangkang dilihat seolah² menyokong dan memberi kesenangan pada peniaga² haram melawan pihak berkuasa. 





Pembangkang juga dilihat seperti menggalakkan masyarakat untuk membudayakan amalan melanggar dan mencabar kedaulatan undang² negara. 


Kalau ikut cara pembangkang nih , padahnya peniaga² tak berlesen termasuklah dgn warga asing akan semakin berleluasa dan semakin berani mencabar undang². 


Kesannya , peniaga² yg berlesen akan semakin teraniaya disebabkan perangai pembangkang. 


Dan sentimen ini akan terus melekat sehingga PRU-16.



DAH KENA...

RMS. 


 Gambar dekat..kalo tak nampak, tatau nak buat lagi..


Takan tak boleh beza size S dgn XXXL.??




Tarif AS: PM Anwar Fokus Kesepakatan ASEAN dalam AIC, AFMGM esok

 


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Apr – Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penekanan terhadap kesepatan negara-negara ASEAN dalam mengukuhkan perdagangan Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 esok.

Anwar juga bakal menyentuh isu kenaikan tarif yang diumumkan Amerika Syarikat ketika menghadiri penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke-12 (AFMGM) Khamis ini.

“Perdana Menteri akan memberi penekanan terhadap keperluan negara-negara ASEAN, membentuk satu kesepakatan dalam mengukuhkan lagi soal ekonomi dan perdagangan di rantau ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, Perdana Menteri juga akan memanjangkan perbincangan yang diadakan bersama ketua-ketua negara ASEAN tempoh hari terkait isu tarif Amerika Syarikat yang mana perkara ini memerlukan perbincangan dan rundingan yang menyeluruh bagi membawa suara komuniti ASEAN,” kata beliau semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kira-kira 300 delegasi terdiri daripada Menteri Kewangan ASEAN, Gabenor Bank Pusat, pegawai daripada Institusi Kewangan Antarabangsa dan wakil sektor swasta akan menghadiri AFMGM yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu Perdana Menteri mengulangi keyakinan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia kuat dan berupaya menampung impak geoekonomi jangka masa pendek, sederhana dan panjang susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri menegaskan, adalah penting bagi kesemua sektor perniagaan dan rakyat bekerjasama dengan pendekatan senegara bagi menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi

“Justeru, Kerajaan Madani akan melipat gandakan komitmen memelihara dan memastikan akses pasaran tidak terjejas, selain terus menarik pelaburan asing, meneruskan agenda reformasi ekonomi, industri bagi menyokong rantaian bekalan, serta kesejahteraan pekerja serta perniagaan di Malaysia,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan tentang langkah proaktif yang telah, sedang dan bakal diambil berasaskan kepada pendekatan ‘whole-of-nation’.

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan termasuklah pengaktifan semula Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) yang dipengerusikan Perdana Menteri,

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut menubuhkan pasukan petugas oleh untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada industri; mesyuarat khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.

Selain itu rundingan strategik peringkat tertinggi secara langsung dengan Amerika Syarikat; serta usaha memperluas dan mempelbagaikan pasaran eksport Malaysia ke rantau-rantau serta blok ekonomi baharu dan meningkatkan penggunaan perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan baharu.

“Langkah-langkah ini akan memperkukuh daya tahan negara, menstabilkan pasaran, dan melindungi pekerjaan serta pelaburan rakyat,” katanya.



Kenali Ustaz Dr Yusri Bakir calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning



 



Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir diumum sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.


Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan perkara itu semasa Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning bersama Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tapah di Command Centre BN Perak di Dewan Serbaguna Kg Tersusun Hj Tahir, Temoh hari ini.


Turut hadir Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah.


Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) hadir sama iaitu Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; dan Presiden Parti AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Horaward Lee.


Ustaz Dr Mohamad Yusri yang berusia 54 tahun memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan memulakan kerjayanya sebagai guru pada 1992.


Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh serta merupakan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah.


Pensyarah berkenaan yang mendirikan rumahtangga dengan isteri, Rosnani Mahmud, 52, mempunyai empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun.


PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.


Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018, memenangi kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mengaut majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.



Tarif AS: PM Anwar Fokus Kesepakatan ASEAN dalam AIC, AFMGM esok


Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 7 Apr – Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penekanan terhadap kesepatan negara-negara ASEAN dalam mengukuhkan perdagangan Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) 2025 esok.

Anwar juga bakal menyentuh isu kenaikan tarif yang diumumkan Amerika Syarikat ketika menghadiri penutup Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke-12 (AFMGM) Khamis ini.

“Perdana Menteri akan memberi penekanan terhadap keperluan negara-negara ASEAN, membentuk satu kesepakatan dalam mengukuhkan lagi soal ekonomi dan perdagangan di rantau ini.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, Perdana Menteri juga akan memanjangkan perbincangan yang diadakan bersama ketua-ketua negara ASEAN tempoh hari terkait isu tarif Amerika Syarikat yang mana perkara ini memerlukan perbincangan dan rundingan yang menyeluruh bagi membawa suara komuniti ASEAN,” kata beliau semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Kira-kira 300 delegasi terdiri daripada Menteri Kewangan ASEAN, Gabenor Bank Pusat, pegawai daripada Institusi Kewangan Antarabangsa dan wakil sektor swasta akan menghadiri AFMGM yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu Perdana Menteri mengulangi keyakinan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia kuat dan berupaya menampung impak geoekonomi jangka masa pendek, sederhana dan panjang susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri menegaskan, adalah penting bagi kesemua sektor perniagaan dan rakyat bekerjasama dengan pendekatan senegara bagi menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi

“Justeru, Kerajaan Madani akan melipat gandakan komitmen memelihara dan memastikan akses pasaran tidak terjejas, selain terus menarik pelaburan asing, meneruskan agenda reformasi ekonomi, industri bagi menyokong rantaian bekalan, serta kesejahteraan pekerja serta perniagaan di Malaysia,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan April 2025 di Dewan De Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 7 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan tentang langkah proaktif yang telah, sedang dan bakal diambil berasaskan kepada pendekatan ‘whole-of-nation’.

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan termasuklah pengaktifan semula Pusat Tindakan Geoekonomi Nasional (NGCC) yang dipengerusikan Perdana Menteri,

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut menubuhkan pasukan petugas oleh untuk mendapatkan maklum balas langsung daripada industri; mesyuarat khas Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN.

Selain itu rundingan strategik peringkat tertinggi secara langsung dengan Amerika Syarikat; serta usaha memperluas dan mempelbagaikan pasaran eksport Malaysia ke rantau-rantau serta blok ekonomi baharu dan meningkatkan penggunaan perjanjian perdagangan bebas sedia ada dan baharu.

“Langkah-langkah ini akan memperkukuh daya tahan negara, menstabilkan pasaran, dan melindungi pekerjaan serta pelaburan rakyat,” katanya.




Orang Politik Tunggang Isu Abang Belon🎈??

SEKOQ TAK BERSUARA. KATA PARTI AGAMA.


RMS


 Tak ada sorang pun pemimpin PAS bersuara, Fadhli Shaari senyap, Takiyuddin senyap, PAS Selangor senyap, Dewan Ulama senyap, semua  sayap termasuk wanita pun senyap..


Harakah Daily langsung tak keluar berita.. 😆😆




'Saya minta Dr Akmal buat masa ini jangan gaduh dengan sesiapa' - Zahid



Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu dimanfaatkan sebagai medan memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasa dan menyusun langkah bagi memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja, menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan serta mengingatkan agar menjaga batas supaya tidak bergaduh dengan sesiapa.







Perwakilan DAP tidak masalah pilih calon Melayu



 

Perwakilan DAP tidak mempunyai masalah untuk memilih calon Melayu bagi mengisi senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama dua ahli CEC DAP, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, pemilihan mereka adalah selaras dengan semangat keterangkuman yang dibawa oleh parti.

“Kami ingin menegaskan bahawa DAP kekal komited untuk mendukung apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, serta pada masa yang sama mempertahankan hak dan kepentingan sah semua kaum secara adil dan saksama.

“Kehadiran pemimpin Melayu dalam DAP di pelbagai peringkat—daripada Ketua Cawangan, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Jawatankuasa Negeri, sehingga ke peringkat tertinggi parti—jelas membuktikan bahawa DAP merupakan parti yang benar-benar inklusif dan terbuka kepada semua.

“Sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), kami akan terus berusaha untuk mendekati masyarakat Melayu serta menguatkan sokongan di kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Jelasnya, semakin ramai anak muda Melayu dan wanita menunjukkan minat terhadap DAP serta menyertai sebagai ahli parti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Usaha untuk menggalakkan penyertaan baharu, termasuk daripada kalangan orang Melayu, akan terus diperkasakan selagi mana mereka mendukung prinsip dan perjuangan parti.

“Pada masa yang sama, kami juga komited untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang, di bawah kepimpinan Saudara Anthony Loke Siew Fook,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, Syahredzan merupakan Ahli Parlimen Bangi manakala Young Syefura menduduki jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bentong.

Sementara itu, dalam sidang media bersama di ibu pejabat DAP, Syahredzan menambah masyarakat khususnya orang Melayu tidak harus mudah terikut-ikut dengan naratif salah dan negatif dilempar pihak tertentu mengenai DAP, sebaliknya menilai mereka daripada prestasi kerja pemimpinnya di kawasan masing-masing.

“Dengan adanya penyertaan orang Melayu (dalam DAP) kita boleh secara perlahan pecahkan prejudis orang Melayu.

“Kalau mahu tahu bagaimana DAP, kalau tak yakin datanglah ke (Parlimen) Bentong dan Bangi, tengok kami buat kerja.

“Khidmat yang diberikan ini dalam menjalankan tanggungjawab kami sebagai wakil rakyat daripada bangsa Melayu dari DAP.

“Program di masjid dan surau, tidak ada masalah langsung antara DAP dan Melayu serta Islam,” kata Syahredzan yang juga peguam.