Kisah seorang bapa dan anaknya keluar dengan seekor unta. Anak menyuruh bapanya menaiki unta, dan mereka beriringan berjalan. Seorang menegur, mengatakan anak itu sepatutnya menunggang unta kerana dia keletihan. Bapa merasa bersalah dan menyuruh anaknya menaiki unta, lalu dia berjalan. Kemudian, seorang lagi menegur, mengatakan bapa yang tua sepatutnya menaiki unta. Anak merasa bersalah dan bertanya kepada bapanya. Mereka berdua akhirnya menaiki unta bersama.
Setelah itu, seorang lagi menegur, mengatakan kasihan unta yang membawa mereka berdua. Bapa dan anak turun dan berjalan beriringan bersama unta. Akhirnya, seorang lagi menegur mengatakan apa gunanya unta jika tidak dinaiki. Bapa memberi nasihat kepada anaknya, "Walau apa pun yang kita lakukan, pasti ada yang tidak setuju."
#seksanyajadiwalaun
Kredit: Sharizal Kamal
No comments:
Post a Comment