Najib. Bakar
Episod 2 : Rafizi Ramli sebut nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad?
Episod 1 boleh dibaca di sini - https://www.facebook.com/share/p/16QZJRyA3e/
Aku akan cerita benda ni dari awal supaya kita boleh nampak gambaran keseluruhan.
Tahu kan pemanasan global?
Aku ingat dulu masa sekolah awal 90an, main bola jam 10 pagi, suhunya masih nyaman. Sekarang, cuba pergi jogging jam 10 pagi. Panas gila.
Berdasarkan rekod, suhu global meningkat 0.20°C setiap 10 tahun, sejak 1975.
Dunia memang makin panas, tak boleh disangkal lagi.
Tapi macam mana boleh jadi macam ni?
Bila dunia makin maju, makin tinggi permintaan untuk pembangunan.
Industri dalam sektor pembangunan seperti industri simen, industri keluli, selain industri aluminium, industri penerbangan, serta perkapalan, kesemua industri ini mengeluarkan sejumlah besar gas CO2.
Industri-industri ini digelar hard-to-abate industry. Industri yang tidak boleh tidak, akan tetap mengeluarkan sejumlah besar gas CO2.
Nak tutup terus industri macam ni? Tak boleh juga, sebab ia nadi ekonomi dunia.
Stesen janakuasa (power plant) tradisional menggunakan arang batu untuk menghasilkan tenaga.
Masalahnya bila gunakan arang batu, ia juga mengeluarkan banyak gas CO2.
Gas CO2 inilah culprit dalam isu pemanasan global.
Jadi, dunia dah sepakat, supaya penggunaan arang batu akan perlahan-lahan dihentikan di stesen janakuasa seluruh dunia.
Sebab itu banyak negara telah mula beralih kepada tenaga boleh baharu (renewable energy), seperti tenaga angin, solar, hidro.
Tetapi, negara seperti Malaysia tidak boleh berharap kepada tenaga angin, kerana tiada sumber tenaga yang konsisten sepanjang tahun.
Tinggal tenaga solar dan hidro. Solar pula tidak boleh 24 jam collect energy. Hidro pula, bukan semua negeri di Malaysia ada sumber aliran sungai yang baik.
Jadi, ada satu tenaga yang sesetengah pakar sebut, tenaga dalam fasa peralihan, iaitu gas asli.
Malaysia memang dah mula ada stesen janakuasa gas asli sejak awal 1980an.
Ketika itu, kos dan teknologi untuk menjana tenaga solar masih jauh ketinggalan dan terlalu mahal.
Kos untuk membina stesen janakuasa hidro pula sangat tinggi dan bersangkutan dengan isu alam sekitar. Contohnya kontroversi melibatkan projek Empangan Bakun.
Stesen janakuasa gas asli masih mengeluarkan gas CO2, tetapi jumlah CO2 yang dikeluarkan 50-60% kurang berbanding stesen arang batu.
Gas asli juga sekarang digunakan untuk menjana tenaga industry hard-to-abate seperti industri keluli dan simen.
Kalau tanya aku, good enough la tu kurang 50-60% gas CO2 kan?
Di mana sumber gas asli Malaysia? Di pantai timur Semenanjung, serta di Sabah, dan Sarawak.
Tapi, kita ada masalah lain pula. Selama ini kita merupakan nett exporter untuk gas asli.
Tapi bila kita dah mula beralih kepada gas asli secara lebih meluas, kita dah mula kesan kekurangan gas asli untuk menampung keperluan dalam negara.
Dalam jangka masa 10-20 tahun, kita dijangka akan menjadi nett importer untuk gas asli kerana kehabisan sumber, terutama di Kerteh Terengganu, serta di Sabah.
Secara terus terang juga, kalau gas asli dah habis di Kerteh, apa akan jadi kepada ekonomi penduduk Terengganu?
Nasib baik Kerajaan Pusat wujudkan industri baru iaitu CCUS pula. (Yang ini topik berlainan untuk penulisan lain).
Okey, panjang lebar aku explain, dan sekarang baru sampai ke kenapa Kerajaan Pusat pada tahun 2016, membuka ruang kepada syarikat selain dari Petronas dan Gas Malaysia Berhad untuk terlibat mengimport gas asli.
Seperti yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Wahid Omar, iaitu nak pecahkan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad.
Pegawai-pegawai kerajaan di kementerian ada data-data, projection untuk tahun-tahun, dekad-dekad mendatang.
Mereka tahu, mengikut trend penggunaan gas asli, bila ianya dijangka habis di Malaysia, dan apa strategi yang perlu diambil supaya negara tidak kehilangan sumber tenaga.
Kebanyakan sumber gas asli di dunia ini berada di remote area, seperti di gurun, laut dalam, kawasan artik.
Jadi, kalau nak diharapkan kepada satu-dua syarikat saja, ia tidak membantu industri import gas asli(dalam bentuk LNG) menjadi lebih kompetitif.
Lebih baik peluang itu dibuka kepada syarikat-syarikat tempatan, untuk bersama bersaing mendapatkan gas asli dengan harga terbaik di remote area terbabit untuk dibawa ke Malaysia.
Yang paling penting untuk difahami, infrastruktur pipeline gas di Malaysia adalah kekal milik Petronas Gas Berhad.
Syarikat-syarikat tempatan yang dapat lesen mengimport LNG cuma bawa bekalan tersebut melalui kapal ke stesen RGT (regasification terminal), seperti salah satu yang ada di Sg Udang, Melaka.
Stesen RGT itu juga dimiliki dan diurus oleh Petronas Gas Berhad.
Syarikat-syarikat tempatan itu tidak mengambil alih stesen RGT atau infrastruktur gas pipeline dari Petronas.
Boleh faham kot noh?
Jangan tanya Syarul Ema bab ni, kelaut nanti apa yang dia explain. Yang dia tau, cuma takutkan orang Melayu.
Maaf, tulisan ni agak panjang dan a bit technical. Harap boleh difahami.
Cuma aku nak akhiri tulisan dengan the ultimate goal penduduk dunia.
The best case sumber tenaga dunia adalah tenaga hidrogen hijau yang langsung tidak mengeluarkan gas CO2.
Cuma apa yang aku nampak, a bit of here and there, a good mix of gas asli + solar + hidro + green hydrogen adalah masa depan tenaga di Malaysia.
Najib Bakar
7 April 2025
No comments:
Post a Comment